Wednesday, December 30, 2009

Hari ini 31/12/09 bersamaan 14 muharam
Hari ini adalah hari terakhir tahun 2009. InsyaAllah malam ni kita akan memasuki tahun 2010. Biasalah di seluruh dunia malam ni akan berhimpun jutaan manusia untuk menunggu kedatangan detik 12 tengah malam. Macam -macam aktiviti akan diadakan diseluruh dunia. Yang pasti rakyat Malaysia juga tak ketinggalan menanti detik ini. Macam-macam boleh jadi pada malam ini.Kedatangan tahun baru islam hampir tak ada yang peduli. Hanya institusi keagamaan yang mengadakan program. Yang lain macam tak perasaan datangnya detik penting ini.Hari ini dah genap dua minggu kita berada di tahun baru Islam tapi masih ramai yang tak perasan. Kita memang dididik untuk mengingati tahun baru masihi bukannya tahun baru Islam. Nak buat macam mana .Inilah kenyataan hidup kita hari ini.
Malam ini juga sekitar jam 2.30 pagi akan terjadi gerhana separuh bulan. Kita di sunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana matahari. Mesjid negara akan mengadakan majlis sambutan dengan solat hajat. Kalau sempat terjaga nanti marilah kita sama-sama menyambutnya dan melaksanakan solat hajat. Tapi kalau dah tidur lepas jam 12 malam kerana menanti detik ketibaan tahun baru masihi macam mana nak bangun pukul 2.30 pagi. Jadi pilihan ditangan anda.
Apa azam kita di tahun 2010. Azam saya adalah untuk menjadi manusia yang lebih baik. Kalau anda pula macam mana. Bagi sesebuah syarikat tentu budget untuk tahun 2010 dahpun diluluskan. Awal bulan Januari 2010 tentu sibuk untuk menyiapkan odit tahunan supaya akaun syarikat dapat ditutup untuk menentukan untung atau rugi. Kalau syarikat sendiri tentulah tak stress sangat. Kalau makan gaji macam saya memang stress nak menyiapkan laporan odit kerana nak mengejar dateline yang diberikan. Saban tahun macam tulah. Kalau banyak untung adalah bonus yang disediakan. Tapi kalau tak capai budget melepaslah.
Di Amerika ada beberapa pekerjaan yang dianggap selamat pada tahun 2010.Senarai pekerjaan yang dianggap selamat adalah seperti berikut:
1. cardiovascular technician. Kat tempat kitapun jumlahnya tak banyak dan elok menggalakkan anak-anak kita menceburi bidang ini.Kelayakan asas untuk mengikuti latihan dalam bidang ini adalah medical assistant atau jururawat. Gaji yang diperolehipun boleh dikatakan lumayan. Malah ada yang mendapat tawaran kerja di negara Arab dengan gaji yang lebih tinggi.

2. Database administration.Di negara kita nak dapat kerja ni yang akan sulit kerana semua syarikat memerlukan orang yang dah ada pengalaman. Macam mana nak dapat pengalaman kalau tak diberi peluang kerja. Jadi semua hanya nak memilih yang dah terlatih tapi tak ramai yang sanggup mengambil pekerja baru dan melatih mereka.

3. Gas/electric/utilities planning engineer. Saya pun tak pasti apakah jawatan ini ujud di negara kita

4. Accountant. Keadaannya sama dengan database administrator. Kebanyakan syarikat mencari pekerja yang mempunyai pengalaman. Tak banyak yang mahu mengambil pekerja yang baru dan melatih mereka. Akibatnya ramai lulusan akaun yang masih menganggur. Kalau di bank kebanyakan menawarkan kerja pemasaran untuk menjual kat kredit. Jadi ramai yang tak minat kerana kerjanya rumit dan perlu mencapai target.

5. Marketing manager. Di tempat kita pun banyak peluang yang sebegini tetapi tak ramai yang mampu bertahan kerana tak capai target.

6. Occupational therapist. di tempat kita peluang agak terbatas kerana fasility yang memerlukan pekerja dalam bidang ini masih tak mencukupi. Bagi mereka yang dah berpengalaman mereka mudah mendapatkan pekerjaan.

7. Dental hygienist. Saya tak pasti kerja apa yang mereka lakukan. Kalau doktor gigi negara kita masih kekurangan dan nak masuk IPTA pun sangat sulit kerana memelukan kelulusan A bagi semua pelajaran matematik , biologi dan kimia di peringkat matrikulasi atu STPM

8. Interior designer. Di negara kita pekerjaan ini masih baru

Yang mengejutkan adalah kenapa pekerjaan sebagai doktor dan jururawat tidak dianggap pekerjaan yang selamat. Begitu juga dengan ahli farmasi. Di negara uncle sam rakyatnya memang suka mengambil tindakan undang-undang. Artinya mereka suka menyaman doktor ,ahli farmasi dan jururawat walaupun terjadi kesalahan yang kecil .Soal kalah menang tu lain kira.Di negara kita ketiga pekerjaan ini adalah pekerjaan yang paling selamat dan amat diperlukan kerana jumlah professional yang masih tidak mencukupi.

Bagi saya pekerjaan yang paling selamat adalah bekerja dengan kerajaan. Artinya jika anda kakitangan kerajaan tentu anda tak perlu ambil pusing tentang keadaan ekonomi atau apa saja yang terjadi. Anda akan kekal bekerja sampai anda pencen. Tak ada istilah VSS atau perlu diberhentikan kecuali anda melakukan tindakan jenayah. Dalam swasta risiko sangat tinggi. Silap sikit boleh kena DI dan mungkin dipecat.Ekonomi negara ditentukan oleh perjalanan syarikat swasta kerana mereka yang membayar cukai kepada kerajaan. Jadi perkembangan swasta menentukan jatuh bangunnya sesebuah pemerintahan.
Sampai jumpa lagi.Wassalam

Tuesday, December 29, 2009

Hari ini 30/12/09 bersamaan 13 muharam.
Tadi pagi sewaktu memandu kereta dalam perjalanan ke tempat kerja saya mendengar klasik nasional.Penyiar ada meminta pendengar menceritakan apa yang syok sepanjang tahun 2009. Belum pun sempat mendengar respon dari pendengar saya dah sampai di pejabat.
Apa yang syok tahun 2009. Mungkin berbagai macam jawapan yang akan diberikan. Setiap orang ada pengalaman masing-massing. Saya yakin ada juga orang yang akan mengatakan sepanjang tahun 2009 tak ada yang syok tapi semuanya yang tak syok. Ya mungkin putus cinta, gagal dalam perniagaan , kena rompak, ada ahli keluarga yang meninggal dan bermacam-macam lagilah. Tapi ramai akan mengatakan banyak yang syok. Yang dapat kahwin tentunya syok, tapi tak kurang juga ramai yang bercerai. Ini tentulah tak syok. Yang paling syok tu bagi mereka yang dapat tambah isteri. Tapi kena ingat. Tambah memang mudah tapi nak jaga tu susah. Saya dah berjumpa dua orang kawan yang beristeri dua. Dia nasihatkan saya supaya jangan meniru dia kerana dia sangat menyesal dan hidup dia sangsara. Sangkakan bila dapat dua tambah ceria tapi nyatanya sangsara. Tapi ada juga yang cukup bahgia. Jadi nasib masing-masinglah. Ada seorang kawan yang punya dua isteri. Bila isteri yang pertama bersalin isteri kedua yang menjaga dan bila isteri yang kedua bersalin isteri pertama pula yang menjaganya. Wah bahgia habis. Saya pernah tanya dia apa rahsia. Dia kata kena amalkan doa yang sangat special. Dia pernah menawarkan pada saya tapi saya kata tak payahlah nanti terikut dia pula. Cerita poligamini sensitif.
Apa lagi yang syok. Bagi mereka yang dapat kerja baru, rumah baru dan kereta baru tentu syok sekali. Tahun 2009 saya berkesempatan ke Yemen dan Dublin. Memang syok apa lagi company yang bayar perjalanan tersebut. InsyaAllah 23 jan 2010 saya akan ke Dubai untuk present paper. Ini pun perjalanan yang ditanggung oleh company.Kalau jadilah. Setakat ni semua berjalan lancar dan mudah-mudahan saya jadi pergi.
Apa lagi yang syok. Macam-macam ada. Lain orang lain cerita. Apapun yang terjadi semuanya perlu dijadikan iktibar buat muhasabah diri.
Pagi tadi kami adakan program khusus menyambut kejayaan syarikat mendapatkan berbagai anugerah khususnya dalam bidang kualiti. Ramailah staf yang mendapat hadiah terutama kumpulan ICC, best student, best staf berdasarkan pujian dari pesakit. Medical Director memberi ingatan yang cukup tajam. Award yang banyak belum tentu boleh memuaskan hati pelanggan. Semua award adalah alat untuk marketing.Tapi bagi pelanggan salam, senyum dan tanda kasih sayang kita pada mereka tulah yang akan membezakan kita dengan syarikat yang lain. Apa lagi dalam bidang healthcare.
Sampai jumpa besok. InsyaAllah. Wassalam

Monday, December 28, 2009

Hari ini 29/12/09 bersamaan 12 muharam
Bila badan kita semakin tua maka akan terjadi perubahan hormon dalam badan. Bagi laki-laki perubahan akan terjadi bila jumlah testosteron semakin berkurangan. Akibatnya nafsu seks akan semakin berkurangan begitu juga dengan kadar metabolisme. Bila ini terjadi maka kemampuan badan untuk memetabolisme makanan akan berkurangan dan badan akan semakin gemuk. Keadaan ini tidak baik bagi tubuh kita dan kita akan mudah diserang oleh penyakit diabetes dan darah tinggi. Bila dah ada diabetes atau darah tinggi maka risiko untuk mendapatkan penyakit lain semakin tinggi terutama penyumbatan saluran darah dan penyakit jantung.
Bagi wanita kadar estrogen akan mulai berkurangan bila usia telah melebihi 45 tahun dan akan mengalami menopause. Bila dah menopause estrogen sangat rendah dan badan akan mengalami gejala yang tidak menyenangkan seperti panas badan yang keterlaluan, muka menjadi merah, cepat emosi, sakit kepala dan saluran faraj akan menjadi kering. Jadi wanita akan mengalami gangguan emosi yang sangat serius. Oleh itu wanita perlu faham tentang perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bila estrogen dah rendah maka risiko untuk menghadapi serangan jantung akan sama dengan laki-laki. Sebelum menopause wanita dilindungi oleh estrogen dari serangan penyakit jantung .
Bila dah ada penyakit kronik seperti diabetes , darah tinggi dan sakit jantung maka seseorang itu perlu mengambil ubat secara berterusan. Masalahnya adalah bila terpaksa makan ubat yang berbagai jenis maka isu yang utama adalah soal komplian iaitu kepatuhan pesakit untuk mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor. Umumnya setiap ubat ada kesan sampingan yang tersendiri. Kalau lima jenis ubat maka pesakit akan menghadapi lima kesan sampingan. Ini yang menyebabkan pesakit tidak mengambil ubat kerana takut menghadapi kesan ssampingan ini. Kesan sampingan ada yang boleh diatasi tetapi ada juga yang serius sehingga perlu diganti dengan ubat yang lain. Jika kesan sampingan hanya menyebabkan gangguan pada perut maka ia boleh diatasi dengan mengambilnya selepas makan nasi. Ini hanya boleh dilakukan jika pesakit mendapat maklumat yang secukupnya tentang masalah ini sama ada dari doktor atau ahli farmasi. Jika tak dapat maklumat maka pesakit pasti akan berhenti makan ubat kerana masalah ini. Jadi apakah doktor atau ahli farmasi telah memberikan maklumat yang diperlukan oleh pesakit.
Isi lain yang paling utama adalah jumlah ubat yang banyak. Ada yang perlu dimakan sekali sehari, ada yang perlu di makan dua kali sehari dan ada pula yang perlu dimakan tiga hingga empat kali sehari. Ini akan menyebabkan pesakit sukar untuk mengingatinya. Jadi sudah pasti komplian akan menjadi sangat rendah dan penyakit tidak boleh dikawal dengan sempurna. Siapa yang nak mengajar pesakit tentang nama ubat, cara memakannya dan apa nak buat jika terjadi kesan sampingan. Di negara kita umumnya doktor mempunyai waktu yang sangat terbatas untuk berjumpa pesakit. Dispensing ubat pula dilakukan oleh pembantu farmasi jika di hospital tetapi di klinik swasta hanya dilakukan oleh pembantu klinik yang tak mempunyai pengetahuan yang cukup. Pembantu farmasi mempunyai diploma dalam bidang farmasi tetapi pembantu klinik cuma SPM. Jadi maklumat apa yang boleh dia berikan. Lagi pula ada klinik yang cuma menulis kegunaan ubat tanpa menulis nama ubat. Ini akan menyebabkan pesakit buta maklumat dan tak mungkin tahu ubat apa yang dia makan. Tak hairanlah banyak pesakit akan mengalami komplikasi untuk jangka panjang kerana komplian yang sangat rendah. Komplikasi yang paling utama adalah akibat dari penyakit diabetes dan darah tinggi.
Jumlah ahli farmasi di Malaysia sangat terbatas dan masih jauh dari mencukupi. Hospital swasta hanya mempunyai seorang atau dua orang ahli farmasi malah banyak hospital swasta yang langsung tidak mempunyai ahli farmasi. Pada waktu ini memang sukar bagi hospital swasta untuk mendapatkan ahli farmasi kerana kerajaan telah mewajibkan semua ahli farmasi yang baru mendapat ijazah perlu menjalani latihan housemanship di hospital kerajaan selama satu tahun kemudian diikuti dengan khidmat wajib selama tiga tahun.Jadi mereka perlu bekerja dengan kerajaan selama empat tahun. Bila waktu ini tamat gaji mereka juga sudah cukup lumayan dan jarang yang mahu meninggalkanperkhidmatan dengan kerajaan. Akibatnya tak ada ahli farmasi dalam pasaran dan hospital swasta gagal untuk mendapatkannya. Ini masalah yang terjadi pada waktu ini. Sebab itu perkhitmatan pada pesakit tidak dapat dipertingkatkan. Jumlah ahli farmasi yang dikeluarkan juga masih tidak mencukupi dan syarat untuk mengikuti ijazah farmasi di IPTA adalah sangat ketat iaitu empat flat .Artinya semua mata pelajaran mesti dapat A kalau tidak tak ada peluang nak masuk IPTA. Nak masuk swasta pula kosnya sangat tinggi dan tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu.
Wassalam
Hari ini 28/12/09 bersamaan 11 muharam
Sekarang durian dah mula dijual. Kejap lagi mungkin musim durianlah. Biasalah cerita tentang durian ni saban tahun macam tu. Sikap dan sifat penjual durian tak pernah berubah dari dulu. Tiap tahun ramai pembeli yang terkena .Bila nak beli bukan main manis mulut si penjual durian yang mengaku semua durian dia baik belaka. Jadi bila balik rumah baru tahu.Banyak yang busuk dari yang baik. Saya pun terkena baru-baru ini. Si penjual bukan main kata semua durian dia cantik dan sedap. Bila balik rumah baru tau majoriti durian muda dan ada yang masak pula dah rasa masam. Rupanya durian muda yang dia kait dan peram pakai kabait.Apa nak kata , akhirnya buat tempoyak. Nasib baik ada teknologi tempoyak. Kalau tidak terpaksa buang semua.
Rakyat Malaysia memang kaki durian. Kalau dah musim tu puaslah makan durian. Nasib baik jumpa yang bagus tapi kalau tak, jumpa yang busuk. Tak apalah anggap saja risiko membeli durian. Bila peniaga kita nak bersikap jujur ni. Mungkin kita kena mula dari rumah dengan mendidik anak kita supaya bersifat amanah. Kena tanamkan sikap jujur dengan kena yakinkan mereka yang Allah tu nampak.Lepas tu sekolah juga perlu memainkan peranan mendidik jenerasi yang akan datang supaya perangai buruk yang suka menipu ni dapat ditinggalkan.Kalau jujur barulah rezeki menjadi berkat dan bertambah.
Durian kita gagal bersaing dengan durian dari Thailand. Durian mereka lebih berkualiti dan boleh di ekspot ke merata dunia. Dunia kita cuma untuk kegunaan lokal. Durian kita bermusim tapi durian Thailand dah jadi komersial. Memang kita jauh ketinggalan dari segi teknologi pertanian.
Durian mempunyai banyak Potassium dan vitamin C. Kandungan Protein dan Karbohidrat juga tinggi. Tapi jangan lupa kandungan lemak juga tinggi. Ada yang kata lemak buah tak merbahaya tapi yang pasti lemak akan menambah berat badan. Jadi hati-hati makan durian jangan sampai mendatangkan mudarat.Tenaga yang dihasilkan dari sebiji durian adalah 150 kalori. Banyak tu tapi bila dah musim durian tak dapat juga nak mengawal selera .Jadi pandai-pandailah.
Hari ni cukuplah setakat ini. Sampai jumpa lagi.Wassalam

Friday, December 25, 2009

Hari ini 26/12/09 bersamaan 9 muharam
Minggu lepas heboh diperkatakan tentang pakar bedah plastik melakukan pembedahan di dalam bilik hotel. Menurut berita dalam akhbar tempatan ada beberapa orang yang mendakwa pakar bedah plastik dari negara Cina yang berkunjung ke Malaysia dan melakukan pembedahan plastik di dalam bilik hotel. Kononnya pembedahan ini mendapat sambutan yang sangat baik dari rakyat tempatan. Bayaran yang dikenakan juga cukup lumayan dan setelah selesai melakukan pembedahan maka pakar tersebut akan kembali ke negara asalnya dan pesakit tidak perlu mendapatkan rawataan susulan. Perkara ini terbongkar kerana ada di kalangan pesakit yang mendapat komplikasi dan terpaksa berjumpa dengan pakar tempatan untuk mendapatkan rawatan susulan. Kedatangan pakar dari negara luar untuk melakukan pembedahan yang berisiko tinggi ini sukar dikesan kerana mereka masuk menggunakan visa pelancong dan pembedahan dilakukan dalam bilik hotel. Mereka berkomunikasi dengan pelanggan mereka melalui cara yang sulit tanpa dikesan oleh pihak yang berkuasa. Anehnya ada rakyat tempatan yang sanggup mengambil risiko demi mengejar cita-jita untuk menjadi lebih jelita.
Semua pembedahan mesti dilakukan di dalam dewan bedah kerana dewan bedah adalah tempat yang steril iaitu bebas dari kuman. Jika dilakukan di dalam bilik biasa maka riiko untuk mendapat jangkitan kuman adalah tinggi. Jangkitan kuman boleh menyebabkan septicaemia iaitu keracunan yang disebabkan oleh racun dari kuman yang masuk ke dalam saluran darah manusia. Bila terjadi septicaemia maka pesakit boleh mati kerana kerosakan jantung dan organ yang lain. Sebab itu semua pembedahan mesti dilakukan di dewan bedah.
Minggu lepas juga dilaporkan tentang penggunaan injeksyen vitamin c untuk tujuan menegangkan kulit yang kendur. Prosedur ini masih belum mendapat kelulusan dari phak kementerian kesihatan tapi dah ramai ang mencubanya kerana ingin mendapat kejelitaan.
Dua hari yang lepas saya didatangi pakar aestetik yang merupakan seorang doktor. Beliau sajadatang ke hospital tempat saya bekerja untuk meninjau kemungkinan mengembangkan business.Cara beliau mempromosikan produknya sangat meyakinkan tetapi amalan aestetik belum dibenarkan dilakukan di hospital baik milik kerajaan maupun swasta. Menurut
beliau di Hospital Umum Singapura prosedur aestetik ini sudah lama dijalankan dan memang mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Saya tanya pada dia kenapa memilih bidang ini sedangkan beliau ada ijazah MBBS. katanya kerja sebagai seorang doktor di hospital pendapatannya sangat sedikit tetapi bila membuka klinik aestetik maka pendapatannya sangat lumayan. Bayangkan seorang pesakit akan dikenakan bayaran RM 3000 sekali rawatan. Kalau dia dapat dua orang pesakit sehari maka dia sudah boleh mengumpul RM 6000 sehari. Artinya sebulan paling kurang RM 120,000. Memang sungguh lumayan dan risikopun rendah. Beliau tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi kulit ditegangkan dengan cara menarik ke atas dan di jahit dibahagian kepada. Prosedur hanya mengambil waktu setengah jam. Itu kata beliau. Sayapun tak pasti setakat mana kebenaran cerita tersebut. Saya beritahu dia yang saya berhajat untuk melihat klinik beliau dan bagaimana dia melakukan kerjanya. Dia kata OK.
Entahlah manusia memang mahluk yang tak pernah puas dengan apa yang ada pada dirinya. Banyak manusia yang tak boleh menerima yang mereka dah mulai kelihatan tua dan mulai kerepot. Kulit yang tegang dah mulai kendur. Jadi macam-macamlah usaha yang dilakukan untuk kelihatan muda seperti melakukan pembedahan plastik, suntikan botox dan prosedur aestetik supaya kelihatan muda. Beberapa malam yang lepas dalamTV ditunjukkan penggunaan susuk supaya kelihatan muda. Sebagai manusia yang beragama sepatutnya kita menginsafi bahawa tanda kedutan di wajah adalah petanda yang kita semakin menghampiri mati. Jadi tak perlu dirisaukan kerana semua manusia akan melalui proses ini.Terimalah kenyataan ini .
Doktor aestetik yang saya sebutkan tadi mengakhiri perbualan dengan menceritakan kisah seorang laki-laki tua berumur lebih dari 60 tahun datang bersama isteri muda beliau yang baru berumur dua puluhan. Jadi laki-laki ini meminta khidmat doktor tadi supaya beliau kelihatan muda agar sepadan dengan isteri muda beliau. Anda fikirlah sendiri.
Wassalam

Thursday, December 24, 2009

Hari ini 24/12/09 bersamaan 7 muharam
Besok cuti lagi sempena krismas. Hari ni jalanraya penuh sesak dengan kenderaan yang nak balik kampung. Bulan ni sahaja dah banyak kali cuti hari jumaat bersambung sampai hari ahad.Rakyat Malaysia mewah dek cuti terutama kakitangan kerajaan. Yang kerja swasta macam kami ni cuti terbatas. Sabtu pun kena kerja

Saya ingin menyambung tentang taskirah yang saya coretkan pada hari selasa lepas. Semalam tak sempat nak menulis blok kerana dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Seremban. Biasalah kalau dah memandu tu badan rasa penat. Jadi nak menulispun dah kurang minat.
Pengajaran kedua yang disebutkan adalah tentang kisah Surakah Bin Moktar yang cuba mengejar Nabi dan Abu Bakar serta dua orang penunjuk jalan. Baginda dan rombongan dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah dengan menaiki unta. Surakah ni memang jagoan menunggang kuda dan pandai bermain senjata. Dia tergiur dengan hadiah yang ditawarkan oleh Abu Lahab iaitu sesiapa yang dapat menangkap Muhamad hidup atau mati akan menerima hadiah 100 ekor unta. Bayangkan jika seekor unta berharga RM 5000 maka seratus unta berharga RM 500,000. Ini yang menyebabkan Surakah tergiur walaupun terpaksa bersusah payah menjejaki Rasulullah dan rombongannya.Dipertengahan jalan maka kuda Surakah tiba-tiba membuat emergency break. Apa lagi terpelantinglah Surakah tapi beliau hanya cedera ringan. Lepas tu hatinya mula berdetik dan timbul rasa ragu-ragu. Kerana tawaran yang lumayan tadi dia pun meneruskan perjalanan. Mungkin mereka yang tamak ni juga disebut serakah sempana nama Surakah Bin Moktar. Setelah hampir mendekati Rasulullah maka kaki kuda Surakah terbenam dalam pasir dan tak mampu lagi untuk bergerak.Maka Surakah menjadi panik. Jadi timbul rasa takut dalam hatinya dan beliau yakin yang dikejar adalah bukan sebarangan orang tetapi manusia istimewa. Oleh kerana tidak ada lagi jalan keluar dalam masalah nya itu maka Surakah terpaksa meminta ampun pada Rasulullah dan memohon agar Rasulullah mendoakan supaya kudanya dapat bangun dan beliau berjanji akan meninggalkan Rasulllah secepat mungkin. Akhirnya Rasululah mendoakan dan kuda tadi dapat bangun dan berjalan kembali. Sebelum Surakah beredar maka Rasulullah berpesan agar Surakah menyampai berita tentang kejadian tersebut pada Abu Jahal. Sampai di mekah Surakah menceritakan segalanya pada Abu Jahal dan menyeru agar Abu Jahal berhenti memusuhi Nabi. Tapi yang namanya Abu Jahal tetap saja dengan hati busuknya.

Sesampai di Madinah keadaan pada waktu itu tidak memihak pada umat Islam .Ekonomi dikuasai sepenuhnya oleh orang Yahudi dengan tali barut mereka Abdullah Bin Ubai. Semua perigi telah dikuasai oleh orang yahudi sehingga umat Islam terpaksa membeli air dari mereka dengan harga yang sangat mahal. Tindakan pertama Rasulullah ialah memanggil Abdul Rahman Bin Auf yang merupakan pakar ekonomi untuk membeli sebuah pergi dari orang yahudi. Puas Abdul rahman mencari orang yahudi yang sanggup menjual perigi tetapi tak berjumpa. Akhirnya selepas puas berusaha maka Abdul Rahman berjaya mendapatkan seorang yahudi yang sudi menjual periginya. Setelah itu Rasulullah memerintahkan agar semua orang Islam membeli air dari perigi Abdul Rahman. Akibatnya kerana jumlah umat Islam yang ramai maka perjualan air dari perigi-perigi milik orang yahudi berkurangan dan perniagaan mereka terjejas. Akhirnya satu demi satu dari perigi mereka terpaksa dijual kepada orang Islam.
Pengajaran yang amat berguna adalah orang Islam perlu hanya membeli dari orang yang seakidah. Kita patut menggunakan kelebihan dari segi bilangan dan jika semua orang Islam mempunyai kesedaran ini maka business akan dikuasai oleh orang Islam. Marilah kita memulakannya mulai sekarang.Kalau setakat lebih lima hingga sepuluh sen tu anggap saja sedekah kepada rakan seakidah.
Wassalam

Tuesday, December 22, 2009

Hari ini 22/12/09 bersamaan 5 muharam

Hari ini dilaporkan diakhbar bahawa seorang lagi bintang ternama mati kerana serangan jantung. Nama bintang ini adalah Britanny Murphy yang baru berusia 32 tahun. Beliau disyaki mati kerana berlebihan mengambil ubat. Semalam dilaporkan bahawa isteri Tiger Wood sedang mengambil tiga langkah yang akan memberikan pukulan maut pada Wood. Pertama dia akan memfailkan tuntutan cerai. Kedua dia akan menuntut hak mutlak terhadap kedua anak mereka dan ketiga menuntut separuh dari harta kekayaan Tiger sebanyak 2 billion USA. Nampaknya akan lebih banyak lagi ubat tidur yang akan ditelan oleh Tiger Wood. Inilah kehidupan tragis mereka yang bergelar bintang tapi jiwanya kosong.

Malam tadi saya sempat mengikuti taskirah magrib disurau Taman Mawar Pasir Gudang. Kebetulan saya bercuti 4 hari di Johor Bahru. Kuliah ni memang menarik untuk dikongsikan sebagai tanggungjawab menyampaikan ilmu. Jemaah yang mendengar cuma 12 orang. Biasalah tu dimana-manapun macam tu. Minat masyarakat tentang ilmu agama ni dah semakin menipis.
Pengajaran yang pertama yang saya dapat adalah tentang akhlak Nabi ketika menerima hadiah walaupun dari seorang wanita tua yahudi. Diceritakan dalam satu majlis ilmu yang dihadiri oleh para sahabat seorang wanita tua keturunan yahudi telah menghadiahkan empat biji limau pada Rasulullah. Rasulullah menerima hadiah tersebut dengan muka yang sangat manis untuk menunjukkan kegembiraan baginda. Lepas tu limau tersebut dimakan oleh baginda sampai habis. Setiap ulas yang dimakan oleh baginda , ia menunjukkan kegembiraan yang amat sangat. Para sahabat menjadi hairan kerana kebiasaannya baginda akan mengagih-agihkan setiap pemberian pada para para sahabat tetapi tidak pada kali ini. Baginda memakannya sendiri. Wanita yahudi tadi amat bergembira dengan reaksi Rasulullah yang menghabiskan semua limau yang dihadiahkan oleh dia. Di riwayatkan akhirnya wanita yahudi tadi memeluk Islam.
Setelah wanita yahudi tadi beredar maka para sahabatpun bertanya kepada Rasulullah.Ya Rasulullah kenapa engkau tidak mengagih-agihkannya pada kami sebagaimana yang biasa engkau lakukan. Rasulullah menjawab bahawa limau tersebut sangat masam rasanya. Dikuatiri jika diagih-agihkan mungkin para sahabat akan memberikan reaksi yang boleh mengecilkan hati wanita yahudi tadi. Sebab itu baginda memakannya sendirian. Jadi begitulah mulianya akhlak Rasulullah.
Mesejnya: Jika kita menerima hadiah walau sekecil manapun atau semurah manapun maka hendaklah diterima dengan perasaan yang gembira.Begitu juga jika kita menerima pemberian dari suami atau isteri maka hendaklah kita menunjukkan perasaan yang gembira supaya tidak menimbulkan kecil hati sipemberi. Jika isteri kita memasak makanan janganlah diumpat cela kerana akan merosakkan kerukunan rumahtangga. Begitu juga kalau suami membelikan sesuatu maka perlulah dihargai dengan sepenuh hati , jangan diumpat cela apa lagi melecehkan pemberian tersebut.
Sampai jumpa lagi. Wassalam

Monday, December 21, 2009

Hari ini 21/12/09 bersamaan 4 muharam
Beberapa hari yang lepas saya singgah makan tengahari di salah sebuah restoran di jalan Pahang. Waktu tu tak ada selera pula nak makan nasi. Jadi saya cuma makan tapai ubi dan minum secawan teh. Bila selesai sayapun membayar dikaunter. Bila ditanya harga maka kashier memberi tahu harganya RM 3.50. Jadi harga tapai ubi sebungkus adalah RM 2 dan secawan teh RM 1.50. Wah mahal betul harganya dibandingkan dengan di Seremban. Kat Seremban secawan teh cuma RM 0.80 dan tapai cuma RM 1 . Begitulah perbezaan harga di KL dengan Seremban. Sebab itu ramai yang bekerja di KL tetapi menetap di Seremban. Kalau lepas subuh tu entah berapa buah bas yang berulang alik dari Seremban ke KL . Depan Giant Seremban sahaja ada dua buah bas yang berangkat dari Seremban ke Pejabat Pos jalan Pudu. Kat stadium Paroi ada lagi dan di tempat lain banyak lagi bas yang disediakan. Jadi ramai pekerja yang sanggup berulang alik saban hari. Jiran saya baru pindah ke Senawang dan bekerja di KLCC. Jadi hari-hari lepas sembahyang subuh di surai dia langsung naik motor ke Terminal untuk menaiki bas. Sebelum ini beliau tinggal di KL tapi memilih untuk menetap di Senawang kerana lebih selesa. Naik bas pagipun tak ada masalah kerana boleh tidur dalam bas. Trend ini menyebabkan harga rumah di Seremban dah mulai naik hampir menyamai harga di KL. Rumah teres satu tingkat sudah berharga RM 150 ribu dan kalau di Seremban 2 rumah teres dua tingkat berharga RM 240 ribu. Wah harga ni dah melambung tinggi kerana trend yang saya sebutkan tadi. Yang agak anehnya sewa rumah di Seremban masih murah. Teres satu tingkat masih dapat RM 300 ringgit. Jadi kalau beli rumah untuk tujuan disewakan memang tak berbaloi tapi untuk simpanan jangka panjang memang bagus kerana harga terus meningkat.

Beberapa minggu ni penuh dengan cerita Tiger Wood dengan skandel dia. Yang terbaru dilaporkan beliau rupanya ketagih ubat tidur sama seperti Michael Jackson. Cuma masih belum parah lagi tapi beliau sudah mengalami masih ketergantungan dengan ubat ini. Jadi wang yang banyak tak boleh menyelesaikan masalah dia. Jadi beruntunglah kita yang mampu mengadu dengan Allah untuk menyelesaikan masalah . Lima kali sehari kita berkomunikasi dengan Tuhan untuk mengadu , memohon dan menghambakan diri. Jadi hati boleh menjadi tenang dan terasa bahagia. Wang yang banyak ternyata menjerat Tiger Wood sehingga menghadapi masalah yang serius sekarang ini. Manusia jiwanya sangat rapuh dan jika tak bergantung dengan Tuhan maka dia akan memilih menggunakan ubat-ubatan yang akhirnya akan merusak diri. Ketagihan rokok pun sulit untuk diatasi apatah lagi ketagihan ubat. Silap-silap haribulan boleh mati mengejut.
Wassalam

Friday, December 18, 2009

Hari ini 19/12/09 bersamaan 2 muharam
Semalam kita baru meraikan sambutan awal muharam. Banyak tempat mengadakan berbagai program termasuk syarahan, persembahan nyanyian yang katanya berunsurkan Islam. Entahlah kita kena nilai sendiri kerana setakat ini garis panduan yang ada pun masih diperdebatkan.
Sebelum penutup hujung tahun kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Dalam kontak dosa ni kita diminta segera bertaubat. Sebaiknya tiap-tiap hari kita beristigfar memohon pengampunan dosa kita.
Semalam dalam khutbah jumaat yang saya dengar ada disebutkan oleh tuan imam tentang integriti.
Saya masih ingat waktu bersekolah dahulu ustaz ada memberi contoh tentang dua kejadian dizaman saidina Omar Al Qatab. Kisah pertama tentang seorang budak yang bekerja sebagai pengembala kambing. Dia ni walau pun tidak mempunyai pendidikan tinggi tetapi mempunyai sikap amanah yang baik. Satu hari saidina Omar dan rombongannya terjumpa budak ini dan ingin mencubanya. Saidina Omar berkata juallah kambing itu pada aku kerana tuan mu tidak ada di sini. Jadi kalau kamu jual tak akan ada sesiapa yang nampak. Budak itu spontan menjawab yang dia tidak akan menjual kerana Tuhan kepada tuan dia nampak walaupun tuan dia tak ada ditempat.Jadi budak ini tak mahu menjual kambing tersebut.
Satu lagi kejadian adalah sewaktu saidina Omar sedang melakukan ronda di waktu malam. Saidina Omar ini cara managemen dia adalah suka melakukan lawatan untuk melihat masalah rakyat. Dalam kontak moden cara managemen ini disebut management by walking about. Istilah ini digunakan oleh guru managemen dari barat tetapi saidina Omar dah lama melakukannya.Satu malam sewaktu beliau sedang ronda dia terdengar perbualan antara seorang ibu dengan anak gadisnya yang sedang menyukat susu kambing untuk dijual. Sang ibu menyuruh anaknya mencampurkan susu dengan air supaya boleh dapat lebih banyak susu.Katanya jika kita mencampurkan air kedalam susu takkan ada orang yang melihat kerana khalifah Omar tak akan tahu tetapi anaknya tadi mengatakan Tuhan Omar nampak. Jadi dia enggan menuruti perintah ibunya. Bila saidina Omar mendengar perbualan ini hati tertarik untuk mengetahui siapakah gadis tersebut kerana beliau bercadang untuk mengahwinkannya dengan putera beliau. Akhirnya gadis tersebut dipinang untuk menjadi menantu saidina Omar. Wanita tadi kemudian melahirkan saidina Omar Abdul Aziz yang amat terkenal kerana kebijaksanaannya memerintah negara.
Wassalam

Wednesday, December 16, 2009

Hari ini 17/12/09 bersamaan 30 zulhijah.
Petang ni sebelum magrib kita disunatkan membaca doa akhir tahun dan selepas magrib membaca doa awal tahun. Tapi kebetulan pula jam 6 petang disiarkan siaran langsung pertandingan akhir bolasepak Malaysia melawan Vietnam. Jadi besarlah cabarannya nak baca doa ni. Jangan sampai terlepas sudah. Bukan saja doa yang terlepas ,silap-silap magribpun terlepas. Umat Islam hari ni memang tak mengambil berat tentang solat ni. Beberapa tahun yang lalu salah sebuah universiti ada membuat kajian tentang peratus umat islam di Malaysia yang melakukan solat. Didapati hanya 10% sahaja umat islam yang solat secara tetap 5 kali sehari. Yang selebihnya tu tak melakukannya. Ada juga yang hanya solat setahun sekali iaitu solat sunat aidilfitri.
Kita mengambil ringan benda ni kerana tak faham tentang kepentingan solat ni. Solat adalah proses komunikasi dengan Khaliq. Dalam solat kita mengaku menghambakan diri kepada pencipta dan memohon doa untuk kesejahteraan hidup didunia dan akhirat. Paling kurang lima kali kita berkomunikasi dengan Allah.Tapi oleh kerana tak faham tentang prinsip ini maka ramai yang merasa tak perlu melukannya. Hidup mereka hanya sekadar nafsu nafsi untuk memenuhi runtunan nafsu dunia yang sementara ini tanpa memikirkan nasib di akhirat nanti .Salah siapakah?Dalam jingel salah satu radio Negeri Sembilan ada disebutkan:salah kau lah,... apolak salah den, salah kau lah,.. apolak salah den
Saya ingin menyambung tentang cerita internet dan web semalam .
Web site pertama yang dihasilkan oleh Berners Lee ialah http://info.cern.ch yang dilancarkan pada 6 ogos 1991.Dalam program itu dijelaskan bagaimana seseorang ingin memiliki browser dan bagaimana untuk membentuk web server.Ulasan yang diberikan oleh majalah Time magazine dalam keluaran mereka pada June 1999 ada disebutkan tentang kejayaan Berners Lee ini:
Thomas edison berjaya mencipta lampu tetapi beliau mempunyai ramai pembantu untuk menghasilkan ciptaan tersebut.William Shockley mendapat nama mencipta transistor tetapi alat itu sebenarnya dihasilkan oleh dua orang pegawai penyelidik beliau, tetapi World Wide adalah ciptaan Berners Lee secara solo. Dia yang mereka cipta dan ianya digunakan tanpa mengenakan apa-apa bayaran.Beliau memperkenalkan coding system yang mudah untuk dipelajari. Sistem tersebut dinamakan hypertext markup language.
Sekarang hampir semua orang yang celik huruf pandai menggunakan internet dan melayari web. Kalau masih tak pandai marilah menggerak langkah segera untuk memulakannya. Satu muharram akan masuk besok dan tahun baru masehi akan datang 13 hari lagi. Sahutlah cabaran ini dan marilah kita berhijrah. Dalam internet dan web banyak benda baik yang boleh kita dapati walaupun banyak juga benda yang merosakkan. Tapi pilihan di tangan kita
Wassalam
Hari ini 16/12/09 bersamaan 29 zulhijah.
Waktu saya kuliah dulu punyalah susah nak menyiapkan tesis untuk program sarjana. Semuanya kena taip . Jika silap pakai blanko. Bila tunjuk pada pensyarah kena conteng sana sini. Lepas tu betulkan balik satu per satu. Jadi proses ni saja mengambil waktu enam bulan. Kalau tak kuat semangat boleh give up. Tapi kesusahan ini mengajar kita untuk lebih dewasa dan berjiwa kental.
Teknologi dah berubah. Sekarang semuanya mudah, hanya gunakan komputer. Boleh simpan dalam berbagai bentuk. Boleh kirim langsung pakai internet ke seluruh dunia. Kalau silap hanya perlu betulkan tempat yang silap itu saja. Yang lain boleh teruskan . Jadi proses mudah dan cepat.Bahan rujukan boleh serve internet. Buka google macam-macam ada. Jadi pelajar sekarang lebih manja dan nak cari jalan mudah. Tak apalah tapi semangat untuk berjaya perlu ada. Zaman saya dulu jenuh duduk dalam library cari bahan. Berbulan-bulan lamanya kena rujuk buku teks dan jurnal.
Internet mula diperkenalkan tahun sembilan puluhan. Begitu juga dengan World Wide Web. Orang yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan sistem ini adalah seorang jurutera komputer Inggeris iaitu Tim Berners lee yang memperkenalkan World Wide Web tahun 1991. Breakthrough yang sebenar terjadi bila internet mulai digunakan. Kebanyakkan kita menyangka world wide web sama dengan internet. Sebetulnya ada perbezaan antara keduanya. Menurut Bernet Lee the internet is a network of networks. It is made of cables and computers. It delivers packets anywhere in the world normally in well under a second.The web is an abstract space of information. On the net you find computers , on the web you find documents, sounds, videos, information. Jadi kedua-duanya telah memudahkan kerja manusia. Sebagaimana yang saya pernah tulis sebelum ini Bangalore India menjadi hub kepada outsource computer program untuk Amerika Syarikat dan bandar Dalian di Cina menjadi hub computer untuk Jepun.

Semua orang perlu pelajar dan menguasai teknologi ini untuk membolehkan kita maju dan mampu bersaing. Bangsa yang tidak menguasai teknologi ini akan ketinggalkan. Orang politikpun mengakui kepentingan teknologi ini untuk menjual idea bagi mendapatkan sokongan. Ianya sangat mudah dan boleh di akses di mana saja. Keluar negeripun kita boleh mendapatkan maklumat.
Wassalam

Monday, December 14, 2009

Hari ini 15/12/09 bersamaan 28 zulhijah.
Dah tiga hari saya tak sempat menulis kerana kesibukan waktu .Sejak hari jumaat saya sibuk menghadiri mesyuarat dan bengkel sehinggakan sampai lewat petang semalam.Macam tulah kalau kerja makan gaji. Kata orang business lagi sibuk sebab itu dinamakan business iaitu sentiasa selalu sibuk.
Dalam soal waktu ni Rasulullah telah mengingatkan kita supaya bijaksana menguruskannya. Dalam sebuah hadis yang bermaksud gunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara.Lima perkara tersebut adalah:
-hidup sebelum mati
-muda sebelum tua
-kaya sebelum miskin
-sehat sebelum sakit
-lapang sebelum sibuk

Kalau diteliti hadis ini merangkumi seluruh aspek kehidupan. Mungkin boleh ditulis sebuah buku tentang perkara ini. Saya melihat hadis ini merupakan suatu jenis manajemen yang diajarkan oleh Rasulullah supaya kita menjadi manusia yang paling cemerlang.
Bagi kita yang bekerja ada kalanya kita sibuk tapi ada kalanya kita mempunyai waktu lapang yang boleh kita manfaatkan untuk menghasilkan kerja yang lebih produktif. Jadi kuncinya sekarang adalah bagaimana kita menguruskan waktu. Setiap kerja mesti diselesaikan segera. Artinya kerja untuk hari ini mesti diselesaikan pada hari ini juga. Jadi jangan kita menunda kerja tersebut kerana besok kita tak tahu apa pula yang akan datang. Kalau kita suka menunda dan menangguh kerja maka masalah akan berlarutan dan akhirnya terbengkalai. Ini yang sering terjadi. Kegagalam kita menepati waktu ini menyebabkan kita tidak efisien dan jika kita melakukan business maka business akan menghadapi masalah. Jika kita bekerja dengan syarikat maka syarikat akan menghadapi masalah.
Orang Melayu tekenal dengan pepatah jam Melayu. Orang Indonesia pula menyebutnya jam karet. Karet tu maknanya getah yang boleh ditarik untuk menjadi panjang dan bila dilepaskan ia akan menjadi pendek kembali. Jadi maknanya waktu tu boleh diubahsuai. Jam melayu pula maksudnya selalu terlewat dari waktu yang dijanjikan. Rasulullah mengingatkan salah satu tanda orang munafik ialah bila berjanji ia tidak menepati janji. Artinya jika berjanji jam sepuluh mestilah jam sepuluh bukannnya lewat dari itu. Oleh itu jangan kita termasuk kedalam golongan orang munafik.
Dalam Al Quran banyak disebut tentang kepentingan waktu ni. Dalam surah Al ash ada disebutkan bahawa manusia sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, berpesan-pesan tentang yang hak dan berpesan-pesan tentang kesabaran. Nanti lain kali kita sentuh tentang tafsiran surah ini kerana saya perlu merujuk dulu pada kita tafsiran tentang surah ini.
Bagi orang barat time is money. Artinya setiap saat itu penting kerana peluang untuk mendapatkan keuntungan akan terlepas jika tidak ada disiplin tentang waktu. Orang-orang barat sangat menjaga disiplin ini. Bagi mereka yang pernah belajar, bekerja atau berkunjung ke negara barat mereka boleh merasai kepentingan waktu ini. Malah negara Jepun dan Koreapun sangat menekankan dan memberi keutamaan tentang perkara ini. Yang jadi masalah adalah di negara kita. Program sepatutnya bermula jam 9 pagi akhinya akan berlangsung pada pukul sepuluh kerana menunggu ketibaan tetamu VIP. Inilah kebiasaan yang terjadi. Kalau di pejabat pula punch card kehadiran jam 8 pagi lepas tu menghilang minum kopi di kedai mamak. Dah jam sembilan baru masuk office. Inilah kebiasaan kita dan kita enak saja melakukannya tanpa ada rasa bersalah.
Menjelang tahun baru Islam ni mari kita komited untuk menjaga disiplin waktu untuk menjadi seorang muslim yang cemerlang.
Wassalam

Friday, December 11, 2009

Hari ini 11/12/09 bersamaan 24 zulhijah.
Pasangan kembar batuk adalah selsema atau flu. Yang mana satu yang datang dulu tergantung keadaan.Ada kalanya selsema dulu diikuti dengan batuk tapi ada juga kalanya batuk dulu baru selsema.
Dalam Islam memang ada amalan khusus bila kita bersin. Nabi mengajarkan kita menyebut Alhamdulillah bila kita bersin. Tujuannya untuk menyuruh kita syukor pada Allah kerana bila bersin kuman virus akan dikeluarkan dari badan.Yang mendengar kalimah tersebut disunatkan menyebut yarhamkumullah.Jadi masing-masing saling mendoakan. Tapi kalau bersin lebih dari tiga kali maka tandanya penyakit nak datang. Begitu istimewanya ajaran Rasul ni. Orang barat bila bersin dia sebut excuse me dan adakalanya orang kita pun ikut sekaki. Bila bersin diapun sebut excuse me. Geli juga tengok gelagat ini. Mungkin mereka tak ada ilmu seperti yang diajarkan Rasulullah sebab itu dia ikut mat salleh
Ubat selsema terbahagi kepada dua jenis iaitu
-antihistamin
-decongestan
Antihistamin untuk mengurangkan selsema dengan cara mengawal histamin yang dikeuarkan oleh badan untuk melawan virus yang menyerang. Jadi bila ada virus kitapun jadi bersin berterusan dan menyebabkan peradangan pada saluran dalam hidung dan saluran pernafasan. Bila mengambil antihistamin maka peradangan akan menjadi kurang dan selsema juga boleh dikurangkan.
Bila dah bersin maka lama kelamaan hidung akan tersumbat oleh cairan yang dikeluarkan oleh badan melalui hidung. Akibatnya pernafasan tak selesa. Jadi perlu digunakan decongestan. Contoh decongestan adalah actified tabled dan contoh antihistamin pula banyak dipasaran.
Bila memakan antihistamin atau decongestan maka perlu berhati-hati kerana kesan mengantuk dan kesan ini tergantung individu.
Ada juga pesakit yang menggunakan minyak angin untuk mengurangkan penyumbatan di hidung. Sekarang ada juga ubat jenis ini yang dijual dalam bentung tabung untuk disumbat ke dalam lubang hidung dan disedut baunya. Umumnya rasa berangin yang dikeluarkan oleh ubat adalah disebabkan oleh mentol atau tymol yang ada dalam bahan tersebut. Jadi bila menghidu ubat tersebut semacam ada rasa kelegaan pada sistem pernafasan dihidung.
Yang terbaru adalah dalam bentuk plaster yang ditempelkan pada hidung. Plaster ini juga mengandungi bahan tymol atau mentol dan bila ditampal pada hidung maka dia akan meresap kedalam pori-pori kulit dan terus ke dalam hidung. Jadi kesan lega tu akan terasa.
Wassalam

Wednesday, December 9, 2009

Hari ni 10/12/09 bersamaan 23 zulhijah
Ubat-ubat batuk pada umumnya terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
1. antihistamine
2.mucolytic expectorant
3.narcotic(pholcodeine or codeine)

Ubat-abat antihistamine dan expectorant boleh dibeli dari mana-mana kedai kerana dikategorikan sebagai OTC products.OTC maknanya over the counter. Jadi boleh dibeli dari mana-mana premis perniagaan .Ubat golongan narcotic adalah ubat terkawal yang hanya boleh didapat dari premis farmasi sahaja.
Apa perbezaan antara antihistamine dengan expectorant?
Antihistamine mengandungi bahan yang boleh melegakan peradangan pada saluran pernafasan apabila antihistamine dalam ubat batuk bekerja menekan pengeluaran histamin oleh badan. Dengan cara ini peradangan pada saluran pernafasan akan berkurangan dan batuk juga akan berkurangan. Masalah ubat ini adalah kesan mengantuk yang kuat. Jadi bila dah minum ubat ini pastikan anda mengambil langkah berhati-hati terutama jika memandu kerana dikuatiri anda tertidur dan boleh menyebabkan kecelakaan. Contoh ubat ini adalah benadryl syrup.
Ubat-ubat expectorant pada umumnya mengandungi bahan untuk menggalakkan pengeluaran dahak dengan cara merangsang dahak yang terkumpul dalam saluran pernafasan untuk keluar. Jadi bila dahak dah keluar maka kesesakan saluran pernafasan dapat diatasi. Jika dahak tidak dikeluarkan maka kemungkinan kuman akan membiak dan boleh menyebabkan pneumonia. Ubat jenis ini pada umumnya berwarna hitam pekat. Bahan yang selalu digunakan adalah guarfenesin atau tincture ipecacuanhe yang berwarna hitam. Jadi senang nak membezakan yang mana antihistamin dan yang mana expectorant.Contoh adalah ubat cap kelapa laut.
Ubat golongan yang ketiga mengandungi codeine atau pholcodeine. Ubat ini menekan pusat batuk di saraf pusat dan kerjanya lebih kuat dari antihistamin.Masalah utama disamping kesan mengantuk yang kuat adalah boleh menyebabkan ketagihan kerana ubat jenis ini bekerja di saraf pusat. Dulu sediaan phensedyl dan linctus codeine banyak sekali digunakan dan sering disalahgunakan tetapi kini sudah tidah dikeluarkan lagi. Jika perlu mengambil ubat ini maka bekalan hanya boleh didapati di premis farmasi. Itupun tak banyak premis farmasi yang menjual ubat ini kerana ianya termasuk kedalam ubat yang dikawal.
Jadi bila anda batuk pastikan anda mengenal jenis batuk tersebut sama ada batuk berdahak ataupun tidak kerana pilihan ubat juga tergantung jenis batuk tersebut. Jangan menggunakan ubat yang mengandungi codeine atau pholcodeine kecuali atas arahan doktor anda
Selain dalam bentuk sirap dan cairan sekarang terdapat ubat dalam bentuk tablet. Setakat mana kekesanannnya masih perlu diteliti. Saya lebih suka meminum ubat batuk dalam bentuk cairan kerana rasanya lebih berkesan. Jadi terpulang pada diri masing-masing.
Untuk membantu melegakan batuk anda juga boleh menggunakan lozenges yang dijual dalam bentuk gula-gula kicap. Cuma masalahnya ubat ini mengandungi kadar gula yang tinggi yang tidak sesuai untuk pesakit diabetes.
Wassalam
Hari ni 9/12/09 bersamaan 22 zulhijah.
Hari isnin yang lalu saya berada di Kl untuk berjumpa dengan pegawai salah sebuah bank swasta dan kemudian ke sebuah lagi institusi GLC. Saya terkejut kerana dipintu masuk saya terpaksa melalui pemeriksaan suhu badan. Mujur lulus pemeriksaan kalau tidak tertangguhlah kerja yang perlu saya selesaikan. Rupanya masih ada institusi yang meneruskan pemeriksaan suhu badan untuk mencegah H1N1. Di kebanyakan hospital baik swasta maupun kerajaan pemeriksaan ini telah lama dihentikan.
Suhu badan naik disebabkan oleh berbagai faktor. Tentunya salah satu adalah H1N1 tetapi ada sebab lain yang perlu kita ketahui. Naiknya suhu badan adalah kerana respon tindak balas anti bodi terhadap benda asing yang masuk kedalam tubuh sama ada virus, bakteria atau benda-benda lain. Dalam badan kita ini Allah menjadikan berbagai jenis antibodi untuk bertindak balas supaya badan kita mampu mempertahankan diri. Bila antibodi bertindak terhadap antigen yang masuk maka simptom yang timbul adalah kenaikan suhu badan. Dalam bahasa mudah kita disebut mengalami demam. Untuk menurunkan suhu badan biasanya digunakan ubat-ubat anti pyretic seperti aspirin, paracetamol dan non steroidal antiinflammatory drugs(NSAIDS). Demam akan turun untuk tempoh jangka masa tertentu tetapi akan naik balik sehinggalah sumber demam diatasi. Contohnya jika demam disebabkan oleh bakteria maka pesakit perlu memakan antibiotik untuk membunuh bakteria tersebut. Jika virus biasanya dia akan hilang sendiri kecuali bila ada komplikasi lain terutama disebabkan oleh bakteria yang mencari kesempatan apabila antibodi mulai turun akibat dari perlawanan dengan virus tersebut. Keadaan ini disebut opportunistic infection. Rupanya kuman juga pandai menjadi opportunist sama seperti sikap manusia yang mencari kesempatan di atas kesusahan orang lain.
Virus yang sering menyerang manusia adalah seasonal flu yang disebabkan oleh influenza A . Penyakit ini disebut self limiting disease. Artinya bila antibodi mulai bertindak maka dalam tempuh satu minggu penyakit akan sembuh. Tapi perlu diingat bila ada opportunist infection maka penyakit akan merebak sehingga boleh menyebabkan pneumonia iaitu jangkitan pada paru-paru. Oleh itu ada doktor yang mengambil pendekatan yang lebih aggressive dengan memberi antibiotik bersama-sama dengan ubat demam, ubat batuk dan ubat selsema.Jadi tergantung kepada pengalaman dan keyakinan seseorang doktor.
Batuk dan selsema disebabkan oleh tindak balas badan. Seseorang menjadi batuk kerana histamin yang dilepaskan sebagai sistem pertahanan badan akan menyebabkan peradangan(inflammation) pada saluran paru-paru sehingga saluran tersebut terganggu dan menyebabkan batuk. Begitu juga dengan selsema di mana badan akan mengeluarkan kuman virus bila seseorang itu bersin. Ini juga sebahagian dari sistem pertahanan tubuh.
Masalah yang timbul adalah rasa kurang selesa sehingga pesakit bergegas untuk mendapatkan rawatan. Untuk batuk doktor akan memberikan ubat batuk dan untuk selsema akan diberikan ubat selsema.
Besok kita bincang lanjut tentang ubat-ubatan untuk batuk dan selsema
Wassalam

Sunday, December 6, 2009

Hari ini 7/12/09 bersamaan 20 zulhijah.
Negara Cina sekarang sedang berkembang dalam bidang ekonomi dan ketenteraan. Jumlah penduduk Cina sudah melebihi 1.3 billion dan negara ini mempunyai simpanan wang US 2.3 trillion yang merupakan simpanan terbesar di dunia. Pada tahun lepas Cina telah mengambil tempat German sebagai ekonomi ketiga terbesar di dunia dan dijangkakan pada tahun depan Cina akan mengalahkan Jepun . Mungkin dalam masa 5 hingga seepuluh tahun Cina akan mengalahkan Amerika Syarikat. Ini perkembangan yang terjadi dan kemaraan Cina dah tak boleh lagi disekat.
Cina mulai berubah diakhir tahun 70 han setelah matinya Mao Ze Tung. Setelah itu fahaman komunis hanya tinggal nama dan Cina mula mengambil pendekatan kapitalis sepenuhnya. Nyatanya pendekatan ini telah membawa perubahan yang sangat besar. Sejak lebih dari 10 tahun ekonomi Cina berkembang melebihi 7 % setahun . Di saat ekonomi negara lain sedang kepayahan Cina terus berkembang melebihi 7% dan dijangkakan tahun ini perkembangannya juga sama.
Kelebihan jumlah penduduk memberi keuntungan pasaran yang sangat besar kepada Cina. Sakarang ini hampir seluruh negara di dunia ingin berdagang dengan Cina kerana pasaran yang cukup besar. Cina merupakan pengeluar dan pengguna cukup besar bagi arang batu, besi baja dan tembaga. Dalam segi penggunaan minyak Cina hanya tertinggal sedikit dari Amerika Syarikat. Malaysia juga mendapat manfaat yang besar. Lebih dari 10% penggunaan minyak sawit adalah Cina dan ini memberi impak yang cukup besar pada negara. Belum lagi cerita soal minyak dan gas.Sebab itu negara-negara lain berebut-rebut untuk berdagang dengan Cina. Disamping itu banyak syarikat gergasi telah memindahkan kilang mereka di Cina kerana upah buruh dan sewa tanah yang murah .Di samping itu insentif cukai cukup baik. Cuma mereka yang ingin berurusan dengan negara ini perlu mempelajari selok belok budaya dan undang-undang negara tersebut. Ada penulis yang menyebut rakyat cina tak takut pada tuhan tapi hanya takut pada undang-undang negara" they are fearless of god but not fearless to their government" .
Bila syarikat-syarikat asing berebut-rebut masuk ke Cina maka syarikat-syarikat Cina mula melebarkan sayap mereka ke negara luar. PetroCina telah membeli 40% saham dalam syarikat petroleum di Singapura. Sekarang ini IMBC yang merupakan bank terbesar di dunia dari segi market value sedang dalam proses perundingan untuk membeli bank yang cukup besar di Thailand. Syarikat Cina Air sedang dalam perundingan untuk membeli saham yang cukup signifikan dalam Cathay pacific. Mereka telah mula melabur di negara afrika dan Indonesia. Afrika memang terkenal sebagai tempat yang penuh konflik dan merupakan pasar kepada bekalan senjata. Telah berkurun lamanya Amerika Syarikat mendapat laba dari perniagaan ini dan sekarang Cina sudah mula mencium peluang emas ini dengan memberikan bantuan soft loan kepada negara-negara afrika. Mereka punya perancangan jangka panjang untuk menguasai negara-negara afrika.
Dalam bidang persenjataan Cina adalah negara nuklear dan sudah mulai aktif membangaunkan satelit yang cukup canggih dan setanding dengan negara barat. Apa tujuan mereka. Tentunya untuk bersaing dengan negara Amerika Syarikat.
Syarikat pengeluar peralatan perubatan tak ketinggalan untuk turut serta. Syarikat Siemen dari Jerman telah membuka kilang di Cina dan mungkin lebih banyak lagi syarikat dari jepun dan Amerika akan berpindah kesana. Setakat ini saya belum ada maklumat tentang syarikat ubat membuka kilang di Cina. Mungkin dalam waktu yang singkat mereka juga akan berpindah ke Cina untuk mendapatkan kelebihan dari segi upah buruh yang rendah dan tanah yang murah. Syarikat Glaxo telah lama membuka kilang di India juga merupakan satu lagi negara yang sedang membangun dengan pesat.
Cina kini dianggap pengeluar barang murah tetapi kurang kualiti. Keadaan ini sama seperti yang pernah dialami oleh Jepun bila mereka mula bangkit dari kehancuran perang dunia kedua. Mungkin 10 tahun yang akan datang Cina akan mula menekankan kepada kualiti barang yang dikeluarkan. Buat masa ini mereka cukup gembira mengeluarkan barangan dalam jumlah yang banyak tapi murah. Sebab itu Cina dianggap sebagai workshop of the world.
Apa sikap dan riaksi kita menanggapi kemajuan Cina ini. Kita perlu bersedia kerana lebih banayk lagi kilang di negara ini akan berpindah ke Cina kecuali mereka mendapat insentif yang lebih baik. Jika tidak banyak kilang akan akan ditutup kerana berpindah ke sana.
Wassalam

Friday, December 4, 2009

Hari ni 5/12/09 bersamaan 13 zulhijah
Usia purata rakyat Malaysia telah meningkat. Bagi laki-laki usia purata adalah 70 tahun dan bagi wanita 73 tahun. Kalau ikut usia Rasulullah cuma 63 tahun. Jadi bagi mereka yang telah melewati usia tersebut ianya merupakan suatu bonus.Apa akan jadi jika usia kita seperti Nabi Nuh yang hidup hingga 950 tahun?
Insuran kesihatan cuma sanggup menanggung rawatan perubatan pesakit setakat usia 70 tahun sama ada laki-laki atau wanita. Jika dah lebih dari 70 tahun maka kenalah membayar sendiri. Industri insuran kesihatan semakin berkembang di negara ini. Dengan adanya kemudahan ini maka pesakit mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Kelebihan rawatan di hospital swasta adalah kerana semua rawatan disediakan oleh doktor pakar dan pesakit boleh memilih doktor pakar yang mereka inginkan. Keadaan ini tak boleh didapati di hospital kerajaan kerana sistemnya lain. Rawatan oleh doktor pakar hanya atas dasar rujukan oleh doktor biasa. Jadi bila membeli insuran perubatan maka pesakit boleh mendapat rawatan dari hospital swasta. Industri ini semakin berkembang dan jumlah hospital swasta di Malaysia telah melebihi 300 buah sama ada besar atau kecil.
Walaupun industri insuran di Amerika dan Eropah mengalami kegagalan teruk baru-baru ini tetapi di Malaysia keadaannya terkawal kerana industri insuran di kawal ketat oleh Bank Negara. Seandainya industri insuran goncang maka masa depan hospital swasta juga akan terjejas teruk.
Semakin tua seseorang manusia maka semakin banyak penyakit yang datang . Yang paling umum adalah sakit sendi tulang, darah tinggi, kencing manis dan jantung. Masalah ini semakin lama semakin membebankan seseorang individu, syarikat yang menggaji mereka dan juga negara secara umumnya. Kos perubatan semakin hari semakin meningkat dan banyak ubat-ubatan dan alat-alat perubatan di monopoli olah syarikat -syarikat asing yang sudah lama menguasai pasaran ini. Tak banyak yang boleh dilakukan oleh pihak pemerintah untuk mengawal harga tersebut. Mereka akan menaikkan harga ikut suka hati mereka. Jika kita tak mahu membeli masih ada orang lain yang sanggup membeli. Begitulah kaedah yang digunakan oleh pembekal-pembekal ini. Di India banyak kilang ubat yang didirikan untuk mengeluarkan ubat-ubat jenerik supaya pemerintah dapat mengawal harga. Di negara kita industri ini masih baru dan belum mampu untuk menampung keperluan dalam negeri. Walaupun begitu semuanya tergantung kepada dasar yang ditetapkan oleh pemerintah.
Apabila harga ubat dan alat habis pakai naik maka hospital swasta juga akan turut menaikkan harga jualan . Ini dalah peraturan biasa dalam sistem jual beli. Oleh itu dengan adanya kemudahan insuran perubatan ini maka kos tersebut harus diserap oleh pihak insuran.
Diusia muda wanita terlindung dari penyakit jantung kerana adanya jumlah hormon estrogen dalam jumlah yang mencukupi. Tetapi bila seseorang wanita memasuki tahap menopause maka kadar estrogen akan berkurangan dan risiko wanita untuk mendapat penyakit jantung adalah sama dengan laki-laki. Jadi bila sudah menopause maka wanita juga perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan diri dari penyakit ini. Waktu kini memang ada kemudahan rawatan yang dipanggil HRT iaitu hormon replacement therapy tetapi seseorang wanita yang berkeinginan untuk mengambil HRT perlu berbincang dengan doktor pakar yang ahli dalam bidang ini sebelum memulakan rawatan. Risiko HRT juga ada kerana ia boleh menyebabkan kanser pangkal rahim. Jadi jangan memulakan rawatan tanpa konsultasi dengan doktor pakar.
Kebaikan HRT adalah ia boleh mengganti kehilangan kadar estrogen dan wanita boleh mengelakkan kesan sampingan menapouse seperti gangguan emosi, kesukaran melakukan hubungan kelamin dengan suami serta risiko penyakit jantung.
Bagi laki-laki juga mereka akan menghadapi masalah kekurangan testosteron terutama bila usia menjangkau 50 tahun. Bila hormon ini berkurangan maka kadar metabolisma juga akan turun dan perut mulai buncit ke depan. Artinya berat badan mudah naik jika tidak mengawal makanan. Jadi makanan yang diambil perlu sangat dikurangkan jumlahnya.Di samping itu keinginan seksual juga akan menurun secara mendadak dan jika tidak ada langkah perlu yang diambil maka laki-laki akan menghadapi risiko penyakit mati pucuk di kala usia 65 tahun ke atas. Memang ada rawatan menggunakan testosteron tetapi risikonya juga tinggi terutama kanser prostat. Jadi dapatkan nasihat dari doktor pakar sebelum mengambil sebarang rawatan.
Wassalam

Thursday, December 3, 2009

Hari ini 4/12/09 bersamaan 17 zulhijah.
Kebanyakan negeri pagi ni hujan. Orang kata hujan di pagi jumaat ni hujan rahmat. Saudara -saudara kita di Terengganu dan Kelantan masih lagi mengharungi banjir yang masih belum surut. Bersyukurlah mereka yang tinggal di tempat yang tak dijangkau oleh banjir. Namun demikian kita perlu sentiasa bersyukur dan berdoa kerana ujian Allah dalam bentuk bencana alam boleh datang bila-bila masa dan dalam berbagai bentuk. Yang penting kita perlu menjaga tingkah laku kita agar tidak melanggar nilai agama .
Dubai dikejutkan dengan krisis kewangan yang sangat parah. Banyak pihak yang mula panik kerana tak pernah menjangka yang perkara ini terjadi dengan tiba-tiba. Punca utama masalah adalah kerana pinjaman yang terlalu besar untuk melaksanakan berbagai projek mewah. Kalau dah terlampau banyak berhutang tentulah akan sampai masanya hutang tersebut mengelembung ibarat buih dan akhirnya gagal untuk dibayar. Dalam doa Rasulullah mengajarkan doa khusus agar kita terhindar dari belitan hutang dan ketergantungan kepada ikhsan manusia. Tapi berapa ramai manusia yang peduli tentang perkara ini.Di negara kita pun berapa ramai orang yang telah diistiharkan muflis kerana hutang kad kredit. Inilah penangan hutang.
Di dunia ni hanya tiga negara yang mengamalkan positive budget iaitu Singapura, Taiwan dan Jepun. Positive budget artinya pendapatan adalah lebih banyak dari perbelanjaan. Jadi simpanan wang negara cukup besar untuk menampung perbelanjaan. Lain-lain negara mengamalkan negative budget. Artinya walaupun tak ada duit tapi terus belanja. Caranya mudah iaitu meminjam sehingga hutang semakin membengkak. Alasan mereka pembangunan mesti diteruskan walaupun tak ada duit. Jadi teruslah berhutang dan yang akan membayar nanti adalah jenerasi yang akan datang.
Dalam kontak individu kita perlu mengamalkan positive budget. Kalau pendapatan sedikit maka belanjapun mesti sedikit. Kalau pendapatan banyak bolehlah belanja besar sedikit tetapi perlu diingat dalam harta kita ada hak orang lain dalam bentuk zakat dan sedekah. Jangan kita sangka semuanya milik kita.
Elok kita renung kisah Nabi Yusof alaihissalam. Nabi Yusof dipenjara kerana fitnah isteri pembesar negara. Akibat dari fitnah tersebut baginda dipenjara. Satu hari sang pembesar negara bermimpi tujuh ekor lembu kurus menelan tujuh ekor lembu gemuk. Kan pelik mimpi ni sehingga sang pembesar tak senang hati sentiasa memikirkan mimpi ini. Kalau lembu gemuk dimakan oleh harimau mungkin perkara biasa tetapi bila lembu kurus makan lembu gemuk tentulah pelik jadinya.Jadi sang pembesarpun meminta nasihat dari penasihat-penasihat nya .Tak ada seorangpun yang mampu mentafsir mimpi ini. Maka salah seorang dari penasihat mengesyorkan agar berjumpa dengan Nabi Yusof untuk mentafsir mimpi ini kerana mereka tahu kelebihan Nabi Yusof. Setelah berita ini disampaikan kepada Nabi Yusof maka baginda pun memberikan tafsiran iaitu selama tujuh tahun hasil tanaman akan menjadi begitu banyak. Sebahagian dimakan dan sebahagian perlu disimpan kerana tujuh tahu berikutnya adalah musim kemarau dan semua hasil simpanan yang dikumpul selama tujuh tahun tadi akan diperlukan untuk makanan rakyat jelata. Perkabaran ini kemudian disampaikan kepada pembesar negara dan dia percaya dengan tafsiran ini. Akhirnya Yusof dibebaskan dan dilantik sebagai menteri kewangan.
Pengajaran yang kita dapat adalah bahawa dalam kehidupan kita ini perlu dibuat persiapan dengan cara menyimpan sedikit pendapatan kita untuk digunakan bila keadaan memerlukan. Jadi maknanya kita perlu mengamalkan prinsip positive budget. Tapi malang tak ada satupun negara Islam yang mengamalkan prinsip budget ini. Semua tanpa kecuali mengamalkan prinsip negative butget. Sebab itu krisis kewangan di Dubai terjadi. Yang agak pelik juga setiap 10 tahun ekonomi dunia akan merudum tapi banyak negara yang tak punya persiapan. Bagi individu perkara ini juga perlu dijadikan pengajaran. Jalan mudah yang diambil oleh masyarakat kita hari ini adalah memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaaan kerana faktor keselamatan dari segi pekerjaan .Walau apapun yang terjadi mereka tetap punya kerja. Kalau di swasta risikonya tinggi. Kalau ekonomi merudum syarikat mungkin juga akan merudum dan pekerja akan hilang pekerjaan. Kalau fikiran seperti ini terus berkembang maka ekonomi negara akan terjejas kerana hasil negara dihasilkan oleh syarikat swasta. Kalau tak ada yang berminat untuk bekerja dengan swasta maka tak berkembanglah ekonomi negara. Akhirnya syarikat swasta terpaksa mengimpot pekerja asing dan menimbulkan pula masalah baru dari segi ekonomi dan sosial. Ini yang terjadi sekarang ini.
Wassalam

Wednesday, December 2, 2009

Hari ni 3/12/09 bersamaan 16 zulhijah
Jika kita ingin membeli ubat di kedai farmasi atau di kedai-kedai biasa ataupun secara langsung dari penjual pastikan anda memeriksa nombor pendaftaran ubat dengan kementerian kesihatan Malaysia. Nombor tersebut akan ditulis dengan perkataan MAL diikuti dengan nombor sirinya. Contoh MAL 1234567 dan sebagainya. Bila ubat mempunyai nombor MAL maka ubat telah dianalisa oleh Biro farmaseutikal ubat kebangsaan yang khusus menganalisis dan meluluskan semua ubat yang akan dipasarkan di Malaysia. Jika ubat tidak mempunyai nombor pendaftaran dengan BFUK maka ubat tersebut dilarang untuk dijual dan digunakan di Malaysia. Oleh itu langkah yang pertama jika anda ingin membeli sebarang ubat adalah memeriksa nombor pendaftaran tersebut.
Di dalam kotak setiap ubat perlu ada kertas yang memberi penerangan tentang ubat tersebut. Maklumat yang perlu ada adalah seperti berikut:
Nama ubat
kandungan ubat
Kegunaannya
Cara menggunakannya
Special precaution
Kesan sampingannya
Maklumat-maklumat lain yang relevan
Sebelum memakan atau menggunakan ubat tersebut bacalah risalah yang disediakan supaya kita mengambil ubat mengikut arahan yang diberikan dan seandainya timbul kesan sampingan kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Jangan mudah terpedaya dengan penerangan yang menarik dari orang yang tidak mempunyai ilmu tentang ubat-ubatan. Yang mempunyai tauliah hanyalah doktor dan ahli faramasi. Yang lain-lain mungkin jururawat atau pembantu farmasi yang berpengalaman dalam bidang ini.
Sayangi diri anda dan ingatlah bahawa ubat hanya diperlukan bila kita sakait atau untuk mencegah penyakit.Jangan suka-suka makan ubat kerana terpengaruh dengan iklan atau cerita-cerita menarik dari agen atau orang perseorangan yang memasarkan sesuatu ubat.

DI Kelantan dan Terengganu sekarang sudah masuk gelombang ketiga banjir. Sayapun pertama kali mendengar yang banjir juga ada gelombang. Entah berapa lagi gelombang yang akan melanda hanya Allah yang tahu. Kalau serangan H1N1 baru masuk gelombang kedua. Jumlah jemaah haji yang meninggal kerana serangan H1N1 cuma 5 orang sedanagkan di USA serangan gelombang kedua sudah meragut lebih dari 4000 orang. Dengan kecanggihan teknologi merekapun Amerika tak mampu bertahan.Entah berapa ramai lagi yang akan mati kita pun tak pasti.
Negara kita mudah-mudahan terlepas dari serangan gelombang kedua ni. Jangan sampai macam banjir sudahlah bila ada gelombang ketiga dan gelombang-gelombang yang seterusnya. Yang mengejutkan semua adalah banjir kilat di Jeddah yang telah menelan mangsa lebih dari 53 kematian. Entah berapa lagi yang mati tak diketahui kerana masih ada mangsa yang masih belum ditemui. Inilah kerja Tuhan. Di negara padang pasirpun boleh berlaku bah besar yang menyebabkan kerusakan besar harta benda dan korban yang lumayan banyaknya.Jadi sebagai hamba sentiasalah bersiap untuk mengadap Tuhan kerana apapun boleh terjadi. Semuanya diluar pengetahuan kita.
Wassalam
Hari ini 2/12/09 bersamaan 15 zulhijah.
Besok mungkin penerbangan balik yang pertama akan sampai di tanahair. Kita doakan agar semua jemaah haji kita mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanahair. Yang dilaporkan meninggal adalah 20 orang dan yang gagal menunaikan haji seramai 4 orang. Itu semua sudah ketentuan Ilahi.Kita perlu rido
Menyambung cerita tentang diet semalam, kita perlu faham apakah yang diperlukan oleh badan kita. Setiap hari yang diperlukan oleh tubuh badan kita adalah:
-karbohidrat sebagai sumber tenaga
-protein untuk pertumbuhan tubuh badan
-lemak untuk simpanan tenaga dan juga pertumbuhan badan
-vitamin
-mineral dan trace elements

Semuanya itu ada fungsinya.Oleh itu kita perlu tahu bahan apa yang perlu kita makan agar mendapat makanan yang seimbang. Jika tak seimbang maka berat badan akan bertambah berat akibat dari penimbunan lemak dan jika kekurangan bahan asas seperti mineral dan vitamin maka perbagai penyakit akan terjadi.

Untuk mendapatkan berat badan yang sesuai maka perlu dilakukan tiga perkara berikut:
-menjaga pemakanan agan sesuai dengan keperluan
-melakukan exercise secara rutin
-menjaga emosi agar tidak menghadapi masalah stress

Jika ketiga perkara ini kita lakukan dengan disiplin maka berat badan kita akan dapat dikawal. Seandainya langkah diatas telah dilakaukan dengan sempurna sedangkan berat badan kita masih tidak terkawal maka perlulah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya. Jangan terpengaruh dengan orang yang tidak mempunyai kemahiran dan ilmu dalam bidang ini. Kita kena ingat yang akan menanggung risiko adalah diri kita. Bila ubat yang dimakan tidak sesuai mungkin kita yang menghadapi bahayanya seperti kerusakan hati dan buah pinggang yang kekal.Jangan pandang ringan tentang masalah ini.
Jika penggunaan ubat-ubatan juga gagal menurunkan berat badan maka ada teknik baru yang telahpun digunakan iaitu melakukan pembedahan untuk mengikat tali perut. Dalam istilah medik disebut bariatric surgery dimana usus dijahit supaya menjadi lebih pendek. Dengan cara ini berat badan dapat dikurangkan tetapi perlu diingat pembedahan ini juga mempunyai risiko. Oleh itu dapatkan penjelasan yang betul dari doktor yang berpengalaman dalam bidang ini.
Wassalam

Tuesday, December 1, 2009

Hari ni 1/12/09 bersamaan 14 zulhijah
Sekarang ini banyak iklan yang menawarkan berbagai jenis produk untuk melangsingkan badan, mencantikkan kulit, ubat kuat untuk laki-laki dan perempuan, ubat kecantikan kulit, ubat supaya badan menjadi sehat dan berbagi lagi produk.
Susah bagi kita untuk menilai apakah iklan tersebut betul seperti yang didakwa ataupun tidak.
Pada prinsipnya kita makan/mengambil ubat untuk mencegah penyakit seperti vaksin , untuk mengawal penyakit seperti kencing manis atau untuk mengubati penyakit seperti demam. Selebihnya itu penggunaannya sangat subjektif. Umumnya setiap ubat akan menimbulkan kesan sampingan. Cuma ada yang boleh di tolerate oleh badan dan ada yang tak boleh di tolerate. Contoh yang boleh ditolerate adalah gangguan pada perut bila makan ubat. Cara mengatasinya mudah saja iaitu makan ubat dengan makanan atau makan sebaik saja lepas makan. Jadi gangguan pada perut dapat dikurangkan.
Ubat-ubat untuk kecantikan ini perlu diambil dengan sangat berhati-hati. Pertama kali yang kita perlu pastikan adalah apakah kita perlu mengambil ubat tersebut dan siapa yang mengesahkan yang kita perlu mengambilnya untuk menurunkan berat badan. Apakah yang dinamakan gemuk itu. Kalau mengikut kiraan secara medikal berat badan yang mempunyai BMI melebihi 25 dianggap gemuk. Mungkin kiraan sebegini agak sulit. Maka cara yang paling mudah adalah menggunakan formula berikut yang saya perolehi dari seorang teman yang bekerja sebagai doktor pakar perubatan. Kalau nak kira berat badan maka gunakan formula berikut:

Berat badan = tinggi dalam cm - 100 . Contoh jika tinggi kita 160cm maka berat badan = 160 - 100 = 60kg. Itulah berat badan yang sesuai. Jika lebih dari itu maka dikatakan gemuk.
Punca kegemukan atau obesiti adalah tabiat makan. Makanan yang perlu diambil harus sesuai dengan tahap aktiviti yang kita lakukan. Orang yang kerjanya mengangkat beban yang berat tentunya memerlukan makanan yang lebih banyak dibandingkan dengan orang yang bekerja di pejabat. Jadi kita perlu tahu berapa banayak yang perlu kita ambil. Menurut ajaran Rasullullah a makanlah kamu bila kamu lapar dan berhenti sebelum kita kenyang. Tapi mampukah kita mengamalkannya. Kita makan hanya kerana ingin makan dan bukannnya kerana kita lapar. Sebab itu berat badan sukar dikawal. Sebelum mengambil sebarang ubat atau produk untuk menguruskan badan maka kawallah tabiat maka kita.
Esok kita sambung. Wassalam

Sunday, November 29, 2009

Hari ni 30/11/09 bersamaan 13 zulhijah.
Hari ni adalah hari terakhir bagi jemaah haji untuk melontar jamrah jika mengerjakan nafal sani. Bagi mereka yang melakukan nafal awal mereka sedang bersiap untuk kembali ke Mekah untuk melakukan rukun haji yang selanjutnya iaitu tawaf dan sai. Perjalanan dari Mina ke Mekah akan mengambil masa lebih dari 4 jam kerana kesesakan jalanraya. Malah ada jemaah haji yang berjalan kaki akan sampai ke mekah lebih awal dibandingkan dengan mereka yang menaiki bas. Mungkin bila projek monorel dah sempurna nanti perjalanan jemaah haji dapat dipersingkat dan tentu lebih selesa. Di tanahairpun kesesakan jalanraya semalam cukup luar biasa . Perjalanan dan Alor Gajah ke Seremban mengambil waktu hampir tiga jam. Jarak yang sebegitu biasanya cuma memerlukan 45 minit tetapi semalam lebih dari tiga jam. Begitu kesesakan di mana -mana. Saya petang semalam terperangkap dalam kesesakan tersebut bila hendak pulang ke Seremban setelah menghantar anak balik ke Melaka. Dalam keadaan yang begini macam-macamlah perangai manusia. Yang paling popular ialah masuk ke lorong laluan motosikal di sebelah paling kiri.Banyaklah kereta yang dipandu oleh orang-orang yang kurang kesabarannya meredah laluan tersebut. Macam biasa polis trafikpun dah sedia menunggu maka kena kompaunlah mereka. Tak pasal-pasal kena bayar saman RM 150 hanya kerana kurang sabar mengikut giliran.
Cuma semangat nak balik beraya dikampung cukup kuat dikalangan rakyat Malaysia.Walau macam mana sesakpun jalanraya mereka tetap berpusu-pusu balik beraya di kampung.Sikap yang sebegini saya rasa amat baik , cuma perjalanan perlu diatur supaya kesesakan dapat dikurangkan. Kalau dah tau jalan sesak disebelah petang maka sebaiknya berangkatlah waktu pagi supaya perjalanan lebih lancar. Saya semalam terperangkap kerana tak pernah terfikir yang jalanraya akan sesak kerana tak pernah mengalaminya. Kalau saya tahu begitu tentunya saya akan menghantar anak pulang ke asrama pada sebelah pagi. Cukuplah sekali pengalaman sebegini yang cukup menguji kesabaran.
Khutbah hariraya kemarin amat menarik. Tuan imam memperkatakan tentang konsep korban yang akhirnya adalah untuk membentuk insan yang bertaqwa. Manusia yang pintar tetapi tidak bertaqwa akan mendatangkan kehancuran pada dunia. Lihatlah bagaimana wang dari akaun orang lain dapat dicuri oleh mereka yang pintar menggunakan komputer. Dengan mudah mereka boleh masuk ke sistem simpanan bank dan mencuri wang dari akaun orang lain. Perkara yang sebegini dah banyak kali terjadi dan setakat ini belum ada cara untuk menghalangnya. Malah sistem pertahanan pentagon di Amerikapun dipecah masuk oleh hacker.Jadi sistem milik negara terkuat di duniapun tak selamat dari gangguan manusia yang pintar komputer.Ini baru cerita komputer belum lagi cerita penggelapan wang cara lain. Bermacam-macam cara yang digunakan sekarang ini untuk merosakkan orang lain. Puncanya cuma satu iaitu kepintaran yang tak dikawal oleh taqwa.Mudah-mudahan segala yang kita lakukan terutama dalam bulan zulhijah ni akan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah supaya kita menjadi insan yang terbaik. Manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa.
Wassalam

Thursday, November 26, 2009

Hari ni 26/11/09 bersamaan 9 zulhijah.
Hari ni adalah hari wuquf di arafah dan malam ni kita akan menyambut Aidiladha.
Di Negeri Sembilan hari ni adalah hari bantai iaitu menyembelih binatang sama ada lembu atau kerbau secara gotong royong diikuti dengan membuat lemang. Di NS ramai yang lebih suka menyembelih kerbau. Saya dah terlepas peluang ni kerana orang tua dah tak ada lagi dan kampung pun dah tinggal kosong.
Malam ni kita akan mula taqbir sampailah habis 13 zulhijah yang termasuk hari tashriq. Di taman tempat saya tinggal masih ada kegiatan takbir bergerak yang dimulai dari surau selepas isya'. Kumpulan ini akan bergerah dari rumah ke rumah sampailah ke rumah yang terakhir. Biasanya akan dibahagi kepada dua kumpulan supaya boleh selesai menjelang 12 tengah malam.
Biasanya lepas sembahyang raya akan diadakan majlis korban. Kegiatan ini masih berjalan setiap tahun.
Tadi pagi saya ke KL kerana ada mesyuarat dan bila pulang ke Seremban selepas zohor jalan dah mula sesak. Jadi sampai Nilai langsung ikut jalan kampung . Kalau tidak akan mengambil masa yang panjang untuk masuk ke bandar Seremban. Nampaknya kegiatan balik kampung masih diamalkan oleh masyarakat kita. Cuma bila dah ada di kampung kegiatan menziarah agak berkurangan tak macam dulu. Kini banyak masa dihabiskan menonton TV yang merupakan kegilaan baru masyarakat kita. Malah ada penulis yang melabelkan TV sebagai tuhan kedua. Ini memang label yang sangat ekstrim. Maksudnya masyarakat sanggup melupakan ziarah saudara mara, jiran tetangga hanya kerana asyik menonton TV. Kalau di Britain bila sampai waktu krismas TV dikunci dalam stor selama tiga hari supaya mereka tak terganggu dengan kegiatan menonton TV ni. Jadi mereka ada masa melayan tetamu. Tapi kita tak macam tu. Tetamu yang datangpun terpaksa juga menonton TV. Kadang kala nak bercakap pun susah kerana suara tamu terpaksa bersaing dengan suara TV . Malah tuan rumahpun bercakap dengan tetamu tak melihat muka kerana asyik menonton TV. Memang dah jadi penyakit baru.
Sebut tentang penyakit ni lepas raya nanti banyak yang masuk hospital kerana gout, darah tinggi dan kencing manis. Maklum saja banyak makan sup dan rendang daging, air sirap dan air bergas. Penyakitpun kambuhlah.
Selamat menyambut Aidiladha maaf zahir batin. Sampai jumpa hari isnin.
wassalam

Tuesday, November 24, 2009

Hari ni 25/11/09 bersamaan 8 zulhijah.

Michael Gorbachev dianggap berjasa besar menamatkan perang dingin antara blok barat dan blok timur pada akhir lapan puluhan. Bagi rakyat soviet union beliau mungkin dianggap penghianat tapi bagi Amerika dan sekutunya dia dianggap hero sehingga dianugerahkan hadiah istimewa sebagi penerima nobel keamanan. Sekarang beliau mengetuai kumpulan yang mengkaji perubahan iklim dunia. Tentunya dengan habuan yang sangat besar.Bagi kita apapun yang terjadi adalah ketentuan Ilahi. Runtuhnya soviet union menyebabkan Amerika tiba-tiba merasa pemegang kuasa tunggal dunia sehingga menggelar diri sebagai polis dunia. Bush mula mengganas semahu-mahunya . Yang pertama menjadi mangsa adalah taliban di Afghanisan. Apa yang dicari di sana hanya dia sendiri yang tahu. Yang pasti tentu hatinya puas dapat meruntuhkan pemerintahan taliban. Dia sebenarnya lupa bangsa Afghanistan tak pernah tunduk dengan penjajah dan belum ada satupun kuasa dunia yang mampu bertahan bila berperang dengan mereka. Amerika sedang kepayahan di sana sehingga menjerit meminta tolong dengan sekutu-sekutunya. Hari-hari ada saja askarnya yang mati sama ada dibunuh atau membunuh diri.Bush sudah turun dari tahta tapi Obama menyambung tugas tersebut dengan menghantar lebih banyak tentera. Dia lupa sebenarnya datuk dia bernama Husin seorang muslim afrika.Amerika hanya menguasai sebahagian dari kabul. Selebihnya berada ditangan pejuang pembebasan.

Setelah Afghanistan Bush meneruskan amukan ke Bagdad. Sadam Husin yang kononnya kuat lumpuh dengan begitu cepat. Rahsianya askar beliau tak punya jati diri. nampak gah tapi tak bermaya. Bagdad diserang kerana minyak dan semua orang tahu tentang perkara ini. Kononnya saddam menyimpan senjata berbahaya tapi setelah tentera Amerika masuk tak jumpa apa. Akhirnya Sadam mati digantung oleh Bush. Bush lupa yang dia nanti juga akan masuk ke dalam kubur cuma entah bila dan bagaimana. Hari-hari tentera Amerika dan sekutu juga mati. Nampaknya sampai sekarang Amerika masih belum menang tapi yang pasti minyak Irak terus digali untuk memdapatkan keuntungan besar. Inilah kerja Amerika dan sekutunya.
Niat di hati nak menyerang Iran nyata tak kesampaian. Sampai hari ini Amerika dan israel masih terus mengacah Iran tapi tak berani lagi menyerang. Mudah-mudahan Iran mampu bertahan.
Tuhan jadikan semua benda berpasangan. Tua lawannya muda. Yang kecil lawannya besar. Yang lemah lawannya kuat. Barat lawannya timur dan bila blok timur hancur tiba-tiba Amerika tak ada lawan. Jadi ingin jadi jagoh sendirian dan bertindak sesuka hati dan main hantam keromo. Tapi Tuhan ada dan sejarah telah membuktikan setiap kuasa ada batasnya. Sama-sama kita lihat nanti.
Runtuhnya blok timur telah merubah peta dunia. Cina yang dulunya tidur mula bangkit. Sekarang mereka rancak membangun meniru kuasa kapitalis walaupun mendakwa masih komunis. India yang dulu berkiblat ke blok timur tiba-tiba membanting stering membelok ke barat. Sekarang dua negara yang terus berkembang ekonominya melebihi 7% setahun adalah Cina dan India. Kedua negara juga bercita-cita besar untuk mencari pengaruh terutama Cina. Dengan kekuatan ekonomi barunya Cina sudah mula cuba mengimbangi kuasa Amerika. Masa saja yang akan menentukan. Dalam keadaan kemelesetan dunia yang parah sekarang ini Cina dan India masih bertahan dan terus berkembang kerana pasaran dalam negeri yang besar. Satu lagi negara yang bernasib baik adalah Indonesia yang menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang melebihi 5 % tahun ini kerana pasaran dalam negeri yang cukup besar.Jadi kebergantungan kepada negara luar mempunyai risiko yang sangat besar. Oleh itu perkara asas seperti makanan perlu dikeluarkan sendiri untuk mempastikan kelangsungan hidup sesuatu bangsa. Memang kalau nak ikutkan senang adalah lebih baik membeli dari menanam tapi demi survival perlulah berdikari.
Wassalam

Monday, November 23, 2009

Hari ni 24/11/09 bersamaan 7 zulhijah.
Semalam saya berada di Seberang Perai kerana menghadiri peresmian sebuah hospital swasta. Saya berangkat ke Pulau Pinang hari ahad petang dengan menaiki Air Asia. Waktu sampai di LCCT penumpang tengah beratur panjang. Keadaan di sana macam Puduraya. Sekarang ini naik kapalterbang bukan lagi benda mewah tapi dah menjadi pengganti bas. Kemudahan dalam kapalterbang pun lebih kurang macam bas express. Saya perlu beratur selama 45 menit untuk menyelesaikan check in. Macam tu di LCCT kerana tak ada nombor giliran. Tapi tak ada siapa yang komplain sebab sistem tambang murah memang macam tu.

Sampai di Pulau Pinang hampir pukul lima petang. Dari pulau langsung ke tanah besar melalui jembatan Pulau pinang. Keadaan trafik cukup lancar kerana hari minggu dan jembatanpun sudah menjadi tiga lorong. Waktu malam ada dinner di restoran sea food. Macam biasa ada beberapa orang teman yang takut nak makan kerana menghidap penyakit gout. Penyakit ini timbul kerana pemendapan uric acid yang berbentuk kristal kecil di sendi-sendi terutama di bahagian buku lali. Gout terjadi kerana kelebihan purin yang akan bertukar menjadi uric acid. Bila dah melebihi paras normal maka ia akan mendap di sekitar sendi-sendi.Bila uric acid ni dah mendap ia akan menimbulkan inflamasi di kawasan sendi kaki dan sendi menjadi bengkak. Bila bengkak tentulah sakit dan kulit menjadi mereka. Akibatnya pesakit akan sukar untuk berjalan dan boleh menyebabkan seseorang itu di masukkan ke hospital kerana memerlukan waktu yang lama untuk merawatnya. Saya terkejut juga bila ada kawan yang siap-siap membawa ubat anti inflamasi ni. Macam tu lah mereka yang bekerja di hospital memang pandai menyimpan berbagi jenis ubat walaupun dia bukan ahli farmasi.
Penyakit gout boleh diubati dengan cara memakan ubat anti inflamasi untuk mengatasi pembengkakan dan sakit yang akut tetapi untuk menurunkan kadar uric acid maka perlu mengambil allopurinol. Nama ubat ini yang paling terkenal di pasaran adalah zyloric.
Ubat-ubat anti inflamasi banyak terdapat di pasaran dengan berbagai jenama. Antara yang terkenal adalah indocid, brufen, feldene, naproxen, mobic, celebrex dan sebagainya. Kesemua ubat ini di sebut NSAID iaitu non steroidal anti inflammatory drugs. Ubat ini bekerja untuk menghilangkan inflamasi yang meyebabkan pembengkakan dan bila bengkak dah hilang maka sakit juga akan hilang. Masalah utama ubat ini adalah gangguan pada saluran pencernaan atau gastric irritation. Masalah ini boleh di atasi bila ubat dimakan bersama dengan makanan. Artinya jangan makan bila perut kosong. Ubat -ubat jenis ini yang baru adalah jenis COX 2 iaitu golongan ubat yang tidak menyebabkan gangguan pada saluran pencernaan. Contoh ubat ini adalah celebrex.
Penyakit gout akan datang dan pergi tergantung jenis pemakanan kita .Oleh itu cara yang terbaik adalah mengawal makanan.Kurangkan makanan yang mengandung banyak purin seperti makanan yang berasal dari laut, daging merah dan kekacang. Bila makanan di kawal maka penyakit juga akan terkawal

Saya terbang pulang ke KL pada hari isnin petang.Sewaktu dalam perjalanan pulang saya menaiki teksi yang dipandu oleh seorang pemandu teksi berbangsa Melayu. Katanya teksi tersebut bukan milik dia tapi dia menyewa dengan kadar sewa RM 20 sehari untuk hari biasa dan RM 25 pada hari minggu. Saya rasa sewa ni murah dibandingkan dengan teksi di KL yang harus membayar sewa RM 50 sehari. Dia juga mengeluh kerana sulit mendapatkan penumpang. Sekarang katanya pemandu teksi perlu menunggu hingga 2 jam untuk mendapatkan penumpanag. Orang tempatan lagilah sulit nak dapat kerana kebanyakan penduduk tempatan mempunyai kenderaan sendiri. Paling tidak pun ada motosikal. Kalau dulu banyak pekerja asing tetapi sekarang jumlah mereka telah berkurangan kerana kerapnya pemeriksaan dokumen permit kerja. Jadi mereka yang tak ada permit dah lari ke negeri lain. Yang tinggal banyak orang vietnam tapi orang vietnam ni tak nak naik teksi. Mereka lebih suka naik bas kerana tambang nya lebih murah. Jadi mengelohlah pemandu-pemandu teksi di Sebarang Perai ni.
Jadi inilah perjuangan hidup manusia yang saling bergantung antara satu dengan yang lain. Bila banyak pekerja asing pemandu teksi yang gembira tapi orang lain tak gembira. Bila kurang tenaga kerja asing pemandu teksi pula yang sulit mencari rezeki. Kalau teksi milik sendiri mungkin kurang sikitlah beban yang ditanggung oleh pemandu teksi.
Wassalam

Friday, November 20, 2009

Hari ni 21/11/09 bersamaan 4 zulhijah.
Di tempat kerja saya pagi ni akan diadakan sunatan beramai-ramai. Di jangkakan 42 kanak-kanak laki-laki akan menjalani sunat secara beramai-ramai. Program ini sudah menjadi acara tahunan dan sebahagian dari projen CSR syarikat. Acara akan dimulai dengan ucapan dari pengurusan, kemudian merenjis bunya rampai. Lepas tu anak-anak akan diarak dengan paluan kompang dan pencak silat. Akhir sekali akan dimandikan dengan pancutan Bomba. Pokoknya cukup meriah dan setakat ini memang tiap-tiap tahun mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kami terpaksa membatasi jumlah peserta. Macam kota Haji lah.
Sunat atau berkhatan merupakan sunah Nabi. Rasulullah bersabda sesiapa yang tak mengikut sunnah ku maka dia bukan umat ku. Jadi di negara kita semua orang islam akan bersunat. Menurut kajian saintifik bersunat mempunyai banyak kebaikan. Di samping menjaga kebersihan ianya juga dapat menghindari berbagai penyakit. Sebab itu ramai orang bukan Islam telah melakukan sunat ini. Ini nilai kebaikan yang ada pada ajaran agama kita. Jangan lupa orang yahudi juga bersunat macam kita.
Teknik bersunat sekarang ini sudah banyak perubahan. Ubat bius sudah digunakan dan kalau kanak-kanak langsung tak mampu menahan sedikit kesakitan maka boleh di lakukan di dalam bilik bedah dengan memberi ubat bius atau dalam istilah perubtan disebut General Anaesthesia. Jadi proses sunat langsung tak sakit tapi bila ubat bius dah habis terasa juga sakit akibat kesan luka tersebut. Cuma kos nya lebih tinggi. Saya rasa bagi anak laki-laki mereka perlu menjalani proses ini secara normal agar merasai sedikit kesakitan. Untuk menjadi orang yang dewasa tentunya perlu malalui berbagai kesulitan. Jadi kesakitan bersunat adalah simbolik kepada perjuangan yang bakal di tempoh di waktu mendatang. Ibu bapa tak perlu memanjakan sangat anak-anak mereka kerana mereka perlu diajar arti kesusahan supaya mereka boleh melalui kehidupan ini dengan tabah.
Zaman saya kecil dulu sebelum bersunat perlu berendam dahulu dalam perigi. Kononnya supaya alat kemaluan itu menjadi kecil agar tak banyak darah yang keluar. Logiknya memang ada tapi saya rasa tak perlulah sampai begitu. Lagi pun sekarang ini mana ada lagi perigi. Semua dah kering kerana sawah padipun dah jadi ladang kelapa sawit. Perigi yang dulunya cukup bersih dan jernih airnya kina dah kering keruntang. Itulah proses kemajuan. Sesuai dengan kemajuan masa kita selain sunatan secara manual sudah ada teknik clamping. Jadi waktu untuk menyunat lebih singkat. Tapi saya secara peribadi lebih berminat dengan sunatan secara manual kerana potongannya lebih sempurna. Cuma masa yang diambil lebih lama dan lebih sakit. Macam mana pun terserah ibu bapa untuk membuat pilihan.

Tradisi bersunat secara beramai-ramai ni perlu di kekalkan untuk memeriahkan suasana dan menunjukkan kepada anak-anak kita yang ibu bapanya meraikan mereka . Proses bersunat adalah proses peralihan dari zaman kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Ini sangat signifikan kepada anak-anak kita terutama anak laki-laki. Biasanya sebelum bersunat ibu bapa akan mem buat kenduri doa selamat. Program seperti ini memberi kesempatan kepada ibu bapa untuk bersedekah dan mengeratkan talian silaturrahim di kalangan sahabat handai dan jiran tetangga. Tradisis sebegini perlu dikekalkan supaya perasaan berjiran dan bertetangga tu terus utuh demi kebaikan bersama.
Wassalam

Thursday, November 19, 2009

Hari ni 20/11/09 bersamaan 3 zulhijah.
Semalam saya cuti kerana ada urusan di Putrajaya. Saya sampai di sana lebih kurang pukul 11 pagi. Nak parking kereta punyalah susah. Puas berkeliling beberapa kali barulah dapat parking .Itupun cukup jauh dari tempat yang dituju. Mujurlah dah lama memandu bolehlah buat reverse parking. Kalau baru dapat lesen L alamatlah tak masuk tempat parking. Begitulah susahnya nak cari parking di Putrajaya. Saya perhatikan tak ada satupun kereta yang keluar dari parking. Ini berarti kereta-kereta tersebut adalah milik kakitangan yang bertugas di situ. Kalau begini keadaannya memang sulit bagi orang luar yang nak berurusan dengan pejabat Kerajaan di Putrajaya.Bila dah dapat parking terpaksalah berjalan agak jauh. Bagi saya bagus juga boleh sedikit exercise. Kalau mereka yang malas nak jalan jawabnya merungut panjanglah.
Fenomena ini terjadi di mana-mana. Di pejabat Kerajaan, di hospital, di pasar apa lagi dibandar-bandar besar di negara kita. Dimana pun masalah parking ni menjadi masalah besar. Sebab utamanya kerana pertambahan parking tak seiring dengan pertambahan kereta. Sekarang nak beli kereta amatlah mudah. Dah lah tak perlu bayar deposit boleh pula pinjam bank dari 7 hingga 9 tahun. Jadi bayar bulan-bulan taklah terasa sangat. Sebetulnya kalau dikira betul-betul silap-silap bunga lebih besar dari pokok. Itu tak jadi soal. Yang penting ada kereta. Di negara kita hampir semua orang yang bergaji pakai kereta. Tak kiralah baru ke, lama ke.Yang penting ada kereta.Negara kita adalah pengeluar kereta. Oleh itu tak ada pilihan kecuali mempermudah cara rakyat untuk memiliki kereta supaya kereta-kereta yang dikeluarkan boleh dijual. Kalau tidak syarikat kereta boleh gulung tikar. Nak harapkan pasaran luar negara amat sukar kerana banyak persaingan terutama kereta Eropah ,Jepun serta Korea. Syarikat mereka lebih besar dan lebih berpengalaman. Jadi nak tak nak terpaksalah jual dalam negara sendiri. Bagus juga ada kemudahan bagi rakyat untuk memiliki kereta tetapi rakyat kena pandai mengawal emosi sewaktu berada dijalan apa lagi nak cari tempat parking.Kalau tak pandai badan yang akan binasa. Di samping jalan yang sesak, susah nak parking, tiap-tiap bulan kena bayar installment, lepas tu insuran kereta dan cukai jalan. Kemudian kena service pula. Semuanya itu memerlukan duit. Kalau pakai kereta lama lagi banyak kos untuk menjaganya. Kejap-kejap rosak dan kena ganti itu dan ini. Lagi stress. Silap haribulan berkelahi suami isteri. Yang lebih stress bila kena tarik dek bank kerana tak bayar installment.
Kalau selalu stress maka penyakit akan banyak yang datang. Bila stress adrenalin akan keluar dan jantung akan berdenyut lebih cepat. Jadi kalau darah yang mengalir tak lancar maka akan jadi darah tinggi. Bila dah darah tinggi kena keluar belanja beli ubat dan jumpa doktor. Jadi tambah stress. Mereka yang ada kencing manis , gula akan sulit dikawal bila dia stress kerana kadar gula dalam darah akan meningkat setiap kali kita stress. Di samping adrenalin badan juga akan mengeluarkan banyak asid dan ini boleh menyebabkan lapisan mukosa di perut menjadi nipis. Lama kelamaan kena gastritis. Kalau dibiarkan boleh jadi ulser sehingga terjadi pendarahan dalaman yang boleh mengancam nyawa.Bila dah stress fikiran pun tak tenang. Di pejabat akan timbul masalah. Balik rumah pula masalah dengan isteri dan anak-anak. Silap haribulan terjadi pula perkelahian .Lepas tu selalu kena migrain. Kalau dah stress tidur malampun tak nyenyak. Akibatnya bila terbangun malam, perut lapar makan lagi. Lama-lama badan bertambah geruk. Bila dah gemuk penyakit mudah datang. Jadi pengurusan stress sangat penting supaya kita dapat menikmatan kesejahteraan harta yang kita perolehi. Jika banyak harta pun kalau hidup sentiasa stress tidak akan memberi apa-apa makna.Dalam Islam dah ada cara yang ditentukan. Yang paling penting Solat perlu teratur dan khusyuk. Lepas tu perlulah membaca al Quran paling tidak selembar sehari. Kalau baca surat khabar boleh kenapa nak ngaji tak boleh. Perbanyakkan zikir supaya hati sejuk dan tenang fikiran. Kalau jalan tengah sesak banyakkan zikir. Jadi hati akan tenang.Yang paling penting adalah sabar. Nabi kata sabar itu sebahagian dari Iman. Tak ada sabar maka tak adalah iman.
Dalam perjalan pulang saya singgah makan tengahari di R&R. Kebetulan yang duduk didepan saya adalah pemandu pelancung. Katanya dia baru balik membawa murid-murid sekolah melawat kilang memproses beras di Selangor. Maklumat yang saya dapat adalah beras yang digunakan adalah beras impot dari Thailand, Kemboja dan Vietnam. Jarang sekali beras tempatan digunakan kerana katanya beras impot lebih murah. Majoriti pekerja juga pekerja impot. Saya kata kalau macam ni parahlah penduduk tempatan. Dahlah bahan asas di impot ,pekerja juga diimpot. Kes yang sebegini banyak terjadi di perusahaan kecil dan sederhana kerana mereka masih menggunakan teknologi yang rendah dan memerlukan ramai tenaga kerja. Di negara maju mereka sudah menggunakan teknologi tinggi yang tidak memerlukan ramai pekerja tetapi menggunakan mesin. Pekerja yang ada adalah pekerja yang berkemahiran tinggi.Saya rasa dasar perindustrian negara perlu diperkemas. Kita perlu menuju arah industri yang memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi supaya tidak tergantung dengan tenaga buruh asing. Kehadiran mereka dah banyak menimbulkan masalah. Di samping merebut peluang anak tempatan mereka juga menimbulkan berbagai masalah sosial. Kenapa kita tidak cuba meniru konsep bandar Bangalore di India dan Dalian di Cina. Bandar Bangalore menjadi hub outsourse IT bagi Amerika dan Dalian menjadi hub bagi Jepun. Rakyat India dan Cina tak perlu berpindah ke Amerika atau ke Jepun tapi mereka melakukan pekerjaan untuk majikan mereka yang berada di Amerika atau di Jepun. Ini yang disebut tenaga kerja berkemahiran tinggi. Sama sama kita renungkan.Wassalam

Tuesday, November 17, 2009

Hari ni 18/11/09 bersamaan 1 zulhijah. Maknanya dah masuk bulan haji. Lapan hari lagi jemaah haji akan wuquf di arafah yang merupakan rukun haji. Kalau tak dapat wuquf maka tak sah haji. Mereka yang berada di tanah suci sebenarnya melakukan perjalanan rohani. Perlu banyak bersabar kerana segala kesenangan dan keselesaan yang dikecapi di tanah air terpaksa ditinggalkan. Namun demikian janganlah sampai kita bertindak menyusahkan jemaah lain. Dalam bilik terpaksa bersesak kerana ramai penghuninya. Satu bilik dikongsi 4 atau 5 orang yang berlainan latar belakang dan kemahuan. Jadi perlulah bertolak ansur. Ada juga jemaah yang hanya memikirkan kesenangan diri hingga sanggup merokok di dalam bilik. Dah lah bilik sempit, kurang aliran udara di tambah pula oleh asap rokok. Tentulah keadaan ini boleh menimbulkan kesulitan pada jemaah lain apa lagi yang ada penyakit asma. Ini memang sering terjadi kerana ada jemaah yang tak faham. Mereka sepatutnya membuang semua tabiat buruk bila berada di tanah suci. Habis nak cakap macam mana. Bila ditegur nanti marah dan boleh terjadi perkelahian.Pegawai tabung hajipun tak larat nak mengawasi semua orang. Bilanagn jemaah bukan sedikit tapi berjuta.

Hari ni juga anak-anak kita mulai mengikuti ujian SPM. Ujian ini adalah penentu arah masa depan. Keputusan SPM akan menentukan anak-anak kita boleh menyambung pelajaran atau tidak. Setakat SPM sudah tidak lagi memadai. Minima rakyat Malaysia perlu mempunyai pendidikan peringkat diploma. Jika boleh biar sampai keperingkat ijazah. Menjadi ibu bapa pada masa kini bukan tanggungjawab yang ringan. Kita perlu berkorban wang ringgit dan masa untuk memberi kemudahan pendidikan pada anak-anak kita. Anak-anak yang gagal dalam pendidikan akan menimbulkan masalah kepada ibu bapa .Kalau tak mempunyai pendidikan sukar bagi mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik. Bila tak cukup pendapatan mereka akan kembali menghadap ibu bapa mereka. Lebih parah lagi jika mereka dah berkahwin dan mempunyai anak pinak. Jadi ibu bapa akan terus menerus menanggung beban anak-anak yang begini. Jadi adalah lebih baik kita bersusah payah sekarang untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak kita. Istilah orang tua-tua biarlah bergolok bergadai untuk menyekolahkan mereka. Tempat di IPTA sangat terbatas dan jika tak dapat IPTA terpaksalah masuk IPTS yang tentunya memerlukan belanja yang tinggi. Memang ada ibu bapa yang sanggup meminjam dari bank, mengeluarkan akaun 2 EPF malah ada yang sanggup menggadai rumah untuk menyekolahkan anak-anak. Cuma jumlah ini tak banyak.
Kita doakan anak-anak kita tenang mengikuti ujian dan mencapai keputusan yang cemerlang.
Wassalam

Monday, November 16, 2009

Hari ni 17/11/09 bersamaan 29 zulkaidah
Penyakit Diabetes Mellitus memerlukan kepakaran khusus untuk merawatnya .Disamping doktor pakar penyakit umum sudah ada pengkhususan iaitu pakar endokrinologi dan salah satu pengkhususan pakar ini adalah penyakit diabetes. Di negara kita sudah ada hospital yang mengendalikan klinik khusus untuk diabetes. Mereka yang bertugas di klinik ini mendapat latihan khusus agar mampu mengajar dan memberi kaunseling kepada pesakit diabetes. Masalah yang dianggap kecil tetapi memberi impak yang sangat besar adalah masalah penjagaan kaki bagi pesakit diabetes. Bila seseorang menghidapi penyakit diabetes dan bila kawalan penyakit kurang sempurna maka lama kelamaan bekalan darah ke bahagian kaki akan mulai berkurangan kerana kerusakan darah ke tempat tersebut.Akibatnya kaki menjadi kebas dan mula kehilangan deria rasa. Bila kaki ini memijak benda tajam pesakit tidak akan merasa sakit. Ini akan mendatangkan bahaya kerana boleh menyebabkan luka yang dalam dan luka pula sulit untuk diubati kerana bekalan darah dan oksigen ke kaki sudah berkurangan dan melambatkan penyembuhan luka. Keadaan ini mendedahkan pesakit kepada risiko gangrene dan kaki boleh di potong. Oleh itu rawatan kaki sangat penting. Pesakit dinasihatkan sentiasa memakai alas kaki ke mana sahaja mereka pergi termasuk di rumah dan di dalam bilik air. Bila keluar dari bilik air maka kaki perlu di lap supaya betul betul kering untuk mengelakkan jangkitan kuman bila kaki dalam keadaan basah.
Satu lagi masalah yang sering terjadi adalah masalah hipoglisaemia. Pasakit perlu diajar mengesan tanda-tanda masalah ini supaya langkah pencegahan boleh diambil dan jika terjadi apa yang perlu dilakukan oleh pesakit. Jika dibiarkan pesakit boleh pengsan dan mengalami koma. Jika koma tanpa rawatan maka kemungkinan bekalan darah ke otak akan terhenti dan ini boleh menyebabkan kecacatan yang kekal.

Semalam saya ada membaca berita tentang laporan penyelidikan yang dilakukan di Universiti Columbia Amerika. Sekumpulan saintis telah membuat penyelidikan tentang kesan menggosok gigi terhadap kekuatan ingatan. Kajian dilakukan terhadap sekumpulan peserta yang berumur lebih dari 60 tahun. Mereka yang kerap menggosok gigi didapati terhindar dari jangkitan kuman pada gigi atau dalam istilah saintifiknya disebut periodontitis. Jadi didapati mereka yang bebas dari jangkitan ini mempunyai daya ingatan yang lebih kuat dibandingkan dengan mereka yang mempunyai masalah ini. Adalah diyakini mereka yang bersih giginya bukan sahaja mempunyai daya ingatan yang lebih kuat tetapi juga terhindar dari penyakit nyanyuk. Sebagai muslim kita diajarkan untuk membersih gigi sepanjang waktu terutama sebelum melakukan solat. Rasul mengajarkan agar kita disunatkan bersugi sbelum solat. Dalam kontak hari ini disamping bersugi tentunya kita boleh memburus gigi sebelum berwuduk agar keadaan gigi sentiasa bersih. Disiplin yang diajarkan oleh Rasulullah ini ternyata mempunyai kesan yang sangat besar terhadap kekuatan minda seseorang.Sayangnya yang melakukan penyelidikan bukannya kita tetapi orang lain.
Wassalam

Sunday, November 15, 2009

Hari ni 16/11/09 bersamaan 28 zulkaidah
Menyambung tentang penyakit Diabetes mellitus. Penyakit ini jika sudah disahkan dihidapi oleh seseorang maka ianya akan kekal sampai keakhir hayat. Masalah utama penyebab penyakit ini adalah kerana kegagalan pankreas untuk mengeluarkan insulin dalam jumlah yang mencukupi diikuti pula oleh reseptor insulin di sel yang tidak sensitif. Jika pengeluaran insulin oleh pankreas telah berkurangan maka tak akan ada cara lain untuk mengatasinya. Pemberian ubat oral adalah untuk merangsang sahaja agar lebih banyak insulin dikeluarkan. Jika tak ada ubat maka jumlah insulin yang dikeluarkan tidak akan mencukupi. Selain ubat, latihan jasmani boleh membantu merangsang reseptor insulin di sel agar lebih sensitif terhadap tindak balas insulin. Oleh kerana masalah utama adalah kegagalan insulin untuk memproses semua glukos yang ada dalam darah maka langkah yang wajar adalah mengurangkan pengambilan gula dan bahan-bahan yang menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat. Dengan cara ini maka masalah kadar gula yang tinggi dalam darah dapat diatasi. Selain gula bahan-bahan berkanji seperti nasi, tepung, ubi dan keledek akan ditukar menjadi glukosa oleh tubuh. Jadi walaupun kita tidak mengambil gula secara langsung tetapi jika banyak memakan bahan berkanji maka kadar glukosa dalam darah tetap akan tinggi. Jadi untuk memudahkan pengawalan kadar glukosa dalam darah maka perlu dilakukan tiga perkara berikut:

- senaman
-diet
-makan ubat
Disiplin yang tinggi dituntut jika ingin mempastikan kadar glukosa dalam darah terkawal. Oleh kerana penyakit ini berkekalan sehingga akhir hayat maka ramai pengidap penyakit ini yang gagal mengawal diri. Oleh itu kadar komplikasi penyakit ini sangat tinggi sehingga ramai pesakit yang sudah mengalami kerosakan buah pinggang dan buta mata diusia muda . Malah ada yang dah dapat komplikasi ini sebelum mencapai usia 40 tahun. Suatu tragedi sedih yang meragut kesejahteraan seorang insan.
Di pasaran terdapat lebih dari sepuluh jenis ubat-ubatan darah tinggi. Ini menimbulkan kesulitan kepada pesakit untuk mengingati nama ubat yang digunakan oleh mereka. Warna dan bentuk ubat sentiasa berubah .Oleh itu jika hanya mengingati warna dan bentuk maka pesakit akan keliru. Untuk menjamin kesejahteraan diri maka pesakit tidak ada pilihan kecuali mengingat nama ubat dan cara memakannya. Jumlah tablet yang dimakan mungkin berubah setiap kali pesakit berjumpa doktor kerana pemberian ubat tergantung kadar glukos dalam darah setiap kali diperiksa bila pesakit berjumpa doktor. Jika bulan ini kadar glukos tinggi maka dos ubat juga akan tinggi tetapi jika bulan depan kadar glukos dah menjadi rendah tentu dos ubat juga akan rendah. Perkara ini cukup menimbulkan kekeliruan kepada pesakit. Oleh itu para doktor mempunyai tanggungjawab yang sangat berat untuk memberikan penjelasan yang secukupnya kepada pesakit supaya mereka faham tentang perkara ini. Di samping itu pembantu farmasi atau pharmacist yang mendispen ubat juga perlu memberikan maklumat yang secukupnya supaya pesakit faham. Peranan kaunseling sangat kritikal untuk menentukan komplian pesakit terhadap ubat yang diberikan kerana mereka terpaksa makan ubat seumur hidup. Persoalannya berapa ramai doktor, pharmacist atau pembantu farmasi yang melaksanakan tugas ini. Bagaimana pula jika ubat didispen oleh pembantu klinik swasta. Mereka sendiripun tak mempunyai ilmu yang mencukupi tentang perkara ini kerana hanya sekadar lulusan SPM. Untuk mendispen ubat secara betul sekurang-kurangnya seseorang itu perlu mempunyai diploma dalam bidang farmasi.Jadi kita masih jauh lagi untuk mencapai matlamat ini. Oleh itu jika anda menghidap penyakit diabetes mellitus maka dapatkan maklumat yang betul dan anda faham tentang cara mengawal penyakit ini. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa komplikasi penyakit ini.
Wassalam