Sunday, August 26, 2012

Assalamualaikum

Minggu lepas dilaporkan diakhbar bahawa satu penyelidikan di US menunjukkan bahawa mereka yang sering menggosok gigi terhindar dari penyakit nyanyuk.Kajian dijalankan selama 10 tahun terhadap lebih dari 1000 responden. Ternyata mereka yang tidak menggosok gigi secara tetap mudah dihinggapi penyakit nyanyuk. Apakah kaitan antara menggosok gigi dengan nyanyuk ini masih belum dapat dikaitkan secara saintifik. Namun terbukti mereka yang menggosok gigi secara rutin mempunyai daya ingatan yang lebih kuat dari mereka yang tidak berbuat demikian.
Dalam ajaran agama kita Rasulullah menyuruh kita bersugi setiap kali hendak melaksanakan solat. Artinya minimum 5 kali sehari. Ini menunjukkan kepentingan menggosok gigi ni. Barangkali salah satu manfaat bersugi adalah untuk menghindari penyakit nyanuk.Wallahualam.


Satu lagi berita menarik yang sempat saya baca adalah tentang keluhan penduduk di Singapura.Dalam akbar tabloid tiga hari lepas ada ditulis tajuk Living in the richest country. Yang dimaksudkan adalah kehidupan di Singapura. GDP mereka pada tahun 2010 melebihi RM 175 juta jauh lebih baik dari USA dan Hong Kong. Wah satu pencapaian yang membanggakan. Malangnya bila di tanya rakyat biasa mereka tidak merasa kemewahan ini. Apa yang mereka keluhkan adalah kadar inflasi yang semakin menggila.Harga rumah , kereta dan bahan keperluan asas semakin tinggi dan membebankan kehidupan mereka. Jadi kekayaan negara yang digambarkan melalui GDP tidak memberi apa-apa impak positif pada rakyat jelata. 37% penduduk Singapura adalah warga asing dan banyak antara mereka yang amat kaya berstatus billionaire. Tahun lalu saja top 13 manusia terkaya di Asia ada di Singapura. Mereka ini orang asing yang datang membawa duit mereka ke republik itu dan kapan  saja boleh angkat kaki bila mereka rasa tak lagi selesa di situ.Jadi jurang antara yang terlalu kaya dengan rakyat biasa semakin melebar.

Di negara yang mengamalkan kapitalisma macam ni lah. Di mana-mana sahaja penumpukan kekayaan pada segolongan kecil tidak banyak membantu rakyat biasa. Di mana negarapun begitu juga.Ini rialiti yang terpaksa dihadapi. Oleh itu pemerintah harus bijak mengatur strategi supaya kehadiran para jutawan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat jelata bukannya meenimbulkan keresahan akaibat kadar inflasi yang melambung.

Hari ni jalan dah mula sesak kembali kerana ramai dah masuk kerja dan sekolahpun dah mula di buka. Tapi suasana raya tu masih ada. Kita masih lagi bersalaman bila berjumpa kawan yang balik dari cuti. Baguslah amalan sebegini cuma jangan hanya manis dibibir tapi dalam hati masih menyimpan dendam dan perasaan marah.

Kita jadikan syawal tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan marilah kita memaafkan semua orang.

Wassalam  

Friday, August 24, 2012

Pagi ni hujan lebat. Khabarnya di KL ribut petir. Di Filipina dah banjir besar dan banyak memusnahkan harta benda. Di Taiwan puting beliung. Fenomena alam semakin tak teramal. Baru-baru ini gempa bumi kuat di Iran. Sebagai manusia kita perlu memperelok diri supaya mendapat belas ihsan dari sang pencipta. Sehebat manapun manusia ia tak akan mampu melawan takdir ini. Teknologi canggih tak akan mampu untuk menghalang fenomina alam ini.Hanya Allah yang mampu mengaturnya. Di khabarkan Taiwan menyediakan 30,000 bala tentera untuk bersiap sedia menghadapi puting beliung ni. Tapi apa yang bisa mereka lakukan. Tak ada senjata yang mampu melawan takdir ini.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital semakin ramai. Pagi tadi saya sempat menziarah seorang kawan yang di masukkan ke ICU kerana sakit dada dan sesak nafas. Petang nanti katanya akan buat angiogram. Kalau ada yang tersumbat akan dibuat angioplasti  . Macam tulah lumrah kita ni. Bila usia semakin memamah diri berbagai penyakit akan datang. Pernah saya catatkan sebelum ini bahawa ada kalanya usia bukan penentu bila nak dapat serangan jantung.

Bagi kita yang masih sehat berhati-hatilah menjaga pemakanan dan pola tingkah laku hidup ini. Jangan sampai terlalu stress sehingga hidup menjadi tak karuan. Semakin tua manusia dia menjadi semakin sensitif. Sebab itu banyak orang tua yang suka merajuk.Kita perlu pandai mengisi ruang hidup ini supaya ianya tak membosankan. Orang yang sentiasa stress bekerja tak sabar-sabar nak pencen. Bila dah pencen nanti jadi bingung pula tak tahu apa nak buat. Waktu lapan jam akan menjadi begitu perlahan. Kalau di rumah hanya tinggal berdua mulalah nanti menjadi sangat sensitif. Silap-silap terjadi pergaduhan pula. Jangan hairan jika kes perceraian pasangan lanjut usia semakin meningkat. Isu yang kecil boleh menjadi besar sehingga terpaksa berpisah setelah berkahwin berpuluh tahun. Ini yang amat kita bimbangkan.Jadi persiapan memasuki usia lanjut ni perlu rapi. Kalau dah tak boleh bekerja di pejabat maka kita perlu jadi tenaga pengajar jika kita punya bakat dalam bidang ini. Paling tidakpun sibukkan diri dengan aktiviti sukarela itupun jika kita punya sokongan keuangan yang kokoh. Kalau dak payah juga. sebab itu ada yang terpaksa menjadi pak guard diusia lanjut untuk menambah pendapatan disamping mengisi waktu terluang. Ramai juga yang bekerja di petrol pump. Di samping ada gaji waktu terluang dapat di isi.    Di Singapura kalau kita perasan ramai pekerja di airport adalah para veteran. Kerjanya mencuci tandas dan menarik trolley. Saya rasa bagus juga cara ni dari kita menggunakan warga asing yang banyak menimbulkan masalah sosial lebih baik gunakan tenaga veteran tempatan


Wassalam

Thursday, August 23, 2012

Assalamualaikum

Hari ni dah mula ramai yang masuk kerja.Tapi pagi tadi waktu saya memandu ke tempat kerja jalan masih lengang. Orang kita kalau raya memang sah sebulan.Di negara lain hanya sehari saja.Baguslah kalau tujuan untuk menziarah sanak saudara dan handai tolan.Jangan saampai berhutang sudahlah apa lagi hutang card credit.

Jangan lupa mulakan puasa sunat 6 hari bulan syawal. Pahalanya sama dengan setahun berpuasa bila sempurna puasa ramadan dan diikuti 6 hari puasa pada bulan syawal.

Semalam dilaporkan ada 1 kes kematian di NS akibat serangan virus H1N1. Nampaknya penyakit ni dak kembali semula.Hati-hatilah agar tak merebak macam dulu. Kita berdoalah dan berusaha menjaga kebersihan supaya terhindar dari bahaya penyakit ini. Mereka yang immuno compromised perlu sangat berhati-hati.Immuno compromised artinya meraka yang antibody rendah kerana mengambil ubat-ubatan yang menekan fungsi antibody seperti ubat kanser dan juga ubat-ubatan untuk mengawal penyakit Rheumatoid arthritis.  Hindarkan diri dari tempat keramaian jika perlu.

Hospital swasta dah mula ramai kembali kerana ramai yang mula dapat sakit lepas raya terutama uncontrol hypertension dan uncontrol diabetic. Dua penyakit serangkai ni memang macam tu. Kalau tak jaga makan maka ianya akan diluar kawalan sehingga ada yang terpakssa masuk hosital. Minggu depan pastinya hospital akan penuh bila semua doktor yang bercuti panjang akan kembali bekerja. Kadang hairan juga penyakit ni macam boleh di atur-atur pula Bila bulan puasa jumlah pesakit akan sangat berkurangan tetapi lepas je raya mulalah wad penuh kembali. Orang yang nak bersalinpun gitu juga. Bulan puasa tak ramai yang bersalin tapi lepas je raya berebut nak dapatkan katil di hospital.


Sekarang ini trend dalam bidang healthcare semakin berubah. Kecanggihan teknologi membolehkan pesakit mendapat berbagai macam maklumat melalui internet sehingga ada kalanya amat mengelirukan. Para doktor kalau tak rajin membaca akan menghadapi masalah besar di mana berbagai macam pertanyaan pelik-pelik akan dikemukakan oleh pesakit. Ini cabaran baru dalam bidang teknologi. Pengeluar peralatan perubatan sudah banyak yang mengkomersialkan alat bantu kesan penyakit melalui smart phone. Alat seperti ECG reading dah mula dijual dimana pesakit boleh memeriksa ECG sendiri menggunakan smart phone. Cuma masalahnya laporan ECG boleh keluar tapi interpretasinya siapa yang nak buat. Jadi pesakit perlu berkomunikassi dengan doktor untuk mendapatkan nasehat. Jangan sampai over excited sudahlah.

Kemudahan teknologi ni tak dapat dihalang .Apa yang penting adalah kita perlu menyesuaikan diri dengan segera, tak kiralah berapa umur kita. Generasi baby boomers (1946-1965) memang ada masalah sikit tentang benda ni. Namun kita tak ada pilihan.

Wassalam

 

Wednesday, August 22, 2012

Assalamualaikum

Kalau syarikat ada vision dan mission. Manusia juga harusnya begitu. Visi seorang muslim tentunya syurga dan misi nya adalah taqwa. Sebab itu matlamat puasa adalah untuk menjadi orrang yang bertaqwa. Manusia paling mulia di sisi Allah adalah manusia yang paling bertaqwa.Rasa-rasanya macam mana lepas puasa ni, apakah tingkat ketaqwaan kita dah meningkat atau di takuk tu juga. Jangan sampai meenurun sudahlah.
Cabaran hidup hari ini semakin besar. Kesulitan ekonomi di mana-mana. Negara-negara Erpah yang pernah menjadi superpower dah bankrup. Rome, Spain, Portugis dah tenggelam dalam timbunan hutang.Entah mereka mampu bangkit atau tidak hanya Tuhan yang tahu. Itali dah makin ke arah itu. Semua negara tersebut adalah bekas penjajah yang menjajah di mana-mana.Allah dah sebut akan dipergilirkan pusingan hidup ini, kejap di atas kejap di bawah. Amerika nampaknya masih bertahan tapi tanda-tanda kesulitan tu dah mulai nampak. Hanya masa yang akan menentukan. Pound Inggeris sudah semakain merudum. Kalau dulu sampai RM 7 untuk satu pound tapi kini cuma tinggal RM 5 sahaja. Tunggu saja tanggal mainnya. Yang pasti tak ada yang kekal. Negara Cina pun sudah mula menurun pertumbuhan ekonomi mereka begitu juga India. Negara Jepun  masih tak dapat keluar dari kemelut eekonomi. Yang orang lupa adalah tentang kebangkitan ekonomi Turki. Negara Eropah sedang tenat tapi ekonomi Turki berkembang melebihi 5%. Ini nikmat yang Allah bagi kerana negara ini dipimpin oleh seorang reformis .Tayeb Erdogan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan tekanan di sekeliling. Syiar Islam sudah mula di polish kembali.
Dulu kita sebuk melihat ke timur, nyata timur pun merudum. Sebelum itu asyik melihat ke barat, barat pula merudum. Kebanggaan Cina pun sudah mula sirna. Jadi mahu melihat kemana kita.Ya tentunya sebagai seorang muslim kita harus kembali ke pengkalan kita iaitu Islam. Yakinlah kita bahawa sistem yang terbaik adalah sistem Islam dalam semua bidang kehidupan termasuk pengurusan ekonomi. Turki mampu memberi pendidikan percuma kepada seluruh warganya.

Mari kita fikir-fikirkan. Dalam sejarah Islam khalifah Omar Abdul Aziz hanya memerlukan masa kurang dari tiga tahun untuk memakmurkan negara di bawah pemerintahannya sehingga semua rakyat hidup selesa .Nak cari asnab untuk menerima zakatpun sampai tak ada kerana semua rakyat mampu berdikari. Tapi orang kata itu sejarah silam. Kenapa kita tak mahu belajar dari sejarah. Kunci kejayaan pemerintahan beliau adalah integrity yang bermula dari pimpinan tertinggi hingga membudaya keseluruh negara. Negara yang sebegini mendapat barokah dari yang berkuasa.Negara yang taubatun warabbun ghafur.

Apa mungkin keadaaan seebegini akan ujud kembali. Tentunya mungkin jika diusahakan bermula dari pimpinan tertinggi.

Negara -negara di timur tengah masih berkecamuk. Kekacauan di Syria sudah lebih dari satu tahun dan belum nampak ada jalan penyelesaian. Yang pasti sngat nyata campur tangan pihak luar sama ada menyokong yang sedang berkuasa atau yang sedang memberontak. Setiap mereka ada kepentingan.Jadi terserah pada rakyat apa yang mereka mahu. Kita bersyukur kerana negara masih aman dan kita dilimpahi rezeki yang berlimpah ruah. Tengok saja betapa banyak makanan yang disediakan sewaktu ramadan apa lagi sewaktu syawal. Jadi berpada-padalah .Amalkan sikap sederhana dalaam segala urusan nescaya kita tenang dan senang.

Wassalam
Assalamualaikum.Daah enam bulan tak dapat update blog sebab number ID tak boleh buka. Syukur hari ni dapat bka semula.Mungkin berkat bulan Ramadan dan Syawal yang baru menjellma.MasyaAllah girang rasa hati bila boleh add in balik .
Hidup nii memang macam tulah ,kadang lancar kadang sangkut. Allah dah gambarkan macam mana kehidupan kita sewaktu masih kanak-kanak lagi.Mula-mula hanya tahu menangis, merangkak, bertaktih dan berjalan.Lepas tu jatuh bnagun bila cuba berlari. Kehidupan pun macam tu juga.

Hari raya ni jalan jam teruk. Kalau nak ikutkan hati duduk rumah aja lebih baik. Perjalanan yang biasa ditempuh kurang dari dua jam dah jadi 6 jam.memang stress habis. Kalau tak pandai manage sress memang tak lama hidup, silap-silap kena seraangan jantung. Sekarang penyakitt ni dah tak kira usia. Pesakit yang paling muda yang kena stroke di hospital kami baru berusia 22 tahun.MasyaAllah umur sementah itu dah boleh kena stroke.  Klau dah gaek-gaek tu jangan kiralah.

Orang kita banyak mati kerana terlebih makan tapi dinegara orang mereka mati kerana kurang makan.Sebab itu Rasul kata makanlah kamu bila kamu lapar dan berhenti makan sebelum  kenyang.

Appa yang menarik bulan syawal ni,  tak lain tak bukan adalah makan-makan-makan. Jangan sampai kita terlebih makan sehingga sesak nafas.Ramadan yang baru berlalu apakah meninggalkan kesan pada jiwa kita. Apakah kita dah rasa lebih baik, dah buang sifat dendam kesumat, hasat dengki, sifat suka mengumpat dan adu domba? kalau dah Alhamdulillah. Kalau masih bersarang disanubari maknanya kesan puasa masih tak ada. Bulan syawal ni kita puasa 6 hari kerana Nabi kata mereka yang berpuasa pada bulan ramadan dan diikuti puasa 6 hari pada bulan syawal maka pahalanya saama dengan berpuasa 1 tahun. MasyaAllah , pemurahnya Allah. 1 malam lailatul qadar sama dengan seribu bulan. Cuma manusia kalau tak nampak dek matanya maka dia macam indah tak indah. Tapi kalau nampak macam saham baru berebut. Jam 4 pagi nak beraturdah bila ada IPO dari mana-mana syarikat.Memang resam manusia macam tu dia suka beenda yang nampak, yang tak nampak dia tak indah.

Puasa lepas ada jugalah cerita manusia yang tak puasa ni. Waktu saya nak menaiki teksi ke Singapura si mamat tu selamba je hisap rokok di pagi hari.Tak ada langsung rasa segan silu pada manusia. Kalau pada manusiapun tak ada rasa malu memang sah tak ada iman sebab tu malu adalah sebahaagian dari iman.Dahlah tak segan silu pada ssang pencipta, sesama mahlukpun buat selamba aja. Memang kurang asam .Takkan dia kena haid kot. Ore jantan takkan ada sebab tak nak puasa kecuali sakit atau uzur berpanjangan kerana tua.

Dia mungkin nak tunggu pegawai jabatan agama datang tangkap dia.  Inilah yang disebut manusia jahiliah di zaman moden. Sebiji macam zaman abu jahal dan abu lahab.

Masih banyak ke kueh raya. Sekarang senaang aja, semua main tunjuk lepas tu bayar. Tak payah sussah payang nak bakar kueh .bagus juga boleh tumpu ibadat malam, mudah-mudahan dapat lailatul kadar. Cuma saayang ramaipula yang shopping di night market, sampai jam 4 pagi massih window shopping.

Bila kita nak berubah hanya kita yang tahu. Kita kena azam dan kena usaha baru Allah mengubah pola hidup kita. Nabi kata Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalh kaum itu mengubah nassib mereka sendiri.

Cukuplah kali ni nanti disambung. Mudah-mudahan tak sangkut lagi

Wassalam

Taqabbalallah minna wamin kum taqabbalyakarim