Saturday, October 9, 2010

InsyaAllah pagi besok saya dan isteri akan terbang ke Paris untuk menghadiri ISQUA conference. Penerbangan akan transit di Dubai beberapa jam sebelum terbang kembali ke Paris. kawan-kawan pesan bila sampai jangan guna bahasa Inggeris pasti tak akan di layan .Kata mereka lebih guna bahasa Melayu , jadilah macam ayam bercakap dengan itik. Petang tadi saya sempat membeli sebuah kamus Inggeris Perancis.Tapi bila saya belek-belek nak bacapun tak faham kerana tak boleh dieja macam bahasa Bahasa Melayu atau Inggeris. Bila sampai nanti di Paris pandai-pandailah nak hidup.Balik nanti akan saya coretkan dalam blok ni.

Teknologi baru yang banyak membantu kita adalah sms atau short message system. Hampir semua orang menggunakan sms dan tarifnya tentulah lebih murah dari telefon. Jangkaunyapun seluruh dunia. Kalau telefon tak masuk tapi dengan sms masih boleh masuk.

Tapi hati-hati dengan teknologi ini kerana ianya dah banyak menimbulkan masalah. Malah suami isteri banyak yang berantam gara-gara sms.Ada dilaporkan suami menceraikan isteri menggunakan sms. Yang pening bukan saja si isteri tai pegawai agama. Jadi ulamak pula kena buat fatwa sama ada perceraian melalui sms sah atau tidak.

Baru-baru ni kawan saya menerima sms secara tak sengaja dari staf beliau. Bunyi sms tu memang menyakitkan hati kerana staf tersebut meluahkan rasa kecewa dan tak puas hati dengan managemen yang kebetulan adalah teman saya tersebut. Sms berkenaan sepatutnya tujukan pada teman dia tapi tersilap hantar dan masuk ke telefon teman saya. Apa lagi melintinglah kawan ni. Kalau sayapun begitu juga. Selang beberapa menit staf tersebut perasan yang dia tersalah kirim pada bos dia, lalu langsung memohon maaf dan bersedia menerima apa saja tindakan yang bakal dikenakan pada dia.Jadi hati-hati sebelum mengirim sebarang sms. Jangan tersalah kirim nanti buruk padahnya. Seperti kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur ,terlajak kata buruk padahnya.
Teknologi sms menyebabkan banayak manusia yang lalai. Pelajarpun tak ada keja lain melainkan main sms. ketika sedang kuliah mereka bukan nak dengar apa yang diajar tapi asyik main sms. sedang memandupun masih bisa sms dan dah banyak kecelakaan yang terjadi akibat kecuaian ini.

Sms juga boleh meninggalkan kesan jiwa yang mendalam. kalau kita dapat sms yang menusuk kalbu tentu akan meninggalkan kesan psikologi yang kronik. Silap haribulan boleh terjadi pergaduahan besar. Saya lebih suka telefon dari sms kecuali jika betul-betul perlu kerana telefon tak ada meninggalkan apa-apa kesan, berbeza dengan sms yang boleh disimpan dalam memori telefon. Sampai bila-bila akan kekal jika tak di delete.

Setiap teknologi ada kesan buruk kesan baiknya. jadi berhati-hatilah.

Sampai jumpa lagi setelah saya kembali dari Paris tanggal 16/10/10

Wassalam

No comments:

Post a Comment