Thursday, July 29, 2010

Waktu sekarang amat menceemburui saya.Makan lama rasanya semakin tak ada kesempatan nak update blog.Saya masih nak menyambung kisah penyakit diabete insipidus. Dalam TV beberapa hari ni asyik cerita tentang masalah diabetes dan gula. Sekarang dah ada slogan kurangkan manis dalam minuman banyakkan manis dalam senyuman.Gula dianggap punca utama penyakit Diabetes mellitus.Penyakit diabetes ni dapat dibahagi kepada dua iaitu diabetes insipidus dan diabetes mellitus. Diabetes insipudus disebabkan oleh kekuranag Anti Diuretic ormon yang mengawal pengeluaran kencing.Kerana kekurangan ADH seseorang itu akan kerap kencing dan biasanya penyakit ini dihidapi oleh kanak-kanak.Penyakit diabetes pula dibahagi kepada diabetes mellitus type 1 dan diabetes diabetes type 2. Type 1 disebabkan oleh maslah insulin yang gagal dikeluarkan oleh pankreas .Diabetes mellitus type disebabkan oleh kekuranagn insulin , atau ketidakefisian insulin memproses gula atau kerana sel-sel tidak sensitif terhadap tindak balas insulin.Type 1 hanya ada satu rawatan iaitu menggunakan insulin sedangkan type 2 menggunakan ubat-ubatan oral kecuali jika ubat oral tidak lagi berkesan maka perlu dihunakan insulin sebagai ganti.
Kita sering keliru tentang masalah gula dalam badan.sumber gula dalam badan berasal dari gula yang kita minum aatau kita makan serta bahan-bahan yang berbentuk karbohidrat .Karbohidrat akan menjadi gula bila diproses oleh badan.Sumber karbohidrat adalah nasi, mee, roti, ubi keledek dan tepung.walaupun tak mengambil gula tapi bila banyak mengambil karbohidrat maka kadar gula dalam badan akan meningkat.Sebab itu kefahaman ini penting supaya penyakit kencing manis dapat dikawal.

Ubat-ubatan oral boleh dibahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:

1. Meningkatkan pemprosesan gula menjadi tenaga.
2.Meningkatkan kekesanan kerja insulin.
3.meningkatkan sensitiviti sel-sel terhadap tindakbalas insulin.
4.menghalang pemprosesan karbohidrat menjadi gula.

Doktor perlu pandai memilih kombinasai ubat yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang optimum.

Untuk meningkatkan efisiensi ubat dan pengawalan yang sempurna maka senaman memainkan perana yang amat penting.Diamping itu pengurangan berat badan juga membantu mengawal berat badan.

Wassalam

Monday, July 26, 2010

Masalah utama pesait di negara kita adalah kekurangfahaman tentang penyakit yang dihadapi.Akibatnya mereka mempunyai persepsi yang berbeza-beza dan mudah terpengaruh dengan cerita-cerita orang.Saya perhatikan masyarakat kita mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap dan cerita-cerita teman-teman .Di suraupun saya lihat terjadi aktiviti menjual berbagai produk bahan-bahan alternatif yang katanya boleh menyembuhkan berbagai macam penyakit.Lepas solat akan ada saja rakan yang cuba memeasarkan produk-produk yang katanya di datangkan khas dari negara timur tengah.Yang uniknya kata mereka produk-produk tersebut boleh menyembuhkan berbagai penyakit seperti darah tinggi, darah kotor, kencing manis, kurang darah , menguatkan tenaga dan sebagainya.Jadi dengan menggunakan satu jenis produk sahaja beberapa jenis penyakit dapat disembuhkan. Yang peliknya ada pula yang percaya.
Sampai bila masyarakat kita akan begini tidak ada siapa yang tahu. Bagi saya semuanya berpunca kerana kurangnya penyampaian maklumat yang betul oleh orang-orang yang bertanggungjawab dalam bidang ini.Tentunya yang paling berautoriti adalah para doktor diikuti oleh ahli farmasi, jururawat dan sebagainya.Malangnya mereka kurang memberikan kaunseling kepada pesakit-pesakit berkenaan sehingga maklumat yang sebenar tentang sesuatu penyakit tak sampai.Kita megambil contoh penyakit diabetes.Berapa ramai pesakit jenis ini yang betul-betul faham penyakit diabetes itu apa dan dibahagi kepada berapa jenis.Apa itu diabetes type 1 dan diabetes type 2. Apakah penyakit ini boleh disembuhkan atau tidak. Apakah pesakit pernah diberitahu punca penyakit ini, bagaimana mengawalnya dan fungsi ubat-ubatan yang diberikan.Jadi segala macam persoalan ini tak pernah dirungkai dan difahami oleh pesakit. Akibatnya komplian pesakit amat kecil dan pesakit cenderung memilih rawatan yang mereka fikir baik untuk diri mereka.Akibatnya dalam jangka panjang berbagai komplikasi akan terjadi.

Besok kita sambung kerana waktu subuh dah masuk dan saya perlu ke surau untuk menunaikan solat subuh. Wassalam

Friday, July 23, 2010

Hari rabu petang saya check in di sebuah hotel ternama di JB. Saya terkejut juga bila nak check in kerana pegawai yang bertugas di kaunter kenal dan tahu nama saya. Rupanya dia memperhatikan saya kerana saya kerap tinggal di hotel tersebut.Bila saya nak check in dia langsung print nama saya dan minta saya tandatangan. Nombor kereta sayapun ada dalam rekod hotel tersebut. Perkara ini memang kelihatan kecil tetapi dalam maknanya bagi seseorang individu. Inilah strategi yang digunakan oleh kedai mamak. Nampak saja kita masuk kedai dari jauh dia dah tahu apa kita nak makan dan apa minuman kegemaran kita. Inilah salah satu rahsia kejayaan kedai mamak. Di tempat kerja saya ramai staf yang makan minum di kedai mamak yang terletak dihadapan hospital.Bila ditanya kenapa mereka suka sangat makan di situ maka jawab staf kerana tauke kadai tersebut dah menyesiakan meja khusus untuk staf tersebut. Layanan yang nampak remeh ni rupanya memberi kesan yang besar kepada kejayaan business mereka.

Minggu ni berita hangat yang dibicarakan adalah tentang rancangan pemerintah untuk melaksanakan skim insuran nasional. Perkara ni dah lama diperbincangkan tetapi masih belum terlaksana. Saya sendiripun tak begitu faham tentang skim ini. Apakah ianya akan diwajibkan kepada semua rakyat Malaysia atau hanya untuk pekerja yang mencarum dalam EPF sahaja? Sama-sama kita lihat nanti. Yang menjadi tanda tanya adalah apakah pemegam insuran peribadi dari syarikat-syarikat insuran juga akan diwajibkan membeli insuran kerajaan ini? Entahlah kita sendir masih belum jelas tentang perkara ini. Di United Kingdom National Health Scheme sudah lama dilaksanakan. Doktor swasta yang membuka klinik atau lebih dikenali sebagai GP memainkan peranan penting untuk merawat pesakit pada peringkat awal. Pesakit hanya ke hospital jika dirujuk oleh GP berkenaan. Jadi mereka tak dibenarkan pergi langsung ke hospital jika tidak ada rujukan dari GP. Jadi apakah kita akan mengikuti sistem sedemikian?

Untuk sementara waktu ada baiknya jika kita membeli insuran perubatan yang banayak dijual di negara kita. Premium yang dikenakanpun taklah begitu mahal. Jika diusia muda membayar premium RM 50 sebulanpun sudah cukup untuk mendapatkan kemudahan rawatan sehingga RM 100,00.00. Jika dah sakit memang tak mampu kita nak bayar sekaligus dengan wang tunai.Oleh itu perlu membeli insuran supaya kita boleh membuat pilihan terbaik untuk mendapatkan rawatan bagi diri kita.

Di negara seberang heboh diperkatakan tentang kopi tahi musang. Artinya kopi ini diambil dari najis musang yang memakan biji kopi. Rupanya bila musang makan kopi biji kopi yang ditelan oleh musang akan dikeluarkan sebagai tahi musang dan biji inilah yang diambil dengan cara membersihkan tahi tersebut. Bunyinya memang menjijikkan tetapi toh ada manusia yang suka buat kerja yang pelik-pelik ni. Dikhabarkan harga secawan kopi tahi musang melebihi RM 250 secawan. Memang tak masuk akal , sudahlah jijik mahal pula. Tapi rupanya kopi jenis ini menjadi rebutan ramai. Manusia memang pelik dan suka melakukan perkara yang pelik. Di Hong Kong ada restoran khusus yang menyediakan makanan eksotik seperti daging buaya, penyu, harimau, otak monyet dan sebagainya. Malah ada yang menjual ulat dan cacaing untuk dijadikan makanan. Anehnya ramai pula peminatnya.Kononnya untuk mendapatkan kekuatan batin yang luar biasa.Sebagi orang Inslam kita ada panduan tentang makanan apa yang dibolehkan menurut syarak.Lagipun Nabi berpesan makanlah kamu bila kamu lapar dan berhentilah makan sebelum kita kenyang. Nabi mengajarkan kita memakan makanan yang bersih, halal dan berkhasiat.Minuman kesukaan Nabi adalah susu kambing dan makanan kesukaan Nabi adalah kurma.
Wassalam

Sunday, July 18, 2010

Hari Sabtu cukup sibuk bagi kami.Jam 9 pagi saya memberi ceramah motivasi kepada murid-murid sekolah yang datang membuat lawatan ke hospital .Bagi saya ceramah sebegini amat penting supaya anak-anak kita tahu hala tuju dalam hidup mereka. Walaupun yang hadir kurang dari 30 orang tapi yang penting mesej sampai. Saya lihat mereka cukup memberikan tumpuan .Di samping ceramah motivasi saya juga menyampaikan sedikit maklumat tentang kerjaya di hospital kerana kita masih kekurangan pakar yang berpengalaman.Jururawat saja masih diimpot dari luar terutama India dalam bidang ICU,dan dewan bedah.
Lepas ceramah saya doktor pakar kanak-kanak memberikan ceramah tentang penjagaan kesihatan untuk mengelakkan jangkitan kuman. Perkara asas yang perlu diamalkan dalam hidup adalah menjaga kebersihan diri.Sebab itu kita diwajibkan solat 5 kali sehari paling minima kerana sebelum solat kita akan mensucikan diri.Hasil kajian yang dilakukan didapati kurang dari 40 persen doktor dan jururawat yang mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh pesakit. Sebab itu jangkitan kuman tak dapat dikawal secara sempurna. Mencuci tangan adalah perkara asas untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Sebelah petang diadakan seminar diabetic care dimana kami menjemput doktor-doktor swasta yang membuka klinik. Ceramah diberikan oleh pakar endokrinology, pakar perbidanan dan pakar bedah tulang dtentang penyakit Diabetis mellitus. Dalam bahasa awam penyakit ini disebut kencing manis kerana memang dalam kencing pesakit terdapat gula .Dulu sebelum ada peralatan canggih maka para saintis merasa air kencing tersebut dan didapati ianya memang manis. Sebab itu dalam istilah Inggeris disebut sweet sugar.Dari segi statistik pada tahun 1986 terdapat 6.3% pengidap kencing manis tetapi angka ini bertambah menjadi 15 % pada tahun 2006. Mungkin tahun 2010 dah jadi 18% dan angka ini akan terus bertambah kerana tabiat pemakanan masyarakat kita. Ada tiga faktor utama iaitu pemakanan, penjagaan berat badan dan kegiatan jasmani. Kalau ketiga-tiganya ini tak berjalan serentak maka kemungkinan untuk mendapatkan kencing manis akan menjadi begitu tinggi apa lagi jika ada faktor genetik. Tiap tahun terdapat lebih dari 5% penyakit yang baru dikesan.Yang amat mengejutkan saya adalah jumlah terbanyak terdapat di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 15.3% jauh melebihi angka diperingkat nasional iaitu 11.55%. Pernah satu masa dulu negeri tertinggi adalah Kelantan tetapi sekarang Negeri Sembilan yang menjadi jaguh. Wah negeri yang handal dengan masakan lemak cili padinya pmempunyai kadar tertinggi dalam kencing manis apa lagi dalam penyakit jantung tersumbat? mungkin paling tinggi juga kerana peranan santan dalam gulai lemak cili padi. Entahlah kerana tak ada statistik yang diberikan.

Pakar otopedik memberi pesan 3 C dalam penjagaan diabetes mellitus.
1st C--- care
2nd C -- control
3rd C -- cut

Peranan pengamal perubatan yang paling utama adalah melakukan C yang pertama dan kedua supaya komplikasi dapat dielakkan atau diperlambat. Kalau dah masukl C yang ketiga maka ianya dah terlambat kerana anggota tubuh terpaksa dipotong dan kaki dah jadi kudung. Kajian yang dilakukan didapati pesakit yang diamputasi anggota tubuhnya mengambil masa lebih dari satu tahun untuk menerima hakikat yang anggota tubuhnya sudah kudung. Cuma 40% yang mampu kembali bekerja sedangkan yang lain terpaksa meninggalkan pekerjaan asal kerana dah jadi orang OKU.
Diabetic foot care sangat penting jika seseorang telah disahkan terkena penyakit daibetes melitus.Kaki mudah terjangkit kuman kerana bekalan darah berkurangan kebahagian kaki dan mudah menjadi kebas. Lama kelamaan kaki dah tak ada deria rasa sehinggakan jika tercucuk benda tajampun tak akan terasa sakit. Bila luka maka kudis akan sulit untuk disembuhkan dan lama kelamaan bahagian yang luka akan menjadi mati iaitu gangrane .Bila ini terjadi maka pakar otopedik akan melakukan C yang ketiga iaitu cut.
Berdasarkan perbincangan sewaktu seminar doktor endokrinologi memberi tahu bahawa sekarang ini pesakit yang menggunakan insulin diajar bagaimana mengatur dos suntikan yang perlu diambil. Istilah ini disebut titration of insulin dosage. Target yang ingin dicapai adalah kadar gula dalam darah sewaktu berpuasa tidak lebih dari 7 mmol. Caranya adalah dengan mengambil kadar gula setiap hari menggunakan glucometer.Jadi pesakit diajar bagaimana menggunakan alat ini. Jika kadar gula tinggi maka dos insulin akan dinaikkan dan jika rendah maka akan diturunkan.Ini bagi saya amat menarik dan merupakan sesuatu yang baru.

Satu lagi masalah utama rakyat Malaysia adalah berkurangnya secara mendadak peratus kelahiran bayi. Lima tahun yang lalu kadar kelahiran adalah 2.6 % tetapi kini dah jatuh 2.2% dan angka ini dijangka akan terus berkurangan. Puncanya kerana lambat kahwin dan kecenderungan pasangan untuk mempunyai anak yang sedikit.Barbagai faktor tentunya mempengaruhi perkara ini tetapi faktor utama adalah masalah isteri yang bekerja dan kos kehidupan yang semakin meningkat. Ironinya kadar jangka hayat semakin meningkat dan generasi kita menuju ke tahap aging society dimana jumlah golongan lanjut usia akan menjadi semakin besar sedangkan jumlah generasi muda semakin berkurangan. Masalah ini sedang terjadi di negara maju dan pemerintah mereka menggunakan berbagai pendekatan untuk menggalakkan golongan muda supaya berkahwin lebih awal dan mempunyai anak yang lebih ramai.Nampaknya usaha ini sukar untuk berjaya kerana dua faktor yang saya sebutkan tadi.

Kos untuk menyara golongan tua amat tinggi terutama kos perubatan.Jadi bersiap sedialah kita menghadapi masalah ini. Wassalam

Thursday, July 15, 2010

Dah empat hari saya tak sempat menulis kerana menghadiri conference healthcare di KLCC.Minggu depan pun gitu juga sibuk dengan meeting dan kemudian kursus pula di Johor.
Sebab itu kata Nabi gunakanlah waktu lapang mu sebelum datang waktu sibuk mu.Malam ni terpaksa menyempatkan diri untuk update blog kerana rasanya ada sesuatu yang kurang kalau dah lama tak menulis.

Hari ni dalam salah satu akhbar dilaporkan tentang penjualan ubat-ubat sex untuk laki-laki. Memang dah sifat laki-laki amat sensitif tentang perkara ini sehingga ada pihak yang pandai untuk mencari kesempatan. nafkah batin ni merupakan salah satu pra syarat untuk membolehkan laki-laki berkahwin. Mereka yang tak upaya memberikan nafkah batin di larang berkahwin dan wanita di beri hak untuk menuntut fasah seandainya suaminya gagal berfunsi secara normal. Beginilah pentingnya benda ni. Sebab itu banyaklah ubat-ubat kuat yang dijual.
Dari segi pengubatan moden ada dua jenama yang sangat popular di negara kita iaitu viagra yang mengandungi sildenafil dan sialis yang mengandungi tadalafil. Ubat ini merupakan ubat kawalan yang hanya boleh dipreskrib olek doktor. Ubat ini tak boleh diberikan kepada mereka yang mengalami masalah jantung.Penjualan ubat ini diseluruh dunia memang luar biasa. sebelum adanya ubat ini dulu ahli urologi menggunakan suntikan prostaglandin dan sewaktu aya masih menjadi Pegawai Farmasi sudah menjadi salah satu tugas saya menyediakan ubat ini dalam bentuk suntikan 1 ml yang siap untuk digunakan oleh pesakit. Saya pernah tanya kepada pesakit yang bersangkutan, tak sakit ke jika disuntik dibahagian sulit. Dia kata sakit juga tapi syoknya mengatasi kesakitan tersebut. Sekarang ubat kuat disediakan dalam bentuk tablet yang mudah untuk di telan.

Dilaporkan bahawa penggunaan ubat-ubat alternatif lebih banyak dari ubat moden. Kalau anda ke Chow Kit mudah saja untuk mendapatkan ubat tongkat ali, jamu-jamu kuat, minyak lintah dan bermacam lagi ubat kuat yang dijual.Kebanyakan ubat tersebut tidak berdaftar dengan lembaga ubat dan penjualannya adalah salah dari segi undang-undang.Menurut laporan pihak berkuasa banyak ubat kuat secara alternatif ini dicampur dengan bahan yang mengandungi sildenafil dan tadalafil. Ini boleh mendatangkan serangan jantung jika digunakan sesuka hati. Rampasan yang dibuat bernilai jutaan ringgit.
Dilaporkan juga bahawa ada peniaga yang menjual ubat minyak lintah melalui internet dan beliau boleh menjula lebih dari 50 botol sebulan.Jika satu botol berharga RM 50 maka sebulan dia boleh dapat RM 2500, hanya dengan menjual minyak lintah.Nak komen tentang keberkesanan ubat inipun tak boleh sebab tak pernah mencuba.
Bagi saya jika kita menjaga pemakanan, riadah yang cukup dan mental yang tenang tentu kita tak perlu mengambil semua ubat ini. Kebanyakan maslah impotensi adalah kerana masalah saikologi dan masalah penyakit seperti darah tinggi dan diabetes.Oleh itu menjaga kesihatan amatlah penting jika kita ingin hidup bahagia.hati-hati membeli ubat ditepi jalan kerana kesan buruk seperti serangan jantung dan kerusakan buah-pinggang
Satu lagi berita yang menarik adalah tentang perkembangan ekonomi Singapura. Tahun lepas ekonomi singapura menguncup 1.5% tapi tahun ini diramalkan akan berkembang antara 15-17% dan merupakan yang tertinggi di Asia. wow macam mana mereka boleh melakukannya. Kita sepatutnya belajar dari mereka. Turki juga diramal akan berkembang sebanyak 12% tahun ini. Rahsia kejayaan Turki adalah kerana kemampuan syarikat -syarikat negara tersebut membuat kerja -kerja kontraksyen di merata tempat didunia terutama di bekas negara Uni soviet dan timur tengah termasuk Iran.Nilai penghasialan syarikat dari Turki menduduki tangga ke 33 dari segi ranking dunia. Bayangkan dalam waktu yang singkat mereka mampu mejelajahi dunia dengan kepakaran teknologi pembinaan. Kita pula macam mana?

Saturday, July 10, 2010

Malam tadi german mengalahkan Uruguay 3-2. Kemenangan ini sesuai dengan ramalan sotong dan Burung dari Singapura. Malam ni final bolasepak antara Sepanyol dan Belanda. Ini tentu memeningkan kaki judi kerana sotong meramalkan Sepanyol menang sedangkan burung meramalkan Belanda. Jadi peninglah kepala kaki judi. Macam mana ramalan sotong boleh betul hanya tuhan yang tahu. Bagi orang Islam percaya kepada ramalan adalah syirik dan berdosa. Berjudi , minum arak dan meramal nasib adalah dosa besar yang perlu dijauhi. Malam ni penuhlah kedai mamak oleh orang yang menonton final bolasepak. Mula jam dua pagi sampai subuh ramai yang akan bergadang menonton tv.Ramai yang sanggup ni kerana minat yang luar biasa. Saya setakat ni tak ambil pedulilah tentang benda ni. Saya lebih suka mengetahui keputusannya sahaja, lebih mudah dan tak stress. Nak katakan tak minat nonton bola tak juga. Kalau siaran jam sepuluh mungkin saya akan nonton.
nak nonton tu nontonlah tapi jangan sampai ponteng kerja dengan sengaja ambil MC. Ingat kita kerja nak cari rezeki yang halal bukan yang haram.Kalau tidak lebih baik ambil cuti dan lepas subuh terus lepak sampai tengahari. Rasulullah melarang kita tidur selepas subuh kerana mereka yang tidur lepas subuh akan terlepas rezeki.Tapi berapa ramai manusia yang peduli dengan perintah ini.

Waktu saya di Clark Quay Singapura awal bulan lepas begitu juga .Riuh rendah manusia menonton tv di kedai yang menyediakan tv besar.Memang nonton ramai-ramai tu seronok dari nonton di rumah.Cuma kena ingat jangan sampai berjudi.

Dua hari lepas saya mengikuti seminar Asia Pacific healthcare conference di Subang. Memang cerita tentang healthcare ni tak pernah habis. Saban hari ada saja teknologi baru yang diperkenalkan tapi yang pasti masalah juga semakin banyak. Industri healthcare dianggap sebagai industri yang sangat merbahaya bukan dari segi revenue dan keuntungan tetapi komplikasi buruk kepada pesakit. Lihat saja masalah acquired nosocomial infection .Nosocomial infection adalah jangkitan kuman yang diderita pesakit dalam waktu 48 jam dimasukkan ke hospital.Punca jangkitan ini berbagai. Yang paling mudah adalah melalui sentuhan dari perawat sama ada doktor atau jururawat. Contoh mudah jika doktor yang memeriksa pesakit tak mencuci tangan tapi terus memegang pesakit lain maka kemungkinan berlakunya jangkitan nosocomial ni amat besar. Ini baru cerita sentuhan tangan. Sebab itu hand washing adalah suatu kemestian tapi siapa yang nak menguatkuasakan perintah ini. Semuanya tergantung kesedaran diri masing-masing. Satu lagi masalah adalah penggunaan berbagai jenis procedure di mana pesakit perlu melalui suntikan , pemasangan perbagai peralatan seperti bantuan untuk bernafas, catheter, alat untuk suntikan dan sebagainya yang memungkinkan terjadinya jangkitan kuman.

Yang menaraik menurut salah seorang penceramah dari India adalah syarikat insuran tak akan membayar kos rawatan akibat jangkitan nosocomial dan kos rawatan perlu dibayar oleh pesakit sendiri. Persoalannya bagaimana nak membuktikan yang jangkitan tersebut adalah jangkitan nosocomial. Jadi masalahnya cukup rumit. Mujur di negara kita masalah ini masih belum timbul.

Peranan pesakit mematuhi setiap arahan yang diberikan dan peranan perawat baik doktor atau staf yang lain untuk menjaga disiplin diri sewaktu melakukan rawatan akan menentukan nasib pesakit.
wassalam

Thursday, July 8, 2010

Dah lima hari saya tak sempat menulis. Isnin lepas saya mendaftar di UiTM untuk menjadi pelajar part time. Bila saya berjumpa dengan Professor pada pagi tu dia macam caya dengan tak yang saya nak jadi mahasiswa. Dia kata berat ni.Kuliah dua kali seminggu waktu malam dan nanti banyak assignment. Saya faham yang dia macam tak menggalakkan .Saya kata saya akan cuba. Bila nak selesai terserahlah. Yang penting cuba dulu. Dia kata OK lah dan saya perlu mendaftar diri. Punyalah susah nak cari bangunan Intek untuk mendaftar. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga. Saya sampai jam 2 petang dan staf yang ada kata kena buat semua hari ni sebelum jam lima sebab tarikh pendaftran terakhir. Wah saya kata mustahil ni tapi dia kata Insya Allah sempat. beria dia menggalakkan saya. Dia kta pergi print kat bawah ada komputer.Semua borang kena download melalui internet. Wah dalam hati parah ni sebab selama ni main suruh saja staf yang buat. Akhirnya dapat juga. Lepas tu kena buat medical check up, buat kartu mahasiswa, kena cop pengesahan dan bayar yuran.Semua mesti siap sebelum jam 5 petang. Alhamdulillah tepat jam lima saya selesai mendaftar.

Masalah nya sekarang adalah kuliah yang bakal menuggu. Tiap-tiap minggu ni dua kali, sempat ke atau tidak saya tak pasti .

Petang isnin tu juga saya terbang ke Kedah kerana buat survey hospital. Saya bermalam di hotel Regency selama dua malam. OK jugalah hotel ni. Khabarnya milik kerajaan negeri. Makan malam di menara Alor Setar. Maklum ada yang belanja tapi makanan punyalah banyak tak habis makan. Waktu petang sempat shopping di Pekan rabu tapi setakat cuci mata saja kerana tak tau apa nak beli.

Setiap pagi lepas subuh saya jalan kaki selama 30 menit. jadi sempat juga jumpa orang gila berkeliaran dan beberapa orang yang tak berumah tidur di atas simen. Entahlah macam dah fenomina biasa. Sebelum ini sewaktu saya jalan pagi di sekitar JB jumpa juga benda macam ni.

Malam Khamis terbang pulang ke KL dan sampai rumah jam 12 malam. Pagi tadi ke Subang pula kerana ada conference Asia Pacific health conference. Besok pagi ke tempat yang sama kerana conference berjalan selama dua hari.Jadi minggu ni sibuk gila sampai sempat masuk pejabat sekejap saja. Sabtu nanti baru boleh masuk pejabat sepenuhnya.

Hidup ni macam nilah.kalau dah sibuk luar biasa. Tapi kita kena hadapi semuanya ini dengan hati dan fikiran yang terbuka barulah ada keseronokan bekerja. Faktor usia bukan penghalang.Yang penting semangat dan komitmen.
sampai jumpa lagi.Wassalam

Sunday, July 4, 2010

Memang banyak kejutan dalam piala dunia di Afrika selatan.Brazil dan Argentina terkeluar.Lebih memalukan Argentina di ratah oleh German 4-0. Khabarnya Maradona nak letak jawatan kerana kecewa. Itulah bola sepak.Saya perhatikan pemain German cukup tegap dan pantas. Mereka bergerak bagaikan kereta tank .Bila dapat saja bola mereka pantas bergerak ke atas dan melepaskan sepakan kencang dari jarak jauh.
Argentina pula hanya bergantung pada Messi untuk mengatur gerak tapi dia tak mendapat support dari pemain lain.Macam tulah hasilnya bila pasukan yang menggunakan tektikal dan kekuatan fizikal mereka berbanding dengan kepintaran seorang pemain saja.

Saya melihat kepada peranan sain sukan dalam membina kekutan fizikal dan mental pemain. Pastinya makanan pemain perlu dijaga rapi dari awal untuk membina otot dan tenaga yang kuat dan konsisten. Saya tak pastilah apa yang mereka makan untuk menu mereka , tapi yang pasti pemakanan diatur oleh ahli pemakanan berdasarkan kajian saintifik. Perkara ini dah lama dibincangkan di negara kita tapi setakat mana pelaksanaannya kita sendiri tak pasti. Di barat perkara ini dah lama selesai kerana mereka memang mengutamakan kajian ilmiah jika dibandingkan dengan kita.

Kalau pemain kita masih lagi menggunakan menu nasi lemak dan roti canai sebagai menu harian yang pasti kekutan stamina dan otot tak mungkin tercapai. Nasi lemak hanya mengandungi karbohidrat sahaja. Protein dalam nasi lemak sangat sedikit kerana ikan bilis cuma dua tiga ekor. Kacang tanah adalah beberapa biji dan timun cuma sepotong. Jadi dimana protein dan vitaminnya.Roti canai pun begitu juga. Yang ada cuma karbohidrat .Kuah dal pun cair lebih, banyak air dari kacang. Itulah makanan kita seharian. Pekerja pejabatpun makan benda ni juga. Tengah hari makan mee goreng atau rojak. Sebab tu lepas makan mata jadi ngantuk.Bila dah ngantuk prestasi kerja tak akan ke mana.

Saya tertarik dengan permainan pasukan Ghana , cuma nasib tak menyebelahi mereka. Sepakan penalti pun boleh tak masuk.Itu namanya nasib .Walaupun mungkin dari segi pemakanan mereka tak sepenuhnya menggunakan sain sukan tapi dari segi genetik mereka yang berkulit hitam memang kuat secara semula jadi.Tapi bagi kita yang berkulit sawa matang ni perlulah memanfaatkan ilmu sain sukan sepenuhnya untuk melahirkan pemain bola yang bertubuh sasa dan mempunyai stamina yang konsisten. Kebanyakan pemain kita akan mula puncet setelah separuh masa pertama kerana stamina tak konsisten.

Sekolah bola sepak di negara kita dah lama ada tapi kita masih di takuk lama. Dulu zaman Mokhtar Dahari, Soo Chin An, Syukur Salleh Malaysia pernah dapat masuk sampai peringkat Olimpik tapi kini dengan Indonesia dan Vietnam pun kita tewas. Jangankan nak dibandingkan dengan Cina, Korea dan jepun jauh sekalilah mutu permainan kita.

Saya rasa yang akan masuk final nanti adalah German dan Belanda. Entahlah. Selamat menonton. Wassalam

Friday, July 2, 2010

Tentunya berita yang hangat diperbualkan pagi ni adalah tentang kekalahan Brasil pada Belanda.Kemudian kekalahan Ghana pada uruguay melalui sepakan penalti. Inilah yang dinamakan bola. Jutaan manusia yang bergadanag malam tadi menonton bola.Bagi yang bercuti hari ni mereka boleh sambung tidur tapi bagi yang bekerja ibarat nyawa-nyawa ikanlah mereka nanti. Nak kerjapun tak semangat kerana ngantuk. Ada kawan yang sakit dada kerana tak cukup tidur dan terpaksa datang buat ECG kat hospital kerana takut serangan jantung. Sekarang serangan jantung bukan lagi ikut usia. Di tempat kerja saya pesakit paling muda yang mendapat serangan jantung berusia 32 tahun. msih terlalu muda untuk penyakit yang begini tapi kerana perubahan pola hidup dan tingkah laku menyebabkan penyakit ini menyerang. Biasanya yang berisiko tinggi adalah mereka yang melebihi usia 40 tahun, itupun jika ada kesan genetik seperti orang tua mengidap penyakit jantung.

Saya sedang membaca buku tentang ubat-ubatan dan InsyaAllah lepas ni saya akan cuba menulis buku tentang ubat-ubatan untuk dijadikan panduan oleh masyarakat. Buku saya yang pertama tentang kerjaya Ahli farmasi telahpun diterbitkan dan dah mula dijual tapi perlahan sikit kerana orang kita ni sayang nak keluar duit untuk membeli buku. Tak apalah yang penting kepuasan diri untuk berkongsi ilmu. Buku yang saya baca ni di tulis oleh Ray D. Saya baru menghabiskan beberapa helai muka surat.Dalam buku ni ada diceritakan tentang kisah isteri teman beliau yang mati mengejut kerana mengambil ubat Hormon replacement Therapy. Teman beliau bernama Phil dan isteri teman beliau bernama Cynthia. Macam biasa bila dak menopause Cynthia berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang HRT. Maklulah jika tak makan HRT macam-macam kesan sampingan yang diderita.Ini yang menggerakkan beliau untu mendapatkan nasihat dari doktor. Menurut doktor beliau adalah selamat menggunakan HRT kerana dah ribuan pesakit beliau yang menggunakan HRT tapi belum ada laporan tentang kesan sampingan yang serius. Atas nasihat ini Cynthia mula mengambil HRT. Apa dia HRT? HRT adalah campuran estrogen dan progenteron iaitu hormon pada wanita yang berkurangan jumlahnya bila lepas menopause. Yang paling ketara penurunan jumlahnya adalah estrogen. Cynthia mula menggunakan HRT ini menurut nasihat yang diberikan oleh doktor. Beberapa bulan kemudian tiba-tiba Cynthia jatuh pengsan dan terus meninggal dunia. Tentu Phil amat terkejut dan menurut keterngan doktor Cynthia dijangka meninggal kerana serangan jantung. Phil memang tak berpuas hati kerana ynthia tak ada maslah sebelum ini dan beliau amat menitikberatkan kesihatan dengan berjongginh dan mengawal pemakanan. Beliau juga tak ada sejarah darah tinggi. atu hari Phil membuat temujanji dengan Pakar jantung. Sambil makan malam dia bertanya kenapa isterinya meninggal dunia secara tiba-tiba. menurut teman beliau yang merupakan pakar jantung, Cynthia meninggal kemungkinan kerana pembekuan darah ke jantung kerana estrogen memang diketahui boleh menyebabkan blood clot terutama ke kaki, jantung dan otak. Jadi menurut perkiraan pakar jantung tadi kemungkinan terjadi darah beku dan menyebabkan jantung Cynthia tersumbat.

Inilah risiko yang perlu diambil bila kita menggunakan sesuatu ubat-ubatan.Walau macam manapun bagi kita ajal maut di tangan Tuhan dan tentu ada penyebab seseorang itu untuk mati. Wassalam