Wednesday, September 1, 2010

Besok 22 Ramadhan. Apa yang dah berubah dalam diri kita. Kalau yang disiplin menjaga makanan mungkin dah turun 4 hingga 5 kg, tapi bagi yang main lantak saja malah tambah berat badan.Apakan tidak bila buka makan semahunya, kemudian malam makan lagi , lepas tu sahur makan semahunya .Jadi beban perut malah bertambah bukan berkurangan.Selama 12 jam perut kita kosong dan dapatlah ia relax tapi bila malam malah kena overtime pula.Jadi kesihatan yang dicari tak akan tercapai.
Saya lihat ramai juga masyarakat kita yang jogging pagi hari, mungkin dah terlampau ketagih lah tu. Ada juga yang jalan santai. Tapi bagi saya bulan Ramadhan ni rehat habis sebab waktu malam dah tarawikh 1 jam minimum.jadi lebih dari cukup untuk menggerakkan anggota badan dan membakar tenaga yang diambil waktu berbuka puasa.Inilah keindahan Islam. Tuhan dah atur semuanya untuk mempastikan pergerakan badan sentiasa terjaga dan kesihatan bertambah dengan melaksanakan puasa. mana ada agama lain yang indah sebegini.Tapi kita tak akan tahu dan boleh menghargainya kalau tak ada ilmu.
Malam hari jemaah surau/mesjid dah tinggal 30% sahaja kerana ramai yang lebih suka jalan malam di pasar-pasr malam untuk mencari baju raya atau sekadar jalan-jalan menjamu mata.Semakin dekat nak raya makin sibuklah kita dengan aktiviti ini sehingga kita lupa tentang malam 10 terakhir untuk mendapatkan malam lailatur kadar. Masyarakat kita semakin tak indah tentang perkara ini.Malah dalam bahasa kita ada istilah ala kadar mungkin diadoptasi dari kalimah lailatur kadar. Entah ia entah tidak sayapun tak pasti tapi bunyinya macam sama. Ala kadar maknanya buat kerja lebih kurang. Sebab itu ramai yang ibadahpun lebih kurang saja pada 10 malam yang terakhir ni.
Ada lagi satu istilah yang pelik dalam bahasa kita iaitu harta karun. Istilah Qorun ni memang tercatat dalam sejarah iaitu orang kaya di zaman nabi Musa yang ditelan oleh bumi bersama-sama dengan hartanya. Jadi sebab itu bila jumpa harta lama yang tersembunyi dalam tanah atau laut maka di sebut harta karun.jadi begitu banyaknya harta karun ni sehingga tak habis-habis sampai hari ni
Wassalam

No comments:

Post a Comment