Saturday, September 1, 2012

Hari khamis lepas saya berangkat ke Jakarta kerana menghadiri meeeting di sana. Sebelum berangkat saya sempat minum di kafetaria di KLIA. Ada peristiwa menarik yang terjadi. Sewaktu membeli air kelapa jeli saya terlebih membayar RM 1 dan petugas di kaunter tu memulangkan kembali wang tersebut. Saya amat berbesar hati bukan kerana  nilai wang tersebut tetapi saya terkesan dengan sikap pekerja tersebut .Rupanya masih ada orang yang jujur dalam menjalankan perniagaannya. Saya yakin dia hanyalah seorang pekerja di tempat tersebut bukannya seorang tauke. Jadi bersyukurlah tauke berkenaan kerana mempunyai seorang pekerja yang jujur. Dalam zaman mengejar kemewahan dan material ni payah nak mendapat orang yang jujur. Tapi rupanya masih ada walupun jumlahnya tak banyak..
Penerbangan ke Jakarta mengambil masa 2 jam, cuma terlewat sedikit pesawat berangkat.Memang dah biasa macam tu mungkin kerana pesawat terlambat sampai atau kadangkala menunggu masa pula untuk mendapat kebenaran berlepas kerana banyak pesawat yang sedang menunggu. Penerbangan berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Keadaan di Jakarta aman- aman sahaja .Tak ada berita yang menggemparkan. Saya menginap di hotel Atlet , hotel empat bintang.Kamarnya cukup selesa dan bagi saya walaupun statusnya 4 bintang fasilitinya cukup baik. Mungkin sudah sampai masanya hospital swasta juga di berikan bintang berdasarkan saiz dan fasiliti yang disediakan. Tapi entah bila perkara ini akan menjadi nyata. Bagi saya pemberian bintang ni amat penting supaya tarif rawatan boleh diselaraskan. Kalau statusnya lima bintang tentu hospital berhak mengenakan kos yang lebih tinggi dari hospital yang mempunyai bintang yang lebih rendah.Pelangganpun tentu akan faham tentang perkara ini sama seperti hotel yang bertaraf lima bintang tentu tarifnya lebih tinggi dari hotel dua bintang. Masalah yang terjadi sekarang adalah pessakit dan syarikat insuran mahu perkhidmatan yang lebih baik tetapi membandingkan hospital yang lebih baik dari segi fasiliti sama dengan hospital yang kurang fasiliti. Ini tentu tidak adil kepada  hospital yang berprestij ini. Untuk membeli peralatan yang lengkap memerlukan kos yang lebih tinggi dan semuanya itu perlu dikeluarkan oleh pemilik hospital swasta.Saya sendiripun tak pasti bila penarafan hospital swasta ini akan terlaksana kerana sehingga kini belum ada sebarang usulan yang kongkrit tentang perkara ini.

Isu pemisahan dispensing(dispensing right) pun masih tak selesai-selesai walaupun MOU telah ditandatangan antara persatuan doktor dengan farsmasi sejak tahun 1984. Kalau peraturan ini berkuatkuasa maka akan terjadi pemisahan antara prescribing medication dengan dispensing of medication. Artinya doktor hanya boleh menulis nama ubat di preskripsyen tetapi dispensing ubat perlu dilakukan oleh pharmacist di premis-premis farmasi. Jadi klinik doktor swasta tak dibenarkan menyimpan sebarang ubat.Apabila perkara ini berlaku maka akan ada counter checking sebelum ubat diberikan kepada pesakit. Sekarang ini doktor yang menulis preskripsyen dan klinik yang sama juga yang mendispen ubat. Malangnya pula dispensing dilakukan oleh orang yang tidak mendapat latihan formal. Kebanyakn pekerja klinik hanya lulusan SPM dan diberi taklimat ringkas oleh doktor diklinik sebelum dibenarkan mendispen ubat.  Tentu kualiti perkhidmatan yang disediakan boleh diragui dan dipertikaikan.   Sampai bila masalah ini akan berterusan hanya Allah yang tahu kerana belum ada keputusan konkrit dari pihak pemerintah.

Wassalam