Sunday, November 29, 2009

Hari ni 30/11/09 bersamaan 13 zulhijah.
Hari ni adalah hari terakhir bagi jemaah haji untuk melontar jamrah jika mengerjakan nafal sani. Bagi mereka yang melakukan nafal awal mereka sedang bersiap untuk kembali ke Mekah untuk melakukan rukun haji yang selanjutnya iaitu tawaf dan sai. Perjalanan dari Mina ke Mekah akan mengambil masa lebih dari 4 jam kerana kesesakan jalanraya. Malah ada jemaah haji yang berjalan kaki akan sampai ke mekah lebih awal dibandingkan dengan mereka yang menaiki bas. Mungkin bila projek monorel dah sempurna nanti perjalanan jemaah haji dapat dipersingkat dan tentu lebih selesa. Di tanahairpun kesesakan jalanraya semalam cukup luar biasa . Perjalanan dan Alor Gajah ke Seremban mengambil waktu hampir tiga jam. Jarak yang sebegitu biasanya cuma memerlukan 45 minit tetapi semalam lebih dari tiga jam. Begitu kesesakan di mana -mana. Saya petang semalam terperangkap dalam kesesakan tersebut bila hendak pulang ke Seremban setelah menghantar anak balik ke Melaka. Dalam keadaan yang begini macam-macamlah perangai manusia. Yang paling popular ialah masuk ke lorong laluan motosikal di sebelah paling kiri.Banyaklah kereta yang dipandu oleh orang-orang yang kurang kesabarannya meredah laluan tersebut. Macam biasa polis trafikpun dah sedia menunggu maka kena kompaunlah mereka. Tak pasal-pasal kena bayar saman RM 150 hanya kerana kurang sabar mengikut giliran.
Cuma semangat nak balik beraya dikampung cukup kuat dikalangan rakyat Malaysia.Walau macam mana sesakpun jalanraya mereka tetap berpusu-pusu balik beraya di kampung.Sikap yang sebegini saya rasa amat baik , cuma perjalanan perlu diatur supaya kesesakan dapat dikurangkan. Kalau dah tau jalan sesak disebelah petang maka sebaiknya berangkatlah waktu pagi supaya perjalanan lebih lancar. Saya semalam terperangkap kerana tak pernah terfikir yang jalanraya akan sesak kerana tak pernah mengalaminya. Kalau saya tahu begitu tentunya saya akan menghantar anak pulang ke asrama pada sebelah pagi. Cukuplah sekali pengalaman sebegini yang cukup menguji kesabaran.
Khutbah hariraya kemarin amat menarik. Tuan imam memperkatakan tentang konsep korban yang akhirnya adalah untuk membentuk insan yang bertaqwa. Manusia yang pintar tetapi tidak bertaqwa akan mendatangkan kehancuran pada dunia. Lihatlah bagaimana wang dari akaun orang lain dapat dicuri oleh mereka yang pintar menggunakan komputer. Dengan mudah mereka boleh masuk ke sistem simpanan bank dan mencuri wang dari akaun orang lain. Perkara yang sebegini dah banyak kali terjadi dan setakat ini belum ada cara untuk menghalangnya. Malah sistem pertahanan pentagon di Amerikapun dipecah masuk oleh hacker.Jadi sistem milik negara terkuat di duniapun tak selamat dari gangguan manusia yang pintar komputer.Ini baru cerita komputer belum lagi cerita penggelapan wang cara lain. Bermacam-macam cara yang digunakan sekarang ini untuk merosakkan orang lain. Puncanya cuma satu iaitu kepintaran yang tak dikawal oleh taqwa.Mudah-mudahan segala yang kita lakukan terutama dalam bulan zulhijah ni akan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah supaya kita menjadi insan yang terbaik. Manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa.
Wassalam

Thursday, November 26, 2009

Hari ni 26/11/09 bersamaan 9 zulhijah.
Hari ni adalah hari wuquf di arafah dan malam ni kita akan menyambut Aidiladha.
Di Negeri Sembilan hari ni adalah hari bantai iaitu menyembelih binatang sama ada lembu atau kerbau secara gotong royong diikuti dengan membuat lemang. Di NS ramai yang lebih suka menyembelih kerbau. Saya dah terlepas peluang ni kerana orang tua dah tak ada lagi dan kampung pun dah tinggal kosong.
Malam ni kita akan mula taqbir sampailah habis 13 zulhijah yang termasuk hari tashriq. Di taman tempat saya tinggal masih ada kegiatan takbir bergerak yang dimulai dari surau selepas isya'. Kumpulan ini akan bergerah dari rumah ke rumah sampailah ke rumah yang terakhir. Biasanya akan dibahagi kepada dua kumpulan supaya boleh selesai menjelang 12 tengah malam.
Biasanya lepas sembahyang raya akan diadakan majlis korban. Kegiatan ini masih berjalan setiap tahun.
Tadi pagi saya ke KL kerana ada mesyuarat dan bila pulang ke Seremban selepas zohor jalan dah mula sesak. Jadi sampai Nilai langsung ikut jalan kampung . Kalau tidak akan mengambil masa yang panjang untuk masuk ke bandar Seremban. Nampaknya kegiatan balik kampung masih diamalkan oleh masyarakat kita. Cuma bila dah ada di kampung kegiatan menziarah agak berkurangan tak macam dulu. Kini banyak masa dihabiskan menonton TV yang merupakan kegilaan baru masyarakat kita. Malah ada penulis yang melabelkan TV sebagai tuhan kedua. Ini memang label yang sangat ekstrim. Maksudnya masyarakat sanggup melupakan ziarah saudara mara, jiran tetangga hanya kerana asyik menonton TV. Kalau di Britain bila sampai waktu krismas TV dikunci dalam stor selama tiga hari supaya mereka tak terganggu dengan kegiatan menonton TV ni. Jadi mereka ada masa melayan tetamu. Tapi kita tak macam tu. Tetamu yang datangpun terpaksa juga menonton TV. Kadang kala nak bercakap pun susah kerana suara tamu terpaksa bersaing dengan suara TV . Malah tuan rumahpun bercakap dengan tetamu tak melihat muka kerana asyik menonton TV. Memang dah jadi penyakit baru.
Sebut tentang penyakit ni lepas raya nanti banyak yang masuk hospital kerana gout, darah tinggi dan kencing manis. Maklum saja banyak makan sup dan rendang daging, air sirap dan air bergas. Penyakitpun kambuhlah.
Selamat menyambut Aidiladha maaf zahir batin. Sampai jumpa hari isnin.
wassalam

Tuesday, November 24, 2009

Hari ni 25/11/09 bersamaan 8 zulhijah.

Michael Gorbachev dianggap berjasa besar menamatkan perang dingin antara blok barat dan blok timur pada akhir lapan puluhan. Bagi rakyat soviet union beliau mungkin dianggap penghianat tapi bagi Amerika dan sekutunya dia dianggap hero sehingga dianugerahkan hadiah istimewa sebagi penerima nobel keamanan. Sekarang beliau mengetuai kumpulan yang mengkaji perubahan iklim dunia. Tentunya dengan habuan yang sangat besar.Bagi kita apapun yang terjadi adalah ketentuan Ilahi. Runtuhnya soviet union menyebabkan Amerika tiba-tiba merasa pemegang kuasa tunggal dunia sehingga menggelar diri sebagai polis dunia. Bush mula mengganas semahu-mahunya . Yang pertama menjadi mangsa adalah taliban di Afghanisan. Apa yang dicari di sana hanya dia sendiri yang tahu. Yang pasti tentu hatinya puas dapat meruntuhkan pemerintahan taliban. Dia sebenarnya lupa bangsa Afghanistan tak pernah tunduk dengan penjajah dan belum ada satupun kuasa dunia yang mampu bertahan bila berperang dengan mereka. Amerika sedang kepayahan di sana sehingga menjerit meminta tolong dengan sekutu-sekutunya. Hari-hari ada saja askarnya yang mati sama ada dibunuh atau membunuh diri.Bush sudah turun dari tahta tapi Obama menyambung tugas tersebut dengan menghantar lebih banyak tentera. Dia lupa sebenarnya datuk dia bernama Husin seorang muslim afrika.Amerika hanya menguasai sebahagian dari kabul. Selebihnya berada ditangan pejuang pembebasan.

Setelah Afghanistan Bush meneruskan amukan ke Bagdad. Sadam Husin yang kononnya kuat lumpuh dengan begitu cepat. Rahsianya askar beliau tak punya jati diri. nampak gah tapi tak bermaya. Bagdad diserang kerana minyak dan semua orang tahu tentang perkara ini. Kononnya saddam menyimpan senjata berbahaya tapi setelah tentera Amerika masuk tak jumpa apa. Akhirnya Sadam mati digantung oleh Bush. Bush lupa yang dia nanti juga akan masuk ke dalam kubur cuma entah bila dan bagaimana. Hari-hari tentera Amerika dan sekutu juga mati. Nampaknya sampai sekarang Amerika masih belum menang tapi yang pasti minyak Irak terus digali untuk memdapatkan keuntungan besar. Inilah kerja Amerika dan sekutunya.
Niat di hati nak menyerang Iran nyata tak kesampaian. Sampai hari ini Amerika dan israel masih terus mengacah Iran tapi tak berani lagi menyerang. Mudah-mudahan Iran mampu bertahan.
Tuhan jadikan semua benda berpasangan. Tua lawannya muda. Yang kecil lawannya besar. Yang lemah lawannya kuat. Barat lawannya timur dan bila blok timur hancur tiba-tiba Amerika tak ada lawan. Jadi ingin jadi jagoh sendirian dan bertindak sesuka hati dan main hantam keromo. Tapi Tuhan ada dan sejarah telah membuktikan setiap kuasa ada batasnya. Sama-sama kita lihat nanti.
Runtuhnya blok timur telah merubah peta dunia. Cina yang dulunya tidur mula bangkit. Sekarang mereka rancak membangun meniru kuasa kapitalis walaupun mendakwa masih komunis. India yang dulu berkiblat ke blok timur tiba-tiba membanting stering membelok ke barat. Sekarang dua negara yang terus berkembang ekonominya melebihi 7% setahun adalah Cina dan India. Kedua negara juga bercita-cita besar untuk mencari pengaruh terutama Cina. Dengan kekuatan ekonomi barunya Cina sudah mula cuba mengimbangi kuasa Amerika. Masa saja yang akan menentukan. Dalam keadaan kemelesetan dunia yang parah sekarang ini Cina dan India masih bertahan dan terus berkembang kerana pasaran dalam negeri yang besar. Satu lagi negara yang bernasib baik adalah Indonesia yang menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang melebihi 5 % tahun ini kerana pasaran dalam negeri yang cukup besar.Jadi kebergantungan kepada negara luar mempunyai risiko yang sangat besar. Oleh itu perkara asas seperti makanan perlu dikeluarkan sendiri untuk mempastikan kelangsungan hidup sesuatu bangsa. Memang kalau nak ikutkan senang adalah lebih baik membeli dari menanam tapi demi survival perlulah berdikari.
Wassalam

Monday, November 23, 2009

Hari ni 24/11/09 bersamaan 7 zulhijah.
Semalam saya berada di Seberang Perai kerana menghadiri peresmian sebuah hospital swasta. Saya berangkat ke Pulau Pinang hari ahad petang dengan menaiki Air Asia. Waktu sampai di LCCT penumpang tengah beratur panjang. Keadaan di sana macam Puduraya. Sekarang ini naik kapalterbang bukan lagi benda mewah tapi dah menjadi pengganti bas. Kemudahan dalam kapalterbang pun lebih kurang macam bas express. Saya perlu beratur selama 45 menit untuk menyelesaikan check in. Macam tu di LCCT kerana tak ada nombor giliran. Tapi tak ada siapa yang komplain sebab sistem tambang murah memang macam tu.

Sampai di Pulau Pinang hampir pukul lima petang. Dari pulau langsung ke tanah besar melalui jembatan Pulau pinang. Keadaan trafik cukup lancar kerana hari minggu dan jembatanpun sudah menjadi tiga lorong. Waktu malam ada dinner di restoran sea food. Macam biasa ada beberapa orang teman yang takut nak makan kerana menghidap penyakit gout. Penyakit ini timbul kerana pemendapan uric acid yang berbentuk kristal kecil di sendi-sendi terutama di bahagian buku lali. Gout terjadi kerana kelebihan purin yang akan bertukar menjadi uric acid. Bila dah melebihi paras normal maka ia akan mendap di sekitar sendi-sendi.Bila uric acid ni dah mendap ia akan menimbulkan inflamasi di kawasan sendi kaki dan sendi menjadi bengkak. Bila bengkak tentulah sakit dan kulit menjadi mereka. Akibatnya pesakit akan sukar untuk berjalan dan boleh menyebabkan seseorang itu di masukkan ke hospital kerana memerlukan waktu yang lama untuk merawatnya. Saya terkejut juga bila ada kawan yang siap-siap membawa ubat anti inflamasi ni. Macam tu lah mereka yang bekerja di hospital memang pandai menyimpan berbagi jenis ubat walaupun dia bukan ahli farmasi.
Penyakit gout boleh diubati dengan cara memakan ubat anti inflamasi untuk mengatasi pembengkakan dan sakit yang akut tetapi untuk menurunkan kadar uric acid maka perlu mengambil allopurinol. Nama ubat ini yang paling terkenal di pasaran adalah zyloric.
Ubat-ubat anti inflamasi banyak terdapat di pasaran dengan berbagai jenama. Antara yang terkenal adalah indocid, brufen, feldene, naproxen, mobic, celebrex dan sebagainya. Kesemua ubat ini di sebut NSAID iaitu non steroidal anti inflammatory drugs. Ubat ini bekerja untuk menghilangkan inflamasi yang meyebabkan pembengkakan dan bila bengkak dah hilang maka sakit juga akan hilang. Masalah utama ubat ini adalah gangguan pada saluran pencernaan atau gastric irritation. Masalah ini boleh di atasi bila ubat dimakan bersama dengan makanan. Artinya jangan makan bila perut kosong. Ubat -ubat jenis ini yang baru adalah jenis COX 2 iaitu golongan ubat yang tidak menyebabkan gangguan pada saluran pencernaan. Contoh ubat ini adalah celebrex.
Penyakit gout akan datang dan pergi tergantung jenis pemakanan kita .Oleh itu cara yang terbaik adalah mengawal makanan.Kurangkan makanan yang mengandung banyak purin seperti makanan yang berasal dari laut, daging merah dan kekacang. Bila makanan di kawal maka penyakit juga akan terkawal

Saya terbang pulang ke KL pada hari isnin petang.Sewaktu dalam perjalanan pulang saya menaiki teksi yang dipandu oleh seorang pemandu teksi berbangsa Melayu. Katanya teksi tersebut bukan milik dia tapi dia menyewa dengan kadar sewa RM 20 sehari untuk hari biasa dan RM 25 pada hari minggu. Saya rasa sewa ni murah dibandingkan dengan teksi di KL yang harus membayar sewa RM 50 sehari. Dia juga mengeluh kerana sulit mendapatkan penumpang. Sekarang katanya pemandu teksi perlu menunggu hingga 2 jam untuk mendapatkan penumpanag. Orang tempatan lagilah sulit nak dapat kerana kebanyakan penduduk tempatan mempunyai kenderaan sendiri. Paling tidak pun ada motosikal. Kalau dulu banyak pekerja asing tetapi sekarang jumlah mereka telah berkurangan kerana kerapnya pemeriksaan dokumen permit kerja. Jadi mereka yang tak ada permit dah lari ke negeri lain. Yang tinggal banyak orang vietnam tapi orang vietnam ni tak nak naik teksi. Mereka lebih suka naik bas kerana tambang nya lebih murah. Jadi mengelohlah pemandu-pemandu teksi di Sebarang Perai ni.
Jadi inilah perjuangan hidup manusia yang saling bergantung antara satu dengan yang lain. Bila banyak pekerja asing pemandu teksi yang gembira tapi orang lain tak gembira. Bila kurang tenaga kerja asing pemandu teksi pula yang sulit mencari rezeki. Kalau teksi milik sendiri mungkin kurang sikitlah beban yang ditanggung oleh pemandu teksi.
Wassalam

Friday, November 20, 2009

Hari ni 21/11/09 bersamaan 4 zulhijah.
Di tempat kerja saya pagi ni akan diadakan sunatan beramai-ramai. Di jangkakan 42 kanak-kanak laki-laki akan menjalani sunat secara beramai-ramai. Program ini sudah menjadi acara tahunan dan sebahagian dari projen CSR syarikat. Acara akan dimulai dengan ucapan dari pengurusan, kemudian merenjis bunya rampai. Lepas tu anak-anak akan diarak dengan paluan kompang dan pencak silat. Akhir sekali akan dimandikan dengan pancutan Bomba. Pokoknya cukup meriah dan setakat ini memang tiap-tiap tahun mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kami terpaksa membatasi jumlah peserta. Macam kota Haji lah.
Sunat atau berkhatan merupakan sunah Nabi. Rasulullah bersabda sesiapa yang tak mengikut sunnah ku maka dia bukan umat ku. Jadi di negara kita semua orang islam akan bersunat. Menurut kajian saintifik bersunat mempunyai banyak kebaikan. Di samping menjaga kebersihan ianya juga dapat menghindari berbagai penyakit. Sebab itu ramai orang bukan Islam telah melakukan sunat ini. Ini nilai kebaikan yang ada pada ajaran agama kita. Jangan lupa orang yahudi juga bersunat macam kita.
Teknik bersunat sekarang ini sudah banyak perubahan. Ubat bius sudah digunakan dan kalau kanak-kanak langsung tak mampu menahan sedikit kesakitan maka boleh di lakukan di dalam bilik bedah dengan memberi ubat bius atau dalam istilah perubtan disebut General Anaesthesia. Jadi proses sunat langsung tak sakit tapi bila ubat bius dah habis terasa juga sakit akibat kesan luka tersebut. Cuma kos nya lebih tinggi. Saya rasa bagi anak laki-laki mereka perlu menjalani proses ini secara normal agar merasai sedikit kesakitan. Untuk menjadi orang yang dewasa tentunya perlu malalui berbagai kesulitan. Jadi kesakitan bersunat adalah simbolik kepada perjuangan yang bakal di tempoh di waktu mendatang. Ibu bapa tak perlu memanjakan sangat anak-anak mereka kerana mereka perlu diajar arti kesusahan supaya mereka boleh melalui kehidupan ini dengan tabah.
Zaman saya kecil dulu sebelum bersunat perlu berendam dahulu dalam perigi. Kononnya supaya alat kemaluan itu menjadi kecil agar tak banyak darah yang keluar. Logiknya memang ada tapi saya rasa tak perlulah sampai begitu. Lagi pun sekarang ini mana ada lagi perigi. Semua dah kering kerana sawah padipun dah jadi ladang kelapa sawit. Perigi yang dulunya cukup bersih dan jernih airnya kina dah kering keruntang. Itulah proses kemajuan. Sesuai dengan kemajuan masa kita selain sunatan secara manual sudah ada teknik clamping. Jadi waktu untuk menyunat lebih singkat. Tapi saya secara peribadi lebih berminat dengan sunatan secara manual kerana potongannya lebih sempurna. Cuma masa yang diambil lebih lama dan lebih sakit. Macam mana pun terserah ibu bapa untuk membuat pilihan.

Tradisi bersunat secara beramai-ramai ni perlu di kekalkan untuk memeriahkan suasana dan menunjukkan kepada anak-anak kita yang ibu bapanya meraikan mereka . Proses bersunat adalah proses peralihan dari zaman kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Ini sangat signifikan kepada anak-anak kita terutama anak laki-laki. Biasanya sebelum bersunat ibu bapa akan mem buat kenduri doa selamat. Program seperti ini memberi kesempatan kepada ibu bapa untuk bersedekah dan mengeratkan talian silaturrahim di kalangan sahabat handai dan jiran tetangga. Tradisis sebegini perlu dikekalkan supaya perasaan berjiran dan bertetangga tu terus utuh demi kebaikan bersama.
Wassalam

Thursday, November 19, 2009

Hari ni 20/11/09 bersamaan 3 zulhijah.
Semalam saya cuti kerana ada urusan di Putrajaya. Saya sampai di sana lebih kurang pukul 11 pagi. Nak parking kereta punyalah susah. Puas berkeliling beberapa kali barulah dapat parking .Itupun cukup jauh dari tempat yang dituju. Mujurlah dah lama memandu bolehlah buat reverse parking. Kalau baru dapat lesen L alamatlah tak masuk tempat parking. Begitulah susahnya nak cari parking di Putrajaya. Saya perhatikan tak ada satupun kereta yang keluar dari parking. Ini berarti kereta-kereta tersebut adalah milik kakitangan yang bertugas di situ. Kalau begini keadaannya memang sulit bagi orang luar yang nak berurusan dengan pejabat Kerajaan di Putrajaya.Bila dah dapat parking terpaksalah berjalan agak jauh. Bagi saya bagus juga boleh sedikit exercise. Kalau mereka yang malas nak jalan jawabnya merungut panjanglah.
Fenomena ini terjadi di mana-mana. Di pejabat Kerajaan, di hospital, di pasar apa lagi dibandar-bandar besar di negara kita. Dimana pun masalah parking ni menjadi masalah besar. Sebab utamanya kerana pertambahan parking tak seiring dengan pertambahan kereta. Sekarang nak beli kereta amatlah mudah. Dah lah tak perlu bayar deposit boleh pula pinjam bank dari 7 hingga 9 tahun. Jadi bayar bulan-bulan taklah terasa sangat. Sebetulnya kalau dikira betul-betul silap-silap bunga lebih besar dari pokok. Itu tak jadi soal. Yang penting ada kereta. Di negara kita hampir semua orang yang bergaji pakai kereta. Tak kiralah baru ke, lama ke.Yang penting ada kereta.Negara kita adalah pengeluar kereta. Oleh itu tak ada pilihan kecuali mempermudah cara rakyat untuk memiliki kereta supaya kereta-kereta yang dikeluarkan boleh dijual. Kalau tidak syarikat kereta boleh gulung tikar. Nak harapkan pasaran luar negara amat sukar kerana banyak persaingan terutama kereta Eropah ,Jepun serta Korea. Syarikat mereka lebih besar dan lebih berpengalaman. Jadi nak tak nak terpaksalah jual dalam negara sendiri. Bagus juga ada kemudahan bagi rakyat untuk memiliki kereta tetapi rakyat kena pandai mengawal emosi sewaktu berada dijalan apa lagi nak cari tempat parking.Kalau tak pandai badan yang akan binasa. Di samping jalan yang sesak, susah nak parking, tiap-tiap bulan kena bayar installment, lepas tu insuran kereta dan cukai jalan. Kemudian kena service pula. Semuanya itu memerlukan duit. Kalau pakai kereta lama lagi banyak kos untuk menjaganya. Kejap-kejap rosak dan kena ganti itu dan ini. Lagi stress. Silap haribulan berkelahi suami isteri. Yang lebih stress bila kena tarik dek bank kerana tak bayar installment.
Kalau selalu stress maka penyakit akan banyak yang datang. Bila stress adrenalin akan keluar dan jantung akan berdenyut lebih cepat. Jadi kalau darah yang mengalir tak lancar maka akan jadi darah tinggi. Bila dah darah tinggi kena keluar belanja beli ubat dan jumpa doktor. Jadi tambah stress. Mereka yang ada kencing manis , gula akan sulit dikawal bila dia stress kerana kadar gula dalam darah akan meningkat setiap kali kita stress. Di samping adrenalin badan juga akan mengeluarkan banyak asid dan ini boleh menyebabkan lapisan mukosa di perut menjadi nipis. Lama kelamaan kena gastritis. Kalau dibiarkan boleh jadi ulser sehingga terjadi pendarahan dalaman yang boleh mengancam nyawa.Bila dah stress fikiran pun tak tenang. Di pejabat akan timbul masalah. Balik rumah pula masalah dengan isteri dan anak-anak. Silap haribulan terjadi pula perkelahian .Lepas tu selalu kena migrain. Kalau dah stress tidur malampun tak nyenyak. Akibatnya bila terbangun malam, perut lapar makan lagi. Lama-lama badan bertambah geruk. Bila dah gemuk penyakit mudah datang. Jadi pengurusan stress sangat penting supaya kita dapat menikmatan kesejahteraan harta yang kita perolehi. Jika banyak harta pun kalau hidup sentiasa stress tidak akan memberi apa-apa makna.Dalam Islam dah ada cara yang ditentukan. Yang paling penting Solat perlu teratur dan khusyuk. Lepas tu perlulah membaca al Quran paling tidak selembar sehari. Kalau baca surat khabar boleh kenapa nak ngaji tak boleh. Perbanyakkan zikir supaya hati sejuk dan tenang fikiran. Kalau jalan tengah sesak banyakkan zikir. Jadi hati akan tenang.Yang paling penting adalah sabar. Nabi kata sabar itu sebahagian dari Iman. Tak ada sabar maka tak adalah iman.
Dalam perjalan pulang saya singgah makan tengahari di R&R. Kebetulan yang duduk didepan saya adalah pemandu pelancung. Katanya dia baru balik membawa murid-murid sekolah melawat kilang memproses beras di Selangor. Maklumat yang saya dapat adalah beras yang digunakan adalah beras impot dari Thailand, Kemboja dan Vietnam. Jarang sekali beras tempatan digunakan kerana katanya beras impot lebih murah. Majoriti pekerja juga pekerja impot. Saya kata kalau macam ni parahlah penduduk tempatan. Dahlah bahan asas di impot ,pekerja juga diimpot. Kes yang sebegini banyak terjadi di perusahaan kecil dan sederhana kerana mereka masih menggunakan teknologi yang rendah dan memerlukan ramai tenaga kerja. Di negara maju mereka sudah menggunakan teknologi tinggi yang tidak memerlukan ramai pekerja tetapi menggunakan mesin. Pekerja yang ada adalah pekerja yang berkemahiran tinggi.Saya rasa dasar perindustrian negara perlu diperkemas. Kita perlu menuju arah industri yang memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi supaya tidak tergantung dengan tenaga buruh asing. Kehadiran mereka dah banyak menimbulkan masalah. Di samping merebut peluang anak tempatan mereka juga menimbulkan berbagai masalah sosial. Kenapa kita tidak cuba meniru konsep bandar Bangalore di India dan Dalian di Cina. Bandar Bangalore menjadi hub outsourse IT bagi Amerika dan Dalian menjadi hub bagi Jepun. Rakyat India dan Cina tak perlu berpindah ke Amerika atau ke Jepun tapi mereka melakukan pekerjaan untuk majikan mereka yang berada di Amerika atau di Jepun. Ini yang disebut tenaga kerja berkemahiran tinggi. Sama sama kita renungkan.Wassalam

Tuesday, November 17, 2009

Hari ni 18/11/09 bersamaan 1 zulhijah. Maknanya dah masuk bulan haji. Lapan hari lagi jemaah haji akan wuquf di arafah yang merupakan rukun haji. Kalau tak dapat wuquf maka tak sah haji. Mereka yang berada di tanah suci sebenarnya melakukan perjalanan rohani. Perlu banyak bersabar kerana segala kesenangan dan keselesaan yang dikecapi di tanah air terpaksa ditinggalkan. Namun demikian janganlah sampai kita bertindak menyusahkan jemaah lain. Dalam bilik terpaksa bersesak kerana ramai penghuninya. Satu bilik dikongsi 4 atau 5 orang yang berlainan latar belakang dan kemahuan. Jadi perlulah bertolak ansur. Ada juga jemaah yang hanya memikirkan kesenangan diri hingga sanggup merokok di dalam bilik. Dah lah bilik sempit, kurang aliran udara di tambah pula oleh asap rokok. Tentulah keadaan ini boleh menimbulkan kesulitan pada jemaah lain apa lagi yang ada penyakit asma. Ini memang sering terjadi kerana ada jemaah yang tak faham. Mereka sepatutnya membuang semua tabiat buruk bila berada di tanah suci. Habis nak cakap macam mana. Bila ditegur nanti marah dan boleh terjadi perkelahian.Pegawai tabung hajipun tak larat nak mengawasi semua orang. Bilanagn jemaah bukan sedikit tapi berjuta.

Hari ni juga anak-anak kita mulai mengikuti ujian SPM. Ujian ini adalah penentu arah masa depan. Keputusan SPM akan menentukan anak-anak kita boleh menyambung pelajaran atau tidak. Setakat SPM sudah tidak lagi memadai. Minima rakyat Malaysia perlu mempunyai pendidikan peringkat diploma. Jika boleh biar sampai keperingkat ijazah. Menjadi ibu bapa pada masa kini bukan tanggungjawab yang ringan. Kita perlu berkorban wang ringgit dan masa untuk memberi kemudahan pendidikan pada anak-anak kita. Anak-anak yang gagal dalam pendidikan akan menimbulkan masalah kepada ibu bapa .Kalau tak mempunyai pendidikan sukar bagi mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik. Bila tak cukup pendapatan mereka akan kembali menghadap ibu bapa mereka. Lebih parah lagi jika mereka dah berkahwin dan mempunyai anak pinak. Jadi ibu bapa akan terus menerus menanggung beban anak-anak yang begini. Jadi adalah lebih baik kita bersusah payah sekarang untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak kita. Istilah orang tua-tua biarlah bergolok bergadai untuk menyekolahkan mereka. Tempat di IPTA sangat terbatas dan jika tak dapat IPTA terpaksalah masuk IPTS yang tentunya memerlukan belanja yang tinggi. Memang ada ibu bapa yang sanggup meminjam dari bank, mengeluarkan akaun 2 EPF malah ada yang sanggup menggadai rumah untuk menyekolahkan anak-anak. Cuma jumlah ini tak banyak.
Kita doakan anak-anak kita tenang mengikuti ujian dan mencapai keputusan yang cemerlang.
Wassalam

Monday, November 16, 2009

Hari ni 17/11/09 bersamaan 29 zulkaidah
Penyakit Diabetes Mellitus memerlukan kepakaran khusus untuk merawatnya .Disamping doktor pakar penyakit umum sudah ada pengkhususan iaitu pakar endokrinologi dan salah satu pengkhususan pakar ini adalah penyakit diabetes. Di negara kita sudah ada hospital yang mengendalikan klinik khusus untuk diabetes. Mereka yang bertugas di klinik ini mendapat latihan khusus agar mampu mengajar dan memberi kaunseling kepada pesakit diabetes. Masalah yang dianggap kecil tetapi memberi impak yang sangat besar adalah masalah penjagaan kaki bagi pesakit diabetes. Bila seseorang menghidapi penyakit diabetes dan bila kawalan penyakit kurang sempurna maka lama kelamaan bekalan darah ke bahagian kaki akan mulai berkurangan kerana kerusakan darah ke tempat tersebut.Akibatnya kaki menjadi kebas dan mula kehilangan deria rasa. Bila kaki ini memijak benda tajam pesakit tidak akan merasa sakit. Ini akan mendatangkan bahaya kerana boleh menyebabkan luka yang dalam dan luka pula sulit untuk diubati kerana bekalan darah dan oksigen ke kaki sudah berkurangan dan melambatkan penyembuhan luka. Keadaan ini mendedahkan pesakit kepada risiko gangrene dan kaki boleh di potong. Oleh itu rawatan kaki sangat penting. Pesakit dinasihatkan sentiasa memakai alas kaki ke mana sahaja mereka pergi termasuk di rumah dan di dalam bilik air. Bila keluar dari bilik air maka kaki perlu di lap supaya betul betul kering untuk mengelakkan jangkitan kuman bila kaki dalam keadaan basah.
Satu lagi masalah yang sering terjadi adalah masalah hipoglisaemia. Pasakit perlu diajar mengesan tanda-tanda masalah ini supaya langkah pencegahan boleh diambil dan jika terjadi apa yang perlu dilakukan oleh pesakit. Jika dibiarkan pesakit boleh pengsan dan mengalami koma. Jika koma tanpa rawatan maka kemungkinan bekalan darah ke otak akan terhenti dan ini boleh menyebabkan kecacatan yang kekal.

Semalam saya ada membaca berita tentang laporan penyelidikan yang dilakukan di Universiti Columbia Amerika. Sekumpulan saintis telah membuat penyelidikan tentang kesan menggosok gigi terhadap kekuatan ingatan. Kajian dilakukan terhadap sekumpulan peserta yang berumur lebih dari 60 tahun. Mereka yang kerap menggosok gigi didapati terhindar dari jangkitan kuman pada gigi atau dalam istilah saintifiknya disebut periodontitis. Jadi didapati mereka yang bebas dari jangkitan ini mempunyai daya ingatan yang lebih kuat dibandingkan dengan mereka yang mempunyai masalah ini. Adalah diyakini mereka yang bersih giginya bukan sahaja mempunyai daya ingatan yang lebih kuat tetapi juga terhindar dari penyakit nyanyuk. Sebagai muslim kita diajarkan untuk membersih gigi sepanjang waktu terutama sebelum melakukan solat. Rasul mengajarkan agar kita disunatkan bersugi sbelum solat. Dalam kontak hari ini disamping bersugi tentunya kita boleh memburus gigi sebelum berwuduk agar keadaan gigi sentiasa bersih. Disiplin yang diajarkan oleh Rasulullah ini ternyata mempunyai kesan yang sangat besar terhadap kekuatan minda seseorang.Sayangnya yang melakukan penyelidikan bukannya kita tetapi orang lain.
Wassalam

Sunday, November 15, 2009

Hari ni 16/11/09 bersamaan 28 zulkaidah
Menyambung tentang penyakit Diabetes mellitus. Penyakit ini jika sudah disahkan dihidapi oleh seseorang maka ianya akan kekal sampai keakhir hayat. Masalah utama penyebab penyakit ini adalah kerana kegagalan pankreas untuk mengeluarkan insulin dalam jumlah yang mencukupi diikuti pula oleh reseptor insulin di sel yang tidak sensitif. Jika pengeluaran insulin oleh pankreas telah berkurangan maka tak akan ada cara lain untuk mengatasinya. Pemberian ubat oral adalah untuk merangsang sahaja agar lebih banyak insulin dikeluarkan. Jika tak ada ubat maka jumlah insulin yang dikeluarkan tidak akan mencukupi. Selain ubat, latihan jasmani boleh membantu merangsang reseptor insulin di sel agar lebih sensitif terhadap tindak balas insulin. Oleh kerana masalah utama adalah kegagalan insulin untuk memproses semua glukos yang ada dalam darah maka langkah yang wajar adalah mengurangkan pengambilan gula dan bahan-bahan yang menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat. Dengan cara ini maka masalah kadar gula yang tinggi dalam darah dapat diatasi. Selain gula bahan-bahan berkanji seperti nasi, tepung, ubi dan keledek akan ditukar menjadi glukosa oleh tubuh. Jadi walaupun kita tidak mengambil gula secara langsung tetapi jika banyak memakan bahan berkanji maka kadar glukosa dalam darah tetap akan tinggi. Jadi untuk memudahkan pengawalan kadar glukosa dalam darah maka perlu dilakukan tiga perkara berikut:

- senaman
-diet
-makan ubat
Disiplin yang tinggi dituntut jika ingin mempastikan kadar glukosa dalam darah terkawal. Oleh kerana penyakit ini berkekalan sehingga akhir hayat maka ramai pengidap penyakit ini yang gagal mengawal diri. Oleh itu kadar komplikasi penyakit ini sangat tinggi sehingga ramai pesakit yang sudah mengalami kerosakan buah pinggang dan buta mata diusia muda . Malah ada yang dah dapat komplikasi ini sebelum mencapai usia 40 tahun. Suatu tragedi sedih yang meragut kesejahteraan seorang insan.
Di pasaran terdapat lebih dari sepuluh jenis ubat-ubatan darah tinggi. Ini menimbulkan kesulitan kepada pesakit untuk mengingati nama ubat yang digunakan oleh mereka. Warna dan bentuk ubat sentiasa berubah .Oleh itu jika hanya mengingati warna dan bentuk maka pesakit akan keliru. Untuk menjamin kesejahteraan diri maka pesakit tidak ada pilihan kecuali mengingat nama ubat dan cara memakannya. Jumlah tablet yang dimakan mungkin berubah setiap kali pesakit berjumpa doktor kerana pemberian ubat tergantung kadar glukos dalam darah setiap kali diperiksa bila pesakit berjumpa doktor. Jika bulan ini kadar glukos tinggi maka dos ubat juga akan tinggi tetapi jika bulan depan kadar glukos dah menjadi rendah tentu dos ubat juga akan rendah. Perkara ini cukup menimbulkan kekeliruan kepada pesakit. Oleh itu para doktor mempunyai tanggungjawab yang sangat berat untuk memberikan penjelasan yang secukupnya kepada pesakit supaya mereka faham tentang perkara ini. Di samping itu pembantu farmasi atau pharmacist yang mendispen ubat juga perlu memberikan maklumat yang secukupnya supaya pesakit faham. Peranan kaunseling sangat kritikal untuk menentukan komplian pesakit terhadap ubat yang diberikan kerana mereka terpaksa makan ubat seumur hidup. Persoalannya berapa ramai doktor, pharmacist atau pembantu farmasi yang melaksanakan tugas ini. Bagaimana pula jika ubat didispen oleh pembantu klinik swasta. Mereka sendiripun tak mempunyai ilmu yang mencukupi tentang perkara ini kerana hanya sekadar lulusan SPM. Untuk mendispen ubat secara betul sekurang-kurangnya seseorang itu perlu mempunyai diploma dalam bidang farmasi.Jadi kita masih jauh lagi untuk mencapai matlamat ini. Oleh itu jika anda menghidap penyakit diabetes mellitus maka dapatkan maklumat yang betul dan anda faham tentang cara mengawal penyakit ini. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa komplikasi penyakit ini.
Wassalam

Friday, November 13, 2009

Hari ni 14/11/09 bersamaan 26 zulkaidah. Minggu ni slow sedikit menulis blok kerana banyak komitment. Tapi walaupun begitu di sempat-sempatkan juga.
Hari ni adalah hari diabetes sedunia. Penghidap diebetes di dunia pada tahun 2007 sahaja berjumlah 171 juta orang dan di jangka jumlah ini akan menjadi dua kali ganda pada tahun 2030. Di negara kita sahaja pada tahun 2030 di jangkakan jumlah pengidap diabetes menjadi 2.5 juta orang.
Penyakit ni berpunca dari faktor genetik dan cara hidup atau dalam bahasa Inggeris disebut life style.Diabetes di bahagi kepada dua jenis iaitu diabetes insipidus dan diabetes mellitus. Diabetes insipidus terjadi disebabkan kurangnya pengeluaran Anti Diuretic hormone. Hormone ini bertanggungjawab mengawal pengeluaran kencing dari badan. Bila jumlahnya tidak mencukupi maka pengeluaran air kencing akan lebih kerap sehingga menjadi masalah besar kepada peakit. Hormon ADH dikeluarkan oleh kelenjar Pituitary. Penyakit jenis ini jarang terjadi malah ramai yang tak tahu tentang keujudan penyakit ini.
Penyakit yang di sambut setiap tahun sebagai diabetic day di seluruh dunia adalah daibetes mellitus iaitu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon insulin. Diabetes mellitus pula boleh dibahagi lagi menjadi diabetes mellitus type 1 and diabetes mellitus type 2. DM type 1 biasanya terjadi pada kanak-kanak kerana pancreas tidak mampu mengeluarkan insulin untuk memproses glucose yang ada di dalam badan. Jadi ubatnya adalah dengan cara menyuntik insulin kepada pesakit. Jumlah penderita DM type 1 juga tidak ramai. Yang menjadi masalah besar ialah diabetes mellitus type 2. Penyakit ini terjadi kerana jumlah insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan insulin reseptor pada saluran darah tidak berfungsi dengan baik.Insulin akan memetabolisma glukos dalam darah dan glukos ini akan memasuki sel-sel dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga. Tenaga yang berlebih akan di simpan sebagai glycogen di dalam hati sebagai simpanan.Bila diperlukan glycogen ini akan di proses kembali menjadi tenaga. Bila seseorang menghidapi diabetes mellitus type 2 glukos yang ada tidak diproses sepenuhnya dan tidak disimpan sebagai glycogen. Akibatnya lebihan glukos dalam saluran darah akan keluar bersama air kencing. Sebab itu disebut kencing manis. Mungkin dulu para saintis tidak mempunyai alat untuk mengesan kehadiran gula di dalam darah. Jadi yang boleh dilakukan oleh mereka ialah dengan merasa kencing tersebut. Sebab itu mereka tahu rasanya manis.
Oleh kerana glycogen tidak disimpan oleh hati maka bila badan memerlukan lebihan tenaga maka simpanan lemak dalam hati akan dibakar menjadi tenaga. Sebab itu pada peringkan awal diabetes mellitus pesakit akan menjadi kurus kerana simpanan lemak telah dibakar menjadi tenaga.
Bila glukos berada banyak dalam darah maka ia akan menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah ke bahagian kaki, tangan, jantung, buah pinggang dan mata. Akibatnya terjadi komplikasi yang berat. Bila tak cukup bekalan darah ke kaki maka kaki akan menjadi kebas dan bekalan oksigen juga akan berkurangan kerana oksigen dibawa oleh darah. Akibatnya pesakit kurang sensitiviti deria rasa dan bila terpijak benda tajampun dia tak rasa.Jadi bila luka pula sulit untuk disembuhkan kerana darah tak membawa cukup oksigen. Kalau tak sembuh luka akan merebak dan kulit disekitar akan menjadi mati. Keadaan ini disebut gangrene dan ubatnya cuma satu iaitu kaki dipotong. Bila bekalan oksigen tak cukup ke jantung maka akan dapat sakit jantung. Bila kena pada mata maka terjadi retinopathy dan mata akan menjadi buta. Begitu juga buah pinggang akan rosak.
Tanda-tanda awal penyakit ini boleh dikesan jika ada tanda-tanda kerap kencing malam, rasa haus yang melampau, gatal-gatal pada celah kelengkang, gatal-gatal pada hujung jari kaki dan badan menjadi tak bertenaga dan cepat penat. Jika ada periksalah glood sugar anda di hospital atau diklinik. Jika blood sugar melebihi 6.2 mmol/l waktu kita berpuasa atau > 10mmol/l secara random maka kemungkinan anda pengidap kencing manis. Jadi perlu pemeriksaan lanjut untuk pengesahan. Apa yang dimaksud dengan puasa. Puasa artinya tidak makan atau minum minuman manis selama 6 hingga 8 jam sebelum darah diambil. Random pula dikira jika blood sugar diperiksa bila-bila masa.
Isnin kita sambung tentang rawatan dan langkah pencegahan
Wassalam

Thursday, November 12, 2009

Hari ni 12/11/09 bersamaan 24 zulhijah. Sekarang dah makin banyak penerbangan yang telah berangkat ke tanah suci. Ada yang melalui Jedah dan ada yang langsung ke Madinah.Kenduri kendara hampir tiap hari kerana tiap hari ada saja jamaah yang berangkat ke tanah suci.

Selain Calcium antagonis , satu lagi ubat hypertension adalah ACE inhibitor iaitu angiotensin converting enzyme inhibitor. Ginjal mengeluarkan sejenis hormon yang disebut Renin. Renin ini merangsang angiotensin 1 dan melalui proses enzim angiotensin 1 ditukar menjadi angiotensin 2. Jadi angiotensin 2 ini bertanggungjawab menyebabkan vaso kontriksi pembuluh darah arteri. Bila proses penukaran angiotensin 1 menjadi angiotensin 2 dihambat disebabkan terhambatnya enzim ACE maka vaso kontriksi arteri terhalang. Bila tak ada vaso kontriksi maka tekanan darah akan berkurangan. Jadi ubat-ubat yang bekerja dengan cara menghambat ACE enzim boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Ubat-ubat jenis ini sangat berkesan untuk mengawal tekanan darah tinggi dan mempunyai kurang kesan sampingan. Antara contoh ubat yang termasuk ke dalam golongan ini adalah Losartan, Irbesartan,Candersartan dan Valsartan. Di Malaysia yang paling banyak di jual adalah Losartan .
Kekesanan sesuatu ubat banyak dipengaruhi oleh sikap pesakit. Antara faktor penting adalah:

1. Komplian pesakit untuk memakan ubat. Apakah pesakit memakan ubat sesuai dengan arahan yang diberikan
2.Apakah tindakan pesakit bila timbul kesan sampingan seperti pening dan sakit kepala.Apakah pesakit akan datang kembali berjumpa doktor atau terus berhenti makan ubat tersebut kerana beranggapan ubat tersebut tidak baik
3. Apakah pesakit suka menukar sendiri dos ubat. Umpamanya kerana pesakit beranggapan ubat tersebut baik maka adalah lebih mujarab diambil dengan dos yang lebih besar tanpa mengikut arahan yang diberikan.
4. Anggapan yang salah . Biasanya dalam kes sebegini pesakit cenderung untuk mengurangkan dos kerana beranggapan jika mengikut dos yang diberikan akan menimbulkan bahaya. Jadi dia sendiri akan mengurangkan dos yang akan diambilnya. Ini adalah beberapa punca yang dikenal pasti kenapa rawatan penyakit kronik termasuk darah tinggi tidak berkesan.

Beberapa hari ni ada berita yang tidak mengembirakan kita. Antaranya adalah berita tentang pembunuhan nenek berumur 73 tahun oleh suaminya sendiri yang berumur 81 tahun. Puncanya kerana si isteri tetap menuntut cerai. Dalam akhbar hari ini diberitakan bahawa mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang graduan universiti kerana membunuh kekasihnya beberapa tahun yang lepas. Kejadian-kejadian sebegini amat menyayat hati tetapi ianya terjadi kerana kegagalan mengawal emosi. Akibat emosi yang meluap-luap maka manusia tergamak melakukan tindakan yang tak terfikir oleh akal sihat. Oleh itu pengurusan emosi amatlah penting di dalam kehidupan kita. Marilah kita sentiasa berdoa agar Allah tundukkan nafsu dan emosi kita agar kita dapat mengawalnya. Jika tidak entah apa yang akan terjadi.
Wassalam

Tuesday, November 10, 2009

Hari ni hari selasa 10/11/09. Semalam tak sempat nak menulis berita kerana sibuk. Sebetulnya semalam adalah ulang tahun yang ke dua puloh robohnya tembok berlin. Tembok ini dirobohkan pada 9 november 1989 iaitu 20 tahun yang lalu. Robohnya tembok ini mempunyai implikasi yang luas tentang keterbukaan dan hancurnya sebuah pemerintahan kominis yang telah menguasai Jerman Timur sejak perang dunia kedua.Hancurnya pemerintahan kominis di Jerman Timur adalah ekoran dari runtuhnya Uni Soviet yang menguasai sebahagian besar dunia sejak berpuluh tahun.
Kalau kita kaji sejarah dunia tidak ada suatu kuasa yang kekal memerintah selama-lamanya. Bangsa penjajah seperti Jerman, Sepanyol, Itali ,Inggeris ,Perancis akhirnya harus berundur dari tanah jajahan dan hanya tinggal di negara mereka sendiri setelah hilangnya kuasa yang ada. Negara-negara tersebut masih ujud tapi sudah tidak lagi mempunyai pengaruh. Negara uni soviet juga sudah berpecah dan yang tinggal hanya Rusia. Selebihnya telah membentuk negara sendiri dan telah menjauhkan sistem pemerintahan kominis.Mereka sebahagian besar telah menyertai NATO yang merupakan musuh ketat Uni Soviet satu waktu dahulu.
Sebelum Uni Soviet terkenal kekuasaaan Rome dan Parsi yang juga akhirnya lenyap. Ini bermakna setiap yang berkuasa akan mengalami zaman keruntuhan.
Yang menarik untuk diikuti adalah tentang kuasa Amerika Syarikat. Bilakah agaknya kuasa mereka akan hilang sama seperti kuasa-kuasa yang terdahulu. Hanya Tuhan yang tahu tapi tanda-tanda awal dah ada.Mata uang Amerika telah tidak lagi digunakan di banyak negara terutama di Eropah. Wang Eropah semakin tinggi nilainya dibandingkan dengan mata wang Amerika. Sekarang 1 dolar Amerika cuma 3.8 ringgit sedangkan 1Euro adalah 5.2 ringgit. Pound sterling juga sudah mulai menurun nilainya. Saya masih ingat lagi waktu kami ke London tahun 1997 nilai paun adalah RM 7 untuk satu paun tapi kini hanya RM 5.8 se paun.

Apa pengajaran yang kita dapat. Mestinya kita sedar bahawa tidak ada kuasa yang kekal. Parti LDP di Jepun sudah tidak lagi berkuasa pada hal mereka sudah memerintah sejak selesai perang dunia kedua. Oleh itu kuasa yang Allah bagi pada kita harus kita laksanakan sebaik mungkin. Jangan sampai dah terlepas baru kita nak menyesal. Harta yang ada juga perlu dijaga amanahnya sebelum harta itu hilang dari milik kita. Jadi runtuhnya tembok Berlin mempunyai pengajaran yang besar bagi kita. Ingatlah bahawa kuasa , harta, jawatan adalah titipan dari yang kuasa . Dia boleh ambil bila-bila masa yang Dia suka.
Wassalam

Friday, November 6, 2009

Hari ni 7/11/09 bersamaan 19 zulkaidah
Saya nak menyambung tentang ubat darah tinggi . Beberapa hari yang lepas saya telah menyentuh tentang diuretik dan beta blockers. Hari ni saya nak membicarakan tentang satu lagi golongan ubat darah tinggi iaitu Calcium antagonist. Ubat ini menghalang kerja calcium di dalam sel-sel otot. Bila pergerakan calcium dihalang maka contraction otot akan berkurangan dan ini menyebabkan terjadinya vasodilatasi pada pembuluh darah arteri. Bila pembuluh dara terdilatasi maka tekanan darah akan turun. Tekanan darah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu jumlah darah yang mengalir dan tekanan pada dinding arteri. Bila dinding arteri membesar maka secara otomatik tekanan darah akan turun. Ubat-ubatan golongan ini sudah mula diperkenalkan dan digunakan pada awal tahun 91. Jadi dah lebih 8 tahun digunakan di seluruh dunia. Contoh ubat-ubatan golongan ini adalah nifedipin, amlodipin, nicardipin,diltiazem serta verapamil. Nama brandednya macam-macm tergantung kepada pengeluar ubat tersebut. Ubat-ubatan jenis ini juga digunakan sebagai anti angina. Lain kali saya akan membincangkan tentang penyakit ini.Antara kesan sampingan yang dikenalpasti adalah sakit kepala, palpitation iaitu rasa gemuruh di dada,susah nak buang air besar, rasa nak pitam dan ada yang mengalami gatal kulit. Oleh kerana ubat ini menyebabkan vasodilatasi maka penyakit pening kepala, rasa nak pitam dan berdebar-debar tu akan menjadi perkara yang lumrah.Sebab itu jika pertama kali makan ubat ini pastikan anda berada dalam keadaan duduk di rumah atau di pejabat. Jangan makan ubat bila memandu atau sedang berjalan diluar kerana takutnya nanti ia menyebabkan anda pitam dan boleh menyebabkan kemalangan.Harga ubat berbagai tergantung kepada jenis jenama sama ada branded atau generik. Ubat generik tentu lebih murah.Keberkesanan ubat tergantung kepada disiplin pesakit untuk memakannya secara tetap seperti yang diarahkan disamping mengawal diet yang sesuai untuk penyakit darah tinggi dan melakukan senaman secara rutin.

Pagi tadi sambil minum pagi saya menonton motivasi pagi di TV. Topik yang disentuh adalah peranan para guru. Sebetulnya semua orang adalah guru. Seorang ayah adalah guru kepada isteri dan anak-anaknya. Seorang isteri adalah juga guru kepada suami dan anak-anaknya. Malah sekarang ini ramai isteri yang memegang jawatan lebih tinggi dari suami. Kalau kita rujuk sejarah rasulullahpun isteri pertama beliau adalah seorang ahli perniagaan yang ulung malah baginda pernah bekerja dengan Khatijah sebelum berkahwin dengannya. Seorang abang adalah guru kepada adik-adiknya. Seorang bos di pejabat adalah guru kepada anak buahnya. Kaedah yang paling berkesan adalah contoh tauladan dari segi perbuatan dan tingkah laku. Jika cakap lain buat lain maka pengajaran tidak akan memberikan apa-apa hasil ibarat mencurah air di daun keladi. Ibu bapa perlu memberi contoh tauladan terbaik dari segi perbuatan dan kata-kata. Dulu waktu saya bersekolah hormat pada guru sangat tinggi dan bila ibu bapa menghantar anaknya mengaji malah memberi amanah kepada guru untuk merotan anaknya jika anaknya melakukan kesilapan. Tapi hari ni jangan cuba-cuba nak rotan nanti ibu bapa akan kata pada guru" see you in court". Zaman dah berubah dan peranan guru juga dah berubah. Oleh kerana guru sentiasa merasa dirinya di kekang dan diancam maka ada yang mengambil sikap tak pedulil.Lantaklah. Yang pending aku mengajar, nak pandai ke tidak terserahlah. Habis kalau ditegur nanti apa lagi kalau di rotan guru pula yang akan mendapat susah.
Wassalam
Hari ni 6/11/09 bersamaan 18 zulkaidah.
Tengahari tadi saya solat Jumaat di salah sebuah mesjid di Seremban. Khutbah yang dibaca oleh tuan imam adalah tentang CSR bagi setiap muslim. Wah menarik juga khutbah tersebut. Kesimpulan yang dibuat oleh tuan imam adalah masyarakat Islam hari ini dah tak peduli dengan orang lain. Masing-masing hanya memikirkan tentang kepentingan diri. Kalau syarikat yang melakukan CSR ada hadiah yang menanti tapi kalau individu hadiah apa?. Kalau kita faham tentang konsep pahala maka hadiah yang lebih besar telah disediakan oleh yang punya alam ini. Cuma kerana nak nampak dek mata maka ramai yang tak peduli. Nabi mengajarkan kalau perut kamu kenyang sedangkan jiran kamu lapor maka kamu bukanlah pengikut ku, kata Nabi.Begitu prihatinnya Rasulullah tentang masalah ini. Sebagai insan kita perlu membahagikan masa kita kepada tiga iaitu tanggungjawab pada Qhalig, tanggungjawab pada diri dan tanggungjawab pada masyarakat. Kalau tak dilaksana Muslim kita tak sempurna dan kehidupan kita tak seimbang.Jangan hanya mementingkan diri kerana tak ada manusia yang boleh hidup sendiri. Contoh bila dah mati menjadi tanggungjawab orang lain untuk mengkebumikan mayat si mati.Tak ada mayat boleh mandi sendiri. Ini natijah yang nyata untuk direnungkan. Sesibuk manapun kita jangan lupa tanggungjawab kepada tiga perkara yang telah saya sebutkan tadi. Walaupun kita tak nampak dengan mata kasar tentang hadiah dari Allah tapi kita boleh rasakan. Jika hidup kita sentiasa tenang, rumahtangga aman, anak-anak kita patuh pada perintah maka itu tandanya Allah ridho pada kita .Itulah hadiah yang kita cari

Dalam Al Quran ada dua jenis makanan yang disebut khusus iaitu susu ibu dan madu lebah. Minggu lepas saya ada melayari internet dan terjumpa keajaiban madu lebah ini. Bersama ini saya kongsikan kandungan madu lebah untuk menjadi renungan kita:

-water 17%,
- natural sugar 79.5%: fructose 38%,dextrose 31%,maltose 7.3%,sucrose 1.3%,other sugars
1.5%
-Vitamins: A, beta carotene,B1,B2,B3,B5,B6,B8,B9 folate,C,D,E,K
-minerals :
calcium,copper,iodine,iron,magnesium,manganese,potassium,sodium,sulfur,phosphorous,zinc
-amino acid
-antioxidants

Semua yang diperlukan oleh tubuh ada dalam madu lebih.Oleh itu minumlah untuk kesihatan kita.
Wassallam

Wednesday, November 4, 2009

Hari ni 5/11/09 bersamaan 17 zulhijah.
Selain India negara Cina juga menjadi tempat outsource bagi syarikat-syarikat dari Jepun menggunakan kemudahan dunia siber. Salah satu bandar yang terkenal dengan projek ini adalah bandar Dalian iaitu 1 jam penerbangan dari Beijing. Bandar ini dulu pernah di jajah oleh tentera Jepun dan kesan peninggalan budaya Jepun masih dominan di bandar ini. Sekarang sahaja masyarakat di sini berlumba-lumba belajar bahasa Jepun dan dianggarkan 30% penduduk bandar ini mahir berbahasa dan menggunakan tulisan Jepun. Walaupun mereka pernah merasai kekejaman tentera Jepun tetapi demi mengejar kemajuan mereka boleh melupakan semuanya itu. Kalau Bangalore di India menjadi tempat outsourse bagi syarikat-syarikat dari Amerika maka Dalian menjadi tempat outsourse bagi Jepun. Beratus syarikat dari Jepun telah memilih syarikat-syarikat yang berada di Dalian untuk melakukan kerja-kerja yang berhubungkait dengan dunia siber. Salah satu syarikat yang terkenal adalah Ohmae and Associate milik konsultan ternama bernama Kenichi Ohmae. Sebelum membuka syarikat ini Ohmae adalah konsultan terkenal bagi McKinsey di Tokyo. Syarikat Ohmae melakukan kerja-kerja data entry. Syarikat-syarikat dari Jepun akan menghantar maklumat dalam tulisan tangan secara fax atau email ke Dalian dan syarikat Ohmae akan menukarkan tulisan tangan ke dalam bentuk digital dan di kirim kembali ke Jepun. Kerja-kerja sedemikian dibuat menggunakan software khusus. Software ini pula di pecah-pecahkan kepada packet-packet yang boleh di kirim ke berbagai tempat di Dalian untuk dilaksanakan. Kebanyakan pekerja syarikat Ohmae adalah suri rumah yang mempunyai berbagai kemahiran termasuk dalam bidang medik dan perundangan. Setakat ini terdapat 7000 surirumah yang bekerja untuk syarikat Ohmae. Data-data yang telah dimasukkan ke dalam komputer akan dicantumkan di syarikat Ohmae di Dalian dan disiapkan dalam bentuk digital untuk dikirim kembali ke Tokyo atau ke tempat di mana ianya dipesan.
Di samping data entry banyak juga syarikat yang menyediakan pelan rumah dan bangunan dalam bentuk digital. Semua outsource ini dilakukan di Dalian. Syarikyt-syarikat di Jepun akan melakar pelan bangunan menggunakan tulisan tangan dan di email atau di fax ke Dalian. Syarikat di Dalian akan melukiskan pelan tersebut dalam bentuk digital. Setakat ini syarikat Ohmae sahaja menerima tidak kurang dari 70 buah pelan setiap hari untuk disiapkan. Jadi sudah ujud peluang pekerjaan yang baru di Dalian kerana kos buruh yang jauh lebih murah. Gaji seorang engineer di Jepun sama dengan gaji 3 orang engineer di Dalian. Sebab itu banyak syarikat dari Jepun sudah membuka pejabat di Dalian untuk memanfaatkan kos yang lebih murah.
Wassalam

Tuesday, November 3, 2009

Hari ni 4/11/09 bersamaan 16 zulhijah

Semalam seharian saya menghadiri konvensyen ICC di port Dickson. Dulu disebut QCC yang dipopulerkan oleh orang Jepun .Kini dah tukar nama menjadi ICC. Ramailah yang terlibat dan berbagai projek yang dibentangkan. Orang yang bekerja memang faham tentang ICC ni tapi ramai yang lupa yang individu juga perlu mengamalkan kualiti dalam semua aspek kehidupan. Contoh yang paling mudah adalah apakah kita ni mempunyai kualiti sebagai ayah, kualiti sebagai suami atau kualiti sebagai isteri.Sebagai ayah kita perlu memberikan waktu yang berkualiti , memberikan kasih sayang yang berkualiti dan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak kita.Tiga perkara inilah yang sangat kritikal kepada kehidupan anak-anak kita.Makan pakai dan keperluan kebendaan banyak yang mampu tetapi ketiga perkara yang di atas banyak yang gagal untuk memenuhinya. Sebabnya mungkin berbagai dan alasan yang sering digunakan adalah tak ada waktu dan selalu sibuk.Kita kadang lupa anak-anak kita adalah talian hayat kita terutama bila kita dah tua nanti. Apa lagi kalau dah masuk ke alam barzah siapa yang nak menolong kita kecuali doa anak yang soleh.
Minggu lepas saya ada terbaca di akhbar harian utama. Di Terengganu lebih 30% pasangan yang berkahwin kurang dari 5 tahun bercerai kerana tiga faktor berikut:
1. Badan pasangan yang berbau
2.Hubungan seksual yang membosankan.
3.Pakaian isteri yang membosankan. Habis hari -hari pakai kain batik dan kemeja T yang dah
lusuh.
Dulu masalah yang sebegini mungkin masih boleh di toleransi oleh pasangan tapi kini dah menjadi alasan utama nak bercerai. Dalam Islam ada kaedah yang terbaik yang perlu diikuti oleh pasangan suami isteri. Kita di Malaysia dah cukup beruntung kerana sebelum kahwin perlu mengikuti kursus pra perkahwinan. Dalam kursus ini tentu dah diajar semua selok belok berumah tangga. Zaman saya dulu mana ada kursus yang begini tapi Alhamdulillah rumah tangga aman damai. Tapi makin ada kursus makin banyak pula masalah yang timbul. Islam mewajibkan kita menjaga kebersihan badan, hati , nurani dan fikiran . Kalau badan berbau carilah ubatnya. Takkanlah nak dibiarkan terus menerus sampai nak bercerai berai. Menurut keterangan pegawai agama, ada yang datang mengadu mengatakan bau badan pasangannya seperti bau ikan kering. Wah apakah tak pernah mandi.Kalau nak wangi bau badan gosok badan dengan limau purut .Lepas digosok langsung dibilas dengan air dan tak perlu di sabun. Kalau di sabun nanti baunya lain macam.Tak percaya. Kena cubalah.
Tentang penyebab yang kedua Islam mengajarkan kita mengikut kaedah yang tertentu. Hubungan seksual bukan untuk nafsu nafsi tapi sebagai rahmat Tuhan untuk menyalurkan keinginan batin manusia dan untuk melahirkan zuriat. Jadi sepatutnya tak timbul soal kebosanan hubungan suami isteri.Mungkin sekarang dah ramai yang terdedah dengan benda-benda yang tak berfaedah sehingga minda mudah terganggu.
Seorang isteri memang digalakkan berhias di depan suami bukan hanya berhias waktu nak ke pejabat. Jadi di rumah ke atau di luar rumah ke kena jagalah disiplin ini. Kalau tak jaga nanti si abang akan mencari cari alasan .Si abang juga perlu menjaga disiplin ni. Jangan di rumah asyik hanya berseluar pendek dan bajupun tak pakai. Bila isteri berkemban dia pandai komplain tapi bila dia yang buat macam tu dia pura-pura buat sadin je.

Dalam kehidupan
hari ini memang banyak cabaran yang diterima. Yang penting adalah kemahiran untuk mengatasi masalah ini. Kemahiran hanya diperolehi jika kita mau belajar. Tak kiralah mengikuti kursus ke, membaca buku ke atau menghadiri taskirah disurau atau mesjid. Kalau nak berkawan cari kawan yang boleh memberi nasihat bukan yang merosakkan. Orang tua-tua mengingatkan kita, berkawan dengan penjual minyak wangi tak dapat minyak wangi dapat juga baunya. Kalau berkawan dengan penjual besi, tak dapat besi dapat juga bau busuknya.Jadi pilihan di tangan kita.Medan mencari ilmu dah terbuka luas. Dalam dunia siber hari ni macam-macam maklumat boleh diperolehi dari internet. Kita cuma tinggal memilih.

Wassalam

Sunday, November 1, 2009

Hari ni 2/11/09 bersamaan 14 zulhijah.
Sekarang musim hujan. Pagi-pagi lagi dah hujan lebat. Biasalah bila sampai musim hujan maka jalan pun banyak yang berlubang. Gitulah saban tahun. Jalanraya di negara kita ni sering rusak kerana banyak sangat pihak yang suka menggalinya. Bila nak pasang paip air jalan digali, bila nak pasang kabel letrik pun digali, bila nak pasang paip kumbahan juga digali. Bila dah gali tak tutup betul-betul. Tutup pun ala kadar tak sama macam yang asal. Akibatnya bila hujan maka lopak sana lopak sini. Masalah ni dah berlarutan dari dulu sampai sekarang. Bila nak selesai tak taulah.
Musim hujan ni kita akan dapat selsema dan batuk. Ini dah menjadi fenomina biasa. Tapi jika flu dan batuk sekarang ni jangan ambil ringan kerana dikuatiri jangkitan H1N1. Sekarang dah senyap dah masalah ni dan ramai yang dah mula lupa. Biasalah macam tu, kita cepat lupa.Di Amerika timbul kepanikan baru tentang H1N1 kerana dah lebih 1000 orang yang mati. Katanya mereka terkena gelombang kedua H1N1. Negara-negara yang akan mengalami musim salji amat takut tentang gelombang kedua ni. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari serangan H1N1 gelombang kedua.
Sekarang ramai jemaah dah mula sampai di mekah dan madinah kerana musim haji akan bermula. Tapi setakat ini belum ada maklumat yang mereka ada yang diserang H1N1. Semoga Allah lindungi mereka yang menjadi tetamu Nya.
Di Amerika ada kajian yang terbaru tentang kesan statin terhadap peyembuhan H1N1. Ubat statin adalah ubat untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah tetapi ubat ini juga boleh menghilangkan kesan inflamasi pada badan. Salah satu kesan buruk H1N1 adalah inflamasi pada paru-paru sehingga kerja paru-paru menjadi lumpuh . Jadi ubat ini dikatakan boleh mengatasi masalah ini. Kajian masih pada peringkat awal.
Menyambung tentang cerita darah tinggi. Hari sabtu lepas saya ada menulis tentang ubat diuretik untuk mengawal darah tinggi. Ubat lain yang digunakan adalah Beta blockers. Ubat ini menghambat pengaktifat reseptor beta dalam jantung. Dengan cara ini tekanan pada jantung dapat dikurangkan dan jantung menjadi lebih relax. Bila keadaan ini berlaku tekanan darah dapat diturunkan.Contoh beta blocker adalah metoprolol.Cuma masalah ubat ni jika dimakan boleh menyebabkan kesan asthma menjadi lebih teruk dan badan akan terasa lemah sedikit. Kesan sampingan lain adalah mengurangkan nafsu seks laki-laki
Pesakit yang menggunakan ubat ini perlu mendapat maklumat yang secukupnya dari doktor atau ahli farmasi kerana kesan sampingan yang telah disebutkan tadi.Masalah yang selalu timbul adalah maklumat tak diberikan. Jika pun diberikan pesakit tak faham. Jadi bila mereka mula memakan ubat berkenaan dan kesan sampingan timbul maka pesakit akan terus berhenti makan ubat dan akibatnya tekanan darah tinggi tidak terkawal. Jika tekanan darah tidak dikawal dalam jangka yang panjang maka pesakit akan mendapat komplikasi dari penyakit ini. Inilah yang banyak terjadi di negara kita dimana jumlah pesakit yang menderita komplikasi semakin meningkat dan penyakit jantung sekarang ini sudah menjadi pembunuh nombor satu di negara ini.Jika anda menjadi pesakit sebelum menggunakan sesuatu ubat maka dapatkan maklumat yang lengkap dari doktor berkenaan. Jika tak faham juga dapatkan maklumat dari ahli farmasi. Pastikan anda faham betul-betul cara penggunaannya serta kesan sampingan yang mungkin timbul. Kesan sampingan ini bervariasi dari seorang individu ke individu yang lain.
Oleh itu maklumat yang tepat sangat penting
Sampai jumpa lagi.Wassalam