Thursday, February 9, 2012

Dah lama sungguh tak menulis di blog.Entahlah kegairahan itu seperti telah hilang.Memang untuk istiqamah dalam sesuatu perkara tu memang menjadi cabaran yang cukup besar. Dari 24 Januari hingga 31 Januari, saya ,isteri dan dua orang anak mengembara di Turkey. Kami berangkat dari KLIA menuju Dubai pada 24 Jan lebih kurang jam 11.30 pagi.Setelah 7 jam lebih mendarat di Dubai untuk transit.Dua jam kemudian terbang ke Istanbul yang mengambil masa 4 jam.Jenuh jugalah dalam kapalterbang.Sampai di Istanbul pukul 3.30 petang waktu tempatan.Kami langsung check in di hotel 3 bintang.Hotelnya cukup selesa tapi pelayannya tak ada PR langsung.Dah lah cakap orang puteh tak pandai, jadi macam ayam bercakap dengan itek.Nak Buat macam mana dah macam tu.Kalau di malaysia pekerja yang macam tu patut diberhentikan dari bekerja sebagai receptionist.Musim tu dah musim sejuk>Suhu di bawah 7 derjah centigrade. Keesokannya kami merayau di dataran SultanAhmad dan berjumpalah dengan beberapa orang Turkey yang cukup peramah.Mereka tahu tentang Malaysia.Ada seorang hamba Allah tu amat gembira bila mendapat tahu yang kami dari Malaysia kerana anak perempuan dia akan masuk UIA di KL tahun ni.Alangkah gembiranya dia bercerita tentang perkara ni.Dia juga yang memperkenalkan saya dengan tourist agen di dataran Sultanahmed. Saya langsung ke situ untuk membeli tiket bas ke Ankara.
Keesokan paginya saya berangkat ke angkara bersama keluarga menaiki bas.Wah basnya amat canggih macam kapalterbang.Fasiliti video system macam kapalterbang. Bas cukup selesa dan meng ambil masa 6 jam untuk sampai ke Angkara ibu kota Turkey. Sampai di Angkara kamai menginap di hotel.Kat sini layanannya hebat.Receptionist cukup peramah dan memberi panduan tempat-tempat yang perlu dilawati. Keesokan harinya salji turun cukup lebat.Inilah pengalaman pertama saya dan keluarga menikmati salji.Dah tua begiti baru jumpa salji turun cukup lebat.Kami sekeluarga mengambil teksi untuk melawat muzium.Sampai di muzium salji turun cukup lebat. Apa lagi anak isteri saja asyik bermain salji walaupun suhunya menggigit sampai ke tulang.Muzium ini menyimpan khazanah kebudayaan turkey dan cukup ramai pegawai yang bertugas di sini .Takut barang-barang dirosak oleh pengunjung.Ambil gambar boleh tapi tak boleh guna flash.

Lepas 4 jam kami terpaksa balik ke hotel kerana salji semakin tebal dan suhu dah mencengkap sampai ke tulang.Teksi yang mulanya janji nak datang balik nyatanya batang hidungpun tak nampai.Kami terpaksa ambil teksi lain.

Besoknya kami sekeluarga balik semula ke Istanbul dengan menaiki bas.

Nanti di sambung

No comments:

Post a Comment