Monday, November 29, 2010

Hari kedua berada di bandung kami menyewa kereta untuk kegunaan sehari. Caj yang dikenakan adalah Rp 400,000. tempat pertama yang kami tuju adalah tangkuban perahu. Perjalanan mengambil masa dua jam kerana jalan agak jem. Sampai di tangkuban perahu macam biasalah berhenti lihat kawah di atas dulu. lepas ambil gambar beberapa keping kami didatangi oleh seorang hamba Allah yang mengaku pemandu pelancung dan untuk meyakinkan kami dia menunjukkan kad nama. Saya yakinlah yang dia ni memang pemandu pelancong resmi. Kemudian kami di bawa ke dalam pejabat yang mempunyai sedikit maklumat tentang gunung ini. Kami di tawarkan untuk turun ke bawah melihat kawah yang mempunyai air yang masih mendidih. Katanya boleh masak telur ayam. Saya tanya berapa kos untuk membawa kami turun. Dia kata cuma Rp 200,000 dan dia mendakwa lebih murah dari menggunakan khidmat pelancung yang disediakan oleh pejabat. Sayapun bersetuju dan kami bertiga beranakpun mula turun. Bila kami mula saja turut kami diikuti oleh tujuh orang laki-laki yang entah mana datangnya. Mereka mengaku peniaga barang perhiasan. Tanpa memikirkan apa-apa kamipun diam saja dan membiarkan mereka mengikut kami. Saya tak pernah terfikir yang akhirnya kami akan dipaksa secara halus untuk membeli barang dagangan mereka dengan harga yang tak masuk akal. Perjalanan mengambil masa 45 menit dan mereka memang memimpin anak bungsu saya turun ke bawah dan sepanjang perjalanan macam-macam lah mereka bercerita. Kami gembira juga mendengar celotehan mereka. Sampai di bawah mereka memasakkan beberapa biji telur yang sempat saya beli di pertengahan jalan. Mereka juga mengurut kaki saya serta kaki anak kecil saya sambil merendamkan kaki dalam air yang suam-suam panas. Air itu jelas mengandung belerang dari pada baunya. Saya relax saja melayan kerenah mereka. Bila dah selesai maka kesemua mereka meminta kami membeli barang dagangan yang mereka bawa. Harga sekotak pen yang biasanya boleh dibeli dengan harga Rp 10,000 di Jakarta dikenakan caj Rp 300,000 .>Begitu juga harga tasbih kecil Rp 350,000. Wah sahlah kami dah mula diperas secara halus. Saya katakan ini rompakan disiang hari. Saya berkeras juga dan akhirnya dipaksa secara halus membayar sejumlah harga yang saya rasa cukup mahal. Kalau nak dikira dalam ringgit memang tak seberapa tapi cara mereka mengenakan kami tu memang saya tak suka dan saya tak ikhlas. Kalau mereka berterus terang dari awal saya tak keberatan tapi saya menganggap mereka semuanya penipu. Jadi bagi yang belum pernah ke tangkuban perahu berhati-hatilah dan mesti bertegas dari awal dan jangan benarkan mereka mengikut kita turun. nanti pasti akan diperas untuk membeli barang bawakan mereka yang harganya tak masuk akal. Pemandu pelancung juga berbelit cakap. Bila saya bayar Rp 200,000 dia kata ini untuk satu jam saja pak, sekarang dah lebih dari satu jam kena bayar lebih. Wah lagi saya menyirap darah dan memang sah dah mereka ni menipu secara halus.

Selesai tangkuban perahu kami ke Ciater lihat tempat permandian dan kolam ikan. Lepas tu singgah makan tengahari di Kampung daun. Tempat makan ni memang eksklusif dan menyeronokkan. Kebanyakan pengunjungnya adalah orang-orang dari malaysia. Tempat ini terdiri dari beberapa rumah kayu yang dibuat khusus untuk 6 orang makan. memang cantik tempatnya yang dikelilingi oleh pepohon menghijau. Di belakang ada sungai kecil mengalir. Kalau malam hari pasti cantik sekalai. Makanan di sini emang enak dan saya cukup puas hati. Jadi saya rasa berbaloilah makan di sini tak seperti kena tipu di tangkuban perahu.
Sampai jumpa , wassalam

Saturday, November 27, 2010

Dah dua minggu tak dapat update blog kerana masalah teknikal. Perkara ni dah terjadi dua kali pada saya. Tiba-tiba blog tak boleh dibuka kerana paswword yang biasa digunakan tak valid lagi. akhirnya dengan bantuan staf IT saya dapat mengekses kembali blog.
Dari 18 hingga 25 November saya sekeluarga berada di Indonesia. Saya, isteri dan anak bongsu berada di Jakarta dari 18-22 November.Kemudian hari minggunya sewa kereta dari Jakarta untuk pergi ke Bandung. Perjalanan mengikut highway cuma 2.30 jam tetapi kami sengaja mengambil jalan lama mengikut puncak. Saya sengaja ikut jalan ini untuk mengingat nostalgia 28 tahun yang lalu sewaktu menetap di Bandung. Dulu inilah jalan yang ada dan saya sering menaiki teksi 4848 kerana pada waktu itu teksi yang amat popular adalah 4848. Saya ingat lagi waktu tu warna teksi mereka adalah kuning tetapi kini dah di tukar menjadi warna biru. Rupanya syarikat ini masih bertahan tetapi bukan lagi menjadi yang terbesar kerana dah banyak pesaing. Kalau boleh bertahan untuk jangka waktu yang lama sudah merupakan rekod tersendiri kerana bukan banyak syarikat yang mampu bertahan begitu lama.
Di Puncak kami singgah makan tengahari di sebuah restoran yang sangat popular. Saya masih ingat lagi tempat itulah dulu saya sering mampir untuk makan. menurut pekerja restoran berkenaan tuan punya restotran yang asal dah meninggal tapi kini diuruskan oleh ahli warisnya. Perjalanan mengikut puncak memakan waktu 4 jam. Nampak tak banyak perubahan disepanjang jalan kerana sumber pendapatan penduduk adalah melalui pertanian. Yang jelas kelihatan adalah banyak restoran yang sudah muflis kerana dah tak banyak pengunjung seperti dulu kerana kebanyakan orang lebih suka mengikut highway. Jadi sepilah restoran-restoran berkenaan sehingga banyak yang gulung tikar.

Sampai di Bandung kami langsung ke Cibaduyut untuk mencari kasut kulit. Tempat inilah yang paling popular untuk bahan-bahan dari kulit terutama kasut. Saya antara ingat dan lupa dengan jalan-jalan di Bandung kerana dah 28 tahun ditinggalkan. Nama Cibaduyut ni memang masih saya ingat tetapi saya tak pasti tempatnya di mana. Saya dan isteri sempat membeli beberapa pasang kasut kerana harganya jauh lebih murah jika di bandingkan dengan Malaysia.

Lepas penat berbelanja kami langsung pulang kerumah anak saya yang kebetulan menuntut di sana. keesokan harinya kami shopping di Pasar Baru. Wah apa lagilah, yang paling banyak berbelanja adalah isteri saya. Macam-macam kain baju yang dia beli. harga jauh lebih murah dari Malaysia. sepanjang berada di sana ramai orang Malaysia yang ditemui. Kita boleh kenal kerana kain tudungnya memang lain dengan tudung penduduk tempatan. Cara cakap mereka cuga boleh dikenal. jadi kalau nak menyamar sebagai orang tempatan memang sulit. Penjual memang cukup faham dengan gaya orang Malaysia yang berbeza dengan orang tempatan.
Pasar baru ni pasar baru. Zaman saya menetap di Bandung dulu pasar ni belum ada. Menurut pemandu kereta sewa pasar ni baru ada sekitar 7 tahun. Kalau nak jumpa ramai orang Malaysia pergilah ke situ.
Sampai jumpa, wassalam

Sunday, November 14, 2010

Nak update blog ni memang satu cabaran yang tersendiri. kadang-kadang tak terkejar kerana waktu berlalu begitu cepat. Dua malam yang lepas saya menonton TV 3 tenatng gunung Merapi yang berapi. Memang sungguh dahsyat fenomena ini. Bayangkan semburan lava apinya sampai menjulang 10 km ke udara sehingga kapalterbang tak berani lalu di tempat tersebut kerana 10 km melebihi 30,000 km yang merupakan paras biasa perjalanan kapalterbang. Memang dalam sejarah banyak kapalterbang yang meletup kerana enjin tersedut lava dari gunung berapai. Sebab itu memang tak hairan penerbagan ke Jakarta banyak yang dibatalkan sedangkan jarak Jakarta dengan Jogjakarta amat jauh. Dalam surat khabar pagi ni dilaporkan letupan Merapi sudah menelan korban lebih dari 240 orang. Memang angka ini tak sebanayak korban Sunami di Aceh tapi cara mereka mati memang mengerikan. Kebanyakan mati melecur oleh bahang lava yang dimuntahkan oleh gunung berapi.
Cerita bah di Kedah dan Perlis dah mula reda tapi di pantai timur baru nak mula. Cerita bahpun amat menyayat hati. habis barang-barang berharga yang dihanyutkan oleh air. Korban memang tak ramai tapi saban tahun pasti ada yang mati lemas. Sekarang dah musim tengkujuh dan dijangka hujan akan berterusan sampai akhir tahun.

Berbalik cerita tentang pesakit dengan pemberi rawatan sama ada doktor atau ahli farmasi. Di negara kita masalah komunikasi ni memang sejak dari dulu .Anehnya tak ada perubahan. Pesakit amat dahaga untuk mendapatkan maklumat yang asas seperti:
-apa penyakit yang dia hadapi
-apakah penyakit tersebut berbahaya
-berapa lama penyakit tersebut akan sembuh
-apa ubat yang perlu dia makan
-apa penyebab penyakit tersebut

Persoalan asas ini sering tak mendapat jawapan. Doktor di negara kita tak ramai yang gemar memberi maklumat kepada pesakit. Bila datang merawat pesakit mereka hanya membuat pemeriksaan fizikal, lepas tu mungkin ambil darah atau spesimen yang lain. Selesai doktor akan membuat catatan dalam rekod pesakit lepas tu beredar dari pesakit. amat jarang pesakit mendapat cerita yang sebenar dari doktor. Pesakit pula pada umumnya takut nak minta penjelasan. Bila dah tak tahan mereka akan masuk bilik GM atau CEO untuk komplain. jadi yang pening kepala pihak manajmen sedangkan mereka takut nak komplain dengan doktor.
Pengalaman saya secara peribadi adalah dalam tahun 90 han sewaktu masih bekerja di Johor Bahru. Anak saya terkena penyakit cellulitis iaitu jangkitan pada kaki akibat terjatuh basikal. Keting anak saya membengkak kerana infection. Doktor yang merawat tak cerita sepatahpun tentang penyakit anak saya sedangkan saya sentiasa berada di sebelah anak saya sewaktu doktor masuk merawat. Bila saya tanya dia nak tak nak saja menjawab. Baagi saya tak ada masalah kerana saya boleh membaca catatan doktor di rekod anak saya. Saya juga bertanya pada jururawat tentang rawatan secara terperinci. Ini terjadi pada saya yang bekerja di hospital tersebut. Bayangkan bagaimana denganorang lain.

Tak adanya komunikasi antara pesakit dan orang yang merawat pesakit banyak menimbulkan ketidakpuasan hati pelanggan. Sayapun tak pasti kenapa para doktor kita tak nak bercakap dengan pesakit secara berterus terang. Kalaui ditanya sepatah, maka sepatahlah yang dijawabnya. Kita tak menafikan ada doktor yang betul-betul mengambil berat tentang perkara ini tetapi secara umum banyak yang keberatan untuk berterus terang dengan pesakit. Minggu lepas saya menerima komplain dari salah seorang pesakit di hospital tempat saya bekerja. komplain nya adalah tentang pesakit yang dia hadapi. Bila ditanya dengan doktor maka doktor kata tak ada apa penyakit tapi bila dia minta nak discharge doktor kata tak boleh. Dia kena tunggu lagi beberapa hari. Jadi yang jadi mangsa kemarahan pesakit adalah pihak manajmen .
Entah bila masalah ini akan selesai hanya Tuhan yang tahu. Wassalam

Tuesday, November 9, 2010

Penjual ubat di kaki lima memang hebat dari segi promosi. Kalau kita dengar dan amat-amati betul macamlah mereka tu tahu semua dan cukup mahir dengan berbagai penyakit. Sebab itu dalam filem P Ramli pun ada slot tentang penjual ubat ni. Profesyen ini memang dah lama bertapak. Entah bila dan bagaimana ianya bermula tak ada siapa yang tahu. Yang pasti penjual ubat dikali lima atau di tepi jalan memang mahir berbicara dan berpidato. Sebab itu ramai yang terpengaruh. Mereka ni tak perlu sekolah tinggi. Cukup dengan bekal ilmu sana sini yang mereka dapat. entah dari mana ilmu itu hanya mereka saja yang tahu.
Kalau kita ke jalan Chow Kit di Kl memang banyak penjual ubat kaki lima. Cubalah perhatikan pasti ada pelanggan mereka. Yang paling laris tentunya ubat kuta laki-laki. Macam-macam yang mereka ceritakan untuk menarik pelanggan. Minggu lepas ada di tulis dalam sebuah akhbar tempatan tentang penjual ubat ini. Kebanyakan ubat tak berdaftar dan pelanggan cukup maklum tentang perkara ini. Yang mushjilnya kenapa pegawai penguatkuasa tak dapat membanteras kegiatan ini. Mereka ni dengan pegawai penguatkuasa main kucing-kucingan. Las-las dapatlah di tangkap beberapa orang tapi yang lain jual lagi. Masalah mereka ni sama seperti penjual barangan di kaki lima. Baru-baru ini sewaktu di Paris sayapun nampak penjual-penjual ni bertempiaran lari bila melihat pegawai penguatkuasa datang. Dulu waktu di Mekahpun begitu juga. berkejar-kejaran dengan penguatkuasa. Masalah ini dah menjali masalah yang universal

Dalam akhbar tersebut ada dinyatakan tentang temuramah dengan beberapa pelanggan. Menurut pelanggan mereka mendapat maklumat yang lengkap tentang ubat-ubatan yang mereka nak beli. Sebab itu mereka beli. Entah betul atau tidak tak siapa yang pasti. Mnurut pelanggan kalau ke kedai farmasi mereka buat tak tahu aja. Tak ada yang nak memberi penerangan seperti penjual ubat dikaki lima. Jadi ahli farmasi yang punya kedai ubat perlu memberi perhatian tentang perkara ini.

Kalau di hospital banyak rungutan pesakit tentang doktor yang tak kisah nak memberi maklumat kepada pesakit. Banyak yang komplain yang mereka tak tahu apa sakit yang sedang diderita kerana doktor tak nak cerita. Datang tengok pesakit, ambil tekanan darah lepas tu tulis-tulis sikit dah selesai. pesakit blank aja tak diberi tahu penyakit mereka. Jadi beda dengan penjual ubat dikaki lima. Tak tanyapun mereka akan cerita apa lagi kalau bertanya, lagi mereka akan cerita.

Ini cabaran buat ahli farmasi dan doktor.Bilakah kita akan berubah supaya lebih mesra pesakit dan sudi untuk berkongsi ilmu. kan itu amal jariah tu.
Wassalam

Saturday, November 6, 2010

Dalam seminggu ni yang memang banyak dipaparkan di dada akhbar adalah tentang bencana. Ibarat kata penyanyi terkenal Ebiet G Ade, alam mualai bosan dengan tingkah kita yang sering membuat dosa. di Indonesia tentunya letusan gunung Merapi. Khabarnya jangkauan debu panas sudah sampai sejauh 40 km, sungguh luar biasa. Bencana sunami di mentawai masih meninggalkan keperitan kepada penduduk di sana. Di negara kita kesan banjir besar mulai dirasa. Yang paling teruk sekarang adalah di Kedah dan Perlis sampai hospital pun dinaiki air. Bekalan letrikpun terputus sehingga pesakit yang kritikal perlu dipindahkan ke Sungai Petani.
Beginilah benjana alam yang semakin mengganas seganasnya perangai manusia. Perilaku manusia semakin canggih dan pelik maka bencana yang turunpun begitu juga sesuai dengan tingkah manusia. Seperti peringatan Allah terjadi kerosakan dimuka bumi kerana ulah manusia.

Satu lagi berita yang amat menakutkan manusia adalah tentang penemuan baru sejenis bakteria yang resistance kepada semua antibiotik. Kalau kena bakteria ini alamat habislah jawapnya kerana tak ada ubat yang boleh membunuhnya. Dalam bahasa awam disebut super bug tapi dalam istilah saintifik disebut New Delhi Betalactamase yang resistance kepada semua antibiotik termasuk golongan betalctam. Antibiotik golongan betalactam adalah antibiotik golongan baru yang mampu membunuh hampir kesemua jenis bakteria tapi golongan NDL ni buat sadin aja tak mempan oleh sebarang antibiotik. Di sebut New delhi kerana pertama di kesan di New Delhi seperti virus nipah yang dikesan di negara kita.Jadi popularlah nama New Delhi sebab manusia dah tak tahu nak beri nama apa.

Doalah banyak-bayak supaya Allah sentiasa memberkati kehidupan kita tapi kita perlu mendisiplinkan diri supaya jangan melakukan perkara yang di benciNya.

Ibadah korban tak lama lagi akan dilaksanakan. Sekarang banyak agen yang menawarkan korban dimanca negara seperti Kemboja, Pakistan ,Palestin. Saya bercadang nak menyertai korban di Kemboja tapi belum bank in lagi duitnya. Insya Alah besok lusa akan di masukkan ke dalam akaun penganjur. Mudah-mudahan sampailah jangan sampai kantol pula. Dalam hal ini nampak gaji kena percayalah.

Saya terpanggil untuk menyertai skim yang begini kerana saya rasa mereka yang berada di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi lebih memerlukan daging dari kita. Keadaan di negara mereka sama seperti zaman saya kanak-kanak dulu. Kalau nak makan daging tunggu raya baru dapat , kalau tidak tak ada peluang. Kita sekarang hari-hari boleh makan daging , jadi sebab itu saya terpanggil untuk menyertai skim itu.

Di manapun nak korban terserah pilihan anda. yang penting korban jangan tak korban

Wassalam

Wednesday, November 3, 2010

Cerita tentang Paris dah selesai tapi kenangan manis di sana tentu akan kekal.Begitu juga dengan kesulitan sewaktu nak mendapatkan visa dulupun tentu akan kekal.
Sekarang dah musim banjir, besar pula tu. Kedah Perlis dah tenggelam.Fenomena ini memang tak dapat diramal. Di Indonesia lebih parah lagi. Gunung meletus dan Sunami melanda. Semuanya ini adalah kuasa Allah untuk menguji manusia. Beruntunglah manusia yang sentiasa beringat dan bersyukur. Kita tak tahu apa akan jadi pada kita .Yang pasti setiap kejadian perlu dicari iktibarnya.
Musim Haji dah hampir tiba. Sebahagian besar jamaan dah terbang ke Madinah atau Jeddah. Bagi mereka yang terpanggil untuk menunaikan haji pada tahun ini bersyukurlah. Bagi yang belum bersabar dan berdoalah kerana panggilan haji adalah kerja Tuhan.
Cuma kalau menunaikan haji perlu banyak bersabar kerana perangai manusia bermacam ragam.Kalau jutaan manusia yang ada di sana maka jutaan pula ragamnya. Yang paling penting tolak ansur dan memahami maslah orang lain. walaupun dah berulangkali diingatkan oleh pegawai Tabung haji supaya jangan merokok di bilik tapi ramai yang tak mengindahkannnya. Masih ada yang buat sadun aja merokok dalam bilik yang sempit dan dihuni oleh empat hingga lima orang. Saya sendiri menghadapi pengalaman yang tak menyenangkan ini. Habis sabar ajalah. Mungkin itu juga merupakan pendorong bagi kita supaya lebih banyak menghabiskan masa di Masjidil haram dari duduk lepak di bilik. Mungkin ini himmahnya. Inilah yang saya lakukan sewaktu saya berkesempatan menunaikan haji dulu. Saya lebih selesa berada di Mesjid dari lepak di bilik.. Saya hanya pulang ke hotel hanya untuk makan, lepas tu berangkat lagi ke mesjid. Nak duduk dalam bilik memang tak selesa kerana bau rokok yang hapak.

Sampai bila masyarakat kita nak berubah hanya Allah yang tahu. Tiap tahun cerita yang sama berulang. Ada juga jamaah yang tak sabar berebut nak naik bas, berebut nak masuk lift. Malah ada yang menendang-nendang lift kerana ditutup tak boleh pakai. Bagi yang sehat eloklah naik tangga. Ianya lebih selesa dan baik untuk kesihatan. Menunaikan hanya banyak memerlukan kekuatan fizikal. Oleh itu bagi yang berkemampuan elok laksanakan sewaktu muda. Kalau ada duit lebih ambillah paket kerana nak ikut muassasah gilirannya lama. Jadi gunakan kesempatan dengan paket. Duit boleh cari tapi panggilan ke Haji ni jangan diabaikan.

Ujian bagi setiap individu memang bermacam ragam. Yang penting kena banyak doa dan banyak bersabar. Niat kena ikhlas , InsyaAllah haji akan sempurna dan mendapat haji yang mabrur
Bagi yang belum berangkat selamat enunaikan haji dan berdoalah agar mendapat haji yang mabrur.
Malam tadi dalam diskusi di TV ada dijelaskan tentang wang yang haram yang digunakan untuk mennunaikan haji. Ahli panel menyebut hajinya sah tapi tidak mabrur. Yang kita inginkan adalah haji yang mabrur supaya Allah ampunkan dosa kita dan balasannya adalah syurga. Pastikan sumber pendapatan kita halal supaya mendapat keberkatan dalam hidup
Wassalam

Tuesday, November 2, 2010

Yang gembira sangat berada di Paris adalah isteri saya. Kami berangkat pulang pada hari Jumaat petang setelah berada di kota Paris selama 6 hari. Sampai di airport De Gaule sekitar jam 1 petang kami langsung check in. Kena jugalah tunggu setengah jam. Kaunter Emirate cukup banyak. Selesai check ini kami lepak kat lobi airport .Makanan yang ada cuma roti kebab yang sempat dibeli sehari sebelum berlaukkan serunding yang masih ada. Nak makan di airport memang tak berani kerana tak pasti halal atau tidak walaupun roti. Takutnya dalam roti ada alkohol . Soal makan ni sengsara sikitlah kalau berada di negara yang kita menjadi minoriti. Waktu nak berangkat masuk ke dalam ruang berlepas terpaksa berbaris panjang hampir satu jam. Punyalah naya kaunter imigresen cuma satu sedangkan ratusan orang yang menunggu. Pegawai imigresen ni cukup begis orangnya. Kebetulan adalah seorang tua yang mengambil gambar anaknya yang melalui kaunter imigresen maka langsung saja pegawai ni jerit-jerit mengentak meja dan meluru kearah orang tua tadi.Dia suruh padamkan gambar tersebut. Walaupun saya tak faham apa yang dia kata tapi saya mengertilah yang dia minta gambar dia dipadamkan. Wow bila dia keluar saya nampak dia memakai pistol. Pelik juga pegawai imigresen bersenjata. Kalau kat tempat kita polis atu askar sahaja yang bersenjata. Saya lihat petugas di Paris ni tak mesra langsung. Dulu sebelum berangkat saya terpaksa ke kedutaan dia di KL untuk buat visa isteri. Punyalah sulit nak masuk ke dalam kedutaan macam nak masuk kem tentera. Kalau tak kuat semangat memang nak give up.

Kalau saja-saja nak pergi ke Paris ni memang susah kecuali ada urusan resmi kerana kedutaan mereka di KL bukan mesra pelanggan. Kita ni dibuatnya macam pendatang haram.

Kami terbang ke Dubai tepat jam tiga petang menaiki Airbus A 380. Wah cukup besar dan selesa pesawat ni macam business class pesawat biasa. Patutlah syarikat penerbangan berebut-rebut menempah nak membeli pesawat jenis ini. Memang bebaloilah .Kalau syarikat penerbangan kita ada pesawat ini memang toplah . Penerbangan cuma mengambil masa 6 jam kerana pesawat ini cukup laju. Saya lihat kelajuannya hampir mencecah 1000 km per jam sedangkan pesawat lain kurang dari 900 km per jam. Jadi jimat satu jam. Dalam penerbangan memang dihidangkan makanan yang cukup enak. Kami pun makan sepuasnya kerana perut memang sangat lapar. Yang bagusnya Emirate ni ada kenyataan dalam pesawat yang menyatakan bahawa semua makanan dalam mirate adalah halal. Ini yang penting. Saya rasa kalau nak terbang ke mana mana carilah pesawat yang menjanjikan makanan yang halal.
Sampai di Dubai dah pagi dan kami berada di airport selama 2 jam sebelum meneruskan penerbangan dengan Emirate juga ke KL. Penerbangan ke KL menggunakan Boing 777 yang lebih kecil. Tempat duduknya sempit sikit dan kelajuan pesawat cuma 890 km per jam. jadi penerbagan mengambil masa 7 jam. Tempat duduk kurang selesa dibandingkan airbus A380. Nak buat macam mana tanggung ajalah
Kami mendarat di KLIA tepat jam 2 petang. Rasa syukur dan rasa lega memang terasa bila mendarat di negara sendiri.
Wassalam
Dah agak lama saya tak dapat menulis kerana masalah teknikal. Blog saya tiba-tiba gagal untuk saya masukki .Jadi tersangkutlah nak update blog. Alhamdulillak berkat bantuan dari kawan saya dapat masuk kembali ke blok ini.
Saya masih belum habis cerita tentang Paris. Hari terakhir saya dan isteri menaiki bas hop on hop off iaitu bas dua tingkat yang tak berbumbung. Saya mula-mula memang ragu-ragu juga tapi memberanikan diri saja. Masalah utama di Paris ini adalah kesukaran untuk berbicara dengan penduduk tempatan. Mereka kebanyakan keberatan nak berbahasa Inggeris , jadi macam ayam dengan itek lah. Saya tanya dengan petugas hotel yang memang boleh berbahasa Inggeris. Dia kata ambil keretapi dan turun di stesyen St.Michael. Jadi saya dan isteripun ikut peta dan ambil keretapi .Sampai distesyen St. Michael kami pun turun. Sampai di stesyen tersebut saya tanya beberapa petugas keselamatan tapi mereka tak faham apa yang saya cakapkan. jadi kamipun nekat keluar dari stesyen dan berjalan kaki sampai ke hujung jalan. kemudian ada ssebuah kedai menjula cenderamata dan kebetulan penjualnya faham pula bahasa Inggeris. Dia kata tunggu depan kedai dia dan setelah itu kamipun naik bas berkenaaan. Bayaran tiket Euro 56 untuk dua orang. Pemandu bas fasih berbahsa Inggeris. Dia kata kami boleh gunakan tiket dari jam 7 pagi sampai 7 malam. berepa kali nak naik bas terserah. Perjalanan dengan bas di bahagi kepada empat bahagian yang boleh meliputi seluruh bandar Paris. kamipun berkeliling selama tiga jam dan hanya sempat menaiki dua bahagian sahaja dari jalur yang disediakan. Sambil berkeliling kami nampak ada beberapa kedai Arab yang menjual kebab. Bila dah puas berkeliling kamipun turun di Monpanasse untuk makan kebab kerana dah dua hari asyik makan roti yang di bawa dari Malaysia. apa lagi kenyang sungguhlah perut lepas makan kebab yang cukup besar ukurannya.
sebelah petang kami menaiki lagi bas tadi dan turun berhampiran stesyen bot untuk menaiki bot sekeliling sungai. Bayaran bot cuma Euro 18 untuk seorang. Perjalanan sepa njang sungai cukup indah kerana boleh melihat sebahagian besar bandar Paris yang mempunyai bangunan antik sejak zaman Napoleon.

Nanti sambung lagi