Saturday, February 27, 2010

Jumaat yang lepas dalam khutbah jumaat imam menyentuh tentang integriti dan perpaduan ummah.Rasulullah telah menunjukkan contoh untuk kita tauladani.Sewaktu zaman belia baginda dipanggil al amin oleh orang-orang Quraish.Tercatit dalam secarah bagaimana empat khabilah Arab yang bertelagah telah melantik Rasulullah untuk meletakkan batu hajar aswad ke tempat asalnya kerana tidak ada kesepakatan antara golongan yang bertelagah tadi tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya.Baginda telah mengambil sehelai kain dan setiap kabilah memegang bucu kain tersebut .Batu di letakkan di tengah-tengah kain dan Rasulullah yang telah diamanahkan untuk meletakkan batu tersebut di tempat asalnya.Dengan cara ini maka selesailah masalah yang di hadapi oleh ke empat golongan tersebut.Sebelum di lantik menjadi Rasul baginda diamanahkan untuk membawa barang dagangan Khatijah dan perniagaan yang dikendalikan oleh Rasulullah telah berkembang pesat kerana sifat amanah beliau.Perkara inilah yang telah menawan hati Khatijah sehingga dia melamar rasulullah untuk menjadi suaminya.
Dalam kontek perpaduan Allah menjelaskan bahawa kamu tidak akan mampu menyatukan hati-hati manusia.Yang menyatukan hati-hati manusia adalah aku, kata Allah.Asas penyatuan adalah satu iaitu ketaatan kepada Allah.Ini fondasinya yang perlu diikuti.Jika tidak apapun yang kita usahakan tidak akan berjaya.
Zaman sekarang kemudahan cukup canggih.Dah banyak mesjid yang dipasang aircondition.Bukan itu saja banyak juga yang telah menggunakan LCD sewaktu khutbah sedang berlangsung.Di tambah lagi dengan kamera untuk merekam peristiwa tersebut.Biasanya mesjid akan penuh bila hari jumaat dan sembahyang hariraya.Lepas tu macam biasalah nak dapat satu saf pun sulit apa lagi jika sembahyang subuh.Sebab itu ada seorang pemimpin Israil yang menyatakan umat Islam hanya boleh menawan kembali al Aqsa jika jemaah solat subuh sama banyak dengan jemaah solat jumaat.Kalau gini andaiannya nampaknya jauh panggang dari apilah.
Perkembangan teknologi banyak membantu manusia.Lihat saja perkembangan model kereta.Hampir setiap bulan akan ada saja model kereta yang baru dikeluarkan.Yang mendapat manfaat adalah penjual dan pengguna kereta.Pengeluar kereta tentunya berhempas pulas untuk mengubahsuai bentuk kereta untuk memenuhi selera pengguna.Tentunya nak mengubah bentuk design kereta memerlukan modal yang cukup besar.Oleh itu banyaklah syarikat kereta yang ditelan oleh syarikat yang lebih besar.
Perkembangan model kereta ini sama juga dengan perkembangan teknologi ubat.Sebagai contoh ubat sirap sekarang telah dijual dalam berbagai bentuk .Ada yang masih kekal dalam bentuk asalnya berwarna jernih.Selain tu ada dalam bentuk emulsion, bentuk suspension, linctus,elixir .Untuk menjamin ubat agar lebih tahan lama sudah ada dijual dalam bentuk granul-granul kecil.Bila nak digunakan baru ditambah air.Lebih kedepan lagi sekarang didatangkan dalam bentuk tablet effervescense.Tablet ini bila dimasukkan ke dalam air ia akan hancur dan larut semuanya menjadi sirap.
Bisok kita sambung.Wassalam

Thursday, February 25, 2010

Hari ini adalah cuti umum sempena sambutan maulidul Rasul.Pada peringkat kebangsaan dan negeri diadakan sambutan resmi dengan berbagai cara yang di atur.Kemuncak sambutan adalah perarakan oleh berbagai kontigen awam dan swasta sambil membaca selawat nabi.Bukan semua negara islam meraikan sambutan ini.Negara kita sudah menjadikan acara ini sebagi acara resmi sejak sekian lama.Yang tak terlibat mengambil bahagian tentunya menggunakan cuti ni untuk berbagai tujuan.Tentunya ramai yang balik kampung kerana besok dan lusa juga cuti.Jadi dapatlah cuti tiga hari berturut-turut.Yang tak balik kampung banyak yang meneruskan tidur sampai tengahari kerana berbagai alasan.Ada yang semacam nak lepas dendam kerana tak cukup tidur.Yang rajin riadah tentunya menggunakan kesempatan cuti ni untuk beriadah.Ramai juga yang joging lepas subuh.Saya menggunakan kesempatan lepas subuh untuk joging bersama isteri.Dapatlah joging 45 minit kerana badan kita juga perlu dijaga sebagai sebahagian dari tuntutan agama kita.Nabi kita kata umat ku yang kuat adalah lebih baik dari umatku yang lemah.

Sambil minum pagi saya sempat nonton TV.Yang menarik pagi ni adalah dalam perbincangan pagi di mana ustaz yang dijemput sebagai tetamu oleh TV ada menyentuh tentang Rasulullah secagai contoh yang holistik.Saya rasa kupasan yang diberikan memberikan nafas baru bagi kita semua.Rasulullah adalah manusia biasa macam kita.Baginda bukan makluk asing dan bukan malaikat.Beliau seorang insan yang ada tanggungjawab ,sama seperti semua orang.Baginda seorang suami dan seorang ayah.Baginda seorang pemimpin.Dia juga seorang bapa mertua, seorang datuk kepada cucunya.Beliau seorang suami yang sangat menyantuni isteri-isterinya.Rasulullah amat setia kepada Khatijah dan beliau hanya berkahwin lagi setelah Khatijah wafat.Semua isteri -isteri beliau setelah itu adalah wanita-wanita yang perlu dibantu kerana kehilangan suami.Cuma Aisyah sahaja yang muda dan masih remaja sewaktu dikahwini.Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasululah mempunyai sembilan orang isteri tetapi yang disyariatkan kepada umatnya untuk diikuti adalah empat orang sahaja.Masalahnya pada hari ini laki-laki islam yang nak kawin dua , tiga atau empat sering menggunakan helah nak ikut sunah nabi tapi memilih isteri kedua yang muda belia bukannya untuk membantu wanita yang dalam kesusahan.Lepas tu kawin pula senyap-senyap.Bila tak dapat kawin di sini maka mereka akan berkahwin di seberang.Bila rahsia terbongkar maka malapetaka rumahtangga akan terjadi.Ada juga yang setelah meninggal baru rahsia terbongkar.Yang paling dikuatiri adalah rahsia tak diketahui oleh isteri tua walaupun setelah suami meninggal.Dikuatiri nanti bila anak-anak membesar tak mustahil anak isteri pertama boleh bercinta dengan anak isteri kedua dan yang paling ditakuti jika mereka sampai bernikah.Siapa yang nak tanggung dosa yang sedemikian.Jadi kalau nak pasang dua kenalah gentleman dan beritahu isteri yang pertama dan jangan disembunyikan.
Rasulullah adalah pemimpin yang amat dikasihi oleh para sahabat dan pengikutnya.Beliau amat demokratik dan mendengar pandangan para sahabat.Contoh sewaktu perang Handak beliau menerima idea sahabat yang bernama Salman al farisi untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan dari musuh.Walaupun sebagai nabi beliau tidak mengamalkan sifat diktator
Sebagai suami baginda amat menyantuni isteri-isteri beliau.Baginda ssendiri menjahit pakaiannya yang koyak.Bagaimana pula denga kita.Kebanyakan suami hanya pandai perintah itu dan ini.Tugas isteri tak selesai di pejabat kerana sampai dirumah kena kerja lagi.Suami hanya relax dan minta itu dan ini.Jadi marilah kita mencontohi Rasululullah.
Sampai jumpa lagi.Wassalam

Wednesday, February 24, 2010

Dah dua hari tak sempat nak menulis blog kerana ada urusan resmi di Kota bahru.Saya flight balik ke KL petang semalam jam 6 petang.pesawat delay setengah jam.Penerbangan cuma mengambil waktu 55 menit dan menunggu beg tiba selama setengah jam.Sempat juga solat magrib di LCCT dan sampai di seremban jam lapan malam.perjalanan dari KB ke KL cukup lancar.Sekarang memang mudah untuk ke mana-mana kerana dah banyak penerbangan.Dulu sewaktu saya menetap di KB saya perlu menaiki kereta selama lapan jam dari Seeremban ke KB tapi dengan pesawat tak sampai satu jam pun.Nampaknya penerbangan hampir penuh.Ini menunjukkan banyak orang yang berulang alaik dari KB ke KL.Di samping Air Asia , ada MAS dan firefly.Wah mudah sekali untuk berpergian.Sewaktu menunggu di airport sempat juga berbual sengan seorang anak muda asal KB .Katanya dia akan terus terbang ke medan Indonesia kerana ada urusan business.Bila saya tanya dia kata dah tiga tahun berulang alik dua bulan sekalai.Dia mendapatkan bekalan kain asas untuk balik dari Medan.baguslah orang muda minat berniaga.Saya tanya juga ada masalah ke dengan imigresen.Dia kata setakat ni tak ada problem.Semua berjalan lancar.
Kota Bahru dah banyak berubah.Memang ketara perkembangan yang pesan.Sekarang dah banyak hotel, shopping complex dan apartment.KB setanding dengan bandar-bandar lain di negara kita malah lebih baik dari sesetengah bandar yang ada.Selepas makan tengah hari saya sempat berkeliling bandar.Saya lihat mesjid muhammadi masih terjaga dengan baik.Pintu gerbang yang unik dengan rehal di atasnya masih terjaga baik.Dulu waktu saya menetap di KB hampir setiap hujung minggu saya dan keluarga akan berada di sana mengambil udara segar.
Saya menginap satu malam di cantique villa yang berfungsi sebagai hotel dan apartment.Nampaknya penuh juga tempat tersebut.Tinggi bangunan adalah 18 tingkat dan saya tinggal ditingkat 17.Kerana kemudahan lift tak terasa tinggilah tempat tersebut.Kalau naik tangga memang jenuhlah dibuatnya.Sewa untuk satu malam cuma RM 160 dan bilik cukup besar dan amat selesa.Villa ini terletah berhadapan dengan ibu pejabat polis dan berada di pinggir jalan Bayam.Jadi kalau ke KB bolehlah menginap di sana.
Waktu malam sempat juga keliling di pasar waqay che yeh.Tempat ini sama dengan konsep up town di tempat lain.Majotiri yang dijual adalah kain baju dan bahan-bahan yang berkaitan dengan kain.Makanan ada juga tapi tak banyak.Harga barang saya rasa berpatutan.Saya cuma sempat beli sehelai baju batik dan tiga elai sarung bantal.Itu saja tapi teman lain borong habis.datang satu beg balik dua beg. Macam tulah kalau dah sampai KB
Makan tengah hari cukup menyelerakan. Begitu juga dengan makan malam.Kalau lama tinggal di KB boleh bulat badan kerana tambah berat.Makanan di sini memang enak-enak belak.Sebut tentang makan ni teringat saya Padang Indonesia yang memang istimewa dengan berbagai lauk pauknya.Inilah rahmat dari Ilahi yang perlu kita syukuri.
Oleh kerana saya cuma berada dua hari di KB maka tak sempat nak melawat banyak tempat teritama Rantau Panjang dan Pengkalan Kubu.Mungkin lain kali kalau ada kesempatan saya akan berkunjung ke sana.
Wassalam

Monday, February 22, 2010

InsyaAllah pagi besok saya akan terbang ke Kota Bharu kerana ada tugas resmi.Tak lama cuma dua hari dan InsyaAllah berangkat pulang hari Rabu petang.Saya sekeluarga pernah menetap di Kota Bharu pada tahun 1992 sewaktu saya membuat Master degree dalam bidang farmasi klinikal.Lepas tu tak pernah lagi sampai di Kota Bharu.Saya yakin pasti banyak perubahan yang terjadi terutama dari segi infrastruktur.
Sewaktu menetap di sana hampir tiap minggu saya akan ke pasar besar yang kini dikenali sebagai pasar Siti Khatijah.Yang banyak menjadi peniaga adalah golongan hawa .Saya yakin sampai hari inipun keadaannya sama.Kalau musim buah tu rambutan cuma 50 sen sekilo.Durian 10 biji untuk RM 10. Sekarang entahlah masih dapat ke tidak harga yang sedemikian.
Yang unik di sini adalah jumlah peniaga perempuan melebihi kaum laki-laki. Di Padang Sumatera dan juga di Bukit tinggi keadaannya sama. Yang saya amat hairan tu kalau di Padang dan di Bukit Tinggi produk jualan hampir sama antara satu kedai dengan kedai yang lain.Pada umumnya yang paling banyak adalah kedai kaun baju dan sederet kedai menjaul produk yang sama.Tapi peniaga tetap mendapat rezeki dan business mereka terus berkembang. Waktu saya berkunjung ke Sanaa Yemen dulupun begitu .Banyak kedai sebelah menyebelah yang menjual produk yang sama tapi business mereka terus hidup dan berkembang. Entah dari mana mereka mendapat pelanggan saya pun tak pasti.Inilah yang di sebut oleh Rasulullah bahawa 9 per sepuloh rezeki adalah dari perniagaan. Saya hanya pandai menyebut perkara ini tapi sampai sekarang masih tak berani nak menceburi bidang perniagaan ini.Puncanya tak sanggup nak berhutang dengan bank.
Orang berniaga ni ibarat kanak-kanak yang sedang belajar berjalan.Mula-mula merangkak, kemudian belajar berpaut dan berjalan perlahan-lahan.Jatuh bangun tu biasalah.Lepas tu belajar berjalan , kemudian berlari.Silap hari bulan jatuh lagi. Jadi berniaga macam tulah.Kalau tak sanggup jatuh bangun tak usahlah. Eloklah makan gaji saja.
Perkembangan teknologi begitu cepat dan peniaga perlu segera menyesuaikan diri kalau tidak perniagaan menjadi obsolete.Contohnya dulu telefon menggunakan talian tetap tapi kita dah tak ramai yang menggunakannya kerana dah ada handphone.Begitu juga dengan broadband .Jadi telefon tetap dah tak laku.Ini salah satu contoh.Banyak lagi contoh yang serupa yang menuntut peniaga berfikiran pro aktif dan bijak menyesuaikan diri.Kapalterbang pun gitu juga.Sekarang booking semua secara online dan tiket hanya sekeping kertas tak macam dulu tiket punyalah tebal, siap dengan undang-undang penerbangan dan sebagainya. Kalau tidak kerana perubahan yang drastik ni takkanlah Japan Airline diistiharkan muflis dan perlu di bail out oleh pemerintah Jepun.
Macam mana susahpun kalu nak kaya raya kenalah berniaga.Kalau makan gaji hanya sebgahagian kecil yang boleh kaya iaitu mereka yang memegang jawatan CEO atau jawatan kanan di syarikat antarabangsa.Pilihan di tangan anda.
Wassalam,

Sunday, February 21, 2010

Sabtu pagi saya dan keluarga berangkat ke Pasir Gudang Johor.Perjalanan cukup lancar dan disepanjang jalan memang banyak pondok polis untuk memantau kenderaan sempena ops sikap.Saya menginap semalam di rumah dan tengahari berangkat ke UTM menghadiri resepsi perkahwinan anak kawan.Lepas tu berangkat pulang ke Seremban.Perjalanan lancar dan kereta tak begitu banyak.Mungkin sebab tengahari .
Jika ubat perlu di makan sekali sehari artinya ubat boleh bekerja secara berkesan selama 24 jam.Jika di makan 2 kali sehari maknanya ubat hanya boleh bertahan 12 jam.Tempoh masa kerja sesuatu ubat disebut half life.Oleh itu ubat perlu dimakan mengikut sukatan yang telah ditentukan oleh pengeluar ubat tersebut.Jika terlebih boleh menyebabkan keracunan pada tubuh.Jika terkurang ubat kurang berkesan atau langsung tak memberikan kesan yang diharapkan.Setiap ubat yang masuk ke dalam badan akan akhirnya masuk ke saluran darah.Tak kiralah ubat diambil dalam bentuk tablet, kapsul, sirap atau langsung disuntik ke dalam tubuh.Malah ubat yang disapupun ada sebahagian akan masuk ke dalam saluran darah.Sukatan ubat dalam saluran darah disebut therapeutic index.Ubat yang selamat mempunyai therapeutic index yang cukup besar.Ada juga ubat yang mempunyai therapeutic index yang kecil dan perlu dipantau secara rapi bila diberikan kepada pesakit. Jika terlebih dos akan menyebabkan keracunan dan jika terkurang maka tidak akan berkesan.Ubat yang sebegini hanya boleh dikesan therapeutic dosenya dengan cara teknik Therapeutic Drug Monitoring.Setelah ubat diberikan maka sampel darah diambil dalam jumlah yang kecil dan dihantar kemakmal untuk diukur konsentrasinya di dalam darah.Dengan cara ini maka penyesuaian dos boleh dibuat.Jika kurang maka dos boleh ditingkatkan tetapi jika terlebih maka dos perlu dikurangkan.Teknik ini disebut TDM. Setakat ini di negara kita hanya hospital kerajaan yang mempunyai kemudahan ini kerana kos tambahan yang diperlukan.Jika di hospital swasta maka kos tambahan ini perlu ditanggung oleh pesakit.Oleh itu doktor kurang berminat untuk menggunakan TDM ini tetapi dalam jangka panjang pesakit yang akan mendapat manfaatnya.Contoh ubat -ubatan yang mempunyai therapeutic index yang kecil adalah gentamicin, Digoxin dan sebagainya.Gentamicin adalah antibiotik sedangkan digoxin adalah ubat jantung.
Di negara maju perkhidmatan TDM ini memang diwajibkan kerana jika tidak pihak hospital dan doktor boleh disaman oleh pesakit jika terjadi perkara yang tak diingini.Tapi di negara kita masih dianggap sepi kerana masyarakat masih tak mempunyai maklumat tentang kepentingan perkhidmatan ini dan bahayanya jika therapeutic index tidak diukur.Satu lagi masalah adalah kerana jumlah ahli farmasi tak mencukupi.Perkhimatan ini hanya boleh dikendalikan oleh ahli farmasi yang terlatih.Jika ahli farmasipun tak ada siapa yang akan mengendalikan perkhidmatan ini.Jadi kita masih jauh ketinggalan dalam penjagaan rawatan pesakit.Entah sampai bila kitapun tak pasti.
Wassalam

Thursday, February 18, 2010

Hampir semua orang pernah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.Bila jumpa dengan doktor dia akan tanya sakit apa, di mana sakit, dah berapa lama, ada makan ubat tak dan sebagainya.Ada orang yang jengkel dengan pertanyaan ini.Malah ada yang kata kenapa doktor tanya dengan aku apa sakit, sepatutnya sebagai doktor dia taulah .Kalau semua nak tanya aku doktor jenis apa dia tu.Begitulah kadang-kadang ungkapan yang keluar dari mulut pesakit.
Kita perlu ingat maklumat yang diberikan oleh pesakit adalah maklumat asas yang sangat diperlukan oleh seorang doktor untuk membuat diagnosis awal tentang penyakit yang dihidapi oleh seseorang pesakit.Setelah itu barulah doktor akan membuat keputusan sama ada langsung memberikan ubat-ubatan atau memasukkan pesakit tersebut ke dalam hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika pesakit tidak memberikan maklumat yang tepat maka sulit bagi seorang doktor untuk membuat diagnosa dan menentukan bentuk rawatan yang perlu diberikan.Oleh itu sebagai pesakit adalah perlu untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap termasuk maklumat tentang ubat yang sedang diambil, yang pernah diambil, penyakit lain yang sedang diderita seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.Juga penting memberitahu jika kita mengandung atau baru menjalani pemeriksaan x ray.Juga amat penting memberi tahu jika kita mendapat ubat aspirin atau ubat serupa yang boleh mencairkan darah,makan steroid atau apa saja ubat yang sedang diambil. Perkara yang disebutkan tadi amat penting untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.
Berapa ramai di kalangan kita yang pernah mendapat maklumat yang lengkap tentang penyakit yang diderita atau ubat yang akan dimakan.Apakah anda mendapat maklumat tentang nama ubat,cara memakannya, berapa kerap perlu di makan, kalau tiga kali sehari kenapa demikian, kesan sampingan ubat yang mungkin timbul dan berbagai lagi maklumat perlu sebelum anda mula memakan ubat tersebut. Di negara kita maklumat yang sebegini tak disampaikan pada pesakit. Yang sering diberitahu adalah , penyakit anda ni tak serius, lepas ni pergi ambil ubat.Bila menerima ubat petugas dikaunter akan memberitahu ubat ni dimakan tiga kali sehari, yang ini sekali sehari.Lepas tu serahkan bil untuk bayaran .Itulah yang sering terjadi dan pesakit pada umumnya tak ada apa-apa komplain sebab memang dah biasa macam tu.Dalam perkembangan teknologi internet sekarang ni semua maklumat boleh didadapi dengan membuat search di internet.Sebab itu perlu tanya nama ubat yang diberikan pada anda supaya anda boleh membuat search di internet.Itupun jika anda merasa perlu mendapatkan maklumat yang sedemikian.Kalau tidak ya makan sajalah apa yang diberi.
Yang makan ubat kita, yang akan sembuh kita, yang akan mendapat kesan sampingan kita.Jadi kita yang punya badan.Oleh itu jagalah keselamatan badan kita kerana kita tidak mahu mendapat keracunan ubat yang akan kita makan.
Wassalam

Wednesday, February 17, 2010

Hari ini banyak negara yang mula bimbang tentang kadar kelahiran rakyatnya yang sangat rendah.Negara negara seperti Rusia makin bimbang kerana jumlah kelahiran penduduknya semakin rendah dari tahun ketahun sehingga pemerintah menawarkan berbagai imbuhan dan ganjaran namun masih tak menarik minat rakyat berkulit putih.Singapura juga telah menimbulkan kebimbangan yang sama.Beberapa hari yang lepas pihak pemerintah telah mengeluarkan kenyataan tentang betapa bimbangnya mereka.Target kadar kelahiran pada tahun lepas adalah 2.1 tetapi pencapaian cuma 1.3 iaitu jauh dari mencapai sasaran.Di negara kita masih belum terdengar sebarang kenyataan tentang masalah ini.Namun kecenderungan masyarakat terpelajar untuk kahwin lambat dan mempunyai anak yang sedikit lama kelamaan akan menimbulkan masalah juga.Melihat kepada kehidupan hari ini menuntut masyarakat terpelajar secara otomatis membatasi jumlah anak mereka kerana perasaan bimbang tak mampu memberi pendidikan yang terbaik untuk anak mereka.Jadi cara yang paling mudah adalah membatasi jumlah anak.Mungkin banyak pasangan yang merasa cukup dengan mempunyai dua orang anak sahaja.Memang persaingan hari ini semakin sengit.Untuk mendapatkan temapat di IPTA sangat sulit terutama untuk kursus-kursus yang menjadi rebutan seperti perubatan.Bila tak dapat IPTA terpaksalah ibubapa menghantar anak ke IPTS.Kosnya pula bukannya murah kerana ratusan ribu ringgit.Jadi ramai yang memilih untuk mendapatkan pendidikan diluar negara seperti Indonesia,Rusia,Ukraine dan Mesir.Kosnya juga tinggi tapi lebih murah dari IPTS tempatan.Jadi kalau ramai anak macam mana.Dalam jangka panjang jumlah kelahiran anak akan berkurangan dengan sendirinya.
Ibu-ibu yang mengandung perlu berhati-hati mengambil ubat-ubatan terutama tiga bulan yang pertama kerana waktu itu adalah waktu proses pembentukan anggota tubuh bayi. Setiap yang diambil oleh ibu akan masuk ke dalam placenta dan akan mempengaruhi bayi.Yang boleh diambil oleh ibu pada tiga bulan yang pertama adalah vitamin dan zat besi.Itu sahaja yang sepatutnya diambil.Yang lain-lain tu perlu mendapatkan nasihat dari doktor yang memeriksa ibu tersebut.Ibu ibu perlu memberitahu doktor yang dia sedang mengandung kerana tiga bulan pertama tu perut masih kecil dan sukar di kesan.Jika tak memberitahu doktor dikuatiri doktor akan memberikan ubat yang mungkin tidak sesuai untuk bayi yang dikandung.Jangan ambil sebarang risiko.Satu lagi yang perlu dihindarkan adalah mengambil x ray sewaktu mengandung tiga bulan pertama kerana dikuatiri boleh menjejaskan bayi yang dikandung.
Pada waktu perang dunia kedua dulu terkenal kes talidomide di mana banyak bayi yang didapati cacat anggota tubuh mereka kerna ibu memakan ubat tersebut.Kemudian di tahun 80 han sewaktu tetracycline masih banyak digunakan banyak bayi yang menghidapi masalah gigi yang kuning secara kekal kearna ubat ini menimbulkan kesan tersebut.Sekarang tetracycline dah tak digunakan lagi.Apa yang dibimbangkan adalah kesan ubat hanya dikesan beberapa tahun kemudian setelah kecacatan kekal pada bayi.Pada waktu itu tak ada gunanya lagi sebarang tindakan kerana bayi yang lahir sudah cacat tubuh badan mereka.

Satu perkara lagi yang perlu diambil berat oleh ibi-ibu yang mengandung adalah melengkapkan senarai vaksinasi sebelum mengandung termasuk vaksinasi measle.Jika sewaktu mengandung tiga bulan pertama ibu mendapat serangan german measle maka ada kemungkinan bayi dalam kandungan akan cacat.Jadi ibu akan menjadi serbe salah sama ada akan menggugurkan bayi tersebut atau meneruskan kandungan sehingga bayi lahir.Walaupun ada kemudahan ultrasound kecacatan yang tidak ketara tak dapat dikesan.Kesan kecacatan hanya boleh dilihat setelah bayi lahir.Inilah masalahnya.Oleh itu berusahalah melindungi diri.
Wassalam

Sunday, February 14, 2010

Sejak sabtu sampai Selasa adalah cuti panjang.Jadi banyak yang menggunakan kesempatan cuti panjang ni untuk kenduri kendara.Di taman tempat saya tinggal ni hari-hari ada yang kenduri.Sejak malam jumaat yang lepas sampai besok tak putus-putus orang kenduri.Malam jumaat macam biasa kenduri arwah dan baca yasin.Semalam ada jiran yang kawinkan anak.Hari ni jiran kenduri kerana anaknya bertunang.Besok tuan guru kenduri arwah isterinya.Dia ni dah kawin semula tapi masih tak lupa nak kenduri arwah isteri yang lepas.
Hari ni kalau nak kenduri kawin kosnya sangat tinggi.Kalau anak laki-laki lagilah tinggi kerana nak bayar mas kawin dan hantaran.Paling kurang RM 20 ribu. Kalau masak sendiri kurang sedikit kos tapi sibuk sikitlah kerana buat kenduri depan rumah.Dah selesai kenduri kawin dalam satu minggu masih sibuk nak kemas rumah dan buka kemah.Kalau buat di dewan atau hotel lebih selesa tapi kos lebih mahal.Di dewan saja perlu belanja tak kurang RM 10 ribu untuk bayar dewan dan katering.Kalau buat kat hotel lagilah tinggi. Satu kepala antara RM 50 hingga RM 80.Jadi kalau untuk 500 orang antara RM 25 ribu hinga RM 40 ribu.Wau nak ambil duit dari mana.
Hari ni kos hidup amat tinggi.Kalau anak kita membuat pinjaman sewaktu belajar maka mula saja kerja dah kena potong RM 300 sebulan.Gaji berapa sangat.Purata kurang dari RM 2000.Belum lagi kena sewa rumah, nak beli kenderaan dan sebagainya.Kalau nak harapkan duit anak alamatlah anak tak akan kawin.Jadi nak tak nak ibubapa kena sponsor belanja tersebut.Kalau orang tua tak mampu maka si anak kena pinjam personal loan .Sebab itu saya tengok staff saya ramai yang pinjam personal loan antara RM 30 hingga RM 40 ribu. Pinjam pula selama 15 tahun, berapa interest tu. Hitung sendirilah. Akhir bulan silap-silap kena pinjam pula pada sanak saudara.Dalam waktu 15 tahun anakpun dah masuk sekolah menengah.Belanja sekolah makin hari makin naik sedangkan hutang personal loan tak selesai lagi.Jadi perjuangan anak-anak hari ini lebih rumit dan sulit.Kalau tak pandai menguruskan kewangan rumahtangga boleh pecah belah jadinya.Salah satu penyebab utama perceraian adalah kerana masalah wang dan hutang.Oleh itu apa pilihan yang kita ada.Saya pun tak tahu apa jalan penyelesaiannya kerana saya pun ramai anak laki-laki.Yang dah lepas baru seorang yang lain belum lagi.Entah macam mana nanti tak pasti lagi.Hajat dihati nak buat kecil-kecilan tapi kadang-kadang sulit juga kerana banyak pihak yang perlu diundang.Tak undang nanti kecil hati pula.
Zaman Rasulullah kawin cukup mudah.Tak perlu berhabis macam hari ni.Prinsip saya kalau ada kemampuan bolehlah buat lebih sikit tapi kalau tak ada cukuplah setakat kemampuan.Prinsipnya jangan sampai berhutang.Kedua belah pihak perlu sepakat.Kalau tuntut hantaran yang bukan-bukan alamat haru biru jadinya.Perkahwinan adalah permulaan hidup baru.Perjuangan masih panjang dan berbagai onak dan duri perlu dilalui.Kalau makan gaji dengan kerajaan lebih selamat kerana tak mungkin dibuang kerja kecuali melakukan jenayah.Kerja di swasta risiko besar sekali.Dalam keadaan ekonomi sekarang ini banyak yang dah dibuang kerja. Bila ini terjadi rumit lah hidup.Anak-anak tengah sekolah, kereta perlu dibayar, rumahpun perlu dibayar.Jadi macam mana nak selesaikan semuanya itu.
Mulai tahun ini perlaksanaan AFTA dah bermula.Jadi tidak ada negara yang boleh menghalang kemasukan barang dan tenaga kerja dari luar.Orang asing boleh bekerja di negara kita dan kita juga boleh bekerja di negara orang lain.Jadi syarikat swasta akan melihat kesempatan ini untuk mengurangkan kos.Jika upah buruh dari luar lebih murah maka pekerja asing akan diimpot untuk menggantikan pekerja tempatan.Inilah yang paling membimbangkan kita.Jadi kita perlu meningkatkan kemahiran kerana tenaga mahir akan terjamin pekerjaan mereka.Jika kita tak mampu bersaing maka kita juga akhirnya nanti akan terpaksa berhijrah kenegara lain untuk mencari rezeki.Sekarang inipun dah ramai rakyat kita yang bekerja diluar terutama di negara timur tengah.Contoh jururawat yang berkhidmat di Saudi akan dibayar antara RM 8000 hingga Rm 10000 se bulan tanpa cukai.Asrama pula disediakan.Jadi kita dah kehilangan tenaga kerja mahir.Akibatnya ada hospital swasta yang mengimpot jururawat dari India,Indonesia dan
Filipina.Apakah anak-anak kita sudah siap untuk bersaing.
Wwassalam.

Friday, February 12, 2010

Besok kaum tionghua akan menyambut tahun baru cina.Petang ni meraka akan melakukan acara kemuncak iaitu makan bersama keluarga. Ini tradisi yang perlu mereka patuhi. Dalam keadaan sekarang ini mungkin kitapun dah jarang makan bersama keluarga.Malah suami isteripun dah jarang makan semeja. Maklum masing-masing ada kerjaya yang perlu dikejar.Akibatnya nak jumpa pun jarang apa lagi nak makan semeja. Anak-anakpun begitu tak pernah merasa makan semeja dengan emak ayah.Paling tidak bagi kaum tionghua setahun sekali mereka wajib melaksanakannya.Bagi kita orang Islam ini adalah ajaran agama kita .Makan berjamaah tu mendapat berkah Ilahi.Mari mulai hari ini kita mula memikirkannya dan mula melaksanakannya.Kalau tak dapat hari-haripun sekurang-kurangnya seminggu sekali.Kalau tak dapat seminggu sekalai sekurang-kurangnya sebulan sekali.Kalau tak dapat juga yalah setahun sekali.Mungkin anak-anak kita bekerja jauh atau sedang belajar jauh dari kita.Tapi suami isteri yang tinggal sebumbung sepatutnya makan malam tu haruslah bersama.Kena usahakan jika kenikmatan berumahtangga ingin dikecapi.
Sekarang buah limau mandarin tak banyak macam tahun-tahun sebelumnya.Saya pernah tanya kepada penjual buah ni.Katanya di negeri cina sekarang sedang musim salji.Sebab itu bekalan buah ini amat berkurangan.Bila buah banyak semua kaum akan dapat kemudahan untuk menikmati buah ini.Waktu saya ke Dublin dulu cuma ada buah orange, apel hijau dan buah pisang.Lain-lain buah tak nampak.Dua minggu lepas sewaktu saya di Dubai pun begitu tak banyak buah-buahan.Kita di Malaysia mewah dengan berbagai nikmat Tuhan ni.Macam-macam ada.Cuma hendak atau tak hendak saja. Buah-buahan amat penting sebagai bekalan vitamin dan Potasium pada tubuh badan kita.Buah limau mengandungi vitamin C dan Potassium.Vitamin C baik untuk kulit dan meningkatkan sistem ketahanan tubuh sedangkan Potasium penting untuk mengatur pergerakan jantung kita. Kalau boleh usahakan makan buah yang masih segar kerana tak ada tambahan gula dan pengawet atau bahan-bahan lain yang boleh membahayakan kesihatan.Dengan adanya perkembangan teknologi bermacam cara yang boleh dilakukan untuk memproses buah untuk dijadikan kordeal, jus atau dijual sebagai makanan dalam tin.Yang pasti buah-buah yang sudah diproses ni akan ditambah gula untuk menyedapkan rasanya.Kalau yang telah di tin tentu ditambah pewarna dan pengawet .Walaupun bahan tersebut diluluskan oleh pihak berkuasa tapi jika kita ada pilihan eloklah memakan buah yang segar kerana terjamin kesihatan kita.
Negara yang maju dalam bidang pertanian ni adalah Thailand, Belanda dan Taiwan. Dua bulan yang lepas saya menonton satu rancangan TV yang meninjukkan aktiviti sebuah syarikat di Taiwan yang mengeluarkan biji benih untuk berbagai jenis tanaman.Kilang ini khusus menghasilkan biji benih bermutu tinggi untuk diekspot ke seluruh dunia.Nilai ekspot setahun adalah ratusan juta dollar. Bayangkan sebuah negara kecil seperti taiwan boleh mengeluarkan biji benih yang begitu banyak dan kilang ini adalah pengekspot terbesar di dunia. Belanda terkenal sebagai penghasil pertanian yang membekalkan bekalan keseluruh negara Eropah.Teknologi pertanian mereka amat maju dan boleh mendatangkan divisa utama kepada negara tersebut.Ukuran negara Belanda hanya sebesar negeri Pahang. Thailand juga handal dalam bidang ini. Lihat sahaja buah-buahan yang berada dipasaran negara kita , kebanyakan diimpot dari sana.Tahun lepas saya ada membaca satu rencana tentang satu syarikat yang menghasilkan longan dalam jumlah yang besar untuk diekspot.Syarikat ini mempunyai teknologi untuk mengeluarkan buah longan diluar musim.Artinya bila pokok longan lain tidak berbuah maka pokok diladang syarikat berkenaan akan berbuah.Artinya buah yang mereka hasilkan tidak mengikut musim.Dengan cara demikian bila bekalan terbatas maka mereka boleh mendapatkan harga jualan yang tinggi.Ini yang disebut teknologi pertanian.
Wassalam

Thursday, February 11, 2010

Saya ingin menyambung cerita semalam tentang rahsia bisnis mamak. Sekarang ini kita lihat Indian muslim menguasai beberapa sektor perniagaan terutama kedai makan, kedai runcit, kedai buku,money changer dan yang terakhir adalah rangkaian supermarket. Jarang kita lihat perniagaan mamak yang tutup.Tentu ada rahsia kekuatan perniagaan mereka. Kalau kita ke restoran mamak maka kita dapati hampir semua pekerja adalah laki-laki dan jumlah pekerja sangat ramai.Ini yang menyebabkan service mereka cukup cepat. Kalau kita masuk restoran mereka akan tanya nak makan apa. Kita pun jawab roti kosong satu, teh tarik satu. Tak sampai 10 menit makanan dan minuman akan sampai. Ini yang mendorong pelanggan terus datang kerana merasa layanan yang cepat.Satu lagi kekuatan restoran mamak adalah kerana banyak yang buka 24 jam untuk memberi perkhidmatan tanpa henti. Cuma akhir-akhir ini saya lihat ada restoran yang cuma dibuka 23 jam. Mungkin 1 jam untuk tukar shif dan bersihkan restoran. Kebersihan restoran mamak sudah jauh lebih baik dari dahulu.Sekarang saya lihat lebih presentable.
Orang kita apa pula pengkhususan mereka. Sayapun tak pasti kerana tak nampak ciri-ciri khas tu.Tapi kedai makan melayupun semakin berkembang dan layanan cukup lumayan. Sekarang dah mula ada yang memberanikan diri membuka 24 jam dan mereka cukup berjaya.Masakan melayu tentu lain dari masakan mamak kerana selera tak sama. Tapi yang pasti lidah melayu boleh makan direstoran melayu atau mamak.

Sabtu petang minggu lepas saya mengadakan ceramah kesihatan di kampung Jimah baru. Program ddiadakan pada jam 3 petang waktu yang amat sesuai untuk tidur. Tapi sambutan cukup memuaskan. Adalah lebih kurang 60 orang yang hadir.Bagi saya sambutan yang sebitu jika diadakan di kampung sudah cukup memuaskan kerana jumlah penduduk kampung kini semakin berkurangan. Di Negeri sembilan keadaan kampung hampir serupa. Banyak rumah yang tinggal kosong dan banyak pula yang telah roboh dimakan anai-anai.Kampung yang dulunya bersih tapi kini dah dipenuhi semak samun. Di kampung jimah ni saya lihat masih ramai penghuni. Menurut keterangan ketua belia terdapat 700 orang penduduk di situ. Balai rayapun saya lihat cukup terjaga .Ini menunjukkan banyak aktiviti disitu. Sekarang jarang anak muda yang nak menetap di kampung kerana tak ada sumber pencarian hidup. Semua kerja dah berpindah ke bandar .Jadi yang tinggal adalah golongan tua. Kebanyakan yang menetap di kampung adalah ibu-ibu tua yang sudah kematian suami dan anak-anak telah berhijrah ke bandar mencari rezeki. Inilah fenomina umum di kampung-kanpung di Negeri Sembilan. Kita hanya boleh lihat kemeriyahan waktu hari raya puasa. Lepas tu balik macam biasa tak ramai penghuni. Di kampung sayapun nak buat kenduri tahlil pun susah kerana tak ramai orang laki-laki. Jadi kalau saya berkumpul adik beradik maka saya sendirilah yang membawa tahlil kerana tok imam dah tak ada. Yang ada cuma imam mesjid yang jaraknya cukup jauh dari rumah.Gitulah lama kelamaan kampung akan ditinggal sunyi kerana kekurangan penghuni.
Wassalam

Wednesday, February 10, 2010

Saya sekarang sedang membaca buku"Rahsia bisnis Mamak". Buku ini saya beli di kedai buku KLIA. Saya biasanya membeli buku di sana kerana waktu luang yang panjang.Bayangkan jika mengambil penerbangan antarabangsa kita perlu ckeck in 3 jam sebelum penerbangan.Belum lagi cerita dalam penerbangan.Contohnya penerbangan dari Kl ke Dubai mengambil masa hampir 8 jam. KL ke London lebih dari 13 jam.Itulah waktu yang perlu dimanfaatkan untuk membaca buku.Sekarang ini persaingan utama buku adalah internet.Malah ada kajian yang dibuat menunjukkan jumlah pembaca sudah menurun sebanyak 40%. Akhbar harian turut bimbang kerana jumlah pengedaran akhbar juga semakin menurun.
Baru-baru ini saya sempat mengikuti conference di Dubai.Salah seorang pembentang kertas kerja mengatakan dia sekarang tak perlu lagi membaca buku tek kerana semua bahan yang dia perlukan ada dalam internet.Wah ini cabaran besar kepada penulis dan penerbit buku. Namun demikian saya rasa buku ada peranannya yang tersendiri kerana buku boleh dibawa kemana-mana dan boleh dibaca dimana-mana termasuk ketika sedang makan, malah ketika membuang hajat dalam tandas.Ada yang sebut tandas ni bilik termenung dan banyak juga yang membaca akhbar atau buku sambil bermenung melepaskan hajat.
Buku ni menceritakan strategi bisnis mamak. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah beli sendiri. harganya pun tak mahal cuma RM 23 . Wang yang sebegini tak banyak mana dan jika dibelikan buku boleh dijadikan harta turun temurun malah boleh diwaqafkan. Ilmunya pula boleh diamalkan dan diinfakkan pada orang lain.
Perkataan mamaa berarti bapa saudara .Tapi bila di Melayukan ia menjadi mamak. Dalam bahasa minang pun ada perkataan nenek mamak untuk melambangkan penghormatan pada orang yang lebih tua dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Apa kaitannya antara mamak dengan nenek mamak sayapun tak pasti. Mungkin lepas ni akan ada orang yang mengkaji tentang perkara ini.
Menurut pengarang buku ni dua kumpulan utama etnik tamil beragama islam yang ada di negara ini dipecahkan kepada dua kumpulan utama iaitu: Marikar dan Rawther
Marikar adalah perkataan tamil yang bermaksud penduduk dengan perahu kayu. jadi masyarakat ini ujud di Tamilnadu, nagore, Pondicherry dan Kalreikal. Mereka hidup sebagai pelaut dan aktiviti merekapun berhubungkait dengan kelautan sperti perniagaan impot dan expot. Di malaysia mereka banyak menetap di Pulau Pinang, Klang, melaka dan Singapura.
Rawther bermaksud penduduk yang menguruskan gajah dan kuda tentera di raja. Mereka banyak tinggal di kawasan luar bandar termasuk di kawasan kampung.Aktiviti mereka lebih kepada membuka kedai runcit, kedai makan , menjual barang kemas dan tekstil secara kecil-kecilan.Keturunan Marikar bermazhab Syafei sedangkan Rawther bermazhab Hanafi.
Di negara kita ni selain mamak keturunan arab juga mempunyai ciri khas dihujung nama mereka seperti As sagaf,al atas dan sebagainya. Kaum batak juga menggunakan nama marga dihujung nama mereka seperti nasution, harahap dan sebagainya. Orang melayu pada umumnya tak mengamalkan cara demikian. Cuma akhir-akhir ini mereka yang mendapat pendidikan dari timur tengah gemar pula menggunakan nama seperti albagdadi , al yemeni dan sebagainya kerana mendapat pendidikan dari sana.Apakah ianya akan menjadi tren untuk masa yang akan datang sama-sama kita lihat.

Besok kita sambung.Wassalam

Monday, February 8, 2010

Sekarang masuk waktu subuh agak lewat. Jadi lepas saja selesai solat subuh saya langsung bergegas untuk jogging. Biasalah jogging slow kerana umur bukan lagi muda.Tapi senaman secara rutin perlu dilakukan. Dalam hidup kalau nak berjaya mesti konsisten atau dalam bahasa agama disebut istiqamah. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam. Kalau kita tak disiplin kita yang akan menanggung susah. Dalam hidup sejak lahir Allah dah bagi pengajaran cuma manusia kurang bijak menilai dan nenaksirkannya.Kenapa anak manusia tak langsung boleh berjalan macam anak haiwan. Kita lahir dari hanya pandai terlentang, kemudian sedikit demi sedikit mula menggerakkan tubuh untuk mengereng, meniarap, mula berhensot, bertaktih dan mula belajar berjalan. Artinya apa.Secara falsafahnya manusia bekerja berdikit-dikit tapi konsisten supaya akhitnya bisa berdiri dan berjalan. Makan waktu antara 1.5 tahun hingga 2 tahun baru anak manusia boleh berjalan. Ini proses yang perlu dihayati oleh manusia. Tapi berapa ramai manusia yang mahu belajar dan ambil peduli tentang perkara ini.
Lepas jogging saya singgah dikedai 24 jam untuk beli roti. Waktu nak bayar dikaunter terpandang pada kotak rokok ada tulisan"merokok boleh menyebabkan kanser".Bukan setakat tulisa tapi ada gambarnya sekali. Tapi sekali lagi siapa yang indah dan ambil peduli. Semua perokok lihat gambar tersebut tapi mereka terus merokok. Jumlah perokok makin bertambah bukannya berkurangan. Mereka sedia menanggung risiko tersebut.
Jika ada sebarang ketumbuhan pada wajah, leher atau dalam mulut maka jangan ambil ringan. Itu pesan dari doktor pakar yang memberikan ceramah pada kami. Ketumbuhan yang tak sepatutnya ada perlu diperiksa untuk mempastikan ianya bukan kanser. Kalau bukan kanser mudah untuk dilakukan pembedahan kecil untuk membuangnya kerana dari segi estetikpun akan mencacatkan wajah seseorang. Kalau disyaki kanser maka perlu dilakukan biopsi untuk mempastikan sel yang tumbuh adalah sel kanser atau tidak. Kalau pasti kanser perlu dilakukan pembedahan kemudian diikuti dengan rawatan selanjutnya seperti kemoterapi atau radioterapi. Pengubatan awal mungkin membantu untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Jangan pandang ringan seperti tabiat perokok tadi. Kalau ada kemampuan ,boleh berubat dihospital swasta tapi kalau kewangan terbatas pergilah kehospital kerajaan. Di negara kita masih ada kemudahan rawatan dengan kos yang minima tapi kita perlulah bersabar menunggu giliran dan melalui beberapa proses yang agak lama.Tidak seperti hospital swasta dimana kita boleh memilih pakar yang kita suka.

Berbagai kaedah untuk mengesan awal penyakit kanser seperti mammogram, kolonoskopi, kanser marker melalui pemeriksaan darah, biopsi iaitu mengambil sedikit sampel sel pada bahagian yang disyaki dan dianalisa dimakmal, melakukan ultrasound, CT Scan, MRI dan sebagainya. Artinya boleh diusahakan pengesanan peringkat awal. Kanser boleh terjadi dimana mana dari hujung rambut sampai hujung kaki, termasuk pada kulit yang dikenali sebagai kanser kulit. Jadi kemungkinan sentiasa ada. Doalah banyak-banyak agar Allah tidak menguji kita dengan penyakit ini kerana penderitaan pesakit kanser amat perit. Mari kita menjadi manusia yang patuh pada perintah Ilahi supaya mendapat keberkatan hidup.
Wassalam
Hari sabtu lepas adalah hari kanser peringkat dunia.Mungkin ramai yang tak perasan tentang perkara ini.Jumlah pesakit kanser semakin bertambah dari hari kehari.Setakat ini cara pengubatannya masih lagi pembedahan,ubat kemoterapi, pancaran radioterapi dan ada cara pengubatan menggunakan laser.Yang pasti sesiapa pun yang disahkan menghidapi kanser tentu akan terkejut dan seolah tak percaya yang ianya terjadi pada dirinya. Yang pasti tekanan emosi akan memuncak dan berbagai reaksi akan terjadi.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Di tempat kerja saya kami mengadakan sambutan hari kanser dengan mengadakan ceramah tentang kanser yang diberikan oleh dua orang doktor pakar, pameran kanser dan ada pemeriksaan kesihatan secara percuma. Penceramah pertama memberikan ceramah tentang kanser payu dara dan kolon sedangkan penceramah kedua kanser dibibir, mulut,leher, pipi dan telinga.
Apa dia kanser. Sel -sel dalam badan kita akan silih berganti.Yang lama akan mati dan diganti dengan yang hidup.Bila dah mencukupi pembentukan sel akan terhenti sendiri secara otomatik kerana ada sistem pengawalan sedemikian dalam tubuh kita. Bila sel-sel yang membiak tadi terus menerus berkembang tanpa ada yang mengawal maka itulah yang disebut kanser. Contohnya bila sel-sel tersebut membiak di payu dara maka akan terbentuk benda keras ditempat itu. Lama kelamaan payu dara akan membengkak.Lepas itu akan terjadi ketumbuhan yang menembusi kulit payu dara dan membentuk kudis dan akhirnya menanah dan mengeluarkan bau busuk.Itu yang terjadi di bahagian payu dara.Kemudian sel-sel tadi akan turut membiak ke tulang,dan masuk kedalam organ-organ yang lain seperti hati. Ini yang menyebabkan pesakit mati kerana sel-sel tadi merosakkan organ-organ penting dalam tubuh
Kenapa kanser terjadi, tiada siapa yang tahu. Ada beberapa faktor risiko seperti:
-faktor keturunan
-wanita yang lambat berkahwin
-wanita yang lambat melahirkan anak
-wanita yang tidak menyusukan bayi
-faktor bahan kimia
-faktor pemakanan
-faktor persekitaran yang kotor
-macam-macam lagi

Satu dari 19 orang wanita berisiko menghidapi kanser payu dara. Bilangan yang ramai menghidap kanser kolon adalah keturunan cina, mungkin kerana faktor genetik atau cara pemakanan dan cara hidup.Kanser paru-paru tentunya kerana faktor merokok.Begitu juga kanser lidah dan bibir. Sirih dikenal pasti menyebabkan kanser bibir dan yang banyak mengalami masalah ini adalah kaum india kerana mereka memakan sirih. Faktor utama bukannya sirih tetapi kapur sirih yang merupakan bahan kimia.

Ada banyak cara untuk mengesan kanser pada peringkat awal.Kanser payu dara boleh dikesan awal bila wanita mengamalkan meramas buah dada secara kerap untuk mengesan jika ada rasa keras pada buah dada. Jika ada datanglah segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Cara yang lebih tepat adalah menggunakan mammogram iaitu mesin yang boleh mengesan kanser secara lebih tepat. Kanser kolon boleh dikesan menggunakan kolonoskopi iaitu memasukkan scope ke dalam dudub. Dihujung scope ada kamera yang boleh melihat sebarang ketumbuhan dalam usus besar. Jika ada tindakan pembedahan segera boleh dilakukan untuk membuang ketumbuhan tersebut.
Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan.Besok kita sambung.Wassalam

Friday, February 5, 2010

Saya ingin menyambung cerita tentang BMI yang telah saya tulis semalam. Di syarikat kami telah dimulakan program mengukur tinggi dan mengambil berat badan semua staff supaya dapat dikumpul data untuk menentukan BMI. Data-data ini akan dijadikan sebagai data asas untuk mengetahui tahap BMI semua staf. Setalah data-data tersebut dikumpul maka akan dilancarkan program untuk memberi tahu staf tentang tindakan yang perlu diambil supaya tindakan susulan dapat dibuat. Staf yang BMInya melebihi paras normal akan diminta mengikuti program yang akan disusun oleh pihak syarikat untuk membantu mereka mencapai BMI yang normal.Antara langkah yang akan diambil adalah memberi kaunseling, mengadakan program riadah, menggalakkan staf menggunakan tangga sebagai ganti lift, menguruskan stress dan sebagainya. Kesedaran perlu dipupuk kerana tindakan yang konsisten perlu dilakukan jika ingin menurunkan BMI supaya berada pada tahap normal.
Banyak syarikat telah menjalankan program secara tersusun untuk mengawal BMI anggota pekerja mereka. Bukti telah menunjukkan bahawa staf yang mempunyai BMI pada tahap normal akan lebih sihat dibandingkan dengan mereka yang obese. Saya mendapat maklumat dari beberapa orang kawan dari syarikat lain bahawa kos perubatan yang perlu dikeluarkan oleh syarikat mereka telah berkurangan sejak program ini dijalankan. Jadi saya juga akan membuat kajian setakat mana kos perubatan staf dapat dikurangkan nanti apabila program ini berjalan sepenuhnya.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu banyak syarikat yang terpaksa mengurangkan kemudahan rawatan bagi anggota pekerja. Jika selama ini staf disediakan kemudahan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta tetapi kini mereka diarah mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan kerana rawatan di hospital swasta akan menelan belanja yang tinggi. Oleh kerana kewangan syarikat semakin menurun maka pihak pengurusan tak ada pilihan kecuali mengambil tindakan yang sedemikian. Dulu banyak syarikat yang menggunakan insuran untuk menguruskan masalah rawatan staf mereka di hospital swasta tetapi setiap tahun premium insuran akan naik dan tentu kos rawatan yang perlu dikeluarkan oleh sesuatu syarikat akan terus naik. Oleh itu banyak syarikat yang telah berhenti membeli insuran dan mengarahkan semua staf mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Kos rawatan dihospital swasta juga terus naik kerana kos ubat , peralatan perubatan dan bahan habis pakai juga terus meningkat naik. Ini adalah putaran yang berterusan bagi semua sektor dan ianya tak dapat dielakkan. Menurut prinsip mudah dalam bisnis apabila bahan yang dibeli naik maka kos perkhidnatan juga akan naik. Memang ini adalah putaran yang terpaksa dilalui. Apabila syarikat menghentikan pembelian insuran kesihatan maka pihak syarikat insuran akan menghadapi masalah dan bila insuran menghadapi masalah maka jumlah pesakit ke hospital swasta juga akan berkurangan. Ini adalah kesan dari kegawatan ekonomi dunia.Kita berharap masalah ini akan segera berlalu dan kegawatan ekonomi dunia akan cepat diatasi.
Secara prinsip menjadi tanggungjawab setiap insan untuk menjaga kesihatan diri masing-masing. Soal sakit atau tidak adalah diluar jangkaan kita dan diluar kawalan kita tetapi ada penyakit yang terjadi kerana tingkah laku manusia. Contoh diabetes dan darah tinggi ada yang terjadi kerana masalah kegemukan dan faktor pemakanan. Disamping itu cara hidup manusia yang malas untuk melakukan riadah. Masalah stress yang berterusan akan memudahkan seseorang itu jatuh sakit. Jadi faktor makanan, cara hidup dan kemampuan kita menangani masalah stress ini amat menentukan tahap kesihatan seseorang. Oleh itu pilihan ditangan kita dan mencegah penyakit adalah lebih baik dari mengubatinya.
Wassalam
Banyak yang pernah dengar tentang BMI tapi tak pasti berapa ramai yang faham apa itu BMI. Kalau BMW pasti ramai yang tahu kerana jenama itu terkenal di seluruh dunia dan melambangkan kemewahan. Siapa yang dapat memandu kereta jenama itu tentu perasaan akan lain apa lagi jika yang memandunya orang muda. Sekilas pasti orang akan menyangka dia pasti orang kaya. Tapi BMI berapa ramai yang ambil peduli. BMI adalah body mass index iaitu sukatan untuk mengukur berat badan sama ada berat ideal atau obese atau gemuk. BMI ni lebih penting dari BMW kereta BMI menentukan tahap kesihatan seseorang dan risiko menghadapi penyakit kronik di masa hadapan ,malah risiko menghadapi sakit jantung. Jika BMI tak diambil peduli maka masa depan tidak akan cerah.
BMI diperkenalkan oleh ahli statistik dari Belgium bernama Adolphe Quelet yang hidup antara tahun 1796 hingga 1874. Angka ini juga dikenal sebagai Quetelet Index. BMI juga disebut body mass indicator. Ianya adalah indikator yang dipergunakan di peringkat dunia untuk mengukur tahap kegemukan seseorang.
Bagaimana untuk mengukur BMI. Cara yang lama menggunakan inci untuk ukuran tinggi badan dan pound untuk mengukur berat badan. Sekarang ini di negara kita sudah jarang menggunakan pound untuk mengukur berat badan walaupun inci masih digunakan secara meluas untuk mengukur tinggi seseorang. Tapi untuk berat badan pada umumnya digunakan kilogram.Tapi inci hanya boleh dipadankan dengan pound dan bukannya kilogram
Jadi untuk memudahkan mengukur BMI kita gunakan sukatan secara metrik iaitu kilogram bagi berat badan dan meter bagi tinggi badan.
BMI secara metrik = weight in kg/height in meters

Contoh jika tinggi 1.70meter dan berat 70 kg maka BMI = 70kg/1.7m x1.7m =24.2 yang dianggap normal

Sukatan BMI

BMI status
<18.5 underweight
18.5-24.9 normal
25-29.9 overweight
30&above obese

Jika dah obese apa perlu kita buat. Wajib bagi seseorang untuk mendapatkan BMI pada tahap normal supaya organ-organ kita tidak dibebankan dengan kerja berlebihan untuk memenuhi keperluan badan. Bila badan gemuk jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah keseluruhan badan. Ini akan menyebabkan jantung akan menghadapi masalah pada masa hadapan. Hormon juga akan berkurangan kerana kegemukan badan. Hati dan ginjal juga akan terpaksa bekerja lebih. Akibatnya mudah menghidapi penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kajian yang dibuat oleh saintis barat menunjukkan salah satu cara untuk meningkatkan kadar testosteron bagi mereka yang sudah berusia adalah menurunkan berat badan dan banyak melakukan exercise.
Kalau dah disahkan obese maka perlu dilakukan beberapa tindakan berikut:
-melakukan senaman/exercise secara tetap tiap hari
-mengawal makanan-jika perlu dapatkan khidmat pakar pemakanan
-gunakan tangga sebagai ganti lift
-parking kereta jauh dari tempat kerja supaya boleh jalan kaki
-kalau pergi berbelanja jauhkan tempat parking dan berjalan kaki
-jangan makan junk food
-kurangkan pengambilan gula kerana gula akan menambah berat badan
Sayangkan diri anda kerana kalau sakit anda yang tanggung. Orang lain hanya boleh tunjukkan simpati tapi anda yang tanggung akibatnya.
Ada seorang kawan yang pernah mengajarkan cara mudah mengukur berat badan ideal. Kawan saya ini seorang pakar perubatan. Dia kata apa susah payah pakai BMI, cukup gunakan formula mudah seperti berikut:
Berat Badan =tinggi dalam cm - 100
Contoh jika tinggi 170 cm maka berat badan = 170 -100 = 70 kg
Ini berat badan yang normal. Jika nak ideal kurangkan 10%. Contoh 70 kg -7kg = 63 kg
Itu formula dia dan bila dihitung menggunakan BMI maka jawapannya adalah sama. Jadi gunakanlah formula ini. Tak ramai yang tahu tapi saya paparkan disini supaya kita boleh berkongsi ilmu.
Wassalam

Wednesday, February 3, 2010

Kalau kita tidak mempunyai sebarang penyakit, apakah kita perlu mengambil sebarang ubat alternatif atau menggunakan sebarang mesin yang dikatakan boleh membantu untuk menyehatkan badan. Ini perlu kita fikirkan masak-masak. Sekarang ini ramai orang yang mengambil ubat-ubatan alternatif kerana terpengaruh oleh kawan-kawan. Kononnya bila mengambil ubat-ubatan tersebut badan akan menjadi bertambah sihat, kulit akan kelihatan lebih muda, rambut akan tumbuh lebih lebat, uban akan bertukar menjadi hitam dan berbagai lagi andaian. Pernahkah kita memikirkan apa akan jadi bila bahan-bahan tersebut masuk kedalam badan kita dan tindakan apa yang akan dilakukannya. Kalau ditanya tentunya tidak ada siapa yang akan tahu. Kalau ubat moden memang boleh diketahui dimana ubat bekerja, apa kesannya , bagaimana ubat diproses dan dikeluarkan oleh tubuh. Ini kerana ubat moden dicipta secara kajian saintifik melalui penyelidikan yang panjang. Tapi ubat alternatif tidak melalui proses tersebut. Pengeluar hanya mengaku yang bahan tersebut boleh memberikan kesan seperti yang didakwa. Jika bahan tersebut tidak memberikan apa-apa kebaikan pada tubuh masih boleh diterima kerana badan kita tidak akan menghadapi masalah. Cuma duit kita habis kerana membeli ubat tersebut. Orang kata duit boleh dicari. Bagaimana pula jika ubat tersebut meracuni tubuh badan kita. Ini yang perlu kita bimbang kerana kesan sesuatu ubat atau bahan yang masuk kedalam tubuh bukannya terjadi serta merta tetapi akan memakan proses yang panjang. Kesan yang paling utama adalah pada organ hati dan buah pinggang. Jika organ ini dah rosak maka ia tidak boleh diperbaiki kembali. Jadi kita akan menderita seumur hidup kita. Oleh itu sebelum mengambil atau menggunakan ubat-ubatan alternatif maka fikirkanlah masak-masak. Kita yang mesti membuat keputusan bukannya orang lain. Badan kita yang punya, sakit kita yang rasa dan kita yang tanggung. Orang lain hanya boleh melihat tapi kita yang akan merasainya. Oleh itu kita perlu bijak menjaga diri dan jangan terpengaruh dengan pujukan orang lain apa lagi memakan benda-benda yang kita sendiri tak pasti cara kerja dan kesannya pada tubuh kita.
Jika kita merasa badan kita sakit maka berjumpalah dengan doktor kerana itulah kaedah yang sudah diperakui sebagai standar pengubatan moden. Jika pengubatan dengan doktor sudah tak mampu menyelesaikan masalah kita barulah kita memikirkan pengubatan alternatif. Itupun perlu berhati-hati supaya penyakit kita tidak bertambah teruk. Jika penyakit kerana angkara sihir, tentulah pengubatan alternatif sebagai pilihan tetapi jika kerana masalah fizikal tentunya pengubatan moden yang sepatutnya kita pilih.
Ada seorang kawan saya yang disahkan oleh doktor yang dia mempunyai ketumbuhan didalam perut dan perlu dibedah segera. Tetapi kawan ni tak mahu dibedah dan diapun memilih cara pengubatan alternatif. Macam-macam cara yang dia pilih termasuk cara pengubatan ozon. Malangnya penyakitnya semakin teruk dan akhirnya dia terpaksa menjalani pembedan.Keadaannya cukup kritikal dan hampir meragut nyawanya. Syukur dia selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut. Kina beliau telah mula sembuh dan sihat kembali.
Wassalam

Monday, February 1, 2010

Sekarang ini terlalu banyak rawatan alternatif. rawatan sebegini datang dalam berbagai bentuk. Ada yang dalam bentuk ubat-ubatan berupa tablet, kapsul, tonik, serbuk, sirap ,krim dan sebagainya. Ada juga dalam bentuk mesin terapi yang katanya menggunakan arus elektromagnetik, ultrasound , gelombang dan berbagai lagi. Ada juga yang menbuka kedai yang menawarkan terapi percuma menggunakan mesin yang disediakan.Saya pun tak pasti model busines yang mereka gunakan kerana tidak ada caj yang dikenakan pada pesakit. Pesakit dibenarkan menggunakan mesin tersebut untuk tempoh waktu tertentu tanpa sebarang bayaran. Bagaimana mereka mendapatkan wang untuk membayar sewa kedai dan membayar kos mesin yang digunakan. Tentunya setiap mesin perlu dibeli atau disewa dan caj elektrik perlu dibayar. Mungkin mereka mengharapkan pesakit akhirnya membeli mesin tersebut dan dari situlah mereka akan mendapat keuntungan. Entahlah saya tak pasti dalam perkara ini tapi di sekitar tempat sayapun ada yang menawarkan perkhidmatan yang sebegini.Ada juga yang menjual mesin urut kaki dan urut tulang belakang. harga mesin bukannya murah tapi nampaknya ad juga peminat yang membeli mesin tersebut. Belum lagi cerita tentang pengubatan yang menggunakan kaedah ozon, akupungtur dan homeopati. satu lagi kaedah adalah penguatan cara islam dengan menggunakan ayat-ayat al Quran. Ada pula satu tempat yang menawarkan cara pengubatan ghaib di mana pembedahan dilakukan tanpa menggunakan sebarang alat pembedahan seperti yang lazim digunakan di hospital.
Kaedah yang turut popular adalah menggunakan air yang telagh dibacakan ayat-ayat suci alQuran atau tulisan al Quran pada pinggan dan menggunakan dakwat zakfaran.Pasaran uabat yang sebegini juga amat meluas. Kalau kita perhatikan di kedai-kedai juga banyak dijual kismis yang telah dibacakan doa-doa tertentu untuk penerang hati dan mencerdaskan minda. belum lagi cerita brain tonic yang mempunyai cara pemasaran dan pelanggan yang tersendiri.
Cara penguatan yang lebih lama bertapak adalah sinse dan ubat-ubatan tradisional seperti jamu, tonik, jadam, jamu dan makjun.
Menurut definisi ubat-ubatan tradisional adalah pengubatan turun temurun yang telah diamalkan dari dahulu hingga sekarang dan diyakinai boleh mendatangkan kesan seperti yang diharapkan. Cuma bezanya dengan pengubatan moden adalah ubat tradisional belum mempunyai kajian secara saintifik untuk menguji kesan ubat yang digunakan serta kesan sampingan yang mungkin timbul. Jadi kebaikan ubat adalah berdasarkan pengamatan oleh pengguna secara turun temurun.Setakat ini kementerian kesihatan sudah mula mendaftarkan ubat-ubatan tradisional tetapi pengubatan alternatif yang lain masih belum ada penngawalan secara khusus.
Jika pengubatan akupungtur dan homeopati ada pengamal tetap yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya diploma tetapi kaedah pengubatan alternatif lain tidak ada kelayakan khusus. Jadi kita sebagai pengguna bebas membuat pilihan mesin dan ubat yang akan digunakan kerana tidak ada pengamal yang memeriksa dan memberikan nasihat kepada pengguna.
Sebagai manusia kita perlu mempunyai kefahan yang jelas tentang keperluan mengambil ubat atau menjalanai rawatan. Apakah kita sakit sehingga memerlukan rawatan tersebut ataupun kita perlu mengambil atau menggunakannya kerana kita perlu mencegah sesuatu penyakit dari menjangkiti kita. Ini pertanyaan asas yang perlu kita fikirkan secara mendalam sebelum memulai atau menggunakan sesuatu rawatan. Jika kita sakit kenapa tidak memdapatkan rawatan dari doktor yang bertauliah.Jika kita perlu mencegah sesuatu penyakit kita perlu faham penyakit apa yang perlu dicegah dan cara yang bagainana yang perlu kita ambil. Siapa yang akan memberi kita nasihat. Secara prinsip badan kita sudah mempunyai sistem pertahan secara semula jadi yang disebut antibodi. Bila ada benda asing yang boleh membahayakan tubuh kita maka badan akan secara otomatik bertindak balas dengan mengeluarkan antibodi. Benda asing yang masuk disebut antigen.Jika antigen kuat sedangkan antibodi lemah maka badan kita akan sakit.Ini respon secara semula jadi. Jika proses ini tak terjadi apakah kita secara suka-suka ingin mengambil bahan-bahan alternatif untuk dimakan atau menggunakan mesin rawatan yang katanya boleh mengubati penyakit sedangkan kita sebenarnya tidak sakit.
Besok kita sambung.Wassalam