Monday, January 31, 2011

Hari ini sudah 1/2/2011. Sungguh cepat waktu berlalu. Sekarang sedang musim banjir di Johor.Segamat seolah dah jadi pulau.Diberitakan lebih dari 23ooo orang telah dipindahkan di Johor. Di negri sembilan yang jarang sekali banjir sudah lebih dari 2000 orang yang dipindahkan di kawasan Jempol dan Kuala Pilah. Keadaan hujan sekarang memang luar biasa.Sejak bulan Oktober tahun lalu hujan lebat telah menenggelamkan bahagian utara Semenanjung terutama kedah.kemudian di akhir tahun bahagian panti timur pula yang banjir.Kita giliran bahagian selatan Semenanjung.Kita pun dah tak pasti bilakah hujan akan betul-betul berhenti.
Keadaan cuaca nak sukar diramal kerana banyak faktor.Salah satu faktor adalah penggondolan hutan oleh olah manusia.Memang senang nak cari duit dengan cara menggondolkan hutan.Akibatnya fenomina alam akan sukar diramal kerana dah rosak akibat dari perbuatan manusia.Tuhan telah mengingatkan bahawa terjadi kerosakan di mana mana kerana olah manusia.

Di Mesir sekarang sedang kacau bilau kerana rusuhan yang sudah memasuki satu minggu.Presiden Hosni Mubarak yang telah berkuasa 30 tahun masih tak mahu turun.Keadaan akan semakin parah bila lebih ramai rakyat yang akan turun ke jalan.Kita diokan agar masalah ini cepat selesai kerana ramai juga pelajar kita yang menuntut di sana. Sebelum ini rusuhan telah memangsa Presiden Tunisia melarikan diri dan kini bahangnya merebak ke Mesir.

India dan Cina sedang menikmati kemewahan yang tak pernah mereka kecapi sebelum ini.Pertumbuhan ekonomi kedua negara tersebut sungguh luar biasa.Cina dengan penduduk lebih dari 1.6 bilion dan India dengan penduduk lebih dari 1.3 bilion akan menjadi kuasa besar.Cina sudah mengalahkan jepun sebagai kuasa ekonomi nombor dua. Ekonomi Amerika juga semakin menguncup.Lihat saja nilai Dolar semakin turun dan tak mustahil nanti akhirnya Cina akan menjadi kuasa ekonomi terbesar. Kini Cina sudah membuat pesawat tempur mirim stealth yaitu pesawat anti radar.Wow, sungguh luar biasa.Walaupun pakar Amerika mentertawakan mereka tapi siapa tahu senjata tersebut akan lebih canggih dari stealth yang menjadi kebanggaan Amerika.
Uang paun British semakin menguncup. Kalau dulu hampir RM 7 satu paun tapi kina cuma RM 5 per paun.Makin hari ekonomi mereka semakin menguncup.Ireland sudah hampir muflis dan Greece dahpun muflis.Kalau kita baca sejarah dulu negara ini adalah kuasa besar dunia bersama Parsi.Rome hingga kini masih menjadi pusat agama nasrani tapi kini negara tersebut dah jatuh muflis.Apakah Amerika juga akan mengikut jejak mereka, hanya Tuhan yang tahu.Hidup ini ibarat roda yang berputar.Jadi kuasa akan digilir .Oleh itu sedar-sedarlah kita

Kemewahan yang kita nikmati wajid disyukuri bukan untuk membanggakan diri.Dalam hidup tak ada benda yang kekal.Kuasa aknn dipergilirkan oleh sang pencipta dan kuasa adalah amanah yang perlu ditunaikan tanggungjawabnya.Jangan lupa diri.
Wassalam

Saturday, January 29, 2011

Dah tiga hari saya berulang alik ke Port Dickson kerana menghadiri kursus anjuran Henle Business Scholl dari UK. Kursus ini sangat baik sebagi refleksi diri.Memang bukan semua yang diajar tu benda baru tapi bagus untuk dijadikan sebagai bahan muhasabah diri. Yang amat menarik bagi saya adalah tentang sikap kita terhadap kerja. Kita kadangkala terlampau terbawa-bawa dengan jenis pekerjaan kita sehingga kita kadang lupa yang kita ni adalah kita bukannya dihubungkaitkan dengan jawatan.Kalau kita tak pandai menyesuaikan diri apa akan jadi bila kita kehilangan kerja tersebut. Bagi saya perkara ini sangat memberi kesan yang mendalam kerana kerja yang kita cintai bukan perkara yang kekal.Kadangkala orang akan menjadi bingung bila kehilangan kerja atau bila sudah bersara.Tiba-tiba dia merasa dia hilang arah.Kalau dia selama ini seorang CEO tapi bila diberhentikan kerja atau bersara tiba-tiba dia hilang segala-galanya. Penghormati yang selama ini dia dapat rupa-rupanya kerana jawatan CEO yang dia sandang.Orang hormat pun kerana benda ni.Bila dah lepas jawatan tersebut tiba-tiba dia hilang segala penghormatan yang selama ini dia dapat.Wah amat membingungkan. Bagi saya , kita adalah kita.Jawatan hanyalah pinjaman kecualai syarikat tersebut milik kita.Itupun tak ada jaminan.Syarikat besarpun adakalanya menjadi muflis atau terpaksa dijual.Jadi ingat-ingatlah.

Pagi tadi saya sampai awal dan langsung menuju ke tepi pantai untuk jalan pagi.Kaget dan terkejut saya kerana pasangan muda-muda tanpa segan silu duduh berdua-dua di atas pasir laut menghadap pantai.Yang jantan duduk dibelakang sambil memeluk sang perempuan.Wah siang bolong berani mereka buat begini.Entahlah kalau suami isteri .Saya sangka mereka adalah pasangan yang sedang dimabuk asmara.Kalau ada pencegah maksiat tentu mereka akan dicekup dan diminta untuk membuktikan yang mereka adalah pasangan suami isteri.Kalau iapun suami isteri rasanya agak janggal berbuat demikian dihalayak ramai kerana buka budaya kita. Kalau mat saleh tu memang dah biasa, beromen depan umumpun selamba aja.

Pagi sabtu rupanya ramai pasangan muda mudi yang melepak di tepi pantai.Ada juga yang berkhemah di tepi laut.Mungkin gitulah resminya kalau hari cuti dihujung minggu.Nilai dan norma masyarakat kita dah berubah.Sifat segan silu dah semakin kurang.Lepas puas berpeluk-pelukan di atas pasir sang jejaka mendukung pula si perempuan menuju ke tepi laut untuk mandi manda.Wow memang sungguh dimabuk asmara.Bagi mereka yang begini dunia ana yang punya.Masa bodoh dengan orang lain.

Wassalam

Wednesday, January 26, 2011

Ada laporan yang menyebut Malaysia negara cantik tpai tandasnya kotor.Saya yakin ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini.Yang bersih cuma di airport dan R&R sebab ada orang yang ditugaskan menjaga kebersihan tandas tersebut.Hospital tentunya bersih tapi entahlah betul ke.Kalau hospital tempat saya bekerja tentunya pasti bersih

Di kedai makan, di mesjid/surau apa lagi tandas awam cukup menjijikkan.Bukan semua begitu tapi rata-rata macam tulah. Kalau tidak bersetujupun terserahlah. Kadang bila nak masuk tandas awam boleh terbatal niat nak melepaskan hajat.

Tempat menjual makanan pun banyak yang kotor. Kalau nak tahu masuk tempat mereka memasak makanan dan lihat pula tempat pembuangan sampah mereka.Dah berapa banyak kes keracunan makanan yang dilaporkan. Tapi macam biasa gempar sekejap lepas tu senyaplah. Bila dah sejuk balaik perangai asal.Kotor-- kotor---kotor.

Ceret beret atau keracuanan makanan biasanya disebabkan oleh kuman E Coli. Kuman ini keluar melalui kotoran manusia dan bila tak dibersihkan secara sempurna maka ia akan masuk ke makanan melalui kontak dari tangan dan bila dah masuk ke mulut maka akan terjadilah keracunan makanan.

Penyakit lain yang paling ditakuti adalah penyakit Cholera atau taun yang merebak melalui makanan .Penyakit taunni kalau dah menjadi wabab makan kesannya kepada masyarakat kan sangat fatal kerana akan meragut banyak nyawa.Sebab itu Nabi mengajarkan kita doa untuk menjauhkan penyakit ini. Di zaman pemerintahan saidina Omar beliau mengeluarkan perintah supaya rakyat tidak masuk ke negeri yang sedang dilanda taun sebagai langkah mencegah merebaknya penyakit bahaya ini.Dalam kontek sekarang disebut karantina atau pengasingan penyakit.

Ada lagi satu jenis penyakit yang amat merbahaya akaibat dari makan minum yang kotor adalah penyakit typhoid atau demam kepiyalu.Penyakit ini disebabkan oleh kuman salmonela typhi. Penyakit ini di negara jiran disebut penyakit tipus.

Semua jangkitan yang terjadi di kalanagan masyarakat di sebut community acquired infection yang boleh menyebabkan kesan yang fatal jika menjadi wabab.
Pihak berkuasa telah mewajibkan suntikan cholera kepada semua penjual dan penyedia makanan.Cuma masalahnya berapa ramai yang patuh. Masyarakat kita kalau tak dipaksa biasanya buat-buat tak tahu saja.

Wassalam

Saturday, January 22, 2011

Beberapa hari yang lalu dilaporkan lebih dari 500 orang pilot menganggur.Belanja untuk menjadi pilot bukannya murah.Diperkirakan belanja keseluruhan adalah RM 250,000. Bagi mereka yang menuntut di luar negara seperti di Filipina belanjanya lebih murah iaitu RM 170,000 tetapi bila pulang ke Malaysia mereka perlu menyambung kuliah untuk mendapat kelulusan dari DCA dan biaya yang perlu di tambah ialah RM 100,000. Jadi tak ada jalan pintas.
Setelah keluar belanja besar dan harapan tinggi menggunung kerja pula tak ada.
Dulu kalau jadi pilot memang glamour. Gaji pula cukup lumayan melebihi RM 15,000 perbulan.Gaji yang sebegini masih kekal tapi nak dapat kerja pula sulit. Puncanya di Malaysia cuma ada dua syarikat penerbangan sedangkan sekolah juruterbang dah beranak pinak.Dulu cuma ada dua tapi sekarang dah jadi lapan buah.Jadi permintaan tak bertambah sedangkan pengeluaran bertambah.
Fenomina sama juga terjadi dalam bidang yang berkaitan dengan kesihatan. Sekolah yang mengeluarkan jururawat, pembantu farmasi, juru x ray, fisioterapi tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Akibatnya terjadi lambakan pemegang diploma dalam bidang-bidang tersebut.Sekarang dah biasa dah kalau mereka tak dapat cari kerja.Kasihan anak-anak kita.Lepas penat-penat belajar kerja pula tak ada.Ironisnya kita masih terpaksa mengimpot jururawat berkemahiran tinggi dari luar negara. Ada hospital swasta yang mengimpot dari Filipina, Indonesia dan India. Kenapa perlu impot? Jawapannya mudah kerana mereka terlatih dalam bidang ICI, OT, CCU dan sebagainya. Anak-anak kita yang baru dapat diploma masih belum terlatih dalam bidang berkenaan. Jadi nak buat apa? Setakat ini belum ada jawapan yang meyakinkan.

Sebai ibu bapa memang kita menjadi resah tak tahu kursus apa yang sesuai untuk anak-anak kita. Dalam bidang kejuruteraan dah lama dah fenomina susah nak cari kerja. Dalam bidang kesihatan yang dulunya tak pernah cukup, kita dah penuh sehingga sulit nak cari kerja. Kata nya tak lama lagi negara akan mempunyai limpahan doktor perubatan. Entah ia atau tidak saya tak pasti.Berdasarkan pengalaman kerja cukup lama di Sabah, saya yakin masih banyak kekurangan di sana.Jadi anak-anak kita tak boleh memilih jika di tempatkan di Sabah dan Sarawak

Nabi kata 9/10 rezeki melalui business. Tapi cakap memang senang, tapi bila nak buat bukan main susah. Masalah utama adalah modal untuk berniaga nak ambil dari mana. Kalau memang asal usul orang susah tak mungkin ada duit untuk dijadikan modal. Nak pinjam bank jangan harap.Semua bank akan tanya pengalaman berniaga berapa lama sebelum mempertimbangkan pinjaman yang diminta.

Berapa lama masalah ini akan berlangsung hanya Tuhan yang tahu. Bersyukurlah mereka yang ada kerja dan mereka yang ada duit untuk berniaga.
Wassalam

Monday, January 17, 2011

Kalau kita nak beli roti canai pada hari minggu memang azab,kenalah beratur panjang sampai berjam.hai macam tulah di mana-mana.Fenomina itu dah saya lihat sejak zaman remaja saya sampailah hari ini.Macam tu jugalah. Macam-macam kerenah orang yang menunggu giliran.Yang paling menjengkelkan adalah tukang buat roti canai akan mengutamakan pelanggan yang makan di kedai mereka.Yang nak tapau ni kenlah tunggu berjam.Kadangkala ada juga pelanggan yang tak sabar dan mengeluarkan kata-kata kesat pada pembuat roti canai.

Zaman yang serba canggih tak mengubah tingkah laku pembuat roti canai.Teknologi langsung tak ada.Jam tu orang beratur panjang jam tu jugalah dia baru nak tebar roti.Jadi masalah menunggu panjang tak akan selesai sampai bila-bila.Kadang terfikir juga sekarang dah ada teknologi sejuk beku.Kenapa mereka tak menggunakan teknologi ini.Kalau guna yang sejuk beku cuma tinggal goreng aja.jadi cepatlah sikit.Lepas tu kalau hari minggu gunakanlah bererapa orang penggoreng roti ni. Ini andaian kita saja.Nyata masalah ni tak akan selesai. Saya kalau disuruh beratur panjang minta maaflah, lebih baik saya makan benda lain.Tak kuasa yang membazir waktu dengan stress yang luar biasa. Yang pasti adrenalin akan meningkat naik dan denyut jantungpun akan bertambah cepat tanpa disedari. Yang saya salut pembuat roti canai memang macam tu aja dengan muka selamba mereka.Kalau hang nak tunggu, tunggulah kalau dak boleh blah.Mungkin itu yang ada dalam fikiran mereka. memang mereka tak ada perasaan, relax semacam.

Semalam saya da terima emal dari teman.Dilampitkan ucapan dari menteri kesihatan UAE tentang bahaya menggunakan rawatan kaki dengan ikan.Sekarang rawatan ssebegini sangat popular.Menteri ini memberi peringatan tentang bahaya mendapat penyakit berbahaya seperti HIV atau hepatitis B melalui rawatan yang sebegini.Logiknya memang ada.Katakanlah pelanggan mengidapi penyakit tersebut dan ada pula bahagian tubuh yang terluka.Jadi darah akan keluar dan masuk kemulut ikan berkenaan.Jadi bila ada pelnaggan lain selepas itu yang dirawat menggunakan ikan yang sama dan si pelanggan juka ada luka yang terbuka maka darah mungkin boleh berpindah kepada pelanggan ini dan kuman virus boleh juga berpindah. Katanya sudah ada 14 negara yang mengharamkan rawatan yang sebegini.

Satu lagi berita menarik semalam adalah tentang peras ugut melalui facebook.Jadi mereka yang mahir dengan teknologi komputer akan menggunakan makluman dan gambar dari facebook individu untuk memeras ugut dan menipu bank .Jadi hati-hatilah kalau nak bermain facebook ni.Saya memang tak minat langsung kerana dah lama dah terfikir tentang bahayanya facebook ni. Kalau kita mahir tak apa tapi kalau sekedar nak ikut-ikutan hati-hatilah.
Wassalam

Friday, January 14, 2011

Hari ini heboh diperkatakan tentang lebih dari 30,000 pengawal asing yang tak ada permit.Wow.banyak tu
Banyak luang pekerjaan sekarang ini yang diisi oleh pekerja asing terutama yang bergaji rendah.Mungkin rakyat kita dah tak mahu bekerja kerana emak ayah mereka masih mampu nak tanggung penganggur.Sungguh membimbangkan. Makan ramai orang asing makin terdedah kita pada risiko yang berbagai.
Sekarang nak cari Pharmacistpu sangat sulit.Kebanyakan hospital swasta cuma punya seorang saja Pharmacist malah ada yang tak punya langsung.Jadi macam mana nak tingkatkan pemberian maklumat pada pesakit.Ada hospital swasta yang terpaksa menggaji Pharmacist yang berasal dari Pakistan. Habis nak buat macam mana.Kalau tak ada Pharmaist sebagai pemegang lesen nanti hospital akan diperintahkan untuk tutup.Nak tak nak terpaksalah, asalkan ada sudahlah.

Pesakit semakin ramai dan jenis ubat juga semakin berlambak.Hampir setiap hari ada saja ubat baru yang dikeluarkan.Semua ubat ini perlu diterangkan secara lengkap kepada pesakit supaya mereka boleh menggunakannya secara betul, kalau tidak macam-macam hal boleh jadi. Tujuan makan ubat supaya penyakit sembuh .Tapi jika tak dimakan secara betul boleh mengakibatkan kesan yang lain pula.Penyakit yang ada tak hilang malah penyakit baru pula yang dapat.Di Amarika saja lebih 70 juta pesakit menggunakan ubat untuk mengawal darah tinggi. Di negara kita tak ada data yang pasti.Tapi yang pasti jumlahnyapun pasti ramai. Sekarang ramai orang yang makan lebih dari tiga jenis ubat. Apakah mereka semua faham tentang ubat -ubat tersebut hanya Tuhan yang tahu.Doktor suruh makan maka diapun makan.kemudian ada pula pengaruh lain seperti ubat alternatif sehingga mereka semuapun jadi keliru.Nak makan yang mana satu.Lama-lama tak amakan ubat dan akibatnya jantung menjadi lemah kerana tekanan tak terkawal.Yang malang bila terkena serangan jantung secara mendadak atau AMI.Paling menakutkan serangan stroke.
Pagi tadi lepas jogging saya beli nasi lemak kat pasar.Ada pak haji tu cerita semalam ada orang yang meninggal , masih muda baru selesai kahwin bulan lepas.Katanya mati kerana serangan jantung. Pak haji ni tahu juga yang kena serangan jantung biasanya orang laki-laki,perempuan jarang katanya. Saya cuma diam saja tak bagi apa-apa komen.memang wanita yang masih belum putus haid terlindung dari serangan jantung kerana adanya hormon estrogen.Tapi bila dah menopause risiko sama dengan laki-laki kerana estrogen dah kurang sangat.Tapi berapa ramai masyarakat kita yang tahu tentang perkara ini.

Semalam saya sempat ke JB kerana membayar cukai tanah. Sewaktu menunggu ada orang yang duduk sebelah saya. Dia tanya nombor giliran berapa . Saya jawab 1049. Dia langsung tunjuk nombor dia 5014. Saya tanya apa bezanya nombor ni dengan nombor saya. Dia kata nombor yang bermula dari angka 5 adalah untuk warga emas.Diapun suruh saya ambil nombor warga emas sebab sayapun dah dianggap masuk warga emas. Saya tersengeh saja. Dalam hati aku ni masih belum bersedia dipanggil warga emas walaupun dah tua dah.Saya sendiripun tak pasti definasi warga emas tu berapa.Lima puluh ke, lima puluh lima ke atau atas enam puluh ke.

Umur boleh saja banyak tapi semangat perlu muda.Lima Rasul kita, umur 53 baru angkat pedang pergi perang.Umur itu jugalah dia mula memerintah Madinah.Nah jangan lah kita suka-suka sangat menganggap diri kita dah tua kerana Rasulullah tak pernah anggap dirinya tua.
Wassalam

Monday, January 10, 2011

Semalam heboh diperkatakan tentang sistem icare iaitu sistem kesihatan peringkat kebangsaan.Katanya nak ikut NHR United Kingdom.Bila sistem insuran ini dilaksanakan maka pesakit tak boleh datang langsung mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan kerana hospital kerajaan hanya menerima pesakit rujukan dari klinik.Jadi klinik swasta dan kerajaan akan menerima pesakit terlebih dahulu dan jika perlu dirawat oleh hospital maka doktor diklinik berkenaan akan merujuk ke hospital.Kalau nak menyelonong begitu saja maka hospital tidak akan menerima pesakit tersebut. Di UK sistem ini dah lama berjalan. Jika sistem ini berjaya maka beban hospital kerajaan akan berkurangan dan tentu mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan seperti di UK.Cuma perlaksanaannya nanti bagaimana sama-sama kita lihat.
Pada pendapat saya hospital swasta tidak akan terjejas kerana dihospital swasta pesakit bebas untuk datang mendapatkan rawatan.Sekarang inipun pesakit boleh memilih pakar yang mereka perlukan. Bila-bila masa mereka boleh datang mendapatkan rawatan tanpa halangan.Cuma isunya bayaran.Itu saja.Ada duit silakan datang.
Kalau di hospital kerajaan pesakit perlu berjumpa doktor umum terlebih dahulu. Kalau nak jumpa pakar perlu rujukan dari doktor umum.Jadi tak boleh nak menyelonong begitu saja.

Kita harap sistem icare ini cepat dilaksanakan dan bukan sekedar perancangan semata. Kita masih menunggu pelaksanaan sistem insuran untuk semua pekerja asing.Bilakah hendak dilaksanakan, sama-sama kita lihat. Jadi tahun baru 2011 ni akan ada dua sistem baru iaitu icare dan sistem insuran pekerja asing.Saya amat mengharapkan kedua-duanya dapat dilaksanakan dengan segera untuk kebaikan semua.

Pihak swasta tak perlu bimbang kerana ianya akan memberi manfaat kepada mereka juga.Jika sistem insuran pekerja asing terlaksana maka akan besar manfaat kepada hospital swasta.Sistem icare akan memberi manfaat langsung kepada semua klinik swasta.Sama-sama kita tunggu.

Hari ni heboh di suratkhabar tentang kes penderaan bayi berusia tiga tahun.Menurut laporan ada 73 kesan penderaan. Apa nak jadi dengan masyarakat kita hanya Tuhan yang tahu. Kes menyimbah asid kepada anak dan isteri masih belum selesai. Walaupun si bapa dah dipenjarakan tapi penderitaan anak akan kekal sepanjang hayat.Semalam anak itu baru menjalani fasa pertama pembedahan plastik untuk memperbaiki kecacatan pada muka.Proses pembedahan akan berjalan beberapa kali.Nasib baik ada pihak yang sanggup menanggung biaya tersebut.
Mari kita muhasabah diri, jangan ikutkan stress yang memanjang sehingga tergamak melakukan perbuatan yang menyebabkan kecacatan yang berkekalan. Dalam rumahtangga tentu ada masalah.Jadi pandai-pandailah mencari jalan keluar.Kalau suami lagi naik angin isteri perlu diam dan kalau isteri naik angin suami pula perlu diam.Dengan cara ini masalah dapat diselesaikan.
Wassalam

Saturday, January 8, 2011

Dah seminggu kita memasuki tahun baru.Kadangkala masih tersasul menulis tahun 2010. Hari minggu lepas saya berangkat ke Jakarta kerana ada kerja sikit dan berada di sana selama dua hari.Saya menginap di hotel Santika dan disebelah hotel ni ada pusat membeli belah.Waktu Jakarta satu jam kebelakang dibandingkan waktu kita .Jadi malam tu terasa lambat. Lepas solat saya biasa merayap di sekitar shopping komplek yang bersebelahan hotel.Malam isnin tu sewaktu saya check in saya terkejut kerana bunyi musik yang tersangat kuat .Dalam hati kalau macam ni tak mungkin saya boleh tidur. Saya punturun bertemu petugas dikaunteruntuk komplain dan bercadang nak tukar bilik.Saya tanya kenapa ribut sangat dengan muzik tu.Dia kata kalau nak tukar bilik besok pagi baru boleh kerana tak ada yang kosong.Saya tanya lagi sampai jam berapa nak hiruk pikuk macam ni.Dia kata cuma sampai jam 10 malam.Saya kata kalau gitu OK lah.Sayapun keluar dan merayau di shopping kompleh.Rupa nya dalam shopping komplek juga da persembahan band.Semua lagu yang dinyanyikan lagu inggeris belaka.Lihat penyanyi laki-laki , nak katakan orang putih entahlah tapi gaya macam orang puteh.Malam besoknya ada band lain pula dan semua menyanyi lagu inggeris.Malam kedua juga gitu band lain semuanya lagu inggeris. Saya mula terfikir mungkin syarat kalau nak menyanyi di situ mesti menyanyikan lagu-lagu inggeris. Entahlah, sayapu tak pasti.Masyarakat kita memang selalu berbangga kalau menyanyikan lagu-lagu inggeris dan mungkin meraya rendah diri kalau nyanyi lagu sendir. Ini hanya spekulasi saya saja, entah betul entah tidak.
Dalam penerbangan yang memakan masa dua jam saya sempat membaca buku, Death by prescription.Buku ni agak tebal sebab tu sulit nak dihabiskan. Sampai sekarang saya masih membaca sedikit demi sedikit kerana buku ilmiah ni sulit untuk dihadam, tak sama dengan novel yang mengasyikkan.Dalam buku tersebut ada dicatitkan tentang kisah sedih sepasang suami isteri di mana isteri akhirnya mati kerana mengalami kerosakan jantung akibat mengambil ubat untuk menguruskan badan.Sebelum kahwin si isteri ingin kelihatan langsing untuk membahagiakan pasangannnya.Dia sangka bila dia kurus dia kan sentiasa memikat mata suaminya.Dia menggunakan ubat yang disebutFen-Pen yaitu gabungan ubat fenfluramine dengan penthermine.Ubat ini pada mulanya memberikan kesan yang dia harapkan dengan mendapatkan ukuran berat badan idaman.Tapi bila ubat yang ditulis selama dua bulan dah habis dia mendapatkan kembali dari doktor peribadi beliau untuk mengekalkan berat badan. Lepas kahwin dia mula mengalamai masalalh berat badan yang semakin naik.Biasalah gitu bila dah kahwin berat badan akan mula naik baik bagi laki-laki atau perempuan .jadi dia terus tergantung dengan ubat tersebut. Satu hari dia jatuh pengsan dan berjumpa dengan doktor. Doktor merujuk beliau ke pakar jantung dan bila di buat scan didapati jantungnya memang ada masalah.Injap jantung ada yang dah rosak. Tak lama kemudian wanita ini meninggal dunia akibat kegagalan jantung. Kes ini sungguh tragis. memang banyak lagi kes yang dilaporkan dalam buku ni. InsyaAlah akan saya kongsi nanti secra bertahap
Wassalam

Saturday, January 1, 2011

Hari ni dah masuk tahun baru 2011.Masa berjalan begitu pantas.Pejam celik pejam celik dah sampai tahun baru.Hari ni banyak orang yang kahwin dan ramai pula yang beranak.Dalam dunia serba moden ni melahirkan anak boleh dirancang sesuai keinginan kita.Caranya mudah melalui pembedahan.Kalau dulu memang sulit tapi kini semuanya serba mungkin.
Besok banyaklah akan dilaporkan peristiwa pasangan yang berkahwin dan melahirkan anak.Di hospital tempat saya bekerja saja ada empat kelahiran pada tahun baru.Hari ni juga ada dua undangan majlis perkahwinan.

Apa yang menarik pada tahun lepas.Kerajaan akan mewajibkan semua majikan menginsurankan pekerja-pekerja asing mereka supaya mereka mendapat rawatan di hospital atau klinik swasta. Pihak swasta tentu mengalu-alukan langkah ini kerana tentu akan meningkatlah business hospital dan klinik swasta. Di samping itu tentu subsidi kerajaan pada pekerja asing ini akan dapat dikurangkan apabila mereka mendapat rawatan kesihatan dari pihak swasta.Jadi beban yang ditanggung oleh kerajaan akan dialihkan kepada pihak swasta. Cuma bila ianya akan dilaksanakan entahlah.Kita tunggu saja nanti dan pihak hospital swasta memang mengalu-alukan langkah ini.
Di negara yang mempunyai skim kesihatan yang baik dan efisien seperti di UK , pihak hospital swasta kurang berkembang kerana perkhidmatan di hospital kerajaan memang ditanggung oleh insuran.Bukannya tak ada hospital swasta tetapi amat terbatas jumlahnya kerana persaigan dari hospital kerajaan.Hanya pesakit yang tak mahu menuggu giliran saja yang memilih perkhidmatan swasta.

Saya rasa sudah sampai masanya skim insuran untuk rakyat ini dipercepat supaya beban boleh ditanggung bersama oleh pihak kerajaan dan swasta dan rakyat boleh memilih perkhidmatan yang mereka mahukan. Cuma masalah ini memang rumit tapi tak ada yang mustahil.

Syarikat-syarikat insuran semakin memberikan tekanan kepada hospital swasta dengan meminta diskaun yang lebih besar. Tren ini semakin memuncak sekarang ini dan hospital swasta mula merasakan tekanannya.Sebab itu di Amerika hospital-hospital swasta telah membentuk suatu konsortium yang menaungi semua hospital swasta.Insuran pula bernaung dalam satu konsortium lain.Jadi perjanjian adalah antara konsortium yang menaungi pihak hospital swasta dengan konsortium yang menaungi pihak insuran.Keadaan ini masih belum terjadi di negara kita.Saya amat yakin suatu hari nanti perkara ini juga akan berlaku di negara kita kerana pihak syarikat insuran semakin menghimpit pihak hospital swasta.Sama-samalah kita lihat.

Masalah utama operasi hospital swasta adalah harga ubat, peralatan perubatan dan mesin perubatan semakin naik dan diluar kawalan pihak hospital.Mau tak mahu kos rawatan di hospital swasta juga semakin meningkat sesuai dengan peningkatan harga-harga tersebut.Demi survival perkara ini perlu dilakukan. Masyarakat kadangkala tak faham dan tak mahu faham tentang perkara ini.Jadi mereka selalu menuding jari kepada pihak hospital swasta dan menuduh hospital swasta sesuka hati menaikkan harga dan bertimbang rasa. Margin keuntungan hospital swasta amat rendah dibandingkan jenis perusahaan lain. nak dapat margin 10% pun amat sulit. Bandingkan dengan bank yang memperoleh margin antara 25-30%.

Wassalam