Wednesday, October 5, 2011

Yang paling menarik di Hong Kong adalah sistem pengangkutan awamnya.Sebab itu jalanraya mereka taklah sesesak di Kuala Lumpur.Bila saya menaiki MTR(keretapi bawah tanah)memang kagum saya.Dalam tanah tu ada tiga atau empat tingkat laluan keretapi MTR.Seluruh Hong Kong boleh dijelajah oleh sistem MTR ni.Sebut saja nak kemana , akan ada laluan MTR dari Hongkong hingga ke Kaw Loon dan Lantau. Macam biasa MTR penuh dengan penumpang.Taklah sesak sangat tapi cukup selesa dan memudahkan.Pakai aja map yang disediakan maka kita akan sampai ketempat tujuan. Didaratan ada Trem, keretapi letrik yang cukup tua sejak perang dunia kedua tapi masih baik dan boleh digunakan diseluruh Hong Kong.Kosnya pula amat murah , cuma $HK 2.30, jauh dan dekat. Selama 5 hari saya gunakan trem ini untuk ke berbagi tempat di Hong Kong.Selain tu bas dua tingkat mereka cukup efisien dan cukup banyak.Harga tambangpun berpatutan cuma lebih mahal dari trem.

Untuk menyeberang ke Kaw Loon ada perkhidmatan feri yang berulang alik banyak kali.Waktu yang diperlukan kurang dari 20 menit. Kos pun berpatutan.Jadi tak ada sebab untuk memiliki kereta peribadi kecuali bagi yang betul-betul kaya. Tak ada kereta sendiripun tak jadi masalah. Alangkah baiknya jika sistem begini ada di KL, PJ dan Shah Alam.Kuranglah masalah stress dijalanan.

Tentang makanan halal memang rumit.Kami bernasib baik kerana kebetulan berjumpa dengan seorang bibi Indonesia yang sudah bekerja selama 7 tahun di Hong Kong.Dialah yang menunjukkan warung Pak Malang, milik orang Indonesia yang mempunya sijil halal.Wah lega rasanya sebab dapat makan makanan kita tanpa was-was.Restoran ini terletak di kawasan causeway ,tak jauh dari jalan besar berhampiran SOGO.Walaupun warung ni tak besar tapi cukup untuk menampung keperluan orang Islam di situ.Saya sempat berbual dengan Pak Haji ni, pemilik warung berkenaan.Katanya dia berasal dari Gembong , Jawa dan bekas pekerja kedutaan Indonesia.Setelah bersara dia dan keluarga membuka warung tersebut bermula 7 tahun yang lalu.

Wassalam

No comments:

Post a Comment