Tuesday, April 26, 2011

Menjelang subuh tadi hujan turun cukup lebat tapi jam 7.30 pagi dah tinggal renyai-renyai.Cuma macam biasa setiap kali hujan tak kira lebat atau renyai jalan akan jadi sesak.Memang ini fenomina biasa di Seremban.Di KL mungkin lebih teruk.aginilah rutin harian kita sehingga banyak yang menjadi stress dan akhirnya menghidap penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
Cuaca kini sukar di ramal.Kalau dulu musim tengkujuh pada akhir tahun tapi kini hujan ribut boleh turun bila-bila masa.Kenapa hanya Tuhan yang tahu.Tapi Allah dah memberi peringatan akan terjadi kerusakan di muka bumi kerana ulah tangan-tangan manusia.

Beberapa minggu lepas heboh tentang telur ayam palsu. Wah telur ayampun boleh dipalsukan.ini sungguh luar biasa. Kalau baju, tali pinggang, kasut palsu tu perkara biasa.maksud palsu adalah penciplakan jenama oleh sayarikat lain tanpa keizinan pengeluar asal. Tapi bila telur palsu ni macam mana.Telur ayam dikeluarkan oleh ibu ayam.jadi macam mana nak palsukan telur ni.

Rupa-rupanya bila saya baca sebuah artikel tentang perkara ini, rupanya telur ayam palsu dibuat dari bahan kimia bukannya di keluarkan oleh ibu ayam.Semua kandungan telur adalah bahan kimia.Kulit telur dibuat dari calcium carbonate.isi dalamnya yang berupa kuning telur dan bahan telur yang putih dibuat dari kalsium kloride, sodium alginate , dgelatin dan beberapa bahan kimia yang lain.Sekali imbas memang macam telur biasa tapi semuanya bahan kimia.Kenapa manusia tergamak membuat pemalsuan ini tanpa memikirkan keselamatan orang yang akan memakannya.Tentu jawapannya mudah saja iaitu sifat tamak haloba.Yang penting duit, orang lain nak jadi apa terserah.

Dulu heboh soal melanin yang digunakan untuk mengganti protein dalam susu sehingga ramai kanak-kanak yang mati kerana meminum susu tersebut.Kini dah senyap berita ini, tak tahulah mereka dah berhenti mengeluarkannya atau dah tak lagi menjadi bahan berita.Kesan keracunan telur palsu ni masih belum ada yang dilaporkan.Tunggu sajalah nanti suatu hari akan ada berita yang menakutkan ini.

Sifat tamak manusia memang tak boleh dikekang kecuali melalui Iman. Jika tak ada iman manusia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kesenangan tanpa mempedulikan halal haram.

Tanggungjawab kita sebagai ibubapa mempastikan anak-anak kita ditanamkan ajaran agama supaya ada ketahanan iman dan mereka boleh membezakan yang mana halal dan yang mana haram. Manusia sering lupa yang apabila mereka mati semua harta kekayaan ini akan ditinggalkan.
Wassalam

Saturday, April 23, 2011

Minggu lepas saya berada di Singapura selama 1 minggu kerana mengikuti latihan practikum JCI.kursus bermula hari Isnin dan berakhir pada hari Jumaat.Penat jugalah kerana hari-hari dengar kuliah.Seronok juga kerana jumpa ramai kawan dari seluruh dunia.Saya berangkat bersama 5 orang teman yang lain.Di samping kami ramai juga peserta Malaysia yang lain.
Kami tinggal disebuah hotel tak jauh dari bangunan Shaw Tower.Kalau ikut lambang bangunan ni macam lambang yang selalu kita lihat sewaktu zaman kemuncak filem-filem P Ramli.Hotel ini terletak di jalan Beach.Kami pilih tempat ni kerana harga hotel yang masih terjangkau tapi juga dekat dengan Arab Street.Jadi mudah nak cari makanan halal. Tiap malam kami akan ke Arab Street untuk makan malam.Banyak kedai orang Islam di sini.
Yang menariknya pada hari pertama pihak pengancur memaklumkan makanan yang disediakan di hotel tempat kursus semuanya halal.Wah tercengang juga saya.Mungkin kerana ramai peserta dari negara arab.Jadi mereka mengambil kira perkara ini.
Kursus diadakan di hotel Pan Pacific dan kami perlu naik teksi pagi dan petang.Sebetulnya kalau nak jalan kakipun boleh cuma penat sikitlah.Lagi pula setiap petang hari hujan jadi tak mungkin nak jalan kaki.
Hari yang ketiga dan keempat kami dibawa melawat sebuah hospital swasta yang terkenal di republic ini dan sebuah hospital kerajaan untuk melawat sambil belajar.

Apa yang dapat saya saksikan adalah bandar Singapura ni cukup bersih.lori yang mengangkut sampahpun bersih sungguh dan tak mengeluarkan bau.Kalau kat tempat kita , baunya boleh dibau 500 meter.Nak buat macam mana dah kenyataannya macam tu.

Teksi cukup banyak tapi sebelah malam susah nak dapat kerana selalau penuh.Heran juga.Menurut keterangan pemandu teksis di bandar ni saja ada lebih dari 10,000 teksi dari berbagai syarikat tapi pada waktu puncak semuanya penuh.Jadi maknanya banyak orang asing yang menggunakan teksi kerana rakyat tempatan tentu menggunakan kereta sendiri atau naik kenderaan awam.Sistem MRT di Singapura cukup baik dan efisien.

Saya dimaklumkan oleh salah seorang pemandu teksi bahawa pada tahun lepas saja terdapat sejuta pelancung yang melawat repuklik ini.Jumlah mereka bertambah ramai setelah siapnya komplek hotel dan perjudian di Marina Sand.Memang tempat ni cukup menarik untuk dikunjungi oleh mereka yang punya hacat tersebut.

Yang agak menghairan saya adalah jumlah tambang teksi berubah-ubah walaupun jarak perjalanan sama.Jumlah yang tertera di teksi dengan jumlah yang diminta oleh pemandu memang tak sama.Saya pun tak pasti macam mana mereka kira jumlah yang perlu dikenakan pada penumpang.Jadi men jadi seribu tanda tanya.

Minggu kedua bulan May saya akan ke Singapura lagi kerana dijemput untuk membentangkan kertaskerja di salah sebuah konferen yang akan diadakan di sana.Kali ni tempatnya adalah di Marina Sand Bay hotel

Wassalam

Tuesday, April 12, 2011

Menyambung cerita tentang lawatan ke Fujairah.Bandar ini baru nak dibangunkan.Seoanjang perjalanan daru Dubai yang nampak hanya gurun pasir. Kalau nak mengejar kemajuan bandar Dubai mungkin dua puloh tahun lagi.Namun usaha pemerintah Fujairah patut dipuji. Mereka melancarkan program Fujairah free tread zone. investor luar boleh masuk dengan hak milik 100% tanpa dikenakan sebarang cukai. Cukup menarik tawaran ini.Bandar Fujairah mempunyai pelabuhan yang cukup dalam menghala ke Indian ocean.Kalau dilihat dengan mata kasar jelas airnya cukup biru.Ini bermakna laut ini cukup dalam.Sekarang pelabuhan ini merupakan tempat penyimpanan minyak yang cukup besar.Mungkin mereka boleh menggunakan kelebihan ini.Saya ditempatkan di salah sebuah hotel resort yang cukup cantik.Cukup dengan segala kemudahan .Dari hotel ini ketempat conference memerlukan masa 30 menit dengan kenderaan .Saya cuma tinggal dua malam dan selepas konferen langsung berangkat kembali ke Dubai. kami sekeluarga sampai di Dubai waktu petang dan langsung check in di salah sebuah hotel sederhana di Bur Arab.kemudian apa lagi merayaulah ke serata Dubai dengan teksi.Tempat pertama yang dilawati adala Burj khalifah.Wau mempesonakan kerana masih bangunan tertinggi di dunia. Sebelah petang asyik menonot pancutan air yang menari mengikut irama lagi arabia.Sebelah malam kami menaiki bangunan ini dengan membayar Dirham 100 seorang. Wau lift nya cukup cepat .Tak sampai lima menit dah sampai ke tingkat 124 iaitu tingkat tertinggi yang dibenarkan pelancung naik.bangunan ini mempunyai lebih dari 160 tingkat.Sampai ditingkat 124 asyiklah ambil gambar dan melihat pemandangan yang mempesonakan seluurh bandar Dubai.Wou memang hebat. Debuai memang kota metropolitan serba canggih dan kesungguhan pemerintah Dubai memang patut dipuji.Mereka beria untuk menjadikan bandar ini sebagi business center bagi timur tengah.memang nampak usaha gigih mereka ini.Kalaulah tak kerana merudumnya ekonomi dunia tahun lepas maka akan lebih rancah pembangaunan bandar ini. Akan disambung.Wassalam

Saturday, April 9, 2011

Pada 2 April saya dan keluarga berangkat ke Dubai menaiki Emirate airline. Penerbangan melalui KLIA tepat jam 7.30 malam .Sepanjang perjalanan cuaca sangat baik dan layanan petugas dalam kapalterbang sungguh baik. Naik saja pesawat disajikan makanan ringan , kemudian makan malam dan beberapa jam sebelum mendarat disajikan lagi makanan.Layanan cukup baik dan semua makanan adalah halal. Penerbangan menggunakan pesawat Boeing 777 yang cukup selesa.Lama perjalanan adalah 7 jam dan kami mendarat di lapangan terbang Dubai jam 10.30 malam.Tambang untuk seorang pergi balik termasuk cukai adalah RM 2,200 yang dikira cukup berpatutan. Sampai di airport kami dijemput oleh pihak penganjur yang langsung membawa kami ke hotel Grand mid west.Hotel ini juga berfungsi sebagai apartment.kami disediakan sebuah bilik apartment yang boleh menampung tiga orang penghuni.Cukup lumayanlah bilik dan kemudahan yang ada. Keesokan harinya kami dibawa menggunakan MPV menuju Fujairah tempat berlangsungnya conference.Jarak Fujairah dari Dubai adalah 115km tapi perjalan mengambil masa dua jam kerana banyak berhenti dan pemandu mengikut had laju yang ditentukan. Jika melebihi 120km/jam maka kereta akan mengeluarkan bunyi. Rupanya perjalanan kereya dikawal oleh pihak syarikat menggunakan sistem GPS.Jadi pemandu tak berani membawa laju. Macam biasa pemandu adalah orang Pakistan .Di Dubai, Abu Dhabi dan daerah lain di UAE kebanyakan pemandu kereta penumpang adalah Pakistan atau Bangladesh. Saya dijemput intuk membentangkan kertas kerja di forum Fujairah International Business Forum yang berlangsung dari 4-5 April 2011. Giliran saya adalah pada hari pertama dan sambutan sungguh baik.Dewan penuh dengan peserta dari seluruh dunia.Kebanyakan speaker adalah MD/Group CEO atau President syarikat. Saya sebetulnya mewakili Big Boss saya yang tak dapat hadir. Jadi hanya saya seorang yang menjaga sebuah hospital swasta , yang lain-lain tu hebat-hebat belaka. Ada juga speaker yang bekerja sebagai Professor di universiti. Biasalah kalau dan professor tu tentu lebih kepada akademik tapi kita yang menjaga syarikat ni lebih kepada business oriented. Saya amat berbangga kerana dapat mewakili syarikat tempat saya bekerja dan juga mewakili negara. Di samping saya terdapat seorang lagi speaker dari Malaysia. Beliau ni bertugas sebagai Pengarah MIDA di Dubai. Di samping itu Consul general kita di Dubai juga turut hadir dalam conference ini. Wah bangga jugalah menjadi speaker dalam conference yang cukup gah ni. Peresmian forum dilakukan oleh Anak sheikh Fujairah dan upacara peresmian cukup ringkas. Tak seperti ditempat kita yang cukup mengikut protokol. Tapi di sini mereka lebih mengikut cara di negara barat yang sangat sederhana. UAE adalah negara yang cukup unik. Mereka mengamalkan pemerintahan federalism dimana negara ini terdiri dari gabungan tujuh negeri .Presiden adalah Sheikh dari Abu Dhabi dan Perdana Menteri dari Dubai. Yang lain-lain adalah anggota mesyuarat pemerintah. Masing-masing negeri mempunyai Sheikh yang mempunyai otonomi penuh.Polispun milik masing-masing negeri. Yang milik federal adalah urusan luarnegara termasuk pasukan tentera. Yang selebihnya milik dan otonomi negeri masing-masing. Dubai adalah bandar super moden dengan bangunan yang cukup canggih.Cukup luar biasa design bangunan-bangunan yang ada. Kereta-kereta yang adapun cukup canggih-canggih dan mewah.Banyak kereta di sana yang saya tak pernah lihat di negara kita.Maklum negara kaya dengan penduduk tempatan yang tak sampai 300,000 orang.selebihnya sebanyak 80% adalah pendatang.Yang uniknya penndatang tetap kekal sebagai pendatang kerana tak mungkin mereka akan mendapat warganegara.Mereka boleh tinggal dan bekerja di UAE tapi jangan harap nak dapat status warganegara.Dengan cara ini pemerintah di sana melindungi rakyat negara mereka. Akan bersambung.Wassalam