Sunday, August 14, 2011

Hari ini adalah hari yang keempat belas kita berpuasa.Dah memang jadi kebiasaan bulan ramadan dah sinonim dengan bulan makanan.berbagai juadah yang dijual dibanyak tempat.Bagi yang berduit shopping sakan setiap petang.Makanan yang tak pernah dijual pada hari biasapun ada yang muncul pada bulan Ramadan.Cuma yang kita kuatirkan adalah kalau sampai membazir kerana dibuang selepas berbuka puasa.Dilaporkan di Dubai bertan-tan makanan dibuang setiap hari kerana tak habis dimakan selepas berbuka puasa.Ini memang sesuatu yang malang kerana dibahagian Afrika banyak yang mati kebuluran.Di Somalia sekarang sedang menghadapi musibah kebuluran kerana musim kemarau. Semangat ramadan mengajar manusia supaya merasai derita orang yang kelapran bila dia berpuasa.Jadi adalah malang jika orang yang sedang berpuasa tak dapat menghayati semangat ini sehingga membazirkan makanan.mentang-mentanglah duit ada dan makanan pula banyak.
Kita pun tak pasti apakah penjual makanan untuk berbuka itu melaksanakan solat mereka .Takut nanti duit dapat tanggungjawab pula diabaikan.Jangan kerana sibuk berniaga solatpun tidak.Puasa pasangannya adalah solat.Tak sempurna ibadah sesorang jika tak solat.
Cakap soal makan ini saya teringat suatu pengalaman yang saya lihat beberapa hari sebelum ramadan.Waktu itu saya menaiki kereta di Kuala Lumpur kerana ada urusan.Terkejut beruk saya dibuatnya bila saya lihat ada seorang pemandu yang sedang makan nasik dalam kereta sambil memandu.Saya lihat orang ni sadin aja makan nasi yang dibungkus dalam bungkusan polistrin sambil memandu kereta.Dia tentunya menggunakan sebelah tangan untuk menyudu nasi dan lauk dan sebelah tangan lagi memegang stering.Wah memang luar biasa.Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi turut membahayakan orang lain.Entah kenapa mungkin sibuk sekali sehingga tak ada masa nak makan secara normal sehingga memilih cara makan yang sebegini.Dunia memang dah nak terbalik barangkali.Kalau melihat orang memandu sambil makan kuih tu biasalah tapi kali ni memang luar biasa kerana makan nasi sambil memandu.

Dua hari lepas ada dilaporkan dalam akhbar tentang penemuan baru dalam bidang perubatan.Sekarang di UK sudah ada syarikat yang mengeluarkan kit perubatan yang boleh mengesan jantina bayi yang baru berumur dua bulan hanya dengan mengambil sampel dari dari sang ibu.Melalui kit ini jantina boleh ditentukan.Kalau cara konventional jantina hanya buloh dikesan menggunakan ultrasound setelah janin berumur empat bulan.Khabarnya syarikat ini tidak akan menjual produk ini ke negara Cina dan India kerana dikuatiri disalahguna.Di negara yang hanya membenarkan satu keluarga mempunyai satu orang bayi sahaja tentu akan berlaku pemilihan jantina anak oleh ibubapa.Kalau mereka mahu anak laki-laki sedangkan test menunjukkan janin perempuan maka ada kemungkinan janin tersebut akan digugurkan.Inilah masalahnya dengan teknologi baru yang tujuan utama untuk kebaikan tetapi ada kalanya disalahgunakan.

Wassalam

No comments:

Post a Comment