Wednesday, January 2, 2013

Assalamualaikum wr. wb

Sekarang hujan hari-hari. Negeri-negeri yang banjir masih tergenang air. Permulaan tahun 2013 disambut oleh banjir di beberapa negeri pantai timur. Yang sukar tentunya anak-anak yang nak kesekolah. Perubahan cuaca dah semakin tak menentu begitu juga keadaan ekonomi di Eropah yang ssemakin suram. Siapa sangka negara-negara besar seperti Sepanyol, Itali,Greek boleh bangrup. Dulu mereka tu penjajah tetapi sekarang dah muflis.

Saya nak sambung cerita tentang London. Setelah menginap di salah sebuah hotel budget di Viktoria street selama semalam, keesokan harinya kami berpindah dihotel lain di kawasan yang sama cuma di seberang jalan. Hotel ni baguslah sikit cuma kosnya agak mahal sedikit. Kali ini sewa 110 poun sehari iaitu RM 550. Wow kalau diringgitkan memang mahal dan boleh duduk hotel mewah di Malaysia. Itulah nilai ringgit kita yang sangat kecil dibandingkan dengan pound sterling.Dulu lagi besar nilai wang mereka. Sewaaktu saya buat attachment di Southbank University pada tahun 1997 niilai pound adalah RM 7 ringgit.
Bandar London ni tak banyak berubah. Tahun 1997 dibandingkan dengan 2012 tak jauh beza. Inilah bandar lama di Eropah.Pembangunan dibuat diluar pusat bandar kerana mereka ingin mengekalkan sejarah lama kota tersebut. Mulanya kami sekeluarga nak tinggal seminggu di London tetapi setelah melawat London beberapa hari, isteri saya membuat keputusan untuk berangkat ke Paris lebih awal.
Kami berkeliling kota London menggunakan bas persiaran hop on hop off. Dalam waktu sehari dah habis keliling kota London. Apa yang menarik cuma London bridge, big bang, istana Burmingham, London eye tower. Yang selebihnya tu biasa-biasa saja. Kamipun sempat juga menggunakan keretapi bawaah tanah yang dipanggil tube. Puas jugalah jalan sana sini.
Soal makan tak banyak masalah kerana banyak restoran India Muslim. Tapi bila makan benda yang sama untuk beberapa hari rasa bosan juga. Tapi dah adat merantau memang macam tu.
Hari yang ketiga kami naik hop on hop off lagi. Kali ni turun dekat London bridge, lepas tu naik ferri menyusuri sungai Thames. Lama jugalah perjalanan menaiki feri ni.Sewaktu melalui tepi persisiran sungai ternampak juga power station yang telah dibeli oleh syarikat dari Malaysia. Hebat jugalah kita kerana mampu membeli hartanah yang begitu mahal di London.

Wassalam