Sunday, February 12, 2012

Negara Turki mungkin tak begitu popular dengan rakyat Malaysia.Waktu kami di Ankara bila sebut saja Malaysia orang kat sana tercengang-cengang.Di Istanbul Malaysia agak popular kerana ramai orang kita berkunjung ke sana terutama pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Timur Tengah serta jemaah Umrah dari Malaysia.

Yang merumitkan adalah nak tukar duit Lira Turkey tak ada yang jual di Malaysia, hatta kat airport KLIA pun tak ada.Nasib baik sebelum berangkat saya tukar duit guna US dollar.Sampai di airport Istanbul saya tukar duit Lira Turkey.Bila nak guna ringgit mereka tak terima, nasib baik ada bawa US dollar. Wah kalau tidak haru biru. Hotel tempat menginap di Istanbul dah saya bayar siap-siap melalui travel agen di Malaysia kalau tidak lebih haru.Bila saya nak extend setengah hari bilik hotel mereka tak terima credit card, nak cash pula. Wah cukup rumit.Dah banyak juga saya berkeliling di seluruh pelusuk dunia tapi pertama kali card credit mereka tak mahu tapi mahu cash. Heran dan ajaibnya travel agen kat sana terima pula card credit untuk booking hotel di Ankara. Sebab tu kalau nak travel ke negara orang lain kali kena cek betul-betul dengan travel agen kat sini sama ada hotel kat negara tersebut terima credit card atau tidak.

Kat Ankara atau Istanbul mereka lebih suka duit Euro .Nak bayar USD pun tak terima kecuali Euro atau Lira Turkey.Wang Turkey dua kali ganda dari ringgit .Jadi semua barang yang nak dibeli kena kali dua. Jadi serba mahallah jadinya. Yang murah cuma pakaian, baju, sluar, jaket dan kasut walaupun di kali dua masih murah dari harga di Malaysia. Saya ada juga tanya penjual tu , apakah barang-barang tersebut mereka ambil dari Cina. Mereka spontan jawab, Cina haram, semua made in Turkey. Mereka cukup berbangga dengan produk keluaran mereka sendiri.

Saya yakin ekonomi mereka cukup kukuh. Di masa negara-negara ropah seperti Greek,Sepanyol, Italy yang dah bankrup, Iceland dan Island pun gitu , ekonomi Turkey justeru berkembang pesat.Pertumbuhan tahunan melebih 5% dan satu-satunya negara di kawasan Eropah yang berkembang maju.Rating Perancispun dah turun dari triple A kepada double A. Ini perkembangan yang cukup menarik untuk kita ikuti.

Saya lihat orang Turkey ni memang macam matsaleh.Memang sebiji macam orang Eropah kecuali mereka Islam.Yang bertudungpun dah mulai banyak, tak macam dulu tudung diharamkan sejak Kamal Atartuk mensekularkan Turkey setelah dia jadi Presiden setelah selesai perang dunia yang pertama. Kesedaran Islam dah mulai naik balik diTurkey di bawah kepimpinan Taib Erdogan.Harap-harap sinar tu akan lebih bercahaya di masa mendatang. Bangsa Turkey adalah bangsa besar yang pernah jadi super power menakluki sebahagian besar dunia di bawah pemerintahan empayer Otmaniah.


Di Istanbul saya menginap di hotel tiga bintang di kawasan Askaray.Tak payahlah nak cerita nama hotel sebab saya tak berkenan dengan customer service nya.Sebaik sampai di Istambul kami sekeluarga naik bas hop on hop off untuk keliling bandar Istanbul. Inilah kabiasaan saya kalau ke negeri orang.Jadi bas ni akan keliling seluruh bandar dan mudah bagi kami nak follow up keesokan harinya tempat-tempat yang akan dituju. Perjalanan menaikin bas hop on hop off ni memakan masa lebih dari dua jam.Seluruh bandar Istanbul dijelajahi dan puaslah melihat tempat-tempat yang bersejarah.Keesokan harinya kami naik kereta api letrik yang cukup murah. Cuma Dua lira bersamaan RM 4 .Jauh dekat kosnya saya.kamipun naik turun kereta api ni setiap hari untuk keliling bandar Istanbul.Pada hari keempat kami naik keretapi ni dari hujung ke hujan yang cuma dua Lira.Masa perjalanan pun melebihi dua jam.Jadi sempatlah melihat setiap bandar yang dilalui oleh keretapi ni.

Kat Istanbul ramai juga rakyatnya yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, terutama yang menjual barang di pasar.jadi mudahlah sikit. Pemendu teksi di Ankara yang langsung tak tahu bahasi Inggeris.Penjaja di pasar Istanbul boleh tahan juga , ramai yang pandai bahasa Inggeris.Yang boleh bertutur bahasa melayu ada juga tapi beberapa patah perkataan sahaja .Yang lucunya mereka kenal kita orang Malaysia.Bila nampak kami langsung di sapa, dari Malaysia, apa khabar, khabar baik,terima kasih, sama-sama.mereka yang tanya mereka sendiri yang jawab.Ada seorang penjual baju tu agak lumayan bahasa melayunya.Dia kata dia ada girlfriend bernama Azizah yang tinggal di KL dan orangnya cukup cantik.Itu kata dia, entah ia entah tidak dia saja yang tahu.

Wassalam

1 comment:

  1. Im going to istanbul this jan. Just wanna ask,how much for hop on hop off bus n for the hotel?
    Is that easy to travel without tourguide?

    ReplyDelete