Monday, September 6, 2010

Dah agak lama saya tak menulis kerana tiba-tiba tak ada mood maklum bulan puasa.Malam ni malam ke 28 Ramadhan, artinya tiga hari saja lagi syawal akan menjelang. Dah berapa banyak pengalaman yang kita timba.Ada tak apa-apa perbezaan dalam jiwa kita dari segi perasaan , rasa marah, integriti dan kesabaran.Kalau tak ada agak malanglah kerana Ramadhan dah nak menutup tirai.Tahun depan belum tentu akan berjumpa dengan Ramadhan lagi.

Dah agak lama saya tak menyentuh tentang ubat-ubatan. Kali ni saya nak menyentuh sedikit tentang kesan buruk ubat jika tak kena cara penggunaannya. Tahun 1994 dilaporkan dalam majalah terkenal JAMA terdapat 2.2 juta pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesan buruk akibat dari pengambilan ubat-ubatan. dari jumlah itu dilaporkan 106,000 orang telah meninggal dunia. Macam tak percaya dibautnya tapi laporan ini dikeluarkan oleh JAMA melalui penelitian yang teliti dan diakui.Kalau berita akhbar mungkin boleh dipersoalkan tetapi kalau dialporkan oleh majalah tersohor seperti JAMA maka tak perlu diragukan data tersebut.
Di USA pembunuh nombor satu adalah serangan jantung dikuti oleh kanser dan stroke.Bilangan yang keempat adalah kesan sampingan ubat. Jumlah manusia yang terkorban selama 10 tahun perang Vietnam cuma 48,000 orang sedangkan lebih dari 100,000 orang mati kerana kesan buruk ubat. Angka kematian akibat runtuhnya twin tower USA cuma 3,000 orang saja, itupun sudah menimbulkan riuh rendah ke seluruh dunia. Tapi mati kerana kesan sampingan ubat tak pernah dilaporkan secara sensasi.
Ubat kebanyakan adalah jenis synthetik yang memang asing bagi tubuh. Akibatnya bila dimakan akan menimbulkan kesan tindak balas berbagai enzim dalam tubuh. Tak ada siapa yang pasti kesan jenis apa yang akan terjadi. Yang paling cepat kesannya adalah kesan anaphylactic shock yang menyebabkan peradangan saluran pernafasan akibat perlepasan antihistamin sehingga menutup saluran pernafasan secara mendadah dan boleh menimbulkan kematian yang segera.Selebihnya itu berbagai macam kesan yang buruk sehingga menyebabkan kematian orang yang memakannya.

Ada beberapa faktor yang menentukan kesan ini. Pertama jenis ubat yang ditulis oleh doktor.Kedua cara ubat didispen oleh farmasi dan cara ketiga cara pesakit memakan ubat tersebut. Semua faktor ini akan menimbulkan kesan sampingan yang berbagai malah ada kalanya menimbulkan kesan buruk yang boleh membunuh.

Ada jenis ubat baru yang tak diketahui kesan sampingannya sehinggalah ditemukan kemudian setelah digunakan beberapa tahun lamanya. Contohnya penggunaan Angiotension converting enzyme(ACE inhibitor) untuk mengawal darah tinggi. Banyak pesakit yang mengalami batuk yang teruk secara berterusan. Ada dilaporkan seorang pesakit mengalami batuk yang amat teruk sehingga terpaksa berpindah dari seorang doktor pakar ke doktor pakar yang lain tapi masih tak menemui jawapan. Akhirnya setelah lama menderita barulah masalah nya ditemui oleh seorang doktor pakar yang mengatakan bahawa ACE inhibitor boleh menyebabkan batuk yang teruk. Bila pesakit ini menghentikan memakan ubat ACE inhibitor maka dalam masa satu minggu batuknya hilang sama sekali.
Wassalam

No comments:

Post a Comment