Wednesday, June 30, 2010

Petang semalam saya berada di salah sebuah sekolah menengah di Seremban kerana dijemput memberi ceramah kesan buruk pergaulan bebas. Ceramah diadakan pada jam 2.30 petang. Saya amat teruja mendapat jemputan ini. Bagi saya sebagai seorang bapa dan pengurus syarikat saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan memberi nasihat pada anak-anak muda kita. Walaupun secara tak langsung aktiviti ini juga turut mempromosikan hospital tempat saya bekerja. Mesej yang nak disampaikan perlu jelas dan mencapai sasaran.Sekolah ini mengadakan program minggu anti dadah. Peresmian dilakukan petang semalam iaitu beberapa minit sebelum saya menyampaikan ceramah. Turut serta diundang adalah pegawai anti dadah dari Seremban.Tentu beliau memberikan ceramah pada murid lain. Jadi ceramah berlangsung serentak di dua tempat yang berbeza.

Sebelum memulakan ceramah saya sempat berbincang dengan pegawai anti dadah tersebut. Katanya sekarang pegawai anti dadah diberi kuasa untuk menangkap pesalah dadah.Mereka malah boleh menahan dan membawa pesalah tersebut untuk disoal siasat. Wah saya kata bahaya kerja tu sebab mereka bukan bersenjata seperti anggota polis. Itulah katanya memang ada risiko.Sahabat saya ini juga bercerita yang dia juga berasal dari tempat ini. Katanya nama felda LB Johnson sebelum ini adalah kampung cincang. Cuma setelah lawatan presiden USA pada awal tahun enam puluhan maka kampung tersebut bertukar nama.

Sewaktu saya memberikan ceramah murid-murid bersila dilantai kerana kemudahan dewan sangat minima. Maklumlah sekolah luar bandar tak mempunyai kemudahan seperti sekolah bandar atau sekolah berasrama penuh. Jadi sewajarnya mereka perlu diberi perhatian khusus untuk pemilihan ke pengajian tinggi. Mereka tak sewajarnya disaingkan dengan pelajar dari bandar atau asrama penuh. Kalau nak digunakan meritocracy maka perlu diadakan kategori khusus untuk sekolah-sekolah luar bandar. Saya rasa sama seperti liga boleh sepak , ada division 1 , divison dua dan sebagainya. Sekolah-sekolah bandar dan berasrama penuh sepatutnya dimasukkan ke liga satu dan sekolah-sekolah luar bandar dimasukkan ke liga dua. Jadi murid-murid lulusan luar bandar sepatutnya hanya bersaing sesama mereka dan bukannya bersaing dengan murid-murid dari bandar dan berasrama penuh. Sebagai contoh murid-murid dari sekolah bandar dan berasrama penuh perlu mempunyai 7 A dalam SPM untuk membolehkan mereka memasuki matrikulasi tetapi mereka yang bersekolah di laur bandar sepatutnya diberi kelonggaran sedkit, umpamanya jika dapat 5 A sepatutnya layak untuk memasuki matrikulasi.Saya harap perkara ini telahpun dilakukan oleh pihak kementerian.Saya mendapat maklumat bahawa hanya dua orang pelajar dari sekolah ini yang mendapat 8A dalam peperiksaan SPM yang lepas dan keduanya adalah murid perempaun.

Saya menggunakan banyak gambar sewaktu menyampaikan ceramah supaya murid-murid boleh faham.Saya ada menyentuh tentang risiko membuka facebook dan yang memeranjatkan saya lebih 50 % pelajar mempunyai face book walaupun mereka bersekolah diluar bandar.Lebih mengejutkan lagi bila saya tanya siapa yang sembahyang subuh pagi tadi maka yang mengangkat tangan tak sampai 20%. Jadi kesedaran masyarakat kita untuk melakukan solat amat tipis dan sebab itu banyak maslah kita tak selesai kerana kita lupa siapa Tuhan kita dan apa tanggungjawab kita. Ceramah saya lebih menyentuh tentang kejiwaan dan memberikan motivasi pada anak-anak sekolah supaya mereka faham apa tanggungjawab mereka dan apa yang boleh mereka lakukan dan apa yang tak boleh mereka lakukan.

Sebelum ini saya pernah memberi ceramah kerjaya di sekolah ini pada tahun 2008. Masa berlalu begitu pastas dan tanpa saya sedari waktu dah berlalu dua tahun. Dulu pengetuanya orang lain dan guru kaunselingnya juga orang lain tapi kini semuanya dah bertukar. Kemudahan sekolah tetap macam tu dan murid masih bersila mendengar ceramah.

Wassalam

Tuesday, June 29, 2010

Saya masih nak cerita tentang pengalaman berada di Singapura. Bila sampai di airport saya langsung menaiki teksi menuju ke hotel. Teksi mudah dapat kerana cukup banyak. Dulu pemandu teksi penah beritahu saya jumlahnya 20 ribu buah. Entah betul atau tidak saya pun tak pasti.Tapi saya cukup yakin jumlahnya banyak kerana jalanraya penuh dengan teksi. Hampir keseluruhan teksi di Singapura baru-baru belaka dan cukup selesa. Dalam teksi memang ditulis nama pemandu dan nombor teksi. Jadi tak ada rahsia siapa yang memandu. Sebaik menaiki teksi saya tak perasan siapa pemandu teksi kerana keadaan di depan agak gelap.Pemandu teksi pula cucuk tegap badan lagi pula lengan baju dilipat. Saya lihat macam bonser je. Jadi sayapun segan nak tanya. Jadi membatu lah saya sejak naik. Dah nak sampai ke hotel baru saya perasan pemandu teksi berbangsa Melayu.Nama dia kalau tak silap ialah Zulkarnain Bin Parjan. Bila dah tahu nama sayapun buka mulut dan tanya nama dia. Dia kata namanya Zulkarnain tapi loghat suara macam orang Indonesia. Saya rasa dia mungkin berasal dari sana tapi dah bermastautin di Singapura. Saya tanya mana tempat nak makan yang paling dekat. Dia kata kalau nak dapat makanan Melayu kena pergi ke Arab street lebih kurang 15 menit dengan teksi dan tambang teksi $ 12 dolar. Tapi bila sampai di hotel dah jam lapan malam maka saya tak jadi keluar. Meter teksi terpampang jelas dan jumlah yang dicaj sesuai dengan petunjuk meter yang ada.Sayang saya tak sempat berbual panjang dengan beliau kerana dah nak sampai baru mula buka mulut.

Waktu nak pulang pada hari Isnin teksipun mudah nak dapat. Tak sampai 5 menit dah datang teksi dan langsung sayapun naik. Sebaik naik pemandu tanya nak ke mana. Saya kata nak ke Changi airport. Dia tanya balik terminal yang mana satu kerana ada 4 terminal. Saya jadi tergamam dan saya sebut penerbangan ke Malaysia dengan MAS. Nantilah kita tengok sign board di tepi jalan sebelum sampai, kata pemandu teksi. Sayapun kata OKlah kerana sayapun tak pasti apa yang dia maksudkan. Pemandu teksi ni berbangsa Cina dan cukup rajin berbual. Saya dengar bahasa Melayunyapun OK juga. Saya rasa lebih baik dari sesetengah orang Tiongwa di Malaysia. Cukup petah dia berbicara. Saya tanya macam mana cari duit senang ke . Dia kata sekarang terlampau banyak teksi jadi kena kerja lebih kuat. memang di sepanjang jalan penuh dengan teksi dan separuh tak ada penumpang. Dia kata lihat tu banyak teksi yang kosong. Saya tanya lagi berapa jumlah teksi yang ada. Dia jawab tak pasti tapi banyaklah.
Dia kata kalau tak kerja matilah kerana semua nak kena bayar. Tapi semua orang ada kerja katanya sebab itu kadar jenayah sangat rendah. Saya tanya berapa banyak rakyat asing yang ada di Singapura. Dia kata banyak juga tapi semuanya legal.Sekarang memang banyak pekerja yang berasal dari tanah besar Cina. memang di hotel saya lihat hampir keseluruhan pekerja cleaning dan mengemas bilik berasal dari Cina. Pengalaman saya meminta sterika agak melucukan. Saya minta iron tapi yang dihantar iron board. Saya tanya mana iron dia terpinga-pinga kerana tak begitu faham bertutur dalam bahasa Inggeris. Akhirnya saya terpaksa menggunakan tanda isyarat barulah dia faham. Saya tanya dari mana. Dia kata dari negara Cina.

Jadi bukan negara kita sahaja yang menggunakan tenaga kerja asing tapi di Singapurapun banyak.Menurut pemandu teksi kalau Mat sSalleh tu kebanyakan Pengurus tapi pekerja bawahan banyak dari Cina, India, Nepal dan Myanmar. Dia ada sebut tempat-tempat yang menjadi tumpuan pekerja-pekerja asing ni di hujung minggu tapi saya tak sempat nak catit nama-nama tersebut.Jadi pola tingkah laku merekapun sama dengan pekerja asing di Malaysia.Memang mereka senang berkumpul dengan rakan se negara di hujung minggu.Mungkin untuk menghilangkan rasa sunyi pada kampung halaman.

Sampai di airpor masih awal baru nak massuk jam 12 tengahari sedangkan penerbangan saya pukul 5 petang. Wah kalau nak tunggu parah dibuatnya. Jadi saya mencari kaunter tiket MAS dan tanya pada petugas kaunter. Dia kata penerbangan awal memang tak ada. Saya tanya macam mana nak tukar dengan Silk air. Dia tunjuk kaunter nombor sebelas dan bila sampai di sana kebetulan ada tempat kosong dengan penerbangan jam 12.45 petang. Wah lega rasa hati. Tepat jam 12.50 pesawat terbang ke Kuala Lumpur dan mendarat jam 1.50 petang. Perjalanan cukup lancar cuma waktu nak turun tu ada goyang sikit kerana awal tebal . Jadi perjalanan pulang tak tersekat seperti keberangkatan ke Singapura yang terpaksa tukar pesawat kerana rosak.

Saya rasa perkhidmatan Silk air ni masih seperti dulu, cukup baik. Saya dulu sering menggunakan pesawat ini sewaktu masih berulang alik ke Padang Indonesia, cuma pakaian pramugarinya dah bertukar warna. Yang unik tu sejak dulu memang tak ada pramugara dalam pesawat ni. Cuma pilotnya sahaja yang laki-laki tapi semua pelayan adalah perempuan.Sesetengah syarikat penerbangan menggunakan tenaga laki-laki dan perempuan tapi Silk air ni hanya pelayan perempaun sahaja.
Wassalam

Monday, June 28, 2010

Saya berangkat ke Singapore pada hari ahad. Boarding tepay jam 4.30 petang tapi sampai jam lima petang tak juga take off. Panas dalam kapalterbang hanya Tuhan yang tahu. Bila tanya pramugara dia kata aircond hanya akan kuat setelah kapalterbang terbang di udara. Dah sampai jam 5.10 petang pilot membuat pengumuman yang ada beberapa penumpang yang tak dibenarkan masuk ke Singapura atas alasan yang tak pasti. Jadi mereka dikehendaki keluar dari pesawat dan terpaksa pula petugas membongkar beg mereka . Tunggu punya tunggu setelah jam 5.30 petang kapalterbang masih tak take off. Lepas tu pilot membuat pengumuman yang engin pesawat rosak. Sepuluh menit kemudian pilot membuat pengumuman yang pesawat tak boleh terbang dan semua penumpang dikehendaki turun untuk tukar pesawat. Kami semua lega kerana takut juga nak terbang dengan pesawat yang enginnya dah rosak. Tepat jam 7 malam kami menaiki pesawat baru dan sampai di Changi airport pukul 8 malam. Saya langsung naik teksi menuju Novotel hotel di kawasan clark quay. Hotel ni saya rasa empat bintang. Agak unik hotel ni kerana reception counter untuk check in bukannya di tingkat satu tapi ditingkat 7. Sewa hotel di bayar oleh penaja conference kerana saya tinggal semalam di situ untuk presentation paper pada hari isnin pagi. Malam tu saya merayap di sekitar kawasan clark quay. Rupanya kawasan ini terletak dipersisiran sungai yang turut menyediakan river cruise untuk pelancong. Disepanjang tebing sungai penuh dengan premis yang menyediakan berbagai jenis makanan tapi malangnya tak ada satupun yang menyediakan makanan halal. Waktu malam tempat ni cukup meriah dan ramai pengunjung. Sebahagian pengunjung adalah Mat Salleh , mungkin 40 % adalah mereka. Saya rasa mereka adalah golongan professional yang bekerja atau berniaga di Singapura.Malam tu nampak gaya saya hanya minum segelas air susu dan biskut sebab nak ke jalan Arab street atau Orchid road dah jauh malam.Jadi mis lah makan nasi malam tu.

Pagi isnin tepat jam 9 pagi saya membentangkan kertas kerja selama 1 jam. Respon peserta cukup baik dan kebanyakan peserta adalah dari luar Singapura.Ada yang dari Malaysia, Filipina, Indonesia dan ada juga seorang mat Salaleh sebagi peserta.Yang mengejutkan saya adalah bila diberitahu GM even organizer dah resign kerana pindah kerja. Dulupun waktu saya present paper di Dubaipun macam tu juga. Bila saya tanya organizer katanya baru resign. Mungkin even yang begini begitu banyak cubaan sehingga tak ramai yang boleh bertahan.

Selesai presentation saya check out dari mengambil teksi untuk langsung ke airport. Sepatutnya penerbangan balik waktu petang tapi saya mengambil keputusan untuk pulang awal menggunakan Silk Air.Tepat jam 2 petang pesawat mendarat di KLIA.

Pagipun saya mis makan kerana tak tahu apa nak makan kerana sandwich dan mee goreng yang disediakan pengancur saya tak pasti halal atau tidak. Kalau di negara kita senang cerita tapi di negara asing tanda halalpun tak ada dan kita jadi ragu. Dari merasa was-was lebih baik tak makan.

Satu pengalaman menari saya menjadi presenter di peringkat international adalah semua komunikasi dengan penganjur melalui email sahaja.Jadi tak pernahpu mereka cal . Hatta kita sampai ke tidak ke ke hotel mereka puntak kisah. Mereka hanya kenal kita waktu kita register sebelum conference dimulai. dulu kat Dubai pun macam tu. Mungkin mereka yakin yang kita pasti akan datang. Jadi mereka tak perlu sibuk-sibuk nak cal kita.
Wassalam

Saturday, June 26, 2010

Saya nak menyambung cerita semalam tentang kejadian yang tidak dirancang dan bagaimana secara tiba-tiba Allah memberikan bantuan.
Pada tahun 1995 saya baru membeli kereta dan belum sempat nak belajar untuk membuka dan mengganti tayar seandainya tayar pecah. Satu minggu setelah membeli kereta baru saya dan keluarga berangkat ke Seremban dari JB menngunakan lebuhraya plus. Tak semena-mena dalam perjalanan tayar kereta pecah dan terpaksa berhenti di pinggir jalanraya dilorong kecemasan. Waktu tu dah nak magrib dan saya mulai terasa panik kerana tak pandai nak mengganti tayar yang dah pecah. Kalau tak diganti alamat bermalam di lebuhraya bersama keluarga dan anak-anak yang masih kecil.Kecutnya perut hanya Tuhan yang tahu.Tapi tak lama kemudian tiba-tiba sebuah kereta berhenti tepat di belakang kereta saya.Turun seorang anak muda yang memeriksa tayar depan keretanya. Saya pun bertanya kenapa. Dia kata angin tayar keretanya terlampau keras dan perlu dikurangkan sedikit. Setelah dia selesai memeriksa tayar kereta dia maka dia pun bertanya pada saya kenapa berhenti. Saya kata tayar kereta pecah. Dia tanya kenapa tak ganti dan saya cakap terus terang yang saya tak pandai nak ganti kerana kereta baru dibeli. Dia kata dia boleh bantu dan langsung saja dia bantu membuka dan mengganti tayar dengan tayar spare. Lepas selesai saya hanya boleh ucapkan ribuan terima kasih. Kemudian kami pun meneruskan perjalanan. Lega rasa hati kerana masalah dah selesai dan saya amat bersyukur kerana pertolongan datang disaat saya amat memerlukannya.

Satu lagi kejadian yang mencemaskan berlaku pada tahun 2000. waktu tu saya dan anak bongsu memandu kereta lama jenis Mazda untuk berbelanja di masai Johor. Kereta saya ni engin masih baik tapai bahan tayarnya selalu menghadapi masalah kerana skrew tayar dah longgar dan tak boleh diketatkan kerana skrew dah lus. Bila naik bukit tiba-tiba tayar belakang kereta tercabut dan tayar lari ketepi jalan. Akibatnya kereta langsung senget dan bahagian belakang bergeser dengan jalan raya dan terus berhenti. Kereta berhenti betul-betul di tengah jalan raya.Nasib baik saya bawa tak laju dan tak ada kereta lain di belakang kalau tidak mungkin dah terjadi kemalanagan.Saya dah tak tahu nak buat apa kerana tayar belakang dah tercabut dan kereta mogok di tengah-tengah jalanraya. Tiba-tiba seorang pekerja dari workhop yang berhampiran datang membawa peralatan untuk mengangkat kereta dan langsung memasang kembali tayar yang tercabut tadi. Dia cuma mengambil masa kurang dari 10 menit untuk menyelesaikan maslah tersebut. lepas tu kereta saya langsung dimasukkan ke workshop untuk diperbaiki.Syukur di saat yang kritikal tersebut datang pertolongan. saya yakin Allah yang menggerakkan hati pekerja tersebut untuk membantu saya. sebetulnya masih banyak lagi kejadian yang sebegini yang saya alamai dan ini menambahkan keyakinan bahawa jika kita berbuat baik Allah akan sentiasa membantu kita di saat kita memerlukan pertolongan.Jadikanlah kejadian yang sebegini sebagi motivasi diri kita untuk terus berbuat baik.

Petang ni Insya Allah saya akan terbang ke Singapura kerana besok jam 9 pagi saya akan present satu kertas kerja di "Hospital waste management Asia conference 2010" di hotel Novotel Singapura.Insya Allah nanti akan saya catitkan perjalanan ini.
wassalam

Friday, June 25, 2010

Sekarang ni saya berda di Padang golf di port Dickson kerana ada pertandingan golf amal. Saya hanya mewakili pihak penganjur. Seumur hdup tak pernah main golf dan belum terniat nak main golf. Nampaknya pagi ni cuaca cukup cerah.Mulanya rasa bimbang juga kerana beberapa hari yang lalu hujan turun tiap -tiap hari pada sebelah pagi, tapi pagi ni cuaca menyebelahi kita.

Semalam ada berita menarik dalam akhbar tentang kenyatan yang dibuat olh Jeramie Jackson , abang kepada Michael Jackson. Katanya mungkin Michael jackson masih hidup kalau beliau sempat memeluk Islam. Ramai yang menyangka Michael telah memeluk agama Islam tetapi rupa nya dia tak sempat berbuat demikian sebelum dia mati. Kenapa Jeramie membuat kenyataan demikian.Katanya bila masuk Islam minda akan menjadi tenang kerana kita tahu utnuk apa kita hidup, apa yang perlu dialakukan dan kemana akhirnya hidup ini. Bila ini ada dalam minda kita maka fikiran akan menjadi tenang dan kehidupan akan teratur dan bebas dari stress. Masalah utama Michael ialah stress yang tak mampu dikawal sehingga nak tidurpun tak boleh tanpa menggunakan ubat tidur. Wang yang melimpah rupanya tak mampu memberi ketenangan kepada beliau sehingga tiap-tiap malam dia hanya boleh melelapkan mata setelah menelan ubat tidur. Kerana faktor kebergantungan yang ekstrim akhirnya ubat tidur biasa dah tak mampu menidurkan dia sehingga doktor perlu memberikan ubat bius yang bernama profofor untuk membantu dia tidur. Kerana masalah ketergantungan ini akhirnya dos yang diberikan melebihi had ketahanan badan beliau sehingga ia menemui ajal.

Jadi sah Michael tak sempat memeluk Islam berdasarkan keterangan dari abang beliau. Yang cantinya adalah dia sudah menaruh minat dan kepercayan pada Islamsehingga semua pengawal peribadinya beragama Islam kerana dia percaya oran Islam itu boleh dipercayai.

Dalam hidup banyak perkara yang kita tak pasti. Yang penting jika kita membantu Allah dan manusia Aallah akan membantu kita. Kita tak perlu mengharapkan orang yang kita bantu akan membantu kita. Kalau dia tak peduli dengan kitapun tak apa dan tak perlu dirisaukan. Yakinlah bila saatnya tiba Allah akan membantu kita.

Saya ingin mencatitkan pengalaman yang saya lalui sewaktu tersesat di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Bunyinya aneh dan pelik tetapi kenyataannya saya memang tersesat. Saya sampai awal kerana akan menghadiri mesyuarat dengan bos jam 8.30 pagi di jalan Titiwangsa. Kerana masih banyak waktu saya mengambil keputusan untuk berjalan pagi.Jalan punya jalan akhirnya tersesat dan dah tak jumpa jalan keluar. Waktu dah jam 8 pagi dan saya mulai menjadi panik kerana kalau tak jumpa jalan keluar alamat kena mengadap boslah nanti. Dalam keadaan buntu saya ternampak seorang laki-laki Cina sedang berjalan dan saya langsung menghampiri beliau. Tanpa segan silu saya langsung menceritakan masalah saya. Kata dia jangan bimbang dan dia jemput saya pulang ke rumahnya kerana katanya rumah dia berhampiran dengan kawasan tersebut. Sampai dirumah dia langsung dia mengajak saya menaiki kereta mercedeznya dan menghantar saya ke pejabat tempat saya akan menghadiri mesyuarat.Rupanya tak jauh dari tempat tersebut tetapi kalau jalan kaki memang tak sempat. Saya hanya boleh mengucapkan ribuan terima kasih atas kebaikan beliau. Rupanya masih ada manusia berhati mulia walaupun kaya raya dan berlainan bangsa. Bagi saya Allah telah menggerakkan hati beliau untukmembantu sya. Wassalam

Wednesday, June 23, 2010

Sewaktu pulang dari Pulau Sibu hari ahad yang lepas saya sempat minum pagi di rumah teman di Johor Bahru. sambil berbual kosong ada seorang teman dari seberang yang sempat bercerita tentang umur manusia. Menurut andaian dia , umur manusia ni ada skala nya iaitu antara umur minumum dengan umum maksimum. Kita tak pasti umur kita tetapi Tuhan selalu menyuruh kita berdoa agar dipanjangkan umur. Bila kita disuruh berdoa artinya harapan masih ada agar umur kita dipanjangkan. Yang pasti bila Allah dah tentukan kita akan kembali memang tak boleh lagi dipercepat atau diperlambat walau satu saat. teman tadi mengandaikan bahawa usaha kita akan menentukan bila kita akan mati tetapi yang pasti antara umur minumum dengan umur maksimum yang telah ditetapkan oleh yang maha pencipta. Kalau kita tak berusaha secara gigih maka umur minimumlah yang akan kita dapat. Tapi kalau kita berusaha gigih mungkin kita akan dapat umur yang maksimum. Saya rasa ada logiknya juga. Katakan kita tak mengawal kesihatan badan maka kita yang mendedahkan diri kita pada bahaya dan tentunya umur kita akan menjadi lebih pendek.Contoh jika dah pasti ada kencing manis maka kita akan mendapat berbagai komplikasi dan kita yang akan menderita dan tentunya harapan untuk hidup panjang akan menjadi tipis. Tapi jika kita menjaga masalah kita dengan baik maka ada kemungkinan umur akan menjadi lebih panjang. Dari kajian yang dilakukan didapati umur purata manusia menjadi semakin panjang. Sekarang ini umur purata laki-laki adalah 70 tahun sedangkan umur purata wanita 73 tahun. Angka ini akan semakin meningkat pada masa yang
akan datang kerana meningkatnya teknologi dan ilmu untuk meningkatkan kesihatan manusia.

Bagi kita yang penting bukanlah berapa panjang umur kita tetapi umur yang berkualiti menurut kehendak Tuhan bukannya menurut kehendak manusia. Manusia yang paling berguna bagi Tuhan adalah manusia yang paling bertaqwa. Taqwa artinya ketaatan pada Allah. Apa yang Allah suruh kita buat dan apa yang Allah larang kita tinggalkan. Bunyinya mudah tapi sulit untuk dialkukan kerana rangsangan pada manusia untuk meninggalkan larangan adalah sangat kuat iaitu dari syaitan adan nafsu ammarrah manusia. Nak buat yang baikpun susah juga kerana rangsangan yang sama.

Hidup adalah bekal untuk dihari nanti. Kalau tak ada bekal maka ibarat orang yang musafir tak ada bekalan. Di dunia yang akan datang dah tak ada lagi usaha tapi yang ada cuma menerima balasan dari usaha kita di usia yang singkat diatas dunia ni. Palaing tua manusia pun cuma 100 tahun tapi jika ikut umur nabi cuma 63 tahun .beruntung manusia yang dapat hidup lebih dari ini tapi ia hanya beruntung jika melakukan ketaatan pada sang pencipta. Akan menjadi sia-sia jika umur panjang tapi melakukan maksiat dan menambah dosa.

Rasul makan tak pernah kenyang kerana beliau bersabda makanlah kamu bila kamu lapar tapi berhentilah kamu sebelum kamu kenyang. jadi artinya Rasul tak pernah sampai kenyang. Kita tidak begitu, makan asalkan nak makan. lapar ke tidak ke kita babat terus .mentang-mentanglahj ada banyak makanan maka kitapun babat habis. selagi tak kenyang sumbat terus. Apa lagi kalau bmakan di hotel beratus jenis makanan yang ada. Dah terlanjur bayar maka kitapun babat terus sampai tersandar di kerusi. Dua bulan lagi akan masuk bulan ramadan maka berubutlah orang berbuka puasa di hotel. Bila bunyi saja suara azan maka diserbulah makanan-makanan yang banyak tu, akibatnya nak sembahyangpun jadi malas apa lagi nak solat tarawih, akibat mis lah kerana dah tersandar dikerusi tak larat nak bangun kerana kekenyangan makan.

Bila kita nak ikut sunnah ni , kita sendiripun tak pasti. Kalau kita ikit perintah nabi tak timbul masalah obesiti tetapi kerana tak ikut maka ramai yang terpaksa memakan slimming pills sampai ribuan ringgit harganya. Dah tu apa kesan sampingannya nanti kita sendiripun tak pasti.Mari kita berazam untuk mengikut sunnah ini, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Berdoalah kita agar sentiasa sihat dan panjang umur supaya lebih banyak masa untuk beribadah.Ingat pesan Nabi bila mati anak adam habislah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu:

-harta yang diwaqafkan
-doa anak yang soleh
-ilmu yang diajarkan
Wassalam

Monday, June 21, 2010

Pulau sibu adalh milik salah sebuah syarikat kerajaan negeri. Pulau ni di jaga secara professional oleh pekerja yang terlatih. Selain tempat untuk seminar ianya juga boleh menawarkan outbound training serta kemudahan lain seperti bermain bot, bola pantai, tenis dan menyelam. Tak ada penduduk tempatan di sini kecuali pekerja syarikat. Sembahyang jumaat dikendalikan oleh imam yang didatangkan khas dari tenggaroh pada setiap hari khamis dan beliau akan pulang selepas selesai solat jumaat. Hospital memang tak ada , cuma klinik yang menawarkan kemudahan asas. Saya mula terfikir kalaulah kena heart attack alamat kacau dibuatnya kerana nak ke darat perlu menaiki feri selama 30 menit dan di darat pula tak ada kemudahan hospital yang canggih kecuali di JB.Perjalanan dari Tanjung leman ke JB mengambil masa dua jam. Tapi dulu waktu masih tinggal dikampung tak terfikir pula tentang masalah ni. Rupanya orang bandar yang fikir macam-macam tapi orang kampung dan pulau hanya pasrah saja. Toh hidup mati urusan Tuhan, pantang maut sebelum ajal. Di pulau ni terdapat 25 ekor rusa yang berkeliaran di sekitar kawasan pulau dan cukup jinak. pokoknya boleh dipegang oleh manusia. sya lihat ada juga kandang kambing bor dan beberapa ekor burung merah. seumur hidup baru sekali saya mendengar jeritan burung merak yang cukup nyaring.

Kalau ada kesempatan lain kali rasanya nak datang lagi ke pulau ni. Ianya cukup unik dan selesa untuk merehatkan badan tapi kalau menghadiri workshop bukan boleh rehat tapi penat yang dapat. Kalau nak santai-santai dengan famili cukup sesuai tempat ni.

feri yang berulang alik ada dua buah dan perjalanan ke daratan berjumlah dua kali sehari. tapi kalau ada emergency ada tiga lagi bot kecil yang boleh digunakan bila-bila masa. Kalau ada conference tentu jumlah perjalanan bot akan ditambah oleh penganjur.

Salah satu perkara penting yang dibincang dalam workshop adalah tentang antibiotik resistant. Artinya bakteria akan menjadi tahan bila terdedah kepada sesuatu antibiotik secara berterusan.Bakteria ni pandai juga nak hidup. Ia akan melalui proses mutasi genetik dan lepas ini terjadi bakteria kan menjadi tahan dan antibiotik tersebut tidak lagi berkesan.mahluk seperti bakteriapun boleh mencipta pertahanan diri untuk terus hidup. Falsafah ini yang sepatutnya dipelajari oleh manusia. kalau nak terus hidup dan maju maka kita perlu menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan.kalau tidak kita akan menjadi sperti dinasorus yang akhirnya pupus kerana gagal menyesuaikan diri. wassalam

Sunday, June 20, 2010

Saya berangkat ke Tanjung lemn jam 8 pagi pada hari khamis lepas. Perjalanan dengan bas mengambil masa 2 jam. jam 11 langsung menaiki feri ke Pulau Sibu dan sampai di sana setengah jam kemudian.Setibanya kami di jeti kami di sambut dengan paluan kompang .Jadi agak aneh jugalah kami dibuatnya. Lepas pendaftaran kami langsung masuk ke kamar penginapan di chalet. Saya tak pasti berapa jumlah chalet yang ada di Pulau ini tapi jumlah peserta melebihi 200 orang. Kesemua chalet diperbuat dari kayu, jadi terasa juga macam tinggal di kampung dulu cuma dalam chalet ini ada air conditioner.
Sebelah malam kami di bawa keliling pantai melalui program moonlighting walk oleh beberapa juru pandu arah yang menggunakan lampu suluh. Jadi terasa jugalah nikmatnya suasana malam di sekeliling pantai. Rupanya waktu malam air susut jauh ke dalam lautan. Saya rasa ada sekitar 100 meter air susut ke dalam.Bagi kami yang bukannya anak nelayan atau biasa tinggal di pantai tentunya pengalaman sebegini sangat meninggalkan kesan.
Keesokan hari kami memulakn workshop yang bermula dari 8.30 pagi hingga 5 petang dan program ini berlangsung dua hari berturut-turut. berbagai perkara yang dibincangkan melalui 3 workshop yang berlangsung selama dua hari.Saya rasa banyak resolusi yang telah dirumuskan untuk diperhalusi oleh pihak jawatankuasa yang tentunya nanti akan diedarkan kepada seluruh hospital yang terlibat untuk dilaksanakan.
Malam terakhir ada pesta makan durian .Kerana dah agak lama tak makan durian maka ianya sungguh menyeronokkan dan menyelerakan.
Sebelah petang ramai yang mengambil kesempatan untuk beriadah seperti bermain bola pantai dan volleyball.Saya cuma berjalan kaki mengelilingi Pulau di waktu pagi dan juga di waktu petang.
Saya difahamkan oleh beberapa orang pekerja di Pulau ini bahawa air diperolehi melalui proses saringan air laut menggunakan teknologi khusus dan bekalan letrik melalui generator yang dipasang 24 jam.
Besok kita sambung.Wassalam

Tuesday, June 15, 2010

Insya Allah petang nanti saya akan memandu ke Johor Bahru.Saya akan menginap semalam di hotel dan keesokan paginya menaiki bas ke Tanjung Leman untuk terus ke Pulau Sibu. Kami akan berada di Pulau Sibu sampai hari ahad kerana menghadiri healthcare workshop. Selama ini workshop yang sebegini di adakan di hotel yang terletak di daratan tapi kali ini terletak di Pulau. Mungkin untuk mencari kelainan. Dalam hidup sekali sekala perlu mencari kelainan supaya hidup ini menjadi dinamik dan tidak membosankan. Kalau dah bosan hidup maka jadilah kita ibarat bangkai bernyawa.

Nampak gaya terlepaslah empat hari tak dapat nak update blog ni. Menulis dalam blog mempunyai keseronokan yang tersendiri. Tapi semuanya tergantung minat dan bakat serta keinginan.

Dalam workshop nanti akan dibincangkan banyak perkara yang berhubungkait dengan penjagaan kesihatan pesakit.Banyak perkara yang dibincangkan dalam conference , workshop sebetulnya adalah perkara asas yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang yang terlibat dalam bidang ini tapi itulah juga yang menjadi masalah utama kerana sikap manusia yang tak ambil peduli dan selalu mengambil mudah dalam semua perkara. Bila dah terjadi masalah baru nak melompat dan menuding jari mencari siapa yang perlu dipersalahkan. Sebagi contoh sebelum pesakit dihantar ke bilik bedah maka pesakit perlu menandatangani borang kebenaran untuk dibedah. Inipun sering terlupa.Bila dah jadi kes barulah melompat semua dan mencari siapa yang salah. Sebelum anggota tubuh pesakit di bedah maka doktor perlu menandakan dengan marker tempat yang perlu dibedah. Perkara inipun sulit nak dilakukan.Sayapun tak pasti kenapa sehingga WHO melancarkankan program patient safety goal, safe surgery safe life.Sebelum doktor memulakan pembedahan maka perlu dilakukan time out dimana pakar bius, pakar bedah dan semua jururawat yang akan terlibat dalam team tersebut berkumpul dan berbincang secara lengkap tentang prosedur yang akan dilakukan tapi yang inipun tak dapat dilaksanakan kerana pakar bedah sibuk dengan pesakit yang lain. Biasanya pakar bius akan membius terlebih dahulu kemudian baru pakar bedah datang. ang tersepit ditengah adalah jururawat.kalaupembedahan berjalan lancar OK lah tapi bila ada komplikasi yang tak diingini maka perkara ini akan menjadi kes perundangan.

Satu lagi perkara asas yang sering diabaikan adalah mencuci tangan sebelum memulakan prosedur, sebelum memeriksa pesakit dan selepas merawat pesakit. Dari kajian yang dibuat hanya sebahagian kecil dari doktor yang mencuci tangan mereka setiap kali selepas merawat pesakit. Kebanyakan hanya mencuci tangan setelah habis melihat semua pesakit .Yang rajin mencuci tangan adalah pakar kanak-kanak tetapi yang selebihnya tak melaksanakan perkara ini. Ini perkara asas yang boleh mencegah penyebaran penyakit dari seorang pesakit ke pesakit yang lain. Infection control telah menjadi satu standar yang utama untuk menjaga standar sesebuah hospital baik milik kerajaan mahupun swasta.Jika infection control tak terlaksana dengan baik maka penularan penyakit dalam hospital akan mudah terjadi.

Dalam hidup seharian pun kita mengabaikan banyak perkara asas yang sepatutnya kita laksanakan. Contoh bila nak masuk rumah berilah salam, tapi berapa ramai yang mengamalkan perkara asas ini. Nak naik kenderaan bacalah doa supaya kita mendapat perlindungan Allah. Tapi berapa ramai yang mengamalkannnya. Bila nak makan cucilah tangan dan makan dengan tangan kanan. Tapi berapa ramai yang mengamalkannya.Bila membuang air kecil cucilah dengan bersih tapi tak ramai yang mahu melakukannya.Sebab itu macam-macm penyakit terjadi. Sekarang saya lihat ramai yang suka kencing dimerata tempat di tempat terbuka tanpa segan silu. Dah jadi macam haiwan suka melepas di mana-mana. Keluar tandas pula tak cuci tangan. Kajian yang dijalankan di negara kita didapati hanya 10 % dari pengguna yang mencuci tangan selepas keluar dari tandas.

Hari-hari bila jumpa isteri, suami berapa ramai yang mengucapkan sayang pada pasangan.Berapa ramai yang memeluk pasangan sebagai tanda kasih sayang. Kita ambil mudah semua perkara asas ni.Bak kata orang Inggeris "take for granted".Sebab itu masalah rumah tangga semakin berlambak dan pergaduhan dah semacam mainan harian.Yang baik dah tak nampak tapi yang nampak hanya keburukan pasangan masing-masing.
Mari kita renungkan dan berubahlah kita untuk kebaikan kita sendiri. Wassalam

Monday, June 14, 2010

Cerita gula ni macam iklan biskut, kejap ada kejap tak ada. Memang dah beberapa tahun lepas cerita yang sama berulang. Puncanya kerana ada peniaga yang nak jadi spekulator dengan harapan harga akan dinaikkan. Setakat ini harga gula masih dikawal sebab itu peniaga ada yang main curang dengan menyorok bekalan gula. Dah banyak serbuan dan tangkapan yang dibuat tapi masalah tetap ditakuk lama.Kadang ada kadang tak ada.
Masyarakat Malaysia memang kuat makan gula, sebab itu peniaga mengambil kesempatan .Mari kita berazam mulai hari ini untuk mengurangkan pengambilan gula bagi kegunaan harian. Kurangkan manis dalam minuman tapi tambahkan manis dalam senyuman. sekarang ini kerana banyaknya tekanan hidup menyebabkan kita sukar nak senyum. Yang sering kita lihat adalah muka tension terutama di jalanraya yang kerap sesak .Bila kita senyumpun belum tentu orang di sebelah akan membalas senyuman tersebut. Malah kerap kali dia buat tak tahu aja. Nabi kata senyum itu sedekah tapi tak ramai yang ambil indah tentang perkara ini. Yang ada dalam benak masing-masing adalah sifat marah dan tension.

Cerita kekurangan tenaga kerja di beberapa sektor dah jadi lumrah.Menurut laporan yang tak resmi di negara kita terdapat ratusan ribu orang yang menganggur.Tak pasti pula menganggur kerana apa. Ada yang memilih untuk menganggur dan ada yang menganggur kerana merasa kerja yang ditawarkan tak sesuai dengan minat dan kelulusan. Maka jadilah ia sebagai penganggur. Kalau tak memilih tentu tak ada yang akan menganggur kerana jutaan warga asing yang bekerja di negara ini. Contoh dua hari lepas cerita tentang kekurangan tenaga kerja di sektor penanaman teh ke Cameron Highland. Di laporkan dua buah syarikat dah gulung tikar kerana tak cukup pekerja dan beberapa lagi mungkin akan menutup perniagaan mereka kecuali masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Sebelum ini dilaporkan bahawa pengusaha ladang sawit terutama di Sabah dan Sarawak akan mengalami masalah yang kritikal dalam jangka beberapa tahun mendatang kerana pekerja-pekerja dari Indonesia sudah mulai kembali kenegara asal untuk bekerja di sektor yang sama di negara mereka. Sekarang Indonesia sudah mengatasi Malaysia dari segi pengeluaran sawit mentah kerana faktor tanah dan tenaga kerja yang besar.Sektor bangunan juga di monopoli oleh tenaga asing. Kalau dulu majoriti pekerja adalah dari Indonesia tapi kini sudah mulai ramai pekerja dari India. Lihat saja yang membuat laluan keretapi berkembar majoriti adalah pekerja yang berasal dari India.

Restoran mamak masih menghadapi masaalah kritikal kekurangan tenaga kerja. Pernah dilaporkan terdapat 45,000 kekosongan di sektor tersebut yang masih tak diisi. Dulu hampir keseluruhan pekerja di impot dari India tapi kini saya lihat dah mula ramai pekerja di restoran mamak yang berasal dari Indonesia. Kita boleh cam melalui bahasa pertuturan mereka. Ke mana perginya pekerja dari Malaysia? Ini persoalan yang kita tak boleh jawab. Saya rasa penganggur yang ada di negara kita memilih untuk menganggur kerana merasakan pekerjaan tersebut tak sesuai dan bergaji rendah. Nampaknya kita akan terus bergantung dengan tenaga kerja asing. Sekarang inipun banyak anggota pengawal keselamatan terutama di KL berasal dari Nepal. Raut wajah dan penampilan mereka memang kita boleh kenal.

Jadi sampai bila kita nak bergantung dengan tenaga kerja asing tak ada siapa yang tahu jawapannya.Semalam diumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan ditangguhkan buat sementara waktu. Jadi tambah tak minatlah golongan muda nak jadi pengawal. Sebab itu ada syarikat yang menggaji golongan veteran untuk menjadi anggota pengawal. Akhirnya kita pun tak pasti siapa yang mengawal siapa.
Wassalam

Saturday, June 12, 2010

Sekarang sedang demam bola. Setiap hari paling kurang ada 3 perlawanan yang disiarkan secara langsung ,belum lagi berbagai ulasan yang diberikan oleh berbagai pihak. Tak kurang meriahnya adalah kegiatan kaki judi. Manusia memang mempunyai perangai yang berbagai ragam dan kegiatan berjudi dah hampir sama tuanya dengan usia manusia. Samalah seperti kegiatan pelacuran yang merupakan profesi tertua manusia.

Bola-bola juga tapi jangan sampai kerana tak tidur malam kerana asyik nonton bola prestasi kerja pula terjejas.Ingat kita kerja kerana nak cari rezeki untuk diri sendiri dan anak bini. Jangan sampai gaji yang kita dapat menjadi haram kerana tak memenuhi syarat yang ditentukan oleh majikan dan yang telah kita persetujui. Rezeki yang haram akan menyekat diri kita untuk mendapat rahmat Allah sehingga hidup kita menjadi tak tentu arah.

Saya masih ingat kata-kata dalam lagu M.Nasir, duit-duit di mana kau duit, duit-duit di mana kau duit. Ada yang nama dolar, ana yang nama ringgit , ada yang nama rupiah, semuanya adalah duit. Jangan kita jadi hamba duit.Bebera hari yang lepas dilaporkan di dalam akhbar harian tentang seorang doktor yang menjual ubat batuk istimewa melalui klinik beliau. Ubat batuk ni tak ada dipasaran tetapi dibuat khusus oleh doktor ini.Ubat ini semacam bentuk cocktail yang mengandungi campuran berbagai jenis bahan untuk ubat batuk seperti kodein, dextromethorpan dan beberapa antihistamin yang lain. Bila semua bahan ini dicampur maka penagih menjadi begitu high kerana kesemua ubat tadi bekerja di saraf pusat dan ada sebahagian ubat membantu menguatkan ubat yang lain.Katanya cocktail doktor ini luar biasa efeknya mengalahkan ubat-uabatan yang ada dipasaran. Doktor ini pernah ditangkap sebelum ini dan kes nya masih belum selesai .Tapi yang dah namanya gila duit beliau masih membuat kerja terkutuk tu tanpa rasa takut dan rasa bersalah.

Bagi saya kes ini adalah suatu tragedi kerana manusia yang sepatutnya menggunakan ilmu dan kepandaian untuk mengubati penyakit dan membantu pesakit malah menggunakan kepandaiannya menjual ubat yang merosak bangsa hanya kerana mengejar habuan wang ringgit.

Satu lagi berita yang menggemparkan kita semalam adalah tentuk banyaknya remaja perempuan yang merokok mengalahkan jumlah remaja laki-laki. Dilaporkan lebih dari 28% remaja perempuan di bawah umur yang merokok dibandingkan dengan hanya 14% remaja laki-laki. Rokok adalah sebahagian dari permulaan untuk menghisap bahan yang lebih kuat seperti ganja dan sebagainya. Kenapa mereka terikut-ikut dengan budaya yang merosak diri ni. Kita pun tak pasti. Saya ada mendengar kawan bercerita tentang remaja perempuan yang menuntut di salah sebuah kolej swasta. Beliau ni suka menyimpan minuman keras dalam bilik. Bila di tanya kenapa menyimpan minuman keras dalam bilik. Dengan selamba dia jawab saja nak hilangkan boring. Jadi bila dia rasa dia boring diapun minum minuman keras walaupun dia mengaku beragama Islam.Beginilah rumitnya kehidupan hari ini. Menjadi ibu bapa juga bukan lagi mudah seperti dulu. Bukan sahaja nak kena berbelanja besar menyekolahkan mereka tetapi nak me ngawal tingkah laku mereka juga menjadi semakin sulit.

Jadi didiklah anak-anak kita sejak kecil dengan cara Islam supaya mereka menjadi manusia yang patuh pada agama, ibu bapa, guru-guru dan menjadi anggota masyarakat yang produktif .Wassalam

Friday, June 11, 2010

Pagi semalam saya flight ke Kota Bahru Kelantan kerana ada tugasan resmi. Penerbangan pagi adalah jam 7.30 pagi dan sampai di Kota Bahru satu jam kemudian. Saya tidur satu malam di hotel New Pacific .Hotel penuh kerana kebetulan ada muktamar PAS. Kemudahan hotel kira OK lah. Pagi tadi jam 9.30 pagi saya terbang kembali ke KLIA dan sampai sejam kemudian. Cuaca sepanjang perjalanan cukup baik. Rupanya untuk penerbangan Kota Bahru ke KL ada 3 penerbangan iaitu MAS, Asia Asia dan Firefly. Cuma firefly turun di Subang. Jadi mudahlah nak berulang alik ke Kelantan.

Kali ni saya ingin menyambung cerita tentang ubat HRT yang saya tulis beberapa hari yang lepas. Ubat ini diberikan untuk mengatasi simptom kekurangan hormon pada wanita dan mencegah kesan medikal yang khusus akibat dari kekurangan hormon tersebut.

Manfaat ubat HRT dapat dibahagi kepada dua itu:

Menghilangkan simptom yang tak selesa seperti kesan vasomotor, perubahan mood, kekeringan pada vagina dan kesulitan untuk tidur malam. Disamping itu ianya boleh mencegah perkara berikut:

-osteoporosis
-penyakit jantung koronori
-Alzheimers
-kesan kesihatan pada genitourinary
-kanser kolon
-atrophic vaginitis
-general sense of well being
-sexual functioning

Tapi perlu diberi perhatian tentang risiko besar yang mungkin dihadapi seperti berikut:

-kanser payu dara
-deep vein thrombosis
-pulmonary emboli
-endometrial cancer
-gallbladder disease
-systemic lupus erythematosus

Sebab itu sebelum memulakan rawatan dengan HRT maka pesakit perlu berbincang secara teliti dengan pakar perbidanan supaya pakar perbidangan dapat memberikan nasihat yang terbaik sebelum pesakit membuat pilihan untuk memulakan rawatan dengan HRT atau tidak. Keputusan muktamat adalah ditangan pesakit bukannya di tangan doktor. Doktor hanya boleh memberikan nasihat kerana risiko pesakit yang tanggung bukannya doktor.Jadi buatlah keputusan yang terbaik untuk kesejahteraan anda .

Ubat-ubatan yang sering digunakan adalah:

1. Estradiol yang dimakan 1 hingga 2 biji sehari. Disamping dalam bentuk tablet ubat ini juga terdapat dalam bentuk vaginal cream dan transdermal patch

2. Estrogen conjugated yang dimakan sebiji sehari selama 21 hari dalam sebulan

3. Medroxyprogesterone yang dimakan se biji sehari pada hari 1-12 putaran haid

4. Norethidrone yang dimakan sebiji sehari selama dua minggu

Jadi pilihlah ubat yang paling sesuai jika anda telah membuat keputusan untuk menggunakan HRT bagi mengatasi masalah yang timbul dari simptom putus haid.

Wassalam

Wednesday, June 9, 2010

Tengahari tadi saya memandu dari JB ke Seremban.Perjalanan lancar kerana tak banyak kereta walaupun ada hujan sedikit di sana sini. Saya singgah untuk solat dan bercadang untuk makan di R&R Macap. Malangnya bila sampai di sana punyalah banyaknya lalat. Saya rasa mungkin ribuan jumlahnya. Buka saja pintu kereta meluru beberapa ekor lalat masuk ke dalam. Sampai di suraupun cukup banyak lalat, apa lagi di kedai makanan. Jadi hilang selera dan tak jadi saya nak makan di sana. Apa puncanya saya tak pasti. Tapi kerumunan lalat ni sering dikaitkan dengan kilang ayam atau tempat pembuangan sisa makanan yang sudah menjadi busuk. Tak tahulah jika berhampiran dengan R&R ni dah ada reban ayam? Di Port Dickson pun ada tempat yang mengalami masalah ini. Bila singgah di kedai makan, punyalah banyaknya lalat sampai kitapun tak jadi nak makan. Bila saya tanya kepada penjual makanan dia kata itulah masalah utama yang beliau hadapi sehinggakan kedainya dah nak hampir tutup kerana orang enggan nak makan di situ. Puncanya kerana tak jauh dari tempat tersebut ada pasar malam di mana peniaga membuang sisa ikan dan daging sesuka hati sehingga penuh dihurung oleh lalat.

Lagi-lagi sikap manusia yang tak mahu menjaga kebersihan sehingga menyusahkan dan menyekat rezeki orang lain. Sampai bila kita nak berubah hanya Tuhan yang tahu.Manusianya hanya fikir senang sendiri, dan peduli apa dengan nasib orang lain.

Salah satu ubat yang kurang difahami oleh pengguna adalah ubat yang di sebut HRT, atau Hormone Replacement Therapy. Ubat ini adalah hormon yang diberikan pada wanita yang putus haid untuk mengganti kekurangan hormon pada wanita. Wanita mempunyai dua jenis hormon yang utama iaitu Estrogen dan Progesteron. Bila terjadi putus haid maka hormon ini akan berkurangan dan tidak lagi seimbang terutama susutnya kadar Estrogen yang sangat ketara. Bila perkara ini terjadi maka wanita akan menghadapi berbagai gejala yang tidak menyenangkan mereka.Antara gejala tersebut adalah gangguan pada mood, rasa mual dan tak selesa. Kemudian wanita menghadapi masalah sukar nak tidur, panas badan yang berlebihan dan putaran haid yang tak menentu serta sering sakit kepala. Kemudian yang paling menyiksakan adalah kekeringan pada faraj sehingga sukar untuk melakukan hubungan kelamin dengan suami. Semua masalah ini tentu mengganggu wanita dan mengubah pola hidup mereka. Jadi perlu dilakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Disamping itu bila estrogen dah kurang maka wanita akan menghadapi risiko serangan jantung yang tinggi disamping masalah osteoporosis.
Di zaman yang serba canggih ini tentu ada ubat yang boleh digunakan tetapi perlu dipertimbangkan dengan telita antara manfaat dan risiko yang akan dihadapi.

Nanti kita sambung.Wassalam

Monday, June 7, 2010

Semalam saya seharian di Kajang kerana ada urusan resmi. Nasib baik saya mengikut driver kalau tidak stress juga di jalaraya. Pemandu-pemandu kat sana lain macam juga. nak masuk simpang ikut dan. Tak payah bagi signal dan main sorong saja kepala kereta. Kemudian ada pula yang membelok ikut suka hati walaupun di double line.Dah lah tak bagi signal tapi main celok saja.Kemudian tak jauh dari Majlis Perbandaran sebarisan kereta parking di tengah-tengah jalan di garisan putih yang memisahkan lane kiri dan kanan. Saya sangkakan jalam jem tapi rupanya sebarisan kereta sedang parking.
Pemandangan sebegini ada di mana -mana di negara kita. Pemandu di Malaysia ni bila dah pegang stering perangai mereka tiba-tiba berubah. Entah kenapa sikap tak sabar, masing-masing nak cepat dan belok ikut dan dah menjadi pemandangan biasa. sebab itu kadar kemalanagan jalanraya semakin meningkat.Kalau kita nak memotong kereta maka kereta yang datang dari arah bertentangan akan semakin laju.Begitu juga kalau nak masik ke simpang kereta yang menghala ke kita akan semakin laju. Entah kenapa kita pun tak pasti. Silap-silap dari jauh lagi dah dinyalakan lampu memberi amaran kepada kita supaya tak melintas.
Berdasarkan pengalaman saya berada di beberapa negara saya dapati pemandu-pemandu mereka lebih berhemah. Klau di Singapura jangan ceritalah kerana mereka takut dengan undang-undang kerana pelaksanaan undang-undang yang ketat. Tapi bila pemandu Singapura masuk ke Malaysia maka perangai mereka otomatik berubah dan jadi lebih buas dari pemandu tempatan.Maklumlak kereta-kerta mereka pada umumnya baru-baru belaka kerana dasar kerajaan mereka yang mengenakan kos yang lebih tinggi untuk memperpanjang cukai jalan kereta-kereta lama.
Di Indonesia walaupun jalannya sesak gila tapi toleransi pemandu saya rasa agak lebih baik. Klau membunyikan hon kereta kerana nak minta laluan itu perkara biasa tak kalau kat negara kita bila kita bunyikan hon silap haribulan kita akan dikejar oleh pemandu yang kita hon atau paling kurangpun dijelingnya kita dengan muka yang semacam.
Saya rasa sikap untuk bersopan santun ni mungkin perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sivik di sekolah supaya masyarakat akan lebih berhemah dan bertoleransi. Kalau tidak makin parah jadinya kerana kerana akan semakin bertambah kerana kemudahan untuk membeli kereta tanpa cengkeram.

Satu lagi perangai masyarakat yang saya rasa agak ganjil adalah mudah percaya dengan iklan-iklan ubat untuk melangsingkan badan, menguatkan tenaga baik laki-laki atau perempuan serta ubat untuk awet muda. Kalau kita perhatikan iklan yang ditampal di tepi-tepi jalan memang cukup banyak untuk melangsingkan dan untuk menjadi bertambah kuat. Saya ada terbaca iklan ubat kuat laki-laki yang ditulis dalam bahasa Cina dan Melayu. Bunyi iklan tersebut agak pelik: ubat kuat laki-laki, tahan, kuat, lesen.Lepas tu ditulis nombor handphone penjual. Sayapun tak paham apa maksud iklan tersebut. Mungkin dia nak menggambarkan ubat tersebut untuk kekuatan sex laki-laki supaya boleh bertahan lama dan ubat tersebut mempunyai lesen untuk penjualan. Entahlah iklan-iklan sebegini begitu berleluasa di tampal di mana-mana tertutama di tiang-tiang telefon dan lampu.Iklan sebegini boleh menandingi iklan-iklan pinjaman wang oleh ah long.Saya rasa pihak berkuasa tempatan dah tak larat dah nak membuang iklan yang sebegini. Saya amat yakin memang ada peminat ubat-ubat sedemikian kalau tidak takkan lah mereka sanggup berhabis wang untuk membuat iklan yang sedemikian. Begitu juga kalau kita buka akhbar harian memang setiap hari banyak iklan untuk menguruskan badan yang di promosikan oleh banyak syarikat. Saya pun tak pasti apakah iklan -iklan tersebut sudah mendapat kelulusan dari lembaga iklan KKM ataupun tidak.

Masyarakt kita amat terdedah dengan berbagai risiko bila mengambil ubat-ubatan tersebut kerana kitapun tak pasti apakah ubat-ubatan itu sudah mendapat kelulusan dari KKM ataupun tidak.Saya pernah menuliskan sebelum ini bahawa prinsip asas penggunaan ubat adalah jika kita sakit atau untuk mengelakkan penyakit tetapi mestilah mendapat nasihat dari doktor atau ahli farmasi yang bertauliah. Kita perlu ingat bahawa setiap ubat ada kesan sampingannya dan makanlah ubat hanya jika kita memang terpaksa memakannya. Jangan makan ubat kerana terpengaruh dengan iklan atau promosi jualan langsung dari teman-teman kita. Disamping ubat dalam bentuk kapsul dan tablet ada juga yang menjual dalam bentuk minuman. Mereka kata bukan ubat tapi suplemen untuk menjag kesihatan. Produk-produk yang sebegini semakin berlambak dipasaran. Ada yang mendakwa hasil saringan anggur, hassil saringa kurma dan sebagainya. Kononnya bila minum boleh awaet muda, rambut akan lebat kembali dan dari putih jadi hitam.Yang mereka tak pernah sebut adalah apakah kesan jangka panjang pada tubuh kita. Kita kuatir kalau berterusan diambil ianya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang kekal.Kalau ini terjadi maka dah tak guna lagi kerana dah terlambat. leh itu hati-hatilah.

Wassalam

Saturday, June 5, 2010

Dua hari yang lepas bekas menteri ada membuat kenyataan bahawa 5 tahun lagi negara kita akan berlebihan doktor. Katanya pada masa ini terdapat 30,000 orang doktor dan lima tahun lagi jumlahnya akan menjadi 60,000 orang dan jumlah ini akan berlebihan mengikut keperluan negara . Kalau mengikut ratio sekarang ini jumlah doktor berbanding penduduk adalah 1: 1000 dan jika lima tahun lagi jumlah 60,000 orang tu jumlah nisbahnya adalah 1: 500. Nisbah ini masih jauh dari sasaran negara maju. Di negara maju nisbah doktor dengan penduduk adalah 1:300 sedangkan negara kita masih jauh dari nisbah tersebut.Jadi soal berlebihan doktor tak sepatutnya timbul.

Di negara kita hospital swasta juga berkembang pesat dan sebahagian dari doktor akan bekerja dengan hospital swasta. Sebab itu kita tak sepatutnya bimbang dengan dakwaan akan terjadinya kelebihan doktor dalam waktu lima tahun lagi kerana nisbah pada tahun berkenaan masih jauh dari sasaran 1: 300 penduduk.

Kadang kala bila kenyataan seperti ini ibubapa menjadi panik dan mula bimbang untuk menghantar anak-anak mengikuti kursus perubatan. Bagi saya yang amat penting adalah minat anak-anak kita. Jika mereka minat maka kita perlu memberi dorongan dan jangan hiraukan sebarang andaian atau ramalan bahawa akan terjadi lebihan doktor dalam negara kita. Sikap rasional perlu ada pada ibubapa. Sekarang ini kebanyakan doktor hanya berkhidmat di hospital besar dan daerah sedangkan di klinik kesihatan cuma ada satu atau dua orang doktor sahaja. Saya amat yakin lima tahun yang akan datang jumlah penduduk juga akan bertambah , begitu juga dengan jumlah hospital daerah dan klinik kesihatan.Jadi tempat-tempat tersebut memerlukan khidmat doktor perubatan.
Belum lagi Sabah dan Sarawak tak pernah cukup doktor.
Dua bulan yang lepas heboh diperkatakan tentang ramai doktor tempatan yang berkhidmat di Singapura. Maknanya kita sudah mula menjadi pengekspot tenaga kerja keluar negara dan mereka memberi kepercayaan kepada lulusan dari negara ini.Ramai juga doktor pakar kita yang sekarang berkhidmat di timur tengah. jadi isu berlebihan tenaga doktor tak sepatutnya timbul kerana mereka boleh bekerja dengan kerajaan, hospital swasta, membuka klinik sendiri, menjadi pensyarah universiti malah bekerja di luar negara. Mari kita kuatkan azam untuk menggalakkan anak bangsa kita supaya lebih ramai menceburi bidang perubatan ini. Tentu yang nak masuk kursus perubatan adalah mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang. Jangan hanya kerana kenyataan dari mereka kita sudah lemah semangat dan menghalang cita-cita anak kita untuk menjadi doktor.

Tapi jangan paksa anak kita jika mereka tak minat. Yang nak jadi doktor adalah mereka bukan kita. Saya pernah mempunyai seorang kawan yang menyesal jadi doktor kerana katanya jadi pegawai bank lebih banyak dapat duit dari menjadi doktor. Saya juga pernah berjumpa dengan doktor yang terpaksa menjadi doktor kerana mengikuti kehendak ibubapa mereka. Akhirnya doktor ini menjdai agen menjual ubat-ubatan.

Jadi berikanlah pilihan yang terbaik kepada anak-anak kita. Wassalam

Friday, June 4, 2010

Kutbah jumaat hari ni cukup menyentuh qalbu. Khatib mengingatkan sampai bila kita nak ingkar dengan perintah Allah. Hari ni semua jenis kejahatan dilakukan oleh orang Islam. Dah macam tak pedulu dah apa nak jadi dan tak peduli langsung tentang bala yang akan diturunkan oleh Allah. Kes buang anak ,yang paling banyak dilakukan oleh orang Islam sedangkan perbuatan itu amat terkutuk. Macam dah tak takut dah dengan hukuman Tuhan. Setiap jam dua orang anak haram akan lahir dan majoriti orang kita.Ada juga yang kata kalau orang lain dia akan gugurkan awal-awal lagi , jadi tak tunggu sampai melahirkan. Entahlah kita tak ada statistik untuk menyokong andaian ini. Yang salah bukan anak tapi orang yang mengandungkan anak tersebut dan orang yang menyebabkan si perempuan mengandung. uat maksiat dah macam pergi shopping. Kat mana saja boleh buat. Depan orang ramaipun masih berani nak berpangku antara laki-laki dan perempuan.

Soal curi , soal rompak, soal tipu, soal rasuah , sadin aje buat macam mereka merasa tak perlu takut dengan siapa. Kalau bala nak turun dia tak kira baik atau buruk , semua akan ditimpa.Oleh itu tanggungjawab kita bersama membanteras gejala maksiat ni sebelum terlambat.Allah mengingatkan bahawa orang Islam adalah umat terbaik dengan syarat mereka melakukan makruf dan melawan mungkar. Kalau tak ada kedua benda ni maka hina dinalah umat ini. Inilah yang terjadi sekarang ini.

Bagi kita semua bermula dari rumah. Marilah kita jaga keluarga kita masing-masing. Pastikan kita patuhi apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang. Kita peganglah apa yang ada dalam tangan kita, jangan kita biarkan ia berlalu begitu saja. Sekali kalau dah terlepas dah tak guna lagi. Maslah kita adalah kita tak jaga apa yang ada sehingga benda tu terlepas dari genggaman kita. Anak-anak kalau dah liar maka kita dah tak mampu nak kawal. Jadi jadikan rumah ku syurga ku denga kepatuhan pada sang pencipta.

Saya rasa kutbah hari ni cukup baik kerana mengingatkan semua agar berperanan kerana tanggungjawab kita adalah amanah yang perlu dipikul.Mari kita jadikan keluarga kita golongan yang patuh pada perintah Ilahi. Dari satu keluarga maka ia akan menjadi anngota masyarakat dan seterusnya menjadi satu bangsa dan negara. Kalau semua berperanan maka segala maslah sosial ni dapat dikurangkan kalaupun tak mampu untuk dihapuskan.

Cukup untuk catitan pada hari ni. Sampai jumpa lagi.Wassalam

Wednesday, June 2, 2010

Sekarang ni saya rasa waktu berlalu begitu cepat sehinggakan nak update blog pun rasa terkejar -kejar. Dalam kesibukan menghadiri kursus dan memberi kuliah menyebabkan saya rasa waktu cukup cepat berlalu. Waktu sebenarnya tak pernah berubah. Yang berubah kita dengan kesibukan yang perbagai. Bila mengikuti kursus saya menjadi murid tapi bila memberi kuliah saya pula yang menjadi guru. jadi proses menjadi murid dan menjadi guru ini nanpaknya berjalan serentak sehingga saya rasa mulai kesulitan untuk update blog saya. tapi dah janji saya sejak dulu yang blog saya akan sentiasa terkini maka saya sempatkan juga untuk menulis walaupun serba ringkas.

Dua hari yang lepas saya sempat bersembang dengan dua orang kawan yang cukup berminat untuk mengetahui kenapa ubat dikeluarkan dalam berbagai bentuk. Ada dalam bentuk tablet, ada dalam bentuk kapsul, ada yang perlu di hisap, ada yang perlu dikunyah. Bagi saya perkara ini dah menjadi biasa kerana memang bidang saya tetapi bagi teman tadi yang melihat dari sudut orang awam mereka tak punya apa-apa idea . Mereka sangka kilang ubat suka -suka buat demikian. Saya jelaskan bahawa semuanya mempunyai sebab yang tertentu, bukannya suka-suka. Kapsul dibuat kerana beberapa faktor utama:
-serbuk yang ada dalam kapsul tidak boleh dicetak untuk dijadikan tablet kerana tak stable. Jadi perlu dimasukkan ke dalam kapsul. Jika dibuka maka ubat tidak akan berfungsi seperti yang dirancang
-serbuk boleh mendatangkan kesan peradangan pada usus jika tidak disarung
-ubat akan dihancurkan oleh asid yang ada dalam saluran pencernaan.
Begitu juga dengan tablet yang dikeluarkan dalam berbagai bentuk seperti sugar coated, film coated, slow release , sustain release dan sebagainya.Ubat dalam bentuk slow release dan sustain release dibuat supaya ubat tersebut dilepaskan secara perlahan-lahan ke tempat yang dituju. Dengan cara ini ubat akan bertahan lama di dalam tubuh seperti yang dirancang. Jadi dengan cara demikian ubat cukup dimakan sekali sahaja dalam sehari. Bila ubat ini dipotong atau dijadikan sirap maka kekesanan ubat akan secara otomatis hilang. Perkara ini yang kadangkala menimbulkan konflik antara doktor dan ahli farmasi. Berdasarkan pengalaman saya yang cukup lama bekerja dihospital maka ada juga doktor yang memaksa untuk memotong ubat tersebut kerana kurang faham dengan prinsip sustain or slow release. Malah ada juga yang meminta dibuatkan dalam bentuk sirap atas alasan ubat perlu di makan oleh kanak-kanak. Walaupun telah diterangkan tetapi ada kalanya doktor tetap berkeras agar diikutkan kehendak mereka.

Kawan saya juga sempat bertanya tentang perbezaan ubat original dengan generik. Saya mengandaikan dengan contoh yang mudah antara beberapa jenis coke yang ada dipasaran. Walaupun namanya coke tapi rasa nya dan kelazatannya berbeza antara satu dengan yang lain kerana masalah formulasi. Ubat original atau patented adalah ubat yang dicipta oleh sesebuah syarikat melalui penyelidikan yang lama dan memakan biaya yang tinggi. Jadi bila mereka berjaya mencipta ubat tersebut maka mereka diberi hak eksklusif untuk memasarkan ubat berkenaan selama 5 tahun dan orang lain tidak dibenarkan meniru ubat tersebut. Bila hak cipta habis barulah syarikat lain boleh membuat ubat generik. Artinya hanya bahan aktif yang serupa tapi bahan yang lain seperti bahan penstabil, bahan pelarut, bioavailabiliti dan efektiviti ubat tak sama dengan yang original .Rahsianya adalah formulasi. Ubat generik kita tak pasti berapa efektif ubat berkenaan kerana efektif atau tidak sesuatu ubat bergantung kepada bioavailabiti iaitu berapa peratus bahan aktif yang akan sampai ke site target. Jika besar maka ubat akan efektif tetapi jika sedikit maka ubat kura ng efektif. Ubat generik tidak ada yang mampu untuk menandingi bioavailabiliti ubat original.

Saya selalu menutup dengan analogi mudah. Bandingkanlah kereta ciptaan German dengan kereta ciptaan negara Cina. Tentu ada perbezaan yang ketara.
Wassalam