Sunday, August 26, 2012

Assalamualaikum

Minggu lepas dilaporkan diakhbar bahawa satu penyelidikan di US menunjukkan bahawa mereka yang sering menggosok gigi terhindar dari penyakit nyanyuk.Kajian dijalankan selama 10 tahun terhadap lebih dari 1000 responden. Ternyata mereka yang tidak menggosok gigi secara tetap mudah dihinggapi penyakit nyanyuk. Apakah kaitan antara menggosok gigi dengan nyanyuk ini masih belum dapat dikaitkan secara saintifik. Namun terbukti mereka yang menggosok gigi secara rutin mempunyai daya ingatan yang lebih kuat dari mereka yang tidak berbuat demikian.
Dalam ajaran agama kita Rasulullah menyuruh kita bersugi setiap kali hendak melaksanakan solat. Artinya minimum 5 kali sehari. Ini menunjukkan kepentingan menggosok gigi ni. Barangkali salah satu manfaat bersugi adalah untuk menghindari penyakit nyanuk.Wallahualam.


Satu lagi berita menarik yang sempat saya baca adalah tentang keluhan penduduk di Singapura.Dalam akbar tabloid tiga hari lepas ada ditulis tajuk Living in the richest country. Yang dimaksudkan adalah kehidupan di Singapura. GDP mereka pada tahun 2010 melebihi RM 175 juta jauh lebih baik dari USA dan Hong Kong. Wah satu pencapaian yang membanggakan. Malangnya bila di tanya rakyat biasa mereka tidak merasa kemewahan ini. Apa yang mereka keluhkan adalah kadar inflasi yang semakin menggila.Harga rumah , kereta dan bahan keperluan asas semakin tinggi dan membebankan kehidupan mereka. Jadi kekayaan negara yang digambarkan melalui GDP tidak memberi apa-apa impak positif pada rakyat jelata. 37% penduduk Singapura adalah warga asing dan banyak antara mereka yang amat kaya berstatus billionaire. Tahun lalu saja top 13 manusia terkaya di Asia ada di Singapura. Mereka ini orang asing yang datang membawa duit mereka ke republik itu dan kapan  saja boleh angkat kaki bila mereka rasa tak lagi selesa di situ.Jadi jurang antara yang terlalu kaya dengan rakyat biasa semakin melebar.

Di negara yang mengamalkan kapitalisma macam ni lah. Di mana-mana sahaja penumpukan kekayaan pada segolongan kecil tidak banyak membantu rakyat biasa. Di mana negarapun begitu juga.Ini rialiti yang terpaksa dihadapi. Oleh itu pemerintah harus bijak mengatur strategi supaya kehadiran para jutawan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat jelata bukannya meenimbulkan keresahan akaibat kadar inflasi yang melambung.

Hari ni jalan dah mula sesak kembali kerana ramai dah masuk kerja dan sekolahpun dah mula di buka. Tapi suasana raya tu masih ada. Kita masih lagi bersalaman bila berjumpa kawan yang balik dari cuti. Baguslah amalan sebegini cuma jangan hanya manis dibibir tapi dalam hati masih menyimpan dendam dan perasaan marah.

Kita jadikan syawal tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan marilah kita memaafkan semua orang.

Wassalam  

No comments:

Post a Comment