Monday, October 4, 2010

Cerita tentang Jakarta memang menarik. Sewaktu saya jalan-jalan keliling kota ada beberapa iklan yang saya rasa menarik perhatian. Ada satu iklan yang berbunyi"gaul sih gaul, narkoba no" maknanya bergaul dengan sesiapa saja boleh tapi jangan sampai terjebak perangkap dadah. Di Indonesia dadah disebut narkoba iaitu gabungan dari narkotika dan ubat terlarang. Kalau di sebut dadah di sana mungkin ramai yang tak akan tahu. Masalah dadah ni dah jadi masalah universal tak kenal negara dan tak kenal sempadan.

Satu lagi iklan yang menarik perhatian saya adalah "berani adu murah" . maknanya berani ke berlawan harga siapa yang paling murah. Iklan-iklan yang sebegini tentunya menarik erhatian ramai. Sebab itu tugas membuat iklan sudah menjadi tugas seorang professional dan memang ada kuliah khusus di universiti. Mesejnya ringkas tapi memberi impak yang diperlukan oleh pengiklan.

Di samping dua iklan tersebut ada satu lagi iklan yang berbunyi"one patient one room" . Iklan ini dipasang oleh hospital swasta yang menyediakan single room untuk semua pesakit tetapi ada bilik yang berkongsi bilik mandi, tapi perkara ini tak dimaklumkan kepada ramai. Jadi mungkin bila dah masuk hospital tersebut barulah pesakit akan tahu yang mereka perlu berkongsi bilik mandi.

Makan minum di Jakarta ni tak jadi masalah. selama tiga hari saya di sana siang malam asyik dek makan. Macam-macam makanan yang ada dan kadangkala makanan tersebut tak ada di negara kita. Ada sedikit perbezaan menu antara KL dan Jakarta. Yang makanan nya enak-enak belaka. Saya beritahu kawan saya, kalau terus menerus makan begini bisa nambah berat badan 1 kg dalam waktu tiga hari.

Pagi hari saya akan pastikan saya jalan kaki sekurang-kurangnya 40 menit sementara minum pagi.Jadi dapatlah membakar sedikit tumpukan lemak yang ada dalam badan. Di jakarta jam 4.20 pagi dah masuk subuh.jadi cepat timbul matahari. jam 6 pagi dah mula boleh jalan kaki di sepanjand jalan berhampiran hotel tempat saya menginap. Manusia di Jakarta ni memang cukup ramai. Di sepanjang jalan penuh dengan manusia yang menunggu bas . Saya lihat bas memang cukup sesak maklumlah manusia ramai.Bas dah jadi pengangkutan utama di metropolitan ni.
Makan di hotel itu-itu juga . kadang rasa bosan juga . hari-hari itu-itu juga yang disajikan. Tapi nak buat macam mana, telan ajalah. Di kaki lima jalan memang banyak orang yang berjualan tapi takut pula nak makan kerana kebersihan tak terjamin. Silap haribulan boleh kena demam tipus(typhoid).

Saya berangkat pulang ke Malaysia dengan MAS pada hari Sabtu petang dan mendarat di KLIA tepat jam 7 malam. InsyaAllah mungkin November nanti akan berku jung kembali ke sana
Wassalam

No comments:

Post a Comment