Thursday, December 29, 2011

Kebelakangan ini makin banyak kes Influenza A dan Influenza B. Ada juga beberapa kes H1N1 cuma kesannya taklah seserius seperti dulu. Kalau nak berbicara tentang penyakit influenza ni memang tak akan ada penghujungnya kerana virus influenza ini terdiri dari banyak strain. Lain tahun lain strain yang datang menyerang. Lagi pula penyakit ini berhubungkait dengan virus. Jadi tidak ada ubat yang spesifik.Memang ada injeksyen berbentuk vaksin, cuma masalahnya adalah strain mana pula yang akan menyerang.Jadi vaksin yang ada sekarang ini tak boleh memberi jaminan yang penggunanya akan selamat dari serangan penyakit influenza. Bagi saya yang lebih penting adalah menjaga kesihatan kita dengan melakukan cara hidup yang baik.Kita perlu menjaga pemakanan kita, exercise yang cukup , ketenangan fikiran dan perbanyak hubungan dengan Ilahi. Insya Alllah pertahanan badan kita cukup untuk melindungi diri dari sebarang penyakit.

Beberapa hari lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan tahun baru 2012 akan menjenguk kita. Panjang umur InsyaAllah kita akan memasuki tahun baru. Apa azam kita untuk tahun baru ni. Ada yang dah melakarkan perancangan yang teliti tapi kebanyakan kita akan membiarkan ianya berlalu begitu saja.Rasanya perlu kita lakarkan perancangan yang rapi supaya kualiti hidup kita akan lebih baik.Dalam syarikat ada budget, capex dan strategi yang perlu diatur untuk dilaksanakan pada 2012. Tapi strategi peribadi tak banyak yang ambil peduli. Yang paling penting adalah strategi untuk lebih mendekatkan diri pada sang pencipta. Kalau sebelum ni kita tak begitu serius maka tahun yang mendatang ni perlu lebih serius kerana umur semakin bertambah dan jatah untuk hidup semakin kurang.Tambah 1 tahun bererti kurang jatah hidup satu tahun. Kalau bekal tak cukup nak dibawa balik ke dalam kubur dan alam akhiran nanti maka rugilah kita. Kita tak tahu bila Tuhan akan memanggil kita kembali. Sekarang ni bukan boleh tentu yang muda akan hidup lebih lama dari yang tua.Prince Philip dah mencapai 90 tahun masih hidup tapi ada yang masih muda belia dah dipanggil Ilahi. sebab musabab tu hanyalah lumrah alam .Yang pasti tak ada siapa yang tahu bila kita akan kembali. Sebab itu Nabi berpesan bekerjalah untuk dunia mu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan bekerlah untuk akhirat mu seolah-olah kamu akan mati besok hari.


Wassalam

Wednesday, December 14, 2011

Hari Jumaat yang lepas saya mempengerusikan forum CABG di PD. Forum ini julung kali diadakan dengan menjemput 2 orang pakar bedah jantung dan 2 orang pesakit yang telah menjalani pembedahan CABG. Peserta tak lah begitu ramai tapi melebihi juga 70 orang. Perbincangan amat berjalan lancar. Kami dapat maklumat yang tepat dari bekas pesakit tentang perassn mereka dan cara mereka menjalani kehidupan sebaik selesai menjalani pembedahan CABG. Menurut mereka bermacam perasaan yang timbul bila doktor mengesahkan yang mereka perlu menjalani pembedahan CABG. Tapi nak buat macam mana dah terpaksa maka merekapun rido menjalani pembedahan tersebut. Kata mereka setelah pembedahan taklah sulit sangat untuk menjaga diri supaya cepat sembuh. Kata mereka 2 bulan dah boleh memandu kereta.Pesakit yang pertama tak ada sebarang sejarah penyakit tapi tiba-tiba mengalami sakit dada dan disahkan perlu menjalani pembedahan CABG. Pesakit kedua pula memang mengidap kencing manis waktu berusia 28 tahun dan darah tinggi bila mencapai umur 40 tahun. Jadi keadaan mereka cukup berbeda.Tapi kini kedua-duanya dapat menjalani kehidupan secara normal. Yang Bila saya tanya pada doktor pakar dia kata pembedahan akan hanya tahan selama 10 hingga 15 tahun.Paling maksimum 17 tahun.Lepas tu kenalah menjalani pembedahan kedua.Wah suspen juga kalau gitu. Ini lebih baik dari angioplasty yang kadang kala hanya bertahan beberapa tahun lepas tu sumbat lagi dan perlu dimasukkan spring baru.

Sama ada angiplasty atau CABG , ianya tergantung kepada keadaan pesakit dan perlu diperhalusi secara teliti oleh pakar cardiology dan kapar bedah jantung.


Malam isnin ada satu lagi ceramah tentang plastic surgery. Ada ilmu baru yang saya dapat iaitu tentang penggunaan stem cell. Stem cell ini digunakan untuk mengganti cell-cell badan yang telah mati. Sekarang telah ada syarikat yang menjual stem cell ini kepada doktor untuk digunakan pada pesakit.Di negara kita dah lebih 15 tahun cuma tak ramai yang tahu.Stem cell ini diperoleh oleh syarikt tersebut dari donor yang usianya di bawah 25 tahun.Cell ini kemudian diproses dan dijual untuk keperluan pesakit yang memerlukannya.Bila saya tanya doktor kata harganya RM 29k setiap kali suntik.Wah mahal betul dan ramai yang mampu membelinya.Tentu bidang ini masih baru dan memerlukan lebih banya penyelidikan sebelum betul-betul digunakan secara meluas.Cuma harga yang sebegitu tak terjangkau oleh masyarakt umum.

Wassalam