Saturday, December 25, 2010

semalam saya menghadiri dua majlis perkahwinan.Memang semalam banyak sekali undangan yang diterima tapi cuma dapat menghadiri dua majlis sahaja.Nanti 1/1/11 pasti banyak lagi undangan perkahwinan.Disamping itu hospital juga akan menerima banyak kelahiran bayi kerana manusia hari ini memang boleh mengatur kelahiran bayi mereka melalui kaedah pembedahan.Apa yang istimewanya tarik yang bersangkutan hanya mereka saja yang tahu.
Manusia memang begitu.Banyak yang kahwin banyak juga yang bercerai.memang dah lumrah kehidupan manusia apa lagi di zaman yang serba canggih ni.Ini belum lagi yang bergaduh setiap hari.Rumah tangga yang dibina baru beberapa tahun dah mula bergolak dan pergaduhan semacam dah tak boleh dihindari.Kebahagian yang diidamkan ternyata menjadi trauma yang mengerikan.Anak-anak akan membesar dalam suasana yang tidak sihat.Akibatnya nanti jiwa mereka akan menjadi keras dan akan lahir jenerasi yang suka bergaduh dan bermasalah.Nabi pesan kalau nak bertengkar suami isteri lakukan ditempat tertutuo yang tak boleh didengar oleh anak-anak tapi siapa yang mampu mengikut ajaran ini.Kalau dah emosi pertengkaran terjadi dimana saja, dirumah ke , dalam kereta ke atau ditempat umumke.Ada kalanya jiran tetangga dapat mendengar riuh rendah pergaduhan tersebut.Tak pasal-pasal satu taman atau satu kampung tahu.
Sebelum akad nikah imam berpesan pada calon pengantin, kalau suami tengah hot iseri perlu diamkan diri dan kalau isteri tengah hot suami perlu diamkan diri.InsyaAllah rumah tangga akan aman.bertepuh sebelah tangan tak akan berbunyi.Tapi kalau tak ada yang mahu mengalah maka pertengkaran tak akan dapat dielakkan.Bila dah mula marah syaitan akan menjadi batu apai.Bahangnya akan lama kelamaan menjadi semakin parah.Sebab itu tangan dan penumbuk serta terajang mula melayang.Yang pasti isterilah yang aka menjadi mangsa kecuali si isteri jaguh karate. Tapi ini jarang terjadi.Tak cukup dengan tumbuk terajang , ramai pula yang dah pandai simbah asid, buklan saja pada isteri tapi juga anak-anak yang menjadi mangsa.
Mangsa simbah asid semakin banyak dan sungguh memperihatinkan si mangsa.Kenapa manusia sanggup berbuat demikian, jawapannya adalah kerana pengaruh nafsu yang dibakar syaitan.Kalau dah tak ada penyesuaian Islam memberikan jalan keluar untuk berpisak secara baik.Kenapa ini tak diikuti hanya nafsu yang menentukan.
Kejadian pelik-pelik sekarang ini semakin menjadi-jadi.Minggu lalu dilaporkan keluhan seorang isteri yang melarikan diri dari suami kerana suami mempunyai tabiat sex yang aneh dan menyakitkan isteri.Setiap kali dia melakukan hubungan sex dengan isteri maka dia akan menyiksa si isteri dengan cara mengikat isteri dan ada kalanya memasukkan benda asing ke dalam kemaluan isteri .Akibatnya si isteri menderita kesakitan. Suami yang begini memang menghadapi masalah kejiwaan.
Dua hari yang lepas dilaporkan bagaimana terkejutnya si ibu bila memasuki bilik tidur anak perempuan dia.Bila pintu dibuka didapati dua orang anak perempuan dia yang baru berumur 15 dan 16 tahun sedang ayik berpelukan dengan laki-laki.Jadi mereka sanggup melakukan zina dirumah ibu mereka.Kalau dah begitu apa nak dikata....memang kerja syaitan

Beberapa hari yang lepas juga dilaporkan siibu yang berstatus janda sering membawa anak muda pulang ke rumah untuk melakukan hubungan zina.Wanita ini yang berumur awal 40 tahun memelihara anak jantan usia dua puluhan sebagai anak ikan untuk memuaskan nafsu.Walaupun sudah banyak kali dinasihatkan oleh anak perempuannya tapi masuh juga melakukan kerja terkutuk ni. Akhirnya si anak membuat laporan kepada jabatan agama dan pasangan ini dicekup oleh penguatkuasa.

Beginilah kejadian pelik-pelik yang terjadi mutakhir ini.Apa kila masih tak insaf dengan bencana sunami ,gunung berapi dan gempa bumi yang menimpa negara jiran kita.Apakah kita juga sedang mengundang murka Allah.Kalau bala dah nak datang ia tak akan memilih bulu, yang jahat dan yang baik akan di sapu semua.Sebab itu tanggung jawab semua untuk membenteras perkara mungkar ni.Yang paling utama adalah memperbaiki diri sendiri supaya menjadi manusia yang taat pada Tuhan, lepas tu didiklah anak masing-masing dengan cara yang Islamik supaya kehidupan kita diberkati.Pesan nabi pilihlah pasangan yang soleh dan solehah supaya hidup kita bahagia.Jangan harapkan kecantikan atau ketampanan sahaja .Begitu juga jangan hanya mengharapkan wang ringgit yang berjuta.
Wassalam

Wednesday, December 22, 2010

Dua hari lalu terjadi kemalangan jalanraya yang menyayat hati.Bas dua tingkat terbabas dan jatuh terguling serta bersepai.Dikhabarkan 27 orang yang meninggal dunia dan kebanyakan rakyat Thailand.Semalam pemerintah Thailand mengirim pesawat tertera untuk membawa mereka pulang.
kemalangan jalanraya di negara kita cukup tinggi.Yang pasti hari-hari pasti ada dan keadaannya cukup mengerikan.Jalan tol memang bagus dan sedap untuk memandu laju.Jadi banyak yang terlupa dan akhirnya terbabas dan mengalami kecelakaan

Dari kajian yang dibuat diperingkat dunia pengangkutan yang paling selamat adalah kapalterbang.Jarang sekali ianya terjadi.Tapi jalanraya memakan mangsa saban hari diseluruh pelusuk dunia.Banyak yang tak dilaporkan kerana tak mungkin nak dimuat kesemuanya dalam akhbar.Yang terjangkau oleh wartawan hanyalah yang ada di sekitar mereka saja.Itu pun dah cukup mengerikan bagi kita untuk membacanya.

Memang urusan nyawa adalah urusan Tuhan tapi kalau kita sendiri yang nak menempah maut apakah kita perlu salahkan Tuhan.Nabi pesan jangan campakkan dirimu kelembah kebinasaan.Oleh itu berhati-hatilah ketika memandu dan amalkan sikap bertolak ansur.

Kemalangan yang paling besar adalah di hospital. Dari kajian yang dibuat oleh universiti Stanford pada setiap tahun lebih setengah juta hospital accidents dan lebih 100,000 kematian boleh dielakkan jika langkah patient safety dilaksanakan. Jadi kecelakaan dan kematian dihospital amat tinggi, cuma tak ramai yang dapat membuktikannya. Oleh itu petugas di hospital perlu mempunyai hati nurani yang baik supaya melaksanakan kerja mereka dengan ikhlas dan teliti.Bagi yang Muslim tentunya membaca doa sebelum melakukan kerja merawat pesakit merupakan suatu kemestian.Kalau tidak siapa yang boleh menjamin keselamatan pesakit yang menerima rawatan.Kalau kita teliti secara mendalam berapa ramai doktor dan jururawat yang mencuci tangan dengan disinfektan sebelum dan selepas merawat pesakit.Amat jarang perkara ini dilakukan sedangkan ianya merupakan suatu kemestian untuk mengelak jangkitan kuman kepada pesakit.

Manusia hanya boleh menjaga disiplin diri jika dia selalu ingat yang Tuhan sentiasa memerhatikan tingkahlakunya.Dia akan merasa takut jika tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.Kalau perasaan ini tak ada maka macam-macamlah kemalangan dan kecelakaan yang akan terjadi akibat dari kecuaian manusia.
Wassalam

Tuesday, December 21, 2010

Kalau dulu kita hanya tahu penyakit berjangkit sebagai penyakit yang perlu ditakuti. Puncanya kerana penyakit ini boleh tersebar dengan cepat.Penyakit yang sebegini masih ada seperti yang terbari H1N1. Cuma sekarang ini telah ditemukan strain jenis baru iaitu H1N5 yang telah meragut lebih dari 10 nyawa.
Penyakit berjangkit yang hampir kita lupa adalah dengue yang lebih berbahaya dari H1N1, cuma tak di war-warkan seperti H1N1. Setakat ini tidak ada petunjuk yang ianya akan menurun.
Satu lagi penyakit lama yang sudah dianggap antik iaitu penyakit Tuberculosis atau TB.Tak smena-mena ramai yang terkena jangkitannya termasuk staf yang bekerja di hospital.Biala disiasat tak diketemukan puncanya.Entah dari mana jangkitan tersebut terjadi dan bagaimana seseorang boleh dijangkiti penyakit ini.Saya mengandaikan merebaknya penyakit ini kerana terlalu ramai orang asing yang berada di negara ini.Mereka yang datang dari negara-negara yang susah memang tak pernah menjalani program vaksinasi.Akibatnya kita yang jadi mangsa terkena jangkitan.

Tapi yang kurang diketahui tapi cukup merbahaya ialah penyakit kronik tak berjangkit .Pembunuh nombor satu ialah penyakit jantung.Walaupun tak berjangkit tapi boleh menyebabkan berbagai kesusahan pada penderita kerana jika dah terkena penyakit ini maka ianya tak boleh diubati sepenuhnya. Pesakit akan menjadi handicap dimana mereka dah tak mampu lagi melakukan kerja-kerja yang memerlukan tuntutan fizikal. Hatta mereka juga tak mampu lagi menanggung stress berlebihan. Jika ketua keluarga yang meninggal akibat dari serangan jantung maka seluruh anggota keluarga yang bergantung pada mereka akan menjadi susah.
Nak mengubati dan mengawal penyakit ini bukan nya murah.Kosnya bisa mencapai puluhan ribu.Ubat pula perlu di makan selagi hayat masih ada dan bila-bila saja ajal akan memanggil entah bila hanya Tuhan yang tahu.Penyakit yang begini juga mempunyai kesan genetik kepada keluarga pesakit.Bila ayah atau ibu dah ada penyakit ini maka risiko pada anak-anak semakin besar.Walaupun penyakit ini tak berjangkit tapi dari segi genetik ianya turun temurun.Kenapa begitu tak ada siapa yang pasti.

Setakat ini penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di negara ini .negara boleh terjejas produktiviti bila banyak rakyatnya yang terkena serangan jantung.Di hospital tempat saya bekerja umur pesakit yang terkena serangan jantung semakin muda.Kalau sebelum ini yang paling muda adalah 32 tahun tapi minggu lepas pesakit semuda 28 tahun dah kena serangan jantung.

Sumber pemakanan yang serba segera yang pada umumnya mengandungi kadar lemak yang tinggi diduga sebagai punca utama.Dan jangan kita lupa kadar stress di bandar juga cukup tinggi yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung.Di jalanraya kita makin hari semakin tinggi kadar stress bila kita memandu kerana sikap pengguna jalanraya yang zsemakin bengis dan sentiasa siap untuk berkelahi.Juga sikap toleransi semakin menipis malah sikap individual yang semakin menebal.Jumlah kereta semakin banyak sedangkan jalan yang ada cuma segitu.Jadi tambahlah lagi stress yang sedia ada.Bila kita memandu belajar-belajarlah untuk banyak berzikir supaya kita lebih tenang dan pastikan baca doa sebaik saja kita memandu.Hanya ini yang kita ada untuk menjaga keselamatan diri dan mengurangkan stress.

Wassalam

Saturday, December 18, 2010

Pagi jumaat saya berkesempatan jalan pagi di sepanjang jalan Wong Ah Fook Johor Bahari.Tepat pejalan kaki memang cukup luas dan selesa cuma waktu pagi agak kotor.Sampah saraf berselerak di mana-mana. Tile pula tak pernah bercuci,kelihatan hitam dan tak enak dipandang.
Keesokan paginya saya berkesempatan pula jalan pagi di taman riadah Bandar Pasir Gudang.memang taman ini nampak indah dan menyenangkan mata kerana banyak tempat riadah yang dah ditambah.Kolam airpun dah ada air pancut dan kelihatan bersih.Cuma saya perhatikan dah mula ada tin-tin minuman yang dilempar ke dalam kolam tersebut.Lama kelamaan nanti kalau tak dibersihkan hari-hari maka sampah sarap akan mula berkumpul dan menjijikkan mata memandang.

Pagi tadi saya dah ada kembali di Seremban dan jogging di sekitan kawasan sSenawang Square. Macam biasalah sampah berselerak di mana-mana kerana malam tadi ada keramaian di situ.
Fenomina yang sebegini memang lumrah di merata tempat di negara kita. kalau anda rajin berjalan kaki di sekitar stesyen LRT di Kawasan Perkeliling lama jelas sekali di pinggiran sungai terdapat banyak sampah sarap yang bertaburan.
Masyarakat kita memang rendah kesedaran sivik. Nak dikatakan tak diajar di sekolah dah berbueh mulut guru menasihati agar menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar. Kebersihan itu sebahagian dari iman, kata para ustaz dan ustazah. Tapi ianya ibarat mencurah air didaun keladi.

Saya lihat ciri-ciri negara yang sedang membangun memang macam tu. Di Indonesia juga begitu.Dulu waktu saya ke manila, lagu tu juga lah. tahun lepas bulan April saya berkesempatan ke Yaman pun macam tu juga.Keadaan ini berbeda dengan negara maju. Di Paris keadaan nya bersih. kemudahan awam terawat rapi.Begitu juga dengan Dublin dan London. Telefon awam semuanya berfungsis kerana dirawat rapi dan tidak di rosak.Waktu saya berkunjung ke Dubai keadaannya juga baik walaupun belum mencapai taraf negara maju.
Di negara kita dah ada dua negeri yang mengistiharkan diri sebagai negeri maju iaitu Selangor dan melaka. Ya mungkin dari indikator ekonomi mereka dah mencapai tahap itu tapi tahap minda masyarakat masih ditakuk negara membangun. Jadi apa lagi yang kita nak buat supaya masyarakat berubah.

Kalau ke Singapura jangan ceritalah. Buang saja sampai akan ditangkap dan di denda $ 500, sebab itu semua orang akan takut. Tapi bila mereka masuk ke negara kita perangai merekapun macam rakyat tempatan juga. Mereka disiplin kerana takut undang-undang. Bagi saya keadaan inipun dah cukup baik. kalau masyarakat tak dengar kata maka kita perlu tegas dengan undang-undang supaya semuanya patuh dan kebersihan terjaga.

Wassalam

Wednesday, December 15, 2010

Dua malam lepas dalam TV ada dilaporkan tentang penderitaan pesakit kerana dakwanya doktor salah memberi ubat. Beliau mengaku yang dirinya alergik terhadap ubat tersebut tapi doktor masih juga memberikan ubat berkenaan dan akibatnya kulitnya mengelembung dan melecur teruk. keadaan ini di sebut Steven johnson syndrome. Memang perkara seperti ini boleh terjadi walaupun jarang. sewaktu saya masih melakukan kerja klinikal di hospital besar dulu memang ada beberapa kes yang sebegini. keadaan kulit pesakit cukup parah dengan bengkak-bengkak di seluruh badan, bibir mengelembung dan pecah-pecah. Ada sebahagian kulit yang berair dan memang pesakit mengalami kesakitan yang teramat sangat.Penyakit ini masih boleh diubati tetapi memerlukan masa yang agak panjang.

Keadaan sebegini boleh dihindari jika doktor lebih teleti mengambil sejarah seseorang pesakit. Doktor juga perlu percaya dengan keterangan yang diberikan oleh pesakit dan sepatutnya doktor tidak mengambil sebarang risiko. Memang sudah diketahui umum bahawa alergik boleh mendatangkan keadaan yang serius seperti anaphylactic shock yang boleh meragut nyawa pesakit.

Masalah utama adalah kegagalan doktor untuk menulis sejarah alergik pesakit pada preskripsi yang diberikan kepada pesakit yang mengambil ubat di farmasi. Jika tidak ditulis maka petugas farmasi tidak akan mengetahuinya dan tak boleh membuat pemeriksaan ulangan sebelum ubat didispen.Jika doktor menulis sejarah alergik pada preskripsi maka petugas farmasi boleh menyemak dengan pesakit sebelum sesuatu ubat didispen dan jika pesakit alergik dengan sesuatu ubat sedangkan doktor mempreskrip ubat tersebut maka petugas farmasi boleh mnghubungi kembali doktor yang berkenaan untuk mendapatkan kepastian sebelum ubat didispen. Jika pesakit masih memakan ubat yang memang dia alergik kepada ubat tersebut maka secara otomatik kesan sampingan ubat akan datang secara tiba-tiba dan boleh menyebabkan berbagai komplikasi seperti steven johnson sysndrom.

Satu lagi masalah utama di negara kita adalah kegagalan doktor untuk memberi laporan medical report apabila pesakit didischarge dari hospital. Di negara maju ianya merupakan suatu kemestian kepada doktor untuk menulis summary report setiap kali pesakit di discharge dari hospital.laporan ini amat penting bagi doktor lain yang akan merawat pesakit berkenaan jika ia memerlukan rawatan berikutnya.Jadi masalah alergik ini dapat dihindari jika setiap pesakit yang di discharge dari hospital dibekalkan dengan summary medical report.

Salah satu syarat akreditasi sesuatu hospital adalah keperluan untuk memberikan summary medical report bagi setiap pesakit yang di discharge.Syarat ini perlu ada jika ingin mendapatkan akreditasi dari Joint Commission International atau JCI yang beribu pejabat di USA.Sistem akrediatasi oleh pihak ketiga seperti JCI boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit. Di negara kita ada akreditasi hospital yang dikeluarkan oleh MSQH dan akreditasi yang sebegini dapat menjamin mutu perkhidmatan dan menjaga keselamatan pesakit yang mendapatkan rawatan di sesebuah hospital.

Wassalam

Tuesday, December 14, 2010

Dua hari yang lepas heboh diperkatakan tentang seorang pesakit dari Singapura yang berada dalam keadaan kritikal kerana hatinya sudah rosak.dia memerlukan liver transplant dengan segera untuk menyelamatkan nyawa.Konon ceritanya dia memakan ubat sinse selama beberapa bulan yang di beli dari Malaysia.
Masyarakat kita mudah salah faham dengan menganggap semua ubat tradisional adalah selamat kerana kononya berasal dari tumbuh-tumbuhan. Mereka lupa banyak juga tumbuh-tumbuhan yang beracaun dan boleh membunuh. Mereka juga tidak tahu yang proses pembuatan ubat dari tumbuh-tumbuhan itu juga boleh mendatangkan bahaya bila peralatan yang digunakan tidak selamat seperti bekas yang digunakan mengandungi plumbum yang tinggi. Ada juga ubat-ubatan tradisional yang dicampur dengan steroid untuk mendatangkan kesan yang diinginkan.

Di negara kita belum semua ubat tradisional yang didaftarkan kerana proses pendaftaran yang rumit dan memerlkan waktu yang panjang. Kalau ubat-ubatan moden memang semuanya perlu didaftarkan sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna.Itupun ada yang menjual ubat yang tak berdaftar kerana mereka mendapatkannya dari negara jiran dengan cara menyeludup ubat-ubat tersebut.
Banyak ubat sama ada moden atau tradisional yang boleh mendatangkan kerosakan kepada hati atau ginjal jika tak digunakan dengan cara yang sepatutnya.Oleh itu kita perlu berhati-hati. Jika sakit jumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul .Jika tak tak ada cara lain barulah menggunakan rawatan alternatif itupun perlu berjumpa dengan orang yang ahli. Dalam pengubatan cina memang ada mereka yang terlatik dan di sebut chinese physician. Dalam pengubatan melayu masih belum ada orang yang begini kerana pengubatan melayu belum melalui proses institusi di mana pengamalnya perlu mengikuti kuliah dalam jangka waktu yang ditetapkan. Yang ada cuma kursus homeopati yang telah diinstitusikan.Selebihnya hanya berdasarkan pengalaman turun temurun atau belajar ala kadar kemudian mengaku sebagai ahli. Lagi pula mereka belum diwajibkan untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan lesen untuk memberikan rawatan.

Jadi pilihan ditangan kita.Kita yang punya badan dan kita yang akan menanggung akibatnya jika salah memilih rawatan.Jika organ seperti hati atau ginjal dah rosak maka kita yang akan merana.Ubat hanya dimakan bila kita sakit atau untuk mencegah penyakit dan perlu didapti dari mereka yang ahli.Jangan mengubatai diri sendiri kecuali dah tak ada pilihan lain atau antara hidup dan mati.
Wassalam

Sunday, December 12, 2010

Semalam dilaporkan 10 orang terkorban di Britain kerana penyakit selsema babi. Jadi mereka mati kerana jangkitan H1N1. Di negara kita kes yang sebegini masih ada cuma tak ada korban nyawa. Di banyak hospital ada saja dilaporkan jangkitan H1N1 tapi tak memakan korban nyawa dan tak serius seperti mula-mula dulu. Prinsipnya jika kita menjaga kesihatan diri InsyaAllah kita akan terhindar dari penyakit ini. Jika diteliti jumlah korban serangan demam dengue lebih merbahaya kerana telah banyak memakan korban nyawa.Kes-kes dengue masih berterusan dan masih ada yang terkorban kerana penyakit ini.Puncanya kerana tabiat buruk manusia yang suka membuang sampai merata rata sehingga menakung air yang membolehkan nyamuk aedes membiak dan menjangkiti manusia.

Banyak penyakit berpunca dari kecuaian manusia menjaga kebersihan.Dah banyak dah kempen yang dijalankan tapi sikap masyarakat makin buruk. Nilai dan norma mulia semakin terhakis sesuai dengan kemajuan teknologi. Manusia semakin mementingkan diri sehingga lupa tentang kepentingan jiran tetangga dan masyarakat umum. Habis nak buat macam mana. Nak dikatakan semuanya berpunca dari barat , saya tak setuju kerana masyarakat barat amat mementingkan disiplin dan kebersihan .pengalaman saya secara peribadi berada di berapa negara mereka , mendapati masyarakat mereka amat menghormati hak individu dan menjaga disiplin dengan baik. Jika ada pejalan kaki maka kereta akan berhenti memberi laluan. ini berbeza dengan negara kita di mana dari jauh lagi pemandu kereta akan menyalakan lampu memberi amaran supaya kita tak melintas. Jadi puncanya bukan dari orang lain tapi sifat buruk kita sendiri.

Malam sabtu saya dan famili mengunjungi i city di Shah Alam. Tempat ini memang bersebelahan dengan kampus induk UiTM. Tempat ini hanya menarik bila waktu malam kerana berbagai jenis lampu dinyalakan .Lampu-lampu yang dibentuk dalam berbagai bentuk ternaya amat mempesonakan.Saya dan famili berada di san cukup lama juga sampai jam 1 pagi.Nak masuk kena bayar RM 10 untuk satu kereta. Tempat ini memang cukup cantik dan menarik kerana berbagai bentuk lampu yang ada berbentuk binatang, tanaman, safari, buah-buahan dan macam-macam lagi.Kalau nak tahu kena pergi sendiri. Di bahagian paling hujung ada taman safari dan tiket yang dikenakan adalah RM 2 untuk satu kepala.

Pengunjung di tempat ini cukup ramai juga ,sebab itu tak terasa hari dah masuk pagi. tempat ini di buka sampai jam 3 pagi dan memang tak terasa hari dah jauh dinihari kerana lampu yang terang benderang dan manusia yang cukup ramai di situ.Tempat ini menjadi satu lagi tempat tarikan pelancung dalam mahupun luar. Cuma perlu pemasaran lebih bersungguh-sungguh kerana masih ramai masyarakat yang tak tahu. Kalau nak bergambar sakan memang di sinilah tempatnya.
wassalam

Thursday, December 9, 2010

Tengahari tadi saya berkesempatan solat zohor di mesjid komplek KLIA yang terletak di Nilai berhampiran kampung jijan.Mesjid ni cukup besar dan indah.Yang uniknya dalam mesjidnya banyak tiang-tiang yang menempatkan kipas angin.Jarang antara tiang adalah sekitar 5 meter antara satu dengan yang lain. Inilah pertama kali saya berjumpa mesjid dengan sistem kipas angin yang begini. Memang unik dan inovatif. Secara tradisional kipas angin hanya digantung di siling atau di dinding di sepanjang dinding.Tapi di mesjid ni digantung di tiang-tiang yang dibuat khusus.
Di Putrajaya ada mesjid yang dibuat dari besi waja yang disebut mesjid besi. Mesjid ni juga memang unik kerana di kiri kanan tak ada dinding. Jadi ianya terbuka begitu saja menghadap kolam di kiri kanan.Untuk mencegah jemaah dari terus terjun ke dalam kolam ada sekatan yang disediakan di kiri kanan kolam tersebut. Kalau solat maghrib cukup nyaman kerana angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa masuk ke dalam mesjid. Ini juga kehebatan ahli arkitek yang mendisign mesjid ini.
Bulan lepas saya berkesempatan solat magrib di mesjid istiglal Jakarta Mesjid ni dibina di zaman Presiden Suharto tapi masih dirawat dengan rapi .Cuma masalahnya bila menjelang masuk magrin tempat wuduk wanita dah ditutup ,jadi bercampur aduklah laki-laki dan perempuan mengambil wuduk di tempat yang sama.Bagi laki-laki tak ada isu tapi wanita menjadi serba salah kerana nak buka tudung macam mana.Saya rami pengurusan mesjid ni perlu sensitif dengan masalah ini. Sebelum solat siap dengan taklimat khusus bagaimana nak melaksanakan solat, diikuti pengumuman tentang aktiviti yang akan dilakukan. Terdapat beberapa orang petugas beruniform yang mengawasi saf dan barisan jemaah agar tersusun rapi. Ini memang uniklah kerana saya tak berjumpa sistem begini ditempat lain.

Tahun lepas saya berkesempatan berkunjung selama satu minggu di Sanaa Yaman. Saya berkesempatan solat magrib di salah sebuah mesjid di sana. Mesjidnya taklah secanggih sperti ditempat kita. Tak ada tempat wuduk yang pakai sensor seperti di tempat kita. Tapi cukuplah untuk kegunaan mereka. Tempat wuduk masih menggunakan kolam dan airnya cukup sejuk macam air batu. Menjelang magrib tu turun hujan yang cukup lebat. Lepas magrib langsung saja imam sambung dengan solat jamak isyak. Saya buat tak tahu saja dan jemaah yang didepan sebuk menyebut jamak-jamak. Saya kemudian jamak sendiri sebagi musafir. Rupanya masih jahil saya dalam bidang ni.Saya sangkakan hanya musafir saja yang menjamak solat magrib dengan isya. Bila balik di malaysia saya bertanya uztaz di surau saya , dia kata memang dibolehkan menjamak magrib denganisya untuk keadaan seperti itu. Fahamlah saya kenapa Rasul menggalakkan kita bermusafir kerana banyak pengalaman dan ilmu baru yang akan kita dapat.

Sekarang dah banyak mesjid di negara kita yang pakai air conditioner sesuai dengan perkembangan semasa. Yang penting suasana perlu nyaman untuk kekusyukan solat. Tapi jika jiwa tak tenang buatlah apapu tetap tak akan khusyuk. Semua kemudian air condition, kipas angin hanyalah sekedar membantu. Khusuk akan datang dari jiwa yang tenang dan ketenangan akan datang jika jiwa bersih dari dosa.
Wassalam

Saturday, December 4, 2010

Beberapa hari yang lepas dilaporkan tentang penemuan baru yang amat menakjubkan. Beberapa orang saintis di USA telah menemukan beberapa jenis bakteria dari danau California yang hidup memakan sianida yang ada di tasik tersebut. Amat luar biasa bagaimana bakteria boleh hidup hasil dari memakan sianida. sebagaimana yang semua orang tahu sianida adalah bahan beracun yang boleh membunuh siapa sahaja. Bukan saja kita akan mati jika memakannya secara langsung malah terbau saja akan menyebabkan keracunan pada paru-paru dan jika jumlahnya banyak maka akibatnya akan fatal. Jika dipegang tangan akan menjadi cacat. Tanda-tanda keracunan sianida adalah rambut gugur, kuku terjabut, badan menjadi kurus kering, sakit paru-paru dan sebagainya. Dan yang paling fatal adalah sesak nafas dan menyebabkan kematian. Tapi bakteria ini hidup senang lenang dan membiak kerana memakan sianida. Sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sebagi insan yang beragama hanya Subhanallah yang dapat kita ucapkan.
Setiap yang Allah jadikan ada manfaatnya, cuma kita yang belum menemukannya .tentu suatu hari nanti akan ada manusia yang menemukan kebaikan sesuatu ciptaan itu jika diizinkan Allah, seperti bakteria yang hidup memakan sianida. Contoh nya appendix dalam perut manusia. Saintis sentiasa menganggap benda ni tak ada manfaat pada manusia dan sering dibuang untuk mengelakkan komplikasi dikemudian hari. Jika appendix pecah ianya boleh menyebabkan keracunan darah oleh kuman yang ada dalam appendix ini. Tapi siapa tahu jika appendix ini sebenarnya mempunyai manfaat pada manusia? Hanya masa yang akan menentukannya .

Banyak perkara dalam dunia ini yang kita sendiri tak pasti . Manusia hanya menemui sebahagian kecil ciptaan Tuhan. Oleh itu sewajarnya kita bersyukur akan setiap nikmat yang Tuhan bagi. Di malaysia sekarang kerajaan telah melancarkan kempen mencegah barah rahim dengan cara memberi suntikan percuma pada wanita yang berusia 13 tahun. Suntikan Human Papiloma Virus atau HPV boleh didapati secara percuma di klinik-klinik atau hospital milik kerajaan . Oleh itu gunakanlah kesempatan ini untuk mencegah barah pangkal rahimesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati. menubati kanser bukan perkara mudah, ianya sangat rumit dan menyakitkan dan peluang untuk sembuhpun amat tipis. Jika digunakan ubat anti kanser maka kesan sampingannya amat menyakitkan. Muntah-muntah dan badan serba tak kena tu memang biasa. belum lagi rambut jadi botak macam kojak. Radiasi sinar X pun menyakitkan. Jadi bersegeralah untuk mencegah dan berbanyaklah berdoa agar kita dijauhkan dari penyakit ini. Bagi mereka yang berusia lebih dari 13 tahun boleh mendapatkan suntikan HPV dari hospital swasta. harganya cuma RM 250 sekali suntikan. Duit boleh cari tapi penyakit kalau dah datang susah.
Wassalam

Wednesday, December 1, 2010

Selesai makan tengahari kami langsung singgah di kebun strawberry. Pertama kali dalam hidup saya melihat pokok strawberry dan memetik sendiri buah strawberry. Kebun ini memang membenarkan pembeli memilih dan memetik sendiri buah strawberry. Selesai urusan ini kami langsung ke Bandung. Saya minta driver berkeliling di sekitar Unversiti tempat saya belajar dulu. memang dah banyak berubah tapi saya terkejut juga di sekeliling kampus di luar pagar penuh dengan warung. Keadaan ini mengganggu pandangan dan kenyamanan kita. Saya pun pelik juga bagaimana keadaan seperti ini dibiarkan.Dulu semuanya bersih dan tenang. Masjid Salman masih tersergam indah macam dulu. Begitu juga mesjid Istiqamah masih indah dan bersih. Saya mendapat maklumat bahawa Kiai haji Muttaqin pengasan mesjid ini sudah menindggal kira-kira sepuluh tahun lalu dalam kemalanagan jalanraya. Jalan sulanjana masih macam dulu dan tempat anak Malaysia sering berkumpul dah jadi kedai menjual barang. kebanyakan banglo di pinggir jalan Sulanjana, Jalan dah jai factory outlet. Tak pastilahj kemanan penghuni asalnya apakah dan menjual dan berpindah ketempat lain.

Selesai menjelajah kota Bandung kami pulang kembali ke rumah. Esoknya sambung shopping di Pasar baru untuk meneruskan urusan membeli belah. Maklumlah orang rumah kalau dah lihat kain tentung ada saja yang nak di beli. hari khamis kami menyewa lagi kereta untuk ke airport. Pemandu kereta ni lucu orangnya .Bila saya tanya nama jalan dia kata jalan ni adalah bumi yang paling subur di dunia. Saya tanya lagi namanya apa Pak, dia kata Buah batu. Kami pun ketawa berdekah kerana kelucuan sikap dia. kemudia jumpa lagi jalan lain dan saya tanya lagi nama jalan. Diapun kata jalan ni jalan yang paling panjang di dunia. Saya tanya namanya apa Pak.Dia kata jalan Asia Afrika. memang pemandu ni lucu orangnya. Di sepanjang jalan dia memainkan lagu Sunda, yang cukup enak didengar dengan bunyi suriling bambu. Dah lama lagu begini tak menjadi habuan telinga saya. Jam 3.30 petang kami terbang balik ke KLIA dengan pesawat MAS dan mendarat di KLIA jam 6.50 petang. perjalanan lancar dan kunjungan singkat ke Bandung mencuit kembali nostalgia saya sewaktu belajar di sana 28 tahun yang lalu.
Wassalam