Thursday, December 29, 2011

Kebelakangan ini makin banyak kes Influenza A dan Influenza B. Ada juga beberapa kes H1N1 cuma kesannya taklah seserius seperti dulu. Kalau nak berbicara tentang penyakit influenza ni memang tak akan ada penghujungnya kerana virus influenza ini terdiri dari banyak strain. Lain tahun lain strain yang datang menyerang. Lagi pula penyakit ini berhubungkait dengan virus. Jadi tidak ada ubat yang spesifik.Memang ada injeksyen berbentuk vaksin, cuma masalahnya adalah strain mana pula yang akan menyerang.Jadi vaksin yang ada sekarang ini tak boleh memberi jaminan yang penggunanya akan selamat dari serangan penyakit influenza. Bagi saya yang lebih penting adalah menjaga kesihatan kita dengan melakukan cara hidup yang baik.Kita perlu menjaga pemakanan kita, exercise yang cukup , ketenangan fikiran dan perbanyak hubungan dengan Ilahi. Insya Alllah pertahanan badan kita cukup untuk melindungi diri dari sebarang penyakit.

Beberapa hari lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan tahun baru 2012 akan menjenguk kita. Panjang umur InsyaAllah kita akan memasuki tahun baru. Apa azam kita untuk tahun baru ni. Ada yang dah melakarkan perancangan yang teliti tapi kebanyakan kita akan membiarkan ianya berlalu begitu saja.Rasanya perlu kita lakarkan perancangan yang rapi supaya kualiti hidup kita akan lebih baik.Dalam syarikat ada budget, capex dan strategi yang perlu diatur untuk dilaksanakan pada 2012. Tapi strategi peribadi tak banyak yang ambil peduli. Yang paling penting adalah strategi untuk lebih mendekatkan diri pada sang pencipta. Kalau sebelum ni kita tak begitu serius maka tahun yang mendatang ni perlu lebih serius kerana umur semakin bertambah dan jatah untuk hidup semakin kurang.Tambah 1 tahun bererti kurang jatah hidup satu tahun. Kalau bekal tak cukup nak dibawa balik ke dalam kubur dan alam akhiran nanti maka rugilah kita. Kita tak tahu bila Tuhan akan memanggil kita kembali. Sekarang ni bukan boleh tentu yang muda akan hidup lebih lama dari yang tua.Prince Philip dah mencapai 90 tahun masih hidup tapi ada yang masih muda belia dah dipanggil Ilahi. sebab musabab tu hanyalah lumrah alam .Yang pasti tak ada siapa yang tahu bila kita akan kembali. Sebab itu Nabi berpesan bekerjalah untuk dunia mu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan bekerlah untuk akhirat mu seolah-olah kamu akan mati besok hari.


Wassalam

No comments:

Post a Comment