Monday, September 20, 2010

Hari ini anak-anak kita ramai yang mengikuti ujian UPSR. macam biasalah ramai ibubapa yang bercuti untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Ada juga yang berpuasa tetapi kebanyakan kaum ibu. Yang stress bukan anak-anak tapi ibubapa terutama kaum ibu. UPSR baru tahap satu dan masih banyak lagi tahap ujian yang perlu diikuti oleh anak-anak kita. Bagi saya yang paling kritikal adalah SPM kerana ujian ini akan menentukan sama anak-anak kita akan ke menara gading atau tidak. Dari SPM mereka boleh memasuki kolej untuk mengambil diploma atau ke matrikulasi sebagai persediaan untuk memasuki universiti.
Persaingan hari ini memang ketat dan tempat yang tersedia amat terbatas walaupun universiti telah bercambah macam cendawan busut. Namun jumlah pelajar juga sudah begitu besar. Tempat di IPTA tentunya amat terbatas sekalai apa lagi jika untuk kursus-kursus kritikal seperti kedoktoran, pergigian dan farmasi. Bagi ibubapa yang ada duit bolehlah menghantar anak-anak ke universiti swasta tapi bagi yang tak ada kemampuan terima sajalah apa yang dapat.
Tanggungjawab sebagai ibubapa semakin mencabar dan tentunya secara logik makin lama pasangan semakin takut untuk mempunyai ramai anak. Akibatnya nanti banyak yang memilih untuk mempunyai satu atau dua orang anak sahaja kerana biaya pendidikan semakin melambung tinggi. Perkara ini sudah menjadi masalah kritikal di negara maju hatta di Singapura sendiri sudah menjadi masalah baru kerana kadar kelahiran semakin mengecil dan tentunya membimbangkan pihak pemerintah.

Di negara kita pertumbuhan penduduk masih besar dan belum menimbulkan masalah serius tetapi sepuluh tahun yang akan datang tentu secara perlahan-lahan ia akan menjadi masalah baru. Pasangan muda mudi akan cenderung untuk berkahwin lambat kerana kos perkahwinan juga semain membengkak. Sekarang ini saja untuk kenduri kahwin paling kurang diperlukan RM 20 000 .Bayangkan sepuloh tahun lagi mungkin akan menjadi RM 30 000. Jadi dari mana nak dicari duit sebanyak ini. Kebanyakan graduan terpaksa membayar balik pinjaman yang mereka perolehi sewaktu menuntut dulu. Di tambah lagi sewa rumah dan kereta. Jadi sukar sekali bagi mereka untuk mengumpul duit bagi persiapan kahwin. Sekarang ini pun dah ramai yang mengambil pinjaman peribadi untuk belanja kahwin. Jadi lingkaran hutang amat membelit pasangan muda mudi yang baru mendirikan rumahtangga. Masalah ini akan semakin rumit sesuai dengan perubahan masa dan tuntutan kehidupan yang semakin mencabar. Jadi kalau setakat berkelulusan SPM amat sulit untuk menikmati kehidupan yang selesa.
Wassalam

No comments:

Post a Comment