Saturday, November 19, 2011

Sekarang in saintis sedang berusaha untuk mendapatkan insulin dalam bentuk tablet atau bentuk lain supaya pesakit tidak lagi perlu menggunakan suntikan yang menyakitkan itu.Tapi kajian masih pada peringkat awal.Saintis dari USA sedang giat berusaha untuk mencipta sediaan baru yang lebih memudahkan pesakit kencing manis.Setakat ini memang tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan suntikan yang menyakitkan itu.Bagi mereka yang dah biasa mungkin tak ada masalah. Baru-baru ini saya berjumpa dengan kawan lama yang sudah menggunakan suntikan insulin sejak kecil. Sebelum dia makan dia suntik dulu insulin dibahagian kulit perut.Nampak macam relax saja tak ada apa-apa. Saya tanya tak sakit ke? Dia selamba aja jawab, dah biasa tak ada apa.

Satu lagi penemuan baru adalah nikotin dalam bentuk aerosal.Ubat ini penting untuk mengubati ketagihan merokok.Selama ini perokok yang berusaha untuk membuang tabiat merokok adalah dengan memakan nikotin dalam bentuk gula-gula atau ditapal pada kulit dalam bentuk koyok.Tapi ciptaan baru ni menggunakan aerosal yang boleh dihidu untuk mendapatkan kesan nikotin bagi mengatasi ketagihan merokok.Cuma produk ini masih berada pada tahap kajian dan masih diragukan keberkesanannya.Ada segolongan saintis yang menentang cara penggunaan bahan ini. Biasalah kalau produk baru pasti ada yang kurang yakin dan akan menentangnya. Saya yakin dalam beberapa tahun lagi akan tercipta produk yang lebih baik suapaya tabiat ketagihan rokok ini dapat diatasi.

Sekarang jumlah kes influensa A semakin banyak.Beberapa hari yang lepas lebih dari 5 orang pesakit telah dimasukkan ke hospital tempat saya bekerja.Tapi keadaan pesakit taklah serius. Ini fenomina biasa bila keadaan cuaca yang semakin tak menentu.Dijangkakan penghujung tahun ni jumlah curahan hujan akan bertambah dan sebahagian negeri akan dilanda bah.Besar atau tidak tak dapat dipastikan.Asalkan jangan sampai macam Thailand sudahlah. Bah besar di Thailand telah melumpuhkan kegiatan ekonomi negara tersebut.


InsyaAllah esok saya akan terbang ke Padang kerana ada sedikit urusan.Sewaktu lawatan saya beberapa bulan yang lepas nyata masih jelas kelihatan bangkai runtuhan sewaktu gempa tiga tahun yang lepas.Artinya nak membaik pulih bangunan yang runtuh makan masa yang lama kerana soal biaya yang besar.Pasar rakyat dibawah bangunan Matahari yang telah rosak teruk rupanya masih berjalan macam biasa.Saya sangkakan pasar-pasar tersebut telah ditutup gtapi rupanya masih berjalan macam dulu juga.Syukurlah ada juga tempat rakyat mencari rezeki. Kunjungan saya kali ini cukup singkat cuma sehari semalam.

Sampai jumpa , wassalam

Wednesday, November 16, 2011

Dari 7-11 november saya berada di Dubai.Memang dah rezeki nak kesana kerana saya di pilih untuk present free paper dalam konference International Hospital Conference.Bukan senang nak dapat peluang ini. Saya kagum dengan kemajuan yang di capai oleh Dubai.Bagi saya bandarraya Dubai sungguh canggih mengalahkan banyak negara maju.
berdasarkan maklumat dari pemandu teksi yang hampir kesemuanya asal pakistan , kota Dubai ini mula membangun begitu pesan sejak 15 tahun kebelakangan.Dulu pekan kecil pusat para nelayan.Dubai tak ada hasil minyak tapi pemerintah mereka bijak menarik pelabur asing dan sekarang menjadi pusat perniagaan yang menghubungkan timur tengan denagn bahagian dunia yang lain. Memang mengagumkan.Penduduk tempatan cuma 20% tapi mereka dijaga dengan baik oleh pemerintah.Orang asing tetap tinggal sebagai orang asing walaupun dah tinggal di Dubai berpuluh tahun.Jangan harap nak dapat PR apa lagi warganegara.

Semua penjawat awam adalah rakyat tempatan. Menurut pemandu teksi gaji seorang tentera biasa adalah 13000 dirham menyamai RM 13k.wow ini gaji pegawai paling kanan di malaysia.Kalau tentera yang berpangkat sedkit gaji boleh sampai 20k dirham.Tak terbayang oleh kita di sini.Sebab itu rakyat Dubai tenang-tenang saja walaupun di negara arab yang lain sibuk memberontak sana sini.Habis apa lagi yang mereka mahu kerana semuanya dijaga.Hidup rakyat tempatan mewah.

Rakyat asing dibayar gaji murah antara dirham 1000 hingga 3000. pemmandu teksi bukan bergaji tetap tapi ikut komisyen.Purata boleh dapat dirham 3000 sebulan tapi kerja 12 jam sehari , 7 hari seminggu.memang stress tapi itu lebih baik dari keadaan di negara asal mereka.

Sistem keretapi bawah tanah di Dubai canggih macam di Hong Kong.Kerana dan tiga kali pergi Dubai saya dah biasa turun niak kereta apai, dah macam kampung sendiri.Saya akan menggunakan MRT ni sebelah petang lepas selesai konferen.Puaslah saya merayau di banyak tempat. Sempat jugalah makan roti nan dengan daging kambing.Sepinggan termasuk secawan kecil teh susu harganya dirham 12. Mahal juga kalau sepinggan hampir RM 12.Tapi inilah Dubai.Menurut pemandu teksi harga di Dubai memang melambung tinggi.Yang agak lucu saya sempat singgah di satu kedai kopi untuk makan petang.Saya minta minuman teh panas dicampur susu.Bila minuman dihantar pekerja tu kata ini teh tarik.Wah memang terkejut saya dibuatnya.Saya tanya macam mana tahu teh tarik.Dia kata dia berasal dari Kerala India dan ramai orang kampung dia yang kerja di kedai mamak di malaysia.Jadi bila balik kampung tu merekalah yang cerita tentang teh tarik.

Banyak orang menyangka saya ni asal filipina kerana paras rupa orang Melayu mirip oorang Filipina.Dulu sewaktu saya berkesempatan ke Manila tahun 2009 sayapu nterkejut kerana kebanyakan orang filipina rupa macam orang melayu. jadi kalau kita ke filipina mereka tak akan tahu yang kita ni orang Melayu.

Kenangan di Dubai memang menyeronokkan.Saya cukup kagum dengan pak Arab ni yang mampu menukar padang pasir yang seperti padang jarak padang terkukur menjadi bandar moden serba canggih.Kalau nak tahu pergilah melancung ke sana.