Wednesday, March 30, 2011

Dah hampir dua minggu tak menulis.Makin lama makin kesuntukan waktu.Minggu lepas saya membentangkan dua kertas kerja dalam seminar kesihatan di Kuala Lumpur.Maklum sajalah persiapan untuk menyediakan kertas kerja tersebut sangat rumit kerana seminar peringkat antarabangsa. Saya cukup seronok mengambil bahagian sebagai pembentang kertas kerja. Insya Allah 4/4/2011 saya akan menbentangkan satu lagi kertas kerja di Fujairah International Business Forum di Fujairah UAE. teruja sungguh nak ke sana kerana belum pernah sampai.Setakat ini cuma pernah sampai ke Dubai tahun lepas kerana di jemput membentangkan satu kertas kerja. InsyaAllah akhir May saya akan membentangkan satu lagi kertas kerja di Kota Bharu kelantan anjuran USM. Rupanya kalau dah sering terlibat maka mudah untuk mendapat jemputan diperingkat lokal atau antarabangsa. Beberapa bulan lepas ada ura-ura nak mengawal penjualan ubat-ubatan penahan sakit kerana ada beberapa kes di mana remaja menelan ubat-ubatan tersebut dalam jumlah banyak kerana nak bunuh diri. Sekarang ini kalau nak bunuh diri macam-macam cara yang dilakukan. Kalau dulu terkenal dengan minum kopi O iaitu menghirup racun rumpai. Akhirnya bahan ini diwarnakan hitam dan direkod penjualannya. Tapi masih ada juga yang menggunakannya untuk membunuh diri. Kalau nak kawal penjualan ubat penahan sakit ni memang sangat rumit. Dalam akta racun berjadual ubat ini dikategorikan sebagai ubat OTC iaitu sesiapapun boleh membelinya di kedai tanpa ada kawalan. Ubat yang masuk ke dalam golongan ini adalah paracetamol untuk demam dan sakit kepala.Satu lagi adalah aspirin untuk menahan sakit malah ada syarikat yang membuatnya dalam bentuk serbuk untuk menahan sakit gigi.Jadi macam mana anak kawal ni. Takkanlah nak beli ubat sakit kepalapun kena daftar , tulis nama dan jumlah yang dibeli pula di sekat-sekat. Saya rasa tak praktikal. Yang perlu dicari puncanya adalah kenapa orang nak bunuh diri. Ini yang perlu diteliti dan di cari jalan penyelesaiannya bukan nya membatasi penjualan ubat demam dan sakit kepala. Beberapa minggu lepas kerana masalah kemalangan yang melibatkan basikal letrik maka ada pula ura-ura nak mengharamkan penggunaan basikal ini. Apa lagi melompatlah pengeluar barang ini kerana mereka dah berbelanja jutaan ringgit, kalau diharamkan alamat gulung tikar mereka . Jadi perlu dikaji terlebih dahulu punca masalah dan di cari jalan penyelesaian terbaik, bukan asyik nak haramkan saja. Wassalam

No comments:

Post a Comment