Thursday, April 29, 2010

Saya ingin menyambung cerita tentang forum bersama pesakit. Menurut keterangan pesakit yang pertama sejak menghadapi beberapa masalah tentang ubat yang digunakan maka beliau kini amat teliti dan akan membaca setiap maklumat yang ada di kotak ubat. Dengan cara ini beliau dapat menghindarkan diri dan keluarganya dari kesan sampingan ubat yang mungkin terjadi. Bayangkan jika doktor atau petugas di bahagian farmasi tidak membaca maklumat tentang ubat yang di dispen. Alangkah malunya jika tak mampu menjawab pertanyaan tentang kesan sampingan ubat . Pada hari ini dengan maklumat di internet pesakit akan menjadi orang yang cukup bermaklumat dan penyedia perkhidmatan kesihatan baik doktor atu petugas yang lain perlu terus membaca supaya jangan sampai kalah dengan maklumat pesakit.
Setiap kali beliau ke hospital awam amaka beliau akan memakai pakaian yang cukup rapi kerana jika berbuat demikian maka beliau akan mendapat layanan yang lebih baik. Apa lagi jika boleh berbahasa Inggeris dengan lancar tentulah mendapat layanan yang lebih baik terutama dari doktor.Ini sinerio di hospital awam. Kalau ke hospital swasta beliau akan memakaian yang lebih ringkas kerana layanan yang diterima sama sahaja.Jadi ini sinerio di hospital swasta.Jadi pakaian rupanya memberikan hasil layanan yang cukup berbeza.
Seorang lagi pesakit menceritakan ketidaksenagan beliau sewaktu mendapatkan rawatan di hospital awam. Banyak kali katanya kad pesakit beliau tak dijumpai oleh petugas hospital .Jadi setiap kali beliau ke hospital pasti akan kecoh kerana dia akan komplain dengan pihak pentadbir hospital.Tapi katanya masalah tersebut akan terus berulang setiap kali dia mendapatkan rawatan. Sering juga katanya dia mengugut untuk melaporkan ke akhbar tentang ketidak puasan hati beliau.

Pernah satu kali bila beliau membawa rakanya yang sakit kedua belah lutut berjumpa doktor di salah sebuah hospital awan. Bila di beritahu oleh pesakit tentang kedua lututnya yang sakit maka doktor tersebut terus memberikan komen berikut: Oh jadi tadi datang ke sini terbang ke. Secara spontan muka pesakit berubah kerana menahan malu bercampur marah. Jadi bila datang sakit lutut , kini bila berjumpa doktor jadi sakit hati. Ini hanyalah segelintir keluhan pesakit tentang rawatan di hospital awam mahupun swasta.
Mesej yang ingin ddisampaikan adalah setiap pesakit mahu dilayan sebagai seorang insan yang punyai perasaan, apa lagi dalam keadaan sakit mereka memerlukan simpati dan belas ihsan dari doktor dan petugas yang lain. Di hospital swasta sekarang jenuh kita melatih kembali petugas-petugas kita supaya melayan pesakit dengan layanan yang berperi kemanusiaan. Tentunya latihan seperti ini memerlukan konsultan luar dan bayarannya juga cukup lumayan mahal. Inilah situasi yang ada di tempat kita di mana pesakit belum mendapat layanan seperti yang dihajati.

Wassalam

Monday, April 26, 2010

Salah satu program conference Safer health care adalah forum bersama pesakit. Dua orang pesakit dijemput untuk menjadi ahli panel forum .Selebihnya adalah seorang pakar radiologi dan seorang peguam. Perbincangan amat menarik khususnya pengalaman yang diceritakan oleh pesakit berkenaan mengenai masalah dia dan cari dia di layan sewaktu mendapatkan rawatan di hospital.
Pesakit pertama menyebutkan bagaimana jiran dia tiba-tiba hampir pengsan setelah memakan ubat yang di panggil prazosin. Doktor memberi tahu ubat tersebut adalah untuk menurunkan tekanan darah tinggi yang dihidapinya tetapi tidak menjelaskan kesan sampingan ubat tersebut dan apa yang perlu dilakukannya bila memakan ubat tersebut. Bahagian farmasi juga tidak memberikan sebarang maklumat tentang kesan sampingan ubat ini.
Tak berapa lama setelah memakan ubat ini pesakit mula merasa hampir pengsan .Nasib baik dia tidak berada di jalanraya atau sedang memandu kereta.Ubat ini memang di kenal pasti memberikan kesan sampingan yang di sebut postural hypotension ia itu turunnya tekanan darah secara mendadak apa bila pesakit bangun dari duduk.Oleh itu pesakit perlu diberitahu tentang kesan ini supaya bila dia makan ubat prazosin dia perlu duduk atau baring untuk beberapa ketika untuk mengelakkan kesan postural hypotension ini.Bayangkan jika pesakit mengambil ubat ini dan terus memandu.Kemalangan mungkin boleh terjadi.
Pengalaman kedua yang diceritakannya adalah pengalaman saudara dia yang mengambil dormicum ia itu sejenis ubat penenang. Setalh makan ubat ini saudara dia seperti blank selama 48 jam. Dia dah tak tahu apa yang terjadi dan tak ingat banyak perkara. Ubat ini terkenal dengan kesan yang disebut hanging over effect, ia itu kesan seperti berkhayal untuk tempuh beberapa waktu. Bukan semua pesakit yang akan mendapat kesan ini tetapi ianya boleh terjadi kepada mereka yang sensitif.Bayangkan jika pesakit berada di jalan atau sedang memandu tentunya akan terjadi kecelakaan. Kenapa perkara ini terjadi? Puncanya kerana doktor dan bahagian farmasi tidak memberikan kaunseling yang sepatutnya.
Pengalaman ketiga yang diceritakan beliau adalah masalah yang dihadapi oleh suaminya. Setiap malam suaminya tak boleh tidur kerana kerap kali perlu ke tandas untuk membuang air kecil. Perkara ini terjadi setiap malam. Kerana tak tahan dengan masalah ini dia membawa suaminya berjumpa seorang pakar dan membawa semua ubat yang dimakan oleh suaminya untuk ditunjukkan kepada doktor berkenaan. Setelah diperiksa oleh doktor di dapati suami beliau diberikan tiga jenis ubat diuretik. Ubat ini diberikan untuk melawaskan air kencing kerana suami beliau menghadapi penyakit darah tinggi dan prostat.Jadi doktor berkenaan menasihatkan suami beliau untuk memakan satu jenis diuretik sahaja.Kenapa kejadian ini terjadi? Puncanya kerana dia berjumpa dengan banyak doktor dan setiap kali doktor akan menambah jumlah ubat tanpa memeriksa ubat yang sedang dimakan.

Pengalaman keempat adalah tentang ubat baru yang diberikan kepada suami beliau. Kata doktor ubat tersebut adalah untuk mengubatai penyakit prostat. Doktor tidak memberikan sebarang nasihat tentang ubat berkenaan kecuali hanya memberi tahu yang ubat tersebut adalah untuk penyakit prostat. Semua beliau mengidapi penyakit jantung dan telah dipasang bateri pada jantung beliau. Sebaik memakan ubat ini semua beliau langsung pitam dan nak pingsan. Kejadian ini b erulang beberapa kali.Jadi beliau melarikan suaminya ke pusat jantung di KL dan doktor membuat pemeriksaan terhadap jantung suaminya. Kata doktor keadaan jantung OK dan tak ada masalah. Doktor menasihatkan jika pitam lagi langsung bawa ke hospital. Tentu beliau merasa tak puas hati dan mula membaca segala maklumat tentang semua ubat yang dimakan oleh suaminya. Di dapati ubat yang baru di makan mempunyai kesan pada jantung. Setelah ubat ini dihentikan maka keadaan suaminya menjadi normal dan tidak pitam lagi.
Pengajaran yang boleh didapati adalah banyak masalah yang timbul dari ubat-ubatan kerana tak ada maklumat yang lengkap yang diberikan kepada pesakit. Akibatnya pesakit menghadapi berbagai kesulitan dan boleh membahayakan diri.
Wassalam

Sunday, April 25, 2010

Dah tiga hari tak sempat menulis kerana sibuk menghadiri conference safer health care.Saya berulang alik setiap hari selama tiga hari .Lepas subuh langsung berangkat supaya sempat sampai ke tempat coneference sebelum 8.30 pagi.Apa yang pasti kena sampai di tol Sg.Buluh sebelum pukul 7 pagi jika tidak alamat jem gila .Lambat sikit alamat semputlah nafas dibuatnya.Balik petang pun gitu juga. Nak sampai ke smart tunnel dari jalan Chow kit mengambil masa satu jam. Petang jumaat lebih gila lagi jem nya. Kereta bersesak-sesak sehinggakan pukul 8 malam baru saya sampai di R & R Seremban untuk solat maghrib.Maklum petang jumaat memang selalu jem apa lagi ada pula bas yang rosak di tengah jalan.

Cenference yang saya hadiri cukup mendapat sambutan di mana lebih 500 orang peserta yang mengambil bahagian. Semua penceramah adalah orang tempatan. Mungkin nak jimat belanja. Kalau panggilan penceramah luar mungkin kena bayar pula. Tapi waktu saya present paper di Dubai januari lepas pihak penganjur cuma menyediakan penginapan dua malam sahaja. Tiket penerbangan kena bayar sendiri.Mujur perbelanjaan tersebut ditanggung oleh syarikat tempat saya bekerja, kalau tidak alamat tak jadi present paper.
InsyaAllah 12-13 Mei ni saya akan present paper pula di Singapura.Macam biasa pihak penganjur cuma menyediakan hotel dua malam. Lain-lain perbelanjaan ditanggung oleh pihak syarikat tempat saya bekerja.

Dulu saya sangka bila terpilih present paper di luar negara kita akan dibayar elaun. Rupanya nak dapat hotel free pun jenuh memohonnya.Orang lain saya tak pasti macam mana apakah mereka juga kena keeluar belanja sendiri.

Apa isu perkhimatan kesihatan sekarang ini. Dalam salah satu forum sepanjang conference tersebut ada disentuh tentang perkara ini.Antara isu utama adalah:

-waktu menunggu yang lama. Nak mendaftar lama, nak jumpa doktor lagi lama, nak dapat ubat pun lama, nak masuk wad pun lama malah nak balikpun lama. Bila menggunakan insuran lagi lama proses sebelum dibenarkan pulang. Purata kena tunggu 2 jam kerana pihak insuran perlu meneliti bil secara lengkap satu-satu persatu sebelum bersetuju menanggung biaya tersebut.

-pembedahan sering di tangguh kerana berbagai alasan.Bayangkan Pesakit dah puasa selama lapan jam tetapi tiba-tiba pembedahan ditangguh.Bayangkan jika kita yang kena macam tu pasti jadi kecewa dan marah.

-bertambahnya komplain dari pesakit atau keluarga pesakit. Sekarang malah dah banyak kes yang dibawa ke mahkamah atas berbagai sebab. Jadi risiko sebagai pekerja hospital semakin tinggi. Bukan sahaja risiko dijangkiti penyakit bahaya tetapi juga risiko di saman oleh pesakit.

-banyaknya kes meminta untuk keluar wad walaupun penyakit belum sembuh. Banyaklah alasan yang diberi.Yang paling sering adalah tak mampu membayar bil yang mahal. Satu lagi kerana tak puas hati dengan rawatan yang diterima.

-sekarang ramai juga staf yang suka pindah randah kerja.Yang paling sering adalah jururawat kerana peluang untuk mendapatkan gaji yang lebih baik memang terbuka terutama bekerja di timur tengah.Lagi pula kerja di sana tak perlu bayar cukai pendapatan. Rumah dan pengangkutan disediakan, jadi bila pulang ke tanah air dah boleh bawa banyak duit.Akibat perpindahan ini maka banyak hospital swasta di negara ini yang terpaksa mengimpot jururawat dari india, filipina dan Indonesia terutama dalam bidang yang kritikal seperti dewan bedah, dan ICU

-juga yang amat membimbangkan adalah meningkatnya jumlah kematian. Dah banyak kali terjadi pesakit datang dalam keadaan berjalan tapi selepas menjalani pembedahan langsung koma dan meninggal dunia. Jika ini terjadi pihak doktor dan pengurusan tertinggi akan menghadapi macam-macam maslah dengan keluarga pesakit.Soal nyawa adalah urusan Allah dan ianya cuma penyebab sahaja. Tapi tak ramai ahli keluarga pesakit yang mahu menerima kenyataan ini.Akhirnya yang akan dapat nanti adalah surat saman dari lawyer

Wassalam

Tuesday, April 20, 2010

Dah dua malam saya tak sempat menulis. Memang agak sibuk sikit. Kadang memang macam tu. Bila ada waktu luang rasa nya relax sungguh tapi bila dah datang sibuk sampai terkejar-kejar dibuatnya.Kerja kadangkala datang serentak.Hadi nak menulis blog sampai tak sempat.
Kalau nak menulis ni kita perlu tenang kalau tidak idea tak keluar.
Minggu ni apa yang menarik .Kalau basa akhbar tentu cerita pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Macam-macam cerita yang ada. Lantak merekalah apa nak cerita. Dah memang adat orang berpolitik.Kalau tak tahan lebih baik macam kita ni jadi penonton. Yang penting jika mengundi kita keluarlah dan pilih calon yang kita rasa patut disokong.Jangan cuba-cuba bermain politik jika tak sanggup menanggung risiko. Silap hari bulan boleh kena serangan jantung.

Salah satu cara penyakit merebak adalah melalui darah dan bahan yang tercemar oleh darah.Sebab itu di hospital petugas diwajibkan memakan peralatan untuk melindungi diri dari risiko ini. Semua bahan yang tercemar oleh darah pesakit dianggap clinical waste dan wajib dikumpulkan di dalam penyimpanan yang khas dan tidak dicampur dengan sampah biasa.Tentu mereka yang bekerja di hospital kenal dengan tong sampah warna kuning .Dari wad ianya akan disimpan di stor berhawa dingin didalam tong kuning khusus yang bertutup dan perlu diambil setiap hari oleh vendor untuk di proses di tempat yang khusus .Di kawasan tengah ni tentunya diuruskan oleh Pantai Medivest.

Macam mana pula sisa darah di klinik .Siapa yang mengumpul dan memungutnya. Entahlah saya sendiri kurang pasti.Apa lagi jika pengamal pengubatan alternatif seperti akupunktur dan bekam. Darah tu dibuang ke mana.Apa lagi bekas jarum yang digunakan untuk proses akupunktur akan dibuang ke mana.Saya sendiri memang tak pasti tentang perkara ini. Sebab itu amalan di klinik, pusat bekam dan akupungtur perlu di pantau oleh pihak yang berwajib.Jika tidak sisa klinikal akan dibuang sesuka hati bercampur dengan sampah sarap biasa dan membahayakan orang ramai.

Penyakit yang utama berjangkit melalui darah adalah Hepatitis B dan HIV. Jika termasuk ke badan kita tentu risikonya kita pula akan dijangkiti.sebab itu kita perlu berhati hati.

Cara mudah menjada kebersihan diri adalah mencuci tangan setiap kali kita terdedah pada risiko dijangkiti kuman.Contoh setiap kali selepas memegang barang , apa lagi yang kotor perlu dicuci tangan dengan segera. Setiap kali keluar tandas juga perlu menyucikan diri.Apa lagi jika memegang pesakit hendaklah segera membersihkan tangan.Yang pasti sebelum makan tangan wajib dicuci dengan bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman.

bercakap tentang sisa klinikal ini masih banyak pengawasan perlu dilakukan untuk mempastikan semua pihak mengikuti peraturan yang ada. Kementerian Kesihatan dengan kerja sama Kementerian Alam sekitar dah lama menyediakan garis panduan tentang perkara ini. Cuma yang perlu diambil berat adalah pengawasan yang rapi oleh pihak berkuasa supaya semua pihak mematuhi peraturan yang ada. Jika pengawasan longgar akan ada pihak yang tak mengambil peduli kerana kos untuk mematuhi semua peraturan ini cukup besar. Jadi akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan jika pengawasan longgar kerana mereka tak mahu mengeluarkan belanja.
Wassalam

Sunday, April 18, 2010

Dalam hidup ni banyak benda yang kita tak boleh kawal dan diluar pengetahuan kita.Yang pasti soal mati.Dimana, bila dan bagaimana tak ada siapa yang tahu.Malah jam berapa kita tidurpun kita tak pasti.Kita cuma boleh mengagak saja bila kita tidur.Kalau terjaga dari tidur kita boleh tengok jam.Rahsia ni Allah tak bagi pada kita .Tentunya ada hikmah yang tersendiri.Kalau kita tahu bila kita akan mati tentunya kita akan menjadi stress yang luar biasa memikirkannya.
Soal rezekipun kita tak pasti.Siapa yang boleh pasti berapa banyak harta yang dia boleh dapat, bila dia boleh naik pangkat, berapa lama business dia akan terus maju dan bertahan.Rahsia ini pun Tuhan tak bagi pada kita.Tapi yang pasti setiap mahluk yang bernyawa ada rezekinya.Bagi manusia rezeki Allah bagi sesuai dengan usaha.Tak ada usaha tak akan ada rezeki.Mahluk lain tentu lain pula caranya.Hatta sang harimaupun perlu mengejar mangsanya untuk emperolehi makanan.Jika dia duduk relax saja maka tak makanlah dia.

Soal jodohpun begitu. Tapi perlu diingat kalau tak ada usaha tak akan ada jodoh. Minta emak carikan calonpun dinilai sebagai usaha.Perempuan yang memulakan dahulupun dianggap sebagai usaha.Jika tak permah berusaha jangan harap jodoh akan datang sendiri.

Kita hanya tahu perkara yang dah terjadi.Apa akan jadi malam nantipun kita tak tahu.Bila seseorang akan jatuh sakit tak ada siapa yang akan tahu.Sakit mungkin cubaan dan mungkin juga kerana salah tingkah laku.Contoh jika dah ada penyakit kencing manis atau darah tinggi makanlah ubat dan kawal pengambilan makanan.Jika semuanya main bedal alamatlah menempah bahaya.Jangan nak salahkan Tuhan jika kita kena stroke atau rosak buah pinggang jika kita tak menjaga disiplin diri.

sebagai manusia kita diberikan akal dan diberikan agama untuk memandu kita. matlamat hidup harus jelas.sehebat manapun manusia pasti akan mati cuma bila, dimana dan bagaimana tak ada siapa yang tahu.Bila dah mati belum habis cerita.Mungkin ada yang menyangka bila mati habis cerita.Di dunia memang habis cerita tapi di alam khubur dan kemudian di alam akhirat belum habis cerita. Jika amalan didunia mencukupi tentu nasib dialam barzah akan baik.Jika didunia buat ikut DAN tanpa peduli dosa pahala maka azab akan sentiasa menanti.Sebab itu kita perlu menjaga disiplin diri. Kalau nak difikirkan bukan susah sangat.Buat apa yang Tuhan suruh dan tinggalkan apa yang Tuhan larang.Bunyinya senang tapi hanya sebahagian kecil yang berjaya melakukannya.

Nabi kata gunakan lima perkara sebelum datang lima perkara:
hidup sebelum mati
muda sebelum tua
kaya sebelum papa
sihat sebelum sakit
waktu senang sebelum sibuk
Jika kita mengambil berat tentang perkara ini perjalanan hidup kita akan sempurna.Tak ada gunanya memikir sesuatu yang diluar kawalan kita.Yang penting kita berusaha dan berdoa.naik keretapun kita perlu membaca doa kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi.Selamat atau tidak disepanjang perjalanan Tuhan yang menentukan dengan syarat kenderaan kita berkeadaan baik dan kita memandu dengan cara yang berhemah.Tapi kalau naik motor merempet maknanya sengaja menempah maut walaupun dia membaca doa.

Oleh itu lalui kehidupan ini menurut cara yang Allah rido. Mudah-mudahan kita selamat dunia akhirat.

Friday, April 16, 2010

Traditional and Complementary medicine sudah mula ditanggapi secara serius oleh pihak Kementerian Kesihatan.Panduan penggunaan rawatan TCM sudah dikeluarkan pada tahun 2001 dan saya mendapat maklumat yang panduan ini akan diperbaharui pada tahun ini.

Saya telah menjelaskan sebelum ini tentang pengertian ubat tradisional.Jadi apa pula maknanya complementary medicine. Yang dimaksudkan dengan complementary adalah rawatan pelengkap terhadap pengubatan secara moden.

Antara kaedah rawatan dan pengubatan TCM adalah seperti berikut:

-jamu
-sinse
-ayurvedic
-urut Melayu
-bekam
-spa
-bomoh
-pengubatan Islam
-akupunktur
-reflexsiology
-ozone therapy
-urut Cina

dan bermacam-macam lagi.
-Kesemua jenis rawatan tadi bertujuan untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh seseorang.Kata Rasulullah setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.Bagi orang Islam kaedah rawatan mestilah tidak bercanggah dengan syarak baik dari segi kaedah maupun penggunaan bahan.Perkara ini perlu diambil berat oleh pesakit kerana Islam tidak membenarkan penggunaan kaedah atau bahan yang haram..Pengubatan yang menggunakan jampi serapah dengan doa-doa yang tidak diajarkan Islam adalah dilarang.Begitu juga penggunaan bahan-bahan yang diharamkan oleh agama adalah dilarang sama sekali."

Mutaakhir ini ada juga beberapa kaedah rawatan yang kita tidak dapat difikirkannya secara logik akal. Contoh ada tempat yang melakukan pengubatan seperti kaedah di hospital moden cuma pengubatnya hanya melawat pesakit dan memberitahu yang ada orang akan datang sebentar lagi untuk mengubati dan pesakit jangan takut. Pengubatan ini disebut pengubatan secara ghaib.

Baru-baru ini ada teman yang memberitahu saudara dia pergi berubat dengan seorang tabib yang melakukan pembedahan sama seperti pembedahan dihospital .Pesakit dibedah menggunakan pisau bedah tanpa dibius dan anehnya pesakit tidak pula merasa sakit.Pembedahan yang dilakukan adalah pembedahan terbuka dan mengeluarkan ketulan darah beku dari belakang badan pesakit. Tentu pengubatan sebegini tak terjangkau oleh fikiran kita. Dari segi hukum agama saya tak pasti kerana seperti yang kita maklum di zaman Rasulullah kaedah pengubatan sebegini memang tak pernah direkodkan.

Apapun kaedah yang akan kita pilih terserah pada kita .Cuma pengubatan alternatif yang digunakan di hospital kerajaan adalah sebagai pelengkap dari pengubatan moden yang telah dijalani.Contoh pengubatan alternatif atau complementary digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan yang teruk bila seseorang mendapat rawatan kanser. Jadi kaedah complementary ini akan membantu.Jadi pilihan pertama tetap pengubatan moden bukan sebaliknya.
Hati-hati jika memilih rawatan kerana dikuatiri jika tidak tepat maka penyakit akan menjadi lebih parah.Contoh jika penyakit kanser tak diubati secara tepat pada peringkat awal maka ia akan menjadi lebih ganas dan membahayakan nyawa pesakit.
Wassalam,

Wednesday, April 14, 2010

Dalam hidup ni banyak benda yang kita saya.tentunya pertama sekali adalah diri kita, kemudian pasangan hidup kita, anak-anak, ibu bapa saudara mara dan sebagainya. Tapi kadangkala tindak tanduk kita tidak melambangkan apa yang kita cakapkan.Di negara ini kita amat menyayangi harta benda yang kita miliki. Lihat saja kereta yang berada di jalan raya. Jarang kita lihat yang kotor apa lagi yang comot.Kita sanggup berkelahi jika tersenggol sedikit malah ada yang sampai tercedera parah bila terjadi pelanggaran.Dilaporkan tahun lepasa malah ada yang sampai mati terbunuh kerana berkelahi dijalan raya.Semuanya kerana sikap sayang yang begitu ekstrim terhadap kereta yang dimiliki. Ada yang sanggup berhabis duit puluhan ribu untuk memasang eksesori pada kereta. Jadi kereta seolah-olah lebih utama dari segala-galanya.Ini sikap rakyat malaysia.sebab itu kedai eksesori berkembang macam cenddawan tumbuh selepas hujan.begitu juga kedai mencuci kereta, pasti ada saja pelanggan yang datang setiap hari untuk menjaga kecantikan kereta mereka.Berbeza dengan negara di timur tengah.Sewaktu saya berkunjung ke Yaman pada awal tahun lepas majoriti kereta dijalan raya comot momot dan kemek sana kemek sini.Mereka memang tak ambil peduli dengan benda ni.Yang penting asal boleh jalan.Soal nak mencuci, nak memperbaiki badan kereta apa lagi nak mengecat baru mereka tak ambil peduli.Jadi mereka memang menjadikan diri mereka sebagi tuan kereta. Di negara ini kita yang menghambakan diri pada kereta.Di Jedah juga begitu malah di tanah sucipun keadaan kereta memang tak dijaga. Rasanya masa macam barang habis pakai. Selagi boleh jalan henjut terus dan bila dah tak boleh langsung dilupus dan beli yang baru.
Ini baru soal kereta. belum lagi kegilaan kita menghabiskan masa dan uang ringgit untuk hobi. Hobi yang sedang popular sekarang tentulah golf bagi mereka yang mampu atau menganggap diri mereka mampu. katanya untuk sosial dengan kawan-kawan.OK lah tu tapi bila dah gila main tu dah tak ada waktu untuk keluarga dirumah.Soal nak makan bersama ,apa lagi nak berbual dah jadi terbatas.Dalam kesibukan bekerja tentunya waktu yang terluang cuma hari minggu dan bila dah seharian di padang apa lagi masa yang tinggal untuk teman hidup di rumah.Jika pasangan memahami OK lah tapi kalau tidak dia akan memendam rasa.Soal duit habis jangan ceritalah.Tiap kali main kena sewa padang, kalau kalah pula kena belanja teman spermainan dan macam-macam lagilah.Bagi yang berduit tak jadi soal.
Satu lagi kegilaan manusia adalah hobi memancing.Ada yang sanggup ke laut dalam berhari-hari lamanya .Soal tak jumpa anak isteri dah tak jadi soal.Kalau satu keluarga ikut bagus juga tapi kalau si abang saja yang pergi dengan kawan-kawannya maka yang menunggu di rumah akan tertunggu-tunggu bila abang nak pulang.Hobi-hobi yang begitu memang mengasyikkan.Jadi pandai-pandailah kita memilih dan mengawal diri.

Dalam hidup yang penting perlu diutamakan. Kerukunan rumah tangga perlu diusahakan dan bukannya datang sendiri.Kita yang mengemudi hala tuju rumah tangga.Timbang rasa antara kedua belah pihak teramat perlu jika ingin melayari rumahtangga yang bahagia menurut pesepsi kita.memang ada orang yang merasa bahagia bila dia berjauhan dari pasangannya tapi jumlahnya tak ramai.Yang menjadi norma biasa adalah kebahagiaan bila bersam.Waktu berkualiti perlu disediakan untuk pasangan dan anak-anak kita supaya nikmat hidup ini boleh dikecapi dengan sempurna.
Sayangilah apa yang ada pada kita kerana apa yang ada adalah kurnian Ilahi.jangaa sampai ianya terlepas dan kita menyesal nantinya. Kasih sayang kita pada anak-anak perlu ditunjukkan dan perlu mereka rasai.Jangan kita hanya berandaian.Jika kita terlalu asyik dengan hobi kita maka akhirnya nanti kita terlepas benda yang sepatutnya menjadi keutamaan kita. Jangan biarkan ank-anak membesar dengan cara mereka sendiri tanpa kita tempa pertumbuhan mereka.Kelak kita akan kesuniyian di hari tua kerana tua memang akan datang dan tak bolejh dielak.Hobi yang kita gilakan akhirnya nanti akan sampai penghujungnya juga.Bila dah terjadi ianya dah tak boleh untuk dipulihkan.Masa berlalu sesuai dengan usia kita dan setiap saat yang ada amat penting dan akan menentukan nasib kita di hari tua.
Wassalam

Tuesday, April 13, 2010

Pagi tadi jam 6.30 pagi saya berangkat ke Kl kerana ada conference Healthcare Tourism congress di KLCC. Jumlah peserta taklah ramai tapi ramai juga penceramah dari luar yang dipanggil.Kongres ini bermula semalam cuma saya hanya dapat menghadirinya pada hari ini. Semalam sibuk dengan urusan lain.

Kongress ini membincangkan bagaimana untuk mendapatkan pelancung perubatan ke Malaysia. Sekarang ini negara lain seperti Amerika dan Timur Tengah banyak mendapatkan perkhidmatan perubatan di luar negara kerana harga yang lebih murah. Kos pembedahan di negara kita contohnya hanya 25% dari kos ditempat mereka.

Penglibatan institusi perubatan dan hospital di negara ini masih baru dalam bidang medical tourist ni jika dibandingkan dengan Thailand. Mereka banyak mendapat pelanggan dari US dan Timur tengah tetapi jumlah yang datang ke negara ini mula meningkat.

Negeri-negeri yang bersempadan dengan Indonesia banyak mendapat limpahan pesakit dari seberang.Jika Melaka banyak mendapat pesakit dari Pekan Baru, Dumai dan Padang maka Pulau Pinang dapat banyak pesakit dari Medan.Kos berubat di Malaysia tentu jauh lebih murah dari Singapura kerana uang kita yang lebih kecil .Jadi murahlah kos jika di tukarkan dalam ringgit atau Rupiah.

Kongres ini turut membincangkan rawatan tradisional dan komplementeri yang sudah popular di negara seperti Cina dan India. Cina tentunya terkenal dengan rawatan akupungtur sedangkan India terkenal dengan rawatan ayurvedic. Ayur artinya hidup dan vedic artinya ilmu. Jadi ayurvedic adalah ilmu tentang hidup.Di negara kita 69% masyarakat mengamalkan pengubatan alternatif untuk menjaga kesihatan mereka. Di Cina 90% masyarakat mengamalkan rawatan alternatif. Di negara kita sudah ada 6 buah hospital yang membenarkan penggunaan rawatan alternatif di hospital-hospital kerajaan. Menurut maklumat cuma tiga hospital swasta yang telah mengambil bahagian.
Menurut Pengarah bahagian ini pada tahun depan pihak berkuasa akan mengawal amalan semua jenis rawatan alternatif ini kerana perkara ini penting untuk menjaga kebersihan dan keselamatan pesakit yang memilih rawatan jenis ini. Rawatan bekam pun dimasukkan kedalam rawatan alternatif.Sedar atau tidak masyarakat kita sudah lama mengamalkan rawatan alternatif.Jadi usia rawatan ini sudah hampir manyamai usia manusia.

Rawatan tradisional menurut definasinya adalah rawatan yang diamalkan secara turun temurun oleh sesuatu bangsa berdasarkan pengalaman nenek moyang yang diyakini boleh memberikan kebaikan dan mencapai matlamat yang diinginkan. Cuma belum banyak kajian saintifik yang dilakukan kecuali rawatan akupungtur yang boleh dipelajari secara sistematik seperti kedoktoran moden.Yang lain hanya berdasarkan ilmu turun temurun tanpa ada pengajian secara sistematik dengan kurikulum yang disusun sesuai dengan peringkat pengajian.

Satu lagi rawatan yang cukup popular adalah rawatan SPA. Katanya rawatan ini adalah untuk menjaga keseimbangan fizikal, jiwa dan mental. Cuma ada segolongan pengusaha yang menyalahgunakan sistem rawatan ini untuk mendapat keuntungan yang lebih cepat sehingga menyediakan perkhidmatan yang tak sepatutnya..Sebab itu mulai tahun depan rawatan SPA juga akan diawasi oleh pihak berkuasa.
Wassalam

Sunday, April 11, 2010

Bahagian otak manusia ini mempunyai sistem perlindungan yang khusus yang disebut Cerebro Spinal Fluid atau CSF. Cairan ini melindungi otak dari ditembusi bahan-bahan yang tak sepatutnya masuk ke otak seperti ubat-ubatan .Hanya beberapa jenis ubat sahaja yang mampu menembusi lapisan cairan ini. Jika terjadi peradangan otak akibat serangan bakteria atau virus ianya akan menyebabkan pembengkakan bahagian otak yang disebut inflammation. Apabila cairan otak menjadi bengkak maka ianya boleh menyebabkan seseorang menjadi koma dan boleh menyebabkan kematian. Keradangan bahagianya menyebabkan terjadinya meningitis.
Sekarang sudah ada vaksin untuk mengelakkan meningitis terutama mereka yang akan melakukan perjalanan ke negara di Afrika dan Timur tengah termasuk untuk menunaikan haji dan umrah.Vaksin ini disebut meningococcal vaksin yang boleh mencegah terjadinya meningitis.

Jangkitan pada otak oleh kuman hanya boleh diubati jika ubat yang digunakan mampu menembusi saluran CSF. Bukan semua ubat boleh berbuat demikian. Contohnya jika terjadi peradangan otak kerana pengaruh bakteria maka pemilihan antibiotik yang tepat amat perlu supaya antibiotik mempu menembusi saluran CSF dan membunuh bakteria yang telah meresap masuk ke dalam saluran otak.Pengetahuan doktor tentang aktiviti antibiotik amat penting supaya beliau mampu meemilih antibiotik yang tepat.Disamping itu adakalanya perlu dilakukan ujian sensitiviti untuk memilih antibiotik yang paling tepat bagi tujuan pengubatan.

Perkembangan teknologi membolehkan beberapa jenis ubat dimasukkan langsung ke dalam rongga manusia. Contohnya penggunaan antibiotik dalam bentuk rantai.Antibiotik ini ditanamkan kedalam tempat yang telah dibedah di bahagian tulang supaya ianya cukup berkesan dan antibiotik tersebut akan dilepaskan secara perlahan-lahan untuk tempuh waktu tertentu yang diinginkan.

Salah satu lagi ubat yang dimasukkan ke dalam rongga manusia adalah ubat untuk mengelakkan pembekuan darah. Ubat ini dipasang di dalam stant yang digunakan untuk mengembangkan saluran arteri yang telah menyempit. Stant ini disebut medicated stant. Bila stant dipasang pada saluran yang meyempit tadi maka ubat yang ada pada stant akan dilepaskan secara perlahan-lahan untuk tempuh waktu yang disasarkan. Medicated stant lebih mahal dari stant biasa kerana jika dipasang stant biasa maka seseorang pesakit perlu mengambil ubat secara oral setiap hari supaya saluran darah yang telah dibesarkan oleh stant tidak tersumbat kembali.

Teknologi ubat ini akan terus berkembang kerana penyelidikan dilakukan setiap hari oleh syarikat-syarikat pengeluar ubat-ubatan terutama yang berpangkalan di negara-negara maju.

Wassalam

Friday, April 9, 2010

Semalam ada kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Perubatan salah sebuah negeri di Malaysia tentang betapa kotornya premis-premis yang menjual makanan.Dari 1262 buah premis yang di periksa oleh pihak kementerian hanya 29 buah yang lulus mengikut piawaian yang ditetapkan. Artinya hanya 29 premis yang bersih sedangkan yang selebihnya adalah kotor. Ini premis yang ada lesen belum lagi premis-premis yang tak mempunyai lesen yang kebanyakannya tidak mempunyai bekalan air yang sempurna. Bayangkan betapa bahayanya premis-premis yang kotor dan menjijikkan. Sebab itu kita tak hairan kalau berbagai macam penyakit menular di dalam masyakat. Yang jadi masalah adalah sikap masyarakat yang tak kisah dengan premis yang kotor ni. Mereka tetap berselera menikmati makanan yang dihidangkan hatta di premis yang jelas tak mempunyai bekalan air bersih. Pinggan mangkuk dicuci dengan air yang berulang-ulang.Jadi di mana bersihnya kalau begitu. Bila kita makan ditempat yang sedemikian maka kita mendedahkan diri kita pada risiko untuk mendapat penyakit. Jangkitan yang didapat dari kegiatan yang sebegini disebut community acquired infection. Kalau jangkitan yang di dapati akibat tinggal dihospital di sebut hospital acquired infection.
Sebagai pengguna kita perlu prihatin tentang masalah kebersihan ini. Saya yakin jika masyarakat hanya memilih premis yang bersih maka semua pengusaha akan bekerja kearah itu untuk menjaga kebersihan jika tidak perniagaan mereka akan gulung tikur. Tapi bila masyarakat tak ambil peduli maka merekapun akan berbuat semahunya tanpa mempedulikan kebersihan ini.

Jika tempat kotor maka berbagai macam haiwan akan membiak seperti tikus, lipas, cicak, semut dan sebagainya. Sebab itu mungkin saja makanan yang terdedah akan dikencing oleh tikus dan orang yang memakannya akan mendapat jangkitan leptospirosis yang amat merbahaya.Oleh itu jaga kebersihan bila nak makan.

Semalam juga dalam siaran radio ada dinyatakan tentang kebimbangan Persatuan Perubatan tentang sikap baru masyarakat .Dah ramai anggota masyarakat yang menggunakan maklumat internet untuk mengubati diri sendiri tanpa perlu berjumpa dengan doktor. Berdasarkan maklumat tersebut mereka membuat kesimpulan penyakit yang mereka hadapi dan membeli ubat yang mereka anggap boleh merawat penyakit tersebut. Tren ini amat berisiko kerana kalau tak tepat maka yang menjadi mangsa adalah diri sendiri.Dari segi etika seorang doktor yang sakit tak digalakkan untuk mengubati diri sendiri. Dia perlu berjumpa dengan doktor lain untuk mendapatkan rawatan.Dikuatiri jika mengubati diri sendiri maka faktor perubahan emosi dalam keadaan sakit boleh menyebabkan diagnosis kurang tepat dan membahayakan diri sendiri. Jadi jika doktorpun digalakkan berjumpa dengan doktor lain apa lagi orang awam. Macam mana nak membuat diagnosis sendiri hanya berdasarkan maklumat internet kerana untuk membuat diagnosis ini perlu menjalani latihan khusus.Sebab itu doktor perlu melalui kuliah paling kurang lima tahun untuk membolehkan seseorang itu menjadi doktor.Jadi berhati-hatilah menggunakan maklumat yang ada. Sebaiknya jika sakit jumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan yang sepatutnya.
Memang ada ubat yang boleh dibeli secara bebas. Ubat-ubatan golongan C, dan D boleh dibeli di kedai farmasi dan ubat-ubatan golongan OTC boleh dibeli di mana-mana kedai. Jadi berhati-hatilah jika kita ingin menggunakan ubat-ubatan tersebut. Jika dibeli di kedai farmasi maka dapatkan khidmat dari Ahli farmasi kerana mereka adalah professional yang terlatih. Jika membeli ubat di kedai lain maka bacalah maklumat yang ada di dalam kotak ubat dan ikuti panduan yang disediakan supaya kita tak mendapat kesan yang tak diingini.
Wassalam

Thursday, April 8, 2010

Beberapa hari yang lepas di laporkan di dalam akhbar tentang peristiwa yang amat menyayat hati.Seorang ibu yang masih dalam pantang selepas bersalin tiba-tiba menikam dua anaknya yang sedang tidur dengan gunting. Mujur kecederaan yang dialami oleh anak-anak tersebut tak begitu serius. Dilaporkan juga kecedaraan serius dapat dielakkan kerana kanak-kanak tersebut tidur dalam keadaan meniarap.Kalau terlentang mungkin terkena bahagian yang lebih sensitif sehingga boleh menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.
Punca si ibu mengamuk kerana tekanan perasaan yang tak dapat dikawal. Di kabarkan si ibu baru melahirkan anak down syndrom dan ini mungkin menyebabkan dia tertekan perasaan yang amat sangat.

Kalau dulu istilah ini disebut gila meroyan iaitu keadaan ibu yang tertekan bila lepas bersalin. Istilah moden yang digunakan adalah depression.

Penderitaan ibu sewaktu mengandung dan selepas melahirkan anak memang tak terperi.Macam-macam boleh jadi.Sebab itu bantuan suami dari segi sokongan moral dan semangat amat penting. Bila sahabat bertanya pada Rasulullah siapa yang perlu aku hormati selepas Allah dan Rasul, maka jawab nabi ,ibu mu.Kemudian ditanya lagi siapa setelah itu. Jawab nabi, ibu mu, kemudian ditanya lagi siapa selepas itu, jawab nabi ibu mu, dan terakhir barulah jawab Nabi bapa mu. Artinya martabat ibu tiga kali ganda dari bapa kerana penderitaan ibu mengandung anak, melahirkan anak, menyusukan anak dan mengasuh anak adalah amat berat dan wajar diberikan penghormatan yang tinggi.

Cuma di zaman yang serba canggih ini banyak anak-anak yang tak menghormati ibu dan ayah mereka. faktor utama adalah kerana cara mereka dibesarkan oleh ibu dan ayah mereka. Jadi menjadi tanggungjawab ibu dan ayah mendidik anak supaya patuh kepada ajaran agama.Bila mereka patuh secara otomatik mereka akan taat pada ibu dan bapa.

Apa akan jadi pada si ibu tadi sama-samalah kita lihat nanti.Buat masa ini kitapun tak pasti dari segi hukum.Bagaimana pula suami wanita tadi akan meneruskan perjalanan hidup mereka , kitapun masih tak pasti. Apa akan jadi kepada anak-anak tadi bila mereka membesar nanti, pun kita tak pasti. Bagi saya kejadiaan ini pertama kali saya baca. Apakah pernah terjadi sebelum ini, saya memang tak pasti.

Beberapa bulan yang lepas anak membunuh nenek, bapa dan adiknya sendiri. Kes ini masih sedang dibicarakan.

Sebelum inipun ada diberitakan suami membunuh isteri dan anak-anaknya dan dia sekarang juga sedang dibicarakan di mahkamah.

Jadi kejadian-kejadian yang seperti ini amat menyayat hati kita.Marilah kita banyakkan berdoa supaya kita dijauhkan dari segala musibah ini. Perbaikilah tingkah laku dan sikap kita pada Sang Pencipta supaya kehidupan kita diberkati dan sentiasa dilindungi dari segala macam musibah. Benda-benda yang ghaib kita tak tahu dan tak ada siapa yang pasti apa akan menimpa kita di masa hadapan.

Tugas manusia adalah berdoa dan berusaha memenuhi tanggugjawab sebagai seorang insan.

Ada satu lagi berita yang menarik perhatian kita. Pagi tadi sambil memandu saya mendengar berita radio. Dilaporkan ramai wanita merokok kerana kononnya rokok boleh menguruskan badan.Saya tak pasti macam mana mereka boleh membuat kesimpulan seperti ini.Yang pasti merokok boleh mendatangkan berbagai bencana kepada perokok dan orang-orang yang berada disekelilingnya.

Wassalam

Monday, April 5, 2010

Mereka berniaga dimulut manis tetapi dibelakang jijik dan meloyakan. Itulah salah satu tag yang diiklankan di TV untuk sebuah rancangan yang popular. Apa yang ingin diceritakan dengan maklumat ini adalah tentang kedai makan yang amat kotor. Nampak diluar bersih dan menyelerakan tapi bila masuk ke bahagian dapur tempat memasak ianya amat kotor dan meloyakan. Kalau kita lihat tempat memasak makanan tak mungkin kita akan ada selera untuk menjamah makanan yang disediakan. Fenomina ini terdapat di mana-mana. Banyak kedai makanan yang tak mempedulikan kebersihan. Sampah sarap termasuk sisa ayam, ikan dan daging dibiarkan bersepah, berselerak dan malah ada yang di makan oleh tikus.Ianya amat meloyakan dan boleh membuatkan kita muntah jika melihatnya. Banyak warung malah titak mempunyai bekalan air bersih. Yang ada cuma beberapa baldi air yang dibawa dari rumah. Bekalan air paip memang tak ada. Jadi bagaimana mereka nak menjaga kebersihan. Yang berniaga direstoran pula tidak membungkus sampah sarap dengan rapi malah dibiarkan menyumbat longkang dan bersepah serta berselerakan di mana-mana. Ini akan mengundang haiwan seperti kucing dan tikus untuk menyelongkar sampah sarap yang berkenaan.Semuanya ini terjadi kerana sikap tak ambil peduli.
Saya kalau makan di restoran memang saya suka ke bahagian belakang, kononnya nak mencari bilik air. Sambil menuju ke bilik air saya dapat melihat kebersihan dapur mereka. Kalau kotor kirim salamlah saya tak akan makan di kedai berkenaan.

Banyak penyakit terjadi kerana sikap manusia yang pengotor. Contoh yang sering terjadi dan menjadi tatapan umum adalah keracunan makanan.Puncanya kerana bahan yang digunakan dah busuk atau makanan yang disediakan tak bersih .Perkara ini bukan baru terjadi tapi kerana kurangnya sikap prihatin dan sikap tak bertanggungjawab pihak yang menyediakan makanan menyebabkan ianya terus berulang dan terus berulang. Makanan juga boleh menyebabkan serangan penyakit cholera atau taun. Juga puncanya dari pencemaran makanan.

Di setengah tempat yang menggunakan bahan minuman yang tak dimasak serta bahan makanan yang tidak dicuci bersih menyebabkan terjadinya jangkitan kuman salmonela thypi yang menyebabkan penyakit typus.Penyakit ini menyebabkan penyakit demam panas yang amat kuat dan jika tak dirawat segera kuman boleh masuk ke dalam otak sehingga menyebabkan kematian.Kita boleh mendapat penyakit ini jika makan ditempat yang tidak mempunyai bekalan air bersih serta penyediaan makanan yang kotor. Oleh itu sikap berhati-hati kita amat penting. Jangan main bedal aja kerana nanti kita yang akan menerima akibatnya. Jika tak ada pembeli tentu peniaga yang sebegini tidak akan ujud, tapi kerana sikap orang ramai yang tak ambil peduli tentang kebersihan maka peniaga yang sebegini terus berkembang dan berbagai penyakit tak dapat dikawal dari terus membiak.

Pagi tadi lepas jogging saya membeli roti disebuah kedai 24 jam. Saya sempat melihat pada bungkos kotak rokok tertulus dengan jelas, Rokok boleh menyebabkan kanser pada leher, Rokok boleh menyebabkan kanser pada paru-paru, Rokok boleh menyebabkan gugur kandungan. Tapi jumlah perokok semakin bertambah.Bagi mereka tulislah apapun ianya tak akan menakutkan mereka.Mungkin mereka tak percaya tentang semua label tersebut. Merokok tetap diteruskan walau apapun yang akan terjadi. Semuanya ini kerana sikap manusia yang tak peduli dengan kesihatan diri dan akan tetap meneruskan tabiat dan kegemaran mereka.

Sikap manusia juga menyebabkan berbagai penyakit .Salah satu contoh adalah penyakit dengue.Puncyanya kerana terdapat takungan air dimana-mana kerana sikap tak prihatin kita menjaga kebersihan. Mangsa denggi terjadi hari-hari dan jumlahnya juga cukup besar jika diambil kira keseluruhan kes bagi negara kita.Cuma serangan dengue ini tak pernah diistiharkan sebagai suatu wabak seperti wabak H1N1. Makin hari makin banyak kes yang dilaporkan dan menelan banyak mangsa. Usaha untuk membasmi penyakit ini menghadapi kesukaran kerana kurangnya sifat prihatin masyarakat untuk menjag kebersihan lingkungan hidup mereka.

Marilah sama-sama kita mendisiplinkan diri dan mengambil sikap yang sepatutnya supaya kita boleh menjalani hidup ini dengan selamat dan sejahtera.
Wassalam

Sunday, April 4, 2010

Jumaat lepas saya memberi ceramah kerjaya di sekolah menengah di Labu. Agak mengejutkan bila saya melihat carta organisasi sekolah berkenaan. Pengetua perempuan, penolong kanan satu dan dua juga perempuan.Penolong kanan ketiga (KOKO) barulah laki-laki. Jumlah guru 70 orang dan laki-laki cuma 9 orang. Bila masuk dewan ceramah jumlah murid laki-laki tak sampai 30 persen.Majoriti murid sains di sekolah berkenaan adalah perempuan.
Akhir bulan Mac saya memberi kuliah pada pelajar diploma farmasi dan pelajar laki-lakinya cuma 4 orang sedangkan pelajar perempuan 28 orang. Memang tak seimbang.
Fenomina ini berlaku di mana-mana. Menurut salah seorang guru laki-laki di sekolah berkenaan sekarang ini murid laki-laki malas nak belajar dan lebih suka lepak dan berbual kosong. Tiap hari pasti ada saja murid laki-laki yang ditangkap merokok. Bila di jemput penjaga datang kesekolah untuk membincangkan masalah murid tak ramai yang nak datang. Sebelum itu katanya di dalam mesyuarat PIBG jumlah penjaga yang datang amat mengecewakan dan jumlah guru yang hadir lebih banyak dari ibubapa. Apakah ini fenomina di mana-mana.Entahlah kerana tak ada kajian. Nampaknya bertambahlah kerja para sosiologi di Malaysia ni untuk membuat berbagai kajian.

Apa punca pelajar laki-laki tak minat nak belajar. Apakah kerana ibu bapa tak ambil peduli kerana kesibukan bekerja untuk mencari rezeki.Kita sama-sama tak pasti dan cuma boleh membuat pelbagai andaian.

Di perguruan tinggi di negara ini memang jumlah pelajar perempuan lebih ramai terutama dalam bidang sains dan penddidikan. Kalau kursus kedoktoran, pergigian dan farmasi majoriti adalah wanita. Perkara ini dah terjadi sejak saya kuliah di tahun tujuh puluhan. Sekarang ini wanita sudah mula menceburi bidang-bidang yang dulunya dianggap untuk laki-laki.Contohnya menjadi pilot pesawat tempur dan ada yang terlibat dibarisan hadapan di medan perang.

Pemandu bas perempuan dah ramai.Malah pemandu tren LRT pun dah mulai ramai. Begitu juga menjadi pemandu teksi dan jika kita rajin memerhatikan fenomina ini sekarang security guardpun dah ramai perempuan.

Kalau dah semua bidang di kuasai oleh wanita maka laki-laki nak ke mana. Sebab itu sekarang dah ramai laki-laki menjaga anak dirumah sedangkan isteri sibuk bekerja. Kalau ada kesepakatan kira OKlah. Bagi saya laki-laki sepatutnya lebih gigih bekerja kerana amanah mencari rezeki adalah tanggungjawab suami bukan isteri. Kalau isteri bekerjapun suami tak berhak mengambil gaji isteri kecuali atas izin isteri untuk membantu beban suami.

Semua pihak perlu mengambil berat tentang perkara ini. Tanggungjawab ibu dan ayah menjaga anak-anak kita supaya berdisiplin dan gigih menuntut ilmu supaya laki-laki sentiasa ke hadapan kerana amanah ini dipukulkan di bahu mereka.
Wassalam

Thursday, April 1, 2010

Beberapa hari ni heboh diperkatakan tentang jangkitan virus kencing tikus.Saya terkejut juga membaca berita tentang celebrity yang dijangkiti kuman ini. Dah berpuluh tahun bekerja di hospital tak pernah dengar pula pesakit yang dijangkiti oleh virus tikus ni.Tapi semalam dikatakan penyakitnya bukan dari tikus tapi denggi berdarah. Tak tahulah macam mana boleh terjadi kekeliruan ini.Semalam ada dipaparkan bahawa yang dimaksudkan dengan virus tikus tu adalah leptospirosis. Penyakit ini bukan disebabkan oleh virus tetapi oleh bakteria leptospira. Penyakit yang sedemikian digolongkan kedalam golongan zoonosis iaitu penyakit yang berpunca dari haiwan. Leptospira ini membiak dalam badan haiwan seperti tikus, kuda , anjing, burung dan bebera haiwan lain. Bila haiwan membuang kotorannnya maka bakteria ini akan dikeluarkan dan masuk ke dalam air. Air yang tercemar dengan bakteria ini bila mamasuki badan manusia melalui kulit atau makanan akan menyebabkan manusia dijangkiti oleh bakteria ini.
Tanda-tanda awal adalah sakit kepala yang kuat, demam dan muntah-muntah. Setelah dua minggu bakteria ini boleh memasuki bahagian otak sehingga menyebabkan meningitis. Kemudian ia boleh menyebabkan penyakit pada hati dan buah pinggang.Serangan meningiitis boleh menyebabkan pesakit menjadi koma dan kerosakan hati dan buah pinggang boleh menyebabkan kematian.
Penyakit ini boleh didiagnosa melalui ujian darah dan air kencing. Bakteria ini boleh diisolasi dan disahkan jangkitannya.Ubat yang digunakan tentunya antibiotik untuk membunuh bakteria ini. berbagai jenis antibiotik boleh digunakan tetapi doxicyclin sering digunakan untuk mencegah dari jangkitan tetapi setelah dijangkiti antibiotik yang lebih kuat seperti gologan cephalosporin perlu digunakan untuk mengubati penyakit ini. Yang penting antibiotik yang digunakan mestilah mampu menembusi lapisan saluran selaput otak untuk membunuh leptospira yang berada di dalam otak manusia.

Kita puntak tahu bagaimana terjadi kekeliruan antara leptospirosis dengan denggi berdarah ni. Mungkin ada persamaan dari segi siptom penyakit. sepatutnya ujian makmal sudah pasti dapat membezakan penyakit ini.

Kejadian jangkitan denggi berdarah sekarang ini memang tinggi dan risiko juga amat tinggi. kalau lambat mendapat rawatan boleh menyebabkan kematian kerana keroskan organ utama dalam tubuh. Pendarahan yang terjadi di dalam badan sukar untuk dilihat dengan mata kasar.Yang dapat dikesan adalah penurunan secara mendadak platelet pesakit. Bila darah banayak yang hilang maka ketumpatan darah turun secara mendadak dan ini akan menyebabkan jantung gagal mengepam darah ke otak dan organ yang utama. Akhirnya jantung terhenti dan pesakit akan mati dengan tiba-tiba. tak hairan bila ada kes di mana pesakit masuk hospital dalam keadaan yang kelihatan masih sihat tapi dua hari kemudian dilaporkan meninggal dunia. Oleh itu pengubatan awal amat penting dan biasanya doktor akan memasukkan darah ke dalam badan pesakit untuk mempastikan volume darah dapat dikekalkan dan ini akan menjamin fungsi jantung secara normal. Ubat yang khusus memang tak ada. Yang ada cuma penggantian darah , cairan dan ubat-ubat siptomatik untuk menghilangkan demam dan sakit kepala.

Sama-sama kita menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan kebersihan diri. Di samping itu jangan lupa berdoa.
wassalam