Sunday, January 31, 2010

Walaupun saya cuma sempat berada di Dubai selama 2 hari tapi banyak juga tempat yang sempat saya lawati. Tak nampak satupun klinik GP. Yang ada adalah beberapa kedai farmasi. Mungkin juga Dubai mengamalkan sistem yang sama dengan negara-negara arab yang lain di mana kedai farmasi boleh menjual ubat-ubatan tanpa ada batasan. Doktor membuka klinik di rumah mereka masing-masing tanpa perlu membuka premis di kedai-kedai. Saya tak sempat nak berkunjung ke kedai farmasi kerana masa yang amat terbatas. Nak tinggal lebih lama biayanya tinggi kerana hotel satu malam sudah RM 540. Kalau sampai 5 hari dah berapa kosnya. Dulu kos untuk hotel yang sama adalah RM 800 semalam tetapi sejak ekonomi Dubai merudum harga dah diturunkan. Hotel yang sebegini jika di KL cuma antara RM 180 hingga RM 200 semalam. Kesimpulan saya harga barang-barang di Dubai adalah 3 kali ganda dari harga barang di KL. Saya sampai awal di airport iaitu sebelum pukul 2 petang. Sempatlah menunaikan solat jamak di airport. Suraunya lumayan besar .Lepas solat saya ke tingkat satu airport untuk mengisi perut. Cuma ada tiga kedai menjual makanan. Saya memilih untuk makan burger dan kesemua pekerja adalah orang asing. Tiga dari filipina dan seorang dari Pakaistan. Mereka cukup peramah apabila mengetahui saya datang dari Malaysia. Mereka dengan bangganya mengatakan yang PM kita baru saja pulang dari melawat Dubai dan mereka sempat bertemu dengan beliau.
Di airport banyak kedai yang menjual barangan untuk dijadikan buah tangan. Tapi harganya agak tinggi. Sekotak coklat sampai 35 Dirham. Bila saya belek majalah economic review harganya 40 Dirham. Wow, tak jadi saya nak beli kerana harganya yang terlampau tinggi. 1 ringgit hampir sama dengan 1 dirham.
Penerbangan balik memakan masa 6 jam 40 minit, lebih pendek dari penerbangan waktu pergi. Sewaktu pergi dulu waktu penerbangan 7 jam 30 minit tapi waktu pulang lebih cepat sampai. Saya rasa kerana keadaan cuaca yang baik sewaktu pulang. Waktu berangkat banyak kali terpaksa pasang tali keledar kerana kapalterbang kerap kali bergoyang kerana cuaca yang kurang baik. Tapi waktu pulang perjalanan cukup mulus dan lancar.Kita yang sekali sekala naik kapalterbang memang takut bila cuaca buruk tapi bagi pilot mungkin dah jadi asam garam hidup mereka. Kalau naik kapal lagi teruk jika dipukul gelombang, boleh muntah belilah dibuatnya. Saya lihat ada juga penumpang yang muntah kerana tak tahan mabuk perjalanan.Saya Alhamdulillah tak ada masalah kerana selama ini tak pernah pula mengalami mabuk menaiki kenderaan.
Saya sampai di KLIA tepat jam 6 pagi waktu Malaysia. Lepas sembahyang subuh langsung berangkat pulang ke rumah. Sampai kat rumah langsung tidur kerana tak tahan dah mata tak tidur semalaman , lagi pula masalah jetlag.

Semalam syarikat tempat saya bekerja mengadakan jogaton amal di depan mesjid negeri. Sambutan cukup menggalakkan. Lebih dari 200 orang mengambil bahagian yang terdiri dari 6 kategori termasuk veteran laki-laki dan wanita. Upacara diresmikan oleh exco kesihatan negeri. Acara dimulai jam 8.30 pagi dan semuanya selesai jam 10 pagi. Cuaca amat baik dan semua berjalan lancar. Acara yang sebegini memang patut selalu diadakan untuk memupuk semangat bersukan dan beriadah di kalangan masyarakat kita. Menjaga kesihatan adalah menjadi tanggungjawab setiap individu. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Kalau dah sakit berbagai masalah yang akan timbul dan kos pengubatan juga sangat tinggi. Oleh itu sebelum mendapat penyakit maka kita perlu menjaga kesihatan dengan cara melakukan exercise secara rutin dan istiqamah. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam tapi hendaklah dilakukan secara berterusan.
Wassalam

Saturday, January 30, 2010

Conference berlangsung selama dua hari iaitu 26/1 -27/1/10. Pagi-pagi lagi dah ada bas yang menunggu di depan hotel untuk membawa speakers ke Dubai convention centre. Jam 7.30 pagi kami berangkat dari hotel menaiki bas mini yang dipandu oleh pemandu asal Pakistan. Cuma ada 4 orang speaker yang menaiki bas tersebut.Perjalanan cuma mengambil waktu 20 menit kerana jarak yang ditempuh tak jauh. Perjalanan pula cukup lancar. Sampai di convention centre saya langsung mendaftarkan diri. Rupanya terdapat 25 convention yang berlangsung serentak di dewan tersebut. Setiap convention di hadiri lebih kurang 100 orang peserta. Saya mendaftar diri di convention healthcare management. Yang lain-lain tu dalam berbagai bidang termasuk pengkhususan untuk doktor pakar. Giliran saya untuk membentangkan kertas kerja adalah pukul 4.15 petang. Wah satu cabaran yang amat besar kerana pada waktu itu peserta dan sibuk nak balik, ada yang dah cabut dan ada pula yang dah nak tidur kerana dah penat. Alhamdulillah presentation saya berlangsung selama 50 minit, jadi terlebih 5 minit dari waktu yang disediakan. Tapi sambutan dari peserta sungguh memberangsangkan. Rasanya nak present lagi pada tahun depan jika ada kesempatan.
Waktu pulang hanya saya yang menaiki bas tadi kerana speaker yang lain tak tahu ke mana. Mungkin naik teksi atau berkunjung ke tempat lain. Oleh kerana saya keseorangan maka saya punya banyak waktu untuk berbual dengan pemandu bas. Katanya dia dah bekerja sebagai pemandu di Dubai selama 15 tahun sejak dia masih bujang. Dia baru berkahwin lima tahun yang lepas dan mempunyai seorang anak tapi keluarganya tinggal di Pakistan. Dia cuma pulang setahun sekali. Gaji yang dia perolehi cukup lumayan iaitu 4 ribu dirham tanpa perlu memayar cukai pendapatan. Tempat kediaman pula disediakan oleh majikan. Jadi dia cuma perlu belanja untuk beli makanan. Katanya pemandu teksi juga mendapat gaji yang sama.Cuma pekerja kontrak bangunan yang gajunya murah antara 600 hingga 700 dirham.Saya tengok pengangkutan awam di Dubai cukup baik. Kebanyakan teksi adalah toyota camry dan bertulis logo RTA. Basnya juga bertulis RTA. Begitu juga dengan MRT juga bertulis RTA. Rupanya RTA adalah Road and Transport Authority. Jadi kesemua kenderaan awam milik pemerintah.Sebab itu gaji pemandunya cukup lumayan. Di Dubai penduduk tempatan cuma 20% dan sukar untuk dilihat kecuali pegawai kerajaan, polis dan tentera. Kata pemandu bas tadi orang tempatan kebanyakan menjadi tauke kepada berbagai jenis perniagaan yang ada di sana. Setiap rakyat tempatan mendapat sebuah rumah dari pemerintah. Jika ingin berkahwin maka mereka mendapat sagu hati 75,000 dirham. Bila ada anak maka setiap anak akan mendapat alaun bulanan 500 dirham. Wah beruntung sekali mereka. Itulah rezeki rakyat tempatan di Dubai. Kerja -kerja lain dilakukan oleh rakyat asing.
Ramai pekerja asing yang bekerja di sana enggan pulang ke negara asal kerana keadaan di Dubai sungguh kondusif bagi mereka. Gaji yang mereka dapat cukup lumayan tanpa perlu membayar cukai pendapatan dan keadaan di kota tersebut juga cukup aman.

Hari kedua konference cuma dapat saya hadiri untuk setengah hari sahaja kerana saya perlu berada di airport sebelum pukul 3.30 petang kerana check in 3 jam sebelum terbang.Jadi saya perlu segera ke airport untuk mempastikan tak ketinggalan kapalterbang kerana penerbangan berikutnya adalah pada hari jumaat.Jadi 3 hari sekali sahaja ada penerbangan ke Malaysia. Penumpang saya lihat ramai juga walaupun kerusi tak penuh semuanya. Tapi oleh kerana kapalterbang tersebut cukup besar maka jumlah penumpang cukup ramai.

Sampai jumpa lagi. Wassalam

Thursday, January 28, 2010

Hari ini 29/1/10 bersamaan 13 safar.
Hari pertama saya di Dubai terasa memang sungguh asing kerana tak ada kawan. Untuk makan tengahari saya cuba mencari kedai makan di sekitar hotel tempat saya menginap tapi tak jumpa. Saya kemudian cuba masuk ke city square yang terletak kira-kira 500 meter dari hotel coptrone. Bila masuk ke sana memang banyak restoran tapi semuanya menggunakan jenama barat.Macam-macam restoran yang ada tapi satupun tak ada tanda halal.Pekerja restoran pula kebanyakan orang Filipina. Memang ramai rakyat tempatan yang makan disitu tapi saya jadi ragu-ragu sama ada makanan tersebut halal atau tidak. Jadi hilang selera nak makan. Saya keluar dari tempat tersebut dan mencari tempat lain. Mujur tak berapa jauh dari situ saya ternampak sebuah restoran pakistan. Saya langsung masuk dan ternyata pekerja semuanya laik-laki Pakistan. Saya memesan roti prata dan segelas teh susu. Kuah yang dipesan adalah kuah kari bercampur sayur. Memang masakannya menyelerakan kerana rasanya sama dengan masakan mamak di negara kita. Teh susunya memang istimewa, lain dari teh tarik di negara kita. Saya rasa, rasanya seperti teh tarik dekat Mekah. Mungkin susu yang digunakan sama kerana minuman tersebut disediakan oleh orang Pakistan.Kat mekah pun mereka yang jual.Bercakap tentang teh susu ni saya teringat teh susu yang saya minum sewaktu berkunjung ke Yemen pada tahun lepas. Di sana teh susunya pun cukup sedap.Selesai makan saya langsung membayar di kaunter dan saya dikenakan caj 9 dirham. Rasa puas jugalah makan di situ walaupun agak mahal dibandingkan dengan tempat kita. Lepas makan saya merayap di sekitar bandar Dubai sambil mengambil gambar. Ramai orang Filipina yang saya jumpa dan semuanya tersenyum dengan saya. Mungkin mereka menyangka saya juga dari sana kerana muka mereka mirip dengan muka melayu. Jadi taklah terasa terasing sangat berjalan seorang diri.
Menjelang petang saya sekali lagi berkunjung kerestoran tersebut. Kali ni saya memesan roti arab dengan lauk kambing kari serta segelas teh susu. Wow memang sedap masakannya. Lepas makan saya membayar di kaunter dan kosnya kali ini adalah 15 dirham kerana ada lauk kari kambing. Tak apalah janji makan puas dan perut kenyang. Waktu malam saya tak berani keluar walaupun pemandu teksi kata bandar Dubai aman. Saya tak berani nak ambil risiko, maklum negara orang. Lebih baik lepak dalam hotel. Macam biasa kerana masalah jetlag saya susah nak tidur . Sampai pagi cuma tidur-tidur ayam. Mata ni masih tak mampu nak menyesuaikan diri. Membuat panggilan telefon ke Malaysia tak ada masalah. Cuma perlu gunakan international code 006 dan langsung dail number yang yang nak dipanggil.Saya mendapat maklumat tentang dial code tersebut melalui internet. Inilah kemudahan internat yang banyak membantu kita pada hari ini. Dalam bilik hotel ada tanda kiblat dan juga dua naskah al quran. Satu naskah tanpa terjemahan dan satu naskah lagi menggunakan terjemahan Inggeris. Jadi lepas solat sempat jugalah membaca al Quran. Kita perlu menjadikannya sebagai amalan harian kita. Soket elektriknya juga sama dengan Malaysia. Jadi tak ada masalah untuk menggosok baju dan nak caj telefon bimbit. Biasanya kalau keluar negara saya akan membawa adaptor international kerana lain negara lain sistemnya. Saya dapati sistem elektrik di Dubai sama dengan di Dublin. Jadi kita tak ada masalah. Kalau di Indonesia atau yemen sistemnya lain dan perlu gunakan adaptor.
Waktu subuh jam 5 pagi dan magrib pula jam 6 petang. Jadi cepat satu jam dibandingkan dengan Malaysia.
Sampai jumpa besok.Wassalam

Wednesday, January 27, 2010

Hari ini 28/1/10 bersamaan 12 safar
Menurut maklumat yang saya baca dalam majalah Arab Business, bangunan Burj Khalifa mula dibina pada tahun 2004. Syarikat yang membina bangunan tersebut adalah Emaar developer dan siap setalah 5 tahun lebih. Tinggi bangunan adalah 828 meter terdiri dari 200 tingkat. Bangunan ini menempatkan apartment kediaman, pejabat dan hotel. Menurut maklumat tersebut 90% dari bangunan tersebut telah dijual. Pada 4/1/10 yang lepas telah diadakan majlis pelancaran besar-besaran dengan sambutan yang sungguh meriah. Ianya menandakan satu lagi mercu tanda kotaraya Dubai. Sekarang bangunan ini menjadi bangunan tertinggi di dunia. Menurut berita dalam akhbar beberapa minggu lepas seorand jutawan Arab Saudi sedang merancang untuk membina bangunan setinggi 1 kilo meter untuk mengatasi bangunan Burj Khalifa. Macam tulah sifat manusia yang sentiasa berlumba-lumba. Bagi saya perlu ada keseimbangan antara kemegahan, kemewahan dengan pengagihan kekayaan terhadap sesama manusia. Jangan biarkan jutaan manusia merempat hidup hanya kerana kita ingin mengejar sesuatu yang bukannya menjadi keutamaan dalam hidup.
Saya lihat pembangunan infrastruktur di sekitar al burj masih berlangsung. Kebanyakan pekerja adalah dari India, Pakistan dan bangladesh. Artinya mereka mempunyai kepakaran yang cukup tinggi dalam bidang binaan. Di negara kita kebanyakan pekerja bangunan adalah dari Indonesia tetapi di negara arab kebanyakan adalah dari negara yang saya sebutkan tadi. Di Mekah dan di Madinah pun pekerja-pekerja dari India, Pakistan dan Bangladesh yang melakukan kerja-kerja pembinaan.
Setelah puas berkeliling al Burj saya mengambil teksi untuk pulang ke hotel penginapan. Sekali lagi driver teksi juga orang Pakistan .Katanya dia baru bekerja selama 4 bulan dan nasib baik saya ada membawa peta tempat saya menginap, kalau tidak alamat tak jumpa jalan pulang. Sebelum ke Dubai katanya dia bekerja selama 2 tahun di Abu Dhabi tapi kontaknya dah tamat. Jadi dia terpaksa berhijrah ke Dubai. Jarak perjalanan dengan kereta ke Abu Dhabi adalah 1 jam setengah dan tambang teksi pula adalah 300 Dirham .Mahal juga kos teksi ytersebut. Pemandu teksi sangka saya dari Filipina kerana muka mirip orang dari sana. sebenarnya muka Melayu memang mirip dengan orang Filipina. Sewaktu saya berkunjung ke Manila tahun2008 dulu sayapun terkejut kerana kebanyakan muka orang Manila memang mirip muka Melayu. Ini yang dinamakan satu rumpun. Kalau kita menonton filem dari Filipina memang muka pelakonnya kelihatan lain dari muka kita tetapi rakyat biasa memang macam muka Melayu. Saya rasa kebanyakan pelakon adalah berdarah kacukan Sepanyol sebab itu kelihatan lain.
Di mana-mana tempat di Dubai memang banyak orang Filipina dan bila juma dengan saya kebanyakan mereka akan melihat saya dengan senyuman.Mungkin mereka sangka saya juga dari sana.
Kalau kita nak dapat maklumat tanyalah dengan pemandu teksi. Macam-macam cerita yang boleh kita dapat. Saya mendapat banyak maklumat tentang Dubai melalui pemandu teksi. Kata mereka kota Dubai cukup aman damai dan tak ada sebarang jenayah.Saya boleh merasakan suasana tersebut. cukup selesa berada di Kota Dubaai tanpa perlu rasa bimbang.
Besok kita sambung.Wassalam

Tuesday, January 26, 2010

Alhamdulillah subuh tadi saya baru kembali dari Dubai. Pesawat mendarat tepat jam 5.50 pagi waktu Malaysia.
Saya berangkat ke Dubai pada hari sabtu jam 12 mlm. Penerbangan ke Dubai dengan MAS memakan masa 7 jam 30 minit. Waktu terbang kesana perjalanan cukup lancur cuma beberapa kali terasa bergoyang sedikit kerana awan tebal. Namun demikian alhamdulillah kami selamat sampai jam 7.30 pagi waktu Malaysia bersamaan 3.30 pagi waktu Dubai. Nak masuk ke airport pesawat mengambil waktu setengah jam untuk parking. Setelah mengambil laggage saya mengambil teksi langsung ke hotel copthorne kerana pengancur meyediakan tempat tinggal di situ. Pesawat hampir penuh dan kebanyakan rakyat Malaysia. Ada juga sebahagian rakyat arab kerana disamping Dubai pesawat tersebut juga akan terus ke Beirut. Saya tak pasti apakah tujuan rakyat Malaysia ke Dubai, mungkin ramai yang bekerja di sana. Dalam perjalanan untuk mengambil laggage sempat juga berkenalan dengan beberapa rakyat Malaysia. Mereka kesana kerana menghadiri Dubai Healthcare conference 2010. Jadi tujuan mereka sama dengan saya.Oleh kerana pertama kali sampai di Dubai jadi sayapun macam rusa masuk kampung. Dah puas bertanya sana sini akhirnya sampailah juga di tempat pemeriksaan imigresen. Petugas di kaunter tak seorang pun yang senyum. Mereka lihat kita macam tak ada feeling. Lepas selesai pemeriksaan imigresen baru boleh keluar untuk mengambil laggage.Sewaktu dalam teksi saya sempat berbual dengan pemandu. Saya tanya dari negara mana. Dia kata dari Pakistan dan sudah berada di Dubai selama 10 tahun. Katanya hampir kesemua pemandu teksi dan bas berasal dari Pakistan. Perjalanan dengan Toyota camry cukup lancar dan hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke hotel. Caj teksi adalah 24 Dirham . Satu dirham lebih kurang 1 ringgit. Jadi mahal jugalah tambang teksi kerana jarak airport ke hotel sangat dekat.Menurut keterangan pemandu teksi hujung tahun lepas sewaktu krisis ekonomi melanda Dubai, 70 % expatriate meninggalkan Dubai kerana business dah hancur. Saya tanya dia apakah mereka akan kembali. Katanya sulit bagi orang asing untuk kembali lagi setelah business mereka hancur dalam sekelip mata.
Sampai di hotel langsung check in. Yang menyambut saya di kaunter adalah pekerja dari Pakistan dan dari Filipina. Mereka cukup peramah. Setelah selesai check in bag saya di bawa ke bilik dan petugas yang membawa beg berasal dari India. Gitulah 80% penduduk Dubai adalah orang asing.Kebanyakan pekerja berasal dari India, Pakistan dan Filipina. Penduduk tempatan cuma 20% sahaja di Dubai.

Setelah selesai solat subuh saya melelapkan mata sekejap kerana tak tahan sungguh kesan jetlag. Maklumlah tidur dalam pesawat memang tak nyenyak.Saya hanya boleh melelapkan mata selama 1 jam sahaja. Lepas mandi saya langsung sarapan di hotel. Makanan yang disediakan kebanyakan roti dan bauh-buahan. Lepas sarapan saya ambil teksi langsung ke menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifah. Tambang teksi dari hotel ke Burj cajnya 24 dirham.Menurut keterangan pemandu teksi, juga orang Pakistan nama Burj baru sahaja ditukar dari Burj Dubai kepada Burj Khalifah. Nama baru digunakan kerana bangaunan tersebut mendapat bantuan khas dari Raja Abu Dabi, Syeikh Khalifah. Abu Dabi memang kaya dengan hasil minyak dan dalam keadaan gawat ni merekalah yang mula menyuntik wang untuk memulihkan ekonomi Dubai yang dah hancur.

Besok kita sambung cerita tentang Al Burj.Wassalam

Friday, January 22, 2010

Hari ini 23/1/10 bersamaan 7 safar
Semalam saya ambil cuti kerana ada urusan di Putrajaya. Tujuan saya ke sana kerana menguruskan pinjaman persekolahan anak. Syukor kerana anak saya mendapat pinjaman khas .Cuma bila sampai dikaunter saya diminta mematikan setem perjanjian pinjaman dan diberitahau oleh pegawai yang bertugas yang tempat nak mematikan setem tak ada di Putrajaya. Yang paling dekat adalah di Kajang.Nak tak nak terpaksa juga memandu ke kajang kerana dah tak ada pilihan. Jadi kalau nak matikan setem perlu pastikan dibuat ditempat kita tinggal sebelum ke Putrajaya kerana kalau tidak banayak masa yang akan terbuang.
Kutbah jumaat semalam menyentuh tentang penyakit kencing manis. baguslah kutbah dah mengikut isu semasa.Cuma kupasannya kurang mendalam dan mungkin ramai jamaah yang tak begitu memberi perhatian. sebaiknya kutbah yang berkaitan tentang masalah kesihatan ini perlu dirujuk kepada pegawai kesihatan supaya bahannya lebih lengkap agar berkesan di hati para jamaah. Saya rasa usaha yang dijalankan cukup baik kerana mencakup bidang yang langsung melibatkan masyarakat. Di zaman Raulullah kutbah langsung menyentuh isu semasa kerana kutbah adalah salah satu sarana untuk menyampaikan maklumat bagi kepentingan masyarakat.

Malam ni InsyaAllah saya akan terbang ke Dubai kerana pada 25/1/10 saya akan membentangkan kertas kerja di persidangan Kesihatan Dubai. Wah rasa teruja sungguh kerana dipilih membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa. Saya adalah satu-satunya dari negara kita dan selebihnya macam biasa akan diisi oleh speaker dari negara barat. Ada jugalah beberapa speakar dari negara arab. Tapi majoriti memang mat salleh. Dah macam tulah trend di mana-mana. Penerbagan saya adalah pada tengah malam dan dijangka sampai jam 3.30 [agi waktu Dubai. penerbangan dijangka hampir 8 jam. Tahun lepas pada bulan April saya pernah transit di Dubai dalam perjalanan ke Sanaa. Waktu tu cuma duduk dalam kapalterbang selama 1 jam kerana tak dibenarkan turun. Jadi lawatan saya ni adalah yang pertama kali dalam sejarah hidup saya. Nampak gaji tak sempatlah menulis blog selama 4 hari , kecualilah kalau ada kesempatan nanti sewaktu di Dubai. Saya dijangka sampai kembali ke Malaysia pada 27/1/10 pagi. Tak lama cuma 3 hari lawatan ke Dubai.OK lah tu .
Waktu saya ke Sanaan saya menaiki pesawat Yemen airline. Sekarang menurut beritanya nak masuk ke Sanaa pun dah susah kerana perlu tapisan ketat kerana keadaan di sana dah tak aman lagi.

Target saya bila sampai di Dubai nak berkunjung ke bangunan tertinggi di dunia iaitu al Buruj.memang teruja sungguh ni. Dulu menara Petronas pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia tapi kini ndak diambil alih oleh Al Buruj.Namun demikian KLCC masih menara berkembar yang tertinggi di dunia. Tak tahulah apakah ada manfaatnya menjadi bangunan tertinggi di dunia. Mungkin untuk promosi baguslah tapi manfaat secara langsung dari segi ekonomi saya tak pasti kecuali jika dengan adanya bangunan tersebut jumlah pelancung dapat ditingkatkan dengan ketara sehingga boleh menjana ekonomi negara. Jadi perlu dikira payback periodnya sampai bila.
Salah seorang jutawan dari saudi sudang mencanang untuk membuat bangaunan yang lebih tinggi dari Al Buruj. Jadi nampaknya takkan pernah berhentilah kerja membina bangunan tertinggi ni. Sampai bila, hanya Tuhan yang tahu.Yang pasti pengagihan kekayaan tak seimbanag kerana yang kaya di dunia hanyan 10%. Selebihnya miskin terutama di negara afrika adan negara arab.Sampai bila keadaan ini akan berterusan tak ada siapa yang tahu.Sistem kapitalis betul-betul sudah mencekam dunia hari ini.
Wassalam

Wednesday, January 20, 2010

Hari ini 21/1/10 bersamaan 5 safar
Maklumat pada hari ini sangat mudah untuk didapati. Selain buku dan suratkhabar maka maklumat lebih banyak boleh didapati melalui internet. Kos menggunakan internet pada hari ini juga murah dibandingkan dulu. Kalau dulu internet hanya boleh di akses jika ada telefon tetap dirumah. Tapi pada hari ini sudah ada broadband yang boleh dibawa ke mana-mana. Sekarang benda tu dah jadi sebahagian dari kehidupan. Saya sendiripun kalau tak membaca internet dalam sehari rasa seperti tak lengkap. Sama seperti handphone .Jika tertinggal dirumah nampak gaya kena berpatah balik kerana kita rasa tak boleh hidup tanpa handphone.
Melalui google atau yahoo banyak maklumat yang boleh kita perolehi dalam segala bidang.Walaupun ada berita yang karut marut yang ditulis oleh bloggers tapi pada umumnya kebaikannya melebihi keburukan dari ujudnya teknologi ini. Hari ini mahasiswa sangat manja kerana mudah nak mendapatkan maklumat untuk menyiapkan assignment. Kalau kita tengok bahan rujukan yang dilampirkan semuanya melalui internet. Jadi mereka tak perlu lagi merujuk kepada buku teks. Ini pun masalah sebetulnya kerana buku teks memberikan maklumat yang lebih lengkap. Untuk kegunaan umum maklumat internet sudah memadai tetapi untuk mahasiswa mereka perlu merujuk buku teks kerana kupasan dalam buku teks sangat dalam dan lengkap dibandingkan internet.

Waktu dah berubah. Nak tak nak kita perlu menyesuaikan diri. Saya rasa adanya broadband memudahkan kerja kita.Jika dirumahpun mudah kita mengawal penggunaan internet oleh anak-anak kita.Broadband sama seperti pen drive, boleh dipasang dan dicabut. Jadi jika kita tak mahu anak kita menggunakannya kita cabut saja broadband dan simpan ditempat yang selamat. Dulu line melalui telefon tetap , jadi sulit sikit untuk mengawalnya.

Sekarang ini nak menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan di mana-mana conference cukup mudah. Maklumat yang umum mudah dicari dalam internet. Jadi banyak bahan yang boleh kita bincangkan dalam conference. Hidup dah tambah mudah dan sepatutnya kita menggunakan kesempatan ini. Jadilah pembentang kertas kerja bukan setakat peringkat tempatan tapi peringkat antarabangsa. Banyak pengalaman dan ilmu yang boleh kita kongsikan untuk manfaat semua. Setiap ilmu yang kita sebarkan maka manfaatnya akan dapat pada kita. Ini adalah saham akhirat yang kita tak nampak. Formula mudah yang diajarkan oleh agama kita adalah, dari satu biji benih akan tumbuh tujuh tangkai dan setiap tangkai akan mengeluarkan seratus biji. Artinya satu beranak menjadi 700 .Wow besar dividend tu.
Sejarah internet ni bermula tahun 1995 dimana sebuah syarikat kecil di Mountain View, California bernama Netscape telah menciptanya.Netscape telah mula melancarkan program ini untuk kegunaan umum bagi seluruh dunia pada tahun tersebut.Netscape membolehkan internet diakses oleh seluruh lapisan masyarakat dari kecil sampai ke tua diseluruh dunia.
Setelah tertubuhnya netscape maka windows 95 dilancarkan iaitu selang 15 hari dari pelancaran netscape. Dengan adanya dua program ini seluruh dunia sudah berubah. Maklumat mudah disebarkan keseluruh dunia hanya dalam beberapa saat. Ini yang di sebut breakthrough.
Wassalam

Tuesday, January 19, 2010

Hari ni 20/1/10 bersmaan 4 safar
Semalam ada berita yang mengejutkan dalam bidang korporat. Syarikat Japan Airline yang telah berusia 59 tahun diistiharkan muflis. Sebabnya kerana tak mampu membayar hutang sebanyak $25.6 billion. Dijangkakan dalam langkah menstruktur semula hutang maka 16,000 orang pekerja akan diberhentikan. Dalam keadaan ekonomi yang gawat ni kalau tiba-tiba hilang kerja maka berbagai masalah akan timbul.Nanti lihat sajalah mungkin ada yang mengambil tindakan nekad. Kalau suami hilang kerja tapi isteri masih bekerja masih OK lagi. Tapi kalau kedua-duanya tak bekerja maka akan parahlah rumahtangga.Syukurlah kita yang masih ada kerja. Apa pengajaran yang kita dapat dari kejadian ini?
1. Tak ada jaminan syarikat yang dah lama ujud tak akan jadi muflis. Sebab itu pihak pengurusan perlu berhati-hati menguruskan syarikat dan mengambil tindakan yang betul
2. Hutang yang banyak akhirnya akan membinasakan syarikat. Tak ada gunanya aset yang banyak jika tak ada aliran tunai sehingga tak mampu membayar hutang. Aset hanya akan membantu setelah penstrukturan semula syarikat di mana aset tersebut akan dijual untuk mendapatkan aliran tunai.
3. sebagai pekerja kita perlu membuat persediaan.Jika ada kemampuan simpananlah sedikit wang supaya kita boleh bertahan jika terjadi keadaan seperti di atas

Pihak kerajaan Jepun berjanji untuk menyuntik sebanyak $ 100 billion tunai bagi menyelamatkan JAL dari ditutup.

November tahun lalu Dubai menghadapi krisis kewangan dan keadaan ini masih berlangsung. Dianggarkan hutang syarikat di Dubai berjumlah $ 80 billion dan bank yang paling banyak memberi hutang adalah milik British.Keadaan ekonomi Dubai adalah ibarat buih yang nampak cantik dan gah tapi rapuh dan mudah pecah. Nabi pernah mengibaratkan umat Islam seperti buih. Bila ditanya sahabat apakah jumlahnya sedikit, Rasul menjawab jumlah kamu banyak tapi tak ada kualiti. Beginilah ibaratnya ekonomi Dubai. Sumber alam tak ada cuma banyak pembangaunan kerana gah meminjam wang. Kerana promosi yang hebat ianya dapat meyakinkan bank asing untuk memberi pinjaman yang cukup besar tanpa mengambil kira risiko yang bakal dihadapi. Di UAE yang kaya adalah Abu Dabi kerana negeri ini mengeluarkan minyak.

Tahun lepas juga satu lagi syarikat gergasi, Leman brothers jatuh muflis. Syarikat ini telah berusia lebih dari 100 tahun. Puncanya juga sama kerana peminjam tak mampu membayar hutang dan akhirnya syarikat terpaksa ditutup. Jadi punca dari semua masalah ini adalah hutang. Sebab itu Rasulullah sangat prihatin tentang masalah ini sehingga diajarkan oleh baginda doa untuk dibaca hari-hari iaitu supaya kita dilepaskan dari beban hutang dan ketergantungan dengan manusia.Apakah kita membaca doa ini dan apakah kita prihatin tentang perkara ini. Hari ini kalau kita tak berhutang rasanya memang macam tak mungkin. Bagi saya hutang kereta dan rumah tu wajar saja. Cuma ikut kemampuanlah untuk membayarnya .Kalau gaji RM 1000 janganlah pula pakai kereta besar dan tinggal dirumah besar. Ukurlah badan sendiri.
Saya perhatikan ramai staf yang mengambil pinjaman peribadi dan jumlahnya juga cukup besar. Ada yang terpaksa membayar RM 600 sebulan selama 15 tahun sedangkan gaji cuma RM 2000 sebulan. Apakah dia mampu bertahan hanya masa yang akan menentukan. Kalau sekarang belum ada anak tapi 15 tahun nanti mungkin anak dah berumur 14 tahun yang memerlukan perbelanjaan sekolah yang cukup tinggi. Itu kalau satu orang. Kalau ramai macam mana. Jadi masalah akan menjadi lebih besar. Jadi hati -hati membuat pinjaman peribadi walaupun mudah untuk mendapatkannya. Kalau meminjam kerana nak kawin maka tak perlulah berbuat demikian. Kalau tak mampu buatlah ala kadar, yang penting kahwin bukan kenduri besar.Saya rasa kedua belah pihak perlu faham tentang perkara ini kalau tidak rosak segalanya. Kalau yang mampu itu lain ceritanya, tapi jangan sampai memaksa diri.
Wassalam

Monday, January 18, 2010

Hari ini 18/1/10 bersamaan 2 safar
Dulu waktu saya masih kanak-kanak orang kampung suka buat mandi safar kononnya untuk tolak bala. Sekarang amalan kurafat ni dah tak ada lagi. Dulu akan ditulis ayat-ayat suci alQuran di kertas dan direndamkan didalam perigi supaya semua orang kampung boleh mandi dan menolak bala. Entah mana datangnya amalan tersebut kita pun tak pasti. Tapi dengan adanya kefahaman yang lebih baik amalan kurafat ni dahpun dihentikan.

Dalam agama lain amalan yang sebegini masih ada. Itu hak merekalah. Yang penting kita kena faham dengan amalan agama kita , yang mana boleh dan yang mana tak boleh.
Dua tiga hari ni banyak kisah sedih. Di Haiti ratusan ribu yang meninggal dunia kerana gempa kuat. Gempanya macam di Padang cuma jumlah korban tentu lebih banyak kerana penduduk yang sangat padat. Dah macam sunami di Aceh dulu. Ratusan ribu yang meninggal dunia.Di Penang juga berita sedih kerana perahu naga karam dan dua orang dah disahkan meninggal. Yang empat lagi masih dicari.
Di Sabah pula sedang berlaku bah besar. Saya dulu sembilan tahun menetap di Sabah tak pernah pula terjadi banjir sebesar itu. Semuanya dah ketentuan yang maha pencipta. Tak ada yang mustahil.Tahun 2006 banjir besar di Batu Pahat sampai banyak rumah yang tenggelam. Sekarang keadaan cuaca dah berubah benar. Sukar untuk di ramal. Yang penting sebagai insan kita perlu sentiasa bersedia untuk menemui Tuhan. Siap-siap sajalah. Kalau semua manusia sedar tentang perkara ini maka dunia akan aman. Tapi macam tulah lebih ramai yang tak sedar dari yang sedar.
Awal tahun ni budget syarikat tentu lebih tinggi dari tahun lepas. Jadi macam-macam strategi yang perlu dilakukan untuk mencapai budget tersebut. Yang paling dahulu di semak semula adalah harga barang yang akan dijual. Biasalah akan turut dinaikkan. Macam tulah resamnya tiap tahun. Kalau budget tak capai jenuhlah nak menjawab pada bos. Ini masalah orang swasta. Orang kerajaan lain pula masalahnya. Mereka kena habiskan budget yang telah diberikan. Di swasta kena capai budget. Itulah perbezaan yang ketara. Tapi mutahir ini ramai anak muda yang nak sangat kerja dengan kerajaan kerana katanya lebih selamat dan kerjapun lebih relax. Entahlah nak komen pun susah. Fikirlah baik-baik mana satu yang memberi masa depan yang lebih cerah.
Jadi tak hairan kalau roti naik harga mulai 1/1/10. Dulu roti sebuku RM 2.10 tapi mulai 1/1/10 naik RM 2.30. Apa nak dihairankan kerana syarikat kena penuhi budget yang ditetapkan. Memang dah tak boleh dielak lagi kenaikan harga.Kalau harga bahan asas naik maka harga jualan juga akan naik. Ini putaran ekonomi. Tak boleh disanggah. Kalau tak ikut putaran ini syarikat lama kelamaan akan tutup. Bila dah tutup lagi ramai yang akan susah .Penggunapun akan susah kerana barang tak ada dan pekerja apa lagi lebih susah kerana tak ada mata pencarian.Jadi kalau barang naik harga janganlah kita marah-marah kerana mereka kena ikut putaran ekonomi. Harga barang asas naik maka harga jualan akan naik. Anda sebagai pengguna boleh buat pilihan nak beli atau tidak. Dalam ekonomi bebas maka tak ada paksaan untuk membeli.
Wassalam

Friday, January 15, 2010

Hari ini 16/1/10 bersamaan 30 muharam
Dah dua hari saya tak menulis kerana terlampau sibuk.
Lemak terbahagi kepada dua jenis iaitu cholesterol dan triglyceride. Cholesterol ini pula dapat dibahagi lagi menjadi:
-High density lipoprotein
-low dessity lipoprotein
-very low density lipoprotein

Dalam bahasa umum HDL disebut kolesterol baik dan LDL disebut kolesterol jahat. HDL dikatakan baik kerana berperanan mengikat kolesterol dalam darah dan membawanya ke hati untuk dimusnahkan. LDL dikatakan kolesterol jahat kerana melekat pada dinding coronary artery dan sedikit demi sedikit membentuk lapisan yang akan mengeras sehingga menyumbat coronary artey tersebut. Akibatnya terjadi angina pectoris dan akhirnya myocardial infarction seperti yang telah saya catitkan dua hari yang lepas. VLDL pula boleh menyebabkan kerosakan pada pancreas yang merupakn organ tempat keluarnya insulin. Tanpa insulin gula dalam badan tak dapat diproses sehingga menyebabkan diabetes mellitus malah boleh menyebabkan kematian. Nah sekarang kita nak nampak bahayanya lemak ini dalam badan. Tapi jangan lupa lemak diperlukan oleh tubuh untuk pembentukkan struktur tubuh dan juga sebagai simpanan tenaga.
Bila kolesterol jahat dah tinggi dalam badan maka doktor akan memberikan ubat untuk menurunkan kadar tersebut.
Pada umumnya ubat terbahagi kepada dua golongan iaitu:
-menghambat penbentukan LDL oleh hati
-menghalang penyerapan kolesterol oleh usus.
Ubat dari jenis yang pertama di sebut golongan statin yang bekerja menghalang pembentukan kolesterol di dalam hati .Ubat ini paling banyak digunakan oleh doktor. Ubat jenis kedua pula menghalang penyerapan kolesyterol oleh usus. Artinya kolesterol yang dihasilkan melalui makanan tidak akan diserap oleh usus dan kolesterol tersebut langsung dibuang melalui saluran najis. Kedua-dua jenis ubat tersebut hanya boleh menurunkan kadar kolesterol sebanyak 20% sahaja. Jadi jika kadar kolesterol kita tersangat tinggi maka doktor akan memberikan kedua jenis ubat tersebut sekali gus kerana cara kerjanya yang berbeza. Jadi dengan menggabungkan kedua ubat tersebut maka kadar kolesterol dalam tubuh boleh diturunkan sehingga 40%. Masalah utamanya adalah kos ubat yang sangat mahal. Satu biji tablet berharga tidak kurang dari RM 6 dan jika dua jenis berarti RM 12 ringgit sehari. Ubat ini perlu dimkan setiap hari untuk mempastikan kadar kolesterol dalam tubuh boleh dikekalkan pada tahap normal.
Ada juga alternatif lain selain ubat-ubatan tetapi setakat mana kekesanannya tak dapat dipastikan. Jika anda rajin menonton tv ada iklan tentang oat yang boleh menurunkan kadar kolesterol kerana oat akan mengikat kolesterol dalam darah dan mengeluarkannya. Betul atau tidak seperti yang diiklankan anda kena cuba.Saya memang pernah mencuba dan ternyata ada kebenarannaya cuma masalahnya adalah oat bukan jenis makanan harian kita. Jadi sulit sikit nak menjadikannya sebagai menu harian. Kat Malaysia minum pagi pasti dengan roti canai atau nasi lemak. Jadi kalau nak minum pagi dengan oat sulit sikit. Kalau tinggal di hotel memang salah satu menu minuman pagi adalah oat.
Ada kajian di Singapura beberapa tahun yang lepas tentang kekesanan kurma untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Saya sekarang mengamalkan makan kurma setiap hari dan setakat ini kadar kolesterol saya berada pada tahap normal. Jadi anda pilihlah mana yang anda rasa sesuai. Yang penting kadar kolesterol perlu dikawal supaya berada pada paras normal.
Bagi mereka yang telah disahkan menghadapi angina pectoris atau post myocardial infarc maka doktor akan memberikan ubat antiplatelet. Ubat ini akan mencairkan darah supaya tak terjadi penyumbatan dan boleh menghalamg serangan jantung. Cuma masalahnya pula aspirin boleh menyebakan luka pada usus dan ini juga bahaya bagi kita .Jadi jika makan aspirin pastikan dimakan dalam keadaan perut yang kenyang. Satu lagi perkaran yang perlu diberi perhatian adalah agar memberi tahu doktor anda jika anda mendapatkan rawatan dari doktor lain ataupun berjumpa dengan doktor gigi. Takutnya nanti jika anda mencabut gigi maka darah tak kering-kering dan ini akan menyebabkan bahaya pada anda. Jika anda beritahu doktor gigi anda maka dia tidak akan mencabut gigi anda kerana faktor yang telah saya sebutkan tadi. Jika anda perlu menjalani proses mencabut gigi maka aspirin perlu dihentikan pengambilannya untuk beberapa hari supaya proses pembekuan darah terjadi secara semula jadi. Bagaimana nak tahu sama ada darah akan membeku secara normal adalah melalui pemeriksaan Protrombin Time oleh makmal. Darah anda akan diambil dan pegawai makmal yang akan memeriksa waktu PT anda. Jika telah berada pada tahap normal maka barulah doktor gigi anda boleh menjalankan proses mencabut gigi.
Sampai jumpa lagi, wassalam

Tuesday, January 12, 2010

Hari ini 13/1/10 bersamaan 27 muharam
Salah satu penyakit yang amat merbahaya adalah penyakit coronary artery disease. Coronary berarti jantung. Artery adalah saluran darah yang membawa darah ke otot jantung yang dipanggil myocardium. Masalah utama coronary artery adalah penyumbatan saluran darah tersebut oleh kolesterol. Lemak ini sedikit demi sedikit akan menempel didinding coronary artery dan membentuk lapisan lemak yang keras. Pengerasan saluran coronary artery disebut arterosclerosis. Lapisan lemak yang mengeras ini akan kekal menebal dan menjadi keras membentuk plaque. Apabila terjadi penyempitan saluran darah coronary artery akibat dari penumpukan lemak maka saluran darah menjadi sempit dan jumlah darah yang masuk ke dalam otot jantung akan berkurangan. Akibatnya otot jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.Jantung dan organ lain dalam tubuh mempunyai tindak balas yang spontan apabila mengalami masalah kekurangan oksigen. Signal yang akan dikeluarkan adalah rasa sakit. Bila jantung tak mendapat cukup oksigen maka dada akan terasa sakit diikuti oleh rasa sesak nafas. Dengan cara ini orang yang bersangkutan akan mengambil tindakan segera untuk berjumpa doktor. Penyakit penyempitan saluran darah coronary artery di sebut angina pectoris. Biasanya rasa sakit akan timbul bila melakukan tindakan yang memerlukan tenaga yang lebih seperti berlari, naik tangga , mengangkat beban berat dan sebagainya. Bila melakukan kerja berat jantung perlu berdenyut lebih kuat dan memerlukan lebih banyak oksigen. Bila oksigen kurang maka dada akan terasa sakit. Jika berehat rasa sakit akan hilang dalam waktu 15 menit. Keadaan ini disebut stable angina. Bila penumpukan lemak kolesterol semakin banyak maka penyempitan saluran coronay artery akan bertambah dan sakit boleh datang bila-bila waktu walaupun tidak melakukan kerja berat. Sakit pula tidak akan hilang walaupun berehat. Keadaan ini disebut unstable angina. Rawatan yang diberikan oleh doktor adalah memberi ubat golongan glycerine . Pada serangan akut maka tablet diletakkan dibawah lidah. Kesan kerja ubat sangat cepat kerana dibawah lidah banyak saluran darah dan bila ubat meresap masuk ubat tersebut akan menyebabkan vasodilatasi di mana saluran darah coronary arteri yang menyempit akan menjadi kembang dan lebih banayk darah akan boleh melaluinya. Bila banyak darah yang masuk maka bekalan oksigen ke otot jantung akan bertambah dan sakit akan hilang. Untuk mengekalkan kesan vasodilatasi maka doktor akan memberi pesakit ubat isosorbite yang bekerja secara perlahan dan kekal lama dalam badan.
Jika angina pectoris tidak dikawal maka pesakit akan menghadapi risiko serangan myocardial infak atau dalam bahasa umum disebut serangan jantung. Myocardial infak akan terjadi bila berlaku penyumbatan saluran coronary artery dimana darah gagal masuk kedalam otot myocardium. Bila ini terjadi maka bekalan darah akan terputus dan otot myocardium tidak mendapat oksigen. Bila tak ada oksigen maka otot tersebut akan mati. Keadaan ini disebut infak. Jadi myocardial infarction artinya otot jantung mati kerana tak dapat bekalan oksigen akibat dari penyumbatan coronary artery. Apa akan terjadi kepada pesakit. Jika segera dikejarkan ke hospital maka doktor akan memberikan ubat antihrombosis iaitu untuk mencairkan penyumbatan tersebut. Ubat ini mesti diberikan dalam waktu 3 jam. Jika ubat memberi kesan maka harapan untuk hidup akan ada. Tetapi jika penyumbatan gagal dicairkan maka kemungkinan pesakit akan mati. Masalahnya adalah bahagian otot yang telah mati tak dapat dipulihkan. Artinya jika pesakit hidup maka sebahagian dari otot jantungnya telah mati dan ini akan menyebabkan jantung menjadi lemah.
Di negara kita serangan jantung berlaku setiap hari. Dianggarkan paling kurang 7 orang pesakit akan mendapt serangan Myocardial Infarction setiap hari dan banyak kes kematian yang dilapurkan. Oleh itu langkah awal perlu diambil untuk mengawal kadar kolesterol supaya berada pada tahap normal. Jika kadarnya tinggi maka doktor akan memberikan ubat untuk menurunkan kadar tersebut supaya berada pada paras normal. Selain ubat maka perlu dilakukan langkah pencegahan secara nonfarmakological.
Nanti kita sambung. Wassalam

Monday, January 11, 2010

Hari ini 12/1/10 bersamaan 26 muharam
Pagi ni jika kita membuka yahoo ada dituliskan tentang masalah besar yang melanda negeri Cina. Dijangkakan menjelang tahun 2020 , dua puloh empat juta laki-laki Cina akan menghadapi kesulitan mencari isteri kerana jumlah wanita di Cina lebih kecil dibandingkan dengan laki-laki. Masalah ini timbul kerana dasar Cina yang hanya membenarkan satu keluarga mempunyai 1 orang anak sahaja. Akibatnya kebanyakan keluarga Cina memilih untuk mendapatkan anak laki-laki. Dengan kemudahan ultrasound doktor sudah mampu mengesan jantina anak di kala kandungan mencapai 3 bulan. Bila telah dikesan maka jika jantina tersebut anak perempuan maka si ibu akan menggugurkan anak tersebut kerana mereka lebih suka mendapatkan anak laki-laki. Amalan ini dibenarkan di negara tersebut. Akibatnya jumlah laki-laki sekarang ini telah melebihi jumlah perempuan dan dijangka tahun 2020 , 24 juta laki-laki Cina tak akan dapat berkahwin.
Masalah ini timbul kerana manusia memilih untuk melawan kudrat Ilahi. Inilah indahnya Islam. Kita ridho dengan apa yang Allah bagi tetapi rakyat Cina telah melawan kudrat ini. Dalam Islam kedudukan laki-laki dan perempuan adalah sama kerana masing-masing mempunyai peranan. Yang paling mulia adalah insan yang paling bertaqwa bukannya berdasarkan jantina.Kalau perempuan lebih banyak tak menjadi maslah kerana laki-laki boleh kahwin empat tetapi jika laki-laki banyak akan menimbulkan huru-hara kerana akan terjadi perkelahian untuk mendapatkan pasangan. Nak inilah akibat dari kejahilan manusia yang hanya menurut hawa nafsu. Jangan sampai anak-anak kita nanti memilih-milih jantina anaknya kerana jika melakukan demikian maka tunggulah bencana besar yang akan terjadi. Apa akan jadi pada negara Cina tahun 2020 nanti. Jika panjang umur sama-sama kita lihat. Jalan keluar yang terbaik adalah menukar dasar 1 anak tersebut dan memberi kesedaran kepada rakyatnya supaya jangan memilih-milik jantina anak. Mereka perlu menerima apa sahaja anak yang bakal mereka dapat.
Di zaman firaun dia memerintahkan agar membunuh semua anak laki-laki kerana takut akan mencadi ancaman kepadanya. Tetapi akhirnya Nabi Musa di selamatkan oleh Allah dan menjadi anak angkat kesayangan isteri firaun.Ini lah perancangan Allah yang manusia tak mampu untuk melawannya.
Arab jahiliah mengamalkan sikap yang serupa seperti rakyat Cina sekarang ini. Di zaman mereka dulupun mereka akan menanam hidup-hidup anak perempuan kerana merasa aib mempunyai anak perempuan.Tapi kedatangan Rasul telah mengubah segala-galanya. Ini lah indahnya Islam. Cuma malangnya mesej ini tak sampai kepada mereka.
Sepatutnya negara uncle sam membantu negara Cina mengatasi masalah ini kerana yang kuat dan berterusan memerangai Islam adalah negara uncle sam.
Di negara Rusia rakyatnya lambat berkahwin dan takut mempunyai anak. Pemerintahnya sekarang menjadi bimbang bahawa pada waktu yang akan datang rakyatnya akan pupus dan mereka sangat kuatir di negeri jajahan mereka umat Islam semakin berkembang kerana mereka amat produktif. Jadi jumlah bayi yang dilahirkan melebihi keturunan Rusia. Perkara ini sudah menjadi bahan perbincangan dan pemerintah telah menyatakan kebimbanagan mereka tentang perkara ini.
Rasulullah berkata, aku bangga dengan umat ku yang ramai.
Wassalam

Sunday, January 10, 2010

Hari ini 11/1/10 bersamaan 25 muharam
Kata Nabi apabila mati anak adam putuslah hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara iaitu:
-harta yang diwaqafkan
-ilmu yang diajarkan
-doa anak yang soleh
Ketiga perkara diatas pahalanya akan terus mengalir sampai hari kiamat

Dalam kontek harta umat islam hari ini sangat lemah . Di negara kita ekuiti umat Islam kurang dari 20%, itupun termasuk harta milik GLC. Kalau nak harapkan milik individu lagilah sedikit. Zakat yang di pungut oleh perbadanan zakat NS kurang dari RM 30 setahun. Negeri yang paling tinggi kutipan zakatnya adalah negeri Selangor, itupun tak sampai RM 600 juta setahun. Artinya pemilikan harta di kalangan umat Islam sangat kecil. Namun demikian bukan berarti kita tidak boleh mewaqafkan apa yang kita ada. Cuma kesempatan dalam bidang ini sangat sedikit kerana kepemilikan harta yang sangat terbatas. Apa kata mulai hari ini kita bersedekah RM 1 sehari dan jika semua orang Islam yang mempunyai pendapatan melakukannya , paling tidak akan terkumpul RM 5 juta sehari. Wow banyak tu. Tapi siapa yang nak menyahut seruan ini. Sebetulnya jumlah wang yang dibakar setiap hari lebih dari RM 20 juta melalui rokok. Cuma tak ramai yang perasan tentang perkara ini. Marilah kita berazam mulai hari ini kita dermakan RM 1 setiap hari, boleh ke.Insya Allah boleh jika ada kemahuan.

Ilmu yang diajarkan mudah untuk kita infakkan. Kata saidina Ali siapapun yang mengajarku walau satu perkataan maka dialah guru ku. Jadi mari kita berinfak dalam kontek ini. Saya terpanggil untuk menjadi bloggers kerana ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya miliki. Bila kita rajin menulis maka kita juga dituntut untuk banyak membaca. Jadi akan terjadi percambahan ilmu. Saya sekarang menjadi pensyarah sambilan untuk mendidik anak bangsa. Walaupun mendapat alaun tetapi impak ilmu yang disampaikan itu tentu memberi kesan yang lebih besar. Saya yakin selagi anak murid saya mengamalkan ilmu yang telah saya sampaikan selagi itulah saya akan mendapat pahalanya. Sejak dari dulu hampir setiap bulan saya akan ke sekolah memberi ceramah kerjaya dalam bidang perubatan dan Alhamdulillah dah ramai yang mendapat manfaatnya. Jika semua umat Islam mahu berkongsi ilmu tentu kemajuan kita akan lebih cepat terjadi. Di mesjid contohnya apa salahnya jika diadakan kuliah tentang ilmu lain selain ilmu agama. Contoh tentang kemahiran hidup, kerjaya yang boleh diceburi oleh anak-anak kita,bagaimana memperkembangkan harta umat dan sebagainya. Saya pernah menawarkan untuk memberi kuliah tentang ubat-ubatan tetapi tak mendapat respon dari AJK mesjid. Mungkin mereka merasa janggal tentang perkara ini. Tapi kita perlu terus berusaha supaya suatu hari nanti keadaan akan berubah.
Untuk mendapatkan doa dari anak yang soleh perlu diusahakan sejak dari kandungan. Mendidik anak supaya menjadi anak yang soleh adalah kewajiban bukan pilihan. Ini tanggungjawab semua ibubapa. Kalau anak tidak menjadi anak soleh bukan sahaja kita tak mendapat doanya tapai Allah akan tanya kita kenapa tidak melakukannya. Di akhirat nanti anak akan menuntut balik kepada kita kenapa kita gagal mendidiknya menjadi anak yang soleh. Jadi apakah kita ada pilihan. Jawabnya memang tak ada.Marilah kita mulai hari ini. Jika sebelum ini kita cuai tapi mulai hari ini kita mulakan. Langkah pertama kita mengimamkan solat berjemaah dengan keluarga kita. Kalau kita tak solat marilah kita mulai pada hari ini. Jangan ditunggu kerana kita tak tahu bila ajal akan mendatangi kita.
Wassalam

Friday, January 8, 2010

Hari ini 9/1/2010 bersamaan 23 muharam.
Dah empat hari saya tak menulis blog. Dah ramai juga kawan yang bertanya kenapa tak update blok. Saya sebetulnya sangat sibuk sejak hari selasa. Hari selasa ada perhimpunan anjuran pihak syarikat dan sebelah petangnya ada seminar. Seminar ini berkaitan dengan Islamic Branding yang disampaikan oleh fellow dari Yayasan Said University of Oxford.Hari rabu sampai jumaat saya mengajar sebagai part time lecturer di kolej kepunyaan syarikat tempat saya bekerja. Pihak pengurus memang digalakkan untuk mengajar supaya percambahan ilmu dapat dikongsi.Nabi berpesan gunakanlah waktu lapang mu sebelum datang waktu sibuk mu. Tak ada siapa yang tahu bila kita akan sibuk. Kita tak tahu bila kita akan sakit, bila keluarga kita akan sakit, apakah kita akan ditimpa kemalangan dan sebagainya.Yang paling kita tak pasti adalah bila kita akan mati. Dua hari yang lepas ,selesai mengajar saya menziarahi seorang teman yang baru meninggal. Umur beliau 61 tahun. Menurut keluarganya dia berseorangan di rumah dan dijangka meninggal sekitar pukul 12 tengahari di depan TV. Mungkin waktu itu dia sedang menonton TV.Anak dia yang nombor dua kebetulan nak sangat balik kerumah dan dialah yang bertemu dengan arwah bapanya yang terbujur kaku di depan TV.Macam ni lah hidup kita. Bila dah sampai waktu tak akan dilewat atau dipercepat walaupun satu saat. Kalau Allah berkehendak tentu ada orang yang akan menegtahui kematian kita walau kita tinggal bersendirian.Macam kawan saya tadi tu isterinya pergi mengajar di sekolah dan kesemua anaknya sudah bekerja di tempat lain. Pada hari kejadian anaknya yang nombor dua tu teringin sangat nak pulang kampung menjengok ayahnya .Allah memuliakan manusia. Ini disebut karamah insaniah. Sebab itu walaupun mayat dihumban ke dalam gaung sekalipun ada saja manusia yang menjumpainya.Ini semua kehendak yang maha kuasa.
Berbalik kepada seminar yang telah saya ikuti. Fellow tadi adalah pakar dalam Branding terutama yang berkaitan dengan produk-produk Islam. Anehnya kenapa orang bukan Islam yang mengkaji semua ini. Mana perginya orang Islam. Dalam dunia hari ni yang menjadi jaguh berbicara tentang Islam adalah orang-orang bukan islam. Mereka mengkaji hanya sebagai sifat seorang ilmuwan tapi belum mengimani apa yang mereka kaji dan akui kebaikannya. Mudah-mudahan satu hari nanti dia juga akan beriman seperti kita. Saya ada bertanyakan soalan kenapa orang-orang bukan Islam berebut-rebut mengeluarkan produk Islam, apakah kerana strategi business semata-mata atau kerana mengakui kebaikan produk tersebut. Dia kata pada mulanya memang kerana strategi business tetapi lama kelamaan mereka meyakini kebaikan produk tersebut. Katanya yang paling ketara adalah produk perbankan Islam. Malangnya oleh kerana umat Islam gagal menunjukkan contoh yang baik dalam semua aspek kehidupan maka orang-orang bukan Islam tak berminat untuk mengimanai agama ini. Mereka hanya sekadar berminat untuk menggunakan produk-produk Islam yang boleh memberi keuntungan kepada mereka.
Di Amerika kata penceramah tadi orang-orang Islam mempunyai ekonomi yang jauh lebih baik dari orang-orang bukan Islam. Mudah-mudahan jumlah umat Islam disana akan bertambah ramai dan boleh memberi contoh yang baik. Malangnya di negara arab yang kaya raya dengan minyak, 2 dari 5 orang penduduknya adalah miskin. Malah sangat miskin. Yang kaya memang betul-betul mengamalkan sistem kapitalis. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin akan kekal miskin. Yang kaya raya hidup bermewah mewah, membeli kelab bola sepak Inggeris, terbang dalam jet peribadi yang ada kolam renang didalamnya , tinggal dihotel-hotel yang sangat mewah dan sibuk membina bangunan yang luarbiasa hebatnya seperti Al Buruj. Wang tak diagihkan untuk membasmi kemiskinan.Sebab itu Yahudi Zionis terus bermaharaja lela membunuh umat Palestin secara membuta tuli.Saudi Arabia mempunyai reserve minyak terbesar di bunia diikuti oleh Iraq. Sebab itu negara uncle sam beriya-iya sangat nak terus kekal di Iraq kerana nak menyedut minyak tersebut sampai kering.
Kita sebagai individu perlu memikirkan masa depan dan bertindak secara wajar. Bersyukurlah dengan rezeki dan kenikmatan yang Allah bagi. Tunaikan tanggungjwab kita pada anak-anak, keluarga, masyarakat dan negara. Usah lupa diri. Jika ada ilmu kongsilah dengan orang lain.Semangat untuk terus bekerja mestilah terus membara seperti hadis Nabi yang telah saya sebutkan sebelum ini. Bekerjalah untuk dunia mu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhirat mu seolah-olah kamu akan mati besok hari
Wassalam

Sunday, January 3, 2010

Hari ini 4/1/2010 bersamaan 18 muharam
Dah empat hari kita memasuki tahun baru masehi dan 18 hari tahun baru Islam. Hari ni hari permulaan sekolah. Bagi ibubapa yang anaknya masuk darjah satu tentu ada yang mengambil cuti kerana nak menghantar anak ke sekolah. Inipun satu tanggungjawab .Mendidik anak dan menyekolahkan anak sampai ke tahap yang paling tinggi adalah tanggungjawab ibubapa. Dalam keadaan hari ini belanja sekolah sahaja dah ribuan ringgit. Peringkat sekolah rendah dah hampir mencecah seribu ringgit. Apa lagi peringkat menengah. Kalau peringkat universiti tu jangan ceritalah .Kalau tak dapat masuk IPTA alamat parahlah. Nak menghantar ke IPTS tentu belanjanya besar apa lagi memilih bidang yang diingini terutama dalam bidang kesihatan dan engineering.
Trend masyarakat hari ini tak suka beranak ramai. Malah ada yang merancang cukup dua orang sahaja. Fenomina ini terjadi di mana-mana dan mahu tak mahu kita terpaksa menghadapai fenomina ini. Banyak negara yang dah mula bimbang kerana kekurangan jumlah tenaga muda. Umur jenerasi tua semakin panjang sedanagkan yang muda sudah mula berkurangan. Di Rusia pemerintah nya amat bimbang kerana kadar kelahiran penduduknya sangat rendah. Sekarang ini pemerintah mereka memberikan tawaran yang berbagai bagi mereka yang sanggup melahirkan anak. Di negara kita fenomina ini masih belum ketara tetapi dalam waktu sepuluh tahun yang akan datang kita mungkin mula merasakannya.
Semalam masih ada yang mengadakan majlis pernikahan. Jalanraya terutama lebuhraya jangan ceritalah sesaknya. Nak buat macam mana dah memang begitu saban tahun. Rakyat Malaysia dah terbiasa dengan keadaan ini. Banyak-banyaklah beristiqfar sewaktu memandu supaya jiwa lebih tenang. Kalau tidak stress memanjanglah dan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung. Kalau tak sanggup elok duduk di rumah sahaja daripada bersesak-sesak di jalanraya.

KPI kita tahun 2009 dah tercapai semua ke. Jika tak tercapai apanya yang kurang dan apa penyebabnya. Mari kira review balik apa yang tak tercapai. Ada dua jenis KPI iaitu KPI di pejabat dan KPI individu. KPI di pejabat ni semua orang tahu terutama di sektor swasta. Tak capai KPI alamat melepaslah bonus. Yang jarang orang memikirkan adalah KPI individu. Tahun ni ada tak KPI individu kita. KPI saya cukup banyak yang perlu dicapai. Nak cerita kat orang tak bolehlah. Cukup buat tatapan sendiri.
Bagi saya ada dua Motivasi yang di berikan oleh Rasullah yang perlu kita renungkan secara serious. Pertama adalah " bekerjalah kamu untuk dunia mu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat mu seolah-olah kamu akan mati besok hari". Satu lagi adalah " bila mati seorang anak adam maka putuslah hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara iaitu:
-harta yang diwaqafkan
-ilmu yang diajarkan yang memberi manfaat
-doa anak yang soleh.
Lain kita kita huraikan.Wassalam