Monday, May 31, 2010

Hari Ahad saya memandu ke JB sebab ada kursus selama dua hari. Saya berangkat dari rumah jam 2 petang. Sampai di Pagoh kenderaan mula bergerak perlahan dan semakin menghampiri JB semakin perlahan. Dah jadi macam kura-kura. Dari lima kenderaan yang ada di jalanraya 1 buah memakai plate number Singapore. Rasanya mereka memasuki Malaysia hari Jumaat lepasa kerana cuti wesak. sebab tu mereka berangkat balik ke Singapore hari minggu petang dan jalan jem gila. Bila sampai ke simpang link two baru jalan menjadi selesa. Macam tulah keadaan di highway bila ada cuti panjang. Sambtu ni cuti lagi dan mungkin jalan akan sesak lagi apa lagi mula cuti sekolah dan ramai yang buat kenduri kahwin. Kalau nak difikirkan lebih baik tak ke mana -mana dari bersesak-sesak dan stress di jalanraya.

Petang tadi kawan saya telefon dia kata sakit data semalam. Dah pergi cek doktor katanya dan doktor kata heart burn atau pedih hulu hati. Dia diberikan ubat anti gastric. Tapi kerana dah berumur kawan saya tu cuak sedikit, takut-takut kalau jantung dia yang dah mula nak tersumbat. Dia tanya ada ke mesin yang boleh mengesan jika jantung tersumbat. Saya kata ada iaitu CT Scan 64 dan buat angiogram. Tapi yang mudah tentu CT Scan kerana tak memerlukan prosedur intensif, cukup diberi kontras dan masuk ke dalam CT Scan untuk diimbas. Mesin ni secara kasar boleh mengesan penymbatan pembuluh darah di jantung. Kalau nak lebih pasti tentunya buat angiogram di cathlab. Dia kata nantilah dia fikir beberapa hari. Saya kata OK nanti kalau dah buat keputusan telefon saya lagi. Kalau nak buat CT Scan atau angigram tentunya perlu berjumpa cardiologist dulu kerana dia yang akan membuat cadangan kepada pesakit tentang cara yang paling tepat, bukan boleh buat suka-suka.

Jantung kita dibekalkan darah oleh coronary artery. Jika saluran darah ni dah mula menyempit kerana penyumbatan oleh kolesterol maka ia akan menjadi keras membentuk plug dan lambat laun saluran darah ke sana akan berkuranagan. Bila ini terjadi maka jantung akan mengeluarkan sihnal iaitu rasa sakit pada dada dan menjalar ke sebelah kiri tangan. Kalau lambat bertindak boleh kena serangan jangung mendadak iaitu Acute Myocardial Infarction. Acute artinya serangan secara tiba-tiba. Myocardial adalah otot jantung dan infarc adalah mati. Jadi serangan secara tiba-tiba dimana darah tak mengalir kepada otot jantung sehingga otot tersebut menjadi mati. kenapa dia mati? Ia mati kerana darah tak masuk dan darah membawa oksigen. Bila tak ada oksigen maka otot jantung akan mati. Bila dah mati bahagian itu tak akan berfungsi lagi dan jika pesakit berjaya untuk keluar dari krisis ini maka fungsi jantung dia akan berkurangan kerana sebahagian dari otot jantung dah tak berfungsi. Rawatan 3 jam pertama akan menentukan hidup mati pesakit yang mendapat AMI. Jika terlambat peluang akan menjadi tipis untuk hidup.

Dalam kontek pemakanan kita hari ini risiko untuk mendapat AMI menjadi semakin besar. Oleh itu pengawalan makanan dan kemampuan mengawal stress amat penting. Jangan lupa perlu melakukan senaman secara tetap dan konsisten. jantung kita bila berada dalam keadaan rehat mampu mengepam darah 5L/min tapi bila dalam keadaan bersukan mampu mengepam 35L/min. Semakin sering kita berolahraga maka otot jantung menjadi semakin kuat dan manusia akan menjadi semakin sehat. Tapi kalau tak pernak bersenam maka perlu dilakukan secara berperingkat. Jangan kerana nak tunjuk handal nanti kok tersandal dan naik ambulan ke hospital .Ada kawan saya dulu dah lama tak main bola, tiba -tiba teringin nak main boleh dan dia menjadi penyerang pula. Dia kata aku dulu di sekolah main sebagai penyerang. Tak sampai sepuluh menit main dia langsung terduduk dan tak bangun-bangun. Kami jadi panik dan terus memanggil ambulan dan menghantar dia ke bahagian kecemasan. Sampai di sana doktor langsung masukkan IV dextrose kerana dia dah tak ada tenaga. nasib baik tak kena heart attack.

Wassalam

Saturday, May 29, 2010

Pagi tadi ditempat kerja saya diadakan majlis penutup minggu OSH peringkat hospital. Program kesedaran tentang kepentingan menjaga Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja telah dimulai pada hari isnin lepas.
Dalam bahsa Melayu OSHA di sebut akta keselamatan dan kesihatan pekerja 1994. Di bawah akta ini pihak majikan perlu membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri dari pihak pengurusan dan anggota pekerja. Pihak majikan perlu menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja .Dalam rangka melaksanakan tanggungjawab ini pihak majikan perlu melakukan tindakan berikut:
-mengadakan latihan, seminar, bengkel untuk mendidik anggota pekerja agar faham tentang tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
-melantik seorang doktor OSH yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh NIOSH
-menyediakan peralatan Personal Preventive Equipment supaya anggota pekerja menggunakan peralatan tersebut bila mana perlu
-Mengenalpasti bahan-bahan kimia yang boleh mendatangkan bahaya
-meyediakan kemudahan peralatan untuk memenuhi keperluan menjaga egronomi pekerja
-menyediakan kemudahan vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan pekerja
-memenuhi semua keperluan yang termaktub dalam semua akta yang perlu dilaksanakan di peringkat hospital

Bagi saya tanggungjawab majikan mudah untuk dilaksanakan tetapi partisipasi staf yang agak sulit dijamin kerana dua isu utama iaitu:

-ilmu
-sikap

Ilmu boleh diberikan melalui latihan, seminar, ceramah, bengkel dan sebagainya tetapi membentuk sikap yang betul mempunyai cabaran yang tersendiri.
Saya mengambil contoh mudah tentang kepatuhan staf tentang hand washing. Prosedur ini adalah keperluan wajib untuk menjaga keselamatan diri. Setiap kali selepas menyentuh pesakit staf perlu melakukan hand washing kerana kalau tidak transmisi bakteria, virus dan sebagainya akan berlaku dari pesakit kepada staf dan bila staf menyentuh pesakit lain maka pesakit itu pula akan terkena jangkitan.Bayangkan jika disiplin ini tidak dijaga maka kemungkinan tersebarnya sesuatu penyakit akan menjadi besar dan boleh menimbulkan berbagai masalah.

Satu lagi isu penting yang menuntut disiplin dan sikap yang betul bagi staf adalah tentang kepatuhan untuk mengelakkan needle stick injury. Dalam bahasa mudah disebut keceraan akibat tercucuk jarum yang telah digunakan kepada pesakit. Jika tercucuk jarum yang terkontaminasai dengan kuman seperti HIV, hepatitis dan sebagainya maka nyawa staf dalam bahaya. Oleh itu sikap yang betul perlu ada pada semua staff.

Tema OSH peringkat dunia pada tahun ini adalah kemunculan tren baru dalam kontek keselamatan dan kesehatan pekerja. Sekarang ini berkembang teknologi baru seperti nano technology dan biotechnology. Ianya teknologi baru yang belum ada kajian teliti yang dilakukan untuk mengkaji kesan pada pekerja yang mengeluarkan produk tersebut dan juga kesan kepada pengguna.

Peringkat stress bagi pekerja juga semakin me ningkat sesuai dengan perkembangan teknologi dan tuntutan hidup. Sekarang sudah ada bangunan tertinggi di dunia yang melebih 800 meter dan sudah ada ura-ura jutawan Arab Saudi yang merancang untuk membina bangunan setinggi 1 kilometer. Bayangkan stress yang akan ditanggung oleh pekerja yang melakukan kerja ini.

Tuntutan hidup yang semakin komplek juga menigkatkan tahap stress pada pekerja di banyak sektor terutama di hospital swasta. Jadi kemampuan staff menyerap stress ini amat menentukan tahap kesihatan mereka.

Sebagai kesimpulan saya menekankan tentang kepentingan tiga pihak untuk menentukan kejayaan pelaksanaan program penjagaan kesihatan dan keselamatan pekerja. Ketiga -tiga pihak yang saya maksudkan adalah:
-majikan yang diwakili oleh pihak pengurusan
-anggota pekerja
-ketua jabatan yang memantau kepatuhan staf pada setiap peraturan yang ada.

Wassalam

Thursday, May 27, 2010

Dah beberapa hari saya tak sempat menulis kerana kesibukan kerja dan badanpun terasa amat penat. Hari Selasa dan Rabu saya berulang alik ke kajang kerana buat survey akreditasi di salah sebuah hospital swasta. kebetula saya dipilih untuk menjadi chief surveyor. Memang jadi surveyor ini amat menyeronokkan kerana kita juga belajar banyak dari hospital yang kita survey.Proses pembelajaran perlu berjalan terus kerana kualiti bukan benda yang statik. Manusia punyai kelebihan masing-masing dan banyak benda baru yang kita dapat bila kita menjadi surveyor.

Akreditasi melibatkan semua komponen dalam sesebuah hospital dan proses survey disebut peer review kerana surveyor yang datang semuanya mempunyai kepkaran dalam bidang-masing kerana mereka juga menjalankan kerja yang serupa di hospital mereka. Contohnya jika bidang nursing maka surveyor mestilah seorang jururawat yang cukup berpengalaman.Begitu juga untuk membuat survey dalam bidang klinikal maka surveyor mestilah seorang pegawai perubatan. Dengan cara ini surveyor dapat memberikan pandangan yang rasional untuk kebaikan hospital yang menjalani survey.

Internal surveyor dalam syarikat hanya mengambil masa dua hari sahaja tetapi jumlah surveyor yang terlibat lebih dari sepuloh orang. Jadi skop kerja yang di survey cukup luas dan komprehensif. Internal survey dilakukan sebelum survey sebenarnya oleh badan akreditasi resmi iaitu MSQH. Pada survey yang sebenar nanti cuma 5 orang surveyor yang terlibat dan mereka akan melakukan survey selama 3 hari .

Akreditasi amat penting untuk menjamin mutu perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah hospital. Jika servis tidak diawasi oleh badan luar maka tidak ada siapa yang tahu tentu mutu perkhidmatan yang diberikan. Dengan adanya akreditasi maka standar minima telah dipenuhi tetapi hospital yang tidak terakreditasi maka tidak ada siapa yang tahu sama ada mereka telah memenuhi standar minima ini.

Proses ISO amat berbeza dengan akreditasi kerana ISO hanya menekankan proses penyimpanan rekod dengan tidak menekankan keperluan proses klinikal bagi sesuatu perkhidmatan. Mereka yang datang untuk membuat pemeriksaan disebut auditor dan mereka bukan semestinya orang yang berpengalaman dalam bidang perubatan. Sesiapa sahaja boleh menjadai auditor asalkan mereka mempunyai sijil dari badan yang mengeluarkan pensijilan ISO. Jadi proses audit amat berbeza dnegan proses akreditasi. ISO adalah proses yang sangat generik dan bolah dipakai disemua bidang perkhidmatan sama ada bidang pembuatan atau perkhidmatan.

Bagi sesuatu hospital yang terbaik adalah akreditasi dan ISO adalah pelengkap untuk menjaga SOP dan penyimpanan rekod perkhidmatan.

Di negara kita belum ada suatu peraturan yang mewajibkan hospital mendapatkan pensijilan akreditasi jika ingin beroperasi. Entah bila perkara ini akan diwajibkan tak ada siapa yang pasti. Semuanya tergantung kepada Kementerian Kesihatan. Di sesetengah negara akreditasi sudah diwajibkan untuk menyambung lesen atau untuk membuka hospital baru. Saya secara peribadi berpendapat sepatutnya pensijilan akreditasi diwajibkan jika ingin membuka hospital baru dan begai hospital yang sedia ada mereka perlu mendapatkan akreditasi jika ingin memperbaharui lesen. Akreditasi hanya mewajibkan pematuhan kepada standar minima bukannya yang maksima. Jika tak terakreditasi maka standar minimapun belum tentu dipatuhi.

Wassalam

Tuesday, May 25, 2010

Dalam berita semalam ada disebutkan tentang kejayaan seorang pensyarah universiti tempatan mencipta satu kaedah untuk membolehkan wanita hamil secara tak sengaja mencoretkan cita rasa dan pilu di hati mereka. Karikatur yang terbentuk menceritakan secara mendalam perasaan perempuan-perempuan tersebut dan kesemua mereka yang mengandung diluar nikah akhirnya ditinggalkan oleh laki-laki yang menghamilkan mereka. Sebab itu bila bayi dalam kandungan dilahirkan maka si ibu menjadi panik dan tergamam membuang bayi bersangkutan ke mana sahaja hatta dalam longkang, dalam tong sampah malah ada yang di tanam hidup-hidup. Jumlah kejadian yang begini semakin bertambah dan amat membimbangkan.

Kalau di teliti secara jujur perkara ini timbul kerana beberapa sebab:

-lemahnya pegangan agama.Bila iman tipis maka maksiat mudah dilakukan . Bila nafsu dah memuncak maka wanita akan rela menyerahkan segalanya kerana hanyut dengan pujukan sang pacar. Dah dapat ibarat habis manis sepah dibuang. Bagi laki-laki dia cuma menanggung dosa tapi bagi wanita selain dosa perlu menanggung bayi dalam kandungan sehingga bersalin. Bila dah bersalin dibuang pula maka akan bertambah dosa.
Siapa yang mendidik anak-anak dengan ajaran agama, dengan iman, dengan akhlak. Jawabnya tentu ibubapa. Apakah kita telah melakukannya sesuai dengan pembesaran anak-anak kita.Nabi berpesan latihlah anak mu solat bila berumur 7 tahun dan pukullah mereka jika tidak solat bila berumur 10 tahun.Persoalannya berapa ramai dari kita yang melaksanakan perintah ini. Entah-entah kitapun tak solat apa lagi nak menyuruh anak kita solat. Kajian yang pernah dilakukan beberapa tahun lepas hanya sepuluh peratus umat islam di negara ini yang melaksanakan solat secara sempurna. Jadi 90 peratus tak solat. Sebab itu masalah kita tak pernah selesai malah semakin bertambah dari hari ke hari kerana persoalan pokok masih tak selesai.

Anak-anak perlu berada dalam rumah sebelum magrib bukannya masih sibuk menyepak bola di padang. Sudahkah kita melaksanakan perintah ini. Waktu magrib adalah waktu dimana syaitan akan berkeliaran mencari makan dan jika anak-anak kita masih berkeliaran maka mudahlah bagi syaitan untuk menyelinap masuk dan mempengaruhi tingkah laku mereka. Mungkin kita antara percaya atau tidak tentang perkara ini.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian adalah disiplin kita mendidik anak-anak. Anak-anak yang degil perlu diberikan pengajaran secara fizikal tapi taklah sampai mencederakan. seorang ulama pernah berpesan bila kita tidak pernah merotan anak-anak kita sewaktu mereka kecil maka bila mereka besar nanti kita yang akan dirotan oleh mereka. Jadi ingat-ingatlah

Faktor lain yang mendidik dan membentuk hati adalah sumber rezeki yang kita perolehi untuk membesarkan anak-anak kita.Rezeki yang halal walaupun sedikit akan memberi berkat dan kesejahteraan kepada kita tapi rezeki yang haram walaupun pada mata kasar membawa kebahagian tetapi nyatanya akan membawa bencana dalam kehidupan manusia.

Satu lagi faktor yang penting adalah jenis makanan yang dimakan apakah halal atau haram. Halalan toiyiba akan membawa keberkatan.
Contoh tauladan ibu bapa amat penting dalam kehidupan anak-anak kita. Kalau ibu ayah asyik berperang tiap hari maka anak-anak akan menjadi manusia yang bengis dan senang berkelahi. Dalam bahasa Inggeris disebut menjadi fighter.


Mari kita muhasabah diri, bertaubatlah kerana manusia tak pernah lari dari melakukan dosa. jangan tunggu dah tak larat nak berdiri baru nak taubat. Nanti dikuatiri terlambat.
Kasih sayang perlu diusahakan bukannya datang sendiri.

Wassalam

Monday, May 24, 2010

Pagi Ahad saya memandu ke Johor Bahru.Jalan tak lah begitu padat kerana tak banyak kenderaan. Sampai di tangkah di sebelah jalan saya lihat ada road block. Macam biasa banyak kereta yang kena saman. Saya sejak kena saman beberapa kali kenalah ikut speed limit, takut nanti kena lagi. Jalan di lebuhraya ni memang cenderung nak bawa laju kerana jalannya lurus dan tak banyak kereta apa lagi masih pagi.

Sampai di JB saya menginap di hotel lima bintang di Bandaraya Johor Bahru. Hotel ni memang dah lama tapi biliknya terjaga dengan baik. Warna cat di dinding masih cantik tak ada comot sedikit pun. Cuma TV model lama dan masih disimpan dalam almari kayu. Hotel baru pada umumnya menggunakan TV plasma bukan lagi TV gemuk model lama tu. Tapi tak kisahlah .Yang penting bilik selesa dan bersih. Pagi hari beli nasi lemak, wah harga boleh tahan RM 4.50 sepinggan tapi ada telur dan lauk kerang .Sehari sebelum tu saya makan nasi lemak dan secawan teh di kawasan Ampang dan harganya RM 11.40 sepinggan.Wah tinggi sekali. Jadi nasi lemak di JB jauh lebih murah dibandingkan di Ampang ni.

Saya tiggal di JB satu malam kerana ada urusan resmi. Petang tadi saya drive balik ke Seremban, macam biasa ikut speed limit takut kena saman .Perjalanan lancar kerana tak banyak kenderaan.

Dalam akhbar hari ni ada ditulis tentang ubat batuk yang digunakan untuk berkhayal dan pihak penguatkusa telah menyerbu sebuah premis di KL yang menjual ubat ini secara bebas dengan harga 50 sen sebiji. Sekarang ubat telah dirampas dan pemilik akan didakwa di bawah akta racun berjadual 1952 yang membawa penalti RM 5000 jika sabit kesalahan. Mungkin denda tak akan menyebabkan mereka jera kerana hasil pulangan dari perbuatan haram ni lebih lumayan.
Dextromethorpan adalah ubat antitussive iaitu ubat yang digunakan untuk menghilangkan batuk. Ubat ini akan memberi kesan pada signal di otak yang mengawal batuk. jadi dia menekan pusat batuk diotak. Cuma kesannya tak sehebat narkotik seperti codein.
Bila dah bekerja di otak tentu dia akan menekan fungsi saraf pusat vdan dalam dos yang tinggi boleh mendatangkan kesan halusinasi dimana pengguna akan berada dalam keadaan hayal.Kesan inilah yang dicari oleh penagih dadah kerana harga ubat ini amat murah dibandingkan dengan ubat penghayal yang lain.

Ubat ini digolongkan ke dalam ubat kawalan yang hanya boleh didispen oleh Ahli Farmasi.Jadi jika tak ada lesen farmasi maka tak dibenarkan untuk menjual ubat.

Dalam akhbar disebutkan bahawa ubat ini digunakan untuk batuk kering. Kita jangan keliru dengan istilah ini kerana perkataan batuk kering biasanya digunakan untuk menggambarkan penyakit Tuberculosis . Ubat ini bukan untuk batuk kering tetapi digunakan untuk menghilangkan batuk yang tidak berdahak. Dalam bahasa saintifiknya disebut non productive cough.Jadi untuk penyakit batuk bukannya TB.

Kenapa nak-anak remaja kita suka mengambil ubat-ubatan untuk berkhayal. Apakah mereka ingin melarikan diri dari kesulitan atau masalah yang mereka hadai atau kerana apa? Dah banyak usaha yang dilakukan tapi penyakit ini masih berterusan dan kita tak pasti sama ada angkanya menaik atau menurun. Yang pasti penggunakan bahan ini akan menjahanamkan diri mereka sendiri. Mula-mula dextromethorpan tapi kemudian akan berpindah ke jenis yang lebih kuat sperti heroin, morfin dan sebagainya, Jika dah terjebak maka mereka akan menjadi mayat bernyawa yang tak tentu haluan hidup dan menjadi sampah masyarakat. Jadi hati-hatilah

Wassalam

Friday, May 21, 2010

Pagi semalam saya menghadiri perbincangan yang diancurkan oleh APHM iaitu persatuan hospital-hospital swasta di Malaysia. Perbincangan berkisar tentang beberapa perkara penting yang melibatkan hospital swasta. Pertama yang disentuh adalah Hospital Board of management. Menurut akta Syarikat 1965 Board adalah badan tertinggi dalam sesuatu organisasi swasta. Jadi tidak timbul isu tentang keperluan untuk mengadakan Board of directors. Tentang perlaksanaan di peringkat hospital maka terserah kepada pihak hospital yang berkenaan sama ada untuk mengadakan satu lagi atau beberapa lagi organisasi di bawah Board of director.Jadi peserta diminta menyerahkan cadangan secara bertulis kepada APHM untuk disampaikan kepada Kementerian Kesihatan.
Perkara kedua yang disentuh adalah mengenai Person in Charge atau PIC. Menurut PHFSA 2006 PIC mestilah seorang doktor perubatan tetapi tidak dinyatakan sama ada ia mesti doktor pakar ataupun tidak. Jadi akta tidak menyatakan secara pasti mengenai perkara ini. Ada hospital swasta yang melantik doktor umum untuk menjadi PIC sedangkan sesetengah hospital lain melantik salah seorang pakar untuk menjadi PIC. Masalah akan timbul dari segi wibawa apabila PIC terdiri dari doktor umum kerana kebanyakan doktor yang membuka klinik di hospital swasta adalah doktor pakar. Jadi rasa hormat tu tidak akan ada jika PIC adalah doktor umum. Sebaiknya PIC mestilah doktor pakar untuk memudahkan kerja pentadbiran. Ada segelintir peserta yan sering menyebut risioko masuk penjara jika menjadai PIC kerana dalam akta ada disebutkan. Jika di teliti secara mendalam CEO juga boleh dimasukkan ke dalam penjara dibawah akta Company Act 1965 jika pecah amanah. Jadi isu siapa yang akan masuk penjara tidak timbul kerana ianya tak akan terjadi jika pemegang amanah melaksanakan amanah dengan betul, tak kiralah PIC atau CEO.

Ada juga peserta yang mempertikaikan keperluan CEO dihospital kerana dalam akata tak ada disebutkan jawatan CEO. Diperjelaskan oleh pengerusi perbincangan bahawa CEO mewakili Board of Directors dan mereka dilantik oleh BOD. Board adalah pentadbir tertinggi di dalam sesuatu organisasi. Jadi keujudan CEO adalah termaktub di dalam Akta Syarikat yang mengawal perjalan sesebuah hospital swasta. Isu ni timbul kerana ada peserta yang tak faham apa itu akta syarikat dan apa itu Board di dalam sesebuah syarikat. Hospital swasta adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965.

Selanjutnya dibincangkan tentang peranan PIC dan CEO, siapa yang lebih tinggi dan siapa yang perlu melapor kepada siapa. Kesimpulan dalam perbincangan tersebut adalah perana PIC adalah sebagai penasihat CEO dalam kontek klinikal di hospital swasta. Perjalanan business adalah dibawah kawalan CEO sepenuhnya. Jadi tak timbul isu pertindihan kerja atau konflik.Pihak Kementerian Kesihatan memperakui perkara ini dan perjalanan sesebuah hospital swasta tidak sepatutnya menghadapi masalah jika struktur ini diikuti.

Juga disentuh tentang ketua klinikal untuk sesuatu disiplin seperti Perubatan, Bedah , Perbidanan dan sebagainya. Tentu yang perlu mengetuai disiplin ini adalah seorang doktor pakar. Perlahsanaan dasar dilaksanakan oleh unit manager sesebuah wad atau services.

Ada juga cadangan dari peserta tentang keperluan akta ini patut dilaksanakan di hospital milik kerajaan kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan kepada pesakit. Kenapa akta ini hanya dibatasi kepada hospital swasta sahaja sedangkan hospital kerajaan lebih besar dan lebih banyak. kenapa mereka diberi pengecualian.

Akhir sekali adalah mengenai cadangan untuk memindah charges pada schedule 13 di bawah PHFSA 2006. MMA telah menyerahkan cadangan kepada kementerian agar meminda daftar charges pada schedule 13 kerana dirasakan sudah sampai masanya mereka menuntut kenaikan charges .Cuma jumlah kenaikan yang diminta agak tinggi iaitu sebanyak 20% dari jadual yang sedia ada. Walau bagaimana pun ianya tertakluk kepada kelulusan Parlimen kerana sesuatu akta hanya boleh dipinda bila diluluskan oleh Parlimen.

Perbincangan selesai sekitar jam 12 tengahari.
Wassalam

Thursday, May 20, 2010

Dah agak lama saya tak menulis tentang ubat-ubatan. Kalai ni saya ingin membicarakan tentang permasalahan ubat-ubatan. Sekarang dah menjadi kebiasaan doktor untuk mempreskrip ubat ubatan untuk tempoh waktu yang lama bagi kes-kes kronik.Yang dimaksud dengan penyakit kronik adalah penyakit berpanjangan seperti diabetes, hypertension, lemah jantung dan sebagainya. Doktor pada umumnya akan mengikut kehendak pesakit supaya bekalan ubat-ubatan diberikan untuk tempoh yang lama seperti 3 bulan supaya pesakit tak perlu berulang alik ke hospital.Jadi mereka hanya perlu datang setelah 3 bulan.

Amalan seperti ini mempunyai risiko tersendiri kerana jika pesakit tidak mempunyai peralatan untuk mengukur tekanan darah atau kadar gula dalam darah maka risiko kepada pesakit adalah tinggi. Jika ubat dimakan mengikut arahan tetapi tekanan darah tak pernah diukur maka pesakit tak pasti sama ada penyakit hypertension mereka terkawal atau tidak. Ukuran hanya dibuat setelah tiga bulan bila pesakit berjumpa kembali dengan doktor. Tekanan darah tinggi yang tak terkawal akan menyebabkan jantung besar sebelaj dan menjadi lemah kerana tekanan darah yang keluar dari jantung tak seimbang dengan kemampuan saluran darah untuk mengalirkan darah yang keluar dari jantung.Akibatnya akan terjadi lemah jantung dalam jangka waktu panjang. Risiko yang lebih merbahaya adalah serangan jantung akut yang dipanggil AMI atau stroke akibat dari pecahnya saluran darah.

Pesakit diabetes juga akan mengalami risiko yang tinggi jika kadar gula dalam darah tidak diukur secara tetap. Ukuran tiga bulan sekali adalah tidak memadai . Jika kadar gula dalam darah terus tinggi maka ia akan merosakkan saluran darah ke organ penting sperti buah pinggan, kaki , mata , jantung dan sebagainya. Akibatnya akan terjadi komplikasi dalam jangka panjang seperti kerusakan buah pingga, kerusakan mata, sakit jantung dan busuk pada kaki.Jadi pesakit perlu berusahakan sendiri membeli peralatan untuk mengukur tekanan darah atau kadar gula dalam darah. Alat tersebut boleh dibeli di kedai-kedai farmasi di seluruh negara.

Ini baru cerita tentang ukuran tekanan darah atau gula. Bagaimana pula tentang kefahaman pesakit tentang nama ubat, macam mana nak memakannya, bagaimana kalau ada kesan sampingan atau sebagainya. Maklumat ini perlu diperolehi oleh pesakit. Kalau doktor tak memberi tahu maka pesakit perlu berusaha sendiri mencari maklumat tersebut supaya sebagai pengguna pesakit mendapat manfaat yang terbaiki bila menggunakan ubat-ubatan.

Pagi besok saya akan berangkat ke KL menghadiri taklimat tentang cadangan untuk menambah baik peraturan yang tercatat dalam Private Healthcare Facilities and Services Act 2006 kerana ada beberapa perkara dalam akta tersebut yang dipertikaikan oleh pihak hospital swasta. Namanya pun Private healthcare facilities maka ianya hanya dikuatkuasakan kepada hospital-hospital swasta sahaja sedangkan hospital kerajaan diberi pengecualian. Ini yang menimbulkan ketidakpuasan hati pihak swasta.Saya sendiri pun tak pasti apa yang akan dibincangkan besok.
Macam biasa jika berangkat dari Seremban maka pagi-pagi buta lagi selepas solat subuh dah harus berangkat dengan kereta kalau tidak akan terperangkap jem selepas tol Sungai Besi.
Jumpa lagi. Wassalam

Wednesday, May 19, 2010

Hari ahad yang lepas satu rombongan dari Pekan baru Indonesia membuat lawan ke hospital tempat saya bekerja. Mereka datang ke Negeri Sembilan atas tajaan MAATA iaitu persatuan agen pelancongan. tujuan mereka membuat lawatan adalah untuk mengenal pasti tempat-tempat pelancungan dan hospital yang sesuai bagi rakyat di sana mendapatkan rawatan perubatan. Rombongan terdiri dari orang dewasa dan kanak-kanak. jumlah mereka adalah seramai 25 orang.
Saya memberikan taklimat tentang kemudahan yang ada di hospital kami dan jenis rawatan yang boleh ditawarkan kepada mereka. Nampak macam berminat tapi kita akan lihat macam mana hasilnya nanti. Yang menjadi isu utama dalah kadar pertukaran wang . Sekaran ini pertukaran adalah sekitar RM 1 bersamaan Rp 2300. Dikuatiri bila ditukarkan ke dalam mata wang rupiah ia akan menjadi begitu besar.
Setakat ini jumlah rakyat Indonesia yang berubat di Melaka dan Pulau Pinang cukup ramai.Tapi yang datang ke Negeri Sembilan masih kecil .Jadi agensi pelancongan NS sedang berusaha untuk menambah jumlah pelancong perubatan ke NS. Sekarang agensi ini sudah diberi KPI oleh Kerajaan NS. Mahu tak mahu harus dirintis jalan agar pesakit yang selama ini berubat di tempat lain akan datang ke NS untuk mendapatkan kemudahan rawatan. Fasiliti yang ada di NS sama canggih dengan negeri lain di Semenanjung.
Masalah utama untuk datang dari Pekan Baru adalah perjalanan yang cukup lama jika menaiki feri. Dari pekan baru ke Dumai dengan kereta atau bas akan mengambil masa 4 jam. Dari Dumai menaiki feri ke Port Dickson mengambil masa 3 jam. Kemudian dari PD ke Seremban mengambil masa 40 menit. Jadi jika dijumlahkan cukup lama, apa lagi bagi mereka yang sakit. Nampaknya kalau datang untuk tujuan melancong dan membuat medical check up bolehlah tetapi jika datang berubat kerana sakit rasanya jalan darat tak kondusif untuk mereka. Ini yang perlu difikirkan secara serius jenis rawatan apa yang akan ditawarkan.
Saya dijemput oleh rombongan dari sana untuk membuat lawatan balas ke Pekan baru. Bila difikir balik jauhnya perjalanan rasanya macam berat juga. Bagi saya perjalanan dengan feri dari Dumai ke Melaka atau ke PD bukan perkara baru. Tujuh tahun yang lalu saya memang kerap berulang alik dari Padang ke Pasir Gudan Johor melalaui jalan darat dan laun. Dari Padang saya akan menaiki bas selepas solat Magrib dan sampai di Dumai waktu subuh. kemudian lepak di jeti selama 4 hingga 5 jam. lepas tu naik feri sekitar jam 11 dan sampai ke Melaka 3 jam kemudian. jam 2 petang naik bas ke JB dan sampai di Pasir Gudang hampir magrib. Bayangkan sehari semalam perjalanan tersebut. dulu mungkin masih kuat kerana belum begitu tua. Tapi sekarang agak keberatan walaupun badan masih sihat tak ada penyakit. Tapi jemunya dalam perjalanan tu yang menyebabkan saya harus berfikir dua kali.

Kalau naik pesawat dari Pekan Baru ke LCCT hanya mengambil masa 50 menit. Dari LCCT ke seremban 40 menit. Jalan ni lebih praktikal dan boleh diusahakan .Kosnya pun tak banyak beza dengan jalan laut dan darat.Melaka mempunyai kelebihan kerana mereka boleh sampai di sana menaiki feri atau pesawat ke batu berendam.Kalau ke NS menaiki feri akan sampai di PD dan menaiki pesawat turundi LCCT. Dalam kontek jarak perjalanan Melaka lebih sesuai untuk mereka. Tapi jika servis kita lebih baik maka pesakit akan memilih kita. Jadi perlu diusahakan agar jumalah pelancong perubatan ini dapat dipertingkatkan.

Tren berubat di luar negara bukan lagi baru dan ianya sudah terjadi sejak lama. Thailan sekarang ini menjadi pilihan rakyat Amerika kerana kos yang jauh lebih murah. Perjalanan dari US akan mengambil masa lebih dari 12 jam dengan pesawat tetapi mereka sanggup terbang kerana kos rawatan di sana hanya 30 % dari kos di US. Ini penyebab utama. Cuma kos perubatan di NS apakah akan lebih murah dari di Indonesia tentu perlu di halusi secara mendalam kerana wang Indonesia jauh lebih kecil dari Malaysia. Tapi jika ribuan rakyat di sana sudah berubat di Melaka dan Pulau Pinang tentu potensi utnuk membawa mereka berubat ke NS tentu masih ada.

Bulan Jun rombongan dari NS akan dibawa MATTA untuk embuat kunjungan balas dan membuka pameran di ekspo Pekan Baru.Perjalanan akan di taja oleh Kerajaan melalaui jalan laut dan darat. Saya tak pasti lagi akan berangkat atau tidak kerana seperti yang saya sebutkan tadi bahasa jalan laut kurang selesa bagi saya. Lihat nantilah bagai mana.
Wassalam

Monday, May 17, 2010

Hari khamis selesai presentation paper , saya ke Beach road dulu untuk makan tengahari dan solat jama'zohor dan asar. kalau tidak nanti di airport tak ada tempat khusus. Pengalaman saya beberapa tahun yang lepas memang ada prayer room di airport tapi tempat tersebut terbuka untuk semua agama .Pernah satu hari bila nak solat zohor saya nampak ada seorang wanita mat salleh yang tengah beryoga. Dia beryoga dalam bilik prayer room bersama- sama dengan jamaah laki-laki yang nak bersolat. kami pun tak ambil pedulu , lantak hang lah nak buat apa. yang penting kami solat macam biasa. Oleh itu saya solat di jalan Sultan agar lebih khusuk dan afdal. Selesai solat saya langsung kembali ke marina bay Sand hotel untuk mengambil beg dan langsung berangkat ke airport. kebetulan yang memandu teksi tu laki-laki Cina yang cukup rajin bercakap. dia kata dia tahu banyak perkara kerana dia lulusan ekonomi. Dia tanya saya dari mana? saya jawab dari malaysia. Ya Malaysia saya tahu kata dia tapi jarang ke sana. sambil memandu macam-macam yang dia cerita dari maslah ekonomi sampai politik. Dia kata dia happy dengan apa yang dia buat dan dialah yang memberi tahu saya di Singapore terdapat 20,000 buah teksi. sebab itu katanya di jalan raya majoriti kerea adalah teksi. Saya tengok ada juga kebenarannya kerana waktu saya ke airport di sepanjang jalan penuh dengan teksi.

Sampai di airport baru jam 2.30 petang sedangkan flight saya jam 6 petang. saya langsung ke kaunter MAS untuk mendapatkan penerbangan awal. Petugas kaunter cukup ramah dan memberi tahu kalau nak cepat naik Silk air jam 4 petang. Saya langsung ke kaunter Silk air dan kebetulan ada pula tempat duduk yang kosong. Jam 4 petang saya terbang dengan Silk air. Saya lihat pesawat masih baik macam dulu. Terakhir saya menaiki Silk air adalah pada tahun 2003. Cuma yang berubah adalah uniform paramugarinya. semua wanita tak ada laki-laki macam MAS atau Yemen airline. Warna baju mereka hijau muda dan ketua paramugari warna merah nipis. Pelayan cukup ramah kerana memang dah terlatih. Saya masih ingat betapa kasarnya paramugari yang bertugas di Yemen air kerana mereka kesemuanya bukan rakyat Yemen tapi dari negara luar. Bila penumpang minta sesuatu malah di marah oleh mereka.Saya pun sempat marah juga kerana safety belt tak ada tempat penyangkuk. Saya minta pasang yang baru tapi tak ada alat ganti. Nasib baik ada tempat duduk lain yang kosong , jadi boleh pindahlah. inilah pengalaman di Yemen air sewaktu saya ke Sanaa yemen tahu lepas.
Banyak berjalan banyak pengalaman. Sebab itu agama kita menyuruh kita mengembara untuk melihat keunikan kehidupan ini.Bila dah jadi speaker di peringkat international dapatlah kita berjalan. kalau tidak siapa yang nak bayar ongkosnya.

Sampai di KLIA 50 menit kemudian. Perjalanan cukup lancar , begitu juga proses untuk mengambil beg.Saya lihat KLIA dah banyak berubah. Sekarang dah penuh dengan kedai untuk menjual berbagai macam barang. Dah sama macam Changi airport.

Conference kali ini memang banyak topik yang dibincangkan bermula dari leadership, hospital management, nursing, surgery dan berbagai lagi topik yang dibincangkan.Ada berpuluh kertas kerja yang dibincangkan.Rasa saya ada tujuh sub bahagian dengan terdapat bilik pameran untuk peralatan perubatan. Namun conference ini tak sebesar Arab health di Dubai yang menjalankan 28 concurrent seminar serentak dengan bilik pameran yang cukup besar.Jadi skala di Marina Bay masih kecil dibandingkan dengan Dubai.

Cukuplah dulu cerita tentang conference ni. Wassalam

Saturday, May 15, 2010

Waktu saya check in di KLIA saya menggunakan mesin otomatik. Jadi tak perlu beratur panjang. Agak pelik kemudahan yang sebegini tak ada di Changi Airport. Paspot kita juga pakai cek secara otomatik tapi di singapore masih pakai manual. Agak menghairankan kerana biasanya Singapore sangat terkedepan dalam soal teknologi ni. tentu ada sebab kenapa mereka memilih menggunakan cara konvensional.
Bila present paper lagilah pelik. Di atas rostrum kok tak ada lap top yang disediakan. Speaker cuma dibekalkan remore control dan bila buat presentation kena sentiasa melihat kepada skrin .Jadi teleng leher dibuatnya. Perkara ini sendiri di komen oleh Chairman pada hari pertama tapi hari keduapun macam tu juga. jadi pihak penganjur tak sensitif dengan komen ini. bila saya buat presentation pada hari kedua maka saya menyiapkan print out presentation saya dan saya gunakan untuk membacanya. Jadi tak perlu teleng leher melihat ke skrin. Jadi presentation saya lebih lancar dan saya lebih berkeyakinan membuat presentation.

Sambutan para peserta amat membanggakan.Lepas saya membuat presentation memang ramai peserta yang datang berbincang dengan saya dan ada yang memohon agar di emailkan summary presentation saya kepada mereka. Saya rasa amat di hargai kerana peserta datang dari seluruh pelosok dunia. Paling tidak mereka menghargahi speaker dari Malaysia.

Bila nak makan tengahari saya terpaksa naik teksi ke Beach road untuk makan di gerai milik orang Islam. Pelik juga kerana tambang yang dikenakan tak sama selama empat kali saya berulang alik ke tempat tersebut. Hari pertama saya pergi kena bayar Sing.dollar 5.20 , bila balik bayar Sing.dolar 7 . Besoknya waktu pergi kena Sing.dolar 6.40 tapi baliknya kena Sing.dolar 7.20 . Kesemua teksi menggunakan meter tapi kok harganya berbeza-beza. Mungkin jalan yang diikut tak sama. Entahlah saya rasa macam sama saja.
Teksi di Singapore ni memang menunjukkan skrin meter dan nama pemandu pada penumpang. Di tempat duduk ada disebutkan jika anda meminta jalan tertentu untuk sampai ke tujuan sila maklumkan pada pemandu. patutlah pemandu bertanya saya jalan mana nak ikut. Saya jawab terserah kamulah. Saya juga beritahu saya dari Malaysia bukan orang tempatan. Entahlah mungkin kerana dengar orang luar dia caj berlainan.

pemandu teksi semua speaking tapi ada juga yang boleh cakap Melayu. Pemandu pertama dan pemandu yang membawa saya ke airport boleh cakap Melayu. Malah yang terakhir ni boleh cakap Indon. Ya maklum pemandu teksi ramai jumpa berbagai jenis manusia. Tak hairan jika mereka boleh berbahasa berbagai jenis bahasa.

Semua pemandu teksi amat berbangga dengan mengatakan di Singapore sangat aman. tak ada jenayah dan penagih dadah kerana ketegasan undang-undang. Mereka kata mereka tenang tinggal di Singapore walaupun semuanya mahal.Saya tanya juga sering ek Malaysia ke? mereka jawab ada jugalah tapi tak selalu. Ada juga pemandu yang mempunyai saudara mara di Malaysia.

Insya Allah akhir Jun nanti saya akan ke Singapore lagi untuk present satu lagi kertas kerja. Dah rezeki nak jadi ingternational speaker.

Wassalam

Friday, May 14, 2010

Saya berangkat ke Singapore pada 11/5/10 pukul 4.30 petang menerusi penerbangan Malaysia Airline. Perjalanan lancar dan cuma mengambil waktu 50 menit. Biasalah dalam kapalterbang cuma di hidangkan secawan air minuman dan sepeket kecil kacang.Sampai di Changi lepas mengambil beg saya menaiki teksi. Tak lama menunggu cuma 5 menit teksi dah ada. Jumlah teksi cukup banyak. menurut keterangan pemandu teksi ada 20,000 buah teksi. wow cukup banyak. Pemandu teksi dari airport ke Marina Bay Sand hotel berasal dari Sg.Besi tapi dah menetap di Singapore dan menjadi warga negara Singapore. Dia kata masih boleh bertutur bahasa Melayu. Lebih kurang setengah jam saya sampai di Marina Bay Sand hotel.Tambang yang dikenakan adalah Sing Dollar 25 .Lebih kurang RM 70 .Rupanya hotel tempat saya menginap adalah hotel yang baru siap dan kompleh Marina Bay adalah komplek yang cukup canggih terdiri dari tiga Tower untuk hotel. Entah berapa ribu bilik saya kurang pasti. Di seberang jalan adalah komplek untuk Kasino dan konference. Kompleh ini keseluruhannya menelan belanja yang cukup besar. Kata pemandu teksi lebih dari Sing. dolar 100 billion. Entah betul atau tidak saya kurang pasti dan pemiliknya adalah Sand group yang katanya berasal dari USA.
Komplek ini mula dibuka pada 27 April iaitu beberapa minggu sebelum saya sampai.Saya ke sini di taja oleh penganjur konference Hospital Build Asia Conference 2010. Jadi dapatlah tidur di hotel mewah lima bintang secara percuma selama 2 malam. Wah hotelnya serba baru dan interior designnya sangat unik dan mengkagumkan. Dah rezeki nak dapat duduk free selama dua malam dihotel terkini dan mungkin tercanggih di Singapore.

Bila masuk ke dalam bilik hotel tak ada pula disediakan air minum. jadi terpaksa memasak dulu air . Nasib baik ada cerek letrik kalau tidak boleh kekeringan dibuatnya.Dalam hotel ada disediakan seterika untuk menggosok baju.Cuma biasalah di Singapore dalam bilik tak ada petunjuk arah kiblat. Nasib baik saya membawa kompas penunjuk kiblat.Memang kalau berpergian ke luar negara memang perlu membawa kompas untuk petunjuk kiblat.

Sampai di hotel pada waktu malam memang menyulitkan untuk mencari makan malam. Di hotel memang macam-macam ada tapi saya tak pasti makanan tersebut halal atau tidak.jadi malam tu makan mee segera yang dibawa bersama. Memang saya sengaja bawa mee segera dan sebuku roti sebagi persiapan untuk mengisi perut. Minum pagi pun macam tu juga saya makan roti dalam bilik kerana makanan di hotel yang tidak diketahui tentang halal atau tidak.

Saya langsung ke dewan konferen pukul 8 pagi untuk mendaftar sebagai speaker. Saya menjadi speaker pukul 12.30 tengahari dan sambutan dari peserta amat menggalakkan.Ada juga beberapa orang peserta yang meminta saya mengirimkan bahan tersebut melalui e mail kepada mereka.Makan tengahari saya terpaksa mengambil teksi ke beach road dekan jalan Sultan. di situ memang banyak gerai orang Melayu dan juga terdapat sebuah mesjid besar. Bila berada di situ terasalah macam di kampung sendir. tambang teksi ke Beach road pada hari pertama adalah Sing.dolar 5.20. Pemandu teksi adalah orang India, masih muda dan cukup mesra dengan pelnggan.

Besok kita sambung.Wassalam

Monday, May 10, 2010

Insya Allah besok petang saya akan terbang ke Singapura untuk menghadiri conference Hospital Build Asia di Marina bay.Saya telah dipilih oleh pihak penganjur untuk membentangkan kertas kerja pada 12/5 dan 13/5/10.Pada 12/5 saya akan mentangkan kertas kerja bertajuk selecting strategies to turnaround new hospital dan pada 13/5 bertajuk Enhancing business performance through Supply Chain management. Memang cukup teruja untuk membentangkan kertas kerja tersebut. Kebetulan dalam seminar ini hanya saya dari Malaysia sedangkan selebihnya adalah dari negara asing.Pada cenference terdapat 5 sub conference yang berjalan serentak di Marina Bay Conference. Saya menghadiri bahagian hospital management.

Pihak penganjur menyediakan kemudahan pengunapan selama dua malam di Marina Sand Hotel. Entah bagaimana rupanya hotel tersebut saya belum pasti tapi tentunya hotel lima bintang.Marina Bay adalah komplek yang baru siap dan merupakan salah satu mercu tanda Singapura.

Sebetulnnya ini adalah peluang kedua saya membentangkan kertas kerja di luar negara. Kali pertama adalah pada Januari lepas di Dubai. Kini saya diberi kepercayaan untuk membentangkan kertas kerja. Insya Allah akhir bulan june nanti satu lagi kertas kerja di Singapura dan akhir Julai juga di Singapura. nampaknya dah rezeki nak berulang alik ke Singapura.

Bila dah terpilih menjadi speaker di luar negara memang rasa seronok. Bagi saya presentation di luar negara adalah sangat subjektif. Tak ada betul atau salah. yang penting ikut konsep kita. kalau ada pertanyaan maka jawab ajalah ikut keyakinan kita. jadi tak perlu dirisaukan sangat. Yang susah tu nak mendapat kepercayaan pihak penganjur. Kalau mereka dah memberi kepercayaan maka peluang akan datang dengan sendir kerana mereka akan menawarkan kita untuk menjadi speaker.

Bagi saya perkongsian ilmu adalah amal jariah. Di samping itu kita membawa nama baik syarikat dan negara. Jadi banyak manfaat yang kita dapat.

Bila dah balik nanti saya akan coretkan di blog ini. Wassalam

Saturday, May 8, 2010

Semalam syarikat saya mengadakan festival bersama masyarakat di Rembau. Pada hari Sabtu diadakan ceramah kesihatan, ceramah kerjaya, pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan mata serta penglibatan pengusaha kecil membuka gerai pamiran.Sambutan amat menggalakkan dan dewan penuh dengan pengunjung.
Di sebelah malam diadakan forum perdana dengan tajuk kesihatan asas kebahagiaan. Saya adalah seorang dari ahli panel forum tersebut.Kehadiran masyarakat setempat amat membanggakan di mana dewan mencapai kapasiti maksimum.

Perbincangan berjalan lancar dan penuh dengan gelak ketawa kerana pengerusi forum dan ahli panel membincangkan topik secara selamba dan amat menarik.Saya dapat rasakan keseronokan dan kehangatan perbincangan dan peserta amat berminat mendengar hujah yang dikemukakan. Salah seorang dari ahli panel ada menyebut bahawa dalam hidup ini manusia akan dapat empat perkara.Pertama kita akan dapat apa yang kita tak suka. Dia memberi contoh tentang dirinya. Dia ni anak Negeri sembilan dan isteri dia anak terengganu. Dia pada mulanya memang tak suka anak terengganu tapi akhirnya berkahwin dengan orang terengganu, jadi katanya padan muka dia. Isteri dia pula tak suka dapat anak Negeri sembilan tapi akhirnya dapat suami orang Negeri Sembilan, jadi padan muka isteri dia. Itu penjelasan yang diberikan oleh ahli panel tersebut.Sudah tentu ulasan yang sebegini menimbulkan gelak ketawa para penonoton yang hadir. Yang kedua kita tak dapat apa yang kita hajat.Memang dalam didup ni macam tu . Banyak benda yang kita hajati kita tak dapat. Yang ketiga kita dapat apa yang kita hendak.Tentunya perkara ini akan sangat mengembirakan kita. Dan yang keempat kita tak dapat apa yang kita tak hendak. Jadi perkara yang ketiga dan keempat tentu tak menimbulkan apa-apa masalah kepada kita tetapi perkara pertama dan kedua akan menimbulkan masalah kerana bertentangan dengan hajat di hati kita. Jadi sebagai insan kita kena faham hakikat ni dan menerimanya dengan hati yang rido.
Ustaz juga ada menceritakan pengalanan dia menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang bergolak.Mmaklumlah dia sekarang sebagai ketua di bahagian pendaftar perkahwinan dan cerai. Dia menceritakan satu kes di mana seorang wanita berumur 65 tahun datang ke pejabat beliau mengadu untuk menuntut fasah dari suaminya. Bila ditanya umur suami berapa , maka dia kata 75 tahun. Jadi ustaz tergamam dan bertanya lagi kenapa dah berpuluh tahun hidup bersama tiba-tiba nak minta cerai.Wanita tadi kata dia dah tak tahan dengan perangai Dato Seri. Ustaz tanya lagi perangai apa yang dia tak tahan. Kata wanita tadi Dato seri ni sangat kedekut pada isterinya. Katanya si suami mempunyai simpanan tunai RM 80 juta tapi kedekutnya pada isteri luar biasa. Pernah satu hari duit dia sebanyak lima puloh sen terjatuh dan diambil oleh isteri. Tapi malangnya Dato seri tadi minta balik duit lima puloh sen tersebut. Sebab itulah sang Datin Seri dah tak tahan langsung mengadu ke pejabat untuk menuntut cerai. Saya pun tak pasti sama ada cerita yang beliau sebutkan tu memang kes benar atau sekedar lawak jenaka. Mungkin lain kali kalau jumpa dengan beliau lagi saya akan dapatkan kepastian cerita tersebut. Satu lagi kes yang beliau sebut adalah tentang seorang suami yang sudah berumah tangga selama lebih 40 tahun tapi datang ke pejabat mengadu ingin menceraikan isterinya. Bila di tanya kenapa dia sebut yang dia tak tahan dengan isterinya yang masam. Dia kata dah berpuloh tahun memendam rasa dengan wajah isterinya yang sentiasa masam bila berhadapan dengan beliau.Kadang-kadang masalah ini pun terjadi pada kebanyakan orang. Bila dah lama berumahtangga kita mengambil sikap sambil lewa. Nak senyum dengan suamipun susah. nak bersedekah dengan isteripun sangat susah sampai seperti tangkai jering. Tapi kalau senyum dengan orang lain, kalau belanja orang lain bukan main lagi apa lagi dengan orang yang berlainan jenis.Sebab itu krisis rumah tingga terjadi.
Jadi konsep kebahagian itu dihuraikan dengan mendalam oleh ahli panel. Di samping kepentingan mempunyai kesihatan fisikal yang optimum, manusia juga perlu mengerti arti kebahagiaan secara holistik yang merangkumi mental, emosional dan spiritual. Kita kena faham tujuan hidup dan matlamat sebenar yang akan dicapai.
Syarikat tempat saya bekerja dah enam kali mengadakan festival bersama masyarakat bermula tahun 2005 apa bila hospital tempat saya bekerja mula beroperasi. Insya Allah tahun depan kami akan mengadakan program yang sama di Tampin . Bila ini selesai maka lengkaplah keliling 7 daerah di Negeri Sembilan. Walaupun namanya Negeri Sembilan tetapi jumlah daerah yang ada cuma 7 daerah sahaja bukan 9 daerah.
Wassalam
Hari ini saya berjaya menerbitkan sebuah buku tentang Kerjaya Sebagai Ahli Farmasi". Buku ini walaupun ringkas tapi cukup lengkap dan boleh dijadikan panduan jika ingin menceburi kerjaya Sebagai Ahli Farmasi. Buku ini saya terbitkan dalam jumlah yang amat terbatas kerana kos percetakan adalah atas biaya saya sendiri.
Maklum buku ini adalah buku saya yang pertama. Bayangkan setelah berumur 54 tahun baru buku pertama ini dapat saya terbitkan. Artinya mulai hari ini saya sudah terdaftar dengan ISBN sebagi seorang penulis buku. Soal kualiti buku biarlah pembaca yang menilainya.Baru saya tahu setelah mendapat kelulusan dari ISBN penulis diwajibkan menyerahkan lima salinan buku untuk disimpan oleh ISBN.

Adalah bebrapa unit yang dapat dijual hari ini. Mudah-mudahan pada masa yang akan datang buku ini dapat dijual secara beransur-ansur bukan untuk mencari untung tetapi untuk mendapatkan modal kembali dan mencetak dalam jumlah yang lebih banyak pada waktu yang akan datang. Ilmu yang ditinggalkan InsyaAllah pahalanya akan mengalir terus sehingga kita berada di alam barzah. Ini motivasi yang mendorong saya untuk menulis buku ini dan InsyaAllah lebih banyak buku di waktu yang akan datang.

Cita-cita untuk menerbitkan buku memang dah lama ada tetapi belum menemui penerbit yang sudi.Berkat kesabaran akhirnya dapat juga saya menerbitkan sebuah buku walaupun dengan kos sendiri.Cukup merupakan satu kepuasan yang ternilai. Hanya mereka yang pernah melaluinya akan merasakan nikmat ini...

Perjalanan masih jauh jika di izin Tuhan untuk hidup lebih lama. Insya Allah sebelum hujung tahun ini saya akan menerbitkan satu lagi buku tetapi kali ini tentang manajemen hospital jika diizinkan oleh Bos . Harap-harap diizinkan kerana buku ini sudah hampir siap untuk di edit. Dalam benak ni ada dua lagi tajuk yang difikirkan sesuai tetapi tentunya pada tahu hadapan.


Kalau kita fokus dan komited tentu kita mampu menjadi penulis. Sekarang inipun saya dah menjadi penulis tetap di blog saya sejak Oktober tahun lepas. InsyaAllah akan berterusan.

Jika nak dibandingkan dengan orang Barat, pasaran buku di negara kita masih terbatas kerana minat orang kita untuk membaca sangat rendah.Jarang kita melihat orang kita yang membaca buku sambil menunggu kapalterbang, dalam kapal terbah atau diperhentian bas. Masih lumayan jika masih mahu membaca surat khabar. Orang barat atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh tak lekang buku ditangan mereka. Buku apa yang dibaca kitapun tak pasti tapi yang pasti mereka membaca.Saya perhatikan masyarakat kita lebih suka tidur, termenung entah apa yang difikirkan atau main game play station.

Tren anak muda tentu bermain komputer tapi bila saya intip banyak yang bermain game. Ada juga yang membaca internet tapi bahan apa yang dibaca kita tak pasti.

Mudah-mudahan usaha saya yang kecil ini akan di berkati Allah dan lebih mendorong saya untuk berkarya terutama dalam bidang kerjaya dan pengurusan hospital swasta.
Wassalam

Thursday, May 6, 2010

Apa puncanya seseorang itu sukar nak senyum. Apa puncanya dia lebih suka bermuka masam dan tak ada perasaan pada orang lain. Mungkin dia senang dengan cara itu. Kenapa staf tak pandai nak minta izin , mengucapkan terima kasih pada pesakit. Kenapa susah sangat nak melakukan benda ni.

Saya beranggapan puncanya adalah dirumah. Dalam rumahtangga mereka tak pernah diajar bagaimana nak senyum dengan orang lain, macam mana nak berterima kasih. Apa mungkin ada keluarga yang sebegini. Entahlah. Tapi kalau anak-anak jarang melihat ayah tersenyum dengan emak, begitu juga emak tersenyum dengan ayah. Anak mungkin jarang melihat ayah mendakap dan memeluk emak dan sebaliknya. Mereka juga tak pernah didagap oleh ayah dan ibu. Kehidupan di dalam rumah amat kaku dan tak mesra.Kenapa seorang suami tak mahu memeluk dan mendakap isteri sendiri sebaik sampai di rumah. Kenapa anak-anak tak mahu mendakap ibu ayah bila sekali-sekala balik ke rumah. Susah sangat ke nak mengamalkan perkara ini.Susah sangat ke nak mengucapkan salam bila sampai dirumah.

Amalan memeluk dan mendakap pasangan setiap kali balik kerumah tentu akan menghangatkan cinta kasih suami isteri. Begitu juga pelukan ibu bapa pada anak-anak akan menimbulkan kehangatan hubungan antara orang tua dengan anak-anak. Saya yakin keluarga yang lahir dari suasana yang mesra ini akan mudah mesra dengan anggota masyarakat yang lain.Ketenangan dan keharmonian dalam ruamahtangga akan membe ntuk sifat kasih sayang.Kenapa kita tak memulakannya.

Malam ni bila tengok TV saya dapati ada dua iklan tentang ubat-ubatan yang katanya ubat tradisional .Kenapa iklan yang sebegini dibenarkan begitu sahaja tanpa ada larangan atau izin khusus. Kalau ubat-ubatan moden tak boleh diiklankan tetapi kenapa ubat yang katanya ubat tradisional boleh diiklan sesuka hati di TV, surat khabar dan radio. Macam mana undang-undang yang ada ni. Kita pun tak pasti kenapa ubat yang katanya tradisional mendapat layanan yang amat istimewa berbanding ubat moden. Bukankah semua kita bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan moden bila kita sakit?

Undang-undang di hospitalpun begitu juga. Hanya hospital swasta yang perlu mematuhi undang-undang yang dibuat khusus untukmengawal hospital swasta sedangkan hospital kerajaan dikecualikan. Inilah yang kita tak pasti kenapa perkara ini masih berlaku. Jadi ada dua standar yang digunakan. Satu untuk hospital swasta dan satu untuk hospital kerajaan. begitu juga dengan ubat ada dua standar. Satu untuk ubat moden dan satu yang katanya ubat tradisional.

Wassalam

Wednesday, May 5, 2010

Hari ni saya menghadiri kursus di JB.Waktu nak balik ke Pasir Gudang jalan jem gila. Lebih setengah jam jalan macam semut. Rupanya tengah jalan ada lori rosak.Highway PG ni memang macam tu.Jika ada kereta rosak atau kemalangan maka jem akan berkilo. Waktu nak masuk PG disebelah kanan jalan kereta mulai sesak dari PG ke JB. Kalau lewat jam 5 petang memang jem gila dari PG ke JB. Rasanya dah sampai masanya dibuat jalan alternatif. Kalau tidak selamanyalah masalah ini akan berterusan.

Banyak syarikat yang menjalankan perkhidmatan berbentuk services sekarang sibuk melantik consultant untuk melatih staf bagaimana nak menyambut pelanggan. Nak senyumpun kena ajar. nak ajar macam mana mengucapkan terima kasihpun sulit. Jadi yang banyak buat duit adalah training consultant. Dalam agama kita senyum itu sedekah.Tapi rata-rata kita sekarang sulit sangat nak senyum. Entah apa masalahnya kitapun tak tahu. Kalau di hospital lagilah perlu banyak senyum dan bertuturkata dengan perkataan yang menyenakkan hati. Tapi yang terjadi staf masam semacam.Hari-hari pesakit akan komplain staf masam mencuka. Ada yang mengungut nak masukkan dalam surat khabar kerana geram sangat. Training oleh consultan bukannya murah, ratusan ribu ringgit dan waktunya pula berbulan -bulan.

Masalah ini adalah masalah generasi.Kalau dulu kita mudah memberikan senyuman tapi kini generasi muda lebih bersikap tak ambil peduli dengan orang lain.Jumpa orangpun buat tak nampak aja. Ini yang memeningkan kepala kita.Orang yang sakit ni memang amat sensitif dan memerlukan layanan yang sempurna dari staf.Kalau staf masuk bilik pun tak ketuk pintu, apa lagi tak beri salam sudah tentu pesakit akan komplain.Nak beri ubatpun tak minta izin, tak beri penjelasan tapi main cucuk aja. Itulah antara beberapa aduan yang kita terima

Di jalan raya keadaannya lebih stress. Nak melintas jalan sekarang terpaksa main sorong aja kereta kalau tidak alamat tak akan lepas kerana tak ada yang nak memberi laluan. Saya memang dah kebiasaan dari dulu akan memberi laluan bila kita lihat patut berbuat demikian. Mungkin kerana tabiat ini saya sering mendapat laluan bila amat memerlukannya. Saya yakin Allah akan mempermudahkan kehidupan kita bila kita juga mempermudah kehidupan orang lain.

Memang tanggungjawab generasi tua semakin berat untuk melatih anak-anak kita supaya bersopan dan sentiasa menghormati orang. Di sekolah pun pendidikan ini perlu diperkasa begitu juga di Perguruan Tinggi. Jika hanya akademik yang diutamakan maka seluruh masyarakat akan mengalami kesulitan nanti bila anak-anak ini mula memasuki bidang pekerjaan dan memberikan perkhidmatan pada masyarakat.
Mari kita mulai dari rumah kita dan orang-orang yang ada disekitar kita.

Wassalam

Tuesday, May 4, 2010

Petang tadi saya berangkat dari Seremban ke Pasir gudang Johor. Perjalanan cukup lancar kerana tak banyak kenderaan. Ada jugalah hujan turun sekejap-sekejap, cukuplah untuk mengotorkan kereta.Pertengahan jalan saya nampak lori trelar terbalik masuk longkang besar. Nampaknya kecelakaan parah kerana lori terbalik dan dindang lori habis bertaburan. Tak lama lepas tu kereta bomba tiba. Mungkin pemandu atau penumpang lori tersepit. Macam tulah keadaan di lebuhraya. Kemalangan biasanya kerana terlanggar pembatas jalan, masuk longkang atau gterlanggar belakang kenderaan di hadapan.Puncanya tak ada siapa yang tahu. di sepanjang jalan tak ada speed trap, tak tahulah kalau nanti ada saman ekor. Yang pasti di sepanjang perjalanan ada dua kereta peronda yang menahan beberapa buah kenderaan termasuk lori. Nak masuk ke Pasir gudang ada pula polis bermotor yang menahan dua buah lori. Tak tahulah kesalahan apa yang mereka lakukan.

Keadaan pada waktu selepas magrib cukup sibuk di Pasir Gudang ni. Cuma empat bulan saya tak balik ke sini ternyata banyak perubahan yang berlaku. Beberapa taman perumahan yang dulunya baru siap kini dah penuh penghuni. Sebab tu jalan mulai sesak.Stesyen minyak kalau dulu cuma ada satu tapi kini dah ada tiga. Hospital swasta kalau dulu cuma ada satu kini sebuah lagi hospital swasta yang lebih besar sedang di bina. Mungkin dua tahun lagi akan siap dan akan menjadi pesaing sengit terhadap hospital swasta yang ada sekarang. Di kawasan seri Alampun dah dibuka satu lagi hospital swasta. Jadi kemudahan untuk mendapatkan rawatan bagi penduduk di Pasir gudang dah meningkat.

Sekarang musim anak-anak kita di universiti menduduki pemeriksaan semesta.Jadi bertungkus lumuslah mereka. Yang rajin tu tentunya akan menikmati hasil kejayaan mereka. Yang malas macam biasa tak akan lulus. Kalau luluspun cukup makan paras hidung. Emak bapa sekarang ini ternyata lebih stress dari anak-anak. Lihat saja persiapan yang dilakukan oleh emak bapa untuk peperiksaan UPSR. hantar tusyen sana sini dan sanggup belanja sakan. Itu baru peperiksaan darjah enam.Ada seorang doktor yang bercerita pada saya tentang satu kisah. Seorang ayak yang seperti kehilangan pertinbangan kerana anaknya patah kaki sebulan sebelum ujian UPSR. Si ayah terjerit terlolong, mengamuk tak tentu pasal dan menyalahkan Tuhan kenapa hal itu terjadi pada anak dia. Dia kata dia sudah berbelanja besar untuk mempastikan kejayaan anaknya tapi sebulan sebelum peperiksaan anak ny apula patah kaki. Saya tak pasti cerita selanjutnya macam mana. Orang yang beginipun ada di zaman ini. Setakat UPSR masih belum sampai ke mana.Yang menetukan arah perjalanan anak kita adalah peperiksaan SPM kerana selepas itu nanti mereka akan masuk matrikulasi, diploma , STPM atau tak sekolah lagi. Yang mampu menyambung pelajaran mungkin 20% sahaja.Selebihnya akan mula mencari pekerjaan. Di sinilah sepatautnya kita berbelanja lebih untuk mempastikan kejayaan anak kita dalam peperiksaan. Setelah UPSR masih ada PMR dan setelah itu baru SPM. Lepas matrik kalau nak masuk jurusan perubatan, Farmasi atau kedoktoran gigi di IPTA perlu dapat 4 flat atau semua A dalam mata pelajaran Matematik, Kimia ,Biologi atau Fisik. Kalau tak dapat alamat melepaslah gigit jari. kalau dapat 2A 1 B bolehlah dimasukkan ke IPTS tapi belanjanya cukup besar dan tak ramai yang mampu.

Mari kita berdoa agar anak-anak kita berjaya. Kalau kurang dalam bidang akademik masih ada bidang lain yang boleh mereka ceburi. Yang penting galakan, doa dan dorongan dari ibu bapa. Jangan kita memperkecilkan anak kita kerana itu akan menyakitkan hati mereka dan boleh menggelapkan masa depan mereka nanti.
Wassalam

Saturday, May 1, 2010

Farmasi berasal dari perkataan Greek Farmacon yang berarti penyembuh(remedy).Farmasi juga berkait dengan perkataan Mesir ph-ar-maki(pengurniaan keselamatan).
Secara lengkap farmasi berarti:
1. Kemahiran menyediakan dan mendispen ubat
2.Tempat di mana ubat-ubatan dijual, disimpan.Ia juga disebut apoteker(apothecary)


Sejarah farmasi ini dimulai 80,000 tahun yang lalu di Mesopothenia, Mesir dan Cina. Masyarakat mereka pada waktu itu telah mula menggunakan berbagai jenis flora untuk dijadikan ubat-ubatan.Malah telah mula digunakan proses kimia untuk mengekstrak kandungan yang ada pada tanam-tanaman.
Yang baru tentunya bidang farmasi di negara kita.Sebut saja farmasi orang akan menjadi keliru.Sebab itu pemisahan dispensing dan preskripsi ubat oleh doktor masih belum berlaku.Klinik-klinik masih dibenarkan menyimpan ubat dan doktor akan menjual secara langsung ubat tersebut kepada pesakit.

Di Mesir ahli farmasi memang setraf dengan doktor perubatan. Sebab itu ahli farmasi juga dipanggil dengan panggilan doktor oleh masyakat.Mereka bebas menjual ubat-ubatan kepada pesakit kerana memang dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian.Peranan ahli farmasi di negara kita sangat terbatas. Kalau kita ke premis farmasi kitapun tak perasan yang mana satu ahli farmasi dan yang mana satu jurujual. Memang tak dapat dibezakan kerana mereka tak menggunakan identiti khusus.Bila hal ini terjadi masyakat tidak meminta penjelasan lanjut dari ahli farmasi tentang ubat-ubatan yang mereka beli. Mungkin mereka menyangka jurujual yang membekalkan ubat tersebut. Salah kita juga kerana ahli faramsi tidak menggunakan identiti khusus.Mungkin kalau mereka pakai lab coat atau tanda nama pada baju mungkin masyarakat akan tahu yang mereka adalah ahli farmasi yang boleh memberi kaunseling.
Makan ubat memang mudah tapi kita perlu tahu peraturan untuk memakannya. Contoh telah saya berikan dalam tulisan saya sebelum ini di mana pesakit yang diberikan prazosin hampir jatuh pengsan setelah mengambil ubat tersebut. Dia tak pernah diberitahu tentang kesan yang disebut postural hypotension.begitu juga dengan ubat tidur yang boleh mendatangkan kesan hanging over effect untuk tempoh waktu antara 24 sampai 48 jam. Kesan ini akan menyebabkan pesakit merasa seperti khayal dan tidak berpijak dibumi nyata.
Ubat yang sering dibeli dari premis farmasi tentunya ubat batuk dan selsema. Ubat ini pada umumnya mengandungi antihistamin. Antara kesan sampingan yang paling ketara adalah rasa mengantuk setelah memakan ubat yang berkenaan. Jika memandu kereta tentu akan mendatangkan bahaya dan boleh menyebabkan kemalanagan. Tapi apakah pesakit diberi peringatan tentang kesan ini sewaktu membeli ubat di kedai farmasi atau dari klinik doktor.
Setakat ini belum ada kajian tentang perkara ini. Apakah kecelakaan yang terjadi mungkin disebabkan faktor pemandu mengantuk kerana mengambil ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan ini. Tak ada siapa yang tahu.Cuma masalahnya adalah siapa yang akan membuat kajian ini.

Sebagai pengguna sepatutnya kita bertanya lebih lanjut kepada doktor atau ahli farmasi kesan sampingan ubat-ubatan yang bakal kita makan. Begitu juga doktor dan ahli farmasi atau pembantu farmasi yang akan mendispen ubat-ubatan tersebut memberi peringatan kepada pesakit.

Di hospital yang terakreditasi memang dituliskan label peringatan ini. Begitu juga hospital-hospital milik kerajaan. Bagaimana pula dengan ubat -ubatan yang didispen oleh klinik-klinik persendirian. ? atau hospital-hospital swasta yang tak terakreditasi?

Entahlah kitapun tak pasti tentang perkara ini.

Sewaktu conference yang saya hadiri baru-baru ini saya sempat menghadiri mesyaurat Agung Persatuan Kualiti. Sewaktu perbincangan terjadi sedikit ketegangan kerana ada beberapa orang doktor yang memiliki klinik persendirian tidak bersetuju jika akreditasi ini diwajibkan keatas mereka. Mereka amat bimbang jika mereka nanti terpaksa memperbaiki klinik dan mengambil staf yang lebih berkelayakan untuk bekerja. Tentunya yang mereka takutkan adalah soal kos yang akan dikeluarkan. jadi mesyuarat menjadi riuh rendah. Akhir dibuat kesimpulan bahawa Persatuan kualiti tak ada kuasa untuk menguatkuasakan pematuhan kepada sistem kualiti. Yang ada kuasa tentunya kementerian. Jadi mereka yang membuat bising tersebut rupanya tersalah pilih forum untuk mengemukan ketakutan mereka.
Bagi saya jika kita menganggap diri kita sebagai professional sepatutnya kita bersikap terbuka. Sistem akreditasi klinik adalah jalan untuk mencapai tahap kualiti minima untuk memberikan rawatan yang selamat kepada pesakit. Ianya bukan tahap maksima. Jika akreditasi tak ada maka tahap minimapun kita tak pasti dicapai atau tidak.

Sebagai pengguna kita mesti bijak memilih tempat rawatan. Jangan ambil ringan. Pilihlah tempat yang kita rasa boleh memberikan rawatan terbaik bagi kita. Macam membeli barang dipasar pilihlah tempat yang bersih dan menjual bahan dan barang yang bermutu.
Wassalam
Hari ini adalah hari buruh.Yang penting hari ini cuti umum.Jadi banyaklah yang mengambil kesempatan untuk balik kampung dan mengadakan kenduri kendara. Jiran saya ada dua orang yang melaksungkan pertunangan pada hari ini.Lepas solat Zohor jemaah surau langsung dijemput untuk menbaca doa selamat. Dah macam nilah tradisi masyarakat kita. Musim bertunang dan berkahwin sekarang ni dah tak perlu lagi menunggu cuti sekolah macam dulu.Masak memasak pun dah tak payah sebab pakai catering.Yang penting ada duit semuanya beres.
Semalam lebuhraya dari KL ke seremban sesak gila .Minggu lepaspun macam tu. Jalan dua lane dah jadi tiga lane tapi jem tetap macam tu, gila habis.Puncanya kereta semakin banyak. Staf biasapun dah pakai kereta.Jadi sampai bilapun tempat parking tak akan cukup dan jalan raya akan menjadi semakin sesak. Pengeluar kereta tempatanpun ada KPI juga nak tingkatkan pengeluaran.Makin tinggi target jualan makin sesaklah jalan raya. Lain macam negara Jerman dan Jepun. Mereka keluarkan kereta untuk ekspot dan hanya sedikit untuk kegunaan dalam negeri.Nak buat macam mana , terima sajalah.

Beberapa hari yang lalu saya ada terbaca sebuah rencana dalam Yahoo tentang beberapa jenis pekerjaan yang mempunyai stress yang tinggi.Yang paling tinggi stressnya adalah bekerja sebagai anggota BOMBA, kemudian CEO syarikat , diikuti pemandu teksi dan anggota polis. Itu di Amereika , bagaimana pula di negara kita. Di Amerika bila hutan dah terbakar, kesannya luar biasa. Berbulan-bulan baru padam dan ramai anggota BOMBA yang tercedera. Hutan mereka bukan macam hutan kita. Nak padam bukan cukup menggunakan kemudahan di darat tapi perlu ada kemudahan dari udara .Itupun masih sulit nak dipadamkan. Kerjanya memang stress.
CEO syarikat tentulah stress gila. Kat sinipun sama. Kalau KPI tak capai alamatlah kerja tak kekal lama. Silap-silap kena pecat apa lagi kalau bekerja disyarikat besar milik International.Silap sikit boleh masuk ke dalam. Dah berapa ramai CEO yang kena tahan dan dibicarakan atas berbagai tuduhan.

Bawa teksi tentunya amat memenatkan. Waktu saya sering berulang alik dari KLIA dulu saya sering bertanya kepada pemandu teksi airport. kebanyakan mereka memang mengeluh kerja penat dan terpaksa kejar trip. Tuan punya kereta tak mahu tahu.Yang penting sewa harian mesti dibayar. Kerja tak kerja itu urusan pemandu.Kalau duit tak masuk teksi akan di tarik balik.Kata mereka lagi , yang paling menyakitkan adalah sebarang kerosakan pemandu teksi perlu tanggung sendiri.Ada tak ada duit itu urusan sendiri.

Bagi saya stress atau tidak tergantung tahap minda kita. Kalau kita boleh menyerap semua stress yang datang dengan cara yang bijaksana maka ianya tidak akan membebankan. Semuanya itu adalah pesepsi diminda kita sahaja. Ada orang kalau dimarahpun tak meninggalkan kesan. Pokoknya masuk kanan keluar kiri, tak ada kesan langsung. Ada orang yang super sensitif. Marah sikit makan ke dalam hingga memendam rasa.
Kita perlu bijak mengawal emosi dan rasa.Perlu diusahakan untuk menyerap segala tekanan yang datang. Yang penting apapun masalah yang datang perlu diselesaikan dengan bijaksana. Jangan disimpan dalam hati hingga mengganggu ketenangan hidup kita. Hubungan baik dengan pihak atasan dan rakan sejawat perlu dijaga dengan baik. Kalau kita tak mampu menyelesaikan masalah ini maka kita akan sentiasa menghadapi masalah. Sikap hormat dan bertoleransi adalah kunci dalam hal ini.

Hidup berumahtanggapun boleh jadi stress gila jika tak diuruskan dengan baik.Ada kawan saya yang cerita , bila isteri dia mula berleter diapun ambil kunci kereta dan cabut dari rumah.Dia kata kalau ditunggu nanti terjadi pertengkaran dan masalah lebih besar akan timbul.Sebab itu kebelakangan ini banyak berita di akhbar yang melapurkan terjadi perkelahian suami isteri hingga terjadi pumbunuhan. Saya rasa resepi kawan saya ni baik juga.Kalau tidak bila isteri berleter kita diam aja. Tak usah komen apa apa. Pekakkan telinga dan telan saja apa yang didengar. Paling lamapun dia nak berleter adalah setengah jam. Lepas tu diamlah dia. Rasulullah dulupun macam tu. Bila isteri-isteri baginda berleter baginda akan diam sahaja.Tapi berapa ramai diantara kita yang mampu melakukan ini. Kalau nak menjaga keharmonian rumagtangga kuncinya adalah sikap sabar dan toleransi. Bukan senang nak menyatukan dua orang insan yang berbeza faham, latarbelakang dibawah satu bumbung. Kalau waktu bercinta semuanya indah tapi bila dah kawin baru tahu.

Wassalam