Friday, October 30, 2009

Hari ni 31/10/09 bersamaan 12 zulhijah.
Dalam bahasa Melayu ada beberapa perkataan yang pelik tentang makanan dan tentang penyakit. Dalam lagu nyanyian pelawak Jalil ada disebutkan tentang makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik, ikan parang selar papan, batang buruk cocor kodok, jambu batu belimbing besi,pucuk paku ubi kayu.
Dalam bidang medik juga ada beberapa istilah pelik seperti berikut:
-darah tinggi untuk penyakit hypertension
-kencing manis untuk diabetes mellitus. Diabetes ada dua jenis iaitu diabetes mellitus kerana
kekurangan insulin dan diabetes insipidus kerana kekurangan anti diuretic hormone
-semput untuk penyakit asthma
-batuk kering untuk penyakit Tuberculosis
-gila babi untuk penyakit epilepsy
-campak untuk penyakit measles
-cacar untuk penyakit smallpox
-paru-paru berair untuk pneumonia
-senggugut untuk dysmenorrhoea
-penyakit kura-kura untuk thyphoid
-kurang darah bila haemoglobin rendah
-masuk air bila diberikan IV drip
-reput tulang untuk osteophorosis
Dan mungkin ada lagi yang saya tak tahu

Di negara kita banyak orang yang menderita darah tinggi atau hypertension. Tekanan darah diukur menggunakan bacaan systolic/diastolic dalam mmHg. Apabila jantung mengepam darah keluar dari jantung ia akan memberi tekanan kepada dinding artery tempat darah mengalir. Bila jantung mengepam darah keluar melalui artery maka tekanan pada dinding artery di sebut systolic. Apabila artery menguncup kembali setelah selesai mengalirkan darah maka tekanan pada dinding artery disebut diastolic. Tekanan inilah yang diukur dalam ukuran mmHg.Bagi orang muda tekanan darah yang normal adalah 120mmHg/80mmHg. Bila usia meningkat ia akan naik kepada 130mmHg/90mmHg dan seterusnya menjadi 140mmHg/90mmHg. Jika tekanan melebihi angka ini maka disebut darah tinggi atau hypertension.Apa akan jadi jika tekanan yang tinggi tidak diturunkan. Seseorang yang mengalamai tekanan terlalu tinggi akan menghadapi kemungkinan serangan jantung secara mendadak ( AMI) atau mendapat stroke iaitu bila pembuluh darah ke otak pecah. Jadi tekanan darah yang tinggi ini perlu diturunkan segera menggunakan ubat-ubatan .
Seseorang yang telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi perlu mengambil tindakan berikut:
-makan ubat sesuai arahan doktor
-menjaga diet
-melakukan senaman secara tetap
Rokok perlu dihentikan serta merta kerana setiap kali merokok nikotin yang ada dalam rokok akan menyebabkan saluran artery mengecil dan ini akan meningkatkan tekanan darah.Pada peringkat awal doktor akan menasihatkan pesakit untuk menjaga diet dan melakukan senaman secara tetap dan melihat kesannnya untuk beberapa bulan sama ada tekanan darah boleh kembali normal ataupun tidak. Jika tak juga turun maka doktor akan memberikan ubat yang paling ringan iaitu diuretic. Ubat ini akan meningkatkan pengeluaran sodium, calcium dan chloride melalui urine. Bila elektrolit ini banyak dikeluarkan dari darah maka tekanan darah akan turun.Jika tidak berkesan maka akan ditambah beberapa ubat lain. Saya akan huraikan dikeluaran akan datang. Sampai jumpa lagi. Wassalam

Thursday, October 29, 2009

Hari ni 30/10/09 bersamaan 11 zulhijah.
Semalam saya menghadiri kursus Kualiti di IJN. Saya berangkat dari Seremban tepat jam 6.45 pagi dan sampai di IJN jam 7.45 pagi. Perjalanan cukup lancar cuma menjelang sampai ke tol Sungai Besi jalan mulai sesak. Macam biasa bila dah lepas tol langsung ambil jalan smart tunnel. Kalau ikut jalan lama tak mungkin akan sampai pukul 7.45 pagi. Kalau nak ke KL pastikan perlu sampai di tol Sungai Besi sebelum jam 7 pagi jika tidak sesaklah jawapnya. Saya memang tak pernah kerja di KL dan memang tak ada minat untuk bekerja di sana. Saya memang tak selesa jika jalan sesak setiap hari. Tapi anehnya bagi mereka yang dah menetap di KL mereka tak mahu pindah ke tempat lain kerana katanya tak ada life. Entahlah. Manusia ni memang macam tu , alah bisa tegal biasa.
IJN sekarang sudah jauh berubah. Bangunan baru dah siap dan cukup cantik serta besar. Menurut berita jumlah katil sudah melebihi 400 buah. Artinya permintaan untuk rawatan jantung cukup tinggi. Dewan persidangan yang ada di IJN cukup baik setaraf hotel. Dewan utama seperti dewan kuliah di universiti. Setelah pembentangan kertas kerja utama peserta dibahagi kepada empat kumpulan yang diasingkan di empat buah bilik kuliah. Fasiliti yang sebegini tak banyak terdapat di hospital. Jadi saya rasa sudah sampai masanya semua hospital menyediakan kemudahan yang sebegini kerana di samping tempat berubat hospital juga adalah tempat untuk mendapatkan penerangan dan pendidikan tentang penyakit.
Yang menarik hati saya tentang IJN adalah logo baru nya "IJN caring beyond your heart". Apa maksud tentang kalimah ini saya kurang pasti. Kalau nak tahu kena tanya orang IJN.
Penyakit jantung ni boleh dibahagi kepada dua iaitu:

1. Penyakit bawaan dari kecil. Dalam istilah medik disebut congenital heart disease
2. Penyakit mendatang iaitu penyakit yang datang kemudian kerana pola hidup manusia. Tentang penyakit yang mendatang ni puncanya kerana kesilapan manusia. Makan ikut DAN, tak peduli banyak lemak ke, berlebihan gula ke, berlebih garam ke, seimbang ke tidak makanan tersebut semuanya ditelan. Lapar ke tak lapar ke makan terus. Kalau ada seminar paling kurang 5 kali makan. Bila tabiat ini berterusan maka saluran darah ke jantung mula tersumbat oleh lemak dan menjadi keras. Keadaan ini disebut arterosclerosis. Bila dah tersumbat jalan sikit atau angkat barang berat sikit maka nafas menjadi sesak dan dada terasa sakit. Kalau nak confirm kena buat angiogram menggunakan cathlab. Cardiologist akan memasukkan catheter kedalam saluran darah menuju ke jantung sama ada melalui pangkal peha atau pembuluh darah di tangan. Lepas tu akan dilepaskan bahan kimia untuk mengesan tempat yang tersumbat. Kos untuk angiogram berkisar antara RM 5,000 hingga RM 6,000 ribu. Bila pembuluh darah tersumbat cardiologist akan mencadangkan untuk memasang stenting .Kos untuk satu stent antara RM 10 ribu hingga RM 15 ribu tergantung jenis. Yang mahal adalah stent yang menpunyai ubat di dalamnya. Ubat ini akan dilepaskan kedalam darah secara perlahan-lahan dan tujuan ubat ini adalah untuk mengelakkan penyumbatan kembali saluran darah yang telah di pasang stent. Biasanya stenting akan dibuat bila ada satu atau dua pembuluh darah yang tersumbat. Tapi jika dah tiga atau lebih cardiologist akan mencadangkan agar jantung di bedah iaitu by pass. By pass artinya saluran darah baru dibuat dengan mengambil saluran darah dari kaki.Yang tersumbat tu di biarkan saja dan setelah dipintas maka darah akan mengalir ke dalam saluran baru dan saluran yang tersumbat tidak lagi mempunyai fungsi.Pembedahan dilakukan oleh cardiac surgeon.

Di samping pemakanan ,faktor riadah amat penting. Saya sudah menyentuh tentang perkara ini beberapa hari yang lepas.Disamping tersumbat jantung juga banyak penyakit yang lain seperti lemah jantung kerana otot kanan sebelah bawah sudah membengkak kerana kesan dari darah tinggi yang tidak dikawal. Bila seseorang itu mempunyai darah tinggi maka darah yang di pam keluar oleh jantung tak boleh mengalir sempurna dan sebahagian akan ditendang balik .Lama kelamaan otot bawah seebelah kanan akan membengkak dan jantung menjadi lemah. Diabetes juga akan merosakkan saluran darah terutama artery kerana gula yang sepatutnya dipindahkan dari pembuluh darah ke dalam sel-sel tidak mampu dibawa masuk kerana insulin tidak efisien. Akibatnya gula tinggal di dalam saluran darah dalam jumlah yang melebihi paras yang sepatutnya dan merosakkan saluran darah tersebut. Salah satu faktor lagi adalah merokok yang boleh menimbulkan berbagai komplikasi termasuk kepada jantung. Tapi usaha memerangi tabiat rokok ni sangat sukar kerana jumlah manusia yang terlibat tersangat besar dan merupakan industri gergasi yang menguasai dunia.
Jantung juga boleh mengalami masalah denyutan yang tak teratur atau dalam istilah medik disebut arrythmia. Bila denyutan cepat maka disebut tachycardia dan bila denyutan lambat disebut bradychardia. Nanti saya akan menghuraikan sedikit demi sedikit tentang ubat-ubatan untuk sakit jantung.

Menyambung tentang cerita "World is Flat". Di India selain banyak syarikat yang menawarkan pembuatan software program komputer, tusyen melalui on line, tax return melalui online terdapat juga syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk menyediakan presentation bagi sesuatu kertas kerja. Cukup diberikan tajuk kertas kerja kepada mereka dan pekerja syarikat akan membuat carian bahan dan menyediakan kertas kerja tersebut dalam bentuk presentation dan mengirimkannya balik kepada orang yang memesannya. Jadi cukup senang kerja mereka yang ada duit. Tak perlu bersusah payah mencari bahan rujukan. Inilah dia kuasa duit. Apakah kita di Malaysia sudah mampu menyediakan perkhidmatan yang seperti ini. Entahlah kerana saya tidak mempunyai sebarang maklumat.
Wassalam

Wednesday, October 28, 2009

Hari ni 29/10/09 bersamaan 10 zulhijah
Tadi malam saya membaca buku tentang endocrine system. Dah lama tak belek buku farmakologi sejak meninggalkan universiti. Saya merujuk kepada bab sistem kelenjar yang mengawal pengeluaran steroid dalam badan. Badan kita mengeluarkan hormon steroid melalui sistem pengawalan yang sangat kemas dan teratur. Bila kelenjar hypothalamus menerima rangsangan dia akan memberikan signal kepada kelenjar pituitary untuk melepaskan Adreno corticosteroid hormon. ACTH akan merangsang kelenjar adrenal cortex untuk mengeluarkan cortisol and glucocorticoid. Kesemuanya adalah steroid yang diperlukan oleh badan. Bila jumlah steroid dah mencukupi di dalam darah maka signal akan dihantar balik kepada kelenjar hypothalamus untuk menghentikan pengeluaran steroid. Ini adalah putaran yang terjadi. Bila kita mengambil steroid tak kira dalam bentuk apapun maka hypothalamus akan menerima signal untuk tidak mengeluarkan rangsangan pada kelenjar pituitary dan ACTH tidak akan dilepaskan. Akibatnya lama kelamaan kelenjar adrenal cortex akan mengecut dan sistem pengeluaran steroid semulajadi dalam badan akan terhenti. Jadi apabila kita menghentikan pengambilan steroid maka badan akan mula menghadapi masalah kerana kelenjar adrenal cortex yang telah kuncup akan memekan waktu yang lama untuk pulih kembali. Steroid diperlukan untuk metabolisma semua sel dalam badan. Bila dah tak cukup maka berbagai masalah akan timbul. Antaranya osteoporosis, ketahanan tubuh akan menurun. Jadi mudah dapat penyakit. Pertumbuhan kanak-kanak terbantut. Penyakit diabetes mungkin terjadi. Kerusakan pada kulit dan berbagai lagi masalah.Oleh itu jika perlu mengambil steroid perlu mendapatkan penjelasan dan nasihat dari doktor atau ahli farmasi.

DI India banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk membuat tax return kepada rakyat Amerika. Macam negara kita juga setiap awal tahun perlu diserahkan taksiran cukai pendapatan. begitu juga di Amerika. Syarikat-syarikat di India boleh menyediakan perkhidmatan ini melalui duniaa maya. Jadi orang persaorangan atau syarikat di Amerika cuma perlu mengirimkan data tanpa perlu menulis nama individu atau syarikat. Cukup menggunakan kod sahaja. Jadi akauntan di India akan membuat kiraan sesuai dengan peraturan yang ada dan mengirimkan laporan secara lengkap mlalui internet tanpa mengetahui nama individu atau syarikat terbabit. Pekerja-pekerja di syarikat India ini bila datang bekerja tidak dibenarkan membawa pen atau pensel. Jadi tak mungkin mereka boleh mencatit data-data yang dikirim kepada mereka. Jadi kerahsiaan data dapat dijaga.Beginilah hebatnya syarikat di India ini.
Wassalam

Tuesday, October 27, 2009

Hari ni 28/10/09 bersamaan 9 zulhijah
Thomas L Friedman menulis buku berdasarkan pengalaman beliau mengembara dari satu benua ke satu benua. Ramai di antara kita yang suka mengembara. Malah setiap cuti sekolah ramai yang mengambil cuti dan sudah menjadi semacam kewajipan. Malah ramai yang melancong keluar negara. Tapi berapa ramai yang mampu mencatitkan pengalaman perjalanan tersebut untuk ditatap oleh orang lain sebagai pengajaran. Yang ada cuma kenangan bergambar, kemudian di simpan dalam album.Dalam kecanggihan teknologi sekarang ini album dah tak populer lagi. Gambar-gambar kenangan disimpan dalam komputer peribadi. Mungkin sudah sampai waktunya bagi kita untuk mula mencatitkan pengalaman melancung, mengembara untuk dijadikan buku atau tulisan di akhbar.Ini juga disebut sebagai waqaf ilmu. Nak waqaf harta mungkin kita tak mampu tapi waqaf ilmu ni banyak yang mampu asalkan ada kemahuan. Oleh kerana itu saya mula menulis dalam blog untuk berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang ada. Mudah-mudahan ada yang membacanya dan mendapat manfaat. Saya sudah pun menyiapkan sebuah buku tentang kerjaya sebagai ahli farmasi tapi masih belum bertemu dengan penerbit yang sudi menerbitkan buku ini. Saya juga sedang menulis tentang the success story of my organization tapi terbit atau tidak tergantung kebenaran dari big boss kerana data-data-data yang akan dipaparkan bersifat sulit.
Bangalore India sudah menjadi cyber valley bagi dunia. Beribu syarikat dari Amerika, Eropah dan Singapura yang menyerahkan pembuatan software kepada programmer komputer di Bangalore. Salah satu syarikat yang amat terkenal adalah infosys yang mempunyai gedung pejabat yang cukup canggih dengan skrin lebar sebesar skrin panggung wayang. Skrin lebar ini digunakan sebagai alat komunikasi tele conference antara programmer infosys dengan pelanggan-pelanggan mereka dari seluruh dunia khususnya Amerika, Eropah dan Singapura.Mereka tak perlu terbang ke India tetapi cukup dengan cara bekomunikasi melalui skrin lebar ini. Semua yang diminta oleh pelanggan akan dibincangkan secara langsung melalui tele conference tanpa menghadirkan diri secara fisikal. Ini lah keajaiban teknologi maya. Sekarang negara-negara maju menyerahkan kerja-kerja membuat software komputer kepada programmer di India kerana kos yang murah. Jadi menjadi cabaran besar kepada programmer-programmer di negara-negara maju untuk bersaing dengan programmer-programmer di India. Sebab itu kadar pengangguran di negara maju semakin meningkat.
Di negara kita bagaimana. Saya memang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang perkara ini. Beberapa tahun lalu heboh di war-warkan tentang cyber valley di Putrajaya. Setakat mana kejayaannya saya tidak pasti. Banyak negara yang sudah kalah bersaing dengan silicon valley di India khususnya Bangalore.
Teknologi maya ini membolehkan manusia mendapat maklumat, mendapat perkhidmatan tanpa perlu menghadirkan diri secara fizikal. Sayapun selalu mendapat email entah dari mana datangnya yang menawarkan untuk meimpot ubat-ubtan melalui on line. Ada di antara ubat-ubatan yang ditawarkan itu adalah ubat-ubatan yang di kawal oleh pemerintah. Tapi saya memang tak pernah melayan email yang sebegini. Buka komputer langsung saya delete, habis cerita. Kalau anda menerima email sebegini pastikan anda tidak melayannya kerana jika anda memesan ubat -ubatan yang dikawal dibawah akta dadah berbahaya anda boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatory jika sabit kesalahan dan jika memesan ubat yang dikawal di bawah akta racun berjadual anda boleh didenda dan dipenjara. Jadi hati-hatilah. Kalau nak berniaga pastikan ada lesen yang sah. Kalau perlu ubat kerana anda sakit jumpalah dengan doktor atau pergilah berjumpa dengan ahli farmasi bertauliah.
Wassalam

Monday, October 26, 2009

Hari ni 27/10/09 bersamaan 8 zulhijah.
Semalam cuti umum di Negeri Sembilan sempena pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Seronok juga dapat cuti sekali sekala. Lepas subuh tu boleh lah riadah. Di Malaysia ni dilaporkan sebahagian besar rakyatnya malas nak beriadah. Saya tidak ada maklumat terperinci berapa peratus sahaja rakyat Malaysia yang melakukan riadah secara tetap. Riadah yang dimaksudkan adalah melakukan pergerakan badan secara berterusan minimum 30 minit. Tak kiralah apa bentuk riadah yang dilakukan sama ada berjoging, berjalan, bersenam, bersukan, berbasikal, berenang, turun naik tangga dan sebagainya. Alasan yang biasa diberikan adalah kerana kesibukan kerja. Mungkin ada juga betulnya. Maklumlah pergi kerja sebelum masuk subuh dan balik rumah selepas isya'. Banyak masa dihabiskan dijalanraya yang sentiasa sesak apa lagi di KL. Banyak juga yang berulang dari Seremban untuk bekerja di KL. Kalau kita betul-betul perihatin tentang riadah ni masih ada cara lain yang boleh dilakukan. Kalau pejabat kita bertingkat jangan gunakan lift tapi gunakanlah tangga untuk bergerak. Turun naik tangga pun dah cukup. Kalau parking kereta biarlah jauh sikit supaya kita dapat berjalan. Orang kita ni dah menjadi kebiasaan suka parking dekat dengan tempat yang dituju. Kalau nak kepasar tu walaupun sesak masih juga berasak-asak nak dekat dengan pasar. Apa salahnya parking jauh sikit dan jalan kaki. Hatipun senang, tak tension dan kitapun boleh berjalan kaki.
Riadah ni penting untuk kesihatan kita. Bila kita beriadah darah akan mengalir keseluruh tubuh termasuk ke hujung tangan dan ke hujung kaki. Kalau anda sedang berjalan contohnya cubalah rasa tapak tangan mesti terasa keras kerana darah mengalir ke dalamnya. Untuk yang berpenyakit kronik seperti diabetes dan hypertension, riadah ni adalah salah satu keperluan. Di samping makan ubat dan menjaga diet riadah akan membantu mengawal penyakit. Sebagai contoh bagi pengidap diabetes punca utamanya adalah kerana jumlah insulin yang dikeluarkan oleh badan tak mencukupi dan reseptor pada sel juga tidak sensitif pada insulin tersebut. jadi bila melakukan riadah reseptor akan lebih sensitif kerana peningkatan efisiensi insulin yang memindahkan glucose dari darah masuk ke dalam sel-sel. Dengan cara ini jumlah glucose dalam darah dapat diturunkan dan sel-sel mendapat bekalan gula yang mencukupi. Jika glucose tak masuk ke dalam sel maka ia akan merosakkan saluran darah artery dan ini akan menimbulkan komplikasi jangka panjang. Dari pengamatan saya ramai pesakit diabetes yang mendapat komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, buta mata malah ada yang dipotong kaki kerana komplikasi diabetes walaupun mereka masih muda di bawah usia 40 tahun. Bila kita beriadah juga jantung kita akan mampu mengepam darah secara lebih sistematik, otot jantung akan bertambah kuat dan pengaliran darah ke seluruh badan menjadi lebih sempurna.
Riadah yang paling akbar adalah Solat. Bila kita solat seluruh badan akan bergerak, dari berdiri, rukuk sampai sujud. Sudah ada kajian yang dibuat secara saintifik tentang kebaikan solat ni dari segi kesihatan tubuh badan. Malangnya dari kajian yang dibuat beberapa tahun lepas hanya 10 % muslim di Malaysia yang solat secara sempurna. Artinya solat lima waktu. Yang selebihnya tu ada yang solat ikut Dan dan ramai yang langsung tak solat. Saya tak pasti tentang kesahihan statistik ini tapi jika kita lihat suasana di surau mungkin ada betulnya data tersebut. Kalau solat magrib tu paling banyak dua saf. Tapi kalau subuh dapat satu safpun dah cukup baik. Yang penuh cuma solat jumaat. Kalau solat sunat aidilfitri tu baru melimpah ruah.
Dalam kontak "the world is flat" ada disebutkan cerita tentang pengendalian tusyen melalui komputer. Banyak rakyat Amerika yang mengikuti tusyen melalui komputer dan guru mereka berada di India. Sang guru akan menghadap komputer dan menggunakan ear phone untuk menyampaikan pembelajaran pada murid mereka yang sedang berada di Amerika. Seorang guru matematik akan berada di depan komputernya tepat pada 4.30 pagi dan pada waktu yang sama sang murid yang berada di Amerika juga akan berada di depan komputer . Waktu itu adalah waktu petang di Amerika.Guru akan mula mengirim maklumat kepada murid menggunakan komputer dan murid akan mula berinteraksi. Jadi bermulalah proses pembelajaran melalui komputer. Kalau perlu mereka berkomunikasi mereka akan menggunakan ear phone. Proses pembelajaran ini akan berjalan selama 1 jam dengan bayaran RM 30 untuk satu jam. Jadi murid berada di Amerika dan guru berada di India. Menurut tinjauan yang dibuat ibubapa murid yang berada di Amerika sungguh puas hati dengan cara tusyen yang begini kerana kosnya murah dan murid tak perlu menghadirkan diri ke kelas tusyen. Jadi jimat waktu dan keselamatan murid terjamin. sebenarnya banyak guru tusyen di India yang menawarkan khidmat yang sebegini. Di negara kita apakah sudah ada tusyen yang begini. Saya tak ada sebarang maklumat tentang perkara ini. Yang biasa adalah tusyen di kelas di mana murid perlu hadir atau guru tusyen datang ke rumah. Jadi masih lagi dalam kontek tusyen secara fisikal. Mungkin sudah sampai waktunya guru-guru tusyen menawarkan khidmat melalui internet. Kalau kita ingin masuk ke dalam kelompok the world is flat maka beginilah caranya . Kalau tidak the world is still round.
Wassalam

Friday, October 23, 2009

Hari n i 24/10/09 bersamaan 5 zulhijah.
Menyambung tentang cerita semalam. Saya yakin ramai yang pernah dengar tentang ubat generik dan ubat paten atau branded. Tahu kah anda apa beza antara keduanya. Ubat paten dicipta oleh sesebuah syarikat melalui penyelidikan yang panjang dengan menelan belanja yang cukup besar. Diperlukan jutaan ringgit untuk menemukan sesuatu ubat baru. Oleh itu mereka diberi hak 20 tahun untuk mengeluarkan ubat tersebut secara solo tanpa membenarkan orang lain untuk menirunya. Ini adalah peraturan antarabangsa. Setelah waktu paten tamat barulah syarikat lain diberi kebenaran untuk mengeluarkan ubat yang sama tapi tentunya formulasinya berbeza. Artinya sama tapi tak serupa. Yang sama adalah kandungan bahan aktif ubat tetapi ingredient yang lain berbeza termasuk formulari. Ibarat membuat kueh resepi boleh sama tapi rasa dan keenakan berbeza.
Yang menentukan keberkesanan sesuatu ubat bukan setakat bahan aktif tetapi banyak faktor. Yang paling penting adalah bioavailability sesuatu ubat ditempat yang menjadi target.
Keberkesanan sesuatu ubat akan bergantung kepada faktor-faktor berikut:
-Onset time artinya berapa cepat ubat dapat dilepaskan dan diserap kedalam saluran darah.
-Berapa banyak yang akan diserap
-Berapa banyak yang akan sampai ketempat sasaran atau target
-Berapa berkesan ubat tersebut bila bekerja di tempat sasaran
Semuanya ini tergantung formulasi ubat dan formulasi hanya boleh didapati melalui penyelidikan yang teliti dan menelan belanja yang banyak. Walaupun waktu paten telah tamat pengeluar asal masih boleh meneruskan pengeluaran ubat tersebut. Banyak orang menganggap ubat paten sama sahaja dengan ubat generik. Bagi saya ada perbezaan antara ubat paten dengan ubat generik. Dari segi keberkesanan ubat paten jauh lebih baik kerana mereka mencipta ubat melalui penyelidikan yang panjang sedangkan pengeluar ubat generik hanya meniru keluaran tersebut. Ibarat membandingkan kereta keluaran negara maju dengan negara membangun. Tentu ada perbezaan yang ketara dari segi mutu enjin, kekuatan badan kereta, kecepatan pecutan, keselesaan dan ciri-ciri keselamatan. Hanya mereka yang pernah memandu keduanya dapat memberikan komen tentang perbezaan tersebut. Oleh itu harga kereta keluaran negara maju jauh lebih mahal dari kereta negara membangun tetapi orang akan tetap membelinya. Begitu juga dengan ubat paten atau branded walaupun mahal tapi tetap menjadi pilihan.
Saya sekarang sedang membaca buku "The world is Flat" karangan Thomas L Friedman. Buku ini termasuk best seller di Amerika. Buku ni cukup tebal dan akan mengambil waktu yang agak lama untuk dihabiskan. Kerja makan gaji ni macam tulah. Siang haji seharian di pejabat. Sampai rumah dah hampir magrib. Masih untung demikian. Ada yang sampai rumah dah tengah malam.Lepas tu bila masuk magrib dah kesurau dan hanya pulang rumah setelah selesai solat isya'. Selang waktu antara magrib dan isya' adalah waktu yang sesuai untuk berzikir, membaca al quran dan solat sunat. Kalau tidak kapan lagi. Balik dari surau kena ngajar anak pula. Sekarang ni anak-anak sekolah sangat betgantung pada tusyen dan bimbingan langsung dari ibubapa. Kalau tidak banyaklah benda yang dia tak faham. Saya pun tak pasti kenapa perkara ini terjadi. Apakah mereka tak faham apa yang diajar oleh guru atau bahan pelajaran terlalu banyak atau tak boleh konsentrasi dalam kelas. Dah menjadi trend dah macam tu. Jika dulu waktu saya sekolah saya bergantung sepenuhnya kepada pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas. Zaman tu mana ada tusyen kerana tinggal di kampung. Emak ayah pula petani memang tak tahu langsung tentang apa yang di ajar di sekolah. Terserahlah apa nak jadi.Buku teks zaman tu turun temurun dari abang yang sulung hingga ke adik bungsu. Sukatan pelajaran sama saja .Jadi buku boleh diturunkan kepada adik-adik. Tapi sekarang setiap tahun buku teks di tukar. Lain sekolah lain pula bukunya. Tentulah kos juga tinggi bagi ibu bapa. Nak buat macam mana. Zaman dah berubah. Dulu lain sekarang lain.
Wassalam
Hari ni 23/10/09 bersamaan 4 zulhijah. Dah banyak penerbangan yang berangkat ke tanah suci. Baru-baru ini ada dilaporkan sekarang ini pihak Arab Saudi sedang rancak menyiapkan projek monorel yang boleh membawa penumpang sebanyak 73000 orang setiap jam dari Mekah ke Madinah.Monorel ini juga akan melalui mudzdalifah dan mina. Jadi mudahlah sedikit jemaah haji untuk bergerak. Kontraktor yang mendapat projek gergasi ini adalah dari negara Cina dan projek dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2011. Sekarang ini pun kawasan masjidil haram sedang mengalami pembesaran. Nampaknya walaupun teknologi negara Cina masih diragukan tetapi Arab Saudi telah memberi kepercayaan kepada mereka. Ini satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi mereka kerana kos adalah berbilion dolar.

Saya tetarik membaca berita semalam tentang penemuan ubat kanser dari daun misai kucing oleh penyelidik dari bahagian farmasi USM. Menurut kajian mereka ubat ini sangat berkesan dan tak akan ada kesan sampingan sperti ubat yang sedia ada. Kos juga akan lebih jauh murah dari ubat-ubatan yang sedia ada. Kos perubatan bagi kanser lebih dari RM 8000 sebulan tapi dengan ubat yang baru ditemui ini hanyak RM 80 sebotol.Jadi sebulan akan jauh lebih murah. Penyelidikan baru selesai pada peringkat ujikaji pada haiwan dan setelah ini perlu dilakukan ujikaji pada manusia pula.Jika ini b erjaya mereka perlu mencari syarikat yang sanggup mengeluarkan ubat ini secara komersial. Tentu perlu kajian yang lebih mendalam dari segi feasibility. Kos penyelidikan dijangka menelan belanja RM 1.5 juta. Sebenarnya kos inilah yang menjadi isu utama yang menghambat penyelidik di negara membangun untuk membuat penyelidikan baru.
Sebab itu pengeluaran ubat-ubatan baru dikuasai sepenuhnya oleh negara maju kerana mereka mempunyai dana yang cukup. Jadi ubatan baru yang dikeluarkan akan di paten selama 20 tahun dan mereka akan menguasai pasaran selama tempoh tersebut.Negara Singapura sanggup berbelanja besar untuk membawa saintis dari luar dan membenarkan mereka menetap di Singapura dengan gaji yang sungguh lumayan. Artinya Singapura sudah mendapat pakar yang siap untuk menjalankan kajian. Cuma memberi mereka kemudahan dan gaji yang istimewa. Jadi kos untuk melatih pakar sain tak perlu dikeluarkan. tau taunya dapat pakar yang sudah siap untuk digunakan.
InsyaAllah besok kita sambung.
Wassalam

Thursday, October 22, 2009

Hari ni 22/10/09 bersamaan 3 zulhijah
Sewaktu saya sedang menunggu untuk check in di stansted airport London saya terjumpa seorang rakyat British keturunan Tionghua yang sebenarnya berasal dari Malaysia. Menurut keterangan beliau dia mula menetap di kota London sejak 30 tahun yang lalu. Diapun nak terbang sama menggunakan airasia kerana ibunya sakit kuat di Pulau Pinang. Saya ada bertanya kenapa tak pindah saja ke Malaysia kerana sekarang beliau menetap di London sendirian kerana dah berpisah dengan isterinya dan anak-anaknya pula telahpun bekerja . Menurutnya beliau menunggu sehingga berumur 65 tahun untuk mengeluarkan EPF .Lepas tu dia akan jual rumah dan kembali semula ke Malaysia. Harga rumah di London sangat mahal. Paling murahpun 300,000 paun dan jika di tukar ke ringgit akan dapat lebih dari 1.5 juta. Cukup mewah untuk memulakan hidup baru.
Tahun lepas sewaktu saya baru tiba dari Manila saya juga terjumpa dengan seorang rakyat Amerika yang berasal dari Malaysia yang telah menetap di sana selama lebih 25 tahun. Dia juga bercadang untuk kembali menetap di Malaysia setelah semua anaknya selesai bersekolah. Ini lah yang dinamakan hujan emas di negara orang hujan batu dinegara sendiri, lebih baik negara sendiri.
Hidupni memang tidak sunyi dari dugaan dan cubaan. Bila kita muda semangat masih tinggi .Jadi semua kehendak dituruti hingga sanggup meninggalkan kampung halaman untuk mengejar kesenangan .Waktu kita muda banyaklah orang yang mahu tapi bila dah tua sedar sedar dirilah. Kalau banyak wang tak apa tapi kalau hanya cukup untuk hidup sulitlah jadinya apa lagi jika kahwin dengan orang asing. Kepandaian kitapun hanya dipakai bila kita muda tapi bila dah tua kita tak akan dipedulikan lagi apa lagi jika menetap di negara orang. Budaya hidup tak sama antara kita dengan mereka.
Malam tadi saya menonton rancangan 360 . Kisah yang dipaparkan adalah kegiatan menghidu gam dikalangan remaja kita. Hai masalah ini dah lama berlaku tapi pihak yang berwajib tidak ada kuasa untuk menangkap mereka kerana gam boleh dibeli dimana sahaja tanpa sekatan. Gam ini mengandungi bahan toksik seperti toluen, nitrous oxide butain dan sebagainya yang boleh merosakkan sel-sel otak, hati , jantung dan buah pinggang. Sebab tu tak heran bila salah seorang bekas penagih yang menceritakan dia berhenti menghisap gam bila melihat kawannya mati dengan mulut berbuih . Bahan kimia dalam gam akan meresap masuk ke dalam sel sel membrane pada otak. Akibatnya boleh menimbulkan hayal pada si penghidu gam tersebut. Oleh kerana bahan ini toksik dia akan merosak sel-sel yang kontak dengan bahan tersebut dan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kecacatan kekal seperti kerosakan organ, kanser dan mati mengejut.
Tapi apa langkah kita untuk mengatasi masalah ini. Sebagai rakyat kita sangat bimbang terutama jika anak-anak kita sendiri yang terlibat. Sama-samalah kita memantau pergerakan mereka. Tentukan mereka berkawan dengan rakan-rakan yang baik. Pastikan didikan agama diberi secukupnya kerana ini sajalah benteng diri yang ada. Pihak berkuasa sepatutnya mula memikirkan untuk mengawal penjualan bahan ini. Memang sulit kerana bahan ini diperlukan di mana saja. Tapi harus ada usaha yang serius kalau tidak generasi kita yang akan datang akan menjadi sampah masyarakat.
Sewaktu saya masih di Dublin ada dilaporkan dalam TV dan akhbar tentang kematian seorang penyanyi terkenal mereka. Dia ni mati di Sepanyol. Dari laporan bedah siasat didapati ada kandungan cannabis dalam darahnya. Beginilah rumitnya hidup . Ramai orang yang merosak diri dengan bahan-bahan yang sebegini terutama alkohol, dadah dan yang terbaru gam. Jangan lupa barang yang paling banyak digunakan adalah rokok yang telah menyebabkan kematian jutaan manusi. Tapi isu ni sensitif kerana banayak pihak yang terlibat. Pilihan di tangan kita.
Wassalam

Tuesday, October 20, 2009

Hari ni 21/10/09 bersamaan 2 zulkaidah.
Saya masih nak cerita tentang Dublin. Saya ke sana untuk menghadiri conference ISQUA iaitu international society for quality in healthcare. Yang menariknya persidangan ini berjalan lancar tapi cukup sederhana. Tak ada juruacara atau MC yang khusus. Kebanyakan program dipengerusikan sendiri oleh Presiden ISQUA. Malah acara peresmianpun dipengerusikan oleh beliau. Tak ada sebarang sepanduk atau banner yang dipasang di luar atau di dalam dewan persidangan. Malah backdrop pun tak ada. Cuma ada tulisan ISQUA yang dipancarkan melalui LCD.
Persidangan ini di resmikan oleh Presiden Republic of Island. Acara berlangsung pada hari Selasa pagi. Peresmian berjalan amat sederhana dan hanya mengambil masa kurang dari setengah jam. Tak adapun sebarang banner untuk mengucapkan selamat datang kepada President Island. Kami hanya tahu ada peresmian dari buku aturcara majlis. Yang menjadi MC adalah presiden ISQUA. Beliau hanya menggunakan perkataan yang sangat rengkas. Your excellency President Republic of Island, Mary Mc Aleese, ladies and gentlements... President Island juga memulakan majlis dengan menyebut, Good morning ladies and gentlements.. dah diapun berucapkan kurang lebih 20 menit. Walaupun pendek tapi ucapannya cukup berisi dan tepat kepada tujuan. Saya kagum dengan keserhanaan mereka. Di tempat kita kalau acara peresmian protokolnya cukup ketat dan rumit .Paling cepatpun 1 hingga 2 jam untuk meresmikan sesuatu majlis. Apa kan tidak yang berucapkan sahaja minima 2 orang. Dah tu pula ada acara pukul gong /rebana atau persembahan kebudayaan dan diikuti pula dengan paluan gong atau potong ribon. Lain padang lain belalang .Dalam agama kita dituntut supaya kita beserdahana dalam semua perkara. Dan contohnya adalah apa yang berlaku di persidangan ISQUA yang telah saya ikuti. Saya rasa protokol di tempat kita semakin hari semakin rumit kerana terlampau banyak anugerah bangsawaan yang telah dikurniakan sehingga perlu disebut nama tiap tiap seorang dari mereka. MC pula perlu mendapat latihan khusus kalau tidak haru biru nanti. Bila kita akan berubah hanya Tuhan yang tahu. Tapi nampak gaya tak mungkin menjadi kenyataan.
Hari terakhir kami di Dublin adalah pada hari khamis. Jadi pagi pagi lagi saya bersama MD berjalan kaki dari hotel ke pusat bandar untuk menaiki bas hop in hop off. Bas ini khusus untuk pelancong yang akan mengelilingi kota Dublin. Bas yang disediakan adalah bas dua tingkat tapi di bahagian atas tak ada atap. Kos perjalanan untuk menaiki bas adalah 15 Euro. Ianya bermula dari destinasi satu sampai destinasi 24. Tiket ini berlaku selama 24 jam dan kita boleh naik turun bas sekerap yang kita suka. Bas akan berhenti disetiap destinasi .Kita boleh turun dan mengambil bas lain untuk destinasi yang seterusnya. Kerana kami mengejar waktu maka saya dan MD tetap duduk dalam bas sehingga selesai 24 destinasi. Waktu yang diambil adalah 1 jam setengah. Di sepanjang perjalanan pemandu bas merangkap sebagai pemandu pelancung.Beliau menggunkan mikrofon untuk menerangkan setiap tempat yang dilalui. Saya rasa perjalanan ini cukup menyeronokkan kerana sempat mengelilingi seluruh kota Dublin.Nampak gayanya yang mengikut program sebegini sekarang adalah Bandaraya Melaka. Bagi saya perkara yang baik tu perlu dicontohi .
Saya check out dari hotel pukul 12 tengahari dan langsung mengambil teksi ke airport Dublin. Kami sampai diairport setengah jam kemudian. Bila nak check in fligh kami menghadapi masalah. Di Dublin ni semua pembayaran airport tax menggunakan mesin. Tak ada kaunter yang menerima tunai. Saya cari mesin Ryanair tapi tak ada. Yang banyak terdapat di sini adalah mesin untuk Aerlingus iaitu satu lagi penerbangan low cost. Rupanya airport Dublin di kuasa oleh aerlingus. Kalau nak confirm tiket kena guna internet biasa. Saya cuba menggunakan internet ini tapi pass word tak tahu. Jadi tak boleh masuk program. Bila tanya polis dia suruh kami jumpa petugas kaunter tapi bila jumpa petugas kaunter dia suruh guna internet.Jadi kami dah ditendang macam bola. Bila nak masuk internet tak dapat juga.Jadi saya terpaksalah bertegas dengan petugas kaunter Ryanair. Mula-mula dia tak nak layan .Jadi sayapun meletuplah .Saya paksa juga dia tolong saya dan akhirnya baru dia mahu membantu. Bukan payahpun cuma ambil masa beberapa menit dah selesai. Dia cuma perlu cop boleh cek in sebab semuanya dak dibayar dari Malaysia lagi. Memang mat salleh ini tak pandang kita sebelah mata. Kalau tak berani bertegas alamat tak terbanglah kita.
Perjalanan pulang dengan Airasia bermula jam1.30 pagi waktu London. Tepat masa kamipun berangkat pulang dan 13 jam setengah baru mendarat di LCCT tepat jam 9.30 malam waktu Malaysia . Alhamdulillah lega rasa bila dah mendarat di negara sendiri.
Jumpa lagi. Wassalam

Monday, October 19, 2009

Hari ni 20/10/09 bersamaan 1 zulkaidah. Dah habis dah bulan raya. Sekarang bulan kenduri untuk pergi haji. Tadi malampun kami kenduri untuk meraikan beberapa orang teman yang akan berangkat ke tanah suci. Nampaknya perayaan di Malaysia ni berterusan tanpa henti. Syukur kepada Allah di atas kemewahan limpahan rezeki. Di tempat lain usahkan kenduri nak makanpun susah.
Saya mendapat banyak maklumat dari pemandu teksi di Dublin. Katanya di Dublin sahaja terdapat 16000 pemandu teksi. Dengan penduduk yang hanya 1.3 juta jumlah ini relatif banyak. Kata beliau pekerjaan yang paling mudah dilakukan bila kena buang kerja adalah memandu teksi. Sepanjang pengamatan saya di sekitar hotel tempat kami menginap cukup banyak teksi sejak dari pagi sampai malam. Tak tahulah mereka dapat penumpang atau tidak. Pengangkutan awam berupa bas dua tingkat cukup banyak dan meliputi setiap tempat di Dublin. Bas nya pula baru-baru belaka. Sebab itu saya rasa rakyat lebih suka naik pengangkutan awam dibandingkan dengan memandu sendiri.
Bangunan di Dublin tak ada yang mencakar langit. Paling tinggipun enam tingkat. Difahamkan memang menjadi dasar pemerintah tidak membenarkan pembinaan bangunan pencakar langit. Tujuannya adalah untuk mengekalkan struktur bangunan yang ada. Kebanyakan bangunan dindingnya tidak di plaster. Jadi kekallah dengan bata merah. Cantik juga dan cukup unik lagi pula tak perlu keluar belanja untuk mengecat bangunan.
Di sepanjang jalan ke tempat conference dan ke bandar saya dapati cukup banyak iklan untuk menyewakan bangunan. Tanda "To let" tu bersepah-sepah di mana. Ini mungkin gambaran tentang kemuraman ekonomi setempat. Waktu saya menonton TV skynet ada disebutkan tentang jumlah pengangguran sebanyak 2.47 juta di UK dan dalam waktu 3 bulan terakhir sahaja sejumlah 80000 orang pekerja di UK telah diberhentikan. Perdana Menteri UK juga telah mengumumkan untuk melelong 16 billion aset negara untuk mendapatkan duit tunai. Begitulah teruknya kemelesetan ekonomi yang melanda Eropah. Ireland juga tak terlepas dari masalah ini.Seperkara yang kita puji pemerintah mereka cukup transparen dengan rakyat. Apapun masalah yang dihadapi dikongsi bersama dengan rakyat dengan memberi gambaran yang jelas tentang kemelesetan ekonomi di negara mereka.
Di pusat bandar Dublin pun ramai peminta sedekah. Saya sangka fenomina ini hanya berlaku di negara yang sedang membangun. Rupanya di negara majupun masalah ini ada. Selain peminta sedekah ada juga golongan yang membuat persembahan musik dan pertunjukan untuk mendapatkan duit. Kalau di Indonesia ianya disebut pengamen.Di negara kita entah apa istilahnya sayapun kurang tahu.

Selama saya berada di Dublin saya tak nampak satupun klinik doktor atau GP. Saya mendapat maklumat yang doktor swasta membuka klinik di rumah masing-masing. Sistem ini nampaknya sama seperti di Indonesia. Saya rasa kalau dibenarkan di negara ini para doktorpun akan cukup gembira kerana tak perlu menyewa kedai yang tentunya harga sewa cukup tinggi. Jadi doktor ini akan on call 24 jam kerana bekerja di rumah sendiri. Premis farmasi cukup banyak dan saya tak pasti apakah dispensing right sudah diamalkan di sini ataupun belum .Biasanya di negara maju amalan ini sudah lama berjalan. Artinya klinik doktor tidak dibenarkan menyimpan dan menjual ubat. Doktor hanya mengeluarkan preskripsi dan ubat boleh didapati dari premis farmasi.
Besok kita sambung. Wassalam
Republic of Ireland adalah sebuah negara kecil. Penduduknya cuma 4.5 juta orang iaitu 25% dari penduduk Malaysia. Tapi kemajuan pendidikannya luar biasa. Walaupun menggunakan mata wang Euro yang lima kali ganda dari ringgit, rakyat Malaysia berlumba-lumba ingin belajar di sana. Ini lah dia kekuatan ilmu. Sebab itu Rasullullah sangat mengutamakan ilmu dan dalam satu hadis ada diriwayatkan apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu:doa anak yang soleh, ilmu yang tiajarkan dan harta yang diwaqafkan. Sewaktu saya berjalan-jalan di pusat beli belah di Dublin sempat juga berjumpa dengan beberapa pelajar Malaysia. Salah seorang yang saya jumpa berasal dari Kajang. Katanya dah tiga tahun tak balik kerana kasihan emak ayah yang berbelanja besar untuk menyekolahkannya. Rupanya pelajar ini di taja oleh orang tuanya. Beliau mengikuti pengajian ACCA . Katanya nanti kalau dah selesai baru pulang dan lepas tu jika ada peluang nak kerja pula di Dublin.
Kota Dublin hanya mempunyai penduduk 1.3 juta. Sikit sangat. Sebab tu jalan di Dublin tak jem. kalau di KL sampai ke pagipun masih jem kecuali musim hariraya.Suhu sewaktu kami di sana adalah 15 deg.centigrade. Ada yang kata musim autumn dan ada yang kata musim summer. Yang mana satupun saya tak pasti. Tapi driver teksi kata we only have summer and winter.Jadi summerlah kot. Suhunya sangat nyaman dan enak. Sebab tu barang kali banyak rakyat malaysia yang belajar di sana malah ramai juga yang bekerja dan berumahtangga di sini. Saya tengok pemanduan kereta macam Malaysia sebab pemandu di sebelah kanan. Socket letrikpun macam Malaysia. Jadi tak perlu adaptor. Langsung boleh pakai.Motorsikal jarang sekali. kalau adapun jenis yang besar-besar. Mat Salleh ni tak pandai merempet macam tempat kita. Lagipun jam 6 petang kebanyakan premis perniagaan dah tutup. Bar-bar tu banyak yang buka. Kalau nak hentikan rempet ni mungkin jangan benarkan motor kapcai. Tapi tentu sulit kerana kenderaan sebegini milik rakyat. Lainlah di negara maju.
Saya ada ternampak dua buah restoran yang menggunkan nama tempat di Malaysia. Tak payah sebut nama secara spesifik nanti takut menyinggung mana-mana pihak. Sayang sekali kedua restoran tersebut tidak menjual makanan halal. Jadi makan roti dan mee segeralah kami. Menurut keterangan student yang saya jumpa ada restoran pakaistan tapi jauh sikit dari tempat kami. Oleh kerana kunjungan kami singkat makan rotipun tak apalah. Bagus juga nak rehatkan sikit perut tu.
Oleh kerana banyak sangat berjalan tiap-tiap hari maka otot kaki saya dah mula tegang. Saya cuba cari minyak gosok di kedai farmasi tapi harganya sungguh mahal. Satu botol kecil berharga 7.25 euro. Dalam ringgit tinggal di kali dengan angka lima. Kat Malaysia cuma RM 2 . Gitulah mahalnya harga ubat di sana. Sebagaimana biasa saya kalau berjalan jauh akan membawa bekalan ubat secukupnya. Antara yang dibawa adalah ubat demam, ubat ceret beret, ubat sakit kepala, ubat gatal, ubat batuk dan ubat selesma. Salah satu ubat yang saya bawa adalah betamethasone cream. Ubat ini untuk menghilangkan gatal kulit atau bengkak-bengkak. Tapi kerana ubat gosok tersangat mahal maka saya sapukan juga pada otot kulit saya. Saya yakin ubat ini akan membantu kerana ketegangan otot di sebabkan oleh inflamation atau peradangan otot. Jadi betamethasone ni secara prinsipnya untuk menghilangkan inflammation. Jadi bila disapukan pada kulit ubat ini akan meresap kedalam otot yang bengkak. Alhamdulillah tegang otot saya hilang. Wah nampaknya saya dapat ilmu baru.
Wassalam

Sunday, October 18, 2009

Hari ni 19 /10/09 bersamaan 30 syawal. Dah satu minggu saya tak menulis kerana menghadiri conference di Dublin Ireland. Saya berangkat ke London pada 10/10/09 bersama dengan Medical Director tempat saya bekerja.Kami berangkat pada pukul 9.50 pagi dengan Air Asia. Syukur kami mendapat kemudian tempat duduk Premium. Jadi selesalah sikit kerana penerbangan mengambil masa 13 jam setengah. Biasalah dalam pesawat kena beli makanan kerana itulah sistem yang diamalkan oleh penerbangan Low Cost.Tak ada masalah yang penting ada duit .Berapa kali nak order tak jadi soal asalkan bayar. Pesawat ni cukup penuh dengan penumpang. Kelas Premium adalah beberapa tempat duduk yang kosong. Perjalanan kami cukup selesa, tak ada sebarang masalah. Kami mendarat di lapangan Stransted London pada pukul 4.50 petang waktu setempat. Kalau dikira jam Malaysia waktu tu dah jam 11.50 malam. Jadi perbezaan waktu adalah 7 jam dimana waktu Malaysia lebih di kedepan.
Sampai di Stansfed kami terpaksa mengambil luggage untuk check in semula dengan Ryanair ke Dublin. Penerbagan ke Dublin adalah pada 7.35 petang waktu London dan Sampai di Dublin jam 8.50 malam. Tak ada perbezaan waktu antara London dengan Dublin. Sewaktu nak check in ke Dublin semua menggunakan mesin untuk membayar airport tax. Dahlah mengelabah kami kerana tak pernah menggunakan mesin tersebut. Information counter pula tak ada.Saya tanya dengan petugas di bahagian kargo tapi tak dilayannya. Jadi setelah beberapa kali mencoba akhirnya berjaya juga kalau tidak alamat mis lah penerbagan ke Dublin. Perjalanan ke Dublin mengambil waktu 1.15 jam. Penerbangan dengan Ryanair cukup lancar tapi pesawatnya cukup penuh dan tempat dudukpun padat. Jadi macam sardinlah.Nampak gaya cukup ramai orang yang berulang alik dari London ke Dublin.Pesawat nipun jenis low cost. Tak ada makan tak ada minum.
Berat luggage yang dibenarkan cuma 15 kg dan hand luggage 10kg. Cukuplah untuk bawa pakaian sahaja.Saya macam biasa bawa mee segera dan roti untuk bertahan selama 1 minggu di Dublin. Mujur daging serunding tak dirampas oleh pihak kastam. Waktu nak cek in tu tali pinggangpun kena buka selain dari hand phone,jacket dan beg semua kena masuk mesin x ray.
Perjalanan dari airport Dublin ke hotel ballbridge cuma mengambil masa setengah jam.Jaraknya 15 kilometer. Bayaran yang dikenakan adalah 26 Euro.Kalau ikut duit kita macam mahal kerana 1 euro bersamaan RM 5 tapi kalau ikut kadar mereka tambang tu saya rasa munasabah.Pemandu teksi ni pun tersalah menurunkan kami di hotel lain kerana nama hotel hampir sama. Hotel yang telah dibooking adalah hotel Ballbridge court tapi kami diturunkan di hotel Ballbridge Inn. Syukur hotel yang kami cari tu terletak hanya di belakang hotel Ballbridge Inn. Jadi kami hanya jalan kaki saja ke sana. Ballbridge Inn dan Ballbridge Court adalah di bawah satu syarikat.
Sampai di hotel macam biasa masak mee segera kerana nak order makanan di hotel takut tak halal. Fasiliti di hotel macam biasalah. Saya rasa hotel ni 4 bintang. Semua booking diuruskan oleh syarikat tempat kami bekerja.
Tempat conference adalah di hotel Ballington terletak 20 minit jika berjalan kaki. Hari pertama tu pagi pagi lagi kami cuba berjalan kaki tapi tersesat dan akhirnya kena juga ambil teksi. Cajnya 7 euro. Jadi petang tu kami dah tahu jalan pulang dan mulalah jalan kaki. Besok paginya kami ternampak beberapa orang peserta conference mengikut jalan pintas ke Ballington dan apa lagi kamipun mengekorlah dari belakang. Syukur memang Allah memberi kemudahan pada kami kalau tidak hari-hari naik teksi parah juga kerana membayar dalam euro.
Waktu pagi saya cuma makan roti. Waktu rehatpun roti lagi . Makan tengahari takut nak makan di hotel kalau-kalau tak halal.Jjadi balik juga ke hotel tempat kami menginap. Macam biasa masak mee segeralah. Itulah rutin kami dari hari Ahad sampai khamis.Pagi berjalan kaki 20 menit. Tengahari pulang 20 menit kemudian 20 menit lagi untuk ke ballington.Petang kami merayau di bandar Dublin. Jalan kaki hampir 1 jam. Selama di Dublin berat badan turun 1 kg.
Malam ketiga boss ajak rombongan dari Malaysia makan malam di rumah anak dia yang nenetap di Dublin .Jadi merasalah masakan Malaysia. Apa lagi makanlah sepuas-puasnya.
Besok kita sambung. Wassalam

Thursday, October 8, 2009

Hari ni 9/10/09 bersamaan 20 syawal. Cuma tinggal 9 hari lagi syawal akan hilang meninggalkan kita. Yang masih belum puasa enam bersegeralah mengejar bonus yang dijanjikan Allah. Bukan sedikit dengan enam hari ni akan dianggap kita berpuasa selama satu tahun.
Semalam dalam berita ada diceritakan bagaimana seorang hamba Allah yang terselamat dari runtuhan hotel sewaktu gempa di Padang. Dia ni sedang mengikuti kursus di hotel tersebut dan waktu rehat dia keluar minum di luar kerana harga makanan di hotel lebih mahal. Biasalah tu .Di sinipun macam tu harganya. Sebaik sahaja dia keluar terjadi gempa bumi dan melihat sendiri bagaimana bangunan hotel tersebut runtuh keseluruhannya.Bayangkan kalau dia masih berada di dalam hotel tentu diapun akan tertimbus oleh runtuhan hotel tersebut. Jadi terselamatlah dia.
Minggu lepas ada dilaporkan kejadian di mana seorang penggali kubur yang sedang menyiapkan lubang untuk jenazah yang akan dikebumikan tiba-tiba ternampak satu mayat yang masih utuh. Beliau memberanikan diri membuka kain kapan yang menutupi mayat berkenaan. Bila dibuka didapati keadaan mayat masih utuh walaupun telah dikebumikan lebih dari 30 tahun.
Pagi tadi saya mendengar berita tentang seorang wanita yang terselamat setelah terjatuh dari tingkat 12 bangunan.
Apa pengajaran yang kita dapat. Artinya kehidupan manusia ini Allah yang atur. Sebab itu dalam rukun Iman kita wajib percaya tentang Qada' dan Qadar. Setiap kejadian sama ada baik atau buruk adalah ketentuan Ilahi. Jadi manusia perlu menerima hakikat ini dan jika dihayati sepenuhnya maka tak akan menjadi stress dalam kehidupan ini. Kecewa sebentar bila ditimpa musibah itu adalah wajar tetapi jika berpanjangan sehingga putus asa atau merosakkan diri maka itu tidak sesuai dengan agama kita. Apa lagi jika menyalahkan Tuhan di atas musibah yang menimpa kita.
Sebagi orang yang beriman kita ada cara untuk menyelesaikan tekanan hidup. Jadi tak perlu bergantung dengan ubat untuk menghilangkan stress. Nabi mengajarkan kita supaya sabar dan sentiasa berdoa agar semua masalah yang dihadapi boleh diselesaikan. Kuncinya jika ada masalah mengadulah pada Allah. Tak payah nak bergantung dengan manusia. Meminta pendapat teman tu wajar sahaja tetapi keputusan di tangan kita. Jadi bagaimana untuk membuat keputusan terbaik, ya tentu mengadu dengan Allah. Caranya solat .Kita diajar untuk melakukan solat, banyak membaca al Quran dan berzikir. Insya Allah hati akan tenang dan hidup akan bahagia. Bukan mencari bahagia dengan ubat penenang atau ubat perangsang.
Insya Allah besok pagi saya akan terbang ke Dublin untuk menghadiri conference selama 4 hari. Dicampur dengan waktu perjalanan pulang balik maka genaplah 1 minggu saya tidak berada di Malaysia. Nampaknya miss lah menulis dalam blog. Insya Allah nanti akan saya kongsikan coretan perjalan di Dublin.
Saya pernah ke London pada tahun 1997 sewaktu mengikuti twinning program untuk kursus hospital management dengan Southbank University. Lama berada di London adalah 1 bulan. Waktu tu puaslah naik tube (keretapi bawah tanah) dan bas dua tingkat. Tiket cuma beli sekali untuk naik tube dan kemudian sambung dengan bas. Saya membeli pass untuk 1 minggu dan dalam satu hari banyak kali saya menaiki tube dan bas tanpa ada caj tambahan. Kenapa di negara kita tak dapat dilaksanankan sistem seperti ini. Di sini tiket LRT lain, tiket bas lain. kadangkala bas tak ada terpaksa naik teksi. Ini yang menyebabkan ramai tak minat nak menggunakan pengangkutan awam.
Sampai jumpa lagi. Wassalam

Wednesday, October 7, 2009

Hari ni 8/10/09 bersamaan 19 syawal. Besok ada dua undangan open house. Malam tadi saya menghadiri kenduri dirumah jiran, zikir sampai pukul 11 malam. Gitulah bulan syawal ni masih meriah .
Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita di TV dan akhbar tentang dewan sekolah yang dibakar oleh murid. Ini sungguh luar biasa .Siapa yang punya angkara. Anak sekolah yang masih muda belia dah melakukan jenayah yang sebegini. Apa puncanya. Yang pasti siapa yang melakukan itu sudah hilang kawalan diri. Ini yang saya sebut semalam kerana masalah stress akibat dari ketegangan yang luar biasa sehingga bertindak nekad tanpa memikirkan akibatnya. Yang pasti si pelaku akan ditangkap oleh pihak yang berkuasa dan jika terbukti bersalah oleh mahkamah maka akan dijatuhkan hukuman. Jadi gelaplah masa depan hanya kerana kegagalam mengawal emosi dan nafsu amarah.Di zaman keagungan pemerintah Islam dulu tercatit dalam sejarah bagaimana seorang panglima perang bernama Muhamad Kossim yang cuma berusia 17 tahun menjadi panglima perang dan berjaya menakluki negeri Sind di India. Artinya usia sebegini sudah cukup matang untuk memikul tanggungjawab.

Meyambung cerita semalam tentang ubat-ubatan yang bekerja pada sistem saraf pusat atau Central Nervous System. Ubat-ubatan yang bekerja di CNS bertindak melalui dua cara iaitu:

-merangsang sistem CNS
-menekan sistem CNS

Ubat-ubatan yang menekan CNS telah saya sebutkan semalam seperti benzodiazepin yang digunakan oleh Jacko. Bagi ubat-ubatan yang merangsang sistem CNS ini yang paling popular adalah golongan cocaine,amphetamin atau yang mirip dengannya seperti ectasy dan ice. Ubat ini bila digunakan akan bertindak langsung pada CNS sehingga orang yang mengambilnya akan merasa kesegaran yang luar biasa dan tidak mengantuk. Perasaan ini disebut "sense of well being". Mereka juga merasa diri mereka cukup kuat dan boleh melakukan apa saja. Istilahnya bila mereka berada di puncak bukit mereka merasa boleh terbang seperti burung. Perasaan ini sangat merbahaya kerana memberikan perasaan yang diluar realiti. Bayangkan jika orang tadi terjun dari gunung tersebut tentulah dia akan menemui ajalnya.Dilaporkan juga banyak mat rempit yang mengambil ubat ini untuk berlumba kerana mereka sudah tidak lagi merasa takut dan inilah yang menyebabkan terjadinya kecelakaan maut. Pernah juga dilaporkan pemandu lori dan bas yang perlu memandu dalam masa yang lama juga mengambil ubat ini untuk menghilangkan mengantuk. Kes sebegina sudah banyak menimbulkan kemalangan maut kerana mereka memandu dalam keadaan hayal dan di bawah pengaruh ubat.
Pengambilan ubat sebegini akan menyebabkan ketagihan. Contoh penting dalam hal ini adalah Maradona, lagenda bolasepak. Beliau ketagih mengambil cocain dan terpaksa berubat selama enam bulan di Cuba untuk menghilangkan ketagihan ini. Sekarang kitapun tak pasti apakah beliau telah pulih sepenuhnya.
Di negara kita bahan ini di kawal di bawah akta Dadah Merbahaya 1952 yang boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatori sama seperti heroin, morfin, ganja dan sebagainya.
Ubat-ubatan dalam golongan ini lebih mudah diambil kerana dijual dalam bentuk tablet yang langsung boleh ditelan.
Jumpa lagi. Wassalam .

Tuesday, October 6, 2009

Hari ni 7/10/09 bersamaan 18 syawal.Sekarang dah mula pula orang panggil kenduri nak pergi Haji dan nak kahwin. Alhamdulillah murah rezeki. Masyarakat kita cukup pemurah.
Kenapa Jacko menghadapi masaalah tak boleh tidur. Dalam bahasa saintifik di sebut insomnia. Saya yakin diapun tak tahu kenapa dia susah nak tidur. Kalau dia tahu tentu dia dapat mengatasi masalah tersebut. Sebagai manusia yang hidup di zaman moden dia menyerahkan nasib pada doktor peribadinya. Jacko ni kan jutawan .Jadi doktor yang datang ke rumah dia bukan dia yang harus ke klinik. Kalau kita sakit harus berbaris panjang menunggu giliran untuk jumpa doktor. Inilah nikmat duit. Doktor dia pun tak jumpa jawapan. Yang dia pernah belajar dan menjadi amalan harian dia adalah memberi ubat tidur jika pesakit mengadu tak boleh tidur.
Apa dia ubat tidur. Ubat tidur adalah golongan ubat yang menekan fungsi sistem saraf pusat atau dalam bahasa Inggeris disebut Central nervous system. Bila CNS ditekan fungsinya maka pesakit akan merasa mengantuk, terlena dan boleh tidur. Bahaya yang menanti adalah ubat ubat yang bekerja di CNS boleh menyebabkan ketagihan atau kebergantungan. Mula-mula dengan dos kecil pun sudah dapat memberikan kesan yang diinginkan. Tapi bila digunakan berterusan maka dos terpaksa ditingkatkan untuk mencapai tujuan yang diingini. Lama kelamaan ubat tadi dah tak lagi berkesan dan terpaksa ditukar dengan ubat yang lain atau digabung dengan ubat yang lain untuk memberikan efek yang diingini. Inilah yang terjadi pada Jacko. Ubat yang sebelumnya dari golongan benzodiazepin dah tak lagi berkesan. Akibatnya doktor peribadi beliau menambah satu lagi ubat iaitu profofol yang hanya digunakan oleh pakar bius di dewan bedah dan di ICU. Profofol ini digabungkan dengan diazepam untuk membolehkan Jacko tidur. Mula-mula dosnya kecil tapi lama kelamaan dos terpaksa ditingkatkan untuk membolehkan Jacko tidur. Ubat ini diberikan melalui suntikan bukan melalui oral atau mulut.
Setelah Jacko meninggal doktor peribadi beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan. Menurut keterangan beliau dos yang diberikan semakin lama semakin meningkat dan beliau mula merasa risau kerana ubat yang digunakan adalah gabungan diazepam dengan prapofol. Jadi dia mula mengurangi dos profofol untuk mengelakkan komplikasi yang tak diingini. Nampaknya usaha ini menimbulkan masalah kerana Jacko dah mula merasa sukar untuk tidur. Malam terakhir sebelum Jacko meninggal dia menjerit jerit minta diberikan suntikan. Istilah yang digunakan oleh Jacko adalah "where is my milk". Tak lama setelah ubat diberikan didapati Jacko dah tak lagi bernyawa. Perlu diingat salah satu kesan sampingan ubat yang bekerja pada CNS adalah respiratory arrest iaitu melumpuhkan saluran penafasan dan boleh menyebabkan kematian. Apapun sebabnya kematian Jacko hanya Allah yang tahu. Yang pasti keluarga beliau tak puas hati dengan keterangan yang diberikan oleh doktor peribadi beliau.

Kenapa manusia susah nak tidur. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Yang pasti salah satunya adalah tekanan perasaan atau disebut stress atau anxiety. Stress boleh menyebabkan anxiety.Kenapa Jacko stress, tak ada siapa yang tahu .Harta melimpah ruah, rumah bagai istana, nama tenar seantero dunia, body guard keliling pinggang. Doktor datang kerumah memberi rawatan dan apa yang dia mahu semua dapat. Tapi satu yang dia tak dapat iaitu ketenangan jiwa yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Bercerita tentang harta ni ada lagi satu kisah yang tragis. Beberapa tahun lalu di Amerika memenanagi hadiah loteri sebanyak $ 13 juta. Dari hidup susah tiba-tiba dia menjadi kaya raya.Biasalah orang kaya baru tak tahu apa nak buat dengan wang yang begitu banyak. Beliaupun berjoli sakan berpoya sana sini. Masuk satu kelab malam ke satu kelab malam untuk menghabirkan wang yang begitu banyak. Wang senang mari maka senang pergi. Biasalah wang panas. Selang beberapa tahun dia didakwa kerana tidak membayar cukai pendapatan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun. Namun belum sempat masuk penjara dia sudah meninggal pada tahun 2008.
Besok kita sambung. Wassalam

Monday, October 5, 2009

Hari ni 6/10/09 bersamaan 17 syawal. Dah tiga hari saya tak menulis. Kebetulan semalam saya bercuti kerana ada urusan peribadi.
Kehangatan syawal masih terasa. Di khabarkan minggu lepas KL jam dengan kenderaan kerana ramai yang mengadakan rumah terbuka. Hari ni di tempat kerja saya akan diadakan jamuan hariraya . Petang ni pula saya mendapat jemputan untuk menghadiri jamuan hariraya anjuran salah satu syarikat yang cukup ternama.Baguslah masyarakat malaysia suka bersedekah dan disamping itu dapat mengeratkan silaturrahim. Kalau bagi syarikat tu di samping dua perkara tadi satu lagi tujuan adalah untuk marketing. Biasalah tu. Tradisi ini memang baik untuk dikekalkan tetapi kita mesti bijak memilih makanan. Bulan puasa dulu jumlah pesakit di hospital berkurangan tapi bila lepas raya ni mulai sesak semula. Banyak juga kes uncontrol diabetic dan uncontrol hypertension. Punca penyakit ni tak lain adalah masalah makan yang tak dikawal. Kalau dah jamuan raya tu air mesti manis dan makanan banyak garam, perisa dan lemak. Apa lagilah penyakit yang sedia ada akan parah kembali. Kedua-dua penyakit tersebut di sebut chronic diseases yaitu penyakit yang berpanjangan.
Kalau H1N1 di sebut accute disease kerana serangan mendadak .Cerita H1N1 dah mulai berkurangan. Baguslah tu dan kita sama-samalah berdoa agar dia akan segera berlalu. Pagi tadi saya dengar berita Kementerian Kesihatan akan menerima 400,000 vaksin H1N1 dari USA untuk diberikan kepada petugas yang terlibat dalam menangani penyakit ni.Harganya cukup mahal RM 14 juta.
Penyakit ni datang dan pergi seperti JE dulu. Kalau H1N1 menyerang paru-paru, JE pula menyerang otak. Ternyata kedua-duanya cukup fatal dan menelan mangsa yang cukup banyak. Aneh juga bila H1N1 sedang mengamuk kes dengue kurang sekali tetapi bila kes H1N1 mulai reda dengue mula timbul kembali. Ini yang kita tak pasti kenapa. Macam pakat-pakat pula.Ini semua rancana Allah. Banyak masalah yang terjadi seperti bencana dan penyakit kerana ulah tangan-tangan manusia. Tuhan dah jelaskan bahawa terjadi banyak kerusakan di muka bumi kerana ulah tangan-tangan manusia.Contoh JE dan H1N1 berpunca dari babi tapi manusia juga yang bela babi. Sebab tu masalah ni timbul. Singapura walaupun kecil cukup bijaksana. Dia tak bela babi tapi impot dari negara jiran .Jadi meraka taklah parah terkena serangan penyakit ni. Ada tu memang ada tapi sikit je. Petang semalam saya ke EPF. Nyatanya sebelum masuk perlu diambil suhu badan .Baguslah tu .Mereka mengambil langkah berjaga-jaga. Di kebanyakan hospital pemeriksaan suhu badan sudah lama dihentikan.
Minggu lepas saya terbaca satu artikel yang ditulis oleh Sally Sharon dalam majalah Woman Day. Ceritanya adalah tentang 8 ways to ease your worries.Saya tertarik tentang artikel ini kerana dua bulan yang lalu dunia digemparkan dengan kematian Michael Jackson atau Jacko kerana terlebih mengambil ubat tidur. Anehnya pula ubat yang digunakan adalah propofol.Kalau kita rujuk buka perubatan ubat ini digunakan untuk :Induction and maintenance of general anaesthesia dan sedation of ventilated ICU patients.Artinya hanya digunakan oleh pakar bius untuk pesakit yang akan menjalani pembedahan dan pesakit yang menggunakan mesin ventilation di ICU. Macam mana pula Jacko boleh menggunakan ubat ini. Dikhabarkan doktor peribadi beliau yang memberikan ubat ini yang dicampur dengan diazepam kerana jacko tak boleh tidur. Yang mushkil nya doktor peribadi dia adalah seorang pakar kardiologis.Jadi banyak pertanyaan yang timbul dari jawapan yang diterima. Nanti kita cerita lanjut tentang perkara ni.
Berbalik kepada tulisan Sally tadi 8 cara yang dimaksudkan tadi adalah seperti berikut:
1.Accept that trouble are part of life
2.Don't obsess over news
3.Reach out to friend
4.Cultivate gratitude now more than ever
5.Decide not to worry
6.This goes to dwelling too
7.Work at staying upbeet
8.Take part in your faith.
Besok kita sambung
Wassalam

Thursday, October 1, 2009

Hari ni 2/10/09 bersamaan 13 syawal. Berita utama didominasi oleh cerita tentang bencana di Padang. Dikhabarkan lebih dari 1100 orang telah mati dan mungkin banyak lagi yang akan ditemui mati. Yang paling diperlukan oleh mangsa sekarang ini adalah makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
Manusia ni sistem pertahanan tubuhnya sangat lemah jika dibandingkan dengan mahluk yang lain. Dari kecil kita terpaksa diberi suntikan vaksinasi untuk melindungi diri dari berbagai macam penyakit.
Semalam heboh dalam suratkhabar tentang vaksin papilloma virus. Pihak pemerintah telah bercadang untuk memberi vaksinasi tersebut kepada semua wanita berumur 13 tahun keatas untuk mengelakkan kanser rahim. Malangnya beberapa hari sebelum ini di England dilaporkan ada wanita yang meninggal setelah menerima suntikan vaksin ini. Jadi CAP telah mencadangkan kepada pemerintah agar membatalkan rancagan untuk memberi vaksinasi tersebut. Setakat ini belum ada sebarang respon.
Vaksin H1N1 masih dalam progres. Cina mendakwa telah menemui vaksin tersebut dan telah mula memberikan suntikan kepada rakyat mereka. Di negara kita setakat ini angka kematian akibat penyakit ini masih bertahan pada angka 77 dan diharapkan tidak akan ada lagi mangsa baru. Beberapa hari ni nampaknya pesakit yang menghidapi dengue telah mula bertambah. Waktu H1N1 sedang pasang dahulu dengue tiba-tiba kurang tetapi bila H1N1 mulai menurun dengue mulai naik kembali. Kenapa begitu hanya Tuhan yang tahu.
Di akhir zaman ni memang akan banyak berlaku penyakit dan gempa dan kita sedang menyaksikannya sekarang. Di hari yang mulia ini iaitu hari Jumaat marilah kita merenungi perkara ini dan muhasabah diri.Mungkin ada kesilapan yang kita lakukan sehingga Tuhan murka. Dalam salah satu akhbar semalam berita utama di muka depan ditulis angry earth. Yang murka bukan alam tapi Tuhan
Manusia memang terdedah pada kesan ubat sejak dalam rahim lagi. Bila siibu makan ubat maka ada diantara ubat tersebut yang masuk ke dalam rahim dan mempengaruhi bayi. Ini yang banyak orang tak tahu dan tak faham .Secara prinsip bila kandungan kurang dari 3 bulan tak digalakkan mengambil sebarang ubat kecuali jika terpaksa. Setelah perang dunia kedua tamat ada kes yang menggemparkan di mana banyak bayi yang dilahirkan cacat anggota tubuh. Setelah dilakukan penyelidikan maka didapati wanita -wanita yang mengambil sejenis ubat yang disebut talidomide telah mengalami masalah ini. Sebahagian dari mereka melahirkan bayi yang cacat anggota tubuh. Sewaktu saya mula kuliah dulu pensyarah selalu berpesan supaya mengingatkan ibu-ibu yang mengandung jangan mengambil ubat tetracycline kerana dikuatiri bayi yang lahir nanti akan mengalami kecacatan gigi di mana semua gigi akan berwarna kuning. Sekarang ubat ini dah tak lagi digunakan.
Banyak ubat-ubatan yang dianggap selamat akhirnya menimbulkan masalah kepada manusia. Perkara itu hanya diketahui setelah beberapa tahu kemudian. Secara umumnya jika kita mengandung kita hanya perlu makan ubat setelah mendapat nasihat dari pakar. Bagi mereka yang mengandung hanya vitamin sahaja yang boleh dimakan kecualilah jika terpaksa makan ubat lain atas nasihat doktor. Jangan campuradukkan dengan ubat-ubatan sama ada modern atau tradisional yang tidak pasti kegunaannya . Sayangi diri dan bayi anda.
Banyak ubat yang bila dimakan oleh ibu boleh sampai kepada bayi melalui placenta. Oleh itu ibu-ibu yang mengandung perlu memberi maklumat yang cukup kepad doktor yang merawat anda dan pastikan hanya makan ubat bila diarahkan oleh doktor.Jangan terpengaruh dengan nasihat orang lain apa lagi ubat-ubatan yang dijual oleh agen jualan langsung .
Di samping melalui placenta ubat juga boleh sampai kepada bayi bila siibu menyusukan anak. Banyak ubat yang terdapat dipasaran boleh masuk ke dalam susu ibu bila siibu memakan ubat tersebut. Oleh itu bila memakan sesuatu ubat dan anda menyusukan bayi maka dapatkan maklumat yang lengkap. Jika tak pasti hubungi Pegawai Farmasi yang bertugas supaya beliau dapat memberikan nasihat yang sewajarnya. Hati-hati dalam perkara ini kerana ada ubat yang boleh mendatangkan bahaya kepada bayi anda.
Cukup buat hari ini. Wassalam