Saturday, April 9, 2011

Pada 2 April saya dan keluarga berangkat ke Dubai menaiki Emirate airline. Penerbangan melalui KLIA tepat jam 7.30 malam .Sepanjang perjalanan cuaca sangat baik dan layanan petugas dalam kapalterbang sungguh baik. Naik saja pesawat disajikan makanan ringan , kemudian makan malam dan beberapa jam sebelum mendarat disajikan lagi makanan.Layanan cukup baik dan semua makanan adalah halal. Penerbangan menggunakan pesawat Boeing 777 yang cukup selesa.Lama perjalanan adalah 7 jam dan kami mendarat di lapangan terbang Dubai jam 10.30 malam.Tambang untuk seorang pergi balik termasuk cukai adalah RM 2,200 yang dikira cukup berpatutan. Sampai di airport kami dijemput oleh pihak penganjur yang langsung membawa kami ke hotel Grand mid west.Hotel ini juga berfungsi sebagai apartment.kami disediakan sebuah bilik apartment yang boleh menampung tiga orang penghuni.Cukup lumayanlah bilik dan kemudahan yang ada. Keesokan harinya kami dibawa menggunakan MPV menuju Fujairah tempat berlangsungnya conference.Jarak Fujairah dari Dubai adalah 115km tapi perjalan mengambil masa dua jam kerana banyak berhenti dan pemandu mengikut had laju yang ditentukan. Jika melebihi 120km/jam maka kereta akan mengeluarkan bunyi. Rupanya perjalanan kereya dikawal oleh pihak syarikat menggunakan sistem GPS.Jadi pemandu tak berani membawa laju. Macam biasa pemandu adalah orang Pakistan .Di Dubai, Abu Dhabi dan daerah lain di UAE kebanyakan pemandu kereta penumpang adalah Pakistan atau Bangladesh. Saya dijemput intuk membentangkan kertas kerja di forum Fujairah International Business Forum yang berlangsung dari 4-5 April 2011. Giliran saya adalah pada hari pertama dan sambutan sungguh baik.Dewan penuh dengan peserta dari seluruh dunia.Kebanyakan speaker adalah MD/Group CEO atau President syarikat. Saya sebetulnya mewakili Big Boss saya yang tak dapat hadir. Jadi hanya saya seorang yang menjaga sebuah hospital swasta , yang lain-lain tu hebat-hebat belaka. Ada juga speaker yang bekerja sebagai Professor di universiti. Biasalah kalau dan professor tu tentu lebih kepada akademik tapi kita yang menjaga syarikat ni lebih kepada business oriented. Saya amat berbangga kerana dapat mewakili syarikat tempat saya bekerja dan juga mewakili negara. Di samping saya terdapat seorang lagi speaker dari Malaysia. Beliau ni bertugas sebagai Pengarah MIDA di Dubai. Di samping itu Consul general kita di Dubai juga turut hadir dalam conference ini. Wah bangga jugalah menjadi speaker dalam conference yang cukup gah ni. Peresmian forum dilakukan oleh Anak sheikh Fujairah dan upacara peresmian cukup ringkas. Tak seperti ditempat kita yang cukup mengikut protokol. Tapi di sini mereka lebih mengikut cara di negara barat yang sangat sederhana. UAE adalah negara yang cukup unik. Mereka mengamalkan pemerintahan federalism dimana negara ini terdiri dari gabungan tujuh negeri .Presiden adalah Sheikh dari Abu Dhabi dan Perdana Menteri dari Dubai. Yang lain-lain adalah anggota mesyuarat pemerintah. Masing-masing negeri mempunyai Sheikh yang mempunyai otonomi penuh.Polispun milik masing-masing negeri. Yang milik federal adalah urusan luarnegara termasuk pasukan tentera. Yang selebihnya milik dan otonomi negeri masing-masing. Dubai adalah bandar super moden dengan bangunan yang cukup canggih.Cukup luar biasa design bangunan-bangunan yang ada. Kereta-kereta yang adapun cukup canggih-canggih dan mewah.Banyak kereta di sana yang saya tak pernah lihat di negara kita.Maklum negara kaya dengan penduduk tempatan yang tak sampai 300,000 orang.selebihnya sebanyak 80% adalah pendatang.Yang uniknya penndatang tetap kekal sebagai pendatang kerana tak mungkin mereka akan mendapat warganegara.Mereka boleh tinggal dan bekerja di UAE tapi jangan harap nak dapat status warganegara.Dengan cara ini pemerintah di sana melindungi rakyat negara mereka. Akan bersambung.Wassalam

No comments:

Post a Comment