Sunday, August 29, 2010

Semalam saya sempat ke Nilai 3 . Punyalah ramainya orang maklumlah nak membuat persiapan menyambut raya.Tempat tu sekarang dipenuhi oleh peniaga asing terutama dari Pakistan yang mneguasai business carpet, cermin serta ayat-ayat Quran.malah saya nampak ada kedai perabut juga dah dikuasai oleh mereka.Tak tahulah status mereka macam mana apakah memakai visa khas atau dah menjadi penduduk tetap.Yang pasti mereka mahir berbahsa Melayu.Bila saya tanya dari mana ambil barang-barang yang nak dijual, mereka kata impot dari ina.Pinggan mangkukpun semua produk Cina malah ada kedai yang menjual basikal elektrik buatan Cina.
Peniaga bumiputra boleh dihitung dengan jari tapi yang pasti hampit kesemua pembeli adalah orang bumiputra.Dari mana silapnya kitapun tak pasti. Sejarah pernah mencatitkan kegemilangan kerajaan Melayu melaka dan Riau.Pada waktu itu tentunya pedagang-pedagang adalah bangsa Melayu tapi kini entah kenapa kita sulit sangat nak menguasai bidang ini. Peniaga kita lebih selesa berniaga dipasar-pasar malam atau membuka warung-warung tepi jalan.Kadang-kadang kerana tak ada lesen dihambat oleh pihak yang berkuasa. Bulan puasa ni memang banyak peniaga kita yang menjual kueh mueh dan lauk-pauk.Minat untuk berniaga tu memang hebat tapi mungkin kesulitan untukmendapatkan modal atau memang tak nak berhutang menyebabkan peniaga kita sulit membuka premis yang lebih selesa dan sempurna.Fenomena ini dah lama terjadi dan berapa lama lagi akan begitu hanya Tuhan yang tahu.
Masalah ekonomi bumiputra ni tak pernah berhenti untuk dibincangkan tapi semacam tak ada jalan keluar.Apakah kerana sikap atau kerana kesulitan mendapat kemudahan, kita pun tak pasti.Agihan kek ekonomi ni memang menjadi isu yang amat sensitif jika tak ditangani dengan saksama.

dari segi pengurusan korporat orang kita banyak yang berjaya.Banyak CEO yang terdiri dari orang kita dan tentu ini menjadi kebanggaan kita.Namun demikinan usaha perlu dilakukan dengan lebih bersungguh-sungguh untuk membentuk golongan peniaga bumiputra yang mampu bersaing dalam apa jua keadaan kerana agihan ekonomi perlu berlaku secara adil supaya masyarakat kita boleh hidup aman dan damai.

Bila nak raya ni isu kenaikan harga barang akan menjadi topik hangat setiap kali menjelangnya perayaan. semacam dah dirancang begitu.sekarangpun harga ayam dah RM 7.50 sekilo satu harga yang cukup tinggi untuk rakyat biasa. Harga tembikaipun dah mencecah RM 3 sekilo suatu harga yang cukup melambung.Sebagai pengguna kita mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu harga.Kalau kita tak membeli produk tersebut tentu lama kelamaan harganya pasti akn turun.Sikap masyarakat amat menentukan permainan harga ini.Bukan semua harga barang dapat di kawal oleh pihak pemerintah.Jadi kuasa ditangan kita.Wassalam

No comments:

Post a Comment