Tuesday, October 19, 2010

Menyambung cerita tentang Paris.Bilik masuk ke dalam bilik hotel pulalah terkejutnya saya.Bilik dia cukup kecil dan sempit tapi bersih.Dinding baru di cat dan nampak rapi.Cuma kemudahan dalam bilik cukup minima.Pemanas airpun tak ada apa lagi sterika.Nasib baik saya bawa sterika dari Malaysia kalau tidak alamat tak bergosok baju. Selama seminggu tinggal di bilik tersebut langsung takmerasa air panas.Cuma bila hadir di konference baru boleh minum teh itupun teh yang macam-macam rasa tak sama dengan teh tarik kat Malaysia.
Dari hotel ke tempat stesyen keretapi cuma 100 meter. Di Paris ni sistem pengangkutan awam sama seperti di London. Kalau di London disebut tube tapi di Paris di sebut Metroline. Stesyen berhampiran dengan hotel tempat kami menginap adalah di stesyen Pernety. Tiket perjalanan pulang balik dari hotel ke tempat konference cuma Euro 3.80 sehari tetapi bila ditukar ke dalam ringgit tentu ianya menjadi mahal kerana perlu di kali dengan 4.4. dari stesyen Pernety kami turun di stesyen Monpanasse. Kemudian ambil keretapi lain menuju ke St Jacques. Perjalanan cuma 20 menit. Dari stesyen St Jacque kami jalan kaki ke hotel Marriot tempat berlangsungnya konferen ISQUa.
Cuaca di Paris cukup sejuk sekitar 13 darjah centigrade. Kenalah pakai baju tebal kalau tidak pasti menggigil kerana angin bertiup cukup kencang.Jadi bahana sejuk sampai menusuk ke dalam tulang. Peresmian konferen cukup sederhana, cuma ucapan dari menteri kesihatan Perancis yang merupakan seorang perempuan. Beliau berucap sepenuhnya dalam bahsa Perancis kerana rakyat Perancis cukup berbangga dengan bahasa mereka. Jangan haraplah mereka nak berucap dalam bahasa Inggeris. Kat tempat kita lain cerita. Kita amat merasa berbangga jika boleh berucap dalam bahasa Inggeris kerana merasa martabat diri akan naik bila berbicara dalam bahsa Inggeris. Ini bezanya jati diri kita dengan jati diri orang Perancis. memang kami semua tak faham tapi mereka peduli apa. Mereka berperinsip jika masuk negeri mereka mestilah pandai berbahsa Perancis kalau tidak bolayan.
Peresmian konference cuma mengambil masa 20 menit, tak ada gong, tak ada tarian, tak ada bunga-bungaan.cenderahatipun tak ada. Jadi cukup sederhana dan langsung tak ada protokol. Yang jadi MC adalah Presiden ISQUA sendiri. Tahu lepas saya juga berkesempatan mengikuti konferen yang sama di Dublin. Peresmian pun begitu sederhana walaupun diresmikan oleh Perdana Menteri Island. Mat Salleh kalau soal ni cukup kita angkat tabik. Kita ni lebih mendewa-dewakan manusia tapi bagi mereka manusia tu sama saja cuma tanggungjawab saja yang berbeza
Wassalam

No comments:

Post a Comment