Wednesday, March 31, 2010

Semalam saya sempat mampir di sebuah kedai mamak yang menjual makanan dan surat khabar. Saya ke sana kerana nak fotopoki soalan untuk ujian pelajar saya.Kedainya kecil sahaja tak sampai 10 X 10 kaki tapi bila saya tanya sewanya berapa dia kata RM 4 ribu sebulan. Wow terkejut saya kerana kedai yang begitu kecil sewanya cukup mahal. Kedai ini terletak di kawasan pusat beli belah kota seriemas bersebelahan pasaraya yang baru dibuka. Mungkin kerana ada pasaraya tersebut harganya melambung tinggi. Dia kata sewa restoran di depan kedai tu RM 16 ribu sebulan. Wah memang parah kalau modal pusingan tak kuat.Jumlah pengunjung masih tak ramai maklumlah tempat baru dan disekelilingnya masih belum banyak penghuni. Pada masa yang akan datang saya rasa memang ada potensi kerana tak jauh dari situ akan di buka Institut aminudin Baki, SMK Tunku Kursiah dan Politeknik Nilai. Mungkin dua tahun lagi baru siap. Jadi selama dua tahun boleh ke bertahan berniaga dengan sewa yang melambung dan pengunjung tak ramai.Bila saya ajukan soalan itu dia jawab dengan selamba.Kita kena yakin Tuhan yang bagi rezeki.Wah cukup berkeyakinan teman kita ni walaupun saya rasa usia dia mencecah lewat lima puluhan.Dia cukup yakin mampu bertahan .

Betullah kata Rasulullah 90% rezeki tu datang dari perniagaan. Kita selalu canangkan perkara ini termasuk diri saya tapi nak mencuba tak berani. Saya lebih selesa makan gaji dari membuka kedai sendiri. Faktor usia dan modal yang selalu menghambat. Sebab itu saya sentiasa mempertingkatkan ilmu dan pengalaman kerana saya rasa saya ada bakat dalam bidang ni. Orang yang berilmu akan sentiasa ada peluang untuk terus berjaya dalam hidup.

Yang masih muda mungkin boleh mencuba tapi hidup orang yang berniaga ni ibarat kanak-kanak yang sedang berjalan. Jatuh bangun memang mainan hidup. Sebelum boleh berjalan tentunya jatuh bangun dulu dan sedang sedap berlaripun boleh tersungkur. Inilah ibaratnya orang yang menjalankan perniagaan. Kalau nak kaya kenalah berniaga kerana makan gaji tak mungkin jadi kaya. Kalau kaya juga memang peliklah. Paling hebatpun boleh hidup selesa tapi tak sampai jadi jutawan.

Kalau bekerja sebagai doktor pakar di hospital swasta memang boleh jadi kaya kerana mereka bukannnya makan gaji tapi berusaha sendiri. Hospital hanya mengambil sewa klinik dan management fee. Lagi banyak pesakit dan kes yang mereka rawat lagi banyaklah wang yang akan masuk. Jadi mereka juga adalah seorang usahawan. Dalam keadaan ini pun ramai juga yang takut untuk bekerja dengan hospital swasta kerana tak yakin boleh dapat pesakit dan hidup senang.

Memang semua orang tahu rezeki di tangan Tuhan. Tapi tafsiran manusia bermacam-macam.Rezeki tak akan datang kalau tak ada usaha dan usaha pula perlu mengikut kaedah yang di ridoi oleh Allah, bukannya asal main sapu. Jangan sampai membujur lalu melintang patah.
Hari ni dalam surat khabar dilaporkan petugas sebuah hospital diCina ditangkap kerana membuang bayi yang digugurkan kedalam sungai. Bayi tadi masih mempunyai tanda tagging di bahagian anggotanya. jadi membuang bayi dah sama seperti membuang sampah sarap. Anak manusia dah disamakan seperti sampah sarap yang boleh dibuang sesuka hati. Puncanya di Cina satu keluarga cuma boleh mempunyai satu orang anak. Sebab itu jika bayi yang dikandung tak sesuai dengan yang diinginkan oleh pasangan tersebut maka ianya akan digugurkan dan dibuang begitu saja. Dilaporkan 13 juta setahun bayi digugurkan dan dibuang. Dulu saya ada menyebutkan tentang jumlah laki-laki yang lebih banyak di sebahagian dari wilayah Cina sehingga nak cari jodohpun menjadi sulit kerana jumlah lak-laki jauh melebihi jumlah perempuan. sampai bila perkara ini akan berterusan hanya mereka yang tahu.

Kita pula macam mana. Kes pengguguran bayi ni ada ke tak ada sayapun tak pasti. tapi yang pasti sering kita membaca berita bayi ditinggalkan di tong sampah, di depan rumah orang dan didepan mesjid.Ada yang masih hidup dan ada yang dah mati. Jadi kitapun buat kerja ni juga cuma mungkin tak sebanyak mereka. Apa puncanya entahlah. Mungkin kerana terlanjur dan perasaan panik. jadi dibuanglah bayai yang tak bersalah tadi.

Menjadi tanggungjawab kita mendidik anak-anak agar berpegang teguh kepada pegangan agama supaya tak terjadi perkara-perkara yang tak diingini ini.
wassalam

Tuesday, March 30, 2010

Pagi tadi saya sampai awal di Nilai dan minum teh di kedai mamak. Waktu tu baru jam 7.15 pagi. Sambil menunggu makanan dihidangkan saya ternampak tiga orang anak muda sedang asyik membelek laptop. Wow pagi buta begitu dah asyik membelek komputer riba.Bila sebut soal wow ni saya teringat filem P Ramli, tiga abdul. Saudagar unta tu kata jual manusia lebih untung dari jual unta.Filem-filem P Ramli memang ever green. Walau dah nonton banyak kali tapi setiap kali ditayangkan kita masih nak nonton lagi. Saya lihat setiap filem beliau mempunyai message yang tersendiri.
Saya menjadi hairan juga takkan lah lepas subuh langsung bawa laptop minum di kedai mamak.Entah siapa mereka sayapun tak pernah tahu. Setelah selesai makan saya sempat juga menjeling untuk melihat apa yang mereka asyikkan. Rupa mereka sedang menontot filem mungkin yang telah dimuat turun dalam komputer tersebut.
Sewaktu saya masih berulang alik ke JB dengan bas beberapa tahun yang lalu saya lihat ramai juga penumpang yang muda-muda membawa laptop.Kebanyakan untuk menonton CD mungkin untuk menghilangkan perasaan jemu. Kalau dulu dalam bas express ada dimainkan CD melalui TV yang dipasang dalam bas. Kini dah tak banyak bas yang memasang TV , jadi sebagai ganti penumpang membawa laptop. Yang tak ada laptop tu menggunakan play station untuk main game untuk menghilangkan bosan. Sebetulnya banyak yang boleh dilakukan seperti membaca buku, surat khabar ,berzikir atau membaca al Quran jika masih ada wuduk.Dalam kapalterbang tak ada masalah untuk mengambil wuduk tapi dalam bas masalah sikit kerana sekarang kebanyakan bas dah tak ada tandas lagi sebab rumit untuk menguruskannya.

Kerana penggunaan laptop , Play Station yang meluas maka kilang elektronik dah hidup kembali kerana permintaan komponen untuk membuat barang tersebut sedang meningkat.Saya mendapat maklumat ini dari seorang teman yang bekerja sebagai pengurus di salah sebuah kilang elektronik.

Dulu kalau nak pasang internet perlu ada talian telefon tetap tetapi kini dah cukup dengan broad band. Jadi tak lagi memerlukan kabel telefon. Di mana-mana pun internet boleh di didapati. Soalnya hendak atau tidak. Dengan kemudahan ineternet segala macam maklumat boleh didapati dalam internet.
Maklumat tentang bakteria dan antibiotik juga boleh didapati. Tinggal faham tak faham saja lah. Bakteria ni boleh hidup dalam dua keadaan. Ada yang memerlukan oksigen untuk hidup maka ianya disebut aerobic bacteria.Satu lagi tak memerlukan oksigen dan ianya disebut anaerobic. Jumlah bakteria yang memerlukan oksigen lebih banyak dibandingkan dengan yang tidak memerlukan oksigen.
Sebelum pembedahan, pakar bedah akan memberikan suntikan dua jenis antibiotik untuk mencegah jangkitan bakteria sewaktu pembedaan. Yang biasa digunakan adalah antibiotik untuk menghambat aerobic bacteria dan anaerobic bacteria.Jadi dua jenis antibiotik akan digunakan.
Besok kita sambung. Wassalam

Monday, March 29, 2010

Lepas subuh tadi saya memandu kereta ke arah Nilai kerana mengajar student program diploma farmasi. Kolej ni terletak di bandar Seriemas bersebelahan kampung Jijan.Memandu dalam gelap memang besar cabarannya apalagi jalan tersebut turut di lalui oleh lori kontena kerana menuju ke KLIA. Kecut juga perut dibuatnya kerana lori kontena ni rupanya waktu pagi larinya cukup kencang.Bila berselisih tu seram rasanya kerana jalan pula ngam-ngam. Kemudian ada pula kereta yang lampunya hanya menyala sebelah. Sangkakan motosikal tapi nyatanya kereta. Kalau tak hati-hati boleh mendatangkan bahaya. Pertengahan jalan ada pula motosikal yang lampu belakang tak menyala. Kemudian pengunggangnya pula pakai jaket warna gelap, dah dekat baru perasaan ada motosikal di hadapan.Inilah resiko memandu di waktu yang masih gelap.

Sampai di seriemas saya langsung jalan pagi untuk excersie sedikit kerana masih awal. Lah punyalah ramai penunggang motosikal yang tak pakai topi keledar, tua muda sama saja. Yang perempuanpun gitu. Inilah sikap masyarakat kita yang ambil mudah soal keselamatan diri. Kalau dah jatuh terhentak kepala di jalanraya hanya Tuhan yang tahu apa nak jadi. Pakai topi keledarpun belum boleh menjamin apa lagi kepala tak bertutup alamat berkecai jika terhempas dijalan yang keras tu.

Masuk mengajar jam 8.30 pagi.Dah lepas mengajar 1 jam baru student bagi tahu yang subjek yang sedang saya ajar tu dah diajar oleh orang lain. Entah lah macam mana boleh jadi sayapun tak tahu. Inilah masalahnya jika menjadi pensyarah sambilan. Jadi saya langsung menukar topik yang diajar kerana tak ada faedahnya mengulang subjek yang sama.

Besok akan sambung lagi sampai hari rabu.Mengajar mahasiswa tentu tak sama dengan murid sekolah. Kolej swasta tak sama dengan kolej awam.Tumpuan pelajar juga bervariasi. Saya rasa OK lah menjadi cikgu ni kerana boleh berkongsi ilmu cuma penat sedikit berdiri dan bercakap berjam-jam. Tak tahulah bila dah bersara nanti nak sambung mengajar atau buat kerja lain. Saya rasa menjadi oditor kualitipun menarik juga. Boleh berkeliling ke seluruh negara. Jadi buat masa ini saya masih selesa menguruskan hospital swasta dan sekali sekala mengajar. Mengajar secara formal tak sama dengan menyampaikan ceramah. Menyampaikan ceramah tak ada apa-apa komitmen. Tak ada silibus yang perlu diikuti, tak ada exam dan yang pasti tak perlu buat nota dan kertas soalan untuk ujian. Tak perlu periksa hasil ujian studen. Jadi lecturer ni kena buat nota, buat sioalan peperiksaan, kena periksa kerja ujian. Jika ada yang tak lulus kena bagi tusyen, buat soalan baru dan periksa kembali jawapan pelajar. Jadi rumit sikitlah. Mungkin kalau spenuh masa OK kot. Entahlah lihat nanti macam mana.
Wassalam

Sunday, March 28, 2010

Kurangkan manis dalam minuman tapi banyakkan manis dalam senyuman. Slogan ini sering di sebut-sebut dalam radio sempena kempen kurangkan makan gula. Banyak gula dalam minuman boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan berbagai komplikasi seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.Banyakkan senyuman memberi seri dalam kehidupan semua manusia tak kira peringkat umur, bangsa atau agama. Senyum itu sedekah dan setiap sedekah akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Dalam agama kita setiap biji yang kita dermakan akan tumbuh menjadi tujuh tangkai dan setiap tangkai akan mengeluarkan 10 biji. Artinya satu menjadi tujuh puluh kali ganda.Ini saham akhirat yang kita tak nampak tapi wajib kita yakini.Saham dunia mana ada sebanyak itu .Paling hebatpun 2 kali ganda .Itupun tak tahu bila boleh dapat nilai yang sebegitu tinggi.

Tengahari tadi saya dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Pilah. Tentunya bila dalam majlis perkahwinan, banyak manis dalam minuman serta banyak manis dalam senyuman.Saya lihat minumannya manis-manis belaka dan orang ramai yang datangpun banyak senyuman.Apa lagi pasangan pengantin amat lebar senyumnya kerana merasa amat berbahagia kerana hajat dihati sudah termakbul. Di mana-mana majlis perkahwinan pun begitu.

Tapi perkahwinan hanyalah satu permulaan bagi sesuatu kehidupan yang baru. Bukan mudah untuk berkongsi segala-galanya. Jika waktu membujang semuanya boleh dibuat tanpa perlu memikirkan perasaan orang lain. Asalkan kita rasa senang kita akan lakukan. Nak tidur ke, nak makan ke ,nak bergadang sampai ke subuh ke tak ada siapa yang nak larang. Tapi bila dah berumah tangga semuanya perlu diambil kira. Perasaan pasangan perlu diberi perhatian, jika tidak alamat bergoyang rumah tangga.Kadang-kadang pasangan yang masih muda akan terbawa-bawa sifat dan tingkah laku sewaktu masih bujang dulu. Ini yang akan menimbulkan berbagai macam konflik.Bukan senang nak berkonsi segala-galanya dan meninggalkan apa yang kita suka sewaktu bujang dulu.Kesanggupan untuk bertolak ansur akan menentukan perjalanan hidup rumahtangga. Kalau tak pandai mengawal ego dan emosi alamat bergoyang rumah tangga yang baru dibina.
Hari ini ramai pasangan yang terpaksa berpisah kerana merasa tak ada keserasian. Oleh itu kesabaran dan tolak ansur adalah kunci untuk melayari bahtera yang baru dibina. Bercinta selama tujuh tahun selalunya indah tapi rumah tangga yang baru dilayari tujuh bulan akhirnya bergoyang kerana sikap ego dan tak ada tolak ansur.
Nabi kata kalau nak selamat pilihlah yang beragama. Laki-laki begitu, perempuan pun begitu.

Selamat melayari bahtera yang baru dibina bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan dan yang bakal melangsungkan perkahwinan.Saya lihat tadipun ada beberapa majlis perkahwinan sepanjang jalan yang saya lalui.Minggu depanpun saya ada lagi mendapat jemputan. Begitulah kehidupan manusia. Ini merupakan fitrah dan sunnah Nabi.

Wassalam

Saturday, March 27, 2010

Sewaktu berada di alor Setar pada hari pertama saya makan tengahari di restoran Melayu berhampiran tepi sungai. Makanan memang banyak dan beraneka rasa. Hari kedua makan tengahari di kedai mamak. Kata kawan nak ubah selera. Makanan di kedai mamak memang standard lah. Kat mana pun lebih kurang saja rasanya. Baru-baru ini heboh diperkatakan yang restoran mamak dan india menghadapi kekurangan tenaga kerja dan jumlahnya bukan sedikit tetapi 45,000 orang.Yang memohon kerja tak sampai 100 orang. Saya rasa tentu ada sebabnya. Dari main agak-agak dan terus menjadi misteri elok rasanya ahli sosiologi di menara gading membuat kajian yang mendalam untuk mencari sebab yang sebenar. Masalah ni tentu rumit dan memerlukan kajian secara ilmiah.

Saya tak pernah menyangka yang Alor Setar adalah berstatus Bandaraya. Saya rasa besar juga bandar Alor Setar ni. Apa syarat nak jadi bandaraya sayapun tak pasti.Rasanya tak sampai separuh ibu negeri di negara kita berstatus bandaraya. Selebihnya tentu sekadar majlis bandaran.
Kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur jam 9 malam dan penerbanagan cukup lancar. Empat puluh lima menit dah sampai KLIA. Cuma menunggu beg agak lama sikit. Jadi sampai di Seramban hampir 12 tengah malam. Walaupun kunjungan singkat tapi cukup memberi tambahan pengalaman bagi saya dan teman-teman.Bila membuat gap analysis banyak perkara yang saya turut belajar. Selain dari berkongsi ilmu dan pengalaman saya juga mendapat manfaat dari tugas ini.Dimulai dari Kota Bahru ,kemudian di Kajang dan diakhiri dengan Alor Setar. Tentu jika ada peluang di tempat lain saya akan berbesar hati untuk melakukannya.Sebab itu kita digalakkan mengembara kerana ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang amat berguna.Pengalaman ini tak akan sama dengan ilmu dari pembacaan buku atau bahan bertulis yang lain.

Hari jumaat masuk kerja kembali. Keadaan badan masih belum begitu selesa kerana batuk dan demam. Saat menulis blog inipun saya masih memakan antibiotik. Nasib baik agak cepat memulakan antibiotik jika tidak keadaan demam dan batuk saya akan bertambah parah.
Bakteria ni mempunyai sifat yang istimewa. Ia boleh mengubah diri supaya boleh bertahan dari serangan antibiotik. Perubahan ini disebut mutasi supaya ia mampu melawan serangan antibiotik.Jika serangan ini dapat dipatahkan oleh bakteria maka ianya disebut resistant dan antibiotik yang sama tak akan mampu membunuh bakteria tersebut pada waktu yang akan datang.
Apa yang boleh kita pelajari dari tindak balas bakteria ini. Artinya untuk terus bertahan hidup kita mestilah secara berterusan berubah dan membuat penyesuaian.Jika kita gagal maka kita akan ketinggalan. Contoh dalam bidang perniagaan kita mesti mencari strategi baru secara berterusan jika ingin terus bertahan. Jika dulu tiket penerbangan perlu dicetak dengan kos yang amat tinggi, malah di dalam tiket ada disebutkan berbagai syarat yang perlu dipatuhi oleh penumpang. Tapi kini hanya sehelai catitan maklumat dari komputer.Walaupun ringkas ianya sudah memadai untuk tujuan terbang menggunakan pesawat .Malah kita kita boleh membuat check in sendiri menggunakan mesin yang disediakan di airport tanpa perlu beratur panjang.Dalam hidup kitapun begitu juga. Kita mesti terus berubah sesuai dengan perkembangan semasa. Secara fisikal kita tak boleh menahan atau menghalangnya. Kulit yang dulu tegang akan menjadi kendur dan kerepot. Rambut yang dulu hitam akan jadi putih dan nipis walaupun ada yang mengecatnya supaya kelihatan hitam.Kulit kedut memang boleh ditegangkan dengan kepakaran plastic surgeon atau pakar aestetik. Tapi organ dalaman tetap akan menjadi tua walapun kulit luar kelihatan muda kerana diubahsuai. Yang paling penting adalah sikap kita yang perlu menyesuaikan diri mengikut keaadaan semasa. Macam mana kaya dan hebatpun kita destinasi akhir akan tetap sama. Satu hari yang entah bila kita akan dipanggil kembali oleh yang empunyai nyawa iaitu Allah swt
Wassalam

Thursday, March 25, 2010

Dah dua hari tak sempat nak menulis di blog kerana urusan resmi di Alor Setar.Saya berangkat ke sana dari KLIA jam 2 petang pada hari selasa dan penerbangan mengambil masa 45 menit. Penerbangan cukup lancar. Sampai di sana langsung dijemput oleh teman yang sedia menunggu. Kami di bawa langsung ke hotel Regency. Saya lihat hotel ini baru di perbaiki dan keadaan lobi dan bilik cukup selesa. Cuma tak ada disediakan air mineral jadi terpaksa memasak air sendiri. Yang istimewanya dalam bilik ada sterika. Saya rasa ianya memang istimewalah kerana benda ni amat diperlukan bagi semua penghuni hotel. Waktu saya di Jakarta dulu saya ada membawa sterika sendiri dan juga international adaptor.Malangnya tak boleh digunakan. Mahu tak mahu saya terpaksa pinjam sterika dari hotel. Yang melucukan bila saya hubungi petugas hotel dia kata, teman bapa yang datang semuanya minta sterika jagi bapa terpaksa tunggu giliran. Saya kata OKlah.Memang kami datang dalam rombongan yang besar melebihi 50 orang.Jadi pihak hotel memang tak bersedia dengan permintaan ini. Sebab itu saya kata hotel Regency ni istimewa kerana menyediakan sterika dalam setiap bilik. Benda ni walaupun nampak mudah tapi kesannya pada pelanggan amat besar dan memberi kesan yang amat positif kepada pelanggan.

Beberapa hari sebelum berangkat saya mula bercerita tentang bakteria dan antibiotik. Nyatanya bila sampai di Alor Setar saya pula yang diserang selsema dan batuk yang teruk diikuti oleh demam kuat. Maknanya bakteria mencari kesempatan di atas serangan virus selsema untuk menjangkiti saya. Memang malam tu saya lepak habis dan terpaksa menelan dua biji ubat demam. Keesokannya keadaan tak berubah dan saya terpaksa bergantung dengan ubat demam setiap lapan jam. Malam berikutnya teman membawa saya makan malam di Menara Alor Setar iaitu di restoran berpusing.Waktu pergi tu hujan turun selebat-lebatnya. Dahlah pula demam kena hujan pula , keadaan makin teruk. Batuk mulai kuat dan suara dah mulai parau. Makanan yang dihidangkan adalah steam boat. Memang soal makan ni saya kurang arif kerana memang tak minat makan malam di restoran atau di warung. Memang dari dulu macam tu dan saya lebih selesa makan di rumah. jadi memang asing sikitlah jika makan di luar ni. Oleh kerana hujan lebat cuma ada dua kumpulan yang makan di situ iaitu kumpulan kami dan satu lagi keluarga Melayu. Menurut keterangan pekerja di situ memang tempat tersebut jarang penuh. Satu pusingan mengambil masa 45 menit. Selain Menara Alor Setar ni restoran dengan konsep yang sama adalah di Menara Kuala Lumpur. Selesai makan lebih kurang jam 10 malam. Lepas tu saya langsung ke hospital ambil antibiotik kerana keadaan demam semakin teruk. Balik ke hotel langsung mandi dan makan antibiotik dengan ubat demam. Tidur pun hanya tidur-tidur ayam tak mampu tidur nyenyak. Bangun subuh keadaan terasa sehat sedikit.Lepas solat subuh langsung mandi dan kemudian turut untuk sarapan pagi. Jam 8.30 pagi teman datang menjemput dan langsung ke hospital untuk memulakan tugas gap analysis dalam rangka persiapan akreditasi. Walaupun keadaan badan tak begitu sedap saya gagahi juga kerana urusan penting yang perlu dilakukan.
Sampai jumpa besok. Wassalam

Monday, March 22, 2010

InsyaAllah petang besok saya akan terbang ke Alor Setar Kedah kerana ada tugasan resmi membuat accreditation gap analysis di salah sebuah hospital swasta di sana.Nampaknya rabu dan khamis tak sempatlah nak update blog ni.
Sejak tahun lepas memang dah rezeki nak merantau. Mulai bulan april 2009 saya ke Yemen kerana membuat odit bersama dengan beberapa orang teman di salah sebuah hospital universiti swasta di Sanaa. Pengalaman di sana memang meninggalkan kesan yang mendalam kerana keadaan di sana seperti berada dalam perang. Rakyatnya yang laki-laki sentiasa membawa gambia iaitu kerambit besar yang terselit dipinggang. Macam pahlawanan Melayu dahulu membawa keris dipinggang. Di beberapa tempat terutama hotel asing terdapat pengawal bersenjata bukan sekedar pistol tetapi senjata berat yang terpasang di atas jip mereka.Beberapa bulan selepas kami kembali , negara ini sudah terlibat kembali dengan perang saudara dan sekarang ini orang asing sulit untuk memasuki Sanaa. Jadi inilah kenangan yang amat mengesankan kerana di situ terletaknya replika kaabah ciptaan Abrahah yang di hancurkan Allah sewaktu cuba menakluki Mekah.
Lepas Sanaa saya berkesempatan berkunjung ke Dubai pada januari lalu, walaupun cuma dua malam tapi cukup memberi pengalaman berada di negara yang cuba menukar bandar Dubai menjadi serba moden. Cuma krisis ekonomi membantutkan sebentar usaha tersebut. Saya ke sana kerana membentangkan kertas kerja di Arab Healthcare conference.Rupanya kalau nak keliling dunia kenalah present paper. Sebelum itu pada bulan Oktober tahun lepas saya menghadiri ISQUA conference di Dublin. Dulu dah pernah saya catitkan secara mendalam tentang pengalaman di sana.Bulan februari tahun ni saya di Kota Bahru buat accreditation gap analysis, kemudian mesyuarat di Jakarta. Awal bulan tiga buat gap analysis lagi di Kajang. Cuma balik hari kerana dekat dengan Seremban.Bulan Mei nanti insyaAllah saya akan present dua paper management di Asia Build 2010 di Marina Bay Singapura. Sekarang dah nampak peluang tu dan insyaAllah akan cuba lagi mencari peluang membentangkan kertas kerja di serata dunia.Kita kena cari peluang ni kalau tidak konference akan dipenuhi oleh mat sallleh sahaja sebagai pembentang kertas kerja .Kita pun punyai banyak pengalaman dalam bidang kita masing -masing. Peluang sama dibuka untuk kita berkongsi maklumat dan pengalaman. Kalau mereka boleh present paper kitapun boleh juga.

Berbalik kepada cerita bakteria , jangkitan kuman ini berpunca dari beberapa sebab. Sebab utama adalah kerana tangan kita yang kotor. Secara mata kasar nampak tak ada apa-apa kotoran di tangan tetapi sebenarnya tangan kita penuh dengan berbagai macam bakteria. Sebab itu wajib bagi kita mencuci tangan sebelum makan. Kanak-kanak sering mendapat peneumonia kerana botol susu yang tak bersih , apa lagi jika ditinggalkan untuk dijaga oleh orang lain.Faktor ramai kanak-kanak yang dijaga kadangkala mereka tak sempat nak memberi perhatian kepada kebersihan ini. Juga mungkin kanak-kanak suka menghisap tangan mereka yang kotor tu atau memakan apa saja yang ada ditangan mereka.Banyak biaya yang telah dikeluarkan untuk mengubatai masalah pneumonia ni.

Punca lain adalah kerana bakteria mencari kesempatan bila ada serangan virus. Influenza contohnya bila menyerang akan menyebabkan immun sistem kita turun mendadak dan pada masa itulah bakteria mencari kesempatan berkembang biak sehingga boleh menyebabkan pneumonia.Bila dahak banyak dan tak dibuang maka tempat itu menjadi tempat membiaknya bakteria. Sebab lain tentunya kerana luka pada kulit atau bahagian tubuh yang lain. Jadi bakteria memasuki darah dan menyebabkan terjadinya jangkitan. Jika bakteria berada di dalam darah maka ianya disebut bakterimea tetapi bila bakteria mengeluarkan toksin yang meracuni darah maka disebut septicaemia. Yang bahaya dan boleh menyebabkan kematian adalah septicaemia. Contoh terbaru adalah serangan H1N1 yang telah meragut banyak nyawa.Virus melumpuhkan fungsi paru-paru dan bakteriapula mencari kesempatan meracuni darah sehingga jantung gagal berfungsi dan meyebabkan kematian.
Wassalam

Sunday, March 21, 2010

Malam tadi ada forum di mesjid Senawang sempena sambutan maulid nabi.Walaupun dah agak lewat tapi acara tersebut memang tepat pada masnya. Sambutan masyarakat amat memberangsangkan.Jarang saya dapat lihat mesjid penuh begitu. Saya pun kebetulan ke mesjid lepas magrib. Biasanya saya akan berada di surau dekat rumah antara magrib dengan isya tetapi entah macam mana hati saya tergerak pula nak ke mesjid selepas solat magrib di surau. Bila saya sampai saya jadi hairan juga kerana orang cukup ramai dan ini diluar kebiasaan.Biasanya kalau solat fardu paling ramai dua saf tapi malam tadi mesjid penuh. Selepas solat sunat maslis dimulakan dengan menjemput tiga orang ustazang cukup ada nama di daerah ini. Pengerusi juga bukan calang orang, imam mesjid itu sendiri yang merupakan pesara hakim mahkamah tinggi. Saya rasa inilah faktor yang menarik orang untuk datang mendengar forum. Intinya tentu tentang kecintaan kepada Rasulullah. Tak sempurna iman jika hanya mencintai Allah tapi tak mencintai Rasul. Persoalan kita adalah bagaimana menjadikan Rasul sebagi idola dalam semua aspek kehidupan kita. Kadang kala masyarkat hanya ingin mencontohi Rasul dalam hal ibadah khusus sahaja. Mungkin mereka keliru bila membicarakan tentang inovasi, kreativiti dan pengurusan perniagaan. Yang dijadikan idola adalah management guru dari barat sedangkan Rasul telah lama menunjukkan contoh kepada kita.

Sebagai contoh kila lihat kehebatan idea Salman al farisi yang mencadangkan kepada Rasulullah untuk menggali parit besar sebagi benteng melindungi Madinah dari serangan musuh dalam perang HANDAK. Waktu itu teknologi sedemikian belum pernah diperkenalkan dan beliaulah orang yang pertama yang memperkenalkan teknik tersebut sebagai strategi perang.

Sewaktu Rasulullah mula memasuki Madinah orang yahudi mengusai seluruh bekalan air di Madinah. Strategi yang di atur oleh Rasulullah adalah memerintahkan Abdul Rahman bin Auf untuk membeli sebuah perigi dari orang yahudi. Pada mulanya tak ada seorangpun yahudi yang mahu menjual telaga airnya tetapi setelah lama berusaha akhirnya Abdul Rahman berjaya mendapatkan sebuah perigi yang amat diperlukan oleh orang islam untuk memecah monopoli orang yahudi. Berkat dari kepandaian Abdul Rahman satu demi satu telaga orang yahudi jatuh kepada orang islam dan hancurlah monopoli yang sudah lama dikuasai oleh orang yahudi. Ini bukti tentang kehebatan perancangan Rasulullah.

Dalam perang juga orang islam yang mula memperkenalkan lontaran bola api untuk memecah tembok pertahanan musuh dan banyak lagi teknologi perang yang di atur oleh Rasulullah.

Sekarang ini faktor yang sangat penting dalam mana-mana strategi yang diperkenalkan oleh guru barat adalah tentang integrity sehingga ditubuhkan institut integriti. Dlam Islam nilai ini adalah nilai asas dalam semua tindakan kita. Integriti yang paling utama adalah walak kita kepada Allah Subhanahu Wataala.Sebab itu dalam semua perbuatan niat kita adalah kerana Allah. Ini nilai asas yang sepatutnya difahami oleh seluruh orang islam. Jadi tak ada perlunya membentuk suatu institut integriti jika semua orang Islam memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip ini. Tapi oleh kerana nilai ini telah luntur maka perlu diwar warkan secara berterusan.

Kesimpulannya forum, jika kita mencintai Rasul maka lakukanlah semua yang disuruh dan tinggalkan semua yang dilarang. Bunyinya senang tapi kenyataannya susah untuk dilaksanakan kecuali oleh orang-orang yang beriman dan meyakini akan menghadap Yang Maha Esa diakhirat nanti.

Saturday, March 20, 2010

Antibiotik artinya ubat untuk membunuh bakteria. Bila bakteria menjadi patogen dalam badan maka badan secara otomatik akan melepaskan antibody. Bila antibody tidak mampu melawan asakan bakteria maka terjadi reaksi tindak balas dengan symptom demam yang kuat ,diikuti sakit kepala dan symptom yang lain. Symptom ini akan menyebabkan seseorang bertindak berjumpa dengan doktor untuk mencari penyembuhnya. Dalam badan manusi terdapat berbagai antibodi seperti sel darah putih, Immunoglobulin,mass cell, T helpher dan berbagai lagi. Yang pasti bila ada jangkitan bakteria maka kadar sel darah putih akan naik tinggi melebihi paras normal. Pengubatan jangkitan bakteria adalah dengan memberikan antibiotik. Biasanya pada peringkat permulaan doktor akan memberikan antibiotik mengikut kesesuaian berdasarkan pengalaman mereka. Rawatan seperti ini disebut imperative treatment yaitu memberikan antibiotik berdasarkan andaian sahaja. Jika rawatan ini tidak berkesan barulah doktor akan melakukan culture sensitiviti untuk mengenal secara pasti jenis bakteria yang menjangkiti pesakit dan jenis antibiotik yang sensitif terhadap bakteria tersebut.

Antibiotik akan mengambil masa antara lima hingga tujuh hari untuk memberikan kesan yang efektif membunuh sesuatu bakteria yang menjangkiti manusia. Biasanya pada hari ketiga pesakit mulai merasa lega dan sehat kerana sebahagian dari bakteria telah dibunuh. Jika dihentikan maka bakteria tadi mungkin membiak kembali dan jika sering terjadi begini maka bakteria kan menjadi tahan kepada antibiotik yang diberikan. Keadaan ini disebut resistant.Jika terjadi resistant maka antibiotik lain perlu digunakan kerana antibiotik tadi sudah tidak mampu lagi bertindak membunuh bakteria tersebut.

Sekarang sedang diadakan kempen mengurangkan pengambilan gula. Slogan yang digunakan adalah satu sudu gula sudah mencukupi, kalau kurang lebih baik. Berapa banyak gula yang kita makan setiap hari kadangkala kita sendiripun tak pasti. Yang kita tahu adalah berapa banyak gula yang kita tambahkan ke dalam minuman teh atau kopi yang kita minum setiap hari. Selebihnya kita tak perasan kerana gula sekarang ini terdapat dalam banyak jenis makanan. Dalam nasipun ada gula kerana nasi adalah sumber karbohidrat. Dalam badan ia akan bertukar menjadi gula. Dalam rotipun karbohidrat, dalam mi gorengpun sama. Dalam keledek pun ada. Apa lagi lauk pauk sekarang inipun ditambah gula untuk menyedapkannya. Di negeri Kelantan lebih banyak lagi gula yang digunakan. Kuah roti canaipun manis malah ada yang mencecah roti canai dengan gula pasir. Apa lagilah kueh mueh yang kita makan serta minuman tin yang kita minum.
Rakyat negara ini memang suka sangat minum minuman dalam tin terutama yang bergas. Sewaktu saya menaiki penerbangan balik ke KL dari Jakarta baru-baru ini ramai sungguh penumpang yang meminta minuman bergas yang mempunyai kalori yang sangat tinggi.Ya ianya dah menjadi sebahagian dari minuman harian kita. Sebab itu jumlah penduduk yang gemuk semakin bertambah dan jumlah penderita diabetes juga semakin meningkat dari hari ke hari.

Dua hari yang lepas saya ke kedai mamak kerana nak makan roti canai. Sebaik saja saya duduk datang seorang pelayan restoran dan bila saya minta minuman dan makanan dia macam blank saja.Saya ulang beberapa kali tapi dia masih kelihatan bengang. Kebetulan pada waktu itu lalu sesorang lagi pelayan lain , langsung dia yang mengambil pesanan. Dia kata pelayan tadi tu baru datang dari India ,belum faham bahasa Melayu.Kita memang tak dapat nak beza kerana muka mereka sama. Sangkakan rakyat tempatan rupanya baru datang dari India. Di kedai gunting rambutpun sama .Saya dah beberapa kali masuk ke kadai gunting dan setiap kali saya akan tanya dari mana. Dia akan jawab dari India. Setiap bulan tukang gunting ni akan bertukar dan kesemuanya berasal dari India.

Wassalam

Thursday, March 18, 2010

Dalam hidup ni banyak benda yang kita tak nampak dengan mata kasar.Tentu ada hikmahnya Allah tidak memberi kita penglihatan ni. Bayangkan kalau kita boleh nampak semuanya itu.Tentu kita tak akan bisa melalui hidup ini dengan tenang. Masyarakat Melayu amat mempercayai hantu jembalang lebih-lebih lagi sekarang ini banyak sangat filem kita yang menceritakan tentang hantu jembalang ini. Sejak dari kecil kita dah dipupuk dengan kepercayaan ini. Kalaulah kita nampak jin dan syaitan ini macam mana kita nak menjalanai kehidupan ini.
Saya tidak bermaksud untuk menyentuh panjang lebar tentang makhluk halus ini.. Yang ingin saya bicarakan pada kali ini adalah tentang makhluk halus bernama bakteria. Mahluk inipun tak dapat dilihat secara mata kasar tapi boleh dilihat menggunakan mikroskop. Bakteria ini terdapat dibadan kita, dalam mulut kita, dalam usus kita, di sekitar kita dan di mana saja. Dalam usus kita bakteria ini membantu mencernakan pemakanan kita . Yang paling sering ditemui adalah E. Coli yang keluar melalui najis kita, tapi bila dia masuk kembali melalui mulut kita maka ia mungkin boleh mendatangkan keracunan .
Di kulit kita juga terdapat banyak bakteria. Oleh itu cara termudah untuk menghilangkannya adalah dengan cara mencuci tangan sebelum kita makan, minum atau selepas melakukan kerja yang boleh mengotori tangan kita.

Bakteria ini dibahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan gram stain iaitu suatu teknik untuk mengkategorikan bakteria ini. Pada umumnya bakteria terbahagi kepada gram positif dan gram negatif. Kemudian dibahagia lagi menjadi aerobic dan anaerobic. Aerobic artinya memerlukan oksigen untuk hidup dan anaerobic tidak memerlukan oksigen untuk hidup. Yang paling banyak adalah golongan aerobic ini.

Bakteria yang ada dalam badan atau tubuh manusia disebut normal flora. Tapi jika menjangkiti manusia disebut patogen.Jika manusia dijangkiti olah bakteria yang terdapat dalam masyarakat maka ianya disebut community acquired infection. Jika jangkitan terjadi bila dimasukkan ke hospital maka disebut hospital acquired infection.

Beberap bulan lepas ada dilaporkan tentang statistik yang amat mengejutkan kita. Hampir 80% masyarakat kita tidak mencuci tangan setelah keluar dari tandas. Dalam tandas penuh dengan bakteria kerana tandas memang tempatnya untuk membuang kotoran.Jika tangan kita tercemar maka kita akan dijangkiti oleh kuman bila kita makan sesuatu. Bila kita memegang sesuatu maka temapat yang kita pegang juga akan dijangkiti oleh bakteria. Bayangkan bila kita memandu kereta maka stering kereta akan tercemar oleh bakteria. Bila orang lain menggunakan kereta kita maka tangan dia pula akan tercemar oleh bakteria yang ada pada stering kereta berkenaan. Dengan cara ini bakteria dapat berkembang biak.
Mari kita renungkan keperluan mengambil wuduk sebelum mengerjakan solat. Jadi paling kurang lima kali sehari kita sudah membersihkan diri. Mereka yang tidak solat tak akan ada kesempatan untuk membersihkan dirinya.
Sampai jumpa lagi
Wassalam

Wednesday, March 17, 2010

Keputusan yang cemerlang dalam peeriksaan universiti amat penting untuk memudahkan siswazah bersaing bagi mendapatkan pekerjaan yang sesuai.Perkara ini amat penting untuk menyambung di peringkat sarjana atau bekerja dengan syarikat ternama terutama milik pelabur asing. Mereka tentu melihat calon yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang sebagai pilihan utama.
Bila dah bekerja banyak faktor lain yang akan menentukan perkembangan kerjaya seseorang. Antara faktor-faktor penentu adalah:
-sikap
-hubungan dengan pihak atasan, rakan sejawat dan pihak bawahan
-disiplin diri
-sikap tolak ansur dengan berbagai pihak
-kesanggupan menerima tekanan kerja
-sikap tak mudah berputus asa
-motivasi diri yang sentiasa tinggi
-sikap sedia membantu tanpa disuruh
-penglibatan dalam setiap aktiviti organisasi
-keyakinan diri yang tinggi

Faktor-faktor diatas akan menentukan perkembangan kerja seseorang pekerja. Mereka yang mementingkan diri, selalu menganggap diri mereka sahaja yang betul dan sentiasa melemparkan kesalahan pada orang lain akan menghadapi berbagai masalah terutama dengan pihak atasan dan rakan sejawat.
Satu lagi sikap yang amat negatif adalah amat berkira dengan kerja yang diberikan.Mereka yang bersikap begini akan dipulau olah rakan sejawat. Saya banyak melihat pekerja yang sebegini tidak akan bertahan lama dan akhirnya terpaksa mengundur diri bila dipencilkan oleh rakan sejawat. Mereka yang selalu mengeluh juga akan menghadapi masalah untuk meneruskan sesuatu kerjaya.

Sikap yang paling penting adalah menyukai kerja yang sedang dilakukan dan bukannya hanya melakukan apa yang kita suka. Jika kita menyukai kerja yang dilakukan maka kita akan melakukannya dengan cara yang terbaik. Jika kita tidak suka maka kita akan sentiasa mencari berbagai alasan dan sentiasa berharap untuk mendapatkan kerja yang lain yang kita anggap akan memberikan kebaikan kepada kita. Jika begini sikap kita sampai bila akan terus mengeluh dan mencari pekerjaan baru. Mereka yang bersikap seperti ini akhirnya akan sampai pada satu tahap tidak lagi akan bekerja kerana merasa semua kerja tak sesuai dengan dirinya.

Sikap positif dan sabar amat penting untuk mendaki kerja ketahap yang lebih tinggi.Rezeki tak dapat kita tentukan bila ianya akan datang. Kalau kita sentiasa positif maka Allah pasti akan memberi kita balasan yang terbaik bila sampai waktunya. Sikap seperti ini disebut sikap bersyukur. Jika sentiasa mengeluh maka sikap yang seperti ini akan membawa kesan buruk pada kita dan keluarga kita.

Orang yang selalu melompat kerja tidak akan dapat membina kerjaya. Memang ada segolongan pekerja yang berjaya mendaki ke tangga yang lebih tinggi bila dia sentiasa melompat. Saya pernah berjumpa dengan seorang pengurus bank yang mengatakan jika ingin cepat naik maka perlu melompat kerja setiap empat hingga lima tahun. Sayapun tak pasti berapa ramai yang berjaya melakukannya. Kita kena ingat setiap kali kita melompat kerja maka kita terpaksa menghadapi suasana kerja yang baru dan menanggung risiko yang tinggi. Jika berjaya menyesuaikan diri maka kita akan mendapat apa yang kita inginkan tetapi seandainya gagal menyesuaikan diri mungkin kita akan menyesal. Jadi perlu difikirkan dan diteliti secara matang sebelum membuat sebarang keputusan.Keputusan mesti kita yang tentukan bukan terikut orang lain. Peduli apalah orang nak kata apa. Kalau kita yakin maka lakukanlah kerana kita yang akan menanggung risikonya. Tapi perlu ada persiapan rapi sebelum membuat keputusan.

Wassalam

Tuesday, March 16, 2010

Demam badminton masih berlangsung.Kejayaan Chong Wei menjuarai all England memang sangat dibanggakan sehinggakan ketua negara sendiri mengucapkan tahniah. Memang wajar kita meraikan kemenangan ini kerana kejayaan ini bersempena sambutan ulangtahun ke 100 piala ini dipertandingkan. Kalai terakhir Malaysia memenanginya ialah pada tahun 2003 yang dimenangi oleh Hafiz Hashim. Sukan badminton memang sudah menjadi sukan rakyat dinegara ini.Saya turut menyaksikan melalui kaca TV perlawanan akhir tersebut. Memang sesak nafas dibuatnya menyaksikan bagaimana tentangan hebat yang diberikan oleh pemain Jepuan K.Tigo. Cara beliau melawan cukup luar biasa apa lagi melihat wajahnya yang bersahaja. Boleh semput kita dibuatnya. Yang pasti kita dah menang dan sedang meraikan kejayaan tersebut. Sekarang sukan dah menjadi suatu profesi yang mendatangkan pendapatan yang cukup lumayan. Lihat sahaja kekayaan yang dimiliki oleh Tigerwood, pemain-pemain bolasepak Eropah, pemain-pemain tenis, petinju-petinju peringkat dunia dan sebagainya. Mereka mempunyai kekayaan melimpah ruah.Sukan hari ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental, disamping disiplin yang tinggi menjaga pemakanan ,stamina dan tingkah laku. Sikap konsisten sangat penting terutama kepatuhan pemain terhadap tunjuk ajar jurulatih. Lihat saja bagaimana akrabnya hubungan Chong Wei dengan Misbun Sidek.Sebab itu beliau berjaya keperingkat dunia.

Beberapa hari yang lepas ada berita tentang 10 orang bekas juara sukan sudah menjadi bankrupt. Yang ramai adalah bekas juara tinju peringkat dunia. Puncanya kerana sikap berjoli dan gagal menguruskan kekayaan yang melimpah ruah. Dulu waktu masih aktif bersukan pendapatan terus mengalir tetapi kerana gagal menguruskan kewangan tersebut kini mereka berstatus muflis. Dalam keadaan usia yang semakin tua mereka akan melalui kehidupan ini dengan suasana yang muram dan kini memerlukan bantuan dari orang lain. Sebab itu dalam satu hadis nabi ada disebutkan gunakan waktu kaya mu sebelum datang waktu papa mu.Bila dah papa sudah terliwat dah untuk membetulkan kesilapan masa lampau.

Pagi tadi sewaktu joging saya nampak cukup ramai orang yang makan minum di salah sebuah kedai makanan segera. Pastinya yang dipesan sama ada burger, ayam goreng, kendang goreng dengan minuman bergas. Mungkin kerana sekarang musim cuti sekolah sebab itu cukup ramai pelanggan. Se pinggan makanan tersebut kalorinya melebih 600 Kcal dan memerlukan jogging 1 jam untuk melupuskannya.Jadi lepas makan mereka perlu berjogging 1 jam untuk membakar kalori tersebut. Berapa ramai yang akan melakukannya. Biasanya kerana waktu masih pagi kebanyakan dari mereka bila sampai dirumah akan langsung sambung tidur. Jadi kalori yang begitu banyak akan terus disimpan oleh badan.Akibatnya badan akan terus mengembang dan bila dibiarkan begini penyakit akan mudah datang. Obesity sudah menjadi masalah dunia. Orang dewasa yang menghadapi masalah obesity melebihi 40% dan penyakit utama yanag akan datang adalah diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung. Sebab itu sekarang ini umur tak sampai 40 tahun dah mendapat serangan jantung dan stroke.Sebab itu kesihatan kita bergantung kepada sikap dan aktiviti kita seharian
Wassalam

Monday, March 15, 2010

Sekarang masih demam keputusan peperiksaan SPM.Tahun ni yang paling banyak adalah 15A kerana peraturan dari Kementerian Pelajaran yang membatasi jumlah mata pelajaran yang boleh diambil. Mulai tahun ini juga ada gred A+ .
Dalam rancangan TV ada pakar motivasi yang menyebutkan bahawa keputusan SPM walaupun semuanya A tidak menjamin masa depan.Katanya yang menentukan masa depan adalah kecemerlangan di Universiti kerana pra syarat untuk memasuki bidang pekerjaan adalah keputusan yang baik sewaktu di universiti. Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Jadi janganlah kita berhabis sakan hanya untuk membiayai persekolahan anak kita di peringkat rendah sedangkan untuk memilih kursus yang sesuai diperingkat universiti kita tak sanggup mengeluarkan biaya. Contohnya jika anak kita minat untuk mengambil bidang perubatan tetapi dia gagal mendapatkan tempat di IPTA kerana persaingan ketat, apakah kita sanggup mengeluarkan belanja untuk menghantarnya ke universiti swasta. Sanggupkah kita membuat pinjaman peribadi pada bank atau menggadaikan harta kita. Berapa ramai yang sanggup berbuat demikian. Jika tidak kita terpaksa menerima apa sahaja kursus yang ditawarkan oleh salah satu universiti tempatan. Akibatnya anak kita yang akan menjadi mangsa kerana terpaksa mengambil kursus yang tidak diminatinya.Kekosongan di IPTA memang ada tetapi ada kalanya kursus yang ditawarkan tidak sesuai dengan minat anak kita.

Ada ibubapa yang berhabis sakan menghantar anak mereka ke TADIKA yang berjenama sehingga terpaksa berbelanja besar setiap bulan. Ada tadika yang mengenakan bayaran bulanan lebih dari RM 300 hanya untuk pendidikan asas. Jadi berapa banyak belanja yang perlu kita keluarkan selama mereka berada di tadika. Setelah selesai tadika apakah kita akan memasukkannya di sekolah yang mahal di peringkat sekolah rendah, kemudian peringkat menengah. Lepas tu berapa pula belanja yang terpaksa dikeluarkan sampai mereka selesai peringkat SPM. Selepas SPM nak kemana mereka nanti. Kalau kita masih mampu memilih kursus yang mereka inginkan diperingkat universiti tak mengapalah. Saya rasa eloklah kita menyimpan wang yang mencukupi untuk mempastikan anak-anak kita mengikuti kursus yang mereka minati apabila mereka memasuki universiti nanti. Inilah yang telah saya laksanakan sehingga sanggup berbelanja menghantar anak-anak saya mengikuti kursus yang mereka minati diperingkat universiti kerana pendidikan universiti akan menentukan masa depan mereka.

Demam kenduri kahwin juga sedang berlangsung sekarang ini. Besar kecil kenduri tergantung kemampuan. Besar ke , kecil ke nikah tetap berlangsung. Jangan berhabis sakan hanya kerana takut nanti apa orang kata. Pedulikanlah apa orang nak kata. Memang dah jadi adat manusia, buat mewahpun mereka kata, buat kecilpun mereka akan kata. Jadi ikut kemampuan kita dan jangan memaksa diri. Yang lebih penting adalah apa nak jadi selepas kahwin. Mampukah rumahtangga yang dibina berjalan lancar dan membahagiakan kita. Atau lepas satu dua tahun kahwin dah mula berantakan. Dah banyak kita dengar dan kita lihat bahtera berkecai tak sampai dua tahun. Dulu waktu bercinta bukan main lagi macam laila majnun . Kononya merekalah pasangan yang ideal, dah tak nampakdah dunia lain kerana dimabuk cinta. Bila dah kahwin tiba-tiba tersedar yang semua itu hanyalah hayalan.
Bagi yang nak kahwin selamat memasuki fasa baru ,mudah-mudahan yang diidam dan dicita akan berkekalan.
Wassalam

Sunday, March 14, 2010

Hari jumaat yang lepas saya memberi ceramah kerjaya kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di Ampangan Seremban. Jumlah pelajar yang hadir melebihi 150 orang yang merupakan pelajar-pelajar sains.Ada jugalah beberapa orang guru yang ikut serta. Ceramah saya adalah mengenai kerjaya dalam bidang perubatan, farmasi, pergigian, kejururawatan, radiologi dan fisioterapi. Kesemuanya adalah pekerjaan yang terdapat di hospital tetapi kalau dikembangkan boleh diceburi dalam banyak bidang yang lain.Dewan ceramah cukup baik ,dilengkapi dengan penyaman udara. Jadi tumpuan para pelajar lebih baik dan saya perhatikan tak ada seorangpun yang tidur. Ini menunjukkan mereka cukup berminat. Mudah-mudahan maklumat yang saya sampaikan boleh mendorong para pelajar memilih salah satu dari bidang tersebut. Beberapa hari yang lepas kementerian kesihatan telah bersetuju untuk mempercepat kenaikan pangkat pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi. Tentunya ini akan memberi dorongan yang lebih baik kepada anak-anak kita untuk menceburinya. Saat ini kita masih mengimpot para doktor dan doktor gigi dari luar negeri seperti Mesir, India, Indonesia , Myanmar dan sebagainya. Kalau di Sabah dan Sarawak lebih lagilah tak cukup bilangan mereka yang bertugas di hospital-hospital kerajaan.

Di negara kita tempat yang disediakan untuk mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi amat terbatas. Kalau nak masuk mestilah mendapat 4 flat dalam matrikulasi atau STPM. Artinya semua mata pelajaran mendapat gred A. Kalau mendapat 2 A dan 1 B maka tak ada peluang nak masuk IPTA. Nak masuk IPTS tu boleh tetapi belanjanya besar dan tak ramai yang mampu. Saya mendapat maklumat jika ingin mengikuti kursus perubatan di IPTS kosnya melebihi RM 300,000. Dalam bidang farmasi pula melebihi RM 150,000. Jadi ramailah ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke Indonesia, Rusia, Ukraine dan Mesar. Di Indonesia bidang perubatan antara RM 175,000 hingga RM 190,000. Dalam bidang Farmasi antara RM 75,000 hingga RM 90,000. Cuma nak masuk perlu melalui agaen dan mesti lulus ujian yang dikendalikan oleh universiti berkenaan. Tempat ujian dijalankan di Malaysia .

Pada tahun pertama sahaja perlu dikeluarkan biaya RM 80,000 untuk dibayar melalui agen bagi kursus perubatan dan bagi farmasi RM 50,000. Pembayaran ini adalah untuk yuran, imigresen, tiket kapalterbang dan upah agen. Nak pergi sendiri tak mungkin dibenarkan.

Jadi berapa ramai diantara kita yang mampu. Yuran tersebut hanya untuk yuran pengajian tak termasuk sewa rumah, buku ,peralatan dan makan minum. Sewa rumah hanya disedikan oleh agen untuk tahun pertama sahaja. Sanggupkah kita meminjam dari bank, menjual harta atau menggadaikan rumah. Atau mengeluarkan EPF kita. Kalau nak keluarkan EPF perlu bayar dahulu dan setelah itu buat tuntutan kemudian.

20 tahun yang lalu ada teman saya yang sanggup menggadaikan rumahnya untuk menghantar anak perempuannya ke India bagi mengikuti kursus perubatan dan kini anaknya sudah menjadi doktor pakar. Nasib baik jadi, bagaimana kalau terkandas tengah jalan. Anak tak jadi dan rumah pula tergadai. Inilah risiko yang perlu diambil oleh ibubapa. Berapa ramai yang sanggup?

InsyaAllah malam ni saya akan memberikan ceramah yang saya di sekolah menengah berasrama penuh di kuala pilah. Walaupun waktu rehat saya sanggup untuk menyampaikan ilmu ini , mudah-mudahan menjadi amal jariah bagi saya.
Wassalam

Thursday, March 11, 2010

Jam 7.30 pagi saya berangkat lagi ke Kajang untuk meneruskan kerja pada hari yang kedua. Saya ke sana seramai tiga orang. Tugas yang perlu dilakukan adalah "gap analysis" dalam rangka persiapan untuk akreditasi hospital swasta. Jika di Melayukan maka gap analysis akan menjadi analisa jenjang.Memang pelik bunyinya kerana kita tak terbiasa dengan perkataan ini. Yang biasa kita dengar adalah gap analysis dan kita cukup bangga untuk menggunakannya. Cubalah kita perhatikan bila orang kita bercakap. Pada umumnya menggunakan bahasa rojak. Bahasa Inggeris sekerat bahasa Melayu sekerat. Jadi lintang pukang. Paling kurangpun mereka akan menggunakan perkataan so untuk memulakan bicara. Adakalanya orang asing boleh berbahasa Melayu dengan bahasa yang lebih baik. Lihat saja anak Melayu dapat 8 dalam SPM bagi bahasa Melayu tapi anak bukan Melayu dapat 1 A. Ini fenomina yang sedang berlaku.Nak buat macam mana.

Bila kita melakukan odit bagi sesuatu perkhidmatan kita akan berkongsi ilmu. Disamping menyampaikan maklumat dan saranan kita juga menimba ilmu baru. Proses interaksi ini sangat membantu memperkaya pengetahuan kita.Dua minggu lagi saya dan pasukan saya akan berada di Kedah untuk tugas yang sama.

Saya merasa amat berbahagia bila dapat berkongsi ilmu dengan orang lain dan merasa amat dihargai. Saidina Ali pernah berkata sesiapa yang mengajarkan kepada aku satu perkataan maka dialah guru aku. Suami adalah guru kepada isteri dan anak-anak. Isteri adalah guru kepada suami dan anak-anak. Ketua jabatan adalah guru kepada para pekerja dibawah jagaannya. Dan anggota pekerja biasa juga boleh menjadi guru kepada ketuanya. Ingat tak tentang penciptaan lift diluar bangunan. Idea ini dicadangkan oleh seorang tukang kebun dan sekarang lihatlah berapa banyak bangunan yang menggunakan lift jenis ini.

Pagi besok saya akan memberikan ceramah kerjaya di salah sebuah sekolah menengah di Seremban. Malam Isnin nanti saya akan menunaikan hajat murid-murid disalah sebuah sekolah menengah berasrama penuh. Ceramah saya adalah mengenai kerjaya dalam bidang perubatan. Maklumat lengkap tentang profesi ini amat penting bagi anak-anak kita supaya mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum membuat sebarang pilihan. Saya tak mendapat apa-apa bayaran tetapi sebagai amal jariah saya .Bagi syarikat saya pulanya ianya dimasukkan kedalam program Tanggungjawab sosial korporat atau dalam bahasa yang lebih biasa kita dengar sebagai CSR.

Marilah kita menginfakkan ilmu kerana pahalanya akan terus mengalirkan sampai ke hari kiamat .

Wassalam

Wednesday, March 10, 2010

Pagi tadi tepat jam 7.30 pagi saya bersama team berangkat ke Kajang kerana ada urusan resmi.Sebelum jam 8.30 pagi kami dah sampai dan langsung minum teh tarik bersama roti canai kosong di kedai mamak.Sedap juga rotinya. Roti canai dan teh tarik dah jadi makanan resmi waktu pagi.Kalau tak tentunya nasi lemak jadi pilihan.Sewaktu saya berada di London tahun 1997 saya amat terkejut kerana tak ada susu pekat manis seperti yang kita minum.Yang ada cuma susu tepung.Bila saya tanya tuan punya hotel dia jadi hairan tapi berjanji akan cuba mendapatkannya untuk saya. Lepas tiga hari dia dapat membeli satu tin suku pekat manis khusus untuk saya.Wow memang hebat tuan punya hotel ini.Saya tak ingat nama hotel tersebut kerana dah terlalu lama tapi hotel tersebut terletak di bandar Bournmounth.Memang hebat mat saleh tentang hospitaliti ni.Bila dia janji dia tunaikan kerana menghormati tetamu yang tinggal di hotel dia.Saya ingat peristiwa ni sampai bila-bila InsyaAllah.Kita pula macam mana sanggupkah berbuat demikian terhadap tetamu kita?

Roti canaipun hanya ada di Malaysia. Di India cuma ada roti capati tapi bila sampai sini jadi roti canai.Teh tarik pun macam tu, produk Malaysia asli.Sirap Bandung tak ada di Bandung tetapi ada di Malaysia. Tanyalah orang Bandung kalau dia tahu.Tapi yang dah pernah berkunjung ke Malaysia tentu mereka tahu.

Yang istimewanya Kajang ni adalah sate kajang. Kalau ke Kajang tak makan sate kajang tak sahlah.Jadi kena makan juga walau sedikit. Kalau Negeri Sembilan terkenal dengan masakan lemak cili padi, rendang daging, masakan daging salai bercampur daun maman dan yang paling istimewa sambal tempoyak. Ini makanan istimewa NS.

Oleh kerana ubat menghilangkan sakit banyak menimbulkan masalah pada saluran percernaan kita maka pengeluar ubat ini telah memperbagai cara untuk memberikan ubat tersebut.Jika ingin mendapatkan kesan yang segera maka diberikan dalam bentuk injeksyen.Tapi kena pergi ke klinik atau hospital baru boleh diberikan ubat yang sebegini. Satu lagi ubat sejenis ini adalah dalam bentuk plaster atau koyok. Plaster berubat ini ditampal di tempat yang sakit dan secara perlahan-lahan ubat akan menyerap masuk ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam otot yang sakit. Mungkin sebahagian kecil akan masuk ke dalam saluran darah .Jadi ubat tak perlu masuk ke dalam saluran pencernaan manusia dan kesan sakit gastrik boleh dielakkan.
Jumpa lagi , wassalam

Monday, March 8, 2010

Hari ni saya ambil cuti kerana ada urusan di Ampang.Jam 7.45 pagi saya sampai di tol Sg.Besi.Lepas saja tol wah sesaknya jalan sangat luar biasa.Kereta berkilometer panjangnya, jem gila. Nak bergerak dari tol ke simpang Cheras Kuantan mengambil masa 30 menit. Kalau keaadaan biasa cuma 5 menit saja. lepas tu jalan lancar tapi masuk saja Pandan Indah jem lagi tapi tak seteruk di tol Sg Besi. Macam nilah keadaan di KL.Mungkin hari-hari macam tu.Sebab itu kalau ada meeting di KL saya akan pastikan sampai di tol Sg.Besi sebelum pukul tujuh pagi jika tidak seperti apa yang saya alami.Orang KL dah jadi asam garam hidup mereka macam tu.Tempat yang sesak memang lepas tol SG Besi.Dalam bahasa Inggeris disebut bottle neck tapi bila diterjemahkan kedalam bahasa kita agak pelik bunyinya.Apa kah kita nak sebut leher botol, kan cukup lucu bunyi tu. Inilah akibatnya kalau semua nak guna bahasa asing hinggakan istilah dalam bahasa sendripun tak jumpa.Macam mana nak terjemah Tigerwood. Apakah kayu harimau atau harimau kayu.Entahlah.Yang pasti semua orang akan sebut Tigerwood.

Ubat yang paling sering digunakan adalah ubat untuk menghilangkan sakit kepada dan demam.Dalam bahasa saintifik disebut analgesic dan antipyretic. Analgesic untuk menghilangkan sakit dan antipyretic untuk menghilangkan demam.Itupun jika demam tak disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.
Ubat yang sebegini boleh dibeli secara bebas di mana-mana kedai termasuk di kedai runcit.Kitapun boleh makan ikut suka kita.Tapi ingat akan bahaya yang menunggu.Prinsip asas adalah jangan makan sebarang ubat kecuali kita faham apa yang nak dimakan dan apa gunanya.Setiap ubat ada kesan sampingan jika dimakan tak mengikut arahan orang yang profesional seperti doktor atau ahli farmasi.Ubat sakit kepala contohnya boleh menyebabkan perut kita luka jika dimakan berterusan.Dalam bahasa saintifik disebut gastritis pada peringkat permulaan diikuti oleh ulser jika dah luka.Contoh ubat yang begini adalah aspirin.Ubat paracetamol pula jika dimakan berterusan dan secara berlebihan akan merosakkan hati kita.Dalam istilah saintifik di sebut liver cirrhosis.
Jadi hati-hati jangan ikut dan walaupun boleh dibeli dimana sahaja dan boleh dimakan bila kita suka. Kalau sekali dua sakit kepala bolehlah makan ubat tersebut tetapi jika sakit dah berterusan elok jumpa doktor.Sakit kepala boleh pberpunca dari berbagai sebab. Contohnya:
-kepenatan
-stress
-darah tinggi
-migrain
-demam
-denggi
-jangkitan kuman bakteria
-kanser otak
dan macam macam lagi.Oleh itu jangan ambil mudah.Jumpalah doktor. Jika ada kemampuan dari segi kewangan elok ke hospital pakar dan lebih baik hospital pakar yang sudah terakreditasi. Jangan biarkan penyakit merebak.

Wassalam

Sunday, March 7, 2010

Lapangan terbang Soekarno hatta tak banyak berubah.Cuma sekarang saya lihat ada limosin mercedez berwarna hitam.kebanyakan teksi adalah dari jenis toyota vios.Begini besarnya pasaran kereta Jepun di Indonesia.Di jalanan kebanyakan kereta adalah jenis MPV. Di Indonesia memang MPV ini menjadi kegemaran.Saya lihat pengangkutan awam jenis bemo masih ada. Bemo ni adalah kenderaan yang dikeluarkan oleh TATA di India. Rodanya ada tiga dan enjin menggunakan enjin motosikal tapi diberi atap dengan dua tempat duduk di belakang.Di negara kita benda ni memang tak ada.
Di jalanan masih banyak orang yang menjual surat khabar yang berkeliaran di sepanjang kakilima jalan .Selain itu terdapat juga penjaja yang menjual makanan ringan seperti kacang, keropok kueh mueh dan sebagainya. Kadang kita lihat mereka membahayakan diri kerana berada ditengah kesibukan jalan raya. Keadaan ini juga saya lihat sama seperti di Manila sewaktu saya berkunjung ke sana dua tahun yang lepas.Di negara kita belum ada lagi penjaja yang sebegini. Sebetulnya keadaan yang memaksa mereka berbuat demikian.Dari menganggur lebih baiklah mereka berusaha ,cuma caranya ini mengganggu lalulintas dan mungkin membahayakan diri mereka sendiri. Mungkin dalam fikiran mereka "peduli apa orang kata". Sewaktu saya berjalan pagi pada hari jumaat lepas saya lihat seorang wanita menjinjing termos air panas sambil memikul sebuah bakul plastik berisi kueh mueh di atas kepala.Ini satu lagi cara mereka berjualan untuk mencari rezeki.Bila keluar sedikit dari kota Jakarta banyak kelihatan penjaja yang mendorong kereta sorong menjual berbagai jenis mee. Ada juga yang memikul makanan yang dijual seperti cerita nasi kandar waktu mula-mula di perkenalkan di negara kita. Mereka ni semuanya adalah penjaja kecil yang berusaha untuk memenuhi keperluan hidup seharian.Tentunya pendapatan mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Tapi mereka melakukan pekerjaan yang mulia. Dari meminta sedekah atau menyusahkan orang lain lebih baiklah mereka melakukan pekerjaan tersebut. Peduli apalah orang nak kata apa.Yang penting mereka melakukan pekerjaan yang halal.

Di Malaysia beberapa hari yang dilepas diberitakan terdapat 45,000 kekosongan jawatan di restoran mamak dan restoran India. tapi yang berminat untuk memohon kerja kurang dari 100 orang.macam mana kejadian ini boleh berlaku. Tak ada siapa yang pasti jawapannya.Yang menjadi persoalan adalah kenapa rakyat kita tak berminat untuk bekerja di restoran.Apakah kerana malu atau pekerjaannya yang tidak menarik.Bila dah tak ada yang berminat maka pengusaha restoran terpaksa membawa pekerja asing masuk untuk bekerja .Jika tidak perniagaan mereka akan gulung tikar.

Dua hari yang lepas juga diberitakan bahawa pengusaha ladang kelapa sawit di Sarawak mulai bimbang kekurangan tenaga kerja kerana negara Indonesia sudah meluaskan pembukaan ladang di kawasan Kalimantan dan kebanyakan pekerja yang berasal dari sana akan kembali kenegara mereka untuk bekerja.Dijangkakan dalam waktu beberapa tahun ini akan terjadi kekurangan pekerja yang sangat kritikal di Sarawak apabila pekerja-pekerja Indonesia kembali kenegara asal mereka.Apa lagi yang dapat dilakukan oleh pengusaha selain dari membawa pekerja asing masuk bekerja.Beginilah keadaan yang terjadi pada hari ini padahal terdapat berpuluh ribu penganggur di negara kita.Mungkin kita terlalu memilih pekerjaan sehingga perkara ini terjadi.

Saturday, March 6, 2010

Saya terbang ke Jakarta dari KLIA pada hari khamis, 4/3/10 jam 3 petang.Penerbangan lewat 1 jam tetapi perjalanan lancar.Dua jam kemudian pesawat mendarat di Soekarno-Hatta airport Jakarta.Oleh kerana waktu Jakarta kurang 1 jam dari Malaysia maka saya mendarat di airport pukul 4 petang waktu tempatan.Saya berangkat dengan tiga orang teman yang lain.Jadi tak lah cuak sangat.Sebenarnya Jakarta bukanlah baru bagi saya. Penerbangan pertama saya ke Jakarta ialah pada tahun 1976 dan setelah itu saya beberapa kali terbang ke sana.Cuma terakhir saya menjejakkan kaki di Jakarta adalah pada tahun 2003. Perjalanan ke hotel pada mulanya lancar tapi setelah 30 menit jalan mulai sesak.Di sana di sebut jalannya macet. Van yang menjemput kami terpaksa bergerak amat perlahan apa lagi jumlah motosikal yang ada di jalanan sangat banyak.Jalan yang sesak tu adalah jalan yang diwajibkan kereta mesti mempunyai 3 orang penumpang kalau tidak tak boleh masuk ke jalan tersebut.Yang anehnya manusia ni akalnya memang panjang.Untuk mengatasi masalah ini ada pula orang yang menjadi jocky yang berdiri di sepanjang jalan.Mereka ni menawarkan perkhidmatan untuk masuk kedalam kereta menjadi penumpang supaya jumlah penumpang menjadi tiga orang.Upah yang dikenakan adalah antara Rp 20 hingga 30 ribu.Saya lihat ramai juga yang menawarkan perkhidmatan tersebut , malah ada ibu yang menggendong anaknya sekali.Jadi peraturan ini malah memberi sumber rezeki kepada orang-orang yang menawarkan perkhidmatan tersebut.Beginilah manusia yang sentiasa ada akal untuk mengatasi setiap masalah.Lagi pula bagi setiap isu atau kejadian ada sahaja orang yang akan mendapat manfaat. Buatlah apapun peraturan pasti ada jalan keluar untuk mengatasi masalah tersebut. Kami sampai di hotel lewat magrib. Kami menginap di hotel lima bintang iaitu hotel Sari Pan Pacific.Saya rasa hotel ini sudah bertapak lama di sana tapi keadaan biliknya cukup terjaga.Artinya pihak pengurusan hotel ini sentiasa menjaga kemudahan yang ada bagi kegunaan tetamu mereka. Lepas makan malam kami mampir sebentar di pusat beli belah Sarina.Barang barang di sini kualitinya cukup terjamin sesuai dengan harga.Di tingkat tiga adalah pusat batik.Saya jadi bingung nak beli batik yang mana satu kerana terlampau banyak corak yang ada.Akhirnya hanyalah window shopping, tak beli apa-apa pun.Harga baju batik lumayanlah sesuai dengan corak dan kualiti .

Tidur di hotel ni lumayanlah cukup selesa. Pagi jumaat kami berangkat ke Bumi serpong Damai city kerana ada urusan resmi di sana. Kami berada di sana sampai lewat petang dan sebelah malamnya makan malam di restoran sedap malam di pusat Metropolitan. Makanan di situ adalah makanan laut.Berapa harga makanan saya pun tak pasti kerana pihak syarikat yang bayar. Rasanya lumayanlah tu .Diluar restoran ada penjaja buah-buahan.Harga rambutan sekilo Rp 35,000 bersamaan RM 15. Lumayan mahal tu.Tak jadi beli cuma pandang saja.

Malam tu hanya tidur kerana dah kepenatan.Pagi-pagi kami berangkat lagi ke BSD city untuk meneruskan urusan. Jam 3.45 petang waktu tempatan terbang kembali ke KLIA. Tepat jam 6.45 petang waktu Malaysia kami mendarat di KLIA.

Apa yang saya lihat Jakarta sudah pesat membangun.Saya difahamkan penduduknya lebih dari 20 juta iaitu hampir sama dengan penduduk Semenanjung Malaysia. Bayangkan betapa sesaknya kota ini. Bangunan mencakar langit cukup banyak melambangkan perkembangan pesat kota ini.Cuma LRT saya tak nampak.Rasanya masih belum ada lagi.Kalau ada tentu kota ini akan lebih canggih.
Kereta yang ada dijalanan kebanyakan mpv dan ini menjadi tren dikebanyakan bandar di Indonesia.Saya perhatikan kebanyakan kereta adalah baru-baru belaka. Artinya kemampuan rakyat kota ini untuk memiliki kereta cukup tinggi.Ya mungkin ramai pengusaha yang berjaya.

Oleh kerana saya cuma berada dua malam di sana tak sempatlah nak shopping.Jadi tak banyak catatan yang boleh di coretkan .
Wassalam

Wednesday, March 3, 2010

InsyaAllah tengahari besok saya akan berangkat ke jakarta kerana ada urusan resmi.Saya akan berada disana sampai Sabtu petang. Kalai terakhir saya mampir di Jakarta adalah pada pertengahan tahun 2003 .Dah hampir tujuh tahun.Tentunya dah banayk yang berubah.Jakarta kota yang sangat padat melebihi enam juta penduduk. Bayangkan bagaimana ramainya manusia yang berada dijalanan pada satu-satu masa.Saya yakin keadaan jalanraya amat sesak, mungkin lebih sesak dari Kuala Lumpur.
Kota metropolitin memang begitu dan salahsatu cirinya yang unik adalah kesesakan lalulintas.Lihat saja kota Bangkok dan Manila cukup sesak terutama waktu puncak iaitu diawal pagi dan lewat petang.Sewaktu saya berkunjung ke Jakarta dulu saya cuma sempat berada dua malam menginap dirumah teman.Sempat jugalah keliling kota metropolitan dan ke Tanah Abang tempat jualan pakaian.Harga jualan tentunya lebih murah dai Kl kerana wang Indonesia lebih kecil nilainya.Sama macam rakyat Singapura berbelanja di Johor tentu mereka merasa harga barang lebih murah kerana tukaran mata wang.
Seperti negara Cina dan India, Indonesia mendpat manfaat kerana mempunyai penduduk yang cukup ramai.Ekonomi ketiga-tiga negara ini terus berkembangan walaupun dunia menghadapi resesi teruk kerana pasaran dalam negeri mereka yang cukup besar.Apa saja barang yang dikeluarkan tentu boleh dijual kerana ramai pembeli.Jadi mereka tak bergantung sangat dengan pasaran luar negara.Keadaan ini berbeza dengan negara yang penduduknya sedikit.Tentu mereka memerlukan orang luar untuk membeli. Ini adalah putaran ekonomi masa kini.Apakah keadaan ini akan terus bertahan hanya Tuhan yang tahu.Penduduk yang ramai juga mempunyai masalah yang tersendir.Pertama tentunya tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan pendidikan, kemudian perumahan , kemudian makanan, rawatan kesihatan dan sebagainya.Empat faktor ini merupakan masalah pokok bagi setiap negara.Jadi cabarannya juga cukup besar untuk ditangani.
Indonesia juga melancarkan kempen keluarga berencana untuk mengawal jumlah pertumbuhan penduduk mereka.Walaupun mendapat manfaat pada masa kini dari segi kuasa beli penduduk yang ramai tetapi mereka juga cukup bimbang dengan kadar kelahiran yang tinggi.Di Cina setiap pasangan hanya dibenarkan mempunyai satu orang anak sahaja sehingga ada yang sanggup menggugurkan kandungan jika tidak mendapat anak laki-laki.Sekarang ini jumlah laki-laki sudah melebihi jumlah orang perempuan sehingga ada laki-laki yang tak mendapat isteri kerana jumlah perempuan yang sedikit.Jadi keadaan serba tak kena bila manusia cuba mengubahsuai perancangan Allah. Saya rasa secara alaminya jumlah perempuan akan lebih ramai jika tidak diubahsuai oleh manusia.Sebab itu Islam membenarkan laki-laki berkahwin lebih dari satu jika memenuhi syaratnya.Jadi masalah akan selesai jika manusia memahami perkara ini.
Bila kembali ke tanahair nanti akan saya coretkan serba sedikit perjalanan ke jakarta.
wassalam

Tuesday, March 2, 2010

Sirap berbentuk jernih dan tak ada sebarang bahan yang mengendap.Suspension sebahagiannya tidak larut dan sebahagian larut sempurna.Emulsion pula pada umumnya adalah campuran air dengan minyak.Contoh minyak ikan.Linctus adalah ubat batuk yang mengandungi bahan narkotik untuk menekan pusat batuk.Elixir adalah campuran beberapa bahan ubat.Malah dulu ada sediaan khusus campuran ubat-ubtan narkotik yang disebut cocktail.Sama macam cocktail buah-buah yang mengandungi berbagai campuran buah-buahan.
Tablet biasa hanya mengandungi bahan aktif dan bahan-bahan lain untuk membolehkan ubat di cetak.Sugar coated adalah ubat yang diselaputi oleh lapisan gula dibahagian luarnya.Tujuannya adalah untuk mengelakkan rasa pahit dan memudahkan pesakit menelan ubat tersebut .Sustain release adalah ubat-ubatan yang diformulasi dengan sedemikian rupa sehingga ubat dilepaskan didalam badan sedikit demi sedikit.Ubat-ubatan yang sebegini tak boleh dikerat atau dipecahkan kerana jika dikerat atau dipecahkan maka kesan sustain release akan hilang.Enteric coated adalah ubat-ubatan yang dicipta untuk mengelakkan ubat hancur dibahagian usus besar yang mempunyai banyak asid.Jadi ubat tersebut tahan bahan asid dan akan melepasi proses penghancuran oleh asid dalam usus.
Ubat lozenges adalah ubat untuk dikicap supaya ubat bekerja dibahagian mulut untuk mengurangkan kesan ketidakselesaan akibat batuk.Begitu juga dengan ubat pastiles.

Kita banyak dipengaruhi oleh jiran tetangga dan kawan sepejabat.Bila jiran membeli kereta mahal maka kitapun merasa tercabar, apa lagi jika gaji jiran kita lebih kecil dari kita.Kalau ke pejabat tu banyaklah yang berlumba nak pamir baju yang mahal dan berfesyen.Jika kita terikut juga maka payahlah jadinya.Jadi pedulikanlah apa orang kata.Kita pakailah apa yang kita rasa selesa dan termampu untuk dibeli.Jika teman kita memakai pakaian berjenama kita pakailah pakaian buatan tempatan.Yang penting menutup aurat, suci dan bersih serta kelihatan kemas dan sesuai untuk ke tempat kerja.Jika jiran pakai kereta besar pedulikanlah.Pakailah apa yang termampu oleh kita.Tak ada faedahnya kita berlumba-lumba tentang perkara tersebut.Pedulikanlah apa orang nak kata.
Kalau nak beli rumah belilah yang termampu untuk dibeli dan dibayar ansuran bulanannya.Jangan beli rumah diluar kemampuan kita.Yang penting ada rumah tempat berteduh.Walaupun kecil tapi selesa untuk kita.Ketenangan terletak di hati bukan pada besar kecilnya rumah.Pedulikan apa orang kata. Mereka nak beli rumah besar lantak merekalah.kalau mereka mampu itu urusan mereka. Besarpun rumah mereka takkan kita dapat nak tumpang tinggal.Kecilpun rumah kita tak akan ada orang nak tolong bayarkan.Oleh itu peduli apa orang kata.Kalau berbelanja diluar kemampuan kita akan menderita sepanjang hayat.Silap hari bulan kelahi laki bini kerana masalah kewangan yang tak mencukupi.Lebih malang lagi jangan sampai harta benda kita ditarik balik oleh pemberi pinjaman.
Wassalam

Monday, March 1, 2010

Selain ubat dalam bentuk cecair yang paling banyak digunakan adalah ubat dalam bentuk tablet.Tablet dicipta dalam berbagai bentuk, rupa dan warna.Ada yang dinamakan tablet biasa, ada sugar coated, ada film coated, ada slow release , ada sustain release, ada enteric coated dan ada sublingual.
Tablet di makan dengan beberapa cara.Ada yang langsung di telan, ada yang perlu di hisap dan ada yang perlu dikunyah terlebih dahulu sebelum di telan.Selain tablet terdapat juga capsule dalam berbagai bentuk.Ada yang berbentuk capsule keras dan ada dalam bentuk soft gel.Jadi semua ubat-ubatan yang telah disentuh mempunyai tujuan yang tertentu.Ia bukan dicipta secara suka-suka ikut selera pencipta tetapi mempunyai tujuan yang khusus.Ada juga ubat dalam bentuk lozenges dan pastiles.
Selain ubat berbentuk keras ubat -ubatan lain dicipta dalam bentuk patches iaitu ubat di tampal ke permukaan kulit seperti plaster.Jadi ubat akan meresap secara perlahan-lahan ke dalam tubuh manusia. Nanti dilain kesempatan kita akan perincikan satu per satu.

Hidup manusia banyak dipengaruhi oleh orang lain.Kita selalu sebut nanti apa pula orang kata.Nanti orang akan anggap apa pula.Malu kita nanti kalau tidak ikut kata orang.Akibatnya pemikiran kita, tindakan kita menjadi terbatas dan ada kalanya membebankan kita sendiri.Apa kah boleh kita mengambil sikap PEDULI APA ORANG KATA. Jawabnya ada yang boleh dan ada yang tak boleh.
Contoh bila kita nak beli baju kita kena cari yang ada jenama. Alasan kita nanti apa pula orang kata. nanti tak standardlah, nampak cara kampunglah, malulah dan sebagainya.Akibatnya kita perlu belanja lebih besar kerana takut apa orang kata.Kita mungkin boleh mendapatkan baju yang sama tanpa jenama dengan harga yang jauh lebih murah.Ini baru cerita baju, belum lagi cerita seluar,cerita kasut, beg tangan, jam tangan dan sebagainya. Banyak wang kita dihabiskan kerana membeli barang-barang yang ada jenama.Artinya kita membeli jenama bukannya barang yang kita perlukan. Kalau kita pakai baju yang berjenamapun siapa yang nak peduli.Kita yang perasan orang memerhatikan kita padahal orang tak kisahpun.Jadi hiduplah kita dengan bayang-bayang sendiri.Kita rasa orang lihat kita pada hal orang tak pedulipun.Kalau kita orang berduit tak apalah belilah apa yang kita mahu.Tapi kalau kewangan kita amat terbatas kenapa kita perlu menyusahkan diri hanya kerana kita takut apa orang kata.Ada orang yang sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit hanya kerana memakai bahan pakaian yang berjenama sedangkan bahan yang sama boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan jika kita tidak mengutamakan jenama yang terkenal.Agama kita mengajarkan kesederhanaan.Jangan kerana takut apa orang kata kita timbul sifat riak dan berbangga diri.
Sama-sama kita renungkan.Wassalam