Tuesday, September 14, 2010

Hari ni enam syawal. Masa berlalu begitu pantas. Di kebanyakan tempat masih teras mood raya.Masih ramai yang menghabiskan cuti sampai 19/9/10. Di hospitalpun katil tak penuh kerana hampir separuh doktor masih bercuti. Budaya balik kampung memang terasa sangat dan ini adalah amalan yang baik.Cuma masalahnya adalah hari-hari ada saja kemalangan jalan raya dan telah ramai yang menemui ajal.setakat semalam dilaporkan lebih dari 190 orang telah maut dari lebih dari 1800 kemalangan.Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah pengguna motosikal. Semalam ada satu kes kematian di mana sebuah motosikal ditunggangi oleh empat orang.Manakan tak terjadi kemalangan kerana sikap manusia yang tak ambil peduli tentang keselamatan diri. kempen demi kempen tapi angka masih tinggi. Nak buat macam mana dah sikap pengguna jalanraya yang ambil mudah dan sambil lewa tentang keselamatan diri.

Dalam satu minggu ini ada dilaporkan beberapa kes kematian ngeri.Dah macam tak ada harga nyawa manusia. apa puncanya hanya pelaku yang tahu.Soal buang bayi dah senyap sebentar, tak tahulah entah tak lagi dilaporkan atau memang dah tak ada.Benda ni macam bermusim pula.

Jiwa manusia semakin komplek dengan kehidupan hari ini. Cabaran semakin sengit sehingga ada diantara manusia tak mampu nak menghadapinya . Minggu depan UPSR akan bermula dan seperti biasa ibubapa yang akan lebih stress dari anak-anak. Kadang kala kita sendiri yang meletakkan stress di dalam fikiran kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau kita mampu menghadapi masalah yang mendatang dengan tenang maka hidup kita akan tetapi tetapi sebaliknya kalau tak mampu kita yang akan menjadi stress berpanjangan.Tak akan ada manusia lain yang mampu menolong kita kecuali diri kita sendiri.

Malan lebaran saya sempat mengikuti takbir raya dari rumah ke rumah. Syukur di taman perumahan tempat saya tinggal budaya ini dipertahankan dan emmang setiap tahun sama ada raya puasa atau raya haji akan diadakan takbir bergerak dari rumah ke rumah.Jadi kita berkesempatan untuk menziarahi rumah jiran tetangga. Kalau tak ada program ini sulit sedikit untuk ziarah menziarah ni. Di bandar budaya menziarahini tak semakin berkurangan. Kita lebih suka mengadakan acara rumah terbuka dibandingkan ziarah menziarahi .Di Singapura keadaan agak berbeza. Mereka masih mengamalkan budaya ziarah menziarahi sewaktu menyakbut lebaran tetapi di tempat kita entah apa puncanya kita lebih berminat untuk mengadakan rumah terbuka khusus.jadi kalau nak ziarah kena tunggu jemputan untuk rumah terbuka. Makin lama makin pelih jadinya budaya kita. Siapa yang memulakan kitapun tak pasti tapi makin lama makin ramai yang meniru budaya ini. Saya lebih suka menziarahi teman-teman secara tak resmi tapi sebelum pergi kenalah telefon dulu takut dia tak bersedia.

Sekarang dah mula puasa enam. Kata Nabi jika kamu berpuasa enam hari di bulan syawal maka ianya ibarat berpuasa sepanjang tahun. Jadi puasa sunat enam hari dibulan syawal adalah untuk mlengkapi kekurangan puasa ramadhan kita.Marilah kita ambil kesempatan ini untuk melengkapi ibadah puasa kita.

Wassalam

No comments:

Post a Comment