Saturday, December 25, 2010

semalam saya menghadiri dua majlis perkahwinan.Memang semalam banyak sekali undangan yang diterima tapi cuma dapat menghadiri dua majlis sahaja.Nanti 1/1/11 pasti banyak lagi undangan perkahwinan.Disamping itu hospital juga akan menerima banyak kelahiran bayi kerana manusia hari ini memang boleh mengatur kelahiran bayi mereka melalui kaedah pembedahan.Apa yang istimewanya tarik yang bersangkutan hanya mereka saja yang tahu.
Manusia memang begitu.Banyak yang kahwin banyak juga yang bercerai.memang dah lumrah kehidupan manusia apa lagi di zaman yang serba canggih ni.Ini belum lagi yang bergaduh setiap hari.Rumah tangga yang dibina baru beberapa tahun dah mula bergolak dan pergaduhan semacam dah tak boleh dihindari.Kebahagian yang diidamkan ternyata menjadi trauma yang mengerikan.Anak-anak akan membesar dalam suasana yang tidak sihat.Akibatnya nanti jiwa mereka akan menjadi keras dan akan lahir jenerasi yang suka bergaduh dan bermasalah.Nabi pesan kalau nak bertengkar suami isteri lakukan ditempat tertutuo yang tak boleh didengar oleh anak-anak tapi siapa yang mampu mengikut ajaran ini.Kalau dah emosi pertengkaran terjadi dimana saja, dirumah ke , dalam kereta ke atau ditempat umumke.Ada kalanya jiran tetangga dapat mendengar riuh rendah pergaduhan tersebut.Tak pasal-pasal satu taman atau satu kampung tahu.
Sebelum akad nikah imam berpesan pada calon pengantin, kalau suami tengah hot iseri perlu diamkan diri dan kalau isteri tengah hot suami perlu diamkan diri.InsyaAllah rumah tangga akan aman.bertepuh sebelah tangan tak akan berbunyi.Tapi kalau tak ada yang mahu mengalah maka pertengkaran tak akan dapat dielakkan.Bila dah mula marah syaitan akan menjadi batu apai.Bahangnya akan lama kelamaan menjadi semakin parah.Sebab itu tangan dan penumbuk serta terajang mula melayang.Yang pasti isterilah yang aka menjadi mangsa kecuali si isteri jaguh karate. Tapi ini jarang terjadi.Tak cukup dengan tumbuk terajang , ramai pula yang dah pandai simbah asid, buklan saja pada isteri tapi juga anak-anak yang menjadi mangsa.
Mangsa simbah asid semakin banyak dan sungguh memperihatinkan si mangsa.Kenapa manusia sanggup berbuat demikian, jawapannya adalah kerana pengaruh nafsu yang dibakar syaitan.Kalau dah tak ada penyesuaian Islam memberikan jalan keluar untuk berpisak secara baik.Kenapa ini tak diikuti hanya nafsu yang menentukan.
Kejadian pelik-pelik sekarang ini semakin menjadi-jadi.Minggu lalu dilaporkan keluhan seorang isteri yang melarikan diri dari suami kerana suami mempunyai tabiat sex yang aneh dan menyakitkan isteri.Setiap kali dia melakukan hubungan sex dengan isteri maka dia akan menyiksa si isteri dengan cara mengikat isteri dan ada kalanya memasukkan benda asing ke dalam kemaluan isteri .Akibatnya si isteri menderita kesakitan. Suami yang begini memang menghadapi masalah kejiwaan.
Dua hari yang lepas dilaporkan bagaimana terkejutnya si ibu bila memasuki bilik tidur anak perempuan dia.Bila pintu dibuka didapati dua orang anak perempuan dia yang baru berumur 15 dan 16 tahun sedang ayik berpelukan dengan laki-laki.Jadi mereka sanggup melakukan zina dirumah ibu mereka.Kalau dah begitu apa nak dikata....memang kerja syaitan

Beberapa hari yang lepas juga dilaporkan siibu yang berstatus janda sering membawa anak muda pulang ke rumah untuk melakukan hubungan zina.Wanita ini yang berumur awal 40 tahun memelihara anak jantan usia dua puluhan sebagai anak ikan untuk memuaskan nafsu.Walaupun sudah banyak kali dinasihatkan oleh anak perempuannya tapi masuh juga melakukan kerja terkutuk ni. Akhirnya si anak membuat laporan kepada jabatan agama dan pasangan ini dicekup oleh penguatkuasa.

Beginilah kejadian pelik-pelik yang terjadi mutakhir ini.Apa kila masih tak insaf dengan bencana sunami ,gunung berapi dan gempa bumi yang menimpa negara jiran kita.Apakah kita juga sedang mengundang murka Allah.Kalau bala dah nak datang ia tak akan memilih bulu, yang jahat dan yang baik akan di sapu semua.Sebab itu tanggung jawab semua untuk membenteras perkara mungkar ni.Yang paling utama adalah memperbaiki diri sendiri supaya menjadi manusia yang taat pada Tuhan, lepas tu didiklah anak masing-masing dengan cara yang Islamik supaya kehidupan kita diberkati.Pesan nabi pilihlah pasangan yang soleh dan solehah supaya hidup kita bahagia.Jangan harapkan kecantikan atau ketampanan sahaja .Begitu juga jangan hanya mengharapkan wang ringgit yang berjuta.
Wassalam

Wednesday, December 22, 2010

Dua hari lalu terjadi kemalangan jalanraya yang menyayat hati.Bas dua tingkat terbabas dan jatuh terguling serta bersepai.Dikhabarkan 27 orang yang meninggal dunia dan kebanyakan rakyat Thailand.Semalam pemerintah Thailand mengirim pesawat tertera untuk membawa mereka pulang.
kemalangan jalanraya di negara kita cukup tinggi.Yang pasti hari-hari pasti ada dan keadaannya cukup mengerikan.Jalan tol memang bagus dan sedap untuk memandu laju.Jadi banyak yang terlupa dan akhirnya terbabas dan mengalami kecelakaan

Dari kajian yang dibuat diperingkat dunia pengangkutan yang paling selamat adalah kapalterbang.Jarang sekali ianya terjadi.Tapi jalanraya memakan mangsa saban hari diseluruh pelusuk dunia.Banyak yang tak dilaporkan kerana tak mungkin nak dimuat kesemuanya dalam akhbar.Yang terjangkau oleh wartawan hanyalah yang ada di sekitar mereka saja.Itu pun dah cukup mengerikan bagi kita untuk membacanya.

Memang urusan nyawa adalah urusan Tuhan tapi kalau kita sendiri yang nak menempah maut apakah kita perlu salahkan Tuhan.Nabi pesan jangan campakkan dirimu kelembah kebinasaan.Oleh itu berhati-hatilah ketika memandu dan amalkan sikap bertolak ansur.

Kemalangan yang paling besar adalah di hospital. Dari kajian yang dibuat oleh universiti Stanford pada setiap tahun lebih setengah juta hospital accidents dan lebih 100,000 kematian boleh dielakkan jika langkah patient safety dilaksanakan. Jadi kecelakaan dan kematian dihospital amat tinggi, cuma tak ramai yang dapat membuktikannya. Oleh itu petugas di hospital perlu mempunyai hati nurani yang baik supaya melaksanakan kerja mereka dengan ikhlas dan teliti.Bagi yang Muslim tentunya membaca doa sebelum melakukan kerja merawat pesakit merupakan suatu kemestian.Kalau tidak siapa yang boleh menjamin keselamatan pesakit yang menerima rawatan.Kalau kita teliti secara mendalam berapa ramai doktor dan jururawat yang mencuci tangan dengan disinfektan sebelum dan selepas merawat pesakit.Amat jarang perkara ini dilakukan sedangkan ianya merupakan suatu kemestian untuk mengelak jangkitan kuman kepada pesakit.

Manusia hanya boleh menjaga disiplin diri jika dia selalu ingat yang Tuhan sentiasa memerhatikan tingkahlakunya.Dia akan merasa takut jika tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.Kalau perasaan ini tak ada maka macam-macamlah kemalangan dan kecelakaan yang akan terjadi akibat dari kecuaian manusia.
Wassalam

Tuesday, December 21, 2010

Kalau dulu kita hanya tahu penyakit berjangkit sebagai penyakit yang perlu ditakuti. Puncanya kerana penyakit ini boleh tersebar dengan cepat.Penyakit yang sebegini masih ada seperti yang terbari H1N1. Cuma sekarang ini telah ditemukan strain jenis baru iaitu H1N5 yang telah meragut lebih dari 10 nyawa.
Penyakit berjangkit yang hampir kita lupa adalah dengue yang lebih berbahaya dari H1N1, cuma tak di war-warkan seperti H1N1. Setakat ini tidak ada petunjuk yang ianya akan menurun.
Satu lagi penyakit lama yang sudah dianggap antik iaitu penyakit Tuberculosis atau TB.Tak smena-mena ramai yang terkena jangkitannya termasuk staf yang bekerja di hospital.Biala disiasat tak diketemukan puncanya.Entah dari mana jangkitan tersebut terjadi dan bagaimana seseorang boleh dijangkiti penyakit ini.Saya mengandaikan merebaknya penyakit ini kerana terlalu ramai orang asing yang berada di negara ini.Mereka yang datang dari negara-negara yang susah memang tak pernah menjalani program vaksinasi.Akibatnya kita yang jadi mangsa terkena jangkitan.

Tapi yang kurang diketahui tapi cukup merbahaya ialah penyakit kronik tak berjangkit .Pembunuh nombor satu ialah penyakit jantung.Walaupun tak berjangkit tapi boleh menyebabkan berbagai kesusahan pada penderita kerana jika dah terkena penyakit ini maka ianya tak boleh diubati sepenuhnya. Pesakit akan menjadi handicap dimana mereka dah tak mampu lagi melakukan kerja-kerja yang memerlukan tuntutan fizikal. Hatta mereka juga tak mampu lagi menanggung stress berlebihan. Jika ketua keluarga yang meninggal akibat dari serangan jantung maka seluruh anggota keluarga yang bergantung pada mereka akan menjadi susah.
Nak mengubati dan mengawal penyakit ini bukan nya murah.Kosnya bisa mencapai puluhan ribu.Ubat pula perlu di makan selagi hayat masih ada dan bila-bila saja ajal akan memanggil entah bila hanya Tuhan yang tahu.Penyakit yang begini juga mempunyai kesan genetik kepada keluarga pesakit.Bila ayah atau ibu dah ada penyakit ini maka risiko pada anak-anak semakin besar.Walaupun penyakit ini tak berjangkit tapi dari segi genetik ianya turun temurun.Kenapa begitu tak ada siapa yang pasti.

Setakat ini penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di negara ini .negara boleh terjejas produktiviti bila banyak rakyatnya yang terkena serangan jantung.Di hospital tempat saya bekerja umur pesakit yang terkena serangan jantung semakin muda.Kalau sebelum ini yang paling muda adalah 32 tahun tapi minggu lepas pesakit semuda 28 tahun dah kena serangan jantung.

Sumber pemakanan yang serba segera yang pada umumnya mengandungi kadar lemak yang tinggi diduga sebagai punca utama.Dan jangan kita lupa kadar stress di bandar juga cukup tinggi yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung.Di jalanraya kita makin hari semakin tinggi kadar stress bila kita memandu kerana sikap pengguna jalanraya yang zsemakin bengis dan sentiasa siap untuk berkelahi.Juga sikap toleransi semakin menipis malah sikap individual yang semakin menebal.Jumlah kereta semakin banyak sedangkan jalan yang ada cuma segitu.Jadi tambahlah lagi stress yang sedia ada.Bila kita memandu belajar-belajarlah untuk banyak berzikir supaya kita lebih tenang dan pastikan baca doa sebaik saja kita memandu.Hanya ini yang kita ada untuk menjaga keselamatan diri dan mengurangkan stress.

Wassalam

Saturday, December 18, 2010

Pagi jumaat saya berkesempatan jalan pagi di sepanjang jalan Wong Ah Fook Johor Bahari.Tepat pejalan kaki memang cukup luas dan selesa cuma waktu pagi agak kotor.Sampah saraf berselerak di mana-mana. Tile pula tak pernah bercuci,kelihatan hitam dan tak enak dipandang.
Keesokan paginya saya berkesempatan pula jalan pagi di taman riadah Bandar Pasir Gudang.memang taman ini nampak indah dan menyenangkan mata kerana banyak tempat riadah yang dah ditambah.Kolam airpun dah ada air pancut dan kelihatan bersih.Cuma saya perhatikan dah mula ada tin-tin minuman yang dilempar ke dalam kolam tersebut.Lama kelamaan nanti kalau tak dibersihkan hari-hari maka sampah sarap akan mula berkumpul dan menjijikkan mata memandang.

Pagi tadi saya dah ada kembali di Seremban dan jogging di sekitan kawasan sSenawang Square. Macam biasalah sampah berselerak di mana-mana kerana malam tadi ada keramaian di situ.
Fenomina yang sebegini memang lumrah di merata tempat di negara kita. kalau anda rajin berjalan kaki di sekitar stesyen LRT di Kawasan Perkeliling lama jelas sekali di pinggiran sungai terdapat banyak sampah sarap yang bertaburan.
Masyarakat kita memang rendah kesedaran sivik. Nak dikatakan tak diajar di sekolah dah berbueh mulut guru menasihati agar menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar. Kebersihan itu sebahagian dari iman, kata para ustaz dan ustazah. Tapi ianya ibarat mencurah air didaun keladi.

Saya lihat ciri-ciri negara yang sedang membangun memang macam tu. Di Indonesia juga begitu.Dulu waktu saya ke manila, lagu tu juga lah. tahun lepas bulan April saya berkesempatan ke Yaman pun macam tu juga.Keadaan ini berbeda dengan negara maju. Di Paris keadaan nya bersih. kemudahan awam terawat rapi.Begitu juga dengan Dublin dan London. Telefon awam semuanya berfungsis kerana dirawat rapi dan tidak di rosak.Waktu saya berkunjung ke Dubai keadaannya juga baik walaupun belum mencapai taraf negara maju.
Di negara kita dah ada dua negeri yang mengistiharkan diri sebagai negeri maju iaitu Selangor dan melaka. Ya mungkin dari indikator ekonomi mereka dah mencapai tahap itu tapi tahap minda masyarakat masih ditakuk negara membangun. Jadi apa lagi yang kita nak buat supaya masyarakat berubah.

Kalau ke Singapura jangan ceritalah. Buang saja sampai akan ditangkap dan di denda $ 500, sebab itu semua orang akan takut. Tapi bila mereka masuk ke negara kita perangai merekapun macam rakyat tempatan juga. Mereka disiplin kerana takut undang-undang. Bagi saya keadaan inipun dah cukup baik. kalau masyarakat tak dengar kata maka kita perlu tegas dengan undang-undang supaya semuanya patuh dan kebersihan terjaga.

Wassalam

Wednesday, December 15, 2010

Dua malam lepas dalam TV ada dilaporkan tentang penderitaan pesakit kerana dakwanya doktor salah memberi ubat. Beliau mengaku yang dirinya alergik terhadap ubat tersebut tapi doktor masih juga memberikan ubat berkenaan dan akibatnya kulitnya mengelembung dan melecur teruk. keadaan ini di sebut Steven johnson syndrome. Memang perkara seperti ini boleh terjadi walaupun jarang. sewaktu saya masih melakukan kerja klinikal di hospital besar dulu memang ada beberapa kes yang sebegini. keadaan kulit pesakit cukup parah dengan bengkak-bengkak di seluruh badan, bibir mengelembung dan pecah-pecah. Ada sebahagian kulit yang berair dan memang pesakit mengalami kesakitan yang teramat sangat.Penyakit ini masih boleh diubati tetapi memerlukan masa yang agak panjang.

Keadaan sebegini boleh dihindari jika doktor lebih teleti mengambil sejarah seseorang pesakit. Doktor juga perlu percaya dengan keterangan yang diberikan oleh pesakit dan sepatutnya doktor tidak mengambil sebarang risiko. Memang sudah diketahui umum bahawa alergik boleh mendatangkan keadaan yang serius seperti anaphylactic shock yang boleh meragut nyawa pesakit.

Masalah utama adalah kegagalan doktor untuk menulis sejarah alergik pesakit pada preskripsi yang diberikan kepada pesakit yang mengambil ubat di farmasi. Jika tidak ditulis maka petugas farmasi tidak akan mengetahuinya dan tak boleh membuat pemeriksaan ulangan sebelum ubat didispen.Jika doktor menulis sejarah alergik pada preskripsi maka petugas farmasi boleh menyemak dengan pesakit sebelum sesuatu ubat didispen dan jika pesakit alergik dengan sesuatu ubat sedangkan doktor mempreskrip ubat tersebut maka petugas farmasi boleh mnghubungi kembali doktor yang berkenaan untuk mendapatkan kepastian sebelum ubat didispen. Jika pesakit masih memakan ubat yang memang dia alergik kepada ubat tersebut maka secara otomatik kesan sampingan ubat akan datang secara tiba-tiba dan boleh menyebabkan berbagai komplikasi seperti steven johnson sysndrom.

Satu lagi masalah utama di negara kita adalah kegagalan doktor untuk memberi laporan medical report apabila pesakit didischarge dari hospital. Di negara maju ianya merupakan suatu kemestian kepada doktor untuk menulis summary report setiap kali pesakit di discharge dari hospital.laporan ini amat penting bagi doktor lain yang akan merawat pesakit berkenaan jika ia memerlukan rawatan berikutnya.Jadi masalah alergik ini dapat dihindari jika setiap pesakit yang di discharge dari hospital dibekalkan dengan summary medical report.

Salah satu syarat akreditasi sesuatu hospital adalah keperluan untuk memberikan summary medical report bagi setiap pesakit yang di discharge.Syarat ini perlu ada jika ingin mendapatkan akreditasi dari Joint Commission International atau JCI yang beribu pejabat di USA.Sistem akrediatasi oleh pihak ketiga seperti JCI boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit. Di negara kita ada akreditasi hospital yang dikeluarkan oleh MSQH dan akreditasi yang sebegini dapat menjamin mutu perkhidmatan dan menjaga keselamatan pesakit yang mendapatkan rawatan di sesebuah hospital.

Wassalam

Tuesday, December 14, 2010

Dua hari yang lepas heboh diperkatakan tentang seorang pesakit dari Singapura yang berada dalam keadaan kritikal kerana hatinya sudah rosak.dia memerlukan liver transplant dengan segera untuk menyelamatkan nyawa.Konon ceritanya dia memakan ubat sinse selama beberapa bulan yang di beli dari Malaysia.
Masyarakat kita mudah salah faham dengan menganggap semua ubat tradisional adalah selamat kerana kononya berasal dari tumbuh-tumbuhan. Mereka lupa banyak juga tumbuh-tumbuhan yang beracaun dan boleh membunuh. Mereka juga tidak tahu yang proses pembuatan ubat dari tumbuh-tumbuhan itu juga boleh mendatangkan bahaya bila peralatan yang digunakan tidak selamat seperti bekas yang digunakan mengandungi plumbum yang tinggi. Ada juga ubat-ubatan tradisional yang dicampur dengan steroid untuk mendatangkan kesan yang diinginkan.

Di negara kita belum semua ubat tradisional yang didaftarkan kerana proses pendaftaran yang rumit dan memerlkan waktu yang panjang. Kalau ubat-ubatan moden memang semuanya perlu didaftarkan sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna.Itupun ada yang menjual ubat yang tak berdaftar kerana mereka mendapatkannya dari negara jiran dengan cara menyeludup ubat-ubat tersebut.
Banyak ubat sama ada moden atau tradisional yang boleh mendatangkan kerosakan kepada hati atau ginjal jika tak digunakan dengan cara yang sepatutnya.Oleh itu kita perlu berhati-hati. Jika sakit jumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul .Jika tak tak ada cara lain barulah menggunakan rawatan alternatif itupun perlu berjumpa dengan orang yang ahli. Dalam pengubatan cina memang ada mereka yang terlatik dan di sebut chinese physician. Dalam pengubatan melayu masih belum ada orang yang begini kerana pengubatan melayu belum melalui proses institusi di mana pengamalnya perlu mengikuti kuliah dalam jangka waktu yang ditetapkan. Yang ada cuma kursus homeopati yang telah diinstitusikan.Selebihnya hanya berdasarkan pengalaman turun temurun atau belajar ala kadar kemudian mengaku sebagai ahli. Lagi pula mereka belum diwajibkan untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan lesen untuk memberikan rawatan.

Jadi pilihan ditangan kita.Kita yang punya badan dan kita yang akan menanggung akibatnya jika salah memilih rawatan.Jika organ seperti hati atau ginjal dah rosak maka kita yang akan merana.Ubat hanya dimakan bila kita sakit atau untuk mencegah penyakit dan perlu didapti dari mereka yang ahli.Jangan mengubatai diri sendiri kecuali dah tak ada pilihan lain atau antara hidup dan mati.
Wassalam

Sunday, December 12, 2010

Semalam dilaporkan 10 orang terkorban di Britain kerana penyakit selsema babi. Jadi mereka mati kerana jangkitan H1N1. Di negara kita kes yang sebegini masih ada cuma tak ada korban nyawa. Di banyak hospital ada saja dilaporkan jangkitan H1N1 tapi tak memakan korban nyawa dan tak serius seperti mula-mula dulu. Prinsipnya jika kita menjaga kesihatan diri InsyaAllah kita akan terhindar dari penyakit ini. Jika diteliti jumlah korban serangan demam dengue lebih merbahaya kerana telah banyak memakan korban nyawa.Kes-kes dengue masih berterusan dan masih ada yang terkorban kerana penyakit ini.Puncanya kerana tabiat buruk manusia yang suka membuang sampai merata rata sehingga menakung air yang membolehkan nyamuk aedes membiak dan menjangkiti manusia.

Banyak penyakit berpunca dari kecuaian manusia menjaga kebersihan.Dah banyak dah kempen yang dijalankan tapi sikap masyarakat makin buruk. Nilai dan norma mulia semakin terhakis sesuai dengan kemajuan teknologi. Manusia semakin mementingkan diri sehingga lupa tentang kepentingan jiran tetangga dan masyarakat umum. Habis nak buat macam mana. Nak dikatakan semuanya berpunca dari barat , saya tak setuju kerana masyarakat barat amat mementingkan disiplin dan kebersihan .pengalaman saya secara peribadi berada di berapa negara mereka , mendapati masyarakat mereka amat menghormati hak individu dan menjaga disiplin dengan baik. Jika ada pejalan kaki maka kereta akan berhenti memberi laluan. ini berbeza dengan negara kita di mana dari jauh lagi pemandu kereta akan menyalakan lampu memberi amaran supaya kita tak melintas. Jadi puncanya bukan dari orang lain tapi sifat buruk kita sendiri.

Malam sabtu saya dan famili mengunjungi i city di Shah Alam. Tempat ini memang bersebelahan dengan kampus induk UiTM. Tempat ini hanya menarik bila waktu malam kerana berbagai jenis lampu dinyalakan .Lampu-lampu yang dibentuk dalam berbagai bentuk ternaya amat mempesonakan.Saya dan famili berada di san cukup lama juga sampai jam 1 pagi.Nak masuk kena bayar RM 10 untuk satu kereta. Tempat ini memang cukup cantik dan menarik kerana berbagai bentuk lampu yang ada berbentuk binatang, tanaman, safari, buah-buahan dan macam-macam lagi.Kalau nak tahu kena pergi sendiri. Di bahagian paling hujung ada taman safari dan tiket yang dikenakan adalah RM 2 untuk satu kepala.

Pengunjung di tempat ini cukup ramai juga ,sebab itu tak terasa hari dah masuk pagi. tempat ini di buka sampai jam 3 pagi dan memang tak terasa hari dah jauh dinihari kerana lampu yang terang benderang dan manusia yang cukup ramai di situ.Tempat ini menjadi satu lagi tempat tarikan pelancung dalam mahupun luar. Cuma perlu pemasaran lebih bersungguh-sungguh kerana masih ramai masyarakat yang tak tahu. Kalau nak bergambar sakan memang di sinilah tempatnya.
wassalam

Thursday, December 9, 2010

Tengahari tadi saya berkesempatan solat zohor di mesjid komplek KLIA yang terletak di Nilai berhampiran kampung jijan.Mesjid ni cukup besar dan indah.Yang uniknya dalam mesjidnya banyak tiang-tiang yang menempatkan kipas angin.Jarang antara tiang adalah sekitar 5 meter antara satu dengan yang lain. Inilah pertama kali saya berjumpa mesjid dengan sistem kipas angin yang begini. Memang unik dan inovatif. Secara tradisional kipas angin hanya digantung di siling atau di dinding di sepanjang dinding.Tapi di mesjid ni digantung di tiang-tiang yang dibuat khusus.
Di Putrajaya ada mesjid yang dibuat dari besi waja yang disebut mesjid besi. Mesjid ni juga memang unik kerana di kiri kanan tak ada dinding. Jadi ianya terbuka begitu saja menghadap kolam di kiri kanan.Untuk mencegah jemaah dari terus terjun ke dalam kolam ada sekatan yang disediakan di kiri kanan kolam tersebut. Kalau solat maghrib cukup nyaman kerana angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa masuk ke dalam mesjid. Ini juga kehebatan ahli arkitek yang mendisign mesjid ini.
Bulan lepas saya berkesempatan solat magrib di mesjid istiglal Jakarta Mesjid ni dibina di zaman Presiden Suharto tapi masih dirawat dengan rapi .Cuma masalahnya bila menjelang masuk magrin tempat wuduk wanita dah ditutup ,jadi bercampur aduklah laki-laki dan perempuan mengambil wuduk di tempat yang sama.Bagi laki-laki tak ada isu tapi wanita menjadi serba salah kerana nak buka tudung macam mana.Saya rami pengurusan mesjid ni perlu sensitif dengan masalah ini. Sebelum solat siap dengan taklimat khusus bagaimana nak melaksanakan solat, diikuti pengumuman tentang aktiviti yang akan dilakukan. Terdapat beberapa orang petugas beruniform yang mengawasi saf dan barisan jemaah agar tersusun rapi. Ini memang uniklah kerana saya tak berjumpa sistem begini ditempat lain.

Tahun lepas saya berkesempatan berkunjung selama satu minggu di Sanaa Yaman. Saya berkesempatan solat magrib di salah sebuah mesjid di sana. Mesjidnya taklah secanggih sperti ditempat kita. Tak ada tempat wuduk yang pakai sensor seperti di tempat kita. Tapi cukuplah untuk kegunaan mereka. Tempat wuduk masih menggunakan kolam dan airnya cukup sejuk macam air batu. Menjelang magrib tu turun hujan yang cukup lebat. Lepas magrib langsung saja imam sambung dengan solat jamak isyak. Saya buat tak tahu saja dan jemaah yang didepan sebuk menyebut jamak-jamak. Saya kemudian jamak sendiri sebagi musafir. Rupanya masih jahil saya dalam bidang ni.Saya sangkakan hanya musafir saja yang menjamak solat magrib dengan isya. Bila balik di malaysia saya bertanya uztaz di surau saya , dia kata memang dibolehkan menjamak magrib denganisya untuk keadaan seperti itu. Fahamlah saya kenapa Rasul menggalakkan kita bermusafir kerana banyak pengalaman dan ilmu baru yang akan kita dapat.

Sekarang dah banyak mesjid di negara kita yang pakai air conditioner sesuai dengan perkembangan semasa. Yang penting suasana perlu nyaman untuk kekusyukan solat. Tapi jika jiwa tak tenang buatlah apapu tetap tak akan khusyuk. Semua kemudian air condition, kipas angin hanyalah sekedar membantu. Khusuk akan datang dari jiwa yang tenang dan ketenangan akan datang jika jiwa bersih dari dosa.
Wassalam

Saturday, December 4, 2010

Beberapa hari yang lepas dilaporkan tentang penemuan baru yang amat menakjubkan. Beberapa orang saintis di USA telah menemukan beberapa jenis bakteria dari danau California yang hidup memakan sianida yang ada di tasik tersebut. Amat luar biasa bagaimana bakteria boleh hidup hasil dari memakan sianida. sebagaimana yang semua orang tahu sianida adalah bahan beracun yang boleh membunuh siapa sahaja. Bukan saja kita akan mati jika memakannya secara langsung malah terbau saja akan menyebabkan keracunan pada paru-paru dan jika jumlahnya banyak maka akibatnya akan fatal. Jika dipegang tangan akan menjadi cacat. Tanda-tanda keracunan sianida adalah rambut gugur, kuku terjabut, badan menjadi kurus kering, sakit paru-paru dan sebagainya. Dan yang paling fatal adalah sesak nafas dan menyebabkan kematian. Tapi bakteria ini hidup senang lenang dan membiak kerana memakan sianida. Sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sebagi insan yang beragama hanya Subhanallah yang dapat kita ucapkan.
Setiap yang Allah jadikan ada manfaatnya, cuma kita yang belum menemukannya .tentu suatu hari nanti akan ada manusia yang menemukan kebaikan sesuatu ciptaan itu jika diizinkan Allah, seperti bakteria yang hidup memakan sianida. Contoh nya appendix dalam perut manusia. Saintis sentiasa menganggap benda ni tak ada manfaat pada manusia dan sering dibuang untuk mengelakkan komplikasi dikemudian hari. Jika appendix pecah ianya boleh menyebabkan keracunan darah oleh kuman yang ada dalam appendix ini. Tapi siapa tahu jika appendix ini sebenarnya mempunyai manfaat pada manusia? Hanya masa yang akan menentukannya .

Banyak perkara dalam dunia ini yang kita sendiri tak pasti . Manusia hanya menemui sebahagian kecil ciptaan Tuhan. Oleh itu sewajarnya kita bersyukur akan setiap nikmat yang Tuhan bagi. Di malaysia sekarang kerajaan telah melancarkan kempen mencegah barah rahim dengan cara memberi suntikan percuma pada wanita yang berusia 13 tahun. Suntikan Human Papiloma Virus atau HPV boleh didapati secara percuma di klinik-klinik atau hospital milik kerajaan . Oleh itu gunakanlah kesempatan ini untuk mencegah barah pangkal rahimesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati. menubati kanser bukan perkara mudah, ianya sangat rumit dan menyakitkan dan peluang untuk sembuhpun amat tipis. Jika digunakan ubat anti kanser maka kesan sampingannya amat menyakitkan. Muntah-muntah dan badan serba tak kena tu memang biasa. belum lagi rambut jadi botak macam kojak. Radiasi sinar X pun menyakitkan. Jadi bersegeralah untuk mencegah dan berbanyaklah berdoa agar kita dijauhkan dari penyakit ini. Bagi mereka yang berusia lebih dari 13 tahun boleh mendapatkan suntikan HPV dari hospital swasta. harganya cuma RM 250 sekali suntikan. Duit boleh cari tapi penyakit kalau dah datang susah.
Wassalam

Wednesday, December 1, 2010

Selesai makan tengahari kami langsung singgah di kebun strawberry. Pertama kali dalam hidup saya melihat pokok strawberry dan memetik sendiri buah strawberry. Kebun ini memang membenarkan pembeli memilih dan memetik sendiri buah strawberry. Selesai urusan ini kami langsung ke Bandung. Saya minta driver berkeliling di sekitar Unversiti tempat saya belajar dulu. memang dah banyak berubah tapi saya terkejut juga di sekeliling kampus di luar pagar penuh dengan warung. Keadaan ini mengganggu pandangan dan kenyamanan kita. Saya pun pelik juga bagaimana keadaan seperti ini dibiarkan.Dulu semuanya bersih dan tenang. Masjid Salman masih tersergam indah macam dulu. Begitu juga mesjid Istiqamah masih indah dan bersih. Saya mendapat maklumat bahawa Kiai haji Muttaqin pengasan mesjid ini sudah menindggal kira-kira sepuluh tahun lalu dalam kemalanagan jalanraya. Jalan sulanjana masih macam dulu dan tempat anak Malaysia sering berkumpul dah jadi kedai menjual barang. kebanyakan banglo di pinggir jalan Sulanjana, Jalan dah jai factory outlet. Tak pastilahj kemanan penghuni asalnya apakah dan menjual dan berpindah ketempat lain.

Selesai menjelajah kota Bandung kami pulang kembali ke rumah. Esoknya sambung shopping di Pasar baru untuk meneruskan urusan membeli belah. Maklumlah orang rumah kalau dah lihat kain tentung ada saja yang nak di beli. hari khamis kami menyewa lagi kereta untuk ke airport. Pemandu kereta ni lucu orangnya .Bila saya tanya nama jalan dia kata jalan ni adalah bumi yang paling subur di dunia. Saya tanya lagi namanya apa Pak, dia kata Buah batu. Kami pun ketawa berdekah kerana kelucuan sikap dia. kemudia jumpa lagi jalan lain dan saya tanya lagi nama jalan. Diapun kata jalan ni jalan yang paling panjang di dunia. Saya tanya namanya apa Pak.Dia kata jalan Asia Afrika. memang pemandu ni lucu orangnya. Di sepanjang jalan dia memainkan lagu Sunda, yang cukup enak didengar dengan bunyi suriling bambu. Dah lama lagu begini tak menjadi habuan telinga saya. Jam 3.30 petang kami terbang balik ke KLIA dengan pesawat MAS dan mendarat di KLIA jam 6.50 petang. perjalanan lancar dan kunjungan singkat ke Bandung mencuit kembali nostalgia saya sewaktu belajar di sana 28 tahun yang lalu.
Wassalam

Monday, November 29, 2010

Hari kedua berada di bandung kami menyewa kereta untuk kegunaan sehari. Caj yang dikenakan adalah Rp 400,000. tempat pertama yang kami tuju adalah tangkuban perahu. Perjalanan mengambil masa dua jam kerana jalan agak jem. Sampai di tangkuban perahu macam biasalah berhenti lihat kawah di atas dulu. lepas ambil gambar beberapa keping kami didatangi oleh seorang hamba Allah yang mengaku pemandu pelancung dan untuk meyakinkan kami dia menunjukkan kad nama. Saya yakinlah yang dia ni memang pemandu pelancong resmi. Kemudian kami di bawa ke dalam pejabat yang mempunyai sedikit maklumat tentang gunung ini. Kami di tawarkan untuk turun ke bawah melihat kawah yang mempunyai air yang masih mendidih. Katanya boleh masak telur ayam. Saya tanya berapa kos untuk membawa kami turun. Dia kata cuma Rp 200,000 dan dia mendakwa lebih murah dari menggunakan khidmat pelancung yang disediakan oleh pejabat. Sayapun bersetuju dan kami bertiga beranakpun mula turun. Bila kami mula saja turut kami diikuti oleh tujuh orang laki-laki yang entah mana datangnya. Mereka mengaku peniaga barang perhiasan. Tanpa memikirkan apa-apa kamipun diam saja dan membiarkan mereka mengikut kami. Saya tak pernah terfikir yang akhirnya kami akan dipaksa secara halus untuk membeli barang dagangan mereka dengan harga yang tak masuk akal. Perjalanan mengambil masa 45 menit dan mereka memang memimpin anak bungsu saya turun ke bawah dan sepanjang perjalanan macam-macam lah mereka bercerita. Kami gembira juga mendengar celotehan mereka. Sampai di bawah mereka memasakkan beberapa biji telur yang sempat saya beli di pertengahan jalan. Mereka juga mengurut kaki saya serta kaki anak kecil saya sambil merendamkan kaki dalam air yang suam-suam panas. Air itu jelas mengandung belerang dari pada baunya. Saya relax saja melayan kerenah mereka. Bila dah selesai maka kesemua mereka meminta kami membeli barang dagangan yang mereka bawa. Harga sekotak pen yang biasanya boleh dibeli dengan harga Rp 10,000 di Jakarta dikenakan caj Rp 300,000 .>Begitu juga harga tasbih kecil Rp 350,000. Wah sahlah kami dah mula diperas secara halus. Saya katakan ini rompakan disiang hari. Saya berkeras juga dan akhirnya dipaksa secara halus membayar sejumlah harga yang saya rasa cukup mahal. Kalau nak dikira dalam ringgit memang tak seberapa tapi cara mereka mengenakan kami tu memang saya tak suka dan saya tak ikhlas. Kalau mereka berterus terang dari awal saya tak keberatan tapi saya menganggap mereka semuanya penipu. Jadi bagi yang belum pernah ke tangkuban perahu berhati-hatilah dan mesti bertegas dari awal dan jangan benarkan mereka mengikut kita turun. nanti pasti akan diperas untuk membeli barang bawakan mereka yang harganya tak masuk akal. Pemandu pelancung juga berbelit cakap. Bila saya bayar Rp 200,000 dia kata ini untuk satu jam saja pak, sekarang dah lebih dari satu jam kena bayar lebih. Wah lagi saya menyirap darah dan memang sah dah mereka ni menipu secara halus.

Selesai tangkuban perahu kami ke Ciater lihat tempat permandian dan kolam ikan. Lepas tu singgah makan tengahari di Kampung daun. Tempat makan ni memang eksklusif dan menyeronokkan. Kebanyakan pengunjungnya adalah orang-orang dari malaysia. Tempat ini terdiri dari beberapa rumah kayu yang dibuat khusus untuk 6 orang makan. memang cantik tempatnya yang dikelilingi oleh pepohon menghijau. Di belakang ada sungai kecil mengalir. Kalau malam hari pasti cantik sekalai. Makanan di sini emang enak dan saya cukup puas hati. Jadi saya rasa berbaloilah makan di sini tak seperti kena tipu di tangkuban perahu.
Sampai jumpa , wassalam

Saturday, November 27, 2010

Dah dua minggu tak dapat update blog kerana masalah teknikal. Perkara ni dah terjadi dua kali pada saya. Tiba-tiba blog tak boleh dibuka kerana paswword yang biasa digunakan tak valid lagi. akhirnya dengan bantuan staf IT saya dapat mengekses kembali blog.
Dari 18 hingga 25 November saya sekeluarga berada di Indonesia. Saya, isteri dan anak bongsu berada di Jakarta dari 18-22 November.Kemudian hari minggunya sewa kereta dari Jakarta untuk pergi ke Bandung. Perjalanan mengikut highway cuma 2.30 jam tetapi kami sengaja mengambil jalan lama mengikut puncak. Saya sengaja ikut jalan ini untuk mengingat nostalgia 28 tahun yang lalu sewaktu menetap di Bandung. Dulu inilah jalan yang ada dan saya sering menaiki teksi 4848 kerana pada waktu itu teksi yang amat popular adalah 4848. Saya ingat lagi waktu tu warna teksi mereka adalah kuning tetapi kini dah di tukar menjadi warna biru. Rupanya syarikat ini masih bertahan tetapi bukan lagi menjadi yang terbesar kerana dah banyak pesaing. Kalau boleh bertahan untuk jangka waktu yang lama sudah merupakan rekod tersendiri kerana bukan banyak syarikat yang mampu bertahan begitu lama.
Di Puncak kami singgah makan tengahari di sebuah restoran yang sangat popular. Saya masih ingat lagi tempat itulah dulu saya sering mampir untuk makan. menurut pekerja restoran berkenaan tuan punya restotran yang asal dah meninggal tapi kini diuruskan oleh ahli warisnya. Perjalanan mengikut puncak memakan waktu 4 jam. Nampak tak banyak perubahan disepanjang jalan kerana sumber pendapatan penduduk adalah melalui pertanian. Yang jelas kelihatan adalah banyak restoran yang sudah muflis kerana dah tak banyak pengunjung seperti dulu kerana kebanyakan orang lebih suka mengikut highway. Jadi sepilah restoran-restoran berkenaan sehingga banyak yang gulung tikar.

Sampai di Bandung kami langsung ke Cibaduyut untuk mencari kasut kulit. Tempat inilah yang paling popular untuk bahan-bahan dari kulit terutama kasut. Saya antara ingat dan lupa dengan jalan-jalan di Bandung kerana dah 28 tahun ditinggalkan. Nama Cibaduyut ni memang masih saya ingat tetapi saya tak pasti tempatnya di mana. Saya dan isteri sempat membeli beberapa pasang kasut kerana harganya jauh lebih murah jika di bandingkan dengan Malaysia.

Lepas penat berbelanja kami langsung pulang kerumah anak saya yang kebetulan menuntut di sana. keesokan harinya kami shopping di Pasar Baru. Wah apa lagilah, yang paling banyak berbelanja adalah isteri saya. Macam-macam kain baju yang dia beli. harga jauh lebih murah dari Malaysia. sepanjang berada di sana ramai orang Malaysia yang ditemui. Kita boleh kenal kerana kain tudungnya memang lain dengan tudung penduduk tempatan. Cara cakap mereka cuga boleh dikenal. jadi kalau nak menyamar sebagai orang tempatan memang sulit. Penjual memang cukup faham dengan gaya orang Malaysia yang berbeza dengan orang tempatan.
Pasar baru ni pasar baru. Zaman saya menetap di Bandung dulu pasar ni belum ada. Menurut pemandu kereta sewa pasar ni baru ada sekitar 7 tahun. Kalau nak jumpa ramai orang Malaysia pergilah ke situ.
Sampai jumpa, wassalam

Sunday, November 14, 2010

Nak update blog ni memang satu cabaran yang tersendiri. kadang-kadang tak terkejar kerana waktu berlalu begitu cepat. Dua malam yang lepas saya menonton TV 3 tenatng gunung Merapi yang berapi. Memang sungguh dahsyat fenomena ini. Bayangkan semburan lava apinya sampai menjulang 10 km ke udara sehingga kapalterbang tak berani lalu di tempat tersebut kerana 10 km melebihi 30,000 km yang merupakan paras biasa perjalanan kapalterbang. Memang dalam sejarah banyak kapalterbang yang meletup kerana enjin tersedut lava dari gunung berapai. Sebab itu memang tak hairan penerbagan ke Jakarta banyak yang dibatalkan sedangkan jarak Jakarta dengan Jogjakarta amat jauh. Dalam surat khabar pagi ni dilaporkan letupan Merapi sudah menelan korban lebih dari 240 orang. Memang angka ini tak sebanayak korban Sunami di Aceh tapi cara mereka mati memang mengerikan. Kebanyakan mati melecur oleh bahang lava yang dimuntahkan oleh gunung berapi.
Cerita bah di Kedah dan Perlis dah mula reda tapi di pantai timur baru nak mula. Cerita bahpun amat menyayat hati. habis barang-barang berharga yang dihanyutkan oleh air. Korban memang tak ramai tapi saban tahun pasti ada yang mati lemas. Sekarang dah musim tengkujuh dan dijangka hujan akan berterusan sampai akhir tahun.

Berbalik cerita tentang pesakit dengan pemberi rawatan sama ada doktor atau ahli farmasi. Di negara kita masalah komunikasi ni memang sejak dari dulu .Anehnya tak ada perubahan. Pesakit amat dahaga untuk mendapatkan maklumat yang asas seperti:
-apa penyakit yang dia hadapi
-apakah penyakit tersebut berbahaya
-berapa lama penyakit tersebut akan sembuh
-apa ubat yang perlu dia makan
-apa penyebab penyakit tersebut

Persoalan asas ini sering tak mendapat jawapan. Doktor di negara kita tak ramai yang gemar memberi maklumat kepada pesakit. Bila datang merawat pesakit mereka hanya membuat pemeriksaan fizikal, lepas tu mungkin ambil darah atau spesimen yang lain. Selesai doktor akan membuat catatan dalam rekod pesakit lepas tu beredar dari pesakit. amat jarang pesakit mendapat cerita yang sebenar dari doktor. Pesakit pula pada umumnya takut nak minta penjelasan. Bila dah tak tahan mereka akan masuk bilik GM atau CEO untuk komplain. jadi yang pening kepala pihak manajmen sedangkan mereka takut nak komplain dengan doktor.
Pengalaman saya secara peribadi adalah dalam tahun 90 han sewaktu masih bekerja di Johor Bahru. Anak saya terkena penyakit cellulitis iaitu jangkitan pada kaki akibat terjatuh basikal. Keting anak saya membengkak kerana infection. Doktor yang merawat tak cerita sepatahpun tentang penyakit anak saya sedangkan saya sentiasa berada di sebelah anak saya sewaktu doktor masuk merawat. Bila saya tanya dia nak tak nak saja menjawab. Baagi saya tak ada masalah kerana saya boleh membaca catatan doktor di rekod anak saya. Saya juga bertanya pada jururawat tentang rawatan secara terperinci. Ini terjadi pada saya yang bekerja di hospital tersebut. Bayangkan bagaimana denganorang lain.

Tak adanya komunikasi antara pesakit dan orang yang merawat pesakit banyak menimbulkan ketidakpuasan hati pelanggan. Sayapun tak pasti kenapa para doktor kita tak nak bercakap dengan pesakit secara berterus terang. Kalaui ditanya sepatah, maka sepatahlah yang dijawabnya. Kita tak menafikan ada doktor yang betul-betul mengambil berat tentang perkara ini tetapi secara umum banyak yang keberatan untuk berterus terang dengan pesakit. Minggu lepas saya menerima komplain dari salah seorang pesakit di hospital tempat saya bekerja. komplain nya adalah tentang pesakit yang dia hadapi. Bila ditanya dengan doktor maka doktor kata tak ada apa penyakit tapi bila dia minta nak discharge doktor kata tak boleh. Dia kena tunggu lagi beberapa hari. Jadi yang jadi mangsa kemarahan pesakit adalah pihak manajmen .
Entah bila masalah ini akan selesai hanya Tuhan yang tahu. Wassalam

Tuesday, November 9, 2010

Penjual ubat di kaki lima memang hebat dari segi promosi. Kalau kita dengar dan amat-amati betul macamlah mereka tu tahu semua dan cukup mahir dengan berbagai penyakit. Sebab itu dalam filem P Ramli pun ada slot tentang penjual ubat ni. Profesyen ini memang dah lama bertapak. Entah bila dan bagaimana ianya bermula tak ada siapa yang tahu. Yang pasti penjual ubat dikali lima atau di tepi jalan memang mahir berbicara dan berpidato. Sebab itu ramai yang terpengaruh. Mereka ni tak perlu sekolah tinggi. Cukup dengan bekal ilmu sana sini yang mereka dapat. entah dari mana ilmu itu hanya mereka saja yang tahu.
Kalau kita ke jalan Chow Kit di Kl memang banyak penjual ubat kaki lima. Cubalah perhatikan pasti ada pelanggan mereka. Yang paling laris tentunya ubat kuta laki-laki. Macam-macam yang mereka ceritakan untuk menarik pelanggan. Minggu lepas ada di tulis dalam sebuah akhbar tempatan tentang penjual ubat ini. Kebanyakan ubat tak berdaftar dan pelanggan cukup maklum tentang perkara ini. Yang mushjilnya kenapa pegawai penguatkuasa tak dapat membanteras kegiatan ini. Mereka ni dengan pegawai penguatkuasa main kucing-kucingan. Las-las dapatlah di tangkap beberapa orang tapi yang lain jual lagi. Masalah mereka ni sama seperti penjual barangan di kaki lima. Baru-baru ini sewaktu di Paris sayapun nampak penjual-penjual ni bertempiaran lari bila melihat pegawai penguatkuasa datang. Dulu waktu di Mekahpun begitu juga. berkejar-kejaran dengan penguatkuasa. Masalah ini dah menjali masalah yang universal

Dalam akhbar tersebut ada dinyatakan tentang temuramah dengan beberapa pelanggan. Menurut pelanggan mereka mendapat maklumat yang lengkap tentang ubat-ubatan yang mereka nak beli. Sebab itu mereka beli. Entah betul atau tidak tak siapa yang pasti. Mnurut pelanggan kalau ke kedai farmasi mereka buat tak tahu aja. Tak ada yang nak memberi penerangan seperti penjual ubat dikaki lima. Jadi ahli farmasi yang punya kedai ubat perlu memberi perhatian tentang perkara ini.

Kalau di hospital banyak rungutan pesakit tentang doktor yang tak kisah nak memberi maklumat kepada pesakit. Banyak yang komplain yang mereka tak tahu apa sakit yang sedang diderita kerana doktor tak nak cerita. Datang tengok pesakit, ambil tekanan darah lepas tu tulis-tulis sikit dah selesai. pesakit blank aja tak diberi tahu penyakit mereka. Jadi beda dengan penjual ubat dikaki lima. Tak tanyapun mereka akan cerita apa lagi kalau bertanya, lagi mereka akan cerita.

Ini cabaran buat ahli farmasi dan doktor.Bilakah kita akan berubah supaya lebih mesra pesakit dan sudi untuk berkongsi ilmu. kan itu amal jariah tu.
Wassalam

Saturday, November 6, 2010

Dalam seminggu ni yang memang banyak dipaparkan di dada akhbar adalah tentang bencana. Ibarat kata penyanyi terkenal Ebiet G Ade, alam mualai bosan dengan tingkah kita yang sering membuat dosa. di Indonesia tentunya letusan gunung Merapi. Khabarnya jangkauan debu panas sudah sampai sejauh 40 km, sungguh luar biasa. Bencana sunami di mentawai masih meninggalkan keperitan kepada penduduk di sana. Di negara kita kesan banjir besar mulai dirasa. Yang paling teruk sekarang adalah di Kedah dan Perlis sampai hospital pun dinaiki air. Bekalan letrikpun terputus sehingga pesakit yang kritikal perlu dipindahkan ke Sungai Petani.
Beginilah benjana alam yang semakin mengganas seganasnya perangai manusia. Perilaku manusia semakin canggih dan pelik maka bencana yang turunpun begitu juga sesuai dengan tingkah manusia. Seperti peringatan Allah terjadi kerosakan dimuka bumi kerana ulah manusia.

Satu lagi berita yang amat menakutkan manusia adalah tentang penemuan baru sejenis bakteria yang resistance kepada semua antibiotik. Kalau kena bakteria ini alamat habislah jawapnya kerana tak ada ubat yang boleh membunuhnya. Dalam bahasa awam disebut super bug tapi dalam istilah saintifik disebut New Delhi Betalactamase yang resistance kepada semua antibiotik termasuk golongan betalctam. Antibiotik golongan betalactam adalah antibiotik golongan baru yang mampu membunuh hampir kesemua jenis bakteria tapi golongan NDL ni buat sadin aja tak mempan oleh sebarang antibiotik. Di sebut New delhi kerana pertama di kesan di New Delhi seperti virus nipah yang dikesan di negara kita.Jadi popularlah nama New Delhi sebab manusia dah tak tahu nak beri nama apa.

Doalah banyak-bayak supaya Allah sentiasa memberkati kehidupan kita tapi kita perlu mendisiplinkan diri supaya jangan melakukan perkara yang di benciNya.

Ibadah korban tak lama lagi akan dilaksanakan. Sekarang banyak agen yang menawarkan korban dimanca negara seperti Kemboja, Pakistan ,Palestin. Saya bercadang nak menyertai korban di Kemboja tapi belum bank in lagi duitnya. Insya Alah besok lusa akan di masukkan ke dalam akaun penganjur. Mudah-mudahan sampailah jangan sampai kantol pula. Dalam hal ini nampak gaji kena percayalah.

Saya terpanggil untuk menyertai skim yang begini kerana saya rasa mereka yang berada di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi lebih memerlukan daging dari kita. Keadaan di negara mereka sama seperti zaman saya kanak-kanak dulu. Kalau nak makan daging tunggu raya baru dapat , kalau tidak tak ada peluang. Kita sekarang hari-hari boleh makan daging , jadi sebab itu saya terpanggil untuk menyertai skim itu.

Di manapun nak korban terserah pilihan anda. yang penting korban jangan tak korban

Wassalam

Wednesday, November 3, 2010

Cerita tentang Paris dah selesai tapi kenangan manis di sana tentu akan kekal.Begitu juga dengan kesulitan sewaktu nak mendapatkan visa dulupun tentu akan kekal.
Sekarang dah musim banjir, besar pula tu. Kedah Perlis dah tenggelam.Fenomena ini memang tak dapat diramal. Di Indonesia lebih parah lagi. Gunung meletus dan Sunami melanda. Semuanya ini adalah kuasa Allah untuk menguji manusia. Beruntunglah manusia yang sentiasa beringat dan bersyukur. Kita tak tahu apa akan jadi pada kita .Yang pasti setiap kejadian perlu dicari iktibarnya.
Musim Haji dah hampir tiba. Sebahagian besar jamaan dah terbang ke Madinah atau Jeddah. Bagi mereka yang terpanggil untuk menunaikan haji pada tahun ini bersyukurlah. Bagi yang belum bersabar dan berdoalah kerana panggilan haji adalah kerja Tuhan.
Cuma kalau menunaikan haji perlu banyak bersabar kerana perangai manusia bermacam ragam.Kalau jutaan manusia yang ada di sana maka jutaan pula ragamnya. Yang paling penting tolak ansur dan memahami maslah orang lain. walaupun dah berulangkali diingatkan oleh pegawai Tabung haji supaya jangan merokok di bilik tapi ramai yang tak mengindahkannnya. Masih ada yang buat sadun aja merokok dalam bilik yang sempit dan dihuni oleh empat hingga lima orang. Saya sendiri menghadapi pengalaman yang tak menyenangkan ini. Habis sabar ajalah. Mungkin itu juga merupakan pendorong bagi kita supaya lebih banyak menghabiskan masa di Masjidil haram dari duduk lepak di bilik. Mungkin ini himmahnya. Inilah yang saya lakukan sewaktu saya berkesempatan menunaikan haji dulu. Saya lebih selesa berada di Mesjid dari lepak di bilik.. Saya hanya pulang ke hotel hanya untuk makan, lepas tu berangkat lagi ke mesjid. Nak duduk dalam bilik memang tak selesa kerana bau rokok yang hapak.

Sampai bila masyarakat kita nak berubah hanya Allah yang tahu. Tiap tahun cerita yang sama berulang. Ada juga jamaah yang tak sabar berebut nak naik bas, berebut nak masuk lift. Malah ada yang menendang-nendang lift kerana ditutup tak boleh pakai. Bagi yang sehat eloklah naik tangga. Ianya lebih selesa dan baik untuk kesihatan. Menunaikan hanya banyak memerlukan kekuatan fizikal. Oleh itu bagi yang berkemampuan elok laksanakan sewaktu muda. Kalau ada duit lebih ambillah paket kerana nak ikut muassasah gilirannya lama. Jadi gunakan kesempatan dengan paket. Duit boleh cari tapi panggilan ke Haji ni jangan diabaikan.

Ujian bagi setiap individu memang bermacam ragam. Yang penting kena banyak doa dan banyak bersabar. Niat kena ikhlas , InsyaAllah haji akan sempurna dan mendapat haji yang mabrur
Bagi yang belum berangkat selamat enunaikan haji dan berdoalah agar mendapat haji yang mabrur.
Malam tadi dalam diskusi di TV ada dijelaskan tentang wang yang haram yang digunakan untuk mennunaikan haji. Ahli panel menyebut hajinya sah tapi tidak mabrur. Yang kita inginkan adalah haji yang mabrur supaya Allah ampunkan dosa kita dan balasannya adalah syurga. Pastikan sumber pendapatan kita halal supaya mendapat keberkatan dalam hidup
Wassalam

Tuesday, November 2, 2010

Yang gembira sangat berada di Paris adalah isteri saya. Kami berangkat pulang pada hari Jumaat petang setelah berada di kota Paris selama 6 hari. Sampai di airport De Gaule sekitar jam 1 petang kami langsung check in. Kena jugalah tunggu setengah jam. Kaunter Emirate cukup banyak. Selesai check ini kami lepak kat lobi airport .Makanan yang ada cuma roti kebab yang sempat dibeli sehari sebelum berlaukkan serunding yang masih ada. Nak makan di airport memang tak berani kerana tak pasti halal atau tidak walaupun roti. Takutnya dalam roti ada alkohol . Soal makan ni sengsara sikitlah kalau berada di negara yang kita menjadi minoriti. Waktu nak berangkat masuk ke dalam ruang berlepas terpaksa berbaris panjang hampir satu jam. Punyalah naya kaunter imigresen cuma satu sedangkan ratusan orang yang menunggu. Pegawai imigresen ni cukup begis orangnya. Kebetulan adalah seorang tua yang mengambil gambar anaknya yang melalui kaunter imigresen maka langsung saja pegawai ni jerit-jerit mengentak meja dan meluru kearah orang tua tadi.Dia suruh padamkan gambar tersebut. Walaupun saya tak faham apa yang dia kata tapi saya mengertilah yang dia minta gambar dia dipadamkan. Wow bila dia keluar saya nampak dia memakai pistol. Pelik juga pegawai imigresen bersenjata. Kalau kat tempat kita polis atu askar sahaja yang bersenjata. Saya lihat petugas di Paris ni tak mesra langsung. Dulu sebelum berangkat saya terpaksa ke kedutaan dia di KL untuk buat visa isteri. Punyalah sulit nak masuk ke dalam kedutaan macam nak masuk kem tentera. Kalau tak kuat semangat memang nak give up.

Kalau saja-saja nak pergi ke Paris ni memang susah kecuali ada urusan resmi kerana kedutaan mereka di KL bukan mesra pelanggan. Kita ni dibuatnya macam pendatang haram.

Kami terbang ke Dubai tepat jam tiga petang menaiki Airbus A 380. Wah cukup besar dan selesa pesawat ni macam business class pesawat biasa. Patutlah syarikat penerbangan berebut-rebut menempah nak membeli pesawat jenis ini. Memang bebaloilah .Kalau syarikat penerbangan kita ada pesawat ini memang toplah . Penerbangan cuma mengambil masa 6 jam kerana pesawat ini cukup laju. Saya lihat kelajuannya hampir mencecah 1000 km per jam sedangkan pesawat lain kurang dari 900 km per jam. Jadi jimat satu jam. Dalam penerbangan memang dihidangkan makanan yang cukup enak. Kami pun makan sepuasnya kerana perut memang sangat lapar. Yang bagusnya Emirate ni ada kenyataan dalam pesawat yang menyatakan bahawa semua makanan dalam mirate adalah halal. Ini yang penting. Saya rasa kalau nak terbang ke mana mana carilah pesawat yang menjanjikan makanan yang halal.
Sampai di Dubai dah pagi dan kami berada di airport selama 2 jam sebelum meneruskan penerbangan dengan Emirate juga ke KL. Penerbangan ke KL menggunakan Boing 777 yang lebih kecil. Tempat duduknya sempit sikit dan kelajuan pesawat cuma 890 km per jam. jadi penerbagan mengambil masa 7 jam. Tempat duduk kurang selesa dibandingkan airbus A380. Nak buat macam mana tanggung ajalah
Kami mendarat di KLIA tepat jam 2 petang. Rasa syukur dan rasa lega memang terasa bila mendarat di negara sendiri.
Wassalam
Dah agak lama saya tak dapat menulis kerana masalah teknikal. Blog saya tiba-tiba gagal untuk saya masukki .Jadi tersangkutlah nak update blog. Alhamdulillak berkat bantuan dari kawan saya dapat masuk kembali ke blok ini.
Saya masih belum habis cerita tentang Paris. Hari terakhir saya dan isteri menaiki bas hop on hop off iaitu bas dua tingkat yang tak berbumbung. Saya mula-mula memang ragu-ragu juga tapi memberanikan diri saja. Masalah utama di Paris ini adalah kesukaran untuk berbicara dengan penduduk tempatan. Mereka kebanyakan keberatan nak berbahasa Inggeris , jadi macam ayam dengan itek lah. Saya tanya dengan petugas hotel yang memang boleh berbahasa Inggeris. Dia kata ambil keretapi dan turun di stesyen St.Michael. Jadi saya dan isteripun ikut peta dan ambil keretapi .Sampai distesyen St. Michael kami pun turun. Sampai di stesyen tersebut saya tanya beberapa petugas keselamatan tapi mereka tak faham apa yang saya cakapkan. jadi kamipun nekat keluar dari stesyen dan berjalan kaki sampai ke hujung jalan. kemudian ada ssebuah kedai menjula cenderamata dan kebetulan penjualnya faham pula bahasa Inggeris. Dia kata tunggu depan kedai dia dan setelah itu kamipun naik bas berkenaaan. Bayaran tiket Euro 56 untuk dua orang. Pemandu bas fasih berbahsa Inggeris. Dia kata kami boleh gunakan tiket dari jam 7 pagi sampai 7 malam. berepa kali nak naik bas terserah. Perjalanan dengan bas di bahagi kepada empat bahagian yang boleh meliputi seluruh bandar Paris. kamipun berkeliling selama tiga jam dan hanya sempat menaiki dua bahagian sahaja dari jalur yang disediakan. Sambil berkeliling kami nampak ada beberapa kedai Arab yang menjual kebab. Bila dah puas berkeliling kamipun turun di Monpanasse untuk makan kebab kerana dah dua hari asyik makan roti yang di bawa dari Malaysia. apa lagi kenyang sungguhlah perut lepas makan kebab yang cukup besar ukurannya.
sebelah petang kami menaiki lagi bas tadi dan turun berhampiran stesyen bot untuk menaiki bot sekeliling sungai. Bayaran bot cuma Euro 18 untuk seorang. Perjalanan sepa njang sungai cukup indah kerana boleh melihat sebahagian besar bandar Paris yang mempunyai bangunan antik sejak zaman Napoleon.

Nanti sambung lagi

Wednesday, October 27, 2010

Dah seminggu saya tak update blog kerana masalah teknikal. Nak buka blog pun tak dapat.Saya nak sambung cerita tentang Paris. Malam ketiga kami berada di menara Effel. Sangkakan hebat sangat, rupanya hanya besi-besi yang disambung membentuk menara. Cuma dia jadi hebat kerata promosi yang luar biasa. Kata orang kalau ke Paris tak naik menara ni tak sah. Di KL menara kita lebih canggih dan lebih tinggi. Ada restoran berpusing lagi.Tapi kerana kurang promosi tak ramai pelancong yang tahu. Mereka lebih kenal menara Petronas.

Naik menara Effel ni cuma mengambil masa 20 menit dengan lift. Sampai dipuncak yang lebih kurang 8 tingkat bangunan saya jadi gayat kerana terasa nak jatuh saja. Angin pula punyalah kuat bertiup dan terasa sejuk sampai ke tulang. Lepas mengambil gambar saya cepat-cepat turun ke bawah.

Ramai juga pelawat dari manca negara yang datang ke sini. Mereka juga macam kami nak rasa naik menara ni. Nanti tak sah pula kalau tak naik ke atas.

Tiket kalau tak silap saya adalah Euro 18 dan kalau di ringgitkan akan jadi mahal. Apa saja yang dibeli perli dikali dengan 4.4. Bayangkan baju T untuk main bole harganya Euro 70 dan bila di kali 4.4 dah hampir RM 400. Memang mengejutkan .Bila saya belek nyata baju-baju tersebut buatan Thailand dan Cina. malah ada juga buatan bangladesh. Saya cari-cari juga jika ada produk Malaysia. Nyatanya tak ada. Jadi buat apa beli di Paris kalau produk Cina dan Thailand. Lebih baik beli kat sempadan siam seperti Pengkalan Kubur dan Rantau panjang, tentulak murahnya.

Sekarang dah zaman globalisasi dan barang-barang buatan seluruh dunia dah tersebar luas. Di mekah pun banyak produk dari Cina termasuk sejadah. jangan terkejut kalau tak diteliti betul-betul bila sampai Malaysia baru perasan produk buatan Cina yang dibeli di Mekah.

Sampai jumpa besok, wassalam

Thursday, October 21, 2010

Pada 11/10/10 pagi-pagi lagi saya dah ke kedai buah untuk membeli buah-buahan. Saya jadi bingung nak cakap apa dengan penjual buah kerana mereka menggunakan bahasa perancis sedangkan saya langsung tak tahu bahasa Perancis. Ramai kawan yang pesan jika kita berbahasa Inggeris mereka langsung tak akan layan. Jadi bila saya ambil buah yang saya nak beli maka sayapun tanya dalam bahasa Melayu tentang harga buah tersebut. Yang tukang jual buah jadi terkejut dan dia tahu saya ni orang asing. Dia ambil buah tersebut dan letakkan di atas alat penimbang dan langsung menunjukkan harga yang saya perlu bayar. Jadi hanya menggunakan bahasa isyarat. Jadi macam ayak cakap dengan itik. Saya pun bayar harga sebanayak Euro 4.80 untuk se kilo anggur. Bila di kali dengan 4.4 jadi mahal jugalah jadinya. tapi bagi mereka Euro 4.80 tu tentu sangat murah. Kalau kat tempat kita se kilo anggur paling murah RM 16 .Anggur dia memang masih segar dan belum pernah saya jumpa yang sesedap itu di tempat kita. Kami hanya membawa bekalan roti , makanan dalam tin dan ssrunding. itulah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Nak makan makanan tempat tentu kita akan ragu tentang masalah halal atau tidak. Lepas minum pagi saya dan kawan langsung menuju stesyen keretapi bawah tanah untuk mengambil keretapi dari Pernety ke Montpanasse. Beli tiket menggunakan mesin dan punyalah susah nak guna mesin kerata pertama kali menggunakan dan tak ada siapa yang dapat membantu. Teman saya bertanya kepada petugas di akaunter dalam bahasa yangasama-sama tak faham. Akhirnya dengan bahasa isyarat petugasrsebut datang membantu dan akhirnya dapatlah dua tiket pergi balik dengan harga Eueo 3.80 untuk satu tiket. Lepas tu kamipun naik keretapi dan turun di stesyen Montpanasse. Dari Montpanasse naik lagi keretapi ke St Jacques .kali ni dah tak payah menggunakan tiket . Keretapi memang penuh sesak kereta ramai pekerja yang menaiki keretapi. Kat London pun macam itu juga. Jadi di negara maju ni pengangkutan awam mereka cukup baik dan kita boleh sampai ke mana sahaja tanpa perlu memandu kereta sendiri. Kat tempat kita masih haru biru sintem pengangkutan awam. Saya perhatikan kereta yang mereka ada memang sudah cukup lama . Mungkin dah ratusan tahun sistem ini berjalan .Sebab itu rakyat mengguankan nya kerana keretapi boleh sampai ke seluruh bandar Paris.

Balik dari konference pun menggunakan sistem keretapi yang sama. Lepas solat asar kamipun merayau menggunakan keretapi bawah tanah. Kali ini saya bersama insteri serta teman yang juga bersama isteri dia naik keretapi ke Cham Elisse. tempat ni memang tempat orang shopping dan berwisata. Memang cukup ramai manusia di sini dan pada waktu petang hingga ke malam cukup meriah. Bayak tempat yang menarik untuk bergambar .Di tempat ini juga banyak kedai yang menjual berbagai jenis barangan. Tentunya banyak restoran yang juga cukup penuh dengan pelanggan. Tapi makanan yang dijual tentu makanan tempatan yang kita tak pasti halal atau tidak. Jadi kita cuma boleh lihat sajalah. Nak makan tentu tak berani.Masyarakat di Paris ni suka memakai pakaian yang bermacam ragam fesyen terutama yang perempuan. Tapi saya tengoh pakaian mereka cukup sopan. Tak adalah dedah sana dedah sini. Kebayakan wanita muda menggunakan boot kulit bertumit tinggi dan kasut hampir sampai ke lutut. Memang bergaya sungguh mereka. Yang lagi-lagi macam biasa saja cuma kerana cuaca sejuk semua menggunakan jaket tebal. Saya rasa keadana di bandar Paris ni aman kerana masyarakat mereka boleh berada di jalanraya sepanjang waktu. Bila saya terbangun pada tengah malam saya lihat melalui tingkap bilik masih ramai orang yang berkeliaran dijalanraya dan makan minum di restoran. Bilik tempat kami menginap tu memang di tengh badar dan penuh dengan kedai yang menjual berbagai barangan termasuk restoran.
Wassalam

Tuesday, October 19, 2010

Menyambung cerita tentang Paris.Bilik masuk ke dalam bilik hotel pulalah terkejutnya saya.Bilik dia cukup kecil dan sempit tapi bersih.Dinding baru di cat dan nampak rapi.Cuma kemudahan dalam bilik cukup minima.Pemanas airpun tak ada apa lagi sterika.Nasib baik saya bawa sterika dari Malaysia kalau tidak alamat tak bergosok baju. Selama seminggu tinggal di bilik tersebut langsung takmerasa air panas.Cuma bila hadir di konference baru boleh minum teh itupun teh yang macam-macam rasa tak sama dengan teh tarik kat Malaysia.
Dari hotel ke tempat stesyen keretapi cuma 100 meter. Di Paris ni sistem pengangkutan awam sama seperti di London. Kalau di London disebut tube tapi di Paris di sebut Metroline. Stesyen berhampiran dengan hotel tempat kami menginap adalah di stesyen Pernety. Tiket perjalanan pulang balik dari hotel ke tempat konference cuma Euro 3.80 sehari tetapi bila ditukar ke dalam ringgit tentu ianya menjadi mahal kerana perlu di kali dengan 4.4. dari stesyen Pernety kami turun di stesyen Monpanasse. Kemudian ambil keretapi lain menuju ke St Jacques. Perjalanan cuma 20 menit. Dari stesyen St Jacque kami jalan kaki ke hotel Marriot tempat berlangsungnya konferen ISQUa.
Cuaca di Paris cukup sejuk sekitar 13 darjah centigrade. Kenalah pakai baju tebal kalau tidak pasti menggigil kerana angin bertiup cukup kencang.Jadi bahana sejuk sampai menusuk ke dalam tulang. Peresmian konferen cukup sederhana, cuma ucapan dari menteri kesihatan Perancis yang merupakan seorang perempuan. Beliau berucap sepenuhnya dalam bahsa Perancis kerana rakyat Perancis cukup berbangga dengan bahasa mereka. Jangan haraplah mereka nak berucap dalam bahasa Inggeris. Kat tempat kita lain cerita. Kita amat merasa berbangga jika boleh berucap dalam bahasa Inggeris kerana merasa martabat diri akan naik bila berbicara dalam bahsa Inggeris. Ini bezanya jati diri kita dengan jati diri orang Perancis. memang kami semua tak faham tapi mereka peduli apa. Mereka berperinsip jika masuk negeri mereka mestilah pandai berbahsa Perancis kalau tidak bolayan.
Peresmian konference cuma mengambil masa 20 menit, tak ada gong, tak ada tarian, tak ada bunga-bungaan.cenderahatipun tak ada. Jadi cukup sederhana dan langsung tak ada protokol. Yang jadi MC adalah Presiden ISQUA sendiri. Tahu lepas saya juga berkesempatan mengikuti konferen yang sama di Dublin. Peresmian pun begitu sederhana walaupun diresmikan oleh Perdana Menteri Island. Mat Salleh kalau soal ni cukup kita angkat tabik. Kita ni lebih mendewa-dewakan manusia tapi bagi mereka manusia tu sama saja cuma tanggungjawab saja yang berbeza
Wassalam

Sunday, October 17, 2010

dah seminggu saya terlepas peluang menulis blog kerana berada di Paris ,Perancis. Saya dan isteri berangkat menggunakan pesawat Emitrates sabtu lepas lebih kurang jam 10 pagi .Dari KLIA pesawat terbang ke Dubai dan sampai di sana 7 jam kemudian. Kami transit di Dubai airport selama 2.30 jam.Lepas tu terbang lagi menuju Paris dan mengambil masa lebih kurang 7 jam lagi. Kedua-dua penerbangan menggunakan pesawat Boeing 777. Kelajuan pesawat 850 km/hr .Perjalanan cukup lancar dan makanan yang dihidangkan cukup lumayan. Yang penting dijamin halal kerana dalam risalah yang disedikan memang dituliskan bahawa semua makanan yang dihidangkan dalam pesawat Emirates dijamin halal.

Sewaktu transit di Dubai airport sempat juga menikmati keindahan airport tersebut. Memang airport Dubai cukup canggih dan serba moden sesuai dengan pembangunan bandaraya Dubai.
Penerbangan dari Dubai ke Paris juga cukup lancar dan makanan yang dihidangkan juga cukup lumayan. Saya lihat kebanyakan pramugari dan pramugara Emirates adalah warga asing. Di Dubai sendiri 40% penduduknya adalah warga asing .Mereka boleh bekerja selama yang mereka mahu tapi jangan harap nak jadi warganegara.

Kami mendarat di lapangan terbang De Gulle Paris ijam 9 malam waktu tempatan. Waktu Paris tertinggal 6 jam dari waktu Malaysia. Saya sungguh terkejut kerana lapangan terbang Paris tak cantik langsung. Silingnyapun dah lusuh warnanya dan kemudahan yang ada sangat minimum.Jauh sekali kalau dibandingkan dengan lapangan terbang KLIA atau Dubai. Hairan juga negara semaju Perancis tak mempedulikan masalah ini.
Sampai saja di airport , setelah mengambil beg kami menuju keluar dari lapangan terbang. Sebaik nak keluar ada seorang negro yang menyebut teksi, teksi. Kami pun langsung setuju menaiki kereta dia. Sangkakan teksi resmi rupanya teksi sapu. Apa lagi terkenalah kami. Saya bersama isteri serta seorang lagi kawan bersama isteri dia. Jadi 4 orang penumpang menaiki teksi ini. Lega jugalah rasanya kerana ada kawan kalau tidak kecut juga perut. Maklum teksi yang dinaiki teksi sapu. Dalam perjalanan driver sebuk menyalakan GPS tapi tak jadi.Akhirnya teman saya yang membantu barulah hidup GPS tersebut. Hanya Tuhan yang tahu perasaan cemas saya. Berkali-kali saya tanya sama ada dia tahu hotel yang kami tuju atau tidak.Dia kata dia tahu tapi tak sampai-sampai juga. Setelah puas berkeliling dan setelah dia menelefon petugas di hotel berkenaan barulah kami sampai di hotel yang dituju. Hotel ni terletak di kawasan Montpanasse. Setelah sampai saya terpaksa membayar Euro 80 bersamaan RM 365 .Wow mahalnya bila di tukar ke ringgit.Terasa betapi kecilnya nilai wang kita. Kalau bawa RM 4400 cuma dapat Euro 1000. Jadi macam mana nak shopping di Paris. Hotel ni cukup kecil bilik dia.Saya rasa cuma dua bintang tapi bilik bersih dan catnya masih baru. Dalam bilik hotel tak ada pula aircond, jadi kena buka tingkap.Wow angin malampun masuk menyelinap dan cukup mendinginkan.Suhu di Paris 15 darjah centigrade. Kerana badan ndah penat maka kami langsung tidur.
Sampai jumpa lagi, wassalam

Saturday, October 9, 2010

InsyaAllah pagi besok saya dan isteri akan terbang ke Paris untuk menghadiri ISQUA conference. Penerbangan akan transit di Dubai beberapa jam sebelum terbang kembali ke Paris. kawan-kawan pesan bila sampai jangan guna bahasa Inggeris pasti tak akan di layan .Kata mereka lebih guna bahasa Melayu , jadilah macam ayam bercakap dengan itik. Petang tadi saya sempat membeli sebuah kamus Inggeris Perancis.Tapi bila saya belek-belek nak bacapun tak faham kerana tak boleh dieja macam bahasa Bahasa Melayu atau Inggeris. Bila sampai nanti di Paris pandai-pandailah nak hidup.Balik nanti akan saya coretkan dalam blok ni.

Teknologi baru yang banyak membantu kita adalah sms atau short message system. Hampir semua orang menggunakan sms dan tarifnya tentulah lebih murah dari telefon. Jangkaunyapun seluruh dunia. Kalau telefon tak masuk tapi dengan sms masih boleh masuk.

Tapi hati-hati dengan teknologi ini kerana ianya dah banyak menimbulkan masalah. Malah suami isteri banyak yang berantam gara-gara sms.Ada dilaporkan suami menceraikan isteri menggunakan sms. Yang pening bukan saja si isteri tai pegawai agama. Jadi ulamak pula kena buat fatwa sama ada perceraian melalui sms sah atau tidak.

Baru-baru ni kawan saya menerima sms secara tak sengaja dari staf beliau. Bunyi sms tu memang menyakitkan hati kerana staf tersebut meluahkan rasa kecewa dan tak puas hati dengan managemen yang kebetulan adalah teman saya tersebut. Sms berkenaan sepatutnya tujukan pada teman dia tapi tersilap hantar dan masuk ke telefon teman saya. Apa lagi melintinglah kawan ni. Kalau sayapun begitu juga. Selang beberapa menit staf tersebut perasan yang dia tersalah kirim pada bos dia, lalu langsung memohon maaf dan bersedia menerima apa saja tindakan yang bakal dikenakan pada dia.Jadi hati-hati sebelum mengirim sebarang sms. Jangan tersalah kirim nanti buruk padahnya. Seperti kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur ,terlajak kata buruk padahnya.
Teknologi sms menyebabkan banayak manusia yang lalai. Pelajarpun tak ada keja lain melainkan main sms. ketika sedang kuliah mereka bukan nak dengar apa yang diajar tapi asyik main sms. sedang memandupun masih bisa sms dan dah banyak kecelakaan yang terjadi akibat kecuaian ini.

Sms juga boleh meninggalkan kesan jiwa yang mendalam. kalau kita dapat sms yang menusuk kalbu tentu akan meninggalkan kesan psikologi yang kronik. Silap haribulan boleh terjadi pergaduahan besar. Saya lebih suka telefon dari sms kecuali jika betul-betul perlu kerana telefon tak ada meninggalkan apa-apa kesan, berbeza dengan sms yang boleh disimpan dalam memori telefon. Sampai bila-bila akan kekal jika tak di delete.

Setiap teknologi ada kesan buruk kesan baiknya. jadi berhati-hatilah.

Sampai jumpa lagi setelah saya kembali dari Paris tanggal 16/10/10

Wassalam

Monday, October 4, 2010

Cerita tentang Jakarta memang menarik. Sewaktu saya jalan-jalan keliling kota ada beberapa iklan yang saya rasa menarik perhatian. Ada satu iklan yang berbunyi"gaul sih gaul, narkoba no" maknanya bergaul dengan sesiapa saja boleh tapi jangan sampai terjebak perangkap dadah. Di Indonesia dadah disebut narkoba iaitu gabungan dari narkotika dan ubat terlarang. Kalau di sebut dadah di sana mungkin ramai yang tak akan tahu. Masalah dadah ni dah jadi masalah universal tak kenal negara dan tak kenal sempadan.

Satu lagi iklan yang menarik perhatian saya adalah "berani adu murah" . maknanya berani ke berlawan harga siapa yang paling murah. Iklan-iklan yang sebegini tentunya menarik erhatian ramai. Sebab itu tugas membuat iklan sudah menjadi tugas seorang professional dan memang ada kuliah khusus di universiti. Mesejnya ringkas tapi memberi impak yang diperlukan oleh pengiklan.

Di samping dua iklan tersebut ada satu lagi iklan yang berbunyi"one patient one room" . Iklan ini dipasang oleh hospital swasta yang menyediakan single room untuk semua pesakit tetapi ada bilik yang berkongsi bilik mandi, tapi perkara ini tak dimaklumkan kepada ramai. Jadi mungkin bila dah masuk hospital tersebut barulah pesakit akan tahu yang mereka perlu berkongsi bilik mandi.

Makan minum di Jakarta ni tak jadi masalah. selama tiga hari saya di sana siang malam asyik dek makan. Macam-macam makanan yang ada dan kadangkala makanan tersebut tak ada di negara kita. Ada sedikit perbezaan menu antara KL dan Jakarta. Yang makanan nya enak-enak belaka. Saya beritahu kawan saya, kalau terus menerus makan begini bisa nambah berat badan 1 kg dalam waktu tiga hari.

Pagi hari saya akan pastikan saya jalan kaki sekurang-kurangnya 40 menit sementara minum pagi.Jadi dapatlah membakar sedikit tumpukan lemak yang ada dalam badan. Di jakarta jam 4.20 pagi dah masuk subuh.jadi cepat timbul matahari. jam 6 pagi dah mula boleh jalan kaki di sepanjand jalan berhampiran hotel tempat saya menginap. Manusia di Jakarta ni memang cukup ramai. Di sepanjang jalan penuh dengan manusia yang menunggu bas . Saya lihat bas memang cukup sesak maklumlah manusia ramai.Bas dah jadi pengangkutan utama di metropolitan ni.
Makan di hotel itu-itu juga . kadang rasa bosan juga . hari-hari itu-itu juga yang disajikan. Tapi nak buat macam mana, telan ajalah. Di kaki lima jalan memang banyak orang yang berjualan tapi takut pula nak makan kerana kebersihan tak terjamin. Silap haribulan boleh kena demam tipus(typhoid).

Saya berangkat pulang ke Malaysia dengan MAS pada hari Sabtu petang dan mendarat di KLIA tepat jam 7 malam. InsyaAllah mungkin November nanti akan berku jung kembali ke sana
Wassalam

Saturday, October 2, 2010

Hari rabu lepas jam 10 pagi saya menaiki Airasia ke Jakarta.Perjalanan lancar dan tepat jam 10 pagi waktu Indonesia Barat kami mendarat dilapangan terbang Sukarno hatta jakarta.Pesawat penuh sesak. sebelum itu saya cuba untuk menaiki MAS tapi tak ada yang kosong. Jadi walaupun ada demontrasi sebelum ini tapi nampaknya tidak menghalang rakyat negara ini untuk terus berkunjung ke Jakarta atas berbagai tujuan. Saya nampak ada juga mahasiswa yang turut berangkat bersama kami. Di Jakarta saja ribuan pelajar kita yang menuntut di sana belum lagi berbagai syarikat dari Malaysia yang berurusan di sana seperti sektor perbankan, stesyen minyak, hospital, perladanagan dan sebagainya.
Saya ke Jakarta atas urusan resmi syarikat. Jakarta adalah kota metropolitan yang dihuni oleh lebih dari 8 juta manusia. Bayangkan kesesakan di mana-mana. Di KL yang tak sampai 1 jutapun dah penuh sesak apa lagi Jakarta. Yang menariknya di Jakarta pemandu memang sering membunyikan hon kereta tapi tak ada yang akan marah. Kalau di tempat kita boleh mendatangkan perkelahian. Jadi toleransi pemandu di jakarta jauh lebih baik dari tempat kita.Di Indonesia hon disebut klakson. Lain padang lain belalang.
Saya pernah tinggal lama di Bandung sekitar akhir tahun tujuh puluhan. Tapi keadaan di Indonesia kini dah jauh berubah sesuai dengan kemajuan yang dicapai. Dulu memang saya suka minum air ice alpokat. Jadi bila dah di Jakarta saya pun lepas gian.Selama tigfa hari di sana minuman tetap saya adalah ice alpokat. Di temapt kita alpokat di sebut alvocado berdasarkan istilah Inggeris. Bila dah di Indonesiakan disebut alpokat. teman-teman saya yang bekerja di Jakarta tak biasa makan buah ini tapi saya memang dah jadi kesukaan. Bila saya pulang semalam sempat juga membawa pulang buah ini.
Petang Jumaat saya sempat berkunjung ke ekspo anjuran pihak pemerintah setempat. Ada yang sangat menarik perhatian saya dan teman-teman iaitu motto yang digunakan oleh salah sebuah agensi pemerintah.Mottonya berbuka "kepastian izin, tidak mempermudah dan tidak mempersulit" motto ni agak pelik sedikit kerana kita jagi tak pasti dengan tujuan mereka menggunakan motto tersebut. Sepatutnya mereka menggunakan motto mempermudah segala urusan dan tidak akan mempersulit. Saya dan teman-teman tak henti -henti membicarakan tentang motto yang kami anggap agak pelik ni.

Sebelum pulang pada sebelah pagi saya sempat berkunjung ke tanah abang untuk membeli ole-ole. Tempat ni memang penuh dengan manusia. menurut teman saya waktu puasa tempoh hari nak berjalanpun susah kerana sesaknya manusia yang membeli belah untuk persiapan hariraya. tanah abang memang dah snonim dengan rakyar Malaysia untuk shopping kerana disana banyak dijuan berbagai jenis pakaian, kain, beg tangan dan befrbagai lagi keperluan termasuk kain dan baju batik.
Sampai jumpa lagi.wassalam

Saturday, September 25, 2010

Saya baru pulang dari joging.Hari minggu ni elok kita gunakan untuk riadah. Kos riadah yang paling murah adalah jalan kaki atau joging kerana yang kita perlukan cuma duit minyak kereta untuk pergi ke tempat tersebut. Kesedaran di kalangan masyarakat masih kurang kerana ramai yang menngunakan waktu pagi minggu untuk meneruskan tidur. Katanya daha penat bekerja seminggu jadi hari minggu ni hari untuk memanjakan badan dengan memperbanyak tidur. Kita kadang terlupa yang badan kita juga memerlukan aktiviti supaya perjalanan darah menjadi lancar. Jantung perlu menghirup oksigen segar melalui kegiatan berjoging atau berjalan. Kos untuk menjaga kesihatan sangat minumum jika dibandingkan dengan kos mengubatai penyakit terutama sakit jantung. Kalau jantung dah tersumbat memerlukan puluhan ribu ringgit. Untuk melakukan angiogram diperlukan paling minima RM 4000 .Itu cuma untuk mengesan ada penyumbatan pada saluran darah di jantung ataupun tidak. Kalau dah tersumbat perlu diperbesarkan menggunakan stanting.Proses ini disebut angiplasty iaitu membesarkan saluran jantung yang tersumbat menggunakan spring khusus yang dimasukkan ke tempat tersebut. Kos untuk satu stant adalah RM 19 ,000 dan kalau dua kali sajalah jumlahnya. Kalau dah sampai tiga doktor akan menasihatkan supaya melakukan pembedahan pintasan jantung. Paling murah kos RM 30,000 itu pun jika tak ada komplikasi. Kalau ada akan lebih mahal lagi. Apa punca penyumbatan jantung? tak lain adalah pola pemakanan dan tingkah laku kita. Kalau makan ikut selera dan lepas tu malas nak beriadah maka kita mendedahkan diri kepada penyakit yang amat merbahaya ini. Di samping sakit jantung mereka yang malas riadah terdedah kepada penyakit darah tinggi dan kencin manis yang akhirnya nanti akan membawa kepada penyakit jantung.
Rumah terbuka sempena hariraya ni masih meriah berlangsung di mana-mana. sejak semalam sampai malam nanti banyak jemputan yang diterima. Kita akhirnya tak terlarat dah nak berkunjung. Soal perut jangan nak kira, dah penuh dengan berbagai macam makanan. Tempat kerja saya semalam mengadakan hari terbuka sempena sambutan hariraya. Dah saban tahun macam tu. Bila puasa berat badan boleh turun 10 kg tapi lepas raya ni silap haribulan bukan tambah 5 kg tapi boleh naik sampai 10 kg kalau tidak bijak mengawal selera makan.

Jika anda memandu kereta untuk berkunjung ke rumah teman atau saudara mara pastikan jangan mengambil sebarang ubat yang boleh menyebabkan kita mengantuk . Contoh ubat yang umumnya mengandung antihistamin adalajh ubat batuk dan ubat selsema. jadi kalau batauk atau selsema janganlah makan ubat tersebut sebelum memandu kerana dikuatiri anda boleh terlelap sewaktu memandu dan akan menyebabkan kecelakaan yang boleh membawa maut. Jika kita terlena sesatpun sudah cukup untuk mendatangkan kecelakaan sewaktu memandu.Hati-hati dengan perkara ini. Pada umumnya jika anada mendapat bekalan ubat dari hospital akan dilengkapi dengan makluman tambahan yang mengingatkan anda yang ubat tersebut boleh menyebabkan anda mengantuk. tapi jika anda membelinya sendiri maka tanyalah pada ahli farmasi yang menjual ubat tersebut. Jika dapat dari klinik tanyalah doktor tersebut apakah ubat berkenaan bolah menyebabkan anda mengantuk.
yang paling selamat adalah jangan makan ubat sebelum anda memandu kerana kita tak pasti ubat mana yang akan menyebabkan anda mengantuk.
Wassalam

Monday, September 20, 2010

Hari ini anak-anak kita ramai yang mengikuti ujian UPSR. macam biasalah ramai ibubapa yang bercuti untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Ada juga yang berpuasa tetapi kebanyakan kaum ibu. Yang stress bukan anak-anak tapi ibubapa terutama kaum ibu. UPSR baru tahap satu dan masih banyak lagi tahap ujian yang perlu diikuti oleh anak-anak kita. Bagi saya yang paling kritikal adalah SPM kerana ujian ini akan menentukan sama anak-anak kita akan ke menara gading atau tidak. Dari SPM mereka boleh memasuki kolej untuk mengambil diploma atau ke matrikulasi sebagai persediaan untuk memasuki universiti.
Persaingan hari ini memang ketat dan tempat yang tersedia amat terbatas walaupun universiti telah bercambah macam cendawan busut. Namun jumlah pelajar juga sudah begitu besar. Tempat di IPTA tentunya amat terbatas sekalai apa lagi jika untuk kursus-kursus kritikal seperti kedoktoran, pergigian dan farmasi. Bagi ibubapa yang ada duit bolehlah menghantar anak-anak ke universiti swasta tapi bagi yang tak ada kemampuan terima sajalah apa yang dapat.
Tanggungjawab sebagai ibubapa semakin mencabar dan tentunya secara logik makin lama pasangan semakin takut untuk mempunyai ramai anak. Akibatnya nanti banyak yang memilih untuk mempunyai satu atau dua orang anak sahaja kerana biaya pendidikan semakin melambung tinggi. Perkara ini sudah menjadi masalah kritikal di negara maju hatta di Singapura sendiri sudah menjadi masalah baru kerana kadar kelahiran semakin mengecil dan tentunya membimbangkan pihak pemerintah.

Di negara kita pertumbuhan penduduk masih besar dan belum menimbulkan masalah serius tetapi sepuluh tahun yang akan datang tentu secara perlahan-lahan ia akan menjadi masalah baru. Pasangan muda mudi akan cenderung untuk berkahwin lambat kerana kos perkahwinan juga semain membengkak. Sekarang ini saja untuk kenduri kahwin paling kurang diperlukan RM 20 000 .Bayangkan sepuloh tahun lagi mungkin akan menjadi RM 30 000. Jadi dari mana nak dicari duit sebanyak ini. Kebanyakan graduan terpaksa membayar balik pinjaman yang mereka perolehi sewaktu menuntut dulu. Di tambah lagi sewa rumah dan kereta. Jadi sukar sekali bagi mereka untuk mengumpul duit bagi persiapan kahwin. Sekarang ini pun dah ramai yang mengambil pinjaman peribadi untuk belanja kahwin. Jadi lingkaran hutang amat membelit pasangan muda mudi yang baru mendirikan rumahtangga. Masalah ini akan semakin rumit sesuai dengan perubahan masa dan tuntutan kehidupan yang semakin mencabar. Jadi kalau setakat berkelulusan SPM amat sulit untuk menikmati kehidupan yang selesa.
Wassalam

Thursday, September 16, 2010

Lagu raya masih berkumandung di corong radio.Memang sambutan hariraya di negara kita berjalan selama 1 bulan.kalau di Arab terutama di tanah haram yang meriah adalah bulan ramadhan tapi sambutan hariraya sebentar sahaja.Berbeza dengan tempat kita ramai yang beraya sakan.Sampai hari ni masih ramai yang cuti sehingga ahad nanti.Sudah tentu ahad nanti jalanraya akan sesak gila.Yang memilukan hati adalah kes-kes kematian di jalanraya saban hari .Entah bila ianya akan berhen ti hanya Tuhan yang tahu.Besok ramai yang mengundang ke majlis rumah terbuka.Asalkan tak meminjam duit untuk mengadakan majlis ini sudahlah.Takut ramai yang pakai kad kredit.tahun lepas dilaporkan ribuan pengguna kad kredit diistiharkan muflis kerana gagal melunaska hutang kad kredit.Kadangkala memang kita tak sedar bila berbelanja menggunakan kad kredit.Walaupun sudah dikenakan bayaran premium RM 50 setahun ada pula bank yang sanggup menanggung kos tersebut demi untuk menarik pelanggan.Bagi saya kad kredit adalh suatu keperluan kerana kalau nak duduk hotel boleh digunakan untuk bayar deposit kalau tidak jenuh kena bawa wang tunai.Begitu juga jika ingin menghadiri konferen di luar negara .Bayaran kebih mudah dibuat menggunakan kad kredit.Tapi gunakanlah kemudahan ini dengan berhemah supaya tak dibebani hutang.

Cerita banjir di Pakistan tiba-tiba lenyap kerana seminggu ni penuh dengan cerita sensasi tentang pembunuhan kejam.hari-hari macam-macam cerita, entah ia atau tidak tak siapa yang dapat mempastikannya. Mangsa banjir di Pakistan melebihi 8 juta orang.tentu mereka menyambut kedatangan syawal dengan penuh dukacita kerana kehilanagan rumah dan tak ada sumber pendapatan.malah ramai yang kehilangan orang yang dicintai.Dunia Islam seolah tergamam dan tak bersedia untuk menghulurkan bantuan.Tak kedengaran negara islam yang kaya bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan.Malah ada beberapa individu Islam yang kaya raya lebih berminat untuk membeli kelab bolasepak di England daripada menyantuni saudara seagama mereka.Memang itu hak mereka tetapi kalau ada sedikit kesedaran dan rasa prihatin tentu nasib umat tak akan seburuk ini.Di tempat kitapun dah mula musim hujan.Tak lama lagi akan datang musim tengkujuh dan seperti biasa akan banjir di sana sini tapi InsyaAllah tak seteruk Pakistan. Sebab itu selayaknya kita yang ada di bumi bertuah ini perlu bersyukur sebanyak-banyaknya kerana terhindar dari musibah besar.Tapi jangan sampai kita lupa diri kerana benjana boleh datang pada bila-bila masa.Lihat apa dah terjadi pada Aceh beberapa tahun lepas yang ranap dipukul Sunami.

Dua hari yang lepas ada dilaporkan tentang kajian saintifik mengenai kesan buruk salah satu jenis antibiotik iaitu ciprofloxin. Kajian ini dijalankan di Amereika Syarikat.melalaui kajian selama 10 bulan didapai bila pesakit memakan antibiotik ini semua "friendly bacteria " yang ada dalam usus musnah semuanya. Dalam badan ini memang Tuhan jadikan ada beberapa jenis bakteria yang berguna untuk sistem pencernaan dan pertahanan badan.Tapi antibiotik ini bila dimakan akan membunuh kesemua bakteria tersebut. Akibatnya sistem pencernaan akan menghadapi masalah dan pesakit mungkin aka mmenghidap penyakit yang lain akibat dari musnahnya sistem pertahan semula jadi. Pesan yang ingin disampaikan adalah jangan makan sebarang ubat kecuali memang kita amat memerlukannya.Jika tidak kita yang akan menanggung akibatnya nanti.
Wassalam

Tuesday, September 14, 2010

Hari ni enam syawal. Masa berlalu begitu pantas. Di kebanyakan tempat masih teras mood raya.Masih ramai yang menghabiskan cuti sampai 19/9/10. Di hospitalpun katil tak penuh kerana hampir separuh doktor masih bercuti. Budaya balik kampung memang terasa sangat dan ini adalah amalan yang baik.Cuma masalahnya adalah hari-hari ada saja kemalangan jalan raya dan telah ramai yang menemui ajal.setakat semalam dilaporkan lebih dari 190 orang telah maut dari lebih dari 1800 kemalangan.Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah pengguna motosikal. Semalam ada satu kes kematian di mana sebuah motosikal ditunggangi oleh empat orang.Manakan tak terjadi kemalangan kerana sikap manusia yang tak ambil peduli tentang keselamatan diri. kempen demi kempen tapi angka masih tinggi. Nak buat macam mana dah sikap pengguna jalanraya yang ambil mudah dan sambil lewa tentang keselamatan diri.

Dalam satu minggu ini ada dilaporkan beberapa kes kematian ngeri.Dah macam tak ada harga nyawa manusia. apa puncanya hanya pelaku yang tahu.Soal buang bayi dah senyap sebentar, tak tahulah entah tak lagi dilaporkan atau memang dah tak ada.Benda ni macam bermusim pula.

Jiwa manusia semakin komplek dengan kehidupan hari ini. Cabaran semakin sengit sehingga ada diantara manusia tak mampu nak menghadapinya . Minggu depan UPSR akan bermula dan seperti biasa ibubapa yang akan lebih stress dari anak-anak. Kadang kala kita sendiri yang meletakkan stress di dalam fikiran kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau kita mampu menghadapi masalah yang mendatang dengan tenang maka hidup kita akan tetapi tetapi sebaliknya kalau tak mampu kita yang akan menjadi stress berpanjangan.Tak akan ada manusia lain yang mampu menolong kita kecuali diri kita sendiri.

Malan lebaran saya sempat mengikuti takbir raya dari rumah ke rumah. Syukur di taman perumahan tempat saya tinggal budaya ini dipertahankan dan emmang setiap tahun sama ada raya puasa atau raya haji akan diadakan takbir bergerak dari rumah ke rumah.Jadi kita berkesempatan untuk menziarahi rumah jiran tetangga. Kalau tak ada program ini sulit sedikit untuk ziarah menziarah ni. Di bandar budaya menziarahini tak semakin berkurangan. Kita lebih suka mengadakan acara rumah terbuka dibandingkan ziarah menziarahi .Di Singapura keadaan agak berbeza. Mereka masih mengamalkan budaya ziarah menziarahi sewaktu menyakbut lebaran tetapi di tempat kita entah apa puncanya kita lebih berminat untuk mengadakan rumah terbuka khusus.jadi kalau nak ziarah kena tunggu jemputan untuk rumah terbuka. Makin lama makin pelih jadinya budaya kita. Siapa yang memulakan kitapun tak pasti tapi makin lama makin ramai yang meniru budaya ini. Saya lebih suka menziarahi teman-teman secara tak resmi tapi sebelum pergi kenalah telefon dulu takut dia tak bersedia.

Sekarang dah mula puasa enam. Kata Nabi jika kamu berpuasa enam hari di bulan syawal maka ianya ibarat berpuasa sepanjang tahun. Jadi puasa sunat enam hari dibulan syawal adalah untuk mlengkapi kekurangan puasa ramadhan kita.Marilah kita ambil kesempatan ini untuk melengkapi ibadah puasa kita.

Wassalam

Thursday, September 9, 2010

Hari ini hari terakhir bulan Ramadhan.insyaAllah malam ni kita akan bertakbir.bagi yang nak balik kampung tentu sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Tradisi balik kampung ni memang bagus dan patut dikekalkan.Cuma maslahnya adalh ketidaksabaran pemandu di jalan raya. Saban tahun ratusan akan mati kerana kecelakaan. Memang soal ajal Tuhan yang menentukan tetapi sikap kita boleh mengundang maut.Nabi dah pesan jangan campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.maknanya kalau memandu jangan main ikut nafsu kerana boleh mengundang celaka.

Di Indonesia juga tradisi ini berjalan macam kita.Di sana lebih dahsyat kerana jutaan manusia akan pulang ke kampung sehingga kota jakarta juga akan jadi macam KL, lengang waktu musim raya.Tentu di KL nanti akan penuh dengan orang asing berkumpul di sekitar KLCC menikmati keindahan kota.Tiba-tiba kota kita dah jadi macang negara asing kerana orang tempatan balik kampung tapi orang asing yang menjadi penghuni sementara

Pagi tadi saya terbaca satu artikel tentang peranan vitamin B untuk melambatkan proses dementia atau penyakit nyayuk.DSatu kajian telah dijalankan di Oxford tentang keberkesanan vitamin B6 dan B12 untuk melambatkan pengncupan otak manusia.Mereka yang mengambil vitamin B mengalami penguncupan otak lebih perlahan dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil vitamin B. Jika penemuan ini memberikan kesan yang betul tentu proses nyayuk ini dapat diperlambat dari segi kaedah medikal. Nabi pernah berpesan kalau nak mengelakkan nyanyuk maka perbanyakkan membaca Al Quran. Jadi bacalah walau satu lembar sehari .InsyaAllah kita akan terhindar dari penyakit ini.
Vitamin B dibahagi kepada B1, B6 dan B12 . Ubat ini amat berkesan untuk menghilangkan lenguh-lenguh pada kaki kerana maslah bekalan darah yang tak begitu lancar. Jika ada pesakit yang menghadapi masalah ini maka doktor akan memberikan neurobion yang mengandungi vitamin B1, B 6, B 12 untuk menghilangkan lenguh-lenguh tersebut.sekarang dengan adanya penemuan baru maka penggunaan vitamin B akan lebih meningkat. Vitamin B selain boleh didapati dalam bentuk tablet juga boleh didapati dari buah-buahan.Oleh itu perbanyakkanlah memakan buah-buahan supaya badan kita akan lebih sihat.

Selamat menyambut AidilFitri al Mubaraq. Tapi jangan sampai kita lupa diri mengamil makanan yang tak sepatutnya kita ambil.Bagi yang menghidap kencing manis dan darah tinggi berhati-hatilah.Gunakan kewarasan walaupun dah berpuasa selama satu bulan. Jangan lepas gian hingga lupa diri dan akhirnya nanti masuk hospital kembali.Dari pengamatan saya beberapa tahu ni banyak pesakit kencing manis dan darah tinggi akan dimasukkan ke hospital selepas raya kerana faktor makanan yang tidak dikawal.Malah baru-baru ini seorang pesakit yang berumur awal 40 tahun kena stroke kerana gagal mengawal tekanan darah tinggi.Dia ni memang tak begitu disiplin makan ubat sehingga pada hari kejadian tekanan darahnya melebihi 200 mmHg dan akibatnya saluran pembuluh darah diotak beliau menjadi pecah.sampai sekarang masih belum pulih dan sebelah badan bahagian kanan masih tak boleh digerakkan.
Wassalam

Monday, September 6, 2010

Dah agak lama saya tak menulis kerana tiba-tiba tak ada mood maklum bulan puasa.Malam ni malam ke 28 Ramadhan, artinya tiga hari saja lagi syawal akan menjelang. Dah berapa banyak pengalaman yang kita timba.Ada tak apa-apa perbezaan dalam jiwa kita dari segi perasaan , rasa marah, integriti dan kesabaran.Kalau tak ada agak malanglah kerana Ramadhan dah nak menutup tirai.Tahun depan belum tentu akan berjumpa dengan Ramadhan lagi.

Dah agak lama saya tak menyentuh tentang ubat-ubatan. Kali ni saya nak menyentuh sedikit tentang kesan buruk ubat jika tak kena cara penggunaannya. Tahun 1994 dilaporkan dalam majalah terkenal JAMA terdapat 2.2 juta pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesan buruk akibat dari pengambilan ubat-ubatan. dari jumlah itu dilaporkan 106,000 orang telah meninggal dunia. Macam tak percaya dibautnya tapi laporan ini dikeluarkan oleh JAMA melalui penelitian yang teliti dan diakui.Kalau berita akhbar mungkin boleh dipersoalkan tetapi kalau dialporkan oleh majalah tersohor seperti JAMA maka tak perlu diragukan data tersebut.
Di USA pembunuh nombor satu adalah serangan jantung dikuti oleh kanser dan stroke.Bilangan yang keempat adalah kesan sampingan ubat. Jumlah manusia yang terkorban selama 10 tahun perang Vietnam cuma 48,000 orang sedangkan lebih dari 100,000 orang mati kerana kesan buruk ubat. Angka kematian akibat runtuhnya twin tower USA cuma 3,000 orang saja, itupun sudah menimbulkan riuh rendah ke seluruh dunia. Tapi mati kerana kesan sampingan ubat tak pernah dilaporkan secara sensasi.
Ubat kebanyakan adalah jenis synthetik yang memang asing bagi tubuh. Akibatnya bila dimakan akan menimbulkan kesan tindak balas berbagai enzim dalam tubuh. Tak ada siapa yang pasti kesan jenis apa yang akan terjadi. Yang paling cepat kesannya adalah kesan anaphylactic shock yang menyebabkan peradangan saluran pernafasan akibat perlepasan antihistamin sehingga menutup saluran pernafasan secara mendadah dan boleh menimbulkan kematian yang segera.Selebihnya itu berbagai macam kesan yang buruk sehingga menyebabkan kematian orang yang memakannya.

Ada beberapa faktor yang menentukan kesan ini. Pertama jenis ubat yang ditulis oleh doktor.Kedua cara ubat didispen oleh farmasi dan cara ketiga cara pesakit memakan ubat tersebut. Semua faktor ini akan menimbulkan kesan sampingan yang berbagai malah ada kalanya menimbulkan kesan buruk yang boleh membunuh.

Ada jenis ubat baru yang tak diketahui kesan sampingannya sehinggalah ditemukan kemudian setelah digunakan beberapa tahun lamanya. Contohnya penggunaan Angiotension converting enzyme(ACE inhibitor) untuk mengawal darah tinggi. Banyak pesakit yang mengalami batuk yang teruk secara berterusan. Ada dilaporkan seorang pesakit mengalami batuk yang amat teruk sehingga terpaksa berpindah dari seorang doktor pakar ke doktor pakar yang lain tapi masih tak menemui jawapan. Akhirnya setelah lama menderita barulah masalah nya ditemui oleh seorang doktor pakar yang mengatakan bahawa ACE inhibitor boleh menyebabkan batuk yang teruk. Bila pesakit ini menghentikan memakan ubat ACE inhibitor maka dalam masa satu minggu batuknya hilang sama sekali.
Wassalam

Wednesday, September 1, 2010

Besok 22 Ramadhan. Apa yang dah berubah dalam diri kita. Kalau yang disiplin menjaga makanan mungkin dah turun 4 hingga 5 kg, tapi bagi yang main lantak saja malah tambah berat badan.Apakan tidak bila buka makan semahunya, kemudian malam makan lagi , lepas tu sahur makan semahunya .Jadi beban perut malah bertambah bukan berkurangan.Selama 12 jam perut kita kosong dan dapatlah ia relax tapi bila malam malah kena overtime pula.Jadi kesihatan yang dicari tak akan tercapai.
Saya lihat ramai juga masyarakat kita yang jogging pagi hari, mungkin dah terlampau ketagih lah tu. Ada juga yang jalan santai. Tapi bagi saya bulan Ramadhan ni rehat habis sebab waktu malam dah tarawikh 1 jam minimum.jadi lebih dari cukup untuk menggerakkan anggota badan dan membakar tenaga yang diambil waktu berbuka puasa.Inilah keindahan Islam. Tuhan dah atur semuanya untuk mempastikan pergerakan badan sentiasa terjaga dan kesihatan bertambah dengan melaksanakan puasa. mana ada agama lain yang indah sebegini.Tapi kita tak akan tahu dan boleh menghargainya kalau tak ada ilmu.
Malam hari jemaah surau/mesjid dah tinggal 30% sahaja kerana ramai yang lebih suka jalan malam di pasar-pasr malam untuk mencari baju raya atau sekadar jalan-jalan menjamu mata.Semakin dekat nak raya makin sibuklah kita dengan aktiviti ini sehingga kita lupa tentang malam 10 terakhir untuk mendapatkan malam lailatur kadar. Masyarakat kita semakin tak indah tentang perkara ini.Malah dalam bahasa kita ada istilah ala kadar mungkin diadoptasi dari kalimah lailatur kadar. Entah ia entah tidak sayapun tak pasti tapi bunyinya macam sama. Ala kadar maknanya buat kerja lebih kurang. Sebab itu ramai yang ibadahpun lebih kurang saja pada 10 malam yang terakhir ni.
Ada lagi satu istilah yang pelik dalam bahasa kita iaitu harta karun. Istilah Qorun ni memang tercatat dalam sejarah iaitu orang kaya di zaman nabi Musa yang ditelan oleh bumi bersama-sama dengan hartanya. Jadi sebab itu bila jumpa harta lama yang tersembunyi dalam tanah atau laut maka di sebut harta karun.jadi begitu banyaknya harta karun ni sehingga tak habis-habis sampai hari ni
Wassalam

Sunday, August 29, 2010

Semalam saya sempat ke Nilai 3 . Punyalah ramainya orang maklumlah nak membuat persiapan menyambut raya.Tempat tu sekarang dipenuhi oleh peniaga asing terutama dari Pakistan yang mneguasai business carpet, cermin serta ayat-ayat Quran.malah saya nampak ada kedai perabut juga dah dikuasai oleh mereka.Tak tahulah status mereka macam mana apakah memakai visa khas atau dah menjadi penduduk tetap.Yang pasti mereka mahir berbahsa Melayu.Bila saya tanya dari mana ambil barang-barang yang nak dijual, mereka kata impot dari ina.Pinggan mangkukpun semua produk Cina malah ada kedai yang menjual basikal elektrik buatan Cina.
Peniaga bumiputra boleh dihitung dengan jari tapi yang pasti hampit kesemua pembeli adalah orang bumiputra.Dari mana silapnya kitapun tak pasti. Sejarah pernah mencatitkan kegemilangan kerajaan Melayu melaka dan Riau.Pada waktu itu tentunya pedagang-pedagang adalah bangsa Melayu tapi kini entah kenapa kita sulit sangat nak menguasai bidang ini. Peniaga kita lebih selesa berniaga dipasar-pasar malam atau membuka warung-warung tepi jalan.Kadang-kadang kerana tak ada lesen dihambat oleh pihak yang berkuasa. Bulan puasa ni memang banyak peniaga kita yang menjual kueh mueh dan lauk-pauk.Minat untuk berniaga tu memang hebat tapi mungkin kesulitan untukmendapatkan modal atau memang tak nak berhutang menyebabkan peniaga kita sulit membuka premis yang lebih selesa dan sempurna.Fenomena ini dah lama terjadi dan berapa lama lagi akan begitu hanya Tuhan yang tahu.
Masalah ekonomi bumiputra ni tak pernah berhenti untuk dibincangkan tapi semacam tak ada jalan keluar.Apakah kerana sikap atau kerana kesulitan mendapat kemudahan, kita pun tak pasti.Agihan kek ekonomi ni memang menjadi isu yang amat sensitif jika tak ditangani dengan saksama.

dari segi pengurusan korporat orang kita banyak yang berjaya.Banyak CEO yang terdiri dari orang kita dan tentu ini menjadi kebanggaan kita.Namun demikinan usaha perlu dilakukan dengan lebih bersungguh-sungguh untuk membentuk golongan peniaga bumiputra yang mampu bersaing dalam apa jua keadaan kerana agihan ekonomi perlu berlaku secara adil supaya masyarakat kita boleh hidup aman dan damai.

Bila nak raya ni isu kenaikan harga barang akan menjadi topik hangat setiap kali menjelangnya perayaan. semacam dah dirancang begitu.sekarangpun harga ayam dah RM 7.50 sekilo satu harga yang cukup tinggi untuk rakyat biasa. Harga tembikaipun dah mencecah RM 3 sekilo suatu harga yang cukup melambung.Sebagai pengguna kita mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu harga.Kalau kita tak membeli produk tersebut tentu lama kelamaan harganya pasti akn turun.Sikap masyarakat amat menentukan permainan harga ini.Bukan semua harga barang dapat di kawal oleh pihak pemerintah.Jadi kuasa ditangan kita.Wassalam

Thursday, August 26, 2010

Hari ni dah 15 Ramadhan.Apa yang dah berubah dalam diri kita, hanya kita yang tahu.Mungkin seluar dah longgar sikit atau justeru tambah sendat.
Di tempat saya taip hari dari Isnin sampai khamis diadakan taskirah Ramadan waktu rehat.Jadi banyaklah pengajaran yang kita dapat.Harap-harap staf akan berubah kearah yang lebih baik dari sekarang.

Dalam bulan Ramadan banyak peristiwa yang terjadi.Peristiwa yang amat penting adalah peperangan Badar di mana Rasulullah dengan hanya 313 orang tentera mencapai kemenangan besar mengalahkan 1000 orang tentera Quraish.Tercatit dalam sejarah peristiwa ini terjadi kerana pada mulanya Rasulullah memerintahkan tenteranya memintas rombongan yang diketuai oleh Abu Sufian supaya orang Islam dapat merampas barangan dagangan yang dibawa oleh oleg Quraish tetapi rancangan ini sudah terhidu lebih awal oleh Abu Sufian sehingga beliau dan rombongan mengambil jalan lain yang jauh dari kedudukan Rasulullah. kemudian Abu Sufian telah menghantar berita tersebut kepada pemimpin Quraish untuk bertindak balas terhadap Rasulullah dengan menghantar 1000 orang bala tentera. Sebelum tentera Quraish sampai Rasulullah telah mendapat berita dan Baginda meminta ikrar dari para sahabat. Semua sahabat sanggup berjuang untuk mempertahankan Rasullah dan terjadilah peperangan Badar yang merupakan peperangan pertama bagi umat Islam. Tentera dibawah pimpinan Rasullullah mencapai kemenagan besar walaupun cuma 313 orang sahaja dengan kelengkapan perang yang minimum.Dicatitkan tentera Islam cuma mempunyai 2 ekor kuda dan 70 ekor unta. Satu jumlah yang tak seimbang dengan tentera Quraish. Berkat pertolongan Allah tentera Islam menang besar.

Peperangan terakhir umat Islam pada ramadhan adalah pada tahun 1973 di mana tentera Mesir telah menggempur kubu Yon Kapur yang kononnya kubu paling kebal dan kuat di dunia. Tentera yahudi mendakwa tak ada satupun kekuatan yang mampu menembusi kubu ini tetapi tentera Mesir berjaya menghancurkan kubu tersebut menggunakan pancutan air .Akhirnya kubu ini hancur dengan hancurnya ego tentera Yahudi. Saya pernah membaca satu catatan sejarah yang panglima perang Mesir telah hampir ke Tel Aviv tetapi presiden Mesir pada masa itu Anwar Sadat telah memanggil panglima ini pulang kerana takut dengan ancaman bom atom Golden Mayor. Akhirnya panglima ini merajuk membawa diri ke Libya. Kalaulah tak dipanggil pulang sudah tentu Tel Aviv dapat di tawan dan catatan sejarah akan menjadi lain dari apa yang ada pada hari ini.
Artinya Ramadan adalah bulan kemenangan kerana bulan ini adalah penghulu segala bulan dan pertolongan Allah akan sentiasa mencurah datang bagi mereka yang bertaqwa.
Wassalam