Tuesday, April 26, 2011

Menjelang subuh tadi hujan turun cukup lebat tapi jam 7.30 pagi dah tinggal renyai-renyai.Cuma macam biasa setiap kali hujan tak kira lebat atau renyai jalan akan jadi sesak.Memang ini fenomina biasa di Seremban.Di KL mungkin lebih teruk.aginilah rutin harian kita sehingga banyak yang menjadi stress dan akhirnya menghidap penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
Cuaca kini sukar di ramal.Kalau dulu musim tengkujuh pada akhir tahun tapi kini hujan ribut boleh turun bila-bila masa.Kenapa hanya Tuhan yang tahu.Tapi Allah dah memberi peringatan akan terjadi kerusakan di muka bumi kerana ulah tangan-tangan manusia.

Beberapa minggu lepas heboh tentang telur ayam palsu. Wah telur ayampun boleh dipalsukan.ini sungguh luar biasa. Kalau baju, tali pinggang, kasut palsu tu perkara biasa.maksud palsu adalah penciplakan jenama oleh sayarikat lain tanpa keizinan pengeluar asal. Tapi bila telur palsu ni macam mana.Telur ayam dikeluarkan oleh ibu ayam.jadi macam mana nak palsukan telur ni.

Rupa-rupanya bila saya baca sebuah artikel tentang perkara ini, rupanya telur ayam palsu dibuat dari bahan kimia bukannya di keluarkan oleh ibu ayam.Semua kandungan telur adalah bahan kimia.Kulit telur dibuat dari calcium carbonate.isi dalamnya yang berupa kuning telur dan bahan telur yang putih dibuat dari kalsium kloride, sodium alginate , dgelatin dan beberapa bahan kimia yang lain.Sekali imbas memang macam telur biasa tapi semuanya bahan kimia.Kenapa manusia tergamak membuat pemalsuan ini tanpa memikirkan keselamatan orang yang akan memakannya.Tentu jawapannya mudah saja iaitu sifat tamak haloba.Yang penting duit, orang lain nak jadi apa terserah.

Dulu heboh soal melanin yang digunakan untuk mengganti protein dalam susu sehingga ramai kanak-kanak yang mati kerana meminum susu tersebut.Kini dah senyap berita ini, tak tahulah mereka dah berhenti mengeluarkannya atau dah tak lagi menjadi bahan berita.Kesan keracunan telur palsu ni masih belum ada yang dilaporkan.Tunggu sajalah nanti suatu hari akan ada berita yang menakutkan ini.

Sifat tamak manusia memang tak boleh dikekang kecuali melalui Iman. Jika tak ada iman manusia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kesenangan tanpa mempedulikan halal haram.

Tanggungjawab kita sebagai ibubapa mempastikan anak-anak kita ditanamkan ajaran agama supaya ada ketahanan iman dan mereka boleh membezakan yang mana halal dan yang mana haram. Manusia sering lupa yang apabila mereka mati semua harta kekayaan ini akan ditinggalkan.
Wassalam

No comments:

Post a Comment