Tuesday, August 17, 2010

Hari ini adalah hari yang kelapan kita berpuasa.Waktu berjalan begitu pantas.Di hospital tempat saya bekerja setiap hari dari Isnin sampai Khamis akan diadakan taskirah ramadan waktu rehat tengahari.Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari para penceramah jemputan.Sayapun InsyaAllah akan mengisi satu slot untuk muhasabah diri dan berkongsis sedkit ilmu yang ada.Lumayan juga sambutan bukan saja dari staf tapi beberapa orang pesakit yang boleh berjalan turut menghadiri taskirah ini.
Bulan puasa jangan dijadikan alasan untuk tidak puasa hanya kerana kita terpaksa mengambil beberapa jenis ubat-ubatan.Dari pencarian yang saya lakuakan dalam net banyak panduan yang telah dikeluarkan untuk membolehkan seseorang itu terus berpuasa walaupun dia memerlukan mengambil ubat -ubatan.Antara ubat-ubatan yang dibolehkan diambil waktu kita sedang puasa dan tak membatalkan puasa adalah seperti berikut:
-semua jenis ubat kumur
-ubat-ubatan dalam bentuk injeksyen
-ubat suppository yang dimasukkan ke dalam dubur atau faraj
-ubat nitroglycerin yang diletakkan dibawah lidah untuk menghilangkan sakit jantung
ubat-tetes mata dan telinga
-ubat bius berbentuk gas
-ubat sapu
-ubat inhaler untuk menghilangkan serangan astma
Jadi ubat-ubat tersebut masih boleh diambil walaupun kita berpuasa

Jadi jangan dijadikan alasan hanya kerana kita perlu mengambil ubat sehingga kita tak berpuasa.
Puasa adalah ibadah yang sangat istimewa.Kata Allah puasa adalah untuk Ku dan Aku yang akan memberikan pahalanya.Berapa pahala yang kita dapat tak ada siapa yang tahu kerana ianya milik Allah.
Kalau kita biasa makan ubat tiga kali sehari maka makanlah tiga kali waktu malam iaitu selepas buka, tengahmalam dan sewaktu sahur.Jika 4 kali maka terpaksa tinggalkan satu dos, cukup 3 kali sahaja.Mungkin doktor perlu menyesuaikan dos yang perlu diambil.Jika menggunakan insulin ia tak ada masalah kerana berbentuk suntikan dan tidak membatalkan puasa.Jika perlu diambil dua kali maka ambillah sewaktu berbuka dan sewaktu sahur.Islam itu mudah dan yang menyulitkan adalah kita sendir.Mereka yang mencari-cari alasan adalah mereka yang imannya lemah.Sebab itu Tuhan menyeru mereka yang beriman untuk berpuasa seperti firmanNya "wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagimana yang telah diwajibkan terhadap orang-orang yang terdahulu dari kamu agar kamu bertaqwa".Matlamat terakhir adalah bertaqwa iaitu melaksanakan semua perintah Allah.Buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang.
Wassalam

Friday, August 13, 2010

Hari ni hari yang keempat kita berpuasa.Apakah dah ada perbezaan dalam diri kita.Puasa memerlukan integriti kerana yang tahu kita berpuasa atau tidak adalah kita dengan Tuhan.Sebab itu Allah kata puasa tu untuk Aku dan aku yang akan memberi balasannya.Integriti ni menjadi kunci utama kejayaan hidup manusia baik dari segi individu mahupun organisasi.Di banyak negara ada institusi khusus yang dinamakan institut integriti negara.Dan untuk memantau dan melaksanakan maksud integriti ini ditubuhkan pula badan pencegah rasuah.Artinya semua manusia mengakui pentingnya integriti.Sebab itu puasa ini merupakana institusi latihan khusus untuk umat Islam untuk memperkuat ketahanan diri masing-masing.
Dalam banyak syarikat nilai utama atau core values yang paling diutamakan adalah integriti.Jika syarikaty dijaga oleh mereka yang tak ada integriti maka syarikat akan hancur dan akhirnya terpaksa gulong tikar.Sebab itu Islam amat mengutamakan integriti.Nabi bersabda tunggulah kehancuran kita sesuatu perkara diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya.

Cerita yang sedang heboh diperkatakan sekarang adalah tentang pembuangan bayi yang terjadi hampir setiap hari.malah bayi sudah dianggap sebagai sampah yang seenaknya dibuang dimerata tempat hatta ke dalam tong sampah.Puncanya kerana bayi tersebut dilahirkan oleh ibu yang melakukan kerja zina .Oleh kerana masyarakat tidak dapat menerima perbuatan terkutuk ini maka mereka yang terlibat menjadi panik dan membuang bayai tersebut ke mana sahaja yang mereka sempat.Pihak pemerintah telah meluluskan peraturan baru bahaewa mereka yang terlibat ini didakwa sebagai membunuh manusia.Kita berharap hukuman yang keras ini boleh meredakan masalah ini tetapi yang paling utama adalah mencegahnya dari awal lagi melalui pendidikan agama kepada anak-anak.Mereka perlu difahamkan bahawa perbuatan berzina itu hukumnya haram dan berdosa besar.Bagaimana caranya tentulah dimualai dari rumahtangga masing-masing.Kita kita ingin anak-anak kita berakhlak mulia maka kita perlu menunjukkan contoh akhlak yang mulia.Kuncinya cuma satu iaitu kepatuhan kepada semua perintah Allah.Kalau setakat berkata dan berbuat maka jadilah seperti pepatah Melayu kokok berderai-derai ekor gelumang taik.Mari kita sama-sama berdoa agar Allah menjauhkan kita dan anak-anak kita dari terlibat dengan perbuatan yang terkutuk ini.Wassalam

Thursday, August 12, 2010

Manusia yang terbaik dari sisi Tuhan adalah mereka yang bertaqwa.Tuhan tidak melihat manusia yang cantik, yang hansom, yang ganteng, yang macho tapi yang di lihat adalah manusia yang taat padaNya.kenapa begitu.Jawabnya mudah .Tuhan yang mencipta rupa manusia.Tak ada manusia yang mampu mencipta rupa paras masing-masing.Yang terdaya oleh manusia adalah memperbaiki serba sedikit menggunakan teknologi pembedahan plastik.Itupun belum tentu mampu merubah seperti yang dikehendaki.Tuhan tak peduli dengan kekayaan manusia keran semua harta adalah milik Allah.Dia boleh beri siapa yang dia suka dan boleh tarik bila-bila dia suka.Lihat apa dah jadi dengan Lehman brothers syarikat broker saham yang berusia lebih dari 100 tahun tapi akhirnya gulung tikar.Jadi tak perlu nak berbangga dengan kekayaan yang kita ada.Dalam sejarah Islam tercatat berbagai cerita yang boleh dijadikan pengajaran.Lihat kisah Qorun yang tenggelam di telan bumi bersama harta-hartanya.Kalau harta kita melimpahruahpun setakat mana yang mampu kita pergunakan di dunia ini.Akhirnya bila kita mati semuanya akan tinggal dan akan menjadi milik orang lain.
Puasa menekankan kepentingan waktu .Puasa adalah proses menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari.Jadi ada dua parameter di sana iaitu terbit pagi dan tenggelamnya matahari.Natijahnya adalah kepentingan memahami peranan waktu.Dalam surat Al As jelas ditekankan tentang kepentingan waktu ini.Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran.Bila kita memahami kepentingan masa ini maka kita akan menjaga disiplin diri dan tidak akan mensia-siakan waktu.Setiap waktu yang Allah beri kepada kita tidak akan dapat diulangi kembali.Jika kita tidak menggunakannya maka dia akan terus meninggalkan kita.Hidup didunia adalah melaksanakan amanah sebagi hamba.Jika kita gagal mengisinya maka kita yang akn rugi.Di akhirat nanti adalah tempat untukmenerim balasan dan dah tak ada alagi usaha yang boleh dilakukan.
Wassalam

Tuesday, August 10, 2010

Hari ini adalah hari pertama Ramadan.Sebagai orang Islam tentu kita akan menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana Ramadan adalah bulan yang paling mulia. Semua amalan kita akan dilipatgandakan pahalanya.Pahala sunat di samakan dengan pahala ibadah wajib dan pajhala ibadah wajib akan dilipatgandakan.Cuma kerana perkara ini perkara ghaib maka ada manusia yang tak faham tentu falsafahnya.Jika bicara soal saham baru dia faham kerana nampak dek mata kasar dia tapi bila sebut pasal pahala susah mereka nak faham.Dia pasti akan faham bila dah masuk alam khubur nanti tapi waktu itu semuanya dah terlambat.Tentu ada dikalangan umat Islam yang menyambut Ramadan ini dengan penuh rasa gusar kerana tak biasa melaksanakan ibadah puasa.Mereka tentu akan mencari -cari alasan untuk membolehkan mereka tak puasa.Yang sering digunakan adalah alasan sakit terutama masalah gastrik.Dia akan kata doktor nasihatkan dia supaya tak puasa kerana boleh mendatangkan mudarat.Jadi doktor pula yang menjadi mangsa bila dia tak puasa.
"Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu agar kamu bertaqwa".jaddi seruan ini hanya untuk orang-orang yang beriman.Hanya mereka yang beriman sahaja yang mampu untuk menunaikan perintah ini kerana ibadah ini adalah ibadah yang berat bagi mereka yang tak beriman.Disebutkan juga bukan kamu sahaja yang wajib berpuasa tetapi umat-umat yang terdahulu juga diwajibkan seperti kamu.Nabi daud berpuasa selang satu hari .Maknanya sehari puasa sehari berbuka.Ini tentu akan lebih berat dibandingkan dengan perintah yang kita terima.Tujuan puasa adalah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa.Taqwa maknanya taat pada perintah Allah.Apa yang Allah suruh kita buat dan apa yang Allah larang kita tinggalkan.Bunyinya senang tapi hakikatnya ianya amat berat.Nak melaksanakan yang disuruhpun dah amat berat apa lagi nak meninggalkan yang dilarang.
Besok kita sambung taskirah ini.Wassalam

Saturday, August 7, 2010

Hari rabu petang saya memandu laju.Perjalanan cukup lancar tapi tak semena-mena di tengah perjalanan laluan terganggu kerana ada sebuah kereta yang dipandu perlahan tapi mengambil line kanan.Pada cermin belakang kereta ada sticker yang tertulis "i am the best driver in the world".Plate kereta pula adalah kereta jiran.Barang kali begitulah perangai the best driver in the world, yang menyusahkan orang.Saya terpaksa memotong di bahagian kiri kerana pemandu tersebut enggan memberi jalan.Saya rasa ada yang tak beres dengan pemendu berkenaan kerana tabiat buruknya itu.

Perjalanan pulang pada hari khamis cukup lancar dan Jumaat pagi saya berangkat lagi memandu kereta menuju Perlis.Perjalanan cukup melelahkan dan petang baru sampai dan menginap di Putra Palace hotel.Saya dan keluarga perlu menghadiri konvokesyen anak saya yang nombor dua.Alhamdulillah majlis konvo berjalan lancar dan kami berangkat pulang malam tadi dan sampai di Seremban jam 3 pagi.Nasib baik anak-anak pandai memandu jadi bolehlah bergilir jadi driver.

Sebelum sampai di perlis saya sempat singgah menziarah ibu kawan yang kena stroke.Keadaannya cukup parah.Sebelah badan kiri lumpuh total dan dia juga tak boleh bicara apa -apa.Telinganya boleh mendengar dari riaksi yang dia tunjukkan melalui mimik muka.Memang keadaannya amat memprihatinkan kerana bergantung sepenuhnya terhadap bantuan orang lain.Doalah banyak-banyak supaya kita dihindari dari penyakit ini kerana bila kena penyakit ini kita menjadi manusia yang langsung tak ada upaya.Menurut perubatan moden stroke terjadi kerana ada pembekuan darah di otak .Puncanya mungkin kerana kadar kolesterol yang terlampau tinggi, tekanan darah tinggi yang tak terkawal sehingga ada pembuluh darah yang pecah atau faktor-faktor lain yang menyebabkan terjadinya penyumbatan darah ke otak.
Saya ada terbaca sebuah buku yang menceritakan tentang penyakit angin akhmar ini.Menurut buku tersebut serangan angin akhmar adalah disebabkan oleh ulah dan angkara jin yang bernama akhmar.Sebab itu dalam bahasa kita di sebut angin akhmar.Jin ini pernah membuat kacau di zaman nabi Sulaiman sehingga baginda memerintahkan panglima perang jin untuk membunuh akhmar ini.Tapi jin akhmar memberi tahu yang dia tak akan mampu dibunuh oleh sesiapapun hingga hari kiamat.Jadi dalam buku ini ada diajarkan doa khusus untuk dibaca supaya kita terhindar dari penyakit yang amat menakutkan ini. Sebagi orang Islam kita perlu melalukan dua langkah iaitu mengawal diri kita dari segi medikal dengan cara mengawal kadar kolesterol dan darah tinggi serta kencing manis jika ada.Pastikan makanan kita teratur dan latihan fizikal dijalankan secara rutin supaya tahap kesihatan kita berada pada tahap optima.Disamping itu kita amalkan doa ini midah-mudahan Allah lindungi kita dari penyakit yang amat menakutkan ini.Kalau laki-laki yang kena tanggungjawab isterilah yang akan menguruskan begitu juga sebaliknya.Ada pepatah mengatakan wanita adalah teman bagi laki-laki dewasa dan jururawat bagi laki-laki tua.Wassalam

Tuesday, August 3, 2010

Dalam hidup tak ada yang mustahil.Malam tadi diumumkan pemenang musabaqah bahagian wanita adalah peserta dari Pakistan .Tak pernah dalam sejarah penganjuran muabaqah ada pemenang selain dari negara Asia tenggara.Ini amat mengejutkan dan memberi impak yang besar pada program ini. Dua hari yang lepas team takraw Malaysia di kejutkan oleh Korea Selatan yang menewaskan kita dengan 2-1. Satu lagi kejutan yang terjadi.Tak pernah Korea Selatan mampu mengalahkan team sehebat team Malaysia. Inilah pengajaran yang perlu dijadikan iktibar bagi kita. Saya melihat dua kes ini sebagai satu motivasi diri bahawa dalam hidup ini tak ada yang mustahil asalkan kita berusaha bersungguh menurut kaedah yang sepatutnya.Kita juga melihat bahawa team yang biasa nya hebat mampu dikalahkan bila-bila masa kerana mereka sudah terlalu yakin yang mereka sudah cukup hebat.Ini namanya kejutan.Semalam salah seorang bekas jurulatih kebangsaan mengeluarkan kritikan bahawa kaedah permainan sepak takraw pasukan Malaysia sudah ketinggalkan zaman kerana masih lagi menggunakan satu killer sedangkan pasukan Thailand dan Korea Selatan sudah menggunakan double killer. Maknanya kita tidak mengemaskinikan teknik dan strategi.
Kejayaan seseorang individu atau organisasai amat tergantung kepada beberapa faktor utama:
-ilmu
-kesungguhan
-istiqamah
-sentiasa memperbaharui strategi
-sentiasa ingin belajar dan memperbaiki diri
-yakin bahawa tak ada yang mustahil dalam hidup
Syarikay gergasi seperti Enronpun boleh gulung tikar kerana sikap gelojoh dan tamak.Oleh itu kejayaan yang sedang kita kecapi tak ada jaminan akan berkekakalan jika kita tidak istiqamah dan menjaga disiplin.
Menurut Aristotle, manusia yang berjaya adaalah manusia yang mengeluarkan isea baru yang tak pernah terfikirkan oleh orang lain.Saya rasa banyak penemuan hari ini yang mengikut prinsip ini. Lihat saja kejayaan beberapa syarikat besar yang berjaya.Bulan lepas saya ada membaca kisah kejayaan Lim Goh tong, tokoh terkaya di Malaysia. Beliau memulakan projek kasino di Genting yang dianggap gila oleh kebanyakan orang.Malah untuk menjimatkan belanja beliau dan pekerja-pekerjanya sanggup tinggal dipondok yang dibuat di dalam hutan.Akibat dari keyakinan dir yang tinggi dan fokus dalam kerja beliau menjadi manusia terkaya di negara ini.Walaupun business juta hukumnya haram dalam agama kita tapi yang ingin kita ambil pengajaran adalah sikap yakin, bersungguh-sungguh dan fokus beliau yang perlu kita contohi.
Nabi kata lakukanlah kerja dengan istiqamah walaupun berdikit-dikit.Inilah sebenarnya kunci kejayaan manusia.Wassalam

Monday, August 2, 2010

Sabda Nabi bila kamu berada di waktu pagi usah fikirkan waktu malam dan bila kamu berada di waktu malam usah fikirkan waktu pagi. Maksudnya kita kena fokus tentang kerja yang kita lakukan dan mestilah berada pada realiti yang sebenar.Kalau kita berada di waktu pagi tapi asyik memikirkan tentang malam yang akan datang maknanya kita tidak fokus dan hasil kerja tentu tidak optimum.Masa yang tealh berlalu tak perlu difikir-fikirkan kerana kita tak mampu mengembalikan apa yang telah pergi. Kalau kita perlu mengalami waktu sulit atau melalui peristiwa pahit di masa yang lepas maka kita tak perlu memikirkannya lagi.Cukup sekedar mengingati untuk dijadikan pengajaran itupun jika seandainya perlu diingati.Banyak perkara dalam hidup ini yang terjadi diluar perkiraan dan hajat kita.Yang pasti setiap perkara yang terjadi pasti ada pengajaran dan iktibar bagi diri kita.Dalam hidup tak ada istilah kalau.Contohnya orang yang kita kasihi mengalami kemalangan .Jadi tak perlulah kita memikirkan kalau dia tak pergi ke sana tentu kemalangan tak akan terjadi.Semuanya itu sudah menjadi ketentuan Ilahi.Yang penting bagi kita adalah menerima Kadha dan Kadhar yang telah ditentukan.
Terlalu risau memikirkan masa depan juga tidak akan membawa kebaikan pada diri kita kerana masa depan berada di alam ghaib.Tak ada siapa yang tahu tentang apa yang akan terjadi kerana ia adalah rahsia Tuhan. Untuk apa kita merisaukan apa yang kita sendiri tak pasti.Apa yang perlu dilakukan adalah merancang masa depan dan bukannya risau memikirkan tentang masa depan.Dalam agama kita , menilik nasib adalah dilarang.Jadi jika ada yang mendakwa mengetahui masa depan maka mereka sebenarnya cuba mendahului rahsia Tuhan.Sebab itu Nabi berpesan agar kita fokus dengan masa yang kita hadapi.

Manusia tidak tahu apa akan jadi pada dirinya .Tidak ada siapapun yang pasti jam berapa kitaa melelapkan mata kerana rahsia ini Tuhan tak bagi pada manusia.Kita cuma bisa mengagak jam berapa kita tertidur.Manusia hanya bisa pasti jam berapa dia terjaga kerana kitaa boleh melihat jam yang ada.Jadi kita perlu faham tentang konsep ini dan tak perlu merisaukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan kerana rahsia ini milik Tuhan.Kitapun tak pasti berapa lama lagi kita akan hidup dan bila kita akan mati.Bila kita memahami konsep ini maka kita akan sentiasa berfikiran positip dan berusaha menghasilkan yang terbaik bagi diri kita, keluarga kita dan masyarakat yang memerlukan kita.memikirkan masa lalu hanya menimbulkan masalah yang tak perlu.Merisaukan masa depan hanya membantutkan usaha kita dan boleh membentuk persepsi yang negatif .Yang penting jangan kita bersangka buruk pada Tuhan.Konsep khada dan khadar itu perlu difahami agar kita boleh menerimanya dengan ridho.
Wassalam