Monday, May 16, 2011

Minggu lepas dari tanggal 11 hingga 12 may saya berada di Singapura.saya dijemput untuk membentangkan kertas kerja di konferen Hospital Build Asia.Pihak penganjurkan menyediakan penginapan dua malam di hotel marina Bay Sand.wow, bilik yang disediakan cukup besar dan ekslusif.Saya rasa panjang bilik mencapai 30 kaki panjang dan lebar 15 kaki.cukup besar dan mewah.Mungkin satu malam cajnya lebih dari S$1000.kalau di ringgitkan tentu RM 2600 semalam.Wah dah rezeki nak tinggal dibilik mewah.
Tempat ni memang baru dan cukup ramai pengunjung dari manca negara.Saya berkesempatan juga naik ke tingkat paling atas berbentuk kapal iaitu ditingkat 57.Rupanya tempat ini menyediakan kolam renang dan tempat makan minum.Hanya mereka yang menghuni hotel dibenarkan naik ke atas kalau tidak kena bayar S$100 untuk masuk.
teringat saya waktu berkunjung ke Dubai dulu.Nak naik ke tingkat 147 menara Khalifa kena bayar 100 riyal dubai.

Di sebelah bangunan berkembar tiga terdapat bilik konferen dan pusat kasino.Bilik konferen ni cukup besar dan mewah.Saya lihat penuh juga semua ruangan yang ada kerana berbagai konferen berjalan serentak.Ruang pamiran pun cukup besar dan sesuai untuk even peringkat antarabangsa.Pusat kasino dikunjungi siang malam oleh masyarakat tempatan.Kalau naik teksi macam-macam cerita yang saya dengar dari pemandu teksi tentang pusat judi ni.Ada yang pro dan tak kurang juga yang anti projek tersebut.Memang tempat ini menyediakan peluang kerja lebih dari 30,000 pekerjaan tapi dalam jangka panjang banyak rakyat yang bimbang tentang kesan negatifnya. Dalam hidup ni memang ada dua sisi, yang baik dan yang buruk.Jadi tinggal pilih yang mana satu kita inginkan.

Singapore memang bandar bersih dan dikatakan cukup selamat.Saya tak nampak seorangpun anggota polis beruniform. Menurut pemandu teksi mereka tidak memakai uniform tapi berkeliaran di mana-mana.semua sisi pusat bandar dipantau oleh CCTV.Sebab itu penjenayah takut nak melakukan kegiatan mereka.

Penerbangan pulang tergendala satu jam kerana pesawat lambat sampai.Jadi sempat jugalah saya merayau-rayau di airport Changi.Yang menariknya di setiap sudut ada pegawai perhubungan awam yang sentiasa ingin membantu tetamu yang ada .Saya juga ditawarkan perkhidmatan untuk membawa beg tapi kerana beg saya kecil saja maka saya menolak tawaran mereka secara baik.Ini berbeza sekali dengan pengalaman saya salahsatu airport di kota London.Saya tak ingat pula nama airport ni. Dua tahun yang lalu saya transit di airport ni untuk terbang ke Dublin.Dah lah tak ada kaunter customer service malah tak ada siapapun petugas yang boleh membantu.Bila ditanya mereka tak ambil peduli.Memang pengalaman yang pahit dan tak mungkin saya lupakan.Check in pula menggunakan komputer dan perlu mendapatkan password.Manalah saya tahu password apa yang nak dipakai.setelah puas mencuba akhirnya saya terpaksa bertengkar dengann petugas dikaunter.Setelah penat bertekak aakhirnya mereka sudi membantu saya. Mungkin mereka ingat orang Asia ni tak perlu dipandang sebelah mata.
Wassalam

No comments:

Post a Comment