Thursday, December 29, 2011

Kebelakangan ini makin banyak kes Influenza A dan Influenza B. Ada juga beberapa kes H1N1 cuma kesannya taklah seserius seperti dulu. Kalau nak berbicara tentang penyakit influenza ni memang tak akan ada penghujungnya kerana virus influenza ini terdiri dari banyak strain. Lain tahun lain strain yang datang menyerang. Lagi pula penyakit ini berhubungkait dengan virus. Jadi tidak ada ubat yang spesifik.Memang ada injeksyen berbentuk vaksin, cuma masalahnya adalah strain mana pula yang akan menyerang.Jadi vaksin yang ada sekarang ini tak boleh memberi jaminan yang penggunanya akan selamat dari serangan penyakit influenza. Bagi saya yang lebih penting adalah menjaga kesihatan kita dengan melakukan cara hidup yang baik.Kita perlu menjaga pemakanan kita, exercise yang cukup , ketenangan fikiran dan perbanyak hubungan dengan Ilahi. Insya Alllah pertahanan badan kita cukup untuk melindungi diri dari sebarang penyakit.

Beberapa hari lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan tahun baru 2012 akan menjenguk kita. Panjang umur InsyaAllah kita akan memasuki tahun baru. Apa azam kita untuk tahun baru ni. Ada yang dah melakarkan perancangan yang teliti tapi kebanyakan kita akan membiarkan ianya berlalu begitu saja.Rasanya perlu kita lakarkan perancangan yang rapi supaya kualiti hidup kita akan lebih baik.Dalam syarikat ada budget, capex dan strategi yang perlu diatur untuk dilaksanakan pada 2012. Tapi strategi peribadi tak banyak yang ambil peduli. Yang paling penting adalah strategi untuk lebih mendekatkan diri pada sang pencipta. Kalau sebelum ni kita tak begitu serius maka tahun yang mendatang ni perlu lebih serius kerana umur semakin bertambah dan jatah untuk hidup semakin kurang.Tambah 1 tahun bererti kurang jatah hidup satu tahun. Kalau bekal tak cukup nak dibawa balik ke dalam kubur dan alam akhiran nanti maka rugilah kita. Kita tak tahu bila Tuhan akan memanggil kita kembali. Sekarang ni bukan boleh tentu yang muda akan hidup lebih lama dari yang tua.Prince Philip dah mencapai 90 tahun masih hidup tapi ada yang masih muda belia dah dipanggil Ilahi. sebab musabab tu hanyalah lumrah alam .Yang pasti tak ada siapa yang tahu bila kita akan kembali. Sebab itu Nabi berpesan bekerjalah untuk dunia mu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan bekerlah untuk akhirat mu seolah-olah kamu akan mati besok hari.


Wassalam

Wednesday, December 14, 2011

Hari Jumaat yang lepas saya mempengerusikan forum CABG di PD. Forum ini julung kali diadakan dengan menjemput 2 orang pakar bedah jantung dan 2 orang pesakit yang telah menjalani pembedahan CABG. Peserta tak lah begitu ramai tapi melebihi juga 70 orang. Perbincangan amat berjalan lancar. Kami dapat maklumat yang tepat dari bekas pesakit tentang perassn mereka dan cara mereka menjalani kehidupan sebaik selesai menjalani pembedahan CABG. Menurut mereka bermacam perasaan yang timbul bila doktor mengesahkan yang mereka perlu menjalani pembedahan CABG. Tapi nak buat macam mana dah terpaksa maka merekapun rido menjalani pembedahan tersebut. Kata mereka setelah pembedahan taklah sulit sangat untuk menjaga diri supaya cepat sembuh. Kata mereka 2 bulan dah boleh memandu kereta.Pesakit yang pertama tak ada sebarang sejarah penyakit tapi tiba-tiba mengalami sakit dada dan disahkan perlu menjalani pembedahan CABG. Pesakit kedua pula memang mengidap kencing manis waktu berusia 28 tahun dan darah tinggi bila mencapai umur 40 tahun. Jadi keadaan mereka cukup berbeda.Tapi kini kedua-duanya dapat menjalani kehidupan secara normal. Yang Bila saya tanya pada doktor pakar dia kata pembedahan akan hanya tahan selama 10 hingga 15 tahun.Paling maksimum 17 tahun.Lepas tu kenalah menjalani pembedahan kedua.Wah suspen juga kalau gitu. Ini lebih baik dari angioplasty yang kadang kala hanya bertahan beberapa tahun lepas tu sumbat lagi dan perlu dimasukkan spring baru.

Sama ada angiplasty atau CABG , ianya tergantung kepada keadaan pesakit dan perlu diperhalusi secara teliti oleh pakar cardiology dan kapar bedah jantung.


Malam isnin ada satu lagi ceramah tentang plastic surgery. Ada ilmu baru yang saya dapat iaitu tentang penggunaan stem cell. Stem cell ini digunakan untuk mengganti cell-cell badan yang telah mati. Sekarang telah ada syarikat yang menjual stem cell ini kepada doktor untuk digunakan pada pesakit.Di negara kita dah lebih 15 tahun cuma tak ramai yang tahu.Stem cell ini diperoleh oleh syarikt tersebut dari donor yang usianya di bawah 25 tahun.Cell ini kemudian diproses dan dijual untuk keperluan pesakit yang memerlukannya.Bila saya tanya doktor kata harganya RM 29k setiap kali suntik.Wah mahal betul dan ramai yang mampu membelinya.Tentu bidang ini masih baru dan memerlukan lebih banya penyelidikan sebelum betul-betul digunakan secara meluas.Cuma harga yang sebegitu tak terjangkau oleh masyarakt umum.

Wassalam

Saturday, November 19, 2011

Sekarang in saintis sedang berusaha untuk mendapatkan insulin dalam bentuk tablet atau bentuk lain supaya pesakit tidak lagi perlu menggunakan suntikan yang menyakitkan itu.Tapi kajian masih pada peringkat awal.Saintis dari USA sedang giat berusaha untuk mencipta sediaan baru yang lebih memudahkan pesakit kencing manis.Setakat ini memang tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan suntikan yang menyakitkan itu.Bagi mereka yang dah biasa mungkin tak ada masalah. Baru-baru ini saya berjumpa dengan kawan lama yang sudah menggunakan suntikan insulin sejak kecil. Sebelum dia makan dia suntik dulu insulin dibahagian kulit perut.Nampak macam relax saja tak ada apa-apa. Saya tanya tak sakit ke? Dia selamba aja jawab, dah biasa tak ada apa.

Satu lagi penemuan baru adalah nikotin dalam bentuk aerosal.Ubat ini penting untuk mengubati ketagihan merokok.Selama ini perokok yang berusaha untuk membuang tabiat merokok adalah dengan memakan nikotin dalam bentuk gula-gula atau ditapal pada kulit dalam bentuk koyok.Tapi ciptaan baru ni menggunakan aerosal yang boleh dihidu untuk mendapatkan kesan nikotin bagi mengatasi ketagihan merokok.Cuma produk ini masih berada pada tahap kajian dan masih diragukan keberkesanannya.Ada segolongan saintis yang menentang cara penggunaan bahan ini. Biasalah kalau produk baru pasti ada yang kurang yakin dan akan menentangnya. Saya yakin dalam beberapa tahun lagi akan tercipta produk yang lebih baik suapaya tabiat ketagihan rokok ini dapat diatasi.

Sekarang jumlah kes influensa A semakin banyak.Beberapa hari yang lepas lebih dari 5 orang pesakit telah dimasukkan ke hospital tempat saya bekerja.Tapi keadaan pesakit taklah serius. Ini fenomina biasa bila keadaan cuaca yang semakin tak menentu.Dijangkakan penghujung tahun ni jumlah curahan hujan akan bertambah dan sebahagian negeri akan dilanda bah.Besar atau tidak tak dapat dipastikan.Asalkan jangan sampai macam Thailand sudahlah. Bah besar di Thailand telah melumpuhkan kegiatan ekonomi negara tersebut.


InsyaAllah esok saya akan terbang ke Padang kerana ada sedikit urusan.Sewaktu lawatan saya beberapa bulan yang lepas nyata masih jelas kelihatan bangkai runtuhan sewaktu gempa tiga tahun yang lepas.Artinya nak membaik pulih bangunan yang runtuh makan masa yang lama kerana soal biaya yang besar.Pasar rakyat dibawah bangunan Matahari yang telah rosak teruk rupanya masih berjalan macam biasa.Saya sangkakan pasar-pasar tersebut telah ditutup gtapi rupanya masih berjalan macam dulu juga.Syukurlah ada juga tempat rakyat mencari rezeki. Kunjungan saya kali ini cukup singkat cuma sehari semalam.

Sampai jumpa , wassalam

Wednesday, November 16, 2011

Dari 7-11 november saya berada di Dubai.Memang dah rezeki nak kesana kerana saya di pilih untuk present free paper dalam konference International Hospital Conference.Bukan senang nak dapat peluang ini. Saya kagum dengan kemajuan yang di capai oleh Dubai.Bagi saya bandarraya Dubai sungguh canggih mengalahkan banyak negara maju.
berdasarkan maklumat dari pemandu teksi yang hampir kesemuanya asal pakistan , kota Dubai ini mula membangun begitu pesan sejak 15 tahun kebelakangan.Dulu pekan kecil pusat para nelayan.Dubai tak ada hasil minyak tapi pemerintah mereka bijak menarik pelabur asing dan sekarang menjadi pusat perniagaan yang menghubungkan timur tengan denagn bahagian dunia yang lain. Memang mengagumkan.Penduduk tempatan cuma 20% tapi mereka dijaga dengan baik oleh pemerintah.Orang asing tetap tinggal sebagai orang asing walaupun dah tinggal di Dubai berpuluh tahun.Jangan harap nak dapat PR apa lagi warganegara.

Semua penjawat awam adalah rakyat tempatan. Menurut pemandu teksi gaji seorang tentera biasa adalah 13000 dirham menyamai RM 13k.wow ini gaji pegawai paling kanan di malaysia.Kalau tentera yang berpangkat sedkit gaji boleh sampai 20k dirham.Tak terbayang oleh kita di sini.Sebab itu rakyat Dubai tenang-tenang saja walaupun di negara arab yang lain sibuk memberontak sana sini.Habis apa lagi yang mereka mahu kerana semuanya dijaga.Hidup rakyat tempatan mewah.

Rakyat asing dibayar gaji murah antara dirham 1000 hingga 3000. pemmandu teksi bukan bergaji tetap tapi ikut komisyen.Purata boleh dapat dirham 3000 sebulan tapi kerja 12 jam sehari , 7 hari seminggu.memang stress tapi itu lebih baik dari keadaan di negara asal mereka.

Sistem keretapi bawah tanah di Dubai canggih macam di Hong Kong.Kerana dan tiga kali pergi Dubai saya dah biasa turun niak kereta apai, dah macam kampung sendiri.Saya akan menggunakan MRT ni sebelah petang lepas selesai konferen.Puaslah saya merayau di banyak tempat. Sempat jugalah makan roti nan dengan daging kambing.Sepinggan termasuk secawan kecil teh susu harganya dirham 12. Mahal juga kalau sepinggan hampir RM 12.Tapi inilah Dubai.Menurut pemandu teksi harga di Dubai memang melambung tinggi.Yang agak lucu saya sempat singgah di satu kedai kopi untuk makan petang.Saya minta minuman teh panas dicampur susu.Bila minuman dihantar pekerja tu kata ini teh tarik.Wah memang terkejut saya dibuatnya.Saya tanya macam mana tahu teh tarik.Dia kata dia berasal dari Kerala India dan ramai orang kampung dia yang kerja di kedai mamak di malaysia.Jadi bila balik kampung tu merekalah yang cerita tentang teh tarik.

Banyak orang menyangka saya ni asal filipina kerana paras rupa orang Melayu mirip oorang Filipina.Dulu sewaktu saya berkesempatan ke Manila tahun 2009 sayapu nterkejut kerana kebanyakan orang filipina rupa macam orang melayu. jadi kalau kita ke filipina mereka tak akan tahu yang kita ni orang Melayu.

Kenangan di Dubai memang menyeronokkan.Saya cukup kagum dengan pak Arab ni yang mampu menukar padang pasir yang seperti padang jarak padang terkukur menjadi bandar moden serba canggih.Kalau nak tahu pergilah melancung ke sana.

Saturday, October 29, 2011

Dah hampir sebulan saya tak menulis.Entahlah nak buka blog sendiri banyak sangat kendalanya.Hairan juga kadang dapat kadang tak dapat.Apa yang dapat kita pelajari dari hong kong. Saya amat terkesan dengan sistem pengangkutan awam di sana. Sistem keretapi bawah tanahnya cukup canggih sehingga seluruh bahagian Hong kong dapat dijangkau.Kalau tak nak naik keretapi tersebut boleh naik bas dua tingkat yang cukup banyak dan efisien, juga boleh menjangkau seluruh pelosok Hong Kong.Jadi tak perlu ada kereta peribadi.Sebab itu jalanraya di hong kong tak lah sesak macam di KL. Masyarakat di sana rata-rata cukup fit tak macam orang kita obese .Puncanya mereka banyak jalan kaki dari sati stesyen ke satu stesyen.

Kalau hari libur bandar penuh dengan bibik dari Indonesia dan Filipina. Pekerja asing laki-laki tak ada kerena pekerja dari tanah besar Cina cukup ramai.Jadi masalah sosial kurang dibandingkan dengan tempat kita. Di sana bibik macam pekerja lain.Kalau hari libur mereka akan libur.Kat tempat kita libur tak libur sama saja.Tetap kena jaga anak.Kalau tauke balik kampung bibik tetap kena ikut untuk jaga anak.Jadi bibik tak ada masa nak libur.Kat Hong Kong mereka boleh bebas keluar jumpa kawan-kawan mereka.Saya mendapat maklumat terdapat 150,000 orang pembantu rumah dari Indonesia yang bekerja disana dan mereka cukup betah bekerja.

Yang saya kagum tu mereka semua pandai cakap cina macam orang di sana.Waktu saya dan keluarga keluar shopping seringlah berjumpa dengan bibik-bibik tersebut dan mereka secara sukarela membantu menjadi penterjemah untuk menawar harga barang-barang.Jadi dapatlah sedikit diskaun danri penjaja.

Lepas raya haji InsyaAllah saya akan ke Dubai lagi untuk present paper di konferen International Hospital Federation.Seronok juga diberi kesempatan untuk menjadi presenter sambil melihat-lihat negara orang.Seharusnya pertengahan bulan November saya akan present paper di Bangkok tapi malangnya kerana Bangkok sedang ditengkelami banjir besar konferen ditunda ke bulan March tahun depan. Jadi kena tundalah nak jalan-jalan di Bangkok.
Walaupun dah banyak tempat saya keliling tapi tak pernah nyampai lagi di Bangkok.

Kalau nak tambah ilmu carilah peluang untuk melihat negara orang, barulah kita dapat membandingkan dengan negara kita.Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.Cara paling mudah nak cari kesempatan adalah dengan menjadi presenter di konferen International, sambil konferen dapat juga jalan-jalan.kalau kita dijemput oleh organizer, tiket kapalterbang dan hotel ditanggung oleh mereka. Jadi tak membebankan.

Wassalam

Wednesday, October 5, 2011

Yang paling menarik di Hong Kong adalah sistem pengangkutan awamnya.Sebab itu jalanraya mereka taklah sesesak di Kuala Lumpur.Bila saya menaiki MTR(keretapi bawah tanah)memang kagum saya.Dalam tanah tu ada tiga atau empat tingkat laluan keretapi MTR.Seluruh Hong Kong boleh dijelajah oleh sistem MTR ni.Sebut saja nak kemana , akan ada laluan MTR dari Hongkong hingga ke Kaw Loon dan Lantau. Macam biasa MTR penuh dengan penumpang.Taklah sesak sangat tapi cukup selesa dan memudahkan.Pakai aja map yang disediakan maka kita akan sampai ketempat tujuan. Didaratan ada Trem, keretapi letrik yang cukup tua sejak perang dunia kedua tapi masih baik dan boleh digunakan diseluruh Hong Kong.Kosnya pula amat murah , cuma $HK 2.30, jauh dan dekat. Selama 5 hari saya gunakan trem ini untuk ke berbagi tempat di Hong Kong.Selain tu bas dua tingkat mereka cukup efisien dan cukup banyak.Harga tambangpun berpatutan cuma lebih mahal dari trem.

Untuk menyeberang ke Kaw Loon ada perkhidmatan feri yang berulang alik banyak kali.Waktu yang diperlukan kurang dari 20 menit. Kos pun berpatutan.Jadi tak ada sebab untuk memiliki kereta peribadi kecuali bagi yang betul-betul kaya. Tak ada kereta sendiripun tak jadi masalah. Alangkah baiknya jika sistem begini ada di KL, PJ dan Shah Alam.Kuranglah masalah stress dijalanan.

Tentang makanan halal memang rumit.Kami bernasib baik kerana kebetulan berjumpa dengan seorang bibi Indonesia yang sudah bekerja selama 7 tahun di Hong Kong.Dialah yang menunjukkan warung Pak Malang, milik orang Indonesia yang mempunya sijil halal.Wah lega rasanya sebab dapat makan makanan kita tanpa was-was.Restoran ini terletak di kawasan causeway ,tak jauh dari jalan besar berhampiran SOGO.Walaupun warung ni tak besar tapi cukup untuk menampung keperluan orang Islam di situ.Saya sempat berbual dengan Pak Haji ni, pemilik warung berkenaan.Katanya dia berasal dari Gembong , Jawa dan bekas pekerja kedutaan Indonesia.Setelah bersara dia dan keluarga membuka warung tersebut bermula 7 tahun yang lalu.

Wassalam

Saturday, October 1, 2011

Dah lama sungguh saya tak menulis.Habis macam-macam hal dah jadi pada blog saya ni.Minggu lepas saya gagal nak masuk ke blog sendiri kerana ada pula arahan baru.Dia minta pula nombor HP, dah tu hangging pula.hari ni Alhamdulillah dapat masuk kembali.

Saya dan keluarga berada di Hongkong dari tanggal 11 sampai 19 September 2011 kerana saya menghadiri conference ISQUA. Keluarga ikut sama kerana nak melancung.Inilah pertama kali kami sampai di sana.Saya menaiki pesawat MAS dan penerbangan cukup lancar.Lebih kurang 4 jam sampailah kami di airport Hong Kong.Airport ini sungguh luas, seluas mata memandang.Semua berjalan lancar, cuma waktu nak melintasi bahagian imigresen punyalah sulit.Saya terpaksa menuggu agak lama bila pegawai imigresen mengecek berbagai maklumat saya.Dah bosan menuggu akhirnya paspot dicop.Lega rasanya.Anak laki-laki saya lagi sulit. Dia terpaksa menuggu lama.Malah pegawai imigresen memanggil pegawi lain untuk meneliti maklumat anak saya.Sayapun naik blank jadinya dan terus saya tanya pegawai berkenaan kenapa susah sangat nak lepas ni.Saya cakap anak saya ikut saya untuk melancung.Dia selamba aja jawab, don't worry just routine check.Dah hampir 30 menit baru clear dan paspot dicop. Saya sangkakan nak masuk aja sulit, rupanya nak keluar juga begitu.Waduh mungkin ada nama abdul atau kelihatan lain dari penduduk tempatan.Inilah fobia yang ada pada masyarakat dunia bila guna nama abdul atau muhammad.

Kami menginap di salah sebuah hotel di kawasan Wan Chai.Hotelnya cukup sederhana tapi baru.Hotel ni rupanya baru menyambut ulangtahun ketiga.Sebab tu cat dalam bilik masih cantik.Hotel ni harganya HK $ 800 semalam, lebih kurang RM 270 .Kalau di KL hotel sebegini cuma RM 150. Jadi harga di Hong Kong mahal. Walaupun duit mereka kecil, 1/3 duit kita tapi harga rumah, hotel dan makanan mahal.Yang murah pengangkutan awam.

Perjalanan dari airport menaiki teksi. Bayaran kurang lebih HK $ 380. Jadi tak lah mahal sangat, kurang lebih RM 120.Hotel agak jauh dari airport kerana airport terletak di Pulau Lantau sedangkan hotel di Pulau Hong Kong.Saya lihat peta ada banyak pulau.Yang besartu Hong Kong, Kaw Loon ,New Territory dan Lantau.Selain tu ada Macau dan banyak lagi pulau -pulau kecil.

Nanti kita sambung.Wassalam

Monday, August 29, 2011

Hari ini diambang Syawal.Tahun ni nampaknya cuma 29 hari berpuasa.Biasaanya 30 hari genap.Yang penting bukan jumlah harinya tapi hassil puasa tu macam mana.Dapat ke tidak matlamat yang dituju iaitu laallaqum tattakun.Agar kamu menjadi orang yang bertaqwa.
Mereka yang sempurna puasanya akan menjadi manusia baru yang bebas dari segala dosa.Mudah-mudahan kita tergolong ke dalam kelompok ini.
Di pejabat sekarang memang sepi gila.Peesakitpun tak ramai kerana separuh dari para doktor dah tutup klinik.Tahun ni memang cuti sakan kerana ccuti raya bertindih dengan cuti merdeka dan hari mantai pula tersepit diantara ahad dan raya pertama.Kemudian diikuti pula hari jumaat dan sabtu.Apa lagi cuti sakanlah.

Bagi yang sebuk bekerja sekali-sekal cuti memang menyeronokkan.Tapi kalau dah hari hari baru tahu bosan atau tidak.Nak tahu tanyalah orang pencen.Macam mana rasa tak ada aktiviti, cuma duduk-duduk dan tidur saja ddirumah. Wah tak terbayang bosannya. Sebab itu saya bertekat tak akan bersara hingga keakhir hayat.Pokoknya mesti ada kegiatan.Kalau syarikat dah tak mahu keranaa dah dianggap tua maka saya akan cari syarikat lain yang masih mahu.Paling tidakpun jadi peengajar di mana-mana universiti.Yang penting ada aktiviti yang berrguna.Kalau tidak alamat jadi cepat nyanyuk.

Sewaktu kunjungan saya ke Padang baru-baru ini ada teman bercerita yang salah seorang doktor pakar di sana dah nyanyuk>dulu dia ni memang top.Peesaakitnya nerpuluh orang dalam se hari.Tapi kita menurut khabarrnya nak dapat 3 orang seharipun sulit.Beeginilah putaran hidup.Sekali kita ke atas, sekali kita ke bawah

Selamat menyambut aidil fitri al mubaraq.Minal aidil walfaiizin. Wassalam

Saturday, August 20, 2011

Bulan Ramadan sudah hampir ke penghujung.Di Mana-mana kegiatan berbuka puasa di restoran dan di hotel memang dah jadi tradisi baru bagi mereka yang ada duit.Hari jumaat saya berkesempatan berada di Padang Indonesia kerana ada urusan resmi.Sorenya saya berbuka disalah satu restoran ternama.Bookingnya harus dibuat sehari sebelum.Khabarnya ada satu lagi restoran ternama yang bookingnya perlu dibuat 2 minggu sebelum.Wah luar biasa.Memang restoran tempat saya berbuka puasa tu penuh sesak.Tak ada langsung tempat kosong.Bagi mereka yang tak sempat nak booking awal, alamat kena berbuka puasa dengan rotilah jawabnya.
Kebiasaan saya berbuka dengan buah tamar.Tapi malangnya di restoran ni tak ada pula buah tamar yang disediakan. Yang ada cuma nasi dan lauk pauk masakan padang.Jadi saya berbuka dengan air kosong dan makan buah pisang.Pertama kali saya miss berbuka dengan kurma.
Hari Sabtu pagi saya terbang kembali ke Malaysia.Cukup pantas dan cukup mudah. Dulu sewaktu saya berdinas di Padang tahun 2000 penerbangan yang ada hanya milik Singapura dan kosnya juga tinggi .Jadi lebih sering saya pulang ke Malaysia naik feri dari naik pesawat.Tapi sekarang penerbangan sudah hari-hari.
Petang semalam saya berbuka puasa di salah sebuah hotel terkenal di KL kerana mengundang corporate client syarikat tempat saya bekerja.Pun hotelnya penuh sesak dengan mereka yang berbuka.Makanan jangan ceritalah banyaknya.Jenuh juga nak merasa berbagai juadah yang disediakan.Kuatirnya bulan puasa bukan semakin kurus malah tambah berat badan.Tentunya kalau dah function sebegini banyak makanan yang dibazirkan.

Saudara kita di Somalia sedang kebuluran tapi tak banyak yang ambil peduli. Adalah beberapa NGO yang mengambil inisiatif untuk mengumpul dana.Hanya doa yang dapat dipanjatkan supaya masalaah mereka segera berakhir.Yang hidup mewah seperti kita kena bersyukur banyak-banyak jangan sampai kita pula menerima nasib sebegitu.

Allah memang menggilirkan kehidupan ini.Lihat saja nasib negara Greek(Rom) yang dulu merupakan kuasa besar.Sekarang sudah muflis. Portugis dan Sepanyol yang juga kuasa besar zaman dulu kita diambang muflis. Amerika Syarikat sekarang sedang kepayahan.Kalu silap perhitungan mereka juga akan mengalami nasib serupa.Cina yang dulu miskin kini menguasai ekonomi dunia.Tahun 2009 simpanan dolar Cina berjumlah lebih dari US 240 billion tapi sudah dicairkan menjadi kurang dari US 6 billion tahun 2011.Sebab itu Amerika kepayahan kerana tak lagi dapat manfaat dari dana ini. Lihatlah beberapa tahun lagi Cina akan menjadi kuasa ekonomi terbesar di dunia.Ini bukti penggiliran kuasa yang terjadi sejak dulu.

Apa pengajaran bagi kita.Hati-hatilah, banyakkan bersyukur dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Oh ya satu lagi yang dapat saya lihat di padang pada hari jumaat lepas.Beberapa toko yang dulunya terselamat dari serangan gempa, kina sudah hangur dijilat api.Kabarnya kejadian tersebut terjadi beberapa hari sebelum saya ada di Padang.Menurut cerita kerana lintar pintas(short circuit). Jadi dalam bulan Ramadan ni banyak-banyaklah menghisab diri supaya kita menjadi insan yang lebih baik.Wassalam

Sunday, August 14, 2011

Hari ini adalah hari yang keempat belas kita berpuasa.Dah memang jadi kebiasaan bulan ramadan dah sinonim dengan bulan makanan.berbagai juadah yang dijual dibanyak tempat.Bagi yang berduit shopping sakan setiap petang.Makanan yang tak pernah dijual pada hari biasapun ada yang muncul pada bulan Ramadan.Cuma yang kita kuatirkan adalah kalau sampai membazir kerana dibuang selepas berbuka puasa.Dilaporkan di Dubai bertan-tan makanan dibuang setiap hari kerana tak habis dimakan selepas berbuka puasa.Ini memang sesuatu yang malang kerana dibahagian Afrika banyak yang mati kebuluran.Di Somalia sekarang sedang menghadapi musibah kebuluran kerana musim kemarau. Semangat ramadan mengajar manusia supaya merasai derita orang yang kelapran bila dia berpuasa.Jadi adalah malang jika orang yang sedang berpuasa tak dapat menghayati semangat ini sehingga membazirkan makanan.mentang-mentanglah duit ada dan makanan pula banyak.
Kita pun tak pasti apakah penjual makanan untuk berbuka itu melaksanakan solat mereka .Takut nanti duit dapat tanggungjawab pula diabaikan.Jangan kerana sibuk berniaga solatpun tidak.Puasa pasangannya adalah solat.Tak sempurna ibadah sesorang jika tak solat.
Cakap soal makan ini saya teringat suatu pengalaman yang saya lihat beberapa hari sebelum ramadan.Waktu itu saya menaiki kereta di Kuala Lumpur kerana ada urusan.Terkejut beruk saya dibuatnya bila saya lihat ada seorang pemandu yang sedang makan nasik dalam kereta sambil memandu.Saya lihat orang ni sadin aja makan nasi yang dibungkus dalam bungkusan polistrin sambil memandu kereta.Dia tentunya menggunakan sebelah tangan untuk menyudu nasi dan lauk dan sebelah tangan lagi memegang stering.Wah memang luar biasa.Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi turut membahayakan orang lain.Entah kenapa mungkin sibuk sekali sehingga tak ada masa nak makan secara normal sehingga memilih cara makan yang sebegini.Dunia memang dah nak terbalik barangkali.Kalau melihat orang memandu sambil makan kuih tu biasalah tapi kali ni memang luar biasa kerana makan nasi sambil memandu.

Dua hari lepas ada dilaporkan dalam akhbar tentang penemuan baru dalam bidang perubatan.Sekarang di UK sudah ada syarikat yang mengeluarkan kit perubatan yang boleh mengesan jantina bayi yang baru berumur dua bulan hanya dengan mengambil sampel dari dari sang ibu.Melalui kit ini jantina boleh ditentukan.Kalau cara konventional jantina hanya buloh dikesan menggunakan ultrasound setelah janin berumur empat bulan.Khabarnya syarikat ini tidak akan menjual produk ini ke negara Cina dan India kerana dikuatiri disalahguna.Di negara yang hanya membenarkan satu keluarga mempunyai satu orang bayi sahaja tentu akan berlaku pemilihan jantina anak oleh ibubapa.Kalau mereka mahu anak laki-laki sedangkan test menunjukkan janin perempuan maka ada kemungkinan janin tersebut akan digugurkan.Inilah masalahnya dengan teknologi baru yang tujuan utama untuk kebaikan tetapi ada kalanya disalahgunakan.

Wassalam

Monday, July 18, 2011

Baru-baru ini saya sempat menghadiri satu konference tentang healthcare.Rupanya kemalangan di hospital jauh lebih tinggi dibandingkan dengan tempat lain.Kapalterbang hanya jatuh sekali sekala tetapi kecelakaan akibat kecuaian doktor dan staf lain saban hari terjadi.Kalau kita baca di internet hampit 300,000 dilaporkan tentang kecelakaan di hospiatl setiap tahun.Jadi kadar kemalanagan ini jika nak dibandingkan dengan industri penerbangan ibarat setiap hari sebuah jumbo jet akan terhempas.Tragei paling dahsyat dalam industri penerbangan terjadi pada tahun 1977 di mana dua buah pesawat berlanggar yang menelan nyawa 583 orang.Sejah kejadian itu industri penerbangan memperketat sistem checking setipa proses supaya kejadian serupa tak berulang.Mereka menggunkan check list bagi setiap proses dan perkara ini dilaksanakan dengan ketat. Mungkin mereka bersungguh -sungguh melakukannya kerana jika cuai nyawa pilot akan turut melayang.Sebab itu pilot akan mempastikan setiap check list dilaksanakan dengan teliti. Ini berbeza dengan hospital.Banyak pakar bedah tak peduli dengan check list ini kerana kalau terjadi kesilapan bukan nyawa mereka yang akan melayang tetapi nyawa pesakit.Kita rasa amat perihatin dengan masalah ini. nak suruh buat site marking sebelum operationpun amat sukar.Apa lagi nak melakukan time out sebelum operation.Time out maknanya pakar bedah, pakar bius dan jururawat akan berbincang tentang pesakit sebelum dilakaukan pembedahan.Tujuannya supaya tak terjadi salah pesakit, salah tempat pembedahan dan sebagainya.Tapi ramai yang tak perihatin.
Masalah ini dah lama terjadi dan sukar mencari penyelesaian.Hanya mereka yang bertanggungjawab sahaja yang akan melaksanakannya.bagi mereka yang ego ianya dianggap sebagi angin lalu.

Tak ada cara lain kecuali pihak managemen perlu bertindak tegas.Pembedahan tak dibenarkan selagi tak dilakukan site marking dan time out.Kalau tak berani maka masalah ini tak akan terselesaikan.Kasihan pesakit jika terjadi kecelakaan ,apa lagi jika mengakibat nyawa pesakit.

Saya rasa sudah sampai masanya calon-calon doktor diajar tentang disiplin ini sejak mereka masih diuniversiti.Mereka juga perlu diajar supaya menghormati team yang lain kerana pengubatan pesakit dah boleh dilakukan seorang diri. Ianya merupakan team work yang diketuai oleh doktor. Doktor hanya berhubungan dengan pesakit untuk tempuh waktu yang singkat.Yang akan meneruskan penjagaan pesakit selanjutnya adalah jururawat. Jadi perlu ada sikap hormat pada jururawat. Kalau tak ada maka berbagai masalah akan terjadi.

Wassalam

Sunday, June 26, 2011

Hari khamis saya terbang dari Kl ke bandara Minangkabau di Padang. Penerbangan cukup lancar cuma mengambil masa 1 jam 10 menit. Saya sampai pukul 4 petang dan langsung disambut oleh staf yang memang telah sampai terlebih dahulu di padang.Kami membuka booth pameran di lapanagan terbang Tabing kerana ada pertunjukan udara .Hari rabu terjadi nahas pesawat yang mengorbankan nyawa pilot dari Malaysia.Kata penonton enjin pesawat mungkin mati dan mengakibatkan kapalterbang menjunam.Memang sungguh malang peristiwa ini dan akibatnya semua pertunjukan udara yang telah dirancang selama seminggu lanmgsung dibatalkan.Ia nak buat macam mana , ajal maut ketentuan Ilahi.

Hari khamis petang saya menyembpatkan diri melawat sekitar kota Padang yang mengalami gempa hebat tahun 2009. Gempa sebelumnya pada tahun 2007 tak sehebat gempa 2010.Masi banyak kesan runtuhan bangunan yang masih gagal untuk diperbaiki.Mungkin kekurangan biaya ataupun pemiliknya sudah tak berminat lagi.Hospital yang pernah saya jaga dulupun dah runtuh dan tak mungkin dibangun kembali.Saya lihat papan tanda masih ada tapi rumput dah mulai panjang separas pinggang.lepas tu nanti akan jadi hutan belukarlah.Menurut maklumat yang saya terima peniaga di kawasan pondok yang berhampiran dengan laut sudah mula membangun kembali bangunan yang telah runtuh.sebahagian peniaga dah meninggalkan kawasan bandar dan mula membangun di kawasan bypass iaitu kawasan penempatan baru.banyak juga yang telah berpindah ke Bukit Tinggi. Kata mereka jalan ke pekan baru riau sedang dibangun dan bila siap nanti cuma mengambil masa 4 jam dari pekan baru ke padang.tentunya yang akan mendapat manfaat utama adalah bukit tinggi kerana kawasan ini akan dilalui terlebih dahulu sebelum sampai ke padang.

Gempa sudah banyak meragut nyawa dan menelan harta benda yang telah dikumpul sekian lama.Semuanya ini tentu memberi pengajaran kepada manusia.Harta adalah pinjaman dari Ilahi dan bila-bila masa ianya boleh hilang dari genggaman kita.Sebab itu jangan kita hanyut dengan harta.Saidina Ali pernah berkata jika kita banyak harta maka kita akan menjadi hamba harta kerana kita perlu menjaga nya.Tapi jika kita banyak ilmu maka ilmu akan menjaga kita.Jadi dalam kes gempa ni mereka yang berilmu akan terus mampu meneruskan hidup kerana bisa menggunakan ilmu di mana saja.Contohnya para konsulen yang dulu praktek di Padang tapi kini dah ramai berpindah ke jakarta untuk meneruskan hidup demi masa depan yang lebih baik.

Saya lihat di Pusat bandar yang dulunya mempunyai sebuah super market yang cukup besar ,kini tinggal puing bangunan yang telah runtuh.Di bawah bangunan ini dulu terdapat pasar rakyat yang cukup besar .Ratusan peniaga yang menjual berbagai produk terutama kain baju.tapi kini entah apa nasib mereka, tak ada siapa yang tahu. Saya ada bertanya dengan berapa peniaga disekitar tempat tersebut dan mereka pun tak pasti dengan nasib peniaga-peniaga yang bersangkutan. Di sekitar kawasan ini telah tumbuh puluhan pondok kecil yang cukup sesak .Tapi peniaga terpaksa membuka gerai juga di kawasan ini.Pembeli tak seramai dulu kerana kawasan ini sesak dan menyulitkan untuk berjalan, apa lagi nak membeli belah.Dah lah kawasan sesak , nak jalanpun susah, baunya juga kurang menyenangkan.Tapi nak buat macam mana. Nak membaik pulih bukan perkara mudah kerana memerlukan biaya yang cukup besar.
Menurut rakan saya sehari sebelum saya mendarat di Padang ada gempa kecil-kecilan.jadi maknanya gempa ni masih belum berakhir.

Pengalaman saya semalam menginap di Padang meninggalkan kesan yang amat mendalam , melihat runtuhan bangunan dan kehilangan punca rezeki mereka yang sbelum ini boleh dianggap berkecukupan dan hidup senang.Entah apa nasib mereka hanya Tuhan yang tahu.Saya tak sempat nak berjumpa kenalan lama kerana kunjungan yang sungguh singkat.Nak berlam-lama di Padang pun tak ada urusan pula.Jadi cukuplah 2 hari satu malam.Mungkin kalau kesempatan lain saya akan berkunjung kembali.

Potensi untuk mendapatkan pesakit dari Padang cukup besar kerana banyak hospital yang telah runtuh.Masyarakat di sini sering berkunjung ke Melaka kerana mereka dah terbiasa.Jadi kami dari seremban baru mencuba untuk mempromosikan hospital yang ada di seremban.Tentunya akan mengambil masa yang panjang.Bila saya sebut saya bekerja di hospital kontan masyarakat di sana mengatakan dari melaka ya pak.Saya jawab dari Seremban.Malah penerbangan ke KLIA cuma satu jam, jadi lebih dekan dibandingkan feri dari Dumai yang akan memakan masa 2 jam setengah.Usaha untuk menarik minat masyarakat Padang ke seremban perlu dilakukan secara berterusan dan akan mengambil masa yang lama.Mereka yang berasal dari Melaka telah memulakan langkah pertama ini 15 tahun yang lalu.Jadi tak ada istilah terlambat.Saya sangat yakin dengan persamaan adat resam dan jarak yang lebih singkat maka seremban akan menjadi pusat rujukan masyarakat dari Padang untuk berubat.

Minggu depan Insya Allah saya akan ke Jakarta lagi.
Wassalam

Wednesday, June 22, 2011

Sekarang isu e coli yang menyerang Eropah dah mulai senyap.Jadi penyakit tu datang dan pergi.Yang pasti banyak juga yang telah menjadi korban.Lepas ni nanti tak tahu pula apa yang akan datang.Kebocoran pusat nuklear di Jepun masih belum selesai.Tak tahu kesan apa pula nanti yang akan timbul.
Beberapa hari lepas saya singgah solat di salah sebuah mesjid di KL. Nak masuk tandas tak boleh pula pakai selipar. Di pintu masuk ditulis dengan jelas, di larang memaki selipar. Tak tahulah pula kenapa.Mungkin penyelia mesjid takut tandas menjadi kotor.Bagi saya memang pelik sikit sebab tandas tu memang tempat kotor.Sebab itu Nabi suruh kita pakai alas kaki bila masuk tandas.Faham-faham sajalah tempat awam, mungkin masih ada sisa kotoran dilantai tandas selepas ianya digunakan.Kalau tak pakai selipar mungkin kita pula akan terpijak kotoran tersebut.Ini yang menjadi sumber penyakit. Salah satu kuman yang banyak terdapat dalam najis manusia adalah E.Coli.Kalau ada luka terbuka dikaki kita maka masuklah kuman tersebut.Ini yang sangat merbahaya.Harap lepas ni pengurus mesjid mengambil perhatian tentang perkara ini sesuai dengan sunnah Nabi.Kalau tak benarkan selipar dari luar dibawa masuk sediakanlah selipar untuk kegunaan di dalam tandas.Masyarakat kita pun satu macam.Harta benda mesjid, surau pun nak disapu juga.Selipar mesjid akan jadi milik mereka.Ada yang selamba saja ambil selipar mesjid untuk dibawa pulang.Kalau hari ni diletakkan sepuluh pasang maka dalam waktu satu minggu sepasangpun tak ada yang tinggal.Sejadah mesjid/suraupun dikebas sakan.Entahlah apa nak jadi.

Hari selasa petang saya terbang ke Kota Bahru kerana present paper dalam salah satu konferen.Yang menariknya dalam penerbangan pramugara pesawat meminta salah seorang penumpang mematikan ipod milik dia.Malah pramugara dengan tegas mahu melihat sendiri sama ada penumpang tersebut telah mematikan iport atau tidak.Dia kata i need to see your ipod ,is it being switch off because i need to report to the pilot.Wah bagus juga dengan sikap yang tegas ni demi keselamatan pesawat.
Wassalam

Sunday, June 5, 2011

Sekarang sedang heboh diperkatakan tentang wabak E.Coli. Katanya berpunca dari timun dan tomato. Dah beratus tahun manusia makan benda tu tapi tak ada pula penyakit.Tapi tiba-tiba saja wabak terjadi dan ramai yang sudah meninggal dunia.Dunia Barat yang pakar dalam menjaga kebersihan dan pakar menemukan berbagai penyakit serta ubatnya.Anehnya mereka pula yang dilanda penyakit ini.
E.Coli bukanlah benda asing pada manusia.Ia merupakan normal flora dalam najis manusia.Ia berada dalam perut manusia untuk membantu pencernaan dan melindungi manusia.Tapi bila dah berada dalam najis ia mungkin boleh menjadi bahaya jika termasuk semula ke dalam tubuh manusia.Apa lagi jika sempat memasuki pengaliran darah.Akibatnya boleh terjadi keracunan darah yang disebut septicaemia yang boleh melumpuhkan berbagai organ terutama jantung dan buah pinggang.
Manusia sangat rawan dengan serangan kuman .Tak seperti mahluk yang lain yang mempunyai ketahanan tubuh yang kuat.Tuhan bagi manusia akal dan kebebasan untuk menjalani hidup ini.Sebab itu pola dan tingkah laku manusia akan menentukan nasib manusia di bumi ini.mahluk yang lain tak ada kesempatan ini.Sebab itu Tuhan melindungi mereka.Manusia akan selamat jika mematuhi peraturan Ilahi.

Dalam perkembangan teknologi yang serba canggih , masih ada penyakit asas yang tak mampu ditangani oleh manusia. Ini nama nya keterbatasan kuasa manusia dalam menentukan perjalanan hidup mereka.
Baru-baru ini juga heboh diperkatakan tentang arak yang halal. Yang nama nya arak tentulah haram tapi entah macam mana adalah pula yang melebelkan arak halal. Tak sudah-sudah usaha untuk menyesatkan manusia.Khabarnya benda ni banyak terdapat di restoran yang menjual makanan dan minuman dari asia barat.Tambah lah pening kita untuk mendidik anak-anak. Jangan sampai nanti mereka mengangggap ada arak halal dan ada arak haram.
Cabaran untuk menjadi ibu bapa hari ini sangat sukar.Lebih sukar lagi bila macam-macam benda boleh terdedah pada anak -anak kita.Yang paling menggemparkan adalah laporan jawbatan agama bahawa terjadi perceraian setiap 15 menit bagi pasangan Islam.Entah sohih atau tidak tak dapat dipastikan. Jika angka itu betul memang amat merunsingkan. Yang nak berpisah tak ada masalah tapi anak-anak yang akan menjadi mangsa.Mereka tentu tak akan pernah faham tentang masalah ini kerana mereka masih kecil. Dilaporkan juga penyebab utama adalah teknologi facebook. Dua kes dari lima adalah kerana facebook. Inilah teknologi yang mempunyai dua sisi, baik dan buruk.Jadi pandai-pandailah menggunakan teknologi ini untuk kebaikan.

Kalau dah berkahwain tu lupakanlah kisah-kisah silam dengan kekasih lama. Jangan pula bila bertengkar sikit langsung menghubungi kekasih lama untuk mendapat simpati.Kalau ini yang dilakukan alamatlah masalah besar yang akan menanti.

Wassalam

Sunday, May 29, 2011

Tanggal 19-20 Mei saya berkesempatan berada di Kuantan.petang hari saya sempat mampir di Telek Cempedak.Pantainya sungguh cantik dan keadaan pantai cukup bersih.Saya kesana saja nak jalan-jalan.Kalau lihat keadaan pantai yang bersih ni memang boleh dipuji.Di banyak tempat keadaan pantai semakin kotor kerana tabiat buruk pengunjung yang membuang sampah merata-rata.Nak kenyang perut maka sampah sarap akan dilambakkan di sepanjang pantai.Jadi agak mengkagumkan jika keadaan patai dapat dijaga kebersihannya.

Semalam ada di tulis satu artikel dalam surat khabar tentang telur setengah atau separuh masak.Kalau ditempat kita memang telur setengah masak menjadi kegemaran orang-orang kita.Apa lagi jika dimakan dengan kicap masin.Wow memang menyelerakan.Ada yang makan sampai dua biji setiap pagi.Entahlah nak tambah sihat atau sebaliknya.Kandungan kalori telur kuning cukup tinggi iaitu melebihi 200 mg.Kalau dua biji dah lebih 400mg.Ikut lojik jika selalu diamalkan boleh tersumbat jantung dibuatnya.Rupanya di negara barat makanan telur separuh masak ini tak dibenarkan kerana katanya tak terjamin kebersihanan telur tersebut.Telur separuh masak dikatankan mungkin mengandungi Salmonella yang boleh menyebabkan seseorang itu keracunan makanan.Entahlah ditempat kita tak ada pula orang yang keracunan makanan kerana memakan telur separuh masak.
Kalau di Padang Indonesia lain pula ceritanya.Telur mentah dimasukkan kedalam teh susu kemudian dikacau menjadi rata lalu di minum.Sewaktu saya masih bertugas di sana dulu ramai peminat minuman ini.Saya memang tak tertelanlah minuman macam ni.Tapi mereka yang menggemarinya mengatakan ianya cukup enak .Entahlah macam-macam tabiat pengguna ni.Yang pasti peranan telur ayam cukup penting sebagai makanan utama manusia.

Sabtu dan Ahad saya berada di Kota Bharu membentangkan kertas kerja tentang best Practices to increase patient safety based on WHO standard.Lepas tu saya pun terus mengikuti konferen selama 1 hari setengah.Bagus juga ramai jumpa kawan-kawan lama

Wassalam

Monday, May 16, 2011

Minggu lepas dari tanggal 11 hingga 12 may saya berada di Singapura.saya dijemput untuk membentangkan kertas kerja di konferen Hospital Build Asia.Pihak penganjurkan menyediakan penginapan dua malam di hotel marina Bay Sand.wow, bilik yang disediakan cukup besar dan ekslusif.Saya rasa panjang bilik mencapai 30 kaki panjang dan lebar 15 kaki.cukup besar dan mewah.Mungkin satu malam cajnya lebih dari S$1000.kalau di ringgitkan tentu RM 2600 semalam.Wah dah rezeki nak tinggal dibilik mewah.
Tempat ni memang baru dan cukup ramai pengunjung dari manca negara.Saya berkesempatan juga naik ke tingkat paling atas berbentuk kapal iaitu ditingkat 57.Rupanya tempat ini menyediakan kolam renang dan tempat makan minum.Hanya mereka yang menghuni hotel dibenarkan naik ke atas kalau tidak kena bayar S$100 untuk masuk.
teringat saya waktu berkunjung ke Dubai dulu.Nak naik ke tingkat 147 menara Khalifa kena bayar 100 riyal dubai.

Di sebelah bangunan berkembar tiga terdapat bilik konferen dan pusat kasino.Bilik konferen ni cukup besar dan mewah.Saya lihat penuh juga semua ruangan yang ada kerana berbagai konferen berjalan serentak.Ruang pamiran pun cukup besar dan sesuai untuk even peringkat antarabangsa.Pusat kasino dikunjungi siang malam oleh masyarakat tempatan.Kalau naik teksi macam-macam cerita yang saya dengar dari pemandu teksi tentang pusat judi ni.Ada yang pro dan tak kurang juga yang anti projek tersebut.Memang tempat ini menyediakan peluang kerja lebih dari 30,000 pekerjaan tapi dalam jangka panjang banyak rakyat yang bimbang tentang kesan negatifnya. Dalam hidup ni memang ada dua sisi, yang baik dan yang buruk.Jadi tinggal pilih yang mana satu kita inginkan.

Singapore memang bandar bersih dan dikatakan cukup selamat.Saya tak nampak seorangpun anggota polis beruniform. Menurut pemandu teksi mereka tidak memakai uniform tapi berkeliaran di mana-mana.semua sisi pusat bandar dipantau oleh CCTV.Sebab itu penjenayah takut nak melakukan kegiatan mereka.

Penerbangan pulang tergendala satu jam kerana pesawat lambat sampai.Jadi sempat jugalah saya merayau-rayau di airport Changi.Yang menariknya di setiap sudut ada pegawai perhubungan awam yang sentiasa ingin membantu tetamu yang ada .Saya juga ditawarkan perkhidmatan untuk membawa beg tapi kerana beg saya kecil saja maka saya menolak tawaran mereka secara baik.Ini berbeza sekali dengan pengalaman saya salahsatu airport di kota London.Saya tak ingat pula nama airport ni. Dua tahun yang lalu saya transit di airport ni untuk terbang ke Dublin.Dah lah tak ada kaunter customer service malah tak ada siapapun petugas yang boleh membantu.Bila ditanya mereka tak ambil peduli.Memang pengalaman yang pahit dan tak mungkin saya lupakan.Check in pula menggunakan komputer dan perlu mendapatkan password.Manalah saya tahu password apa yang nak dipakai.setelah puas mencuba akhirnya saya terpaksa bertengkar dengann petugas dikaunter.Setelah penat bertekak aakhirnya mereka sudi membantu saya. Mungkin mereka ingat orang Asia ni tak perlu dipandang sebelah mata.
Wassalam

Monday, May 9, 2011

Hospital bukanlah tempat yang selamat .Mungkin ramai orang yang tak tahu tentang fakta ini.Di USA dilaporkan lebih dari 98,000 pesakit yang mati setiap tahun kerana kesilapan pihak doktor dan petugas hospital(Institute of Medicine). Kecelakaan sewaktu melahirkan dilaporkan dalam jumlah yang amat menakutkan.Dianggarkan terjadi lebih dari 28,000 kes setahun, 2,333 kes sebulan, 538 kes seminggu ,76 kes sehari dan 3 kes setiap jam.Bayangkan betapa tingginya angka ini. Data ini cuma dikeluarkan di USA kerana mereka mempunyai kemampuan untuk memantau semua kes yang terjadi.Bagaimana pula di negara yang tak punya kemudahan ini terutama negara-negara miskin.Tentu kesnya akan berlipat kali ganda apa lagi dengan teknologi yang masih mundur.
Di negara kitapun kemampuan kita untuk mengumpulkan data amat terbatas dan tak banyak kes yang kita tahu.Kita amat bergantung dengan data-data yang dikeluarkan oleh negara-negara maju seperti USA dan Eropah.

Dalam kes-kes anaesthesia dilaporakan di antara tahun 1999-2005 terdapat 2,211 kes-kes kematian yang disebabkan oleh prosedur bius .
46.6% adalah disebabkan oleh overdose ubat bius
-42.5% kesan sampingan ubat bius
-3.6% komplikasi ubat bius sewaktu mengandung,proses melahirkan anak atau selepas melahirkan.
-7.3% komplikasi yang lain

Kadar kematian yang paling tinggi dicatatkan bagi pesakit yang berusia lebih dari 85 tahun.

Kerana tingginya kes-kes kemalangan di hospital maka WHO telah melancarkan kempen Patient Safety Goals:
Yang pertama adalah correct identification.Ini pun jadi masalah besar di hospital dimata menjadi kebiasaan petugas menggunakan bed number untuk mengenalpasti pesakit.memang sering terjadi kesilapan kerana pesakit sering berpindah dari satu bed ke bed yang lain kerana berbagai sebab.banyak kes dilaporkan terjadi kesilapan menghantar pesakit untuk menjalanai prosedur x ray, fisioterapi, kesalahan memberi ubat dan sebagainya kerana pesakit telah berpindah bed. Oleh itu Patient safety goal yang pertama ini menggunakan nama pesakit dan nombor pendaftaran.Setiap pesakit yang masuk dirawat dihospital dipakaikan dengan patient tagging iaitu gelang plastik yang dilekatkan dipergelangan tangan.Gelang ini tidak akan tercabut atau tertanggal kecuali jika digunting.Dengan cara ini dapat dipastikan yang pesakit tidak akan silap.
Patient safety goals yang seterusna akan saya bicarakan di keluaran yang akan datang.

Tengahari ini saya akan terbang ke Singapura kerana menghadiri konferense selama dua hari.Saya dijemput untuk membentang satu kertas kerja besok pagi.
Sampai jumpa lagi.Wassalam

Tuesday, April 26, 2011

Menjelang subuh tadi hujan turun cukup lebat tapi jam 7.30 pagi dah tinggal renyai-renyai.Cuma macam biasa setiap kali hujan tak kira lebat atau renyai jalan akan jadi sesak.Memang ini fenomina biasa di Seremban.Di KL mungkin lebih teruk.aginilah rutin harian kita sehingga banyak yang menjadi stress dan akhirnya menghidap penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
Cuaca kini sukar di ramal.Kalau dulu musim tengkujuh pada akhir tahun tapi kini hujan ribut boleh turun bila-bila masa.Kenapa hanya Tuhan yang tahu.Tapi Allah dah memberi peringatan akan terjadi kerusakan di muka bumi kerana ulah tangan-tangan manusia.

Beberapa minggu lepas heboh tentang telur ayam palsu. Wah telur ayampun boleh dipalsukan.ini sungguh luar biasa. Kalau baju, tali pinggang, kasut palsu tu perkara biasa.maksud palsu adalah penciplakan jenama oleh sayarikat lain tanpa keizinan pengeluar asal. Tapi bila telur palsu ni macam mana.Telur ayam dikeluarkan oleh ibu ayam.jadi macam mana nak palsukan telur ni.

Rupa-rupanya bila saya baca sebuah artikel tentang perkara ini, rupanya telur ayam palsu dibuat dari bahan kimia bukannya di keluarkan oleh ibu ayam.Semua kandungan telur adalah bahan kimia.Kulit telur dibuat dari calcium carbonate.isi dalamnya yang berupa kuning telur dan bahan telur yang putih dibuat dari kalsium kloride, sodium alginate , dgelatin dan beberapa bahan kimia yang lain.Sekali imbas memang macam telur biasa tapi semuanya bahan kimia.Kenapa manusia tergamak membuat pemalsuan ini tanpa memikirkan keselamatan orang yang akan memakannya.Tentu jawapannya mudah saja iaitu sifat tamak haloba.Yang penting duit, orang lain nak jadi apa terserah.

Dulu heboh soal melanin yang digunakan untuk mengganti protein dalam susu sehingga ramai kanak-kanak yang mati kerana meminum susu tersebut.Kini dah senyap berita ini, tak tahulah mereka dah berhenti mengeluarkannya atau dah tak lagi menjadi bahan berita.Kesan keracunan telur palsu ni masih belum ada yang dilaporkan.Tunggu sajalah nanti suatu hari akan ada berita yang menakutkan ini.

Sifat tamak manusia memang tak boleh dikekang kecuali melalui Iman. Jika tak ada iman manusia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kesenangan tanpa mempedulikan halal haram.

Tanggungjawab kita sebagai ibubapa mempastikan anak-anak kita ditanamkan ajaran agama supaya ada ketahanan iman dan mereka boleh membezakan yang mana halal dan yang mana haram. Manusia sering lupa yang apabila mereka mati semua harta kekayaan ini akan ditinggalkan.
Wassalam

Saturday, April 23, 2011

Minggu lepas saya berada di Singapura selama 1 minggu kerana mengikuti latihan practikum JCI.kursus bermula hari Isnin dan berakhir pada hari Jumaat.Penat jugalah kerana hari-hari dengar kuliah.Seronok juga kerana jumpa ramai kawan dari seluruh dunia.Saya berangkat bersama 5 orang teman yang lain.Di samping kami ramai juga peserta Malaysia yang lain.
Kami tinggal disebuah hotel tak jauh dari bangunan Shaw Tower.Kalau ikut lambang bangunan ni macam lambang yang selalu kita lihat sewaktu zaman kemuncak filem-filem P Ramli.Hotel ini terletak di jalan Beach.Kami pilih tempat ni kerana harga hotel yang masih terjangkau tapi juga dekat dengan Arab Street.Jadi mudah nak cari makanan halal. Tiap malam kami akan ke Arab Street untuk makan malam.Banyak kedai orang Islam di sini.
Yang menariknya pada hari pertama pihak pengancur memaklumkan makanan yang disediakan di hotel tempat kursus semuanya halal.Wah tercengang juga saya.Mungkin kerana ramai peserta dari negara arab.Jadi mereka mengambil kira perkara ini.
Kursus diadakan di hotel Pan Pacific dan kami perlu naik teksi pagi dan petang.Sebetulnya kalau nak jalan kakipun boleh cuma penat sikitlah.Lagi pula setiap petang hari hujan jadi tak mungkin nak jalan kaki.
Hari yang ketiga dan keempat kami dibawa melawat sebuah hospital swasta yang terkenal di republic ini dan sebuah hospital kerajaan untuk melawat sambil belajar.

Apa yang dapat saya saksikan adalah bandar Singapura ni cukup bersih.lori yang mengangkut sampahpun bersih sungguh dan tak mengeluarkan bau.Kalau kat tempat kita , baunya boleh dibau 500 meter.Nak buat macam mana dah kenyataannya macam tu.

Teksi cukup banyak tapi sebelah malam susah nak dapat kerana selalau penuh.Heran juga.Menurut keterangan pemandu teksis di bandar ni saja ada lebih dari 10,000 teksi dari berbagai syarikat tapi pada waktu puncak semuanya penuh.Jadi maknanya banyak orang asing yang menggunakan teksi kerana rakyat tempatan tentu menggunakan kereta sendiri atau naik kenderaan awam.Sistem MRT di Singapura cukup baik dan efisien.

Saya dimaklumkan oleh salah seorang pemandu teksi bahawa pada tahun lepas saja terdapat sejuta pelancung yang melawat repuklik ini.Jumlah mereka bertambah ramai setelah siapnya komplek hotel dan perjudian di Marina Sand.Memang tempat ni cukup menarik untuk dikunjungi oleh mereka yang punya hacat tersebut.

Yang agak menghairan saya adalah jumlah tambang teksi berubah-ubah walaupun jarak perjalanan sama.Jumlah yang tertera di teksi dengan jumlah yang diminta oleh pemandu memang tak sama.Saya pun tak pasti macam mana mereka kira jumlah yang perlu dikenakan pada penumpang.Jadi men jadi seribu tanda tanya.

Minggu kedua bulan May saya akan ke Singapura lagi kerana dijemput untuk membentangkan kertaskerja di salah sebuah konferen yang akan diadakan di sana.Kali ni tempatnya adalah di Marina Sand Bay hotel

Wassalam

Tuesday, April 12, 2011

Menyambung cerita tentang lawatan ke Fujairah.Bandar ini baru nak dibangunkan.Seoanjang perjalanan daru Dubai yang nampak hanya gurun pasir. Kalau nak mengejar kemajuan bandar Dubai mungkin dua puloh tahun lagi.Namun usaha pemerintah Fujairah patut dipuji. Mereka melancarkan program Fujairah free tread zone. investor luar boleh masuk dengan hak milik 100% tanpa dikenakan sebarang cukai. Cukup menarik tawaran ini.Bandar Fujairah mempunyai pelabuhan yang cukup dalam menghala ke Indian ocean.Kalau dilihat dengan mata kasar jelas airnya cukup biru.Ini bermakna laut ini cukup dalam.Sekarang pelabuhan ini merupakan tempat penyimpanan minyak yang cukup besar.Mungkin mereka boleh menggunakan kelebihan ini.Saya ditempatkan di salah sebuah hotel resort yang cukup cantik.Cukup dengan segala kemudahan .Dari hotel ini ketempat conference memerlukan masa 30 menit dengan kenderaan .Saya cuma tinggal dua malam dan selepas konferen langsung berangkat kembali ke Dubai. kami sekeluarga sampai di Dubai waktu petang dan langsung check in di salah sebuah hotel sederhana di Bur Arab.kemudian apa lagi merayaulah ke serata Dubai dengan teksi.Tempat pertama yang dilawati adala Burj khalifah.Wau mempesonakan kerana masih bangunan tertinggi di dunia. Sebelah petang asyik menonot pancutan air yang menari mengikut irama lagi arabia.Sebelah malam kami menaiki bangunan ini dengan membayar Dirham 100 seorang. Wau lift nya cukup cepat .Tak sampai lima menit dah sampai ke tingkat 124 iaitu tingkat tertinggi yang dibenarkan pelancung naik.bangunan ini mempunyai lebih dari 160 tingkat.Sampai ditingkat 124 asyiklah ambil gambar dan melihat pemandangan yang mempesonakan seluurh bandar Dubai.Wou memang hebat. Debuai memang kota metropolitan serba canggih dan kesungguhan pemerintah Dubai memang patut dipuji.Mereka beria untuk menjadikan bandar ini sebagi business center bagi timur tengah.memang nampak usaha gigih mereka ini.Kalaulah tak kerana merudumnya ekonomi dunia tahun lepas maka akan lebih rancah pembangaunan bandar ini. Akan disambung.Wassalam

Saturday, April 9, 2011

Pada 2 April saya dan keluarga berangkat ke Dubai menaiki Emirate airline. Penerbangan melalui KLIA tepat jam 7.30 malam .Sepanjang perjalanan cuaca sangat baik dan layanan petugas dalam kapalterbang sungguh baik. Naik saja pesawat disajikan makanan ringan , kemudian makan malam dan beberapa jam sebelum mendarat disajikan lagi makanan.Layanan cukup baik dan semua makanan adalah halal. Penerbangan menggunakan pesawat Boeing 777 yang cukup selesa.Lama perjalanan adalah 7 jam dan kami mendarat di lapangan terbang Dubai jam 10.30 malam.Tambang untuk seorang pergi balik termasuk cukai adalah RM 2,200 yang dikira cukup berpatutan. Sampai di airport kami dijemput oleh pihak penganjur yang langsung membawa kami ke hotel Grand mid west.Hotel ini juga berfungsi sebagai apartment.kami disediakan sebuah bilik apartment yang boleh menampung tiga orang penghuni.Cukup lumayanlah bilik dan kemudahan yang ada. Keesokan harinya kami dibawa menggunakan MPV menuju Fujairah tempat berlangsungnya conference.Jarak Fujairah dari Dubai adalah 115km tapi perjalan mengambil masa dua jam kerana banyak berhenti dan pemandu mengikut had laju yang ditentukan. Jika melebihi 120km/jam maka kereta akan mengeluarkan bunyi. Rupanya perjalanan kereya dikawal oleh pihak syarikat menggunakan sistem GPS.Jadi pemandu tak berani membawa laju. Macam biasa pemandu adalah orang Pakistan .Di Dubai, Abu Dhabi dan daerah lain di UAE kebanyakan pemandu kereta penumpang adalah Pakistan atau Bangladesh. Saya dijemput intuk membentangkan kertas kerja di forum Fujairah International Business Forum yang berlangsung dari 4-5 April 2011. Giliran saya adalah pada hari pertama dan sambutan sungguh baik.Dewan penuh dengan peserta dari seluruh dunia.Kebanyakan speaker adalah MD/Group CEO atau President syarikat. Saya sebetulnya mewakili Big Boss saya yang tak dapat hadir. Jadi hanya saya seorang yang menjaga sebuah hospital swasta , yang lain-lain tu hebat-hebat belaka. Ada juga speaker yang bekerja sebagai Professor di universiti. Biasalah kalau dan professor tu tentu lebih kepada akademik tapi kita yang menjaga syarikat ni lebih kepada business oriented. Saya amat berbangga kerana dapat mewakili syarikat tempat saya bekerja dan juga mewakili negara. Di samping saya terdapat seorang lagi speaker dari Malaysia. Beliau ni bertugas sebagai Pengarah MIDA di Dubai. Di samping itu Consul general kita di Dubai juga turut hadir dalam conference ini. Wah bangga jugalah menjadi speaker dalam conference yang cukup gah ni. Peresmian forum dilakukan oleh Anak sheikh Fujairah dan upacara peresmian cukup ringkas. Tak seperti ditempat kita yang cukup mengikut protokol. Tapi di sini mereka lebih mengikut cara di negara barat yang sangat sederhana. UAE adalah negara yang cukup unik. Mereka mengamalkan pemerintahan federalism dimana negara ini terdiri dari gabungan tujuh negeri .Presiden adalah Sheikh dari Abu Dhabi dan Perdana Menteri dari Dubai. Yang lain-lain adalah anggota mesyuarat pemerintah. Masing-masing negeri mempunyai Sheikh yang mempunyai otonomi penuh.Polispun milik masing-masing negeri. Yang milik federal adalah urusan luarnegara termasuk pasukan tentera. Yang selebihnya milik dan otonomi negeri masing-masing. Dubai adalah bandar super moden dengan bangunan yang cukup canggih.Cukup luar biasa design bangunan-bangunan yang ada. Kereta-kereta yang adapun cukup canggih-canggih dan mewah.Banyak kereta di sana yang saya tak pernah lihat di negara kita.Maklum negara kaya dengan penduduk tempatan yang tak sampai 300,000 orang.selebihnya sebanyak 80% adalah pendatang.Yang uniknya penndatang tetap kekal sebagai pendatang kerana tak mungkin mereka akan mendapat warganegara.Mereka boleh tinggal dan bekerja di UAE tapi jangan harap nak dapat status warganegara.Dengan cara ini pemerintah di sana melindungi rakyat negara mereka. Akan bersambung.Wassalam

Wednesday, March 30, 2011

Dah hampir dua minggu tak menulis.Makin lama makin kesuntukan waktu.Minggu lepas saya membentangkan dua kertas kerja dalam seminar kesihatan di Kuala Lumpur.Maklum sajalah persiapan untuk menyediakan kertas kerja tersebut sangat rumit kerana seminar peringkat antarabangsa. Saya cukup seronok mengambil bahagian sebagai pembentang kertas kerja. Insya Allah 4/4/2011 saya akan menbentangkan satu lagi kertas kerja di Fujairah International Business Forum di Fujairah UAE. teruja sungguh nak ke sana kerana belum pernah sampai.Setakat ini cuma pernah sampai ke Dubai tahun lepas kerana di jemput membentangkan satu kertas kerja. InsyaAllah akhir May saya akan membentangkan satu lagi kertas kerja di Kota Bharu kelantan anjuran USM. Rupanya kalau dah sering terlibat maka mudah untuk mendapat jemputan diperingkat lokal atau antarabangsa. Beberapa bulan lepas ada ura-ura nak mengawal penjualan ubat-ubatan penahan sakit kerana ada beberapa kes di mana remaja menelan ubat-ubatan tersebut dalam jumlah banyak kerana nak bunuh diri. Sekarang ini kalau nak bunuh diri macam-macam cara yang dilakukan. Kalau dulu terkenal dengan minum kopi O iaitu menghirup racun rumpai. Akhirnya bahan ini diwarnakan hitam dan direkod penjualannya. Tapi masih ada juga yang menggunakannya untuk membunuh diri. Kalau nak kawal penjualan ubat penahan sakit ni memang sangat rumit. Dalam akta racun berjadual ubat ini dikategorikan sebagai ubat OTC iaitu sesiapapun boleh membelinya di kedai tanpa ada kawalan. Ubat yang masuk ke dalam golongan ini adalah paracetamol untuk demam dan sakit kepala.Satu lagi adalah aspirin untuk menahan sakit malah ada syarikat yang membuatnya dalam bentuk serbuk untuk menahan sakit gigi.Jadi macam mana anak kawal ni. Takkanlah nak beli ubat sakit kepalapun kena daftar , tulis nama dan jumlah yang dibeli pula di sekat-sekat. Saya rasa tak praktikal. Yang perlu dicari puncanya adalah kenapa orang nak bunuh diri. Ini yang perlu diteliti dan di cari jalan penyelesaiannya bukan nya membatasi penjualan ubat demam dan sakit kepala. Beberapa minggu lepas kerana masalah kemalangan yang melibatkan basikal letrik maka ada pula ura-ura nak mengharamkan penggunaan basikal ini. Apa lagi melompatlah pengeluar barang ini kerana mereka dah berbelanja jutaan ringgit, kalau diharamkan alamat gulung tikar mereka . Jadi perlu dikaji terlebih dahulu punca masalah dan di cari jalan penyelesaian terbaik, bukan asyik nak haramkan saja. Wassalam

Tuesday, March 15, 2011

Mulai 1 mac 2011 pemerintah telah mengharamkan penggunaan botol susu policarbonat kerana bahan ini mengandungi bipolarasetat yang boleh membahayakan kesihatan bayi dan kanak-kanak.BPA digunakan sebagai campuran policarbonat supaya ianya menjadi lutsinar dan keras.Bila menggunakan air panas untuk membuat susu maka BPA akan terlarut dan masuk ke dalam susu .Bila diminum oleh bayi dan kanak-kanak maka bahan ini boleh mengubah hormon pada manusia sehingga menyebabkan kanser.Kanser yang dikenal pasti adalah kanser prostat, kanser buahdada dan kerosakan fungsi otak.Kesan bahan ini amat menakutkan.Dah banyak negara di dunia yang telah mengharamkan bahan plastik ini.
Macam mana nak kenal produk ini mempunyai bahan BPA. Mudah saja kerana botol susu yang mengandungi bahan ini keras dan lutsinar.Di samping itu ada nombor pendaftaran yang mengandungi angka 7.

Sebelum ini juga heboh diperkatakan tentang melanin yang dicampur ke dalam susu.Bahan ini dikesan di negara Cina. Sekarang masalah ni dah senyap.Tak tahulah apakan mereka yang tak bertanggungjawab ni memberhentikan penggunaan bahan tersebut atau masih lagi meneruskannya.Hanya mereka yang tahu.
Jadi bayi dan kanak-kanak memand terdedah dengan berbagai risiko kerana sifat tamak manusia yang ingin mengaut keuntungan cepat dan besar.Sebab ini Rasulullah menyuruh si ibu menyusukan bayi selama 2 tahun supaya terhindar dari segala macam bahaya yang sedang kita perbincangkan.Cuma kerana kesibukan ibu bekerja mencari rezeki maka amalan ini susah nak dilaksanakan.Bukannya tak tahu tapi tak boleh buat apa. Sekarang ini justeru perempuan yang lebih ramai pandai dari laki-laki.Kalau di universiti tu majoriti perempuan dan yang mendahului senarai sepuloh teratas adalah perempuan.Segala macam sektor sudah diceburi oleh wanita.Kalau dulu cuma ada jenderal polis tapi kita dalam askarpun dah ada.Jadi nak buat macam mana.

Sewaktu saya menghadiri seminar di Paris tahun lepas saya dapati bekas minuman air kosong adalah dari kaca.Jadi masyarakat barat memang sangat berhati-hati dan mereka tak mahu menggunakan bahan plastik kerana macam-macam bahaya yang akan terjadi.Jadi mereka lebih selamat menggunakan botol kaca.Kalau ditempat kita plastik telah menggantikan segala-galanya.Dahlah bahaya kemudian bila dibuang tak boleh hancur pula.

Bahan plastik ini tak dinafikan membawa impak ekonomi yang sangat besar.Cuma pihak-pihak tertentu perlu selektif untuk menggunakannya.Kalau ada pilihan lain janganlah gunakan untuk membungkus makanan atau menyimpan minuman kerana kesan langsung pada kesihatan manusia.Wassalam

Saturday, March 12, 2011

Hari ni sibuk akhbar melaporkan tentang bencana besar yang melanda Jepun.Semalam terjadi gempa yang luar biasa berskala 8.9 mengikut skala richter.Akibat dari gempa ini terjadi Tsunami setinggi 10 meter yang meranapkan apa saja yang ada di laluan mereka.Dilaporkan lebih dari 300 nyawa yang diragun oleh bencana ini.
Jepun adalah negara maju yang mempunyai ekonomi ketiga terbesar di dunia. Alat pengesan gempa dan Tsunami sudah lama dipasang di mana-mana untuk memberi amaran awal.Nyatanya sistem ini gagal memberi amaran seperti yang diharapkan.gempa terjadi secara tiba-tiba diikuti oleh Tsunami yang sungguh dahsyat.Jadi negara jepun menjadi tak bermaya.Kalau bencana yang sama melanda negara lain sudah pasti angka akan lebih besar.inilah yang dinamakan kuasa Tuhan.Yang pasti hidup kita ni bukan kita yang kawal.Yang kawal adalah Allah sang pencipta.Tak ada siapa yang tahu apa nak terjadi dan bila ianya akan erjadi.Manusia hanya boleh merancang tapi yang menentukan adalah sang pencipta.Secanggih manapun teknologi , ianya tak akan mampu melawan kehendah Allah.
Apa pengajaran dari kejadian ini.Yang jelas manusia perlu sedar yang hidup mereka ditentukan Tuhan.Tak ada siapa yang pasti apa akan terjadi.Hatta bila kita tidurpun tak ada manusia yang mampu tahu secara pasti.Kalau bangun tidur tu manusia pasti tapi bila mereka melelapkan mata tak ada yang pasti.Kejadian yang sebegini Allah takdirkan untuk memberi pengajaran kepada manusia.Walaupun terjadi di jepun sepatutnya kita juga perlu muhasabah diri.Kalau nak terjadi di tempat kita tak akan ada manusia yang mampu menghalangnya.Pasanglah alat apapun ianya tak akan mampu melawan kehendak sang pencipta.
Dua hari lepas dilaporkan berjuta ikan sardin mati di USA tapi sampai kini tak tahu apa penyebanya.Tak ada teknologi yang mampu mencari sebab kematian ikan-ikan tersebut.
Di Timur tengah dah dua pemerintah tumbang dan Libya sedang bergolak sekarang ini.demo -demo di banyak negara di sekitar kawasan tersebut dan menjadi fenomina harian.Siapa yang pasti apa yang akan terjadi selanjutnya , tak ada siapa yang tahu.

Negara yang suatu masa dulu menjadi kusa super power dah jadi negara bankrup hari ini.Yang dimaksudkan adalah negara Greek.Dulu Rome menguasa dunia tapi kini negara ini memerlukan pertolongan untuk meneruskan kehidupan.

Jika kita mahu belajar sepatutnya kita insaf dengan nikmat yang sedang kita kecapi dan sepatutnya kita semakin mendekatkan diri dengan Allah. Masyarakat kota semakin komplek dengan berbagai masalah.Dalam rancangan TV tempatan sudah beberapa kali dipaparkan tentang masalah sosial yang terjadi.Saya sempat menonton rancangan tersebut di mana sorang suami sanggup menghantar isterinya mencari laki-laki untuk dijadikan teman tidur supaya dapat memenuhi nafsu si isteri.Puncanya suami dah tak mampu nak memberikan nafkah batin.Jadi kerana sayangkan isteeri dia sanggup mencari laki-laki lain untuk dibayar supaya memenuhi nafsu si isteri.Suami ini adalah suami dayus yang dilaknat Allah.Kalau dah tak mampu dia selayaknya membebas si isteri supaya isteri boleh berkahwin lain.Si isteri pula menjadi isteri durhaka yang menjadi hamba kepada nafsu serakah sehingga lupa akan Tuhan.
ini belum lagi kisah anak muda mencari wang dengan cara menjual diri melalui teknologi canggih dunia siber.Mereka tak perlu menayangkan diri di tepi jalan, tapi cukup melalui facebook dengan memaparkan gambar yang menggairahkan dan meninggalkan nombor kontak untuk dihubungi.duit dah menjadi matlamat hidup sehingga lupa diri dan tak takun dengan larangan agama.Wassalam

Monday, March 7, 2011

Penyakit nyanyuk memang dah lama diketahui umum.Tapi penyakit Azheimer masih dianggap baru.bekas Preseiden Ronald reagen adalah pengidap penyakit ini.Penyakit ini adalah sejenis penyakit nyayuk yang sangat kronik sehingga pengidapnya langsung tak ingat siapa dirinya.Kalau dia keluar rumah pasti dia tak akan mampu untuk pulang kembali.Segala memori silam hilang timbul sehingga jati dirnya dah tak ada lagi.Memang amat menakutkan jika kita mendapat bencana ini.Saya sebut sebagi bencana kerana penyakit ini amat menakutkan.Berbanyaklah doa pada Allah agar kita dijauhkan dari penyakit ini.
Kebnayakan pengidapnya adalah mereka yang berumur lebih dari 65 tahun.Kalau ikut umur Nabi mereka yang berumur 65 tahun mendapat bonus hidup untuk dua tahun kerana Rasulullah wafat pada usia 63 tahun.Kajian yang dibuat menunjukkan 10 persen penduduk dunia yang berusia lebih dari 65 tahun menghidap penyakit Azheimer.
Bila di scan otak pesakit didapati saiz otaknya lebih kecil dari normal.Jadi bila otak mengecut maka sebahagian fungsinya mulai hilang dan manusia menjadi nyanyuk. Andaian yang dibuat adalah sel-sel otak menjadi mati dan tak berganti.Sebab itu ia mengecut .makin tua semakin mengecil otak tersebut.
Disarankan oleh para saintis supaya kita banyak mengambil vitamin B 12, banyak membaca, aktif berfikir dan makan banyak buah-buahan supaya sel otak sentiasa aktif dan tak mati. Disamping itu digalakkan melakukan senaman secara rutin untuk menghindari penyakit ini.
Juga disarankan supa mengambil ginko bilova supaya boleh merangsang fungsi otak.
Yang paling mudah dilakukan adalah banyak membaca dan sentiasa aktif.Nabi pesan jika ingin menghindari penyakit nyanyuk maka perbanyaklah membaca alQuran.Bagi kita orang Islam ianya mat mudah dilakukan.Disamping manfaat yang disebutkan tadi kita akan mendapat pahala yang berlipat ganda. Tapi kenapa susah sangat nak dilakukan.Tepuk dada tanya iman.

Usia pencen di negara kita antara 55 hingga 58 tahun. tapi di negara barat adalah 65 tahun.Kalau professor tu sempadannya adalah mati.Jadi marilah kita terus aktif walaupun jika terpaksa berhenti kerja kerana dah cukup umur. ini penting difikirkan dan kita perlu bertindak wajar supaya terhindar dari penyakit Azheimer. Jika kawan-kawan tanya saya bila nak pencen maka saya akan jawab bila saya mati. Ingat pesan nabi bekerlah kamu seolah-oleh kamu akan hidup selamanya dan beribadahlah kamu seolah-oleh kamu akan mati besok hari. Ayok kita terus aktif berbakti untuk masyarakat dan agama.
Wassalam

Monday, February 21, 2011

Dah seminggu saya tak menulis.Rasanya semakin sulit untuk update blog.Entahlah.Nah katakan banyak kerja masih macam dulu juga tapi motivasi tu semakin tak semarak.
Macam-macam cara manusia mencari ketenangan diri.Jumaat lepas kebetulan saya ambil cuti.Saja nak tenangkan fikiran.Jadi sayapun sempatlah solat di mesjid dekat rumah.Saya sampai agak awal dan masih banyak tempat ksong.Saya sengaja memilih tempat terbuka kerana rasa lebih kondusif dan dapat menenangkan fikiran kerana tiupan angin segar. Selang beberapa minit saya duduk saya lihat ada jemaah yang membentang sejadah di kakilima mesjid sedangkan di dalam cukup banyak tempat yang kosong.Saya jadi hairan juga .memang agak janggal dan pelik sikit. Saya perhatikan dia langsung solat sunat dan lepas tu terus berzikir sampai khatib naik mimbar. Mungkin dia rasa tempat itulah yang paling tenang bagi dia. Cuma kenapa harus solat dikaki lima sedangkan di dalam masih banyak tempat kosong? kenapa , hanya dia yang tahu.

Dalam hidup kita punya banyak pilihan.Ketenangan hanya kita sendiri yang rasa.Yang pasti ketenangan Tuhan yang bagi. Banyak faktor yang menyebabkan manusia stress. Tapi ada beberapa faktor penyebab yang perlu kita analisa supaya kita mendapat ketenangan yang kita cari. Faktor utama setakat mana ketaatan kita pada Yang Maha Kuasa. Makan minum kita macam mana, rezeki kita macam mana sumbernya. Kesyukuran kita macam mana. Ibadah khusus kita macam mana. Jenis pekerjaan kita macam mana. Pasangan hidup kita pula macam mana. Jadi macam-macam ada.
Nabi pesan wanita itu dikahwini kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan selamat. Maknanya manusia yang taat pada Tuhannya akan takut melakukan perkara-perkara terlarang.Jadi kita akan hanya merasa selamat dan mendapat ketenangan jika kita patuh pada sang pencipta.

Dua minggu lepas ada dua kes dilaporkan tentang masalah stress ini.Kes pertama sang ibu mencampakkan bayinya dari bangunan tinggi . Kes kedua pula sang ibu memaksa anak-anak mereka minum racun sehingga mati semuanya termasuk diri dia. Ini masalah ruamhtangga yang tak terkawal dan senantiasa stress sehingga mengambil keputusan mengakhiri hidup.Mereka sangka bila dah mati masalah selesai tapi mereka lupa masalah baru menunggu dalam khubur.Azab khubur bakal menanti dan tak ada siapa yang pasti macam mana.Azab ini pula kekal sampai hari kiamat yang tak ada siapa yang tahu.Jadi menjadi manusia mesti pandai mengawal emosi dan menangani stress.Pandai-pandailah mencari ketenangan diri tapi asasnya adalah kepatuhan pada Ilahi.

Ada rumah tangga yang sentiasa bergolak.Hari-hari mesti perang antara suami dengan isteri.Entah apa puncanya merekapun tak pasti.Yang pasti pantang ada sedikit maslah langsung perang mulut.Kalau tak cukup dengan kata-kata lama kelamaan kakitangan yang naik ke muka.Sungguh tragis masalah ini.Yang menjadi mangsa tentu anak-anak. Tak ada gunanya membina rumahtangga kalau tak ada kedamaian dan kebahagiaan.
Wassalam

Wednesday, February 16, 2011

Hari minggu lepas saya menziarahi famili di KL. Dia ni dah disahkan mengidap penyakit Myaesthenia Gravis sejenis penyakit saraf. Mula-mula dia kena dulu kelopak matanya tiba-tiba tertutup tanpa sebab dan tak dapat dikawal.Kejadian seperti ini kerap terjadi dan akhirnya dia berjumpa dengan doktor. Setelah diperiksa beberapa kali doktor mengesahkan yang dia menghidap penyakit MG dan telah diberikan ubat prostigmin. Setelah makan ubat ni adalah kurang sedikit penyakit tu tapi tak boleh sembuh juga kerana penyakit tu memang begitu. Ubat dimakan hanya untuk maintenance saja. Di samping makan ubat dari hospital beliau juga mengusahakan berubat secara tradisional. Macam-macm bomohlah yang dia jumpa sehingga membawa dia berubat ke negara seberang.Nyata tak sembuh juga.Kemudian dah puas jumpa bomoh dia jumpa pula dengan ustaz tapi penyakit macam tu juga.Ubat hospital dia makan terus.Sekarang dah masuk dua tahun beliau menghidap penyakit tersebut.Ahad lepas waktu saya berkunjung kerumahnya makin banyak pula ubat yang doktor bagi. Kalau dulu cuma satu jenis tapi kini berjenis-jenis.Saya sambil berlawak sebut kalau macam ni banyaknya ubat kalau tak sembuh pasti kenyang.Dia cuma ketawa aja. Dia tunjukkan pada saya sejenis ubat baru yang saya sendiripun masih belum pernah tengok.Bila saya baca leaflet ubat tersebut dinyatakan bahawa fungsi ubat adalah immunosuppressant iaitu untuk mencegah penolakan antibody terhadap organ baru yang di transplant ke dalam badan.Saya bagi tahulah pada dia kegunaan ubat tersebut sesuai dengan informasi dalam leaflet. Saya kata sayapun tak pasti kenapa doktor bagi dia ubat tersebut. Dia kata doktor nak cuba tiga bulan dulu.kemudian saya lihat lagi ada pula prednisolon yang diberi.Lepas tu ada beberapa ubat lagi seperti ubat anti kolesterol dan ubat gout dan yang pasti tentu ada prostigmin.Jadi ubat yang dimakan semakin hari semakin banyak sedangkan penyakit macam tu juga.Muka dia dah mula sembab sebab kesan side effect prednisolon.Keadaan ini disebut moon face.Badan juga dah semakin gemuk, dah hampir dua kali ganda dibandingkan dulu.
Lepas tunjuk semua ubat dia bawa pula laporan pemeriksaan darah dan kencing.Saya tengoh kolesterol dia tinggi, uric acid tinggi dan yang paling saya musykil adalah laporan air kencing ada protein 2+, ada rbc. Wah saya jadi risau pula.Apakah dia ada infeksi saluran kencing atau buah pinggang dah mulai menerima kesan dari ubat yang dimakan. Nak cerita lebih karang kitapun tak pasti.Cuma saya pesan bila jumpa doktor nanti tanyalah dengan doktor apakah ubat-ubatan yang dimakan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Bila pulang rumah saya masih terfikir-fikir tentang masalah tadi. Nak cerita lebih-lebih karang takut dia berhenti makan ubat. Nanti masalah baru pula yang timbul kerana tak mengikut arahan doktor. Sampai kini saya masih tertanya-tanya kenapa ubat immunosuppressant adn prednisolon diberikan pada dia.

Wassalam

Tuesday, February 8, 2011

Petang tadi saya menaiki pesawt dari Alor Setar untuk pulang ke KLIA. Dalam perjalanan adalah pula budak kecil yang menangis tak henti-henti.Dah tak tahan sebab tak henti-henti menangis maka salah seorang penumpang memberitahu ibu kanak-kanak tersebut"give him some water to reduce the pressure" .baru saya ingat kejadian yang menimpa seorang bayi baru-baru ini yang meninggal dalam penerbangan ke UK kerana maslah tekanan udara ni.Bayi tersebut baru berusia 1 bulan. Kanak-kanak mudah terserang oleh tekanan udara yang sangat menakutkan dalam telinga.Kita juga pernah mengalami maslah ini.Cuma orang dewasa pandai-pandai mengatasinya.Kanak-kanak apa yang dia boleh lakukan kecuali menangis.Jadi bila diberi minum air maka akan terjadi pergerakan mulut dan tekanan ini akan hilang.Kanak-kanak tadi bila diberi minum akhirnya langsung diam.Jadi kalau tak nak anak-anak mengalami masalah ini mungkin perlu gunakan penutup telingan untuk menutup kedua-dua gendang telinga.Ini pentingnya ilmu bagi ibubapa.Kalau jahil silap-silap teruk anak tadi dibantai supaya diam.


Satu lagi isu yang hangat dibincang sebelum ini adalah tentang penggunaan genetic modified aedes mosquito. Kabarnya dahpun dilepaskan sebanyak 5000 pada bulan disember di hutan Bentong untuk dikaji oleh saintis dari IMR.Kajian tamat awal janjuari 2011. Memang ada yang pro dan kon tentang masalah ini.Biasalah benda baru pasti hiruk pikuk. Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk mengekang penyakit dengue yang amat merbahaya.
Penyakit H1N1 macam dah mula banyak tapi tak ada pesakit yang teruk.Cuma ada yang demam biasa dan bila diberikan ubat anti H1N1 pesakit berkenaan akan sembuh segera. Lama lama nanti penyakit ini akan menjadi penyakit biasa seperti influenza yang lain.

Wassalam

Thursday, February 3, 2011

Baru-baru ini ada laporan dari saintis Amerika yang menyatakan bahawa exercise selama 150 menit seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser payu dara dan usus.150 menit bermakna 30 menit sehari selama 5 hari dalam seminggu. Yang dimaksudkan dengan exercise ni adalah jalan kaki selama 30 menit dalam sehari. Bunyinya mudah tapi berapa ramai yang mampu melakukannya.

Kat pejabatpun ramai yang suka naik lift dari berjalan kaki.Kalau kita kerja ditingkat empat cukup menaiki tangga tiap-tiap hari maka keperluan exercise ni akan tercapai. Jadi tak usah nak susah -susah ke gym .Jalan kaki tak perlu sebarang bayaran. Tapi kenapa susah sangat nak kita lakukan.Pokok pangkalnya kalau nak mesti boleh dilakukan tapi kalau tak nak macam-macam alasan boleh diberi. Kalau kita orang Islam jika tahajud tiap-tiap malam pasti keperluan exercise ni akan terlaksana. Solat tasbih contohnya yang memerlukan kita melaksanakan solat sebanyak 4 rakaat dengan bacaan tasbih 300 kali tentu paling cepatpun setengah jam baru selesai,belum lagi solat-solat yang lain.Jadi jiwa sihat dan badanpun sihat.Tapi sekali lagi berapa ramai yang mampu melakukannya. Kita sanggup nonton TV berjam-jam lamanya tiap-tiap hari.Kadangkala sanggup tak tidur sampai ke pagi kerana nonton bola.

Bagi kakitangan kerajaan minggu ni cuti panjang dari khamis sampai ahad.Sepatutnya lakukanlah senaman yang sewajarnya.Kalau malas nak jogging mungkin boleh balik kampung nebas kebun atau tanam sayur .Itupun kalau masih ada kampung.Kalau tak ada jalan-jalan ringan di taman sambil melakukan riadah.Kita perlu menjaga disiplin supaya otak sihat dan badanpun sihat.

Kementerian kesihatan katanya akan melaksanakan kajian untuk menilai tahap psikiatri murid-murid sekolah. Keadaan stress dikalangan murid-murid sekolah semakin membimbangkan.Laporan menunjukkan lebih dari 13 % murid menghadapi masalah psikiatri.Banyak faktor yang menunjang terjadinya masalah ini.Di samping bebanan sebagai seorang murid peranan ibubapa juga sangat signifikan.Kalau mak ayah asyik bertekak tiap-tiap hari dirumah maka anak-anak akan membesar dalam keadaan kejiwaan yang tak stabil dan sangat rapuh.Jadi mak ayah perlu duduk berbincang supaya sebarang masalah boleh diselesaikan dengan baik.Jangan masing-masing nak menegakkan ego masing-masing.Kalau tak selesai juga perlulah cari kaunselor supaya mereka dapat membantu.Kalau masing-,asing faham tanggungjawab masing-masing sebagi suami dan isteri saya yakin maslah dapat diselesaikan.Di USA kanak-kanak sekolah mengamuk menggunakan senapang dah sering kita baca.Syukur di negara kita senjata api tak dibenarkan kecuali pihak tentera dan polis.Jadi selamatlah kita.Kalau tidak mungkin ada yang mengamuk macam di USA.Eloklah kalau cadangan kementerian kesihatan ini dapat dilaksankan dengan baik supaya masalah stress anak-anak kita ni dapat dinilai dan dicari jalan penyelesaiannya.Lagi cepat lagi bagus.Pesan Nabi kalau mak ayah nak bertengkar maka buatlah dalam bilik supaya anak-anak tak mendengarnya. Kalau rumah tangga nak rukun dan damai maka bila suami mengamuk, isteri perlu diam dan bila isteri pula mengamuk suami pula yang perlu diam.Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.Yang parah ni bila satu naik angin maka satu pihak lagi turun naik sama. Akhir nya yang menjadi pihak ketiga ialah syaitan yang memang akan terus mengapi-apikan.Perkara kecil akan menjadi besar dan akhirnya tangan dan kaki akan melayang.Yang jadi mangsa tentunya pihak isteri yang lebih lemah dari segi fizikal kecualilah sang isteri jaguh karate mungkin suami pula yang akan jadi mangsa.

Mari sama-sama kita muhasabah diri.Kalau lagi hot tu ingatkanlah masa-masa indah waktu mula jatuh cinta dulu.InsyaAllah kemarahan akan reda.Nabi pesan kalau lagi naik angin berwuduklah dan lakukan solat sunat dua rakaat.InsyaAllah pasti reda.Wassalam

Monday, January 31, 2011

Hari ini sudah 1/2/2011. Sungguh cepat waktu berlalu. Sekarang sedang musim banjir di Johor.Segamat seolah dah jadi pulau.Diberitakan lebih dari 23ooo orang telah dipindahkan di Johor. Di negri sembilan yang jarang sekali banjir sudah lebih dari 2000 orang yang dipindahkan di kawasan Jempol dan Kuala Pilah. Keadaan hujan sekarang memang luar biasa.Sejak bulan Oktober tahun lalu hujan lebat telah menenggelamkan bahagian utara Semenanjung terutama kedah.kemudian di akhir tahun bahagian panti timur pula yang banjir.Kita giliran bahagian selatan Semenanjung.Kita pun dah tak pasti bilakah hujan akan betul-betul berhenti.
Keadaan cuaca nak sukar diramal kerana banyak faktor.Salah satu faktor adalah penggondolan hutan oleh olah manusia.Memang senang nak cari duit dengan cara menggondolkan hutan.Akibatnya fenomina alam akan sukar diramal kerana dah rosak akibat dari perbuatan manusia.Tuhan telah mengingatkan bahawa terjadi kerosakan di mana mana kerana olah manusia.

Di Mesir sekarang sedang kacau bilau kerana rusuhan yang sudah memasuki satu minggu.Presiden Hosni Mubarak yang telah berkuasa 30 tahun masih tak mahu turun.Keadaan akan semakin parah bila lebih ramai rakyat yang akan turun ke jalan.Kita diokan agar masalah ini cepat selesai kerana ramai juga pelajar kita yang menuntut di sana. Sebelum ini rusuhan telah memangsa Presiden Tunisia melarikan diri dan kini bahangnya merebak ke Mesir.

India dan Cina sedang menikmati kemewahan yang tak pernah mereka kecapi sebelum ini.Pertumbuhan ekonomi kedua negara tersebut sungguh luar biasa.Cina dengan penduduk lebih dari 1.6 bilion dan India dengan penduduk lebih dari 1.3 bilion akan menjadi kuasa besar.Cina sudah mengalahkan jepun sebagai kuasa ekonomi nombor dua. Ekonomi Amerika juga semakin menguncup.Lihat saja nilai Dolar semakin turun dan tak mustahil nanti akhirnya Cina akan menjadi kuasa ekonomi terbesar. Kini Cina sudah membuat pesawat tempur mirim stealth yaitu pesawat anti radar.Wow, sungguh luar biasa.Walaupun pakar Amerika mentertawakan mereka tapi siapa tahu senjata tersebut akan lebih canggih dari stealth yang menjadi kebanggaan Amerika.
Uang paun British semakin menguncup. Kalau dulu hampir RM 7 satu paun tapi kina cuma RM 5 per paun.Makin hari ekonomi mereka semakin menguncup.Ireland sudah hampir muflis dan Greece dahpun muflis.Kalau kita baca sejarah dulu negara ini adalah kuasa besar dunia bersama Parsi.Rome hingga kini masih menjadi pusat agama nasrani tapi kini negara tersebut dah jatuh muflis.Apakah Amerika juga akan mengikut jejak mereka, hanya Tuhan yang tahu.Hidup ini ibarat roda yang berputar.Jadi kuasa akan digilir .Oleh itu sedar-sedarlah kita

Kemewahan yang kita nikmati wajid disyukuri bukan untuk membanggakan diri.Dalam hidup tak ada benda yang kekal.Kuasa aknn dipergilirkan oleh sang pencipta dan kuasa adalah amanah yang perlu ditunaikan tanggungjawabnya.Jangan lupa diri.
Wassalam

Saturday, January 29, 2011

Dah tiga hari saya berulang alik ke Port Dickson kerana menghadiri kursus anjuran Henle Business Scholl dari UK. Kursus ini sangat baik sebagi refleksi diri.Memang bukan semua yang diajar tu benda baru tapi bagus untuk dijadikan sebagai bahan muhasabah diri. Yang amat menarik bagi saya adalah tentang sikap kita terhadap kerja. Kita kadangkala terlampau terbawa-bawa dengan jenis pekerjaan kita sehingga kita kadang lupa yang kita ni adalah kita bukannya dihubungkaitkan dengan jawatan.Kalau kita tak pandai menyesuaikan diri apa akan jadi bila kita kehilangan kerja tersebut. Bagi saya perkara ini sangat memberi kesan yang mendalam kerana kerja yang kita cintai bukan perkara yang kekal.Kadangkala orang akan menjadi bingung bila kehilangan kerja atau bila sudah bersara.Tiba-tiba dia merasa dia hilang arah.Kalau dia selama ini seorang CEO tapi bila diberhentikan kerja atau bersara tiba-tiba dia hilang segala-galanya. Penghormati yang selama ini dia dapat rupa-rupanya kerana jawatan CEO yang dia sandang.Orang hormat pun kerana benda ni.Bila dah lepas jawatan tersebut tiba-tiba dia hilang segala penghormatan yang selama ini dia dapat.Wah amat membingungkan. Bagi saya , kita adalah kita.Jawatan hanyalah pinjaman kecualai syarikat tersebut milik kita.Itupun tak ada jaminan.Syarikat besarpun adakalanya menjadi muflis atau terpaksa dijual.Jadi ingat-ingatlah.

Pagi tadi saya sampai awal dan langsung menuju ke tepi pantai untuk jalan pagi.Kaget dan terkejut saya kerana pasangan muda-muda tanpa segan silu duduh berdua-dua di atas pasir laut menghadap pantai.Yang jantan duduk dibelakang sambil memeluk sang perempuan.Wah siang bolong berani mereka buat begini.Entahlah kalau suami isteri .Saya sangka mereka adalah pasangan yang sedang dimabuk asmara.Kalau ada pencegah maksiat tentu mereka akan dicekup dan diminta untuk membuktikan yang mereka adalah pasangan suami isteri.Kalau iapun suami isteri rasanya agak janggal berbuat demikian dihalayak ramai kerana buka budaya kita. Kalau mat saleh tu memang dah biasa, beromen depan umumpun selamba aja.

Pagi sabtu rupanya ramai pasangan muda mudi yang melepak di tepi pantai.Ada juga yang berkhemah di tepi laut.Mungkin gitulah resminya kalau hari cuti dihujung minggu.Nilai dan norma masyarakat kita dah berubah.Sifat segan silu dah semakin kurang.Lepas puas berpeluk-pelukan di atas pasir sang jejaka mendukung pula si perempuan menuju ke tepi laut untuk mandi manda.Wow memang sungguh dimabuk asmara.Bagi mereka yang begini dunia ana yang punya.Masa bodoh dengan orang lain.

Wassalam

Wednesday, January 26, 2011

Ada laporan yang menyebut Malaysia negara cantik tpai tandasnya kotor.Saya yakin ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini.Yang bersih cuma di airport dan R&R sebab ada orang yang ditugaskan menjaga kebersihan tandas tersebut.Hospital tentunya bersih tapi entahlah betul ke.Kalau hospital tempat saya bekerja tentunya pasti bersih

Di kedai makan, di mesjid/surau apa lagi tandas awam cukup menjijikkan.Bukan semua begitu tapi rata-rata macam tulah. Kalau tidak bersetujupun terserahlah. Kadang bila nak masuk tandas awam boleh terbatal niat nak melepaskan hajat.

Tempat menjual makanan pun banyak yang kotor. Kalau nak tahu masuk tempat mereka memasak makanan dan lihat pula tempat pembuangan sampah mereka.Dah berapa banyak kes keracunan makanan yang dilaporkan. Tapi macam biasa gempar sekejap lepas tu senyaplah. Bila dah sejuk balaik perangai asal.Kotor-- kotor---kotor.

Ceret beret atau keracuanan makanan biasanya disebabkan oleh kuman E Coli. Kuman ini keluar melalui kotoran manusia dan bila tak dibersihkan secara sempurna maka ia akan masuk ke makanan melalui kontak dari tangan dan bila dah masuk ke mulut maka akan terjadilah keracunan makanan.

Penyakit lain yang paling ditakuti adalah penyakit Cholera atau taun yang merebak melalui makanan .Penyakit taunni kalau dah menjadi wabab makan kesannya kepada masyarakat kan sangat fatal kerana akan meragut banyak nyawa.Sebab itu Nabi mengajarkan kita doa untuk menjauhkan penyakit ini. Di zaman pemerintahan saidina Omar beliau mengeluarkan perintah supaya rakyat tidak masuk ke negeri yang sedang dilanda taun sebagai langkah mencegah merebaknya penyakit bahaya ini.Dalam kontek sekarang disebut karantina atau pengasingan penyakit.

Ada lagi satu jenis penyakit yang amat merbahaya akaibat dari makan minum yang kotor adalah penyakit typhoid atau demam kepiyalu.Penyakit ini disebabkan oleh kuman salmonela typhi. Penyakit ini di negara jiran disebut penyakit tipus.

Semua jangkitan yang terjadi di kalanagan masyarakat di sebut community acquired infection yang boleh menyebabkan kesan yang fatal jika menjadi wabab.
Pihak berkuasa telah mewajibkan suntikan cholera kepada semua penjual dan penyedia makanan.Cuma masalahnya berapa ramai yang patuh. Masyarakat kita kalau tak dipaksa biasanya buat-buat tak tahu saja.

Wassalam

Saturday, January 22, 2011

Beberapa hari yang lalu dilaporkan lebih dari 500 orang pilot menganggur.Belanja untuk menjadi pilot bukannya murah.Diperkirakan belanja keseluruhan adalah RM 250,000. Bagi mereka yang menuntut di luar negara seperti di Filipina belanjanya lebih murah iaitu RM 170,000 tetapi bila pulang ke Malaysia mereka perlu menyambung kuliah untuk mendapat kelulusan dari DCA dan biaya yang perlu di tambah ialah RM 100,000. Jadi tak ada jalan pintas.
Setelah keluar belanja besar dan harapan tinggi menggunung kerja pula tak ada.
Dulu kalau jadi pilot memang glamour. Gaji pula cukup lumayan melebihi RM 15,000 perbulan.Gaji yang sebegini masih kekal tapi nak dapat kerja pula sulit. Puncanya di Malaysia cuma ada dua syarikat penerbangan sedangkan sekolah juruterbang dah beranak pinak.Dulu cuma ada dua tapi sekarang dah jadi lapan buah.Jadi permintaan tak bertambah sedangkan pengeluaran bertambah.
Fenomina sama juga terjadi dalam bidang yang berkaitan dengan kesihatan. Sekolah yang mengeluarkan jururawat, pembantu farmasi, juru x ray, fisioterapi tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Akibatnya terjadi lambakan pemegang diploma dalam bidang-bidang tersebut.Sekarang dah biasa dah kalau mereka tak dapat cari kerja.Kasihan anak-anak kita.Lepas penat-penat belajar kerja pula tak ada.Ironisnya kita masih terpaksa mengimpot jururawat berkemahiran tinggi dari luar negara. Ada hospital swasta yang mengimpot dari Filipina, Indonesia dan India. Kenapa perlu impot? Jawapannya mudah kerana mereka terlatih dalam bidang ICI, OT, CCU dan sebagainya. Anak-anak kita yang baru dapat diploma masih belum terlatih dalam bidang berkenaan. Jadi nak buat apa? Setakat ini belum ada jawapan yang meyakinkan.

Sebai ibu bapa memang kita menjadi resah tak tahu kursus apa yang sesuai untuk anak-anak kita. Dalam bidang kejuruteraan dah lama dah fenomina susah nak cari kerja. Dalam bidang kesihatan yang dulunya tak pernah cukup, kita dah penuh sehingga sulit nak cari kerja. Kata nya tak lama lagi negara akan mempunyai limpahan doktor perubatan. Entah ia atau tidak saya tak pasti.Berdasarkan pengalaman kerja cukup lama di Sabah, saya yakin masih banyak kekurangan di sana.Jadi anak-anak kita tak boleh memilih jika di tempatkan di Sabah dan Sarawak

Nabi kata 9/10 rezeki melalui business. Tapi cakap memang senang, tapi bila nak buat bukan main susah. Masalah utama adalah modal untuk berniaga nak ambil dari mana. Kalau memang asal usul orang susah tak mungkin ada duit untuk dijadikan modal. Nak pinjam bank jangan harap.Semua bank akan tanya pengalaman berniaga berapa lama sebelum mempertimbangkan pinjaman yang diminta.

Berapa lama masalah ini akan berlangsung hanya Tuhan yang tahu. Bersyukurlah mereka yang ada kerja dan mereka yang ada duit untuk berniaga.
Wassalam

Monday, January 17, 2011

Kalau kita nak beli roti canai pada hari minggu memang azab,kenalah beratur panjang sampai berjam.hai macam tulah di mana-mana.Fenomina itu dah saya lihat sejak zaman remaja saya sampailah hari ini.Macam tu jugalah. Macam-macam kerenah orang yang menunggu giliran.Yang paling menjengkelkan adalah tukang buat roti canai akan mengutamakan pelanggan yang makan di kedai mereka.Yang nak tapau ni kenlah tunggu berjam.Kadangkala ada juga pelanggan yang tak sabar dan mengeluarkan kata-kata kesat pada pembuat roti canai.

Zaman yang serba canggih tak mengubah tingkah laku pembuat roti canai.Teknologi langsung tak ada.Jam tu orang beratur panjang jam tu jugalah dia baru nak tebar roti.Jadi masalah menunggu panjang tak akan selesai sampai bila-bila.Kadang terfikir juga sekarang dah ada teknologi sejuk beku.Kenapa mereka tak menggunakan teknologi ini.Kalau guna yang sejuk beku cuma tinggal goreng aja.jadi cepatlah sikit.Lepas tu kalau hari minggu gunakanlah bererapa orang penggoreng roti ni. Ini andaian kita saja.Nyata masalah ni tak akan selesai. Saya kalau disuruh beratur panjang minta maaflah, lebih baik saya makan benda lain.Tak kuasa yang membazir waktu dengan stress yang luar biasa. Yang pasti adrenalin akan meningkat naik dan denyut jantungpun akan bertambah cepat tanpa disedari. Yang saya salut pembuat roti canai memang macam tu aja dengan muka selamba mereka.Kalau hang nak tunggu, tunggulah kalau dak boleh blah.Mungkin itu yang ada dalam fikiran mereka. memang mereka tak ada perasaan, relax semacam.

Semalam saya da terima emal dari teman.Dilampitkan ucapan dari menteri kesihatan UAE tentang bahaya menggunakan rawatan kaki dengan ikan.Sekarang rawatan ssebegini sangat popular.Menteri ini memberi peringatan tentang bahaya mendapat penyakit berbahaya seperti HIV atau hepatitis B melalui rawatan yang sebegini.Logiknya memang ada.Katakanlah pelanggan mengidapi penyakit tersebut dan ada pula bahagian tubuh yang terluka.Jadi darah akan keluar dan masuk kemulut ikan berkenaan.Jadi bila ada pelnaggan lain selepas itu yang dirawat menggunakan ikan yang sama dan si pelanggan juka ada luka yang terbuka maka darah mungkin boleh berpindah kepada pelanggan ini dan kuman virus boleh juga berpindah. Katanya sudah ada 14 negara yang mengharamkan rawatan yang sebegini.

Satu lagi berita menarik semalam adalah tentang peras ugut melalui facebook.Jadi mereka yang mahir dengan teknologi komputer akan menggunakan makluman dan gambar dari facebook individu untuk memeras ugut dan menipu bank .Jadi hati-hatilah kalau nak bermain facebook ni.Saya memang tak minat langsung kerana dah lama dah terfikir tentang bahayanya facebook ni. Kalau kita mahir tak apa tapi kalau sekedar nak ikut-ikutan hati-hatilah.
Wassalam

Friday, January 14, 2011

Hari ini heboh diperkatakan tentang lebih dari 30,000 pengawal asing yang tak ada permit.Wow.banyak tu
Banyak luang pekerjaan sekarang ini yang diisi oleh pekerja asing terutama yang bergaji rendah.Mungkin rakyat kita dah tak mahu bekerja kerana emak ayah mereka masih mampu nak tanggung penganggur.Sungguh membimbangkan. Makan ramai orang asing makin terdedah kita pada risiko yang berbagai.
Sekarang nak cari Pharmacistpu sangat sulit.Kebanyakan hospital swasta cuma punya seorang saja Pharmacist malah ada yang tak punya langsung.Jadi macam mana nak tingkatkan pemberian maklumat pada pesakit.Ada hospital swasta yang terpaksa menggaji Pharmacist yang berasal dari Pakistan. Habis nak buat macam mana.Kalau tak ada Pharmaist sebagai pemegang lesen nanti hospital akan diperintahkan untuk tutup.Nak tak nak terpaksalah, asalkan ada sudahlah.

Pesakit semakin ramai dan jenis ubat juga semakin berlambak.Hampir setiap hari ada saja ubat baru yang dikeluarkan.Semua ubat ini perlu diterangkan secara lengkap kepada pesakit supaya mereka boleh menggunakannya secara betul, kalau tidak macam-macam hal boleh jadi. Tujuan makan ubat supaya penyakit sembuh .Tapi jika tak dimakan secara betul boleh mengakibatkan kesan yang lain pula.Penyakit yang ada tak hilang malah penyakit baru pula yang dapat.Di Amarika saja lebih 70 juta pesakit menggunakan ubat untuk mengawal darah tinggi. Di negara kita tak ada data yang pasti.Tapi yang pasti jumlahnyapun pasti ramai. Sekarang ramai orang yang makan lebih dari tiga jenis ubat. Apakah mereka semua faham tentang ubat -ubat tersebut hanya Tuhan yang tahu.Doktor suruh makan maka diapun makan.kemudian ada pula pengaruh lain seperti ubat alternatif sehingga mereka semuapun jadi keliru.Nak makan yang mana satu.Lama-lama tak amakan ubat dan akibatnya jantung menjadi lemah kerana tekanan tak terkawal.Yang malang bila terkena serangan jantung secara mendadak atau AMI.Paling menakutkan serangan stroke.
Pagi tadi lepas jogging saya beli nasi lemak kat pasar.Ada pak haji tu cerita semalam ada orang yang meninggal , masih muda baru selesai kahwin bulan lepas.Katanya mati kerana serangan jantung. Pak haji ni tahu juga yang kena serangan jantung biasanya orang laki-laki,perempuan jarang katanya. Saya cuma diam saja tak bagi apa-apa komen.memang wanita yang masih belum putus haid terlindung dari serangan jantung kerana adanya hormon estrogen.Tapi bila dah menopause risiko sama dengan laki-laki kerana estrogen dah kurang sangat.Tapi berapa ramai masyarakat kita yang tahu tentang perkara ini.

Semalam saya sempat ke JB kerana membayar cukai tanah. Sewaktu menunggu ada orang yang duduk sebelah saya. Dia tanya nombor giliran berapa . Saya jawab 1049. Dia langsung tunjuk nombor dia 5014. Saya tanya apa bezanya nombor ni dengan nombor saya. Dia kata nombor yang bermula dari angka 5 adalah untuk warga emas.Diapun suruh saya ambil nombor warga emas sebab sayapun dah dianggap masuk warga emas. Saya tersengeh saja. Dalam hati aku ni masih belum bersedia dipanggil warga emas walaupun dah tua dah.Saya sendiripun tak pasti definasi warga emas tu berapa.Lima puluh ke, lima puluh lima ke atau atas enam puluh ke.

Umur boleh saja banyak tapi semangat perlu muda.Lima Rasul kita, umur 53 baru angkat pedang pergi perang.Umur itu jugalah dia mula memerintah Madinah.Nah jangan lah kita suka-suka sangat menganggap diri kita dah tua kerana Rasulullah tak pernah anggap dirinya tua.
Wassalam

Monday, January 10, 2011

Semalam heboh diperkatakan tentang sistem icare iaitu sistem kesihatan peringkat kebangsaan.Katanya nak ikut NHR United Kingdom.Bila sistem insuran ini dilaksanakan maka pesakit tak boleh datang langsung mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan kerana hospital kerajaan hanya menerima pesakit rujukan dari klinik.Jadi klinik swasta dan kerajaan akan menerima pesakit terlebih dahulu dan jika perlu dirawat oleh hospital maka doktor diklinik berkenaan akan merujuk ke hospital.Kalau nak menyelonong begitu saja maka hospital tidak akan menerima pesakit tersebut. Di UK sistem ini dah lama berjalan. Jika sistem ini berjaya maka beban hospital kerajaan akan berkurangan dan tentu mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan seperti di UK.Cuma perlaksanaannya nanti bagaimana sama-sama kita lihat.
Pada pendapat saya hospital swasta tidak akan terjejas kerana dihospital swasta pesakit bebas untuk datang mendapatkan rawatan.Sekarang inipun pesakit boleh memilih pakar yang mereka perlukan. Bila-bila masa mereka boleh datang mendapatkan rawatan tanpa halangan.Cuma isunya bayaran.Itu saja.Ada duit silakan datang.
Kalau di hospital kerajaan pesakit perlu berjumpa doktor umum terlebih dahulu. Kalau nak jumpa pakar perlu rujukan dari doktor umum.Jadi tak boleh nak menyelonong begitu saja.

Kita harap sistem icare ini cepat dilaksanakan dan bukan sekedar perancangan semata. Kita masih menunggu pelaksanaan sistem insuran untuk semua pekerja asing.Bilakah hendak dilaksanakan, sama-sama kita lihat. Jadi tahun baru 2011 ni akan ada dua sistem baru iaitu icare dan sistem insuran pekerja asing.Saya amat mengharapkan kedua-duanya dapat dilaksanakan dengan segera untuk kebaikan semua.

Pihak swasta tak perlu bimbang kerana ianya akan memberi manfaat kepada mereka juga.Jika sistem insuran pekerja asing terlaksana maka akan besar manfaat kepada hospital swasta.Sistem icare akan memberi manfaat langsung kepada semua klinik swasta.Sama-sama kita tunggu.

Hari ni heboh di suratkhabar tentang kes penderaan bayi berusia tiga tahun.Menurut laporan ada 73 kesan penderaan. Apa nak jadi dengan masyarakat kita hanya Tuhan yang tahu. Kes menyimbah asid kepada anak dan isteri masih belum selesai. Walaupun si bapa dah dipenjarakan tapi penderitaan anak akan kekal sepanjang hayat.Semalam anak itu baru menjalani fasa pertama pembedahan plastik untuk memperbaiki kecacatan pada muka.Proses pembedahan akan berjalan beberapa kali.Nasib baik ada pihak yang sanggup menanggung biaya tersebut.
Mari kita muhasabah diri, jangan ikutkan stress yang memanjang sehingga tergamak melakukan perbuatan yang menyebabkan kecacatan yang berkekalan. Dalam rumahtangga tentu ada masalah.Jadi pandai-pandailah mencari jalan keluar.Kalau suami lagi naik angin isteri perlu diam dan kalau isteri naik angin suami pula perlu diam.Dengan cara ini masalah dapat diselesaikan.
Wassalam