Friday, August 24, 2012

Pagi ni hujan lebat. Khabarnya di KL ribut petir. Di Filipina dah banjir besar dan banyak memusnahkan harta benda. Di Taiwan puting beliung. Fenomena alam semakin tak teramal. Baru-baru ini gempa bumi kuat di Iran. Sebagai manusia kita perlu memperelok diri supaya mendapat belas ihsan dari sang pencipta. Sehebat manapun manusia ia tak akan mampu melawan takdir ini. Teknologi canggih tak akan mampu untuk menghalang fenomina alam ini.Hanya Allah yang mampu mengaturnya. Di khabarkan Taiwan menyediakan 30,000 bala tentera untuk bersiap sedia menghadapi puting beliung ni. Tapi apa yang bisa mereka lakukan. Tak ada senjata yang mampu melawan takdir ini.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital semakin ramai. Pagi tadi saya sempat menziarah seorang kawan yang di masukkan ke ICU kerana sakit dada dan sesak nafas. Petang nanti katanya akan buat angiogram. Kalau ada yang tersumbat akan dibuat angioplasti  . Macam tulah lumrah kita ni. Bila usia semakin memamah diri berbagai penyakit akan datang. Pernah saya catatkan sebelum ini bahawa ada kalanya usia bukan penentu bila nak dapat serangan jantung.

Bagi kita yang masih sehat berhati-hatilah menjaga pemakanan dan pola tingkah laku hidup ini. Jangan sampai terlalu stress sehingga hidup menjadi tak karuan. Semakin tua manusia dia menjadi semakin sensitif. Sebab itu banyak orang tua yang suka merajuk.Kita perlu pandai mengisi ruang hidup ini supaya ianya tak membosankan. Orang yang sentiasa stress bekerja tak sabar-sabar nak pencen. Bila dah pencen nanti jadi bingung pula tak tahu apa nak buat. Waktu lapan jam akan menjadi begitu perlahan. Kalau di rumah hanya tinggal berdua mulalah nanti menjadi sangat sensitif. Silap-silap terjadi pergaduhan pula. Jangan hairan jika kes perceraian pasangan lanjut usia semakin meningkat. Isu yang kecil boleh menjadi besar sehingga terpaksa berpisah setelah berkahwin berpuluh tahun. Ini yang amat kita bimbangkan.Jadi persiapan memasuki usia lanjut ni perlu rapi. Kalau dah tak boleh bekerja di pejabat maka kita perlu jadi tenaga pengajar jika kita punya bakat dalam bidang ini. Paling tidakpun sibukkan diri dengan aktiviti sukarela itupun jika kita punya sokongan keuangan yang kokoh. Kalau dak payah juga. sebab itu ada yang terpaksa menjadi pak guard diusia lanjut untuk menambah pendapatan disamping mengisi waktu terluang. Ramai juga yang bekerja di petrol pump. Di samping ada gaji waktu terluang dapat di isi.    Di Singapura kalau kita perasan ramai pekerja di airport adalah para veteran. Kerjanya mencuci tandas dan menarik trolley. Saya rasa bagus juga cara ni dari kita menggunakan warga asing yang banyak menimbulkan masalah sosial lebih baik gunakan tenaga veteran tempatan


Wassalam

No comments:

Post a Comment