Wednesday, September 30, 2009

Hari ni 1/10/09 bersamaan 12 syawal. Masih ada waktu nak puasa sunat 6 hari. Jangan tak puasa rugi sebab berpuasa pada bulan ramadhan dan diikuti dengan 6 hari dibulan syawal ibarat berpuasa selama 1 tahun. Ini janji Allah pada umatnya. Cuma benda ni tak nampak dek mata sebab tu tak ramai yang minat. Kalau dividen saham tu nampak dan boleh dirasa. Sebab tu orang sanggup beratur panjang sebelum subuh untuk membeli saham
Hari ni saya nak sambung cerita tentang farmasi. Blok saya ni khusus untuk cerita tentang ilmu mengenai farmasi. Saya tak akan cerita tentang politik kerana dah banyak dah blok yang cerita tentang benda ni. Lagipun dalam politik ni tak tahu siapa salah siapa betul. Memang memeningkan kepala.
Farmasi berasal dar bahasa Greek pharmakon yang berarti penyembuh(remedy). Farmasi juga berhubungkait dengan perkataan Mesir ph-ar-maki yang berarti pengurnian keselamatan.Sebelum ini saya ada cerita betapa pentingnya peranan farmasi di negara-negara arab kerana ilmu tentang farmasi inipun bermula dari sana.Secara lengkapnya Farmasi berarti:
1.Kemahiran menyediakan dan mendispen ubat-ubatan
2.Tempat di mana ubat-ubatan dijual dan disimpan. Ia juga disebut apoteker atau apothecary. Di Indonesia istilah apoteker ni memang digunakan bagi mereka yang mempunyai sarjana muda dalam bidang farmasi. Kalau diMalaysia di sebut Pegawai Farmasi atau Ahli Farmasi. Di negara Barat di sebut Pharmacist.

Kira-kira 80,000 tahun dahulu manusia di zaman "Paleolithic" menggunakan berbagai jenis flora untuk tujuan pengubatan. Di banyak negara seperti Indonesia, Cina, India dan di negara kita penggunaan flora untuk tujuan pengubatan masih berlangsung. Saya dah sentuh tentang perkara ni di awal penulisan dlam blok ni.Proses kimia untuk menghasilkan ubat-ubatan dimulai oleh orang-orang Mesopotamia, Mesir dan Cina. Pada tahun 1618 Pharmacopeia of London telah diterbitkan dan pada tahun 1639 Pharmacopeia of Paris pula diterbit. Negara kita masih belum mempunyai pharmacopeia sehingga kini.Ini menunjukkan betapa barunya bidang farmasi di negara kita. Indonesia sudah lama mempunyai pharmacopeianya sendiri. Di dalam Pharmacopeia ini dicatitkan tentang pembuatan"elixir", "spirit" serta"powder".
Perkembangan ilmu farmasi di Amerika hanya bermula pada abad ke sembilan belas.Ubat-ubatan utama yang dianggap mempunyai nilai terapeutik yang tinggi dipilih untuk dimasukkan ke dalam pharmacopeia of United States yang diterbitkan pada tahun 1820 oleh Jawatankuasa yang terdiri dari Ahli Farmasi,Perubatan, Persatuan Perubatan dan farmaseutikal serta Pakar bedah.Setelah sesuatu ubat dipilih maka kualiti dan potensi ubat tersebut di formulasi oleh Ahli Farmasi dan Ahli Kimia Farmaseutikal. Kriteria yang sama digunakan oleh jawatankuasa tersebut untuk memilih ubat-ubatan yang mempunyai nilai terapeutik yang rendah dan dimasukkan ke dalam Formulasi Nasional terbitan "the American Pharmaceutical Association"pada tahun 1888.
Dah untuk hari ni cukup cerita tentang sejarah farmasi. Saya nak sentuk sedikit tentang berita malang yang menimpa Samoa dan Padang. Dikabarkan lebih dari 1000 orang dijangka mati akibat dari gempa di Padang. Saya rasa amat terharu tentang berita ni sebab saya pernah bekerja di sana selama 3 tahun 4 bulan. Waktu saya di sana dulu syukor tak terjadi sebarang gempa.Dalam keadaan kelam kabut begini tentu banyak kerusakan yang terjadi. Yang pasti banyak ubat-ubatan yang diperlukan untuk merawat mereka yang tercedera. Kita doakan mereka tabah menempuh dugaan ini. Yang istimewanya di Padang adalah banyak terdapat Mesjid yang didirikan atas daya usaha masyarakat tanpa bantuan dari pihak yang berkuasa.Mereka berlomba-lomba mendirikan mesjid dengan mengeluarkan wang hasil titik peluh mereka sendiri. Satu lagi adalah nasi Padang.memang istimewa dan menyelerakan sampaikan di negara kita pun banyak orang yang mengiklankan yang mereka menjual nasi padang.Nama boleh sama tapi rasa tak sama. kalau nak yang original kenalah ke sana. Yang pasti kalau nak pergi tunggu lepasa gempa selesai
Sampai jumpa lagi .Wassalam

Tuesday, September 29, 2009

Hari ni 30/9/09 bersamaan 11 syawal. Bahang raya masih terasa. Hujung minggu ni banyak yang akan buat open house.
Hari ni saya nak bincang tentang istilah ubat dan dadah. Di negara kita ni ramai yang keliru tentang istilah dadah. Kalau pasal ubat saya rasa semuanya faham tetapi tentang dadah ni banyak yang keliru kerana secara resmi ubat diterjemahkan sebagai dadah.Dalam bahasa Inggeris ianya di sebut drug dan bila diterjemahkan kedalam bahasa Malaysia maka istilah yang digunakan adalah dadah bukannya ubat. Ubat adalah bahasa harian yang digunakan masyarakat. Penyalahgunaan drug dalam bahasa Inggeris disebut drug abuse. Tapi dalam bahasa Malaysia dadah digunakan untuk ubat biasa dan juga penyalahgunaan ubat. Ini yang menyebabkan kita keliru.Mutakhir ini malah disebut najis dadah. Ini lebih lagi mengelirukan kerana istilah najis dalam agama kita mempunyai makna yang lain.Tujuan penggunaan najis ni adalah untuk menggambarkan betapa jijiknya dadah ni.
Tahun lepas saya berkesempatan memberi ceramah kesihatan di salah sebuah surau di tempat saya. Salah seorang peserta mengemukakan pertanyaan yang sangat mengelirukan. Dia kata kan ubat itu adalah dadah dan dadah itu najis. Artinya bila kita makan apa sahaja jenis ubat maka kita memakan najis dan ini ditegah oleh agama. Wah pertanyaan ini cukup sulit untuk dijawab kerana jika masyarakat berfahaman seperti ini maka akan ramai pesakit yang enggan memakan ubat kerana menganggap ubat itu haram kerana najis.
Saya memberikan jawapan yang spontan. Saya kata kita kena bezakan antara ubat dan dadah walaupun dari segi istilah ubat sama dengan dadah. Saya kata ubat itu digunakan untuk mengubati atau mengawal penyakit sedangkan dadah itu digunakan untuk berkhayal dan merosak diri. Jadi jangan kita samakan antara ubat dengan dadah. Saya tambah lagi jika tuan sakit dan tuan tidak makan ubat kerana beranggapan ubat itu dadah dan najis maka tuan telah mendedahkan diri tuan kepada bahaya dan ini ditegah oleh agama. Si penanya tidak memberikan apa -apa respon terhadap jawapan saya tersebut. Saya tak pasti sama ada dia setuju ataupun tidak dengan jawapan saya itu.
Menurut pengertian saya dadah adalah ubat yang disalahgunakan untuk berhayal atau apapun tujuannya dan akhirnya ketagih dan menimbulkan kerosakan kepada manusia. Tapi ada lagi satu golongan ubat yang digunakan oleh para olahragawan untuk tujuan menguatkan badan. Bahan ini juga di sebut dadah.Ianya berbeza dengan bahan yang digunakan untuk berhayal.Bahan jenis ini adalah dari golongan hormon atau steroid sedangkan bahan untuk berhayal adalah dari golongan yang merangsang central nervous system .Kedua-dua golongan ini menimbulkan massalah kepada manusia.
Saya rasa bagi masyarakat istilah dadah ini cukup mengelirukan. Dalam bahasa Inggeris dah jelas dah perbezaan antara drug, drug abuse dan doping.
Dalam bahasa Indonesia mereka tidak menggunakan istilah dadah tetapi narkotika. Ubat biasa disebut obat dan bahan yang menimbulkan ketagihan itu disebut narkotika sehingga pasukan polis yang khusus untuk menangani kes ini di sebut polisi anti narkotika.
Soal istilah ni saya rasa perlu diteliti oleh ahli bahasa kerana ini kerja mereka. Jangan biarkan masyarakat terus keliru dengan penggunaan istilah yang tidak boeh membezakan antara ubat yang berguna dengan bahan yang disalahgunakan.
Dalam sejarah penyalahggunaan bahan yang pada asalnya ubat memang sudah lama.Dulu terkenal dengan sejarah perang candu di mana pihak British menggunakan strategi ini untuk mengalahkan Cina.
Dadah-dadah yang digunakan hari ini pada umumnya dapat dibahagi kepada golongan berikut:
-narkotik seperti morfin,heroin yang asalnya adalah dari candu
-amphetamin seperti pil ice, pil kuda
-Central nervous system stimulant seperti cocaine
-ganja dan daun ketum
-ubat penenang seperti valium
-perangsang metabolisme tubuh untuk mendapat kekuatan yang lebih seperti steroid dan hormon. Bahan ini biasa digunakan oleh atlit.
Sebelum saya tutup perbincangan kita hari ni saya mengajak tuan puan merenung istilah kedoktoran yang digunakan di Malayia dan di Indonesia.
Di Malaysia: sarjana muda perubatan di sebut doktor (dr), pemegang Phd juga di sebut doktor (dr). Sarjana muda pergigian di sebut doktor(dr). Jadi tak ada beza
Di Indonesia: sarjana muda perubatan di sebut dokter(dr). Pemegang Phd di sebut Doktor(Dr) dan sarjana muda pergigian disebut dokter gigi (drg). Jadi ada beza.
Wassalam

Monday, September 28, 2009

Hari ni 29/9/09 bersamaan 10 syawal. Wah angka 999 ni nampak macam gah. Ingat tak rancangan TV 999.
Menyambung tentang cerita semalam. Bila anda pergi ke klinik dan mendapat ubat yang tak di tulis nama nya, apakah anda berpuas hati . Tidakkah anda pernah terfikir sama ada ubat itu betul ataupun tidak. Tidakkah anda terfikir sama ada ubat itu expired atau tidak. Sepatutnya di zaman moden ini kita sebagai pengguna perlu lebih kritikal. Jika tersalah makan ubat mungkin penyakit lain pula yang akan datang. Ubat yang telah expired mungkin boleh menimbulkan keracunan pada manusia atau paling kurang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.
Sebelum ini saya pernah menulis tentang kegagalan program vaksinasi kerana vaksin yang tidak lagi efektif akibat dari penyimpanan di suhu yang tidak sesuai. Saya ada menyebut tentang "cold chain" yang telah putus. Begitu jugalah kalau kita ke klinik atau hospital yang tidak mengambil kira tentang kawalan mutu ubat-ubatan. Ubat-ubatan mempunyai peraturan tentang penyimpanan di suhu yang betul . Saya sangsi jika ada klinik swasta yang memasang air condition di dalam stor penyimpanan ubat. Perlu diingat ada ubat-ubatan yang akan rosak jika tidak disimpan di suhu yang betul walaupun masih belum expired. Tarikh expiry hanya berlaku jika suhu penyimpanan ubat adalah betul . Saya juga pernah ke klinik dan melihat di dalam peti sejuk terdapat bermacam benda selain ubat-ubatan. Ini akan menyebabkan suhu peti sejuk tersebut tidak lagi sesuai untuk menyimpan ubat-ubatan. Jika ubat-ubatan telah expired apakah pemilik premis akan membuangnya atau terus menjual.Siapa yang nak periksa semua itu. Ya hanya kejujuran pemilik premis sahaja yang boleh mengatur semuanya. Jika beliau terus menjual ubat tersebut tidak akan ada siapa yang tahu kecuali dia dan Tuhan.
Sayapun tidak pasti sampai bila pemerintah akan membiarkan klinik mendispen ubat tanpa perlu menulis nama ubat, nombor batch dan tarikh luput ubat-ubatan tersebut. Sepatutnya jika kita mengaku seorang professional maka ketiga-tiga maklumat tersebut perlu ditulis di botol atau bekas ubat yang didispen kepada pesakit. Sebagai pengguna mereka berhak untuk mengetahui perkara tersebut supaya ubat-ubatan yang diperolehi oleh mereka betul, dan tidak expired.
Sebagai pengguna kita perlu bijak dalam berbelanja termasuk mendapatkan rawatan bila sakit .Jika kita ingin mendapatkan rawatan yang selamat dan berkualiti maka sebaiknya kita ke hospital swasta yang telah mendapat akreditasi dari MSQH atau sekurang-kurangnya mendapat pengiktirafan standard ISO 9001. Kerana apa tuan puan? Sebabnya jika telah terakreditasi atau ada ISO maka ketiga-tiga perkara yang saya sebutkan tadi tu wajib dilaksanakan jika tidak akreditasi atau ISO akan ditarik balik. Di samping itu suhu penyimpanan ubat sudah pasti betul kerana perkara itu merupakan salah satu keperluan bagi akreditasi atau ISO. Saya rasa sekarang ini tidak sulit untuk mendapatkan hospital yang sebegini kerana sudah banyak hospital swasta atau kerajaan yang telah mendapat akreditasi atau ISO 9001.
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian adalah cara kita menyimpan ubat-ubatan di rumah. Jika dah dapat ubat pastikan disimpan di tempat yang betul dan selamat. Jika ingin disimpan di dalam peti sejuk sebaiknya dimasukkan sampul plastik kedalam bekas kedap udara supaya uap air dari peti sejuk tidak masuk kedalam ubat tersebut dan merosakkannya. Jika suhu penyimpanannya mengikut suhu bilik maka tak perlulah menyimpannya di dalam peti sejuk. Cukup di simpan dalam bekas kedap udara dan jauh dari kanak-kanak. Sudah banyak kes yang dilaporkan di mana kanak-kanak termakan ubat orang tua mereka dan ini menyebabkan kecelakaan yang tak perlu.
Jika anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan maka tanyalah petugas yang memberi anda ubat tentang nama ubat dan bila tarikh luput ubat tersebut. Anda berhak mendapatkan maklumat itu kerana anda membayar perkhidmatan yang disediakan. Jadilah pengguna yang bijaksana kerana tujuan anda ke klinik adalah untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit yang anda hadapi bukannya untuk mendapat masalah lain.Pilihlah tempat yang anda rasa selamat untuk dikunjungi. Pilihan ada di tangan anda.
Wassalam

Sunday, September 27, 2009

Hari ni 28/9/09 bersamaan 9 syawal.Dah habiske puasa enam. Masih ada waktu, jangan sampai tak puasa sudah.
Meyambung tentang cerita Pegawai Farmasi(pharmacist) dan Pembantu farmasi.Di hospital kerajaan jawatan ini telah ujud sejak lama dan mereka yang bekerja adalah yang mempunyai kelayakan sesuai dengan jawatan yang disandang. Masalah yang timbul adalah di hospital swasta dan klinik-klinik doktor swasta.Di hospital swasta hanya hospital yang mempunyi lebih dari 30 katil yang perlu mengambil seorang Pegawai Farmasi tetapi jika kurang dari itu maka tidak ada undang-undang yang mewajibkan mereka berbuat demikian. Bagi Pembantu Farmasi pula belum ada undang-undang yang mewajibkan pihak hospital swasta perlu mengambil mereka yang mempunyai kelulusan diploma untuk menjadi Pembantu farmasi. Kebanyakan hospital swasta mengambil pekerja yang hanya mempunyai kelulusan SPM dan melatih mereka sehingga pandai dan menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya di lakukan oleh Pembantu Farmasi. Jadi disegi kelayakan memang tidak memenuhi syarat. Pada peringkat klinik-klinik doktor swasta pula hal yang sama berlaku. Hanya pekerja yang berkelulusan SPM yang menjalankan tugas Pembantu Farmasi. Kita pun tak pasti bilakah pihak yang berkuasa akan membuat peraturan yang hanya membenarkan mereka yang berkelulusan diploma farmasi untuk menjalankan kerja-kerja Pembantu Farmasi.
Bagi saya kalau setakat berkelulusan SPM dan menjalankan latihan sewaktu kerja mereka tidak akan mempunyai cukup ilmu tentang ubat-ubatan dan ini boleh menimbulkan masalah pada pesakit yang menerima bekalan ubat-ubatan dari mereka. Untuk menyediakan dan membekalkan (dispensing) ubat-ubatan kepada pesakit seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas tentang sesuatu ubat-ubatan. Pengetahuan ini hanya boleh diperolehi bila mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan diploma dalam bidang farmasi. Kita amat berharap suatu hari nanti pihak kementerian dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan mewajibkan semua hospital swasta dan klinik doktor swasta hanya menggaji mereka yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang farmasi untuk bekerja di tempat mereka. Dengan cara ini barulah mutu perkhidmatan kepada pesakit dapat ditingkatkan dan keselamatan pesakit akan terjamin.
Di Malaysia masih belum ada pemisahan antara prescribing dan dispensing kerana doktor yang mempreskrip ubat dan doktor juga yang menjual ubat-ubatan kepada pesakit walaupun dispensing di lakukan oleh pembantu mereka. Apa yang dimaksudkan dengan pemisahan prescribing dan dispensing adalah doktor hanya boleh menulis preskripsi dan dispensing ubat dilakukan oleh Pharmacist. Bila ini berlaku secara otomatis akan ada counter checking kerana sebelum mendispen ubat Pharmacist akan memeriksa preskripsi doktor dan menyediakan ubat-ubatan tersebut. Jika ada kesilapan atau masalah lain maka Pharmacist akan menghubungi doktor yang berkenaan untuk membuat pindaan. Dengan cara ini keselamatan pesakit akan terjamin. Di negara kita klinik doktor swasta dibenarkan untuk menyimpan dan menjual ubat-ubtan terus kepada pesakit. Jadi bila doktor menulis preskripsi hanya pembantu mereka yang cuma berkelulusan SPM akan menyediakan ubat-ubatan tersebut. Sudah pasti pembantu tadi tidak mempunyai pengetahuan yang cukup sama ada terdapat sebarang kesilapan atau masalah pada preskripsi berkenaan. Mereka hanya menyediakan sesuai dengan arahan dari doktor berkenaan. Kita hanya boleh berharap agar tidak akan ada sebarang kesilapan bila doktor menulis preskripsi yang berkenaan.
Di Malaysia juga belum diwajibkan klinik swasta menulis nama ubat pada label ubat. Cukuplah sekedar ditulis ubat demam, ubat batuk dan sebagainya tanpa perlu menulis nama ubat tersebut. Saya rasa amalan seperti ini sudah lama patut dihentikan kerana sebagai pesakit mereka berhak untuk tahu nama ubat yang diberikan kepada mereka. Cuma masalahnya adalah belum ada undang-undang yang mewajibkan doktor menulis nama ubat tersebut.
Kita sama-sama berharap agar pihak yang berwajib menyegerakan pelaksanaan dispensing right di mana doktor hanya boleh menulis preskripsi dan dispensing dilakukan oleh Pharmacist. Artinya bila selesai mendapat rawatan dari doktor pesakit perlu mendapatkan ubat-ubatan dari kedai pharmacy yang berdekatan. Tujuannya adalah seperti yang telah saya terangkan. Memang sebelum ini banyak bantahan tentang perkara ini kerana masyarakat kita belum terbiasa dengan sistem ini. Di negara maju malah di Indonesia sendiri sistem ini telah berjalan cukup lama tanpa sebarang masalah. Jika kita ingin perkhidmatan yang lebih selamat maka tidak ada cara lain kecuali melaksanakan dispensing right.
Jadi terserahlah pada pihak yang berwajib kerana negara lain termasuk negara yang lebih mundur dari kita telah lama melaksanakannya
Wassalam

Friday, September 25, 2009

Hari ni 26/9/09 bersamaan 7 syawal. Besok lebuhraya akan penuh sesak bila orang ramai mulai pulang ke kota untuk mula bekerja pada hari isnin.Entah berapa lagi yang akan meninggal di jalanraya, hanya Allah yang tahu.
Hari ni saya nak sentuh tentang farmasi. Kalau sebut saja doktor masyarakat semua tahu tapi bila sebut farmasi banyak yang keliru. Di hospital kerajaan ada dua jawatan di bahagian farmasi iaitu Pegawai farmasi dan Pembantu Farmasi. Masalahnya bila ditanya maka mereka yang bekerja di bahgian ini akan memberi tahu yang dia bekerja sebagai farmasi di hospital. Jadi yang mana satu Pegawai atau Pembantu. Ini yang menyebabkan masyarakat menjadi keliru seolah-olah siapa sahaja yang bekerja di bahagian ini disebut farmasi.
Perbezaan antara Pegawai dan Pembantu farmasi adalah disegi kelulusan dan tanggungjawab. Untuk menjadi Pegawai farmasi maka seseorang itu perlu mempunyai ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti yang di iktiraf oleh kerajaan. Setelah selesai mendapat ijazah maka mereka perlu mengikuti housemanship di hospital kerajaan selama satu tahun.Setelah itu bagi mereka yang mendapat ijazah dari universiti dalam negeri mereka langsung boleh berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia kerana sewaktu kuliah mereka telahpun mengambil subjek Forensik farmasi.Bagi lulusan luar negara mereka perlu mengikuti ujian Forensik farmasi sebelum layak untuk didaftarkan dengan Lembaga farmasi Malaysia. Setelah berdaftar mereka akan diberi nombor pendaftaran untuk membolehkan mereka di akui sebagai Pegawai farmasi atau di swasta di panggil Ahli Farmasi atau pharmacist. Setiap tahun mereka perlu memperbaharui Annual Practising Certificate(APC) untuk membolehkan mereka bekerja sebagai Pegawai Farmasi atau pharmacist.
Bagi Pembantu farmasi mereka hanya mempunyai diploma dalam bidang farmasi dan tidak mempunyai APC. Tugas mereka adalah untuk membantu kerja-kerja Pegawai Farmasi .
Di negara kita setiap premis farmasi sama ada hospital swasta atau kedai farmasi hanya boleh dibuka bila ada Pegawai farmasi(pharmacist) yang bertugas kerana premis tersebut memerlukan lesen dari Pegawai farmasi tersebut.Tanpa lesen ini maka premis tersebut tidak dibenarkan menjual ubat-ubat berjadual seperti yang termaktub di dalam Poison Ordinan 1952.
Bagi hospital swasta jika jumlah katil melebihi 30 buah maka lesen farmasi diperlukan untuk membolehkan hospital ini beroperasi tapi bagi kedai farmasi mesti ada lesen farmasi jika tidak tak beloh menjalankan perniagaan.
Di dalan Poison ordinan terdapat 4 kategori ubat-ubatan berjadual iaitu golongan A, B, C dan D.Di samping itu ada juga ubat-ubatan tidak berjadual yang disebut non poison yang boleh dijual oleh sesiapa sahaja dengan syarat ubat-ubat tersebut didaftarkan dengan Biro Farmaseutikal Kebangsaan.

Bagi ubat golongan A hanya Pegawai Farmasi(pharmacist) yang dibenarkan memegang lesen untuk mengimpot dan menjual bahan tersebut. Biasanya bahan yang tergolong ke dalam kelompok ini adalah raw material untuk membuat ubat-ubatan. Bagi golongan B hanya boleh dijual dengan preskripsi doktor tapi bagi golongan C dan D Pegawai farmasi dibenarkan untuk mendispennya tanpa preskripsi doktor.
Pembantu farmasi tidak boleh membeli dan menjual sebarang ubat berjadual kerana mereka tidak mempunyai lesen dan tidak berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.Di Amerika dan di negara Eropah Pembantu Farmasi di sebut pharmacy technician .
Isnin kita sambung dengan cerita ini.
Wassalam

Wednesday, September 23, 2009

Hari ni 24/9/09 bersamaan 5 syawal.Sambutan raya masih meriah. Malangnya kerana ramai yang berada dijalanraya maka banyak kemalangan yang berlaku. Semalam saja 21 orang yang meninggal akibat kemalangan jalanraya. Setakat 10 hari ops sikap dah 177 orang yang mati di jalanraya. Apakah ini ketentuan Ilahi? Entahlah. Angka kematian ini jauh lebih tinggi dari serangan wabak H1N1 yang menggemparkan sekarang ini. Kata pihak yang berwajib gelombang kedua H1N1 mungkin akan melanda kembali bulan October ni. Tapi yang pasti menjelang Isnin nanti entah berapa orang lagi yang akan mati kerana kemalangan jalanraya.
Semalam pun saya berada di jalan raya kerana berkunjung ke rumah adik dan kakak. Wah luar biasa cara rakyat Malaysia memandu. Ada yang potong di sebelah kanan dan ada yang potong sebelah kiri. Tak kiralah kereta di depan ada atau tidak Yang penting mereka dapat meyelip sudahlah. Motorsikal lebih dahsyat lagi, mereka akan memotong secara zig zag. Jika kita ada masalah jantung sebaiknya jangan memandu kereta terutama di jalan bandar dan jalan JKR. Takut nanti boleh kena heart attack. Sebab itu tak hairan jika banyak yang mati kerana kemalangan sebab cara kita memandu seolah lupa diri dan tak tahu apa yang nak di kejar.

Dua hariraya saya ke pasar raya nak beli beberapa botor air gas. Terperanjut habis saya sebab stok dah tak ada. Begitulah kuatnya masyarakat kita meminum air gas ni. Di Amerika sekarang ini sudah ada gerakan untuk mengharamkan penjualan air bergas ni kerana dituduh sebagai punca Obesity dan penyebab kencing manis. Bagi wanita jumlah gula yang boleh diambil dalam sehari adalah 5 sudu dan bagi laki-laki sebanyak 7 sudu. Bagi satu tin air gas jumlah gulanya adalah 13 sudu dan ini jauh melebihi keperluan maksimum bagi seorang individu. Hasil kajian yang dilakukan didapati rakyat Amerika ketagih meminum air bergas dan masalah obesity sekarang ini menjadi masalah besar bagi mereka dan menjadi penyumbang utama kepada penyakit diabetes. Di Amerika sekarang ini ramai rakyatnya yang berusia muda sudah menghidapi penyakit diabetik. Sebab itu diadakan gerakan untuk mengharamkan pengeluaran minuman bergas. Saya rasa gerakan ini sama mustahilnya dengan menyuruh pengilang rokok berhenti mengeluarkan rokok. Pasaran minuman bergas sudah menguasai seluruh dunia sama seperti pasaran rokok.
Bagi kita apa yang penting adalah kita tahu apa yang perlu dimakan dan diminum dan berapa kerap kita perlu membuat pemeriksaan kesihatan. Di Malaysia sekarang ini pun banyak pengidap kencing manis yang mengalami kebutaan sebelum berumur 40 tahun dan banyak yang sudah mengalamai kerusakan buah pinggang sehingga bergantung dengan mesin dialysis.Masalah yang sebegini sebetulnya boleh dicegah jika kita mengawal makan minum dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Di samping itu lakukanlah riadah setiap hari sekurang-kurangnya 30 menit. Jangan jadikan alasan tak ada masa kerana riadah tak semestinya harus secara formal. Berjalan kaki ke pejabat atau menaiki tangga ke pejabatpun sudah merupakan riadah. Jika nak berbelanja parkinglah kereta jauh sikit dan berjalan kakilah ke pusat berbelanja. Inipun sudah memadai .Jika anda bangun malam dan solah sunat tahajut dan sebagainya pun dah memadai untuk memenuhi riadah 30 menit tu.
Sayangkanlah diri anda . Kita tentu ingin hidup sihat dan sempurna sebelum kita mati. Semuanya tergantung kepada disiplin diri kita. Masalah utama masyarakat kita kerana ramai yang tak faham kenapa sesuatu penyakit tu datang dan bila dah dapat penyakit macam mana nak mengubatnya. Bagi kencing manis ianya perlu dikawal secara sempurna kerana penyakit ini akan bersama kita sampailah kita mati. Jika tak cukup ilmu tentang penyakit ini yakinlah bahawa kita akan menjadi mangsa komplikasi penyakit ni. Jadi sebelum terlambat kawal makan minum anda.
Wassalam

Friday, September 18, 2009

Hari ni 19/9/09 bersamaan 29 Ramadhan. InsyaAllah besok dah satu Syawal. Umat Islam akan menyambut AidilFitri besok dengan melaungkan Taqbir dan Tahmit. Berakhirnya Ramadhan berarti kita meninggal bulan seribu rahmat dan bulan pengampunan.Tahun depan belum tentu kita akan berjumpa semula dengan Ramadhan al Mubaraq. Malah dah ramai sahabat kita yang mati di jalanraya dalam rangka menuju destinasi masing-masing untuk menyambut Syawal. Semalam sahaja 14 orang maut, 7 di Perak dan 7 di Selangor.Setiap kali perayaan begitulah yang terjadi. Apapun ini adalah ketentuan Ilahi. Cuma sebagai insan kita wajib berusaha untuk mengelak kemalangan ini.
Malam ni InsyaAllah kita akan mula bertakbir. Kalau di kampung memang terasa meriahnya . Banyak rumah yang menyalakan pelita di sekeliling pagar. Tapi hati-hati jangan sampai ada rumah yang terbakar kerana asyik bermain api. Biasanya pada malam ini akan diadakan takbir bergerak dari rumah ke rumah.
Taman-taman perumahan dah mula kosong.Waktu ni jugalah pencuri mula mengintai peluang. Bagi mereka yang tak ada kampung berayalah kita di taman masing-masing. Di taman tempat saya tinggal tradisi takbir bergerak ni di amalkan. Syukur budaya yang baik ni masih diamalkan. Kalau tidak hambarlah sambutan hariraya. Kunjung mengunjung kerumah jiran dan taulan hanya berlaku bila ada open house. Ini tradisi baru di bandar. Kanak-kanak akan ramai yang datang tapi cuma nak minta duit raya. Nak buat macam mana ,itulah tradisi baru di bandar.
Malam ni banyaklah air gas dan rokok akan digunakan. Mereka yang selama ini menahan diri tapi mulai malam ni seolah-olah seperti terlepas dari penjara.Yang sakit kencing manis, yang sakit darah tinggi, yang sakit jantung dan yang sakit asthma serta bermacam-macm lagi penyakit seolah-olah terlupa yang mereka perlu berpantang dan mengawal makanan. Bila ditegur maka jawapan spontan yang akan didengar adalah, alah setahun sekali takkan tak boleh. Begitulah kita tuan puan dalam menjalani hidup ini. Selama kita berpuasa tahap kesihatan kita sepatutnya berada pada tahap yang lebih baik. Berat badan sepatutnya sudah turun 3 hingga 4 kilo. Ini akan membantu meningkatkan kesihatan kita. Berat badan yang berlebihan akan membebankan organ-organ dalam badan dan mendedahkan kita kepada risiko penyakit. Kalau nak tahu berat badan yang ideal gunakanlah formula yang mudah ni. Ilmu ini saya dapat sewaktu bertugas di Indonesia di mana salah seorang doktor pakar mengajarkan saya tentang formula ni. Berat badan ideal = Tinggi badan dalam sentimeter- 100. Contohnya jika tinggi tuan 160cm maka berat ideal adalah 160-100 = 60 kg. Jadi tak payah nak pusing kepala menggunakan BMI .
Pankreas dalam badan kita akan lebih effisien setelah sebulan kita berpuasa. Ini adalah kerana selama sebulan ia tak dibebani untuk mengeluarkan banyak insulin selama kita berpuasa pada waktu siang.Jjadi masuk bulan Syawal pankreas akan lebih efficien. Bagi mereka yang menghidap kencing manis maka lebih mudah untuk megawal penyakit ini dengan syarat ubat-ubatan dimakan mengikut ketetapan doktor, kawal makanan dan riadah.
Usus kita yang telah berehat selama satu bulan di siang hari juga akan lebih effisien ibarat kereta yang baru di overhaul. Jadi jangan sampai bulan Syawal ni perut kita dibebani dengan makanan yang terlampau banyak kerana ini akan merosakkan usus kita ibarat injin yang baru di overhaul perlu dibawa perlahan dahulu untuk beberapa puluh kilometer sebelum ianya boleh dipecut laju. Jika langsung dipejut laju injin tersebut boleh rosak kembali. Begitu jugalah usus kita.
Banyak penyakit yang boleh dihindari dan boleh di kawal dengan puasa . Sebab itu Rasulullah mengajarkan kita agar mengamalkan prinsip ini dalam urusan makan minum. Makanlah kamu bila kamu lapar dan berhentilah makan sebelum kita kenyang. Perut kita ni perlu dibahagi kepada tiga bahagian iaitu satu bahagian untuk makan, satu bahagian untuk air dan satu bahagian untuk udara.
Dalam bulan Syawal nanti marilah kita langsanakan 6 hari berpuasa kerana kata Nabi barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan diikuti dengan berpuasa 6 hari dibulan Syawal maka ia ibarat sudah berpuasa selama 1 tahun. Begitulah pemurahnya Allah subhanahu wataala.

Selamat menyambut AidilFitri al Mubaraq.
Wassalam

Thursday, September 17, 2009

Hari ni 18/9/09 bersamaan 28 Ramadhan. Nampaknya bahang Syawal dah sangat terasa. Yang pasti jalanraya dah mulai sesak seperti biasa kerana orang berlumba-lumba nak balik kampung. Budaya balik kampung ni sangat baik cuma masalahnya pengguna jalanraya sangat kurang timbang rasa dan ini adalah salah satu punca terjadinya kemalangan. Sebagai pemandu sayapun banyak mengalami keadaan yang tak selesa ni. Contohnya di lebuhraya kalau kita lambat sedikit maka akan diasak olegh kereta dari belakang seolah-oleh nak dilanggarnya kita. Yang sering tu lampu akan dinyalakan memberi amaran agar kita ke tepi. Di jalan biasa pula bila ada kereta yang memotong maka pemandu kereta yang datang dari arah berlawanan sepatutnya memperlahankan kereta mereka tetapi kebiasaannya mereka malah memecut laju. Akibatnya boleh mendatangkan kemalangan maut. Inilah sikap kita sewaktu di jalanraya. Akibat dari ulah yang begitu angka kemalangan sangat tinggi dan dalam waktu 3 hari ops sikap sudah 13 orang yang terkorban.

Beberapa hari yang lepas saya menonton jejak Rasul dan ada diceritakan tentang Yaman. Jadi saya teringat pengalaman saya sewaktu berkunjung ke negara tersebut. Pada 16 April tahun ini saya berkesempatan mengikut rombongan dari syarikat saya bekerja berkunjung ke Sanaa Yaman selama 9 hari atas urusan resmi. Kami berangkat dari KLIA menggunakan Yaman Air dan mengambil waktu 8 jam untuk sampai di Dubai. Sampai saja di Dubai harus menunggu di dalam kapalterbang selama 1 jam dan setelah itu terbang ke Sanaa. Ianya mengambil waktu 1 jam. Kami sampai waktu petang dan disambut oleh beberapa pegawai dari syarikat yang sedang menunggu kami. Kami di tempatkan di hotel antarabangsa. Kawalannya sangat ketat di mana di pintu masuk terdapat dua kenderaan tentera yang lengkap bersenjata berat. Itu gambaran awal betapa negara itu berada dalam keadaan yang kurang selamat .

Saya sebenarnya berkunjung ke salah sebuah hospital swata milik rakyat tempat untuk melakukan audit selama tempoh keberadaan kami di sana. Satu yang menarik tentang Sanaa ini adalah budaya rakyatnya yang memakai sejenis senjata yang di sebut Gambia. Saya amati rupanya seperti kerambit tetapi panjang dan besar. Senjata ini diselitkan dipinggang bahagian depan samalah seperti pahlawan Melayu dulu memakai keris. Selama berada di sana timbul kebimbangan saya tentang keselamatan kami untuk berbelanja di kedai. Tapi menurut penduduk setempat alat tersebut hanyalah hiasan bagi laki-laki Yaman. Pesakit yang datang ke hospitalpun memakai Gambia dipinggang mereka dan bila sampai di hospital alat tersebut di serahkan pada pengawal keselamatan hospital yang bersenjata lengkap menggunakan senapang submachine gun.Mujur petugas hospital tidak memakai Gambia sewaktu bertugas.Mereka hanya memakai pakaian biasa seperti kita.

Budaya unik yang kita tak akan jumpa di negara kita adalah kebiasaan kaum laki-laki di Sanaa memakan sejenis daun yang di panggil Qat. Daun ini berwarna hijau, bentuknya kecil seperti kangkung . Harganya juga lumayan mahalnya. Daun ini akan mula dikunyah selepas waktu zohor sampailah waktu malam. Daun dikunyah sedikit demi sedikit dan dikumpulkan di dalam mulut sehingga pipi mereka menjadi bengkak sebelah kerana timbunan daun Qat tersebut. Saya menjadi pelik bagaimana mereka sanggup menyimpan daun Qat ini dalam mulut sampai ke malam. Yang dihisap adalah air yang keluar dari daun tersebut. Menurut keterangan teman saya di sana, air yang keluar dari daun tersebut boleh menyebabkan mereka merasa seperti badan kuat untuk bekerja, tidak mengantuk dan merasa segar. Ini yang menyebabkan mereka yang memakannya menjadi ketagih.Dalam bahasa Inggeris disebut"Sense of well being".Kesan
ini sama seperti kesan Amphetamin atau Cocaine. Jumlah yang menagih Qat ini cukup ramai dan penanaman Qat sudah menjadi satu industri penting di Sanaa.
Rakan saya dari Malaysia sempat berjumpa dengan salah seorang rakyat Saudi di hotel tempat kami menginap. Menurut beliau di Saudi Qat diharamkan penggunaannya tapi di Yaman di tanam secara besar-besaran dan digunakan secara meluas. Menurut salah seorang staf di hospital tempat kami berkunjung , bila seseorang memakan Qat dia akan berasa kuat tetapi bila kesan Qat hilang maka mereka akan tidur seperti kucing. Entahlah apa nak jadi dengan masyarakat Sanaa ni.

Di Sanaa banyak terdapat kedai farmasi. Kita boleh nampak di mana-mana tapi saya tak nampak pula klinik doktor seperti klinik di Malaysia.Di negara arab peranan ahli farmasi yang dominan dimana kedai farmasi boleh menjual apa saja jenis ubat tanpa memerlukan preskripsi dari doktor. Malah ahli farmasi dipanggil doktor oleh masyarakat di sana.Itulah pentingnya peranan ahli farmasi di negara arab. Di negara kita ramai yang tak tahu apa itu ahli farmasi.

Saya lihat ubat-ubatan yang digunakan di hospital di Sanaa sama dengan apa yang kita gunakan di Malaysia. Ini berarti kita ni menjadi konsumer kepada ubat-ubatan yang dikeluarkan oleh negara barat. Merekalah yang menguasai pasaran ubat antarabangsa. Jadi jangan hairan kalau anda berkunjung kemana negarapun ubat yang dijual adalah ubat-ubatan yang sama.
Berbalik kepada sejarah Sanaa. Saya dimaklumkan bahawa Sanaa berasal dari perkataan Sam iaitu anak Nabi Nuh yang tinggal di bandar tersebut. Bumi Yaman mempunyai sejarahnya tersendiri. Di Sanaa inilah tempat bertahtanya Abrahah yang mengetuai tentera bergajah yang menyerang Qa'bah. Abrahah ini berasal dari Habsyah, yang sekarang di sebut Ethiopia.Beliau menakluki Sanaa dan menjadi Governor di sana. Abrahah membawa 100,000 orang tentera yang menaiki Gajah dari Sanaa ke Mekah. Kalau menggunakan kapalterbang lama penerbangan dari Sanaa ke Jeddah adalah 1 jam setengah. Ini berarti jaraknya melebihi 700km. Kita pun tak terbayang bagaimana Abrahah mampu membawa 100,000 bala tentera yang menaiki gajah berangkat dari Sanaa ke Qa'bah. Tak tahulah berapa hari mereka baru sampai dan gajah jenis apa yang mereka tunggangi sehingga mampu melalui jarak yang begitu jauh.Seprti yang tercatit habis semua tentera Abrahah di musnahkan Allah dengan menggunakan burung ababil yang melemparkan batu dari neraka sewaktu menyerang tentera Abrah. Semuanya musnah kecuali seorang yang selamat pulang untuk menceritakan peristiwa tersebut.
Andaian saya kerajaan Habsyah pada waktu itu adalah kerajaan superpower seperti Amerika sekarang ini. Wallahualam
wassalam

Wednesday, September 16, 2009

Hari ni 17/9/08 bersamaan 27 Ramadhan.
Meyambung cerita semalam tentang vaksin. Bukan semua penyakit boleh di atasi dengan vaksin. Masih banyak penyakit yang tidak boleh dicegah menggunakan vaksin. Yang menjadi masalah besar di negara kita sekarang ini adalah penyakit dengue terutama dengue berdarah. Banyak kematian yang terjadi secara tiba-tiba. Saya dapat lihat beberapa kes di mana pesakit datang dalam keadaan yang masih sedar, boleh bercakap tetapi besoknya sudah meninggal dunia. Puncanya kerana pendarahan dalam yang tak sempat dikesan. Itulah bahayanya dengue. Cuma cerita dengue sekarang agak tenggelam kerana adanya wabak baru selesema babi H1N1. Kalau nak dikira statistik kes kematian akibat dengue lebih tinggi dari H1N1.Kenapa tak ada vaksin untuk penyakit ini , kita pun tak berapa pasti. Sebelum ujudnya denggi negara kita di serang wabak malaria tetapi kini terutama di semenanjung dah jarang kita temui kecuali di pendalaman Sabah dan Sarawak. Puncanya penyakit tidak banyak lagi kerana hutan belantara dah berkurangan dan juga kerana adanya ubat profilaksis untuk penyakit ini. Malaria hidup dalam hutan tebal tatpi dengue hidup dalam bandar di air jernih. Jadi sesuailah pepatah Melayu yang mengatakan "jangan sangka air yang tenang tidak merbahaya"
Kebelakangan ini muncul kembali penyakit TB .Saya rasa puncanya ada dua iaitu merebaknya penyakit HIV yang membunuh sistem pertahanan tubuh dan juga kerana banyaknya pendatang asing di negara ini. Virus HIV ni kerjanya mematikan sistem pertahanan tubuh manusia dengan cara menghambat kerja C4. Bila sistem immun dah rendah maka mudahlah kuman untuk membiak termasuk kuman TB. Di samping itu kebanyakan pendatang asing tidak mendapat vaksinasi TB sewaktu kecil kerana negara mereka tidak menyediakan program tersebut. Akibatnya kerana pergaulan dengan masyarakat tempatan maka adalah di antara kita yang dijangkiti oleh penyakit ini. Faktor ketiga saya rasa adalah kerana program vaksinanasi TB yang diberikan mungkin tidak berkesan kerana beberapa faktor. Faktor yang utama adalah kerana vaksin tersebut sudah rosak kerana suhu penyimpanan yang tidak sesuai. Ini yang disebut sebagai sistem "Cold chain" yang telah putus. Maknanya suhu vaksin mesti dijaga di bawah paras beku mulai dari kilang, sewaktu dihantar ketempat penyimpanan seperti di hospital atau ke klinik dan sehingga vaksin tersebut diberikan pada penerima. Jika rantaian suhu ini terputus di dalam proses tersebut maka vaksin berkenaan akan rosak dan tidak akan berguna lagi bila diberikan pada penerima.Faktor kedua kerana sistem immun seseorang telah menurun mendadak kerana pengambilan ubat-ubatan seperti steroid atau ubat kanser.

Sampai jumpa lagi. Wassalam

Tuesday, September 15, 2009

Hari ni 16/9/09 bersamaan 26 Ramadhan. Kita sambung cerita tentang vaksin.Di negara kita program vaksinasi ni berjalan baik. Bila sahaja anak kita dilahirkan maka dia akan dapat suntikan vaksin untuk mencegah penyakit tuberkulosis dan polio. Lepas tu ada vaksin campak, vaksin hepatitis B dan sebaginya. Bila nak naik haji kena ambil vaksin meningococcal dan influenza vaksin.
Apa dia vaksin yang sebenarnya. Bila seseorang sembuh dari penyakit maka orang tersebut menjadi immun pada penyakit tersebut kerana antibodi kita telah terbentuk.
Dalam badan manusia ni banyak antibodi .Antaranya ialah sel darah putih, mask cell, sel T, glucofag, IGg, IGm, dan sebagainya. Semuanya ini ada peranannya masing-masing untuk melawan penyakit. Bila sistem immun ini tidak berfungsi maka seseorang itu akan jatuh sakit. Contoh yang terbaharu adalah penyakit selesema babi H1N1. Banyak penyakit yang mempunyai immun rendah diserang oleh virus ini. Immun menjadi rendah kerana mereka mengambil ubat steroid dan ubat-ubat kanser. Akibatnya sistem immun menurun dan mudah bagi virus ini untuk menyerang.
Bagaimana vaksin bekerja? Setiap organisma yang menyerang manusia akan mengeluarkan protein yang dipanggil antigen.Antigen ini akan merangsang pengeluaran antibodi yang akan menempel pada organisma ini dan membunuhnya. Setelah itu sistem immun tersebut akan menghasilkan memori yang kekal di dalam tubuh manusia dan bila sahaja organisma yang sama meyerang lagi maka secara otomatik sistem immun tadi akan bertindak untuk menyerang organisma asing tersebut.Jadi sistem inilah yang melindungi manusia dari serangan penyakit yang sama.
Vaksin dapat dibahagi kepada beberapa jenis.
1. Inactivated or killed vaccines. Vaksin ini dilahirkan dengan cara mengisolasi sesuatu organisma yang boleh menyebabkan penyakit dan organisma tadi di bunuh menggunakan formalin.Namun demikian organisma ini masih mampu mengeluarkan antigen yang akan merangsang sistem immun dalam badan manusia. Bila vaksin ini disuntikkan maka badan manusia akan mengeluarkan antibodi untuk membentuk sistem immunisasi pada manusia tersebut .Contoh vaksin jenis ini adalah typhoid dan poliomyelitis
2. Cara kedua ialah menggunakan sebahagian dari antigen organisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti bahagian dinding pada sel protein. Vaksin jenis ini disebut "acellular vaccines'.Contoh vaksin ini adalah Haemophilus influenza B .
3. Cara ketiga pembuatan vakssin adalah dengan melemahkan organisma tersebut melalui pengubahsuaian sistem pertumbuhannya.Proses ini disebut"attenuate"
Contoh vaksin seperti ini adalah measles,mumps dan Rubella.
4. Cara keempat adalah membuat vaksin dari toxin.Caranya adalah dengan melarutkannya kedalam garam aluminum.Akibatnya kesan toksin tadi akan menjadi lemah dan ianya di sebut "toxoid".
Contoh vaksin jenis ini adalah diphtheria dan tetanus.
5. Cara kelima adalah menggunakan organisma yang mempunyai persamaan dengan organisma yang membahayakan manusia tetapi organisma ini tidak mendatangkan bahaya.
Contoh vaksin jenis ini adalah BCG

Dengan perkembangan teknologi maka para saintis telah mampu menggunakan kaedah bioteknologi dan genetic engineering untuk mengeluarkan vaksin. Cara yang digunakan adalah mengambil sebahagian kecil dari organisma tersebut yang disebut subunit vaccines. Gen dari organisma berbahaya tersebut diasingkan dan dimasukkan kedalam bakteria atau yeast sebagai host.Hasilnya akan terbentuk subunit molecules yang mempunyai coding dari arganisma asal bukannya dari host.
Contoh vaksin jenis ini adalah Hepatitis B
Wah nampaknya saya menggunakan istilah yang cukup teknikal untuk menerangkan jenis-jenis vaksin ini. Bagi mereka yang tak pernah belajar sains mungkin susah nak faham tetapi bagi mereka yang pernah belajar maka perkara ini bukanlah asing bagi mereka.
Dengan adanya vaksin maka banyak penyakit yang dahalunya sangat merbahaya tetapi kini sudah dapat dikawal dan manusia terhindar dari penyakit tersebut. Mudah-mudahan akan ditemukan segera vaksin untuk penyakit H1N1.
Bagi mereka yang menjual makanan atau menjadi tukang masak maka mereka perlu mendapatkan suntikan typhoid supaya pelanggan yang memakan masakan mereka tidak dijangkiti seandainya si tukang masak tadi menghidap penyakit ini.
Sebagi ibu dan ayah adalah menjadi kewajipan kita mempastikan anak-anak kita mendapat suntikan vaksinasi yang sepatutnya. Bagi mereka yang baru melahirkan anak maka susukanlah anak tersebut dengan susu ibu kerana susu ibu mempunyai sistem immun yang lengkap untuk melindungi anak tersebut. Dalam agama kita di suruh si ibu menyusukan anak sampai berumur dua tahun. Kalau nak hidup sejahtera maka pakailah ajaran ini. Setiap yang Tuhan suruh pasti memberi kebaikan kepada manusia dan setiap yang Tuhan larang akan mendatangkan mudarat. Jangan ita menjadi orang yang bebal.
Wassalam
Hari ni 15/9/09 bersamaan 25 Ramadhan. Nampaknya 5 hari lagi rayalah kita. Sekarangpun banyak yang dah raya kerana tak tahan melawan nafsu makan. Kad raya dah bertaliarus datang. Itu memang dah tradisi. Kita masih punya 4 malam lagi untuk mengejar Lailatul Qadar. Gunakanlah usia yang masih ada sebelum dijemput yang empunya nyawa. Saya rasa anda fahamkan maksud saya.
Bila sampai waktunya manusia pasti kembali kepada yang empunya nyawa, cuma bila, di mana dan bagaimana itu hak Nya.
Setakat hari ni dah 74 orang yang di jemput berjumpa dengan Tuhannya. Caranya melalui penyakit selesema H1N1. Ini hanyalah penyebab saja .
Pagi ni saya menerima hadiah kueh dan buku dari En.Alwi Lateh suami kepada Almarhumah Dr.Noorfiza yang baru sahaja meninggalkan kita.Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada rohnya semoga di berkati Allah .Tajuk bukunya menarik iaitu Jangan Kecewa .Saya baru sahaja selesai membaca buku ini. Isinya cukup menarik dan boleh memberi motivasi kepada jiwa kita yang mula lemah kerana diasak dengan berbagai masalah. Saya rasa pengalaman yang dilalui beliau sungguh berliku Saya amat bersyukur belum merasai apa yang beliau rasai. Kalau ada yang berhajat nak mendapatkannya bolehlah menghubungi beliau. Tentang harga saya tak pasti.Di kulit buku tu ditulis RM 12.

Kita pun semua tahu yang Dr kita tu meniggal kerana H1N1 iaitu penyakit baru yang ada dalam babi. Rupanya selain h1N1 dalam tubuh babi ada H1N2, H3N1,H3N2. Entah apa lagi hanya Tuhan yang tahu.
Sekarang baru saya tahu. Rupanya influenza ni ada dua jenis. Satu influenza B atau di panggil seasonal flu. Satu lagi Influenza A. Yang tengah mengganas ni adalah influenza jenis A dari strain H1N1. Sampai la ni tak ada vaksin lagi .Yang ada cuma vaksin untuk influenza A bukan spesifik H1N1. Besok saya cerita apa itu vaksin.Sebetulnya banyak orang yang tak faham apa vaksin ni.

Rawatan khusus untuk H1N1 pun belum ada. Yang ada cuma untuk influenza A secara umum seperti Tamiflu atau fluhart . Inipun masyarakat banyak yang tak tahu.
Kabarnya negeri Cina mengaku telah mencipta Vaksin khusus untuk H1N1. Efektif atau tidak belumlah pasti lagi.
Bagi saya setiap kejadian yang terjadi ni kerana ulah manusia. Bila Tuhan murka maka macam-macamlah yang datang menimpa. Masih ingatkah kita beberapa tahun yang lepas terjadi selesema burung, maka di sembelihlah segala jenis burung seperti ayam, itik dan yang seumpamanya. Kalau tak silap tahun 1998 heboh tentang Japanese Encepalytis yang kemudian di tukar nama menjadi virus nipah. Habislah binatang tu di sembelih untuk mengelakkan jangkitan. Nampaknya penyakit wabak ni datang dan pergi tanpa diduga.
Sebagai manusia yang beriman kita kenalah muhasabah diri. Mungkin ada perkara-perkara yang Tuhan tak berkenan yang kita lakukan
Jika nak dibandingkan dengan mangsa Sunami korban H1N1 menjadi tidak signifikan. Apalah 73 orang berbanding 300,000 yang mati di telan Sunami. Kalau kita kaji sejarah umat Muhamad ni Tuhan bagi dos yang kecil sahaja jika dibandingkan dengan umat Nabi sebelum beliau. Umat Nabi Noh Allah binasakan semua kecuali yang bersama di dalam bahtera Nuh. Oleh itu sempena Ramadan ni marilah kita muhasabah diri dan minta ampun atas dosa-dosa kita.
Wassalam

Monday, September 14, 2009

Hari ni 14/9/09 bersamaan 24 Ramadhan. Dah dua hari saya tak menulis. Menyambung cerita yang sebelumnya. Kenapa laki-laki suka sangat mengambil bahan yang boleh menguatkan nafsu seks mereka. Itulah laki-laki namanya.
Bila umur meningkat naik maka kadar testosteron pun akan berkurangan. Ini memang sudah fitrah manusia.Di kala usia mencecah 50 tahun maka tahap testosteron mulai menurun. Akibatnya nafsu seks mulai berkurang. Perut mula buncit kedepan kerana metabolisme juga mula menurun. Pada usia begini perlu mengurangkan makan dan perbanyakkan senaman supaya berat badan tidak bertambah. Cara terbaik adalah berpuasa.

Kekurangan testosteron boleh di atasi dengan mengambil ubat-ubatan yang mengandungi testosterone. Tapi resikonya juga tinggi. Pengambil testosteron secara langsung boleh menyebabkan kanser. Baru-baru ini dilapurkan di dalam media masa bahawa makan banyak tembikai boleh meningkatkan kadar testosteron.Betul atau tidak, entahlah. Tongkat Ali tentunya satu lagi alternatif tapi perlu berhati-hati akan kesan sampingannya.

Dulu di awal tahun sembilan puluhan ada doktor pakar yang menggunakan injeksyen prostaglandin untuk mengubati masalah lemah tenaga seks pada laki-laki. Jadi laki-laki yang memerlukan rawatan ini diajar untuk menyuntik sendiri prostaglandin ini pada alat kemaluanya beberapa minit sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangannya. Katanya ubat ini boleh berfungsi selama empat jam. Tentunya cara ini menyakitkan dan boleh menyebabkan infeksi pada alat kemaluan laki-laki.

Kemudian dengan perkembangan teknologi maka di tahun dua puluhan dikeluarkan ubat dalam bentuk tablet yang mudah di telan. Yang popular sekarang ini adalah "Sildenafil" dan "Talidafil".
Ubat ini ditelan setengah jam sebelum melakukan hungungan seks dan boleh bertahan beberapa jam. Cuma seperti biasa ada pihak yang menyalahgunakan ubat ini sama ada membelinya tanpa nasihat doktor atau si penjual menjual ubat palsu. Namun perlu hati-hati tentang kesan sampingan ubat ini.

Bagi wanita pula pasangan Tongkat Ali adalah Kacip fatimah. Fatimah adalah isteri kepada Saidina Ali dan Puteri Rasulullah. Kenapa nama ini yang digunakan tiada siapa yang tahu. Kebelakangan ini banyak pula pihak yang mempromosikan Kacip fatimah ini konon untuk meningkatkan tenaga seks kaum hawa dan untuk menjaga kesihatan kaum hawa. Sewaktu saya kanak-kanak dulu tak pernahpun mendengar nama Kacip Fatimah ini tetapi sekarang banyak disebut di mana-mana. Akibatnya ramailah kaum wanita yang terpengaruh.
Nama botaninya adalah Labisia Pumila
Kajian yang dibuat menunjukkan Kacip Fatimah boleh mempercepatkan proses kelahiran bayi,mengembalikan kecerdasan selepas bersalin,mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.Rebusan daunnya boleh merawat cirit birit dan sakit sendi.
Kacip Fatimah mengandungi antioksidan dan pytoestrogen.

Estrogen adalah salah satu hormon pada wanita. Hormon ini mengawal sifat kewanitaan seseorang wanita. Namun demikian perlu hati-hati mengambil ubat ini kerana dikuatiri menimbulkan kesan sampingan yang tak diingini.
Sampai jumpa lagi. Wassalam

Friday, September 11, 2009

Hari ni 11/9/09. Wah makin dekat nak raya ni. Kad ucapan hariraya pun dah banyak yang diterima. Di zaman moden ni lebih banyak yang suka menggunakan email ataupun menjelang lebaran nanti pakai sms je. Jimat dan cepat.
Berbalik kepada cerita ubat. Satu lagi ubat tradisional yang menjadi kegilaan kaum laki-laki ialah Tongkat Ali. Sekarang ianya boleh didapati dalam bermacam bentuk dan dicampur dengan bermacam-macam bahan. Ada yang datang dalam bentuk kapsul, tapi yang paling popular adalah dicampur dengan serbuk kopi. Macam-macam jenama yang ada. Malah dah dicampur pula dengan teh tarik. Kalau ke kedai mamak tu pesan saja teh tarik Tongkat Ali, pasti 5 menit siap untuk di minum.
Kita pun tak pasti kenapa laki-laki banyak yang gila minum air Tongkat Ali. Kalau membeli ubat-ubatan yang mengandungi Tongkat Ali perlu hati-hati kerana takutnya dicampur dengan steroid. Steroid bukan sahaja mengganggu berbagai sistem tubuh malah boleh merosakkan tulang dan organ yang lain. Kesan paling segera adalah muka menjadi sembab kerana penahanan air dalam badan. Kenapa di pilih nama Tongkat Ali. Jawapannya Wallahualam. Saidina Ali adalah sepupu Rasulullah yang akhirnya menjadi menantu beliau. Memang Saidina Ali gagah orangnya tapi dalam sejarah sahabat Rasulullah banyak juga sahabat lain yang gagah belaka seperti Omar AlQatab dan Khalid Al Walid. Tapi kenapa nama Ali yang di pilih. Lawannya pula adalah Kacip fatimah untuk perempuan. Fatimah adalah anak Rasulullah dan isteri Ali. Inilah dia masyarakat Melayu .
Nama botani Tongkat Ali adalah Eurycoma longifolia Jack dari famili Simaroubaceae. Di kabarkan lebih kurang 30 produk ubatan tradisional di negara ini dicampur dengan Tongkat Ali. Nilai dagangannya adalah lebih kurang RM 9 juta setahun.Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks.Penyelidikan menunjukkan bahan kimia(fitokimia) yang terdapat dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan paras testosterone yang merupakan hormon laki-laki.
Di samping itu secara tradisinya Tongkat Ali digunakan untuk mengubati penyakit pening kepala,luka-luka, kurap,bengkak kelenjar dan macam-macam lagi.
Besok kita bincang pula tentang Kacip Fatimah
Sampai jumpa lagi
Wassalam

Thursday, September 10, 2009

Hari in 10/9/09. Semalam ramai manusia yang melangsungkan perkahwinan untuk mendapatkan tarikh 9/9/09. jangan terkejut ramai juga yang melahirkan anak pada 9/9/09. Yang pasti masyarakat kita sudah mula berminat dengan benda yang pelih-pelik ni. Bagi saya kelahiran adalah satu proses dan setiap yang lahir mula memikul tanggungjawab.
berbaik kepada cerita ubat. Di kampung-kampung juga banyak daun-daun atau tumbuh-tumbuhan yang digunakan. Sebagai contoh satu lagi tanaman yanhg amat berguna adalah misai kucing. di indonesia di sebut kumis kucing. Pokoknya samalah tu. Konon ceritanya kumis kucing ini boleh mengubatai penyakit darah tinggi. Memang masyarakat kita menggunakan kalimat mengubatai penyakit tinggi. apakah betul demikian hanya tuhan yang tahu. ebagai orang yang belajar ilmu kefarmasian dan lama bekerja dihospital, penyakit darah tinggi ini tak boleh sembuh. Ianya hanya boleh dikawal yaitu dengan cara emmakan ubat-ubatan, mengawal pemakanan dan melakukan senaman atau aktiviti yang boleh menggerakkan janttung dan pengaliran darah. Jadi ubat-ubatan moden yang digunakan adalah untuk mengawal tekanan darah supaya menjadi normal .dengan cara ini jantung kita tidak akan dibebani dengan beban yang tak sepatiutnya.Begitu juga dengan saluran darah kita tidak akan mengalami tekanan yang tidak sepatutnya. Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan darah tu. Biasa tekanan normal bagi orang muda adalah 120mmHg/80 mmHg. bagi merekan yang melebihi umur 4o tahu maka tekanan akan naik lebih sedikit menjadi 130mm Hg/90 mm Hg. batas maksimum adalah 140 mm Hg/90 mm Hg. jika tinggi dari ini disebut darah tinggi atau hypertensive patient. Ukuran yang di atas tui disebut systolic iaitu sewaktu jantung mengepam darah keluar dari jantung. Yang di bawah tu disebut dyastolic iaitu sewaktu jantung menguncup kembali. tekanan darah maknanya darah yang keluar dari jantung akan memberi tekanan kepada dinding pembuluh darah. jika Dinding menyempit kerana lapisan kolesterol makan tekanan akan menjadi kuat. bila darah yang di pam oleh jantung tidak mengalir lancar amak sebahagian dari darah akan menolak balik ke belakang dan lama kelamaan jantung di bahagian bawah sebelah kanan akan menjadi bengkak dan menyebabkan lemah jantung. Ini baru cerita bab organ jantung itu sendiri, belum lagi komplikasi lain jika tekanan darah tinggi tidak di kawal. Yang paling umum diketahui adalah serangan jantung atau AMi serta stroke di mana pembuluh darah di kepala pecah dan menyebabkan terputusnya bekalan oksigen ke otak dan ini akan menyebabkan kecacatan kekal atu kematian.
Sampai jumpa lagi besok, insyaAllah

Tuesday, September 8, 2009

Hari ini 9/9/09 bersamaan 19 Ramadhan. Nampaknya dah mulalah kurang jamaah di surau. Kalau yang perempuan tu dah mula sibuk buat kueh untuk persiapan hariraya nanti. Staf pun dah mula sibuk mengisi borang cuti.
Berbalik kepada cerita ubat. Satu lagi daun yang sering digunakan sebagai ubat ialah daun gelenggang. Saya tak pasti nama saintifiknya. Daun ini sering digunakan untk menghilangkan gatal-gatal di badan. Caranya mudah iaitu dengan meramas-ramas daun tersebut dan di sapukan pada tempat yang gatal. Dulu mana ada kemudahan rawatan moden seperti klinik atau hospital. Jadi bila badan dihinggapi penyakit kaligata iaitu gatal-gatal seluruh badan maka ubat ini lah yang di pakai. Kalau zaman moden ini bolehlah telan antihistamin atau disapukan "calamine cream" atau "hydrocort cream". Masihkah daun ini digunakan, sayapun tak pasti. Rasanya daun ini ada potensi untuk dibuat kajian secara saintifik.

Daun bunga raya juga berguna untuk menyejukkan suhu badan bila demam. Caranya mudah iaitu dengan cara meramas daun ini di dalam air dan disapukan ke kepala hingga rambut bassah. Cara perawatan ini akan lebih mudah bila dicampur satu lagi jenis daun yang bentuknya seperti lipan bara. Saya tak pasti nama daun ini tetapi banyak terdapat di pinggir jalan dan mudah di dapati.Ubat ini amat berkesan untuk menurunkan suhu badan Selain itu tentu kita semua sedia maklum jika demam panas maka digalakkan minum air kelapa muda. Air kelapa juga digunakan bila seseorang itu mengalami penyakit campak. Katanya untuk mempercepat pengeluaran racun campak dari badan. Apakah ini betul ataupun tidak, Wallahualam.
Zaman moden ni bila demam telanlah paracetamol. Macam-macam nama yang ada dipasaran untuk mengatasi masalah demam ni. Tapi perlu diingat demam ni banyak puncanya .Oleh itu jangan ambil ringan. Sekarang ini sedang heboh dengan H1N1, mungkin juga demam disebabkan oleh virus ini ataupun kerana virus dengue. Penyakit dengue sangat merbahaya. Oleh itu jangan ambil mudah.Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital
Sampai jumpa lagi.

Monday, September 7, 2009

Hari in adalah 8/9/09 bersamaan 18 ramadhan 1430. Saya menulis untuk hari yang kedua.
Topik hari ini adalah tentang ubat. Inilah bidang kepakaran saya dan insyaAllah saya akan menumpukan tulisan dalam bidang ini dan yang berkaitan dengannya.
Pernahkah anda makan ubat atau menggunakan ubat. Rasanya semua orang telah menjadi pengguna. Waktu masih di kampung kita sering minum halia untuk menghilangkan senak perut. Itu ubatlah tu.Sampai kini bahan ini masih digunakan tapi sudah di proses dalam berbagai bentuk. Malah ada yang telah dijadikan serbuk dan dicampur dengan madu. Yang pasti rasanya enak. Tak percaya, cobalah.
Saya masih teringat waktu kecil-kecil dulu sewaktu di kampung. Orang tua-tua membuat minyak burung bubut. Minyak ini sangat mujarab untuk mengubati tangan atau kaki yang terseliuh. Cara membuatnya? kalau anda nak tahu, si pembuat ubat akan mengintip jika ada anak burung bubut yang baru dilahirkan. Dalam sarang burung bubut terdapat beberapa anak burung dan si pembuat ubat akan pergi dan mematahkan kaki anak-anak burung bubut tersebut dan meninggalkan kembali di dalam sarang tersebut. Dalam waktu beberapa hari kaki yang patah tersebut telahpun sembuh seperti sediakala. Setelah itu anak burung bubut tersebut akan diambil dan direbus dengan mencampurkannya dengan beberapa bahan ramuan yang lain. Nampaknya macam kejam. Tapi itulah hakikatnya . Setelah direbus dan diproses maka air yang keluar dari hasil rebusan tersebut akan ditapis dan disimpan di dalam botol-botol kecil siap untuk dugunakan sebagai ubat bagi mengubati kaki atau tangan yang terseliuh.
Saya tidak pasti apakah amalan ini masih diteruskan ataupun tidak. Yang pasti sekarang ini sawah padi pun dah tak banyak lagi dan pokok rumbiapun dah sukar di temui. Burung bubut suka membuat sarang di daun pokok rumbia. Bila sekali sekala saya balik kampung dah tak nampak lagi pokok rumbia dan tak pernah lagi tengok burung bubut. Mungkin di tempat lain masih ada. Wallahualam
Cukup untuk hari ini.Wassalam

Azrafarma
hari ini adalah hari pertama saya menulis blok. Yang penting walaupun baru mesti kena cuba juga.Banyak cerita nak di kongsikan. Usia dah 54 tahun tentu banyak pengalaman yang dilalui.
Saya ni orang NS tapi dah puas merantau ke mana-mana. Buat masa ini menetap di Seremban.
Saya bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan perubatan. Yang pasti bukannya dokter tapi ahli tentang farmasi.Cuma sekarang tidak lagi terlibat secara langsung kerana dah melibatkan diri dalam bidang manajeman.
Saya ingin berkongsi pengalaman dalam bidang ubat-ubatan ini sementara Allah masih memberi saya bernafas. Mudah-mudahan ilmu yang sedikit ini dapat di kongsi bersama dan dianggap sebagai amal jariah.
Saya juga minat memberi ceramah dan kuliah dan sekarang sedang berjinak-jinak nak belajar menulis.
Kata Saidina Ali , ilmu kalau banyak akan menjaga kita tetapi harta kalau banyak kita yang kena jaga dia. Sempena bulan Ramadan Al Mubaraq, saya memulakan langkah pertama.
Sampai jumpa lagi besok.Cukuplah dulu sebagai pengenalan.
Wassalam