Wednesday, December 19, 2012

Assalamualaikum wr. wb

Sekarang dah hampir penghujung tahun 2012. Waktu cepat berlalu dan memang tak terasa. Dah 3 bulan tak sempat menulis sebab banyak sangat halangan.
Bulan Oktober saya dan keluarga berkesempatan melawat beberapa negara Eropah. Saya kebetulan menghadiri konferense ISQUA di Geneva Switzerland selama 4 hari. Jadi kami gunakan kesempatan ini untuk keliling Eropah. Saya, isteri dan anak yang kedua berangkat menggunakan pesawat Emirat pada 10 Oktober 2012. Penerbangan dari KL langsung ke Dubai mengambil masa 7 jam. Selepas mendarat di Dubai terpaksa lepak kat airport selama hampir 4 jam dan selepas itu baru ambil pesawat lain terus ke Geneva yang mengambil masa 4 jam. Bila mendarat di lapangan terbang Geneva saya amat terkejut kerana lapangan terbangnya sederhana sahaja, seperti salah sebuah lapangan terbang tempatan di Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan KLIA jauh sekalilah. Lepas tu kami langsung mencari hotel yang telah ditempah lebih awal melalui internet. Rupanya hotel tempat kami menginap tu terletak di bahagian Perancis kerana Geneva bersempadan dengan Perancis. Wah lagi sekali saya teruja kerana tak pernah terfikir akan duduk di Perancis pula. Oleh kerana Switzerlan dan Perancis sama-sama anggota EU maka rakyat kedua negara bebas keluar masuk melalui sempadan tanpa ada pemeriksaan imigresen. Waktu kami melintas sempadan kedua negara memang nampak ada pos kawalan yang telah kosong. Mungkin dulu sebelum ada EU ada pemeriksaan imigresen tetapi sekarang dah tak ada lagi. Pemandu teksi yang membawa kami rupanya seorang Muslim yang berasal dari Kosovo. Keluarga beliau memang sudah lama berhijrah ke Switzerland.Sempat jugalah kami berbual .Bahasa Inggerisnya taklah begitu bagus tapi dapat juga difahami. Dia ada tunjukkan beberapa kedai yang menjual makanan Halal. Diapun tanya saya kenapa menetap dihotel sebelah negara Perancis kerana agak jauh dari tempat konferen. Saya kata sayapun tak perasan yang hotel tu berada di negara Perancis. Urusan menempah hotel ni dibuat oleh sekretari saya. Jadi asalkan harganya sesuai sayapun kata ok.
Kami sampai hampir nak petang. Lepas cek in kami cubalah nak naik trem untuk melawat bandar Geneva. Malangnya nak beli tiket tak tahu. Bila saya tanya beberapa petugas yang ada tak ada seorangpun yang boleh berbahasa Inggeris. Saya pula tak tahu bahasa Perancis. Jadi dah jadi macam ayam bercakap dengan itek. Mereka cuma tunjuk mesin untuk membeli tiket. Malangnya mesin inipun menggunakan bahasa Perancis, jadi saya pun tak tahu nak guna. Jadi batallah niat kami nak naik trem petang tu. Bila perancangan ni dah gagal maka kami mengambil keputusan untuk berjalaan  memasuki sempadan negara Switzerland. Kebetulan dah penat berjalan terjumpa pula resstoran kebab milik orang Turki. Di depan kedai ada tertulis perkataan halal. Jadi kamipun singgah di situ untuk makan kebak.  

1 comment:

  1. Seronoknya Tuan Hj berjalan. Moga Allah panjangkan umur Tn Hj dalam iman dan amal berpanjangan...

    ReplyDelete