Monday, August 12, 2013

Assalamualikum

Dah lapan bulan tak menulis . Rasanya pagi ni teruja balik untuk mencatitkan sesuatu bagi dikongsi dengan rakan. Hari ni hari keenam bulan syawal dan masih ramai yang mengambil cuti panjang.Baguslah jika digunakan untuk menziarahi sanak saaudara dan sahabat handai. Jangan lupa memandu dengan berhati-hati. Banyak sangat mangsa korban di jalan raya.
Yang paling utama adalah mula melaksanakan puasa sunat syawal sebanyak enam hari supaya ibadah kita diangkat setara dengan berpuasa selama satu tahun.  Yang paling istimewa tu adalah ramadan yang mana ada rahmat berlimpah dari Allah dan pengampunan dosa hamba-hamba yang memohon untuk pengampunan.Di bulan ini juga ada hari yang lebih baik dari seribu bulan. Pahala sunat setaraf pahala wajib dan yang wajib dilipat gandakan sampai 700 kali. Namun ramadan dah berlalu dan kita berdoa agar dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi ramadan yang akan datang.

Wassalam

Wednesday, January 2, 2013

Assalamualaikum wr. wb

Sekarang hujan hari-hari. Negeri-negeri yang banjir masih tergenang air. Permulaan tahun 2013 disambut oleh banjir di beberapa negeri pantai timur. Yang sukar tentunya anak-anak yang nak kesekolah. Perubahan cuaca dah semakin tak menentu begitu juga keadaan ekonomi di Eropah yang ssemakin suram. Siapa sangka negara-negara besar seperti Sepanyol, Itali,Greek boleh bangrup. Dulu mereka tu penjajah tetapi sekarang dah muflis.

Saya nak sambung cerita tentang London. Setelah menginap di salah sebuah hotel budget di Viktoria street selama semalam, keesokan harinya kami berpindah dihotel lain di kawasan yang sama cuma di seberang jalan. Hotel ni baguslah sikit cuma kosnya agak mahal sedikit. Kali ini sewa 110 poun sehari iaitu RM 550. Wow kalau diringgitkan memang mahal dan boleh duduk hotel mewah di Malaysia. Itulah nilai ringgit kita yang sangat kecil dibandingkan dengan pound sterling.Dulu lagi besar nilai wang mereka. Sewaaktu saya buat attachment di Southbank University pada tahun 1997 niilai pound adalah RM 7 ringgit.
Bandar London ni tak banyak berubah. Tahun 1997 dibandingkan dengan 2012 tak jauh beza. Inilah bandar lama di Eropah.Pembangunan dibuat diluar pusat bandar kerana mereka ingin mengekalkan sejarah lama kota tersebut. Mulanya kami sekeluarga nak tinggal seminggu di London tetapi setelah melawat London beberapa hari, isteri saya membuat keputusan untuk berangkat ke Paris lebih awal.
Kami berkeliling kota London menggunakan bas persiaran hop on hop off. Dalam waktu sehari dah habis keliling kota London. Apa yang menarik cuma London bridge, big bang, istana Burmingham, London eye tower. Yang selebihnya tu biasa-biasa saja. Kamipun sempat juga menggunakan keretapi bawaah tanah yang dipanggil tube. Puas jugalah jalan sana sini.
Soal makan tak banyak masalah kerana banyak restoran India Muslim. Tapi bila makan benda yang sama untuk beberapa hari rasa bosan juga. Tapi dah adat merantau memang macam tu.
Hari yang ketiga kami naik hop on hop off lagi. Kali ni turun dekat London bridge, lepas tu naik ferri menyusuri sungai Thames. Lama jugalah perjalanan menaiki feri ni.Sewaktu melalui tepi persisiran sungai ternampak juga power station yang telah dibeli oleh syarikat dari Malaysia. Hebat jugalah kita kerana mampu membeli hartanah yang begitu mahal di London.

Wassalam 

Thursday, December 20, 2012

Assalamualaikum

Pada 11 Oktober kami menaiki keretapi Bullet train menuju kke Paris. Nama keretapi ni Eurostar. Perjalanaan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Paris. Kemudian kami langsung mengambil kereta laju terus ke London dan perjalanan juga hampir 4 jam. Tambang untuk 3 orang dari Geneva ke London hampir RM 4200 . Mahal jugalah tapi sekali seumur hidup tak apalah .Perjalanan cukup selesa kerna keretapi laju dengan kelajuan meencapai 300 km sejam. Cuma bila berada dalam keretapi macam tak terasa laju. Saya tahu yang ianya laju bila melihat kelajuan keretapi yang dipaparkan pada skrin TV dalam keretapi. Sama jugalah kita kita meenaiki kapalterbang macam tak bergerak aja kapalterbang tersebut pada hal kecepatannya melebihi 800 km sejam. Perjalanan dari Geneva ke Paris meninggalkan kenangan yang tak boleh kami lupakan. Di pertengahan perjalanan dari Geneva menuju Paris keretapi berhenti di salah sebuah stesyen untuk mengambil penumpang. Nasib malang naik seorang wanita matsaleh bersama dengan seekor anjing. Lepas dia naik langsung duduk di hadapan saya. Apa lagilah kami sekeluarga menjadi panik kerana anjing duduk didepan kaki saya. Langsung saja kami bangun dan pindah ke tempat dduduk lain. Mujur masih ada bangku yang kosong kalau tidak nanya kerja .Rupanya inilah budaya mereka yang suka membawa anjing ke mana-mana. Keretapi membenaarkan pula penumpang naik dengan anjing sekali. Mujur dalam kapaalterbang anjing tak naik sama bersama penumpang. Aduh azab dibuatnya. Matsalleh tu senyum aja melihat gelagat kami.

Dalam keretapi ada dijual makanan dan minuman tapi kami membawa bekal. Maklum makanan yang dijual belum tentu halal. Kalau ke negara yang bukan Islam ni kenalah bawa bekal makanan kalau tidak alamat kebuluran jadinya. Yang menariknya matsaleh ni tak suka bercakap. Dengan orang sebelahpun mereka tak tegur. Jadi massing--masing dengan hal mereka. Kalau nak makan mereka makan tanpa mempelawa jiran sebelah. Kamipun macam tu jugalah. Bila nak makan buka aja lah bek plasstiktu . Sadin ajalah kami makan tanpa mempelawa orang di sebelah.

Kami sampai di London hampir nak magrib daan langsung mengambil teksi menuju victoria street.
Sampai di Victoria street hotel pula tak ada yang kosong. Wah hampair panik juga saya. Hotel banyak tapi semua penuh. Akhirnya dapatlah hotel budget untuk tinggal satu malam. Pelayan kaunter otang Bangla dan tak friendly langsung. Sebelum masuk dia minta cash dulu 110 pound. Mahal gila tapi dah terpaksa. Sebagai pengajaran kalau nak melancung booking htel siap-siap melalui tourist agent di Malayisa, jangan ambil risiko. Nasib baik tak tidur di tepi jalan.

Wednesday, December 19, 2012

Assalamualaikum wr. wb

Sekarang dah hampir penghujung tahun 2012. Waktu cepat berlalu dan memang tak terasa. Dah 3 bulan tak sempat menulis sebab banyak sangat halangan.
Bulan Oktober saya dan keluarga berkesempatan melawat beberapa negara Eropah. Saya kebetulan menghadiri konferense ISQUA di Geneva Switzerland selama 4 hari. Jadi kami gunakan kesempatan ini untuk keliling Eropah. Saya, isteri dan anak yang kedua berangkat menggunakan pesawat Emirat pada 10 Oktober 2012. Penerbangan dari KL langsung ke Dubai mengambil masa 7 jam. Selepas mendarat di Dubai terpaksa lepak kat airport selama hampir 4 jam dan selepas itu baru ambil pesawat lain terus ke Geneva yang mengambil masa 4 jam. Bila mendarat di lapangan terbang Geneva saya amat terkejut kerana lapangan terbangnya sederhana sahaja, seperti salah sebuah lapangan terbang tempatan di Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan KLIA jauh sekalilah. Lepas tu kami langsung mencari hotel yang telah ditempah lebih awal melalui internet. Rupanya hotel tempat kami menginap tu terletak di bahagian Perancis kerana Geneva bersempadan dengan Perancis. Wah lagi sekali saya teruja kerana tak pernah terfikir akan duduk di Perancis pula. Oleh kerana Switzerlan dan Perancis sama-sama anggota EU maka rakyat kedua negara bebas keluar masuk melalui sempadan tanpa ada pemeriksaan imigresen. Waktu kami melintas sempadan kedua negara memang nampak ada pos kawalan yang telah kosong. Mungkin dulu sebelum ada EU ada pemeriksaan imigresen tetapi sekarang dah tak ada lagi. Pemandu teksi yang membawa kami rupanya seorang Muslim yang berasal dari Kosovo. Keluarga beliau memang sudah lama berhijrah ke Switzerland.Sempat jugalah kami berbual .Bahasa Inggerisnya taklah begitu bagus tapi dapat juga difahami. Dia ada tunjukkan beberapa kedai yang menjual makanan Halal. Diapun tanya saya kenapa menetap dihotel sebelah negara Perancis kerana agak jauh dari tempat konferen. Saya kata sayapun tak perasan yang hotel tu berada di negara Perancis. Urusan menempah hotel ni dibuat oleh sekretari saya. Jadi asalkan harganya sesuai sayapun kata ok.
Kami sampai hampir nak petang. Lepas cek in kami cubalah nak naik trem untuk melawat bandar Geneva. Malangnya nak beli tiket tak tahu. Bila saya tanya beberapa petugas yang ada tak ada seorangpun yang boleh berbahasa Inggeris. Saya pula tak tahu bahasa Perancis. Jadi dah jadi macam ayam bercakap dengan itek. Mereka cuma tunjuk mesin untuk membeli tiket. Malangnya mesin inipun menggunakan bahasa Perancis, jadi saya pun tak tahu nak guna. Jadi batallah niat kami nak naik trem petang tu. Bila perancangan ni dah gagal maka kami mengambil keputusan untuk berjalaan  memasuki sempadan negara Switzerland. Kebetulan dah penat berjalan terjumpa pula resstoran kebab milik orang Turki. Di depan kedai ada tertulis perkataan halal. Jadi kamipun singgah di situ untuk makan kebak.  

Saturday, September 1, 2012

Hari khamis lepas saya berangkat ke Jakarta kerana menghadiri meeeting di sana. Sebelum berangkat saya sempat minum di kafetaria di KLIA. Ada peristiwa menarik yang terjadi. Sewaktu membeli air kelapa jeli saya terlebih membayar RM 1 dan petugas di kaunter tu memulangkan kembali wang tersebut. Saya amat berbesar hati bukan kerana  nilai wang tersebut tetapi saya terkesan dengan sikap pekerja tersebut .Rupanya masih ada orang yang jujur dalam menjalankan perniagaannya. Saya yakin dia hanyalah seorang pekerja di tempat tersebut bukannya seorang tauke. Jadi bersyukurlah tauke berkenaan kerana mempunyai seorang pekerja yang jujur. Dalam zaman mengejar kemewahan dan material ni payah nak mendapat orang yang jujur. Tapi rupanya masih ada walupun jumlahnya tak banyak..
Penerbangan ke Jakarta mengambil masa 2 jam, cuma terlewat sedikit pesawat berangkat.Memang dah biasa macam tu mungkin kerana pesawat terlambat sampai atau kadangkala menunggu masa pula untuk mendapat kebenaran berlepas kerana banyak pesawat yang sedang menunggu. Penerbangan berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Keadaan di Jakarta aman- aman sahaja .Tak ada berita yang menggemparkan. Saya menginap di hotel Atlet , hotel empat bintang.Kamarnya cukup selesa dan bagi saya walaupun statusnya 4 bintang fasilitinya cukup baik. Mungkin sudah sampai masanya hospital swasta juga di berikan bintang berdasarkan saiz dan fasiliti yang disediakan. Tapi entah bila perkara ini akan menjadi nyata. Bagi saya pemberian bintang ni amat penting supaya tarif rawatan boleh diselaraskan. Kalau statusnya lima bintang tentu hospital berhak mengenakan kos yang lebih tinggi dari hospital yang mempunyai bintang yang lebih rendah.Pelangganpun tentu akan faham tentang perkara ini sama seperti hotel yang bertaraf lima bintang tentu tarifnya lebih tinggi dari hotel dua bintang. Masalah yang terjadi sekarang adalah pessakit dan syarikat insuran mahu perkhidmatan yang lebih baik tetapi membandingkan hospital yang lebih baik dari segi fasiliti sama dengan hospital yang kurang fasiliti. Ini tentu tidak adil kepada  hospital yang berprestij ini. Untuk membeli peralatan yang lengkap memerlukan kos yang lebih tinggi dan semuanya itu perlu dikeluarkan oleh pemilik hospital swasta.Saya sendiripun tak pasti bila penarafan hospital swasta ini akan terlaksana kerana sehingga kini belum ada sebarang usulan yang kongkrit tentang perkara ini.

Isu pemisahan dispensing(dispensing right) pun masih tak selesai-selesai walaupun MOU telah ditandatangan antara persatuan doktor dengan farsmasi sejak tahun 1984. Kalau peraturan ini berkuatkuasa maka akan terjadi pemisahan antara prescribing medication dengan dispensing of medication. Artinya doktor hanya boleh menulis nama ubat di preskripsyen tetapi dispensing ubat perlu dilakukan oleh pharmacist di premis-premis farmasi. Jadi klinik doktor swasta tak dibenarkan menyimpan sebarang ubat.Apabila perkara ini berlaku maka akan ada counter checking sebelum ubat diberikan kepada pesakit. Sekarang ini doktor yang menulis preskripsyen dan klinik yang sama juga yang mendispen ubat. Malangnya pula dispensing dilakukan oleh orang yang tidak mendapat latihan formal. Kebanyakn pekerja klinik hanya lulusan SPM dan diberi taklimat ringkas oleh doktor diklinik sebelum dibenarkan mendispen ubat.  Tentu kualiti perkhidmatan yang disediakan boleh diragui dan dipertikaikan.   Sampai bila masalah ini akan berterusan hanya Allah yang tahu kerana belum ada keputusan konkrit dari pihak pemerintah.

Wassalam

     

Sunday, August 26, 2012

Assalamualaikum

Minggu lepas dilaporkan diakhbar bahawa satu penyelidikan di US menunjukkan bahawa mereka yang sering menggosok gigi terhindar dari penyakit nyanyuk.Kajian dijalankan selama 10 tahun terhadap lebih dari 1000 responden. Ternyata mereka yang tidak menggosok gigi secara tetap mudah dihinggapi penyakit nyanyuk. Apakah kaitan antara menggosok gigi dengan nyanyuk ini masih belum dapat dikaitkan secara saintifik. Namun terbukti mereka yang menggosok gigi secara rutin mempunyai daya ingatan yang lebih kuat dari mereka yang tidak berbuat demikian.
Dalam ajaran agama kita Rasulullah menyuruh kita bersugi setiap kali hendak melaksanakan solat. Artinya minimum 5 kali sehari. Ini menunjukkan kepentingan menggosok gigi ni. Barangkali salah satu manfaat bersugi adalah untuk menghindari penyakit nyanuk.Wallahualam.


Satu lagi berita menarik yang sempat saya baca adalah tentang keluhan penduduk di Singapura.Dalam akbar tabloid tiga hari lepas ada ditulis tajuk Living in the richest country. Yang dimaksudkan adalah kehidupan di Singapura. GDP mereka pada tahun 2010 melebihi RM 175 juta jauh lebih baik dari USA dan Hong Kong. Wah satu pencapaian yang membanggakan. Malangnya bila di tanya rakyat biasa mereka tidak merasa kemewahan ini. Apa yang mereka keluhkan adalah kadar inflasi yang semakin menggila.Harga rumah , kereta dan bahan keperluan asas semakin tinggi dan membebankan kehidupan mereka. Jadi kekayaan negara yang digambarkan melalui GDP tidak memberi apa-apa impak positif pada rakyat jelata. 37% penduduk Singapura adalah warga asing dan banyak antara mereka yang amat kaya berstatus billionaire. Tahun lalu saja top 13 manusia terkaya di Asia ada di Singapura. Mereka ini orang asing yang datang membawa duit mereka ke republik itu dan kapan  saja boleh angkat kaki bila mereka rasa tak lagi selesa di situ.Jadi jurang antara yang terlalu kaya dengan rakyat biasa semakin melebar.

Di negara yang mengamalkan kapitalisma macam ni lah. Di mana-mana sahaja penumpukan kekayaan pada segolongan kecil tidak banyak membantu rakyat biasa. Di mana negarapun begitu juga.Ini rialiti yang terpaksa dihadapi. Oleh itu pemerintah harus bijak mengatur strategi supaya kehadiran para jutawan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat jelata bukannya meenimbulkan keresahan akaibat kadar inflasi yang melambung.

Hari ni jalan dah mula sesak kembali kerana ramai dah masuk kerja dan sekolahpun dah mula di buka. Tapi suasana raya tu masih ada. Kita masih lagi bersalaman bila berjumpa kawan yang balik dari cuti. Baguslah amalan sebegini cuma jangan hanya manis dibibir tapi dalam hati masih menyimpan dendam dan perasaan marah.

Kita jadikan syawal tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan marilah kita memaafkan semua orang.

Wassalam  

Friday, August 24, 2012

Pagi ni hujan lebat. Khabarnya di KL ribut petir. Di Filipina dah banjir besar dan banyak memusnahkan harta benda. Di Taiwan puting beliung. Fenomena alam semakin tak teramal. Baru-baru ini gempa bumi kuat di Iran. Sebagai manusia kita perlu memperelok diri supaya mendapat belas ihsan dari sang pencipta. Sehebat manapun manusia ia tak akan mampu melawan takdir ini. Teknologi canggih tak akan mampu untuk menghalang fenomina alam ini.Hanya Allah yang mampu mengaturnya. Di khabarkan Taiwan menyediakan 30,000 bala tentera untuk bersiap sedia menghadapi puting beliung ni. Tapi apa yang bisa mereka lakukan. Tak ada senjata yang mampu melawan takdir ini.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital semakin ramai. Pagi tadi saya sempat menziarah seorang kawan yang di masukkan ke ICU kerana sakit dada dan sesak nafas. Petang nanti katanya akan buat angiogram. Kalau ada yang tersumbat akan dibuat angioplasti  . Macam tulah lumrah kita ni. Bila usia semakin memamah diri berbagai penyakit akan datang. Pernah saya catatkan sebelum ini bahawa ada kalanya usia bukan penentu bila nak dapat serangan jantung.

Bagi kita yang masih sehat berhati-hatilah menjaga pemakanan dan pola tingkah laku hidup ini. Jangan sampai terlalu stress sehingga hidup menjadi tak karuan. Semakin tua manusia dia menjadi semakin sensitif. Sebab itu banyak orang tua yang suka merajuk.Kita perlu pandai mengisi ruang hidup ini supaya ianya tak membosankan. Orang yang sentiasa stress bekerja tak sabar-sabar nak pencen. Bila dah pencen nanti jadi bingung pula tak tahu apa nak buat. Waktu lapan jam akan menjadi begitu perlahan. Kalau di rumah hanya tinggal berdua mulalah nanti menjadi sangat sensitif. Silap-silap terjadi pergaduhan pula. Jangan hairan jika kes perceraian pasangan lanjut usia semakin meningkat. Isu yang kecil boleh menjadi besar sehingga terpaksa berpisah setelah berkahwin berpuluh tahun. Ini yang amat kita bimbangkan.Jadi persiapan memasuki usia lanjut ni perlu rapi. Kalau dah tak boleh bekerja di pejabat maka kita perlu jadi tenaga pengajar jika kita punya bakat dalam bidang ini. Paling tidakpun sibukkan diri dengan aktiviti sukarela itupun jika kita punya sokongan keuangan yang kokoh. Kalau dak payah juga. sebab itu ada yang terpaksa menjadi pak guard diusia lanjut untuk menambah pendapatan disamping mengisi waktu terluang. Ramai juga yang bekerja di petrol pump. Di samping ada gaji waktu terluang dapat di isi.    Di Singapura kalau kita perasan ramai pekerja di airport adalah para veteran. Kerjanya mencuci tandas dan menarik trolley. Saya rasa bagus juga cara ni dari kita menggunakan warga asing yang banyak menimbulkan masalah sosial lebih baik gunakan tenaga veteran tempatan


Wassalam