Wednesday, October 27, 2010

Dah seminggu saya tak update blog kerana masalah teknikal. Nak buka blog pun tak dapat.Saya nak sambung cerita tentang Paris. Malam ketiga kami berada di menara Effel. Sangkakan hebat sangat, rupanya hanya besi-besi yang disambung membentuk menara. Cuma dia jadi hebat kerata promosi yang luar biasa. Kata orang kalau ke Paris tak naik menara ni tak sah. Di KL menara kita lebih canggih dan lebih tinggi. Ada restoran berpusing lagi.Tapi kerana kurang promosi tak ramai pelancong yang tahu. Mereka lebih kenal menara Petronas.

Naik menara Effel ni cuma mengambil masa 20 menit dengan lift. Sampai dipuncak yang lebih kurang 8 tingkat bangunan saya jadi gayat kerana terasa nak jatuh saja. Angin pula punyalah kuat bertiup dan terasa sejuk sampai ke tulang. Lepas mengambil gambar saya cepat-cepat turun ke bawah.

Ramai juga pelawat dari manca negara yang datang ke sini. Mereka juga macam kami nak rasa naik menara ni. Nanti tak sah pula kalau tak naik ke atas.

Tiket kalau tak silap saya adalah Euro 18 dan kalau di ringgitkan akan jadi mahal. Apa saja yang dibeli perli dikali dengan 4.4. Bayangkan baju T untuk main bole harganya Euro 70 dan bila di kali 4.4 dah hampir RM 400. Memang mengejutkan .Bila saya belek nyata baju-baju tersebut buatan Thailand dan Cina. malah ada juga buatan bangladesh. Saya cari-cari juga jika ada produk Malaysia. Nyatanya tak ada. Jadi buat apa beli di Paris kalau produk Cina dan Thailand. Lebih baik beli kat sempadan siam seperti Pengkalan Kubur dan Rantau panjang, tentulak murahnya.

Sekarang dah zaman globalisasi dan barang-barang buatan seluruh dunia dah tersebar luas. Di mekah pun banyak produk dari Cina termasuk sejadah. jangan terkejut kalau tak diteliti betul-betul bila sampai Malaysia baru perasan produk buatan Cina yang dibeli di Mekah.

Sampai jumpa besok, wassalam

No comments:

Post a Comment