Sunday, October 17, 2010

dah seminggu saya terlepas peluang menulis blog kerana berada di Paris ,Perancis. Saya dan isteri berangkat menggunakan pesawat Emitrates sabtu lepas lebih kurang jam 10 pagi .Dari KLIA pesawat terbang ke Dubai dan sampai di sana 7 jam kemudian. Kami transit di Dubai airport selama 2.30 jam.Lepas tu terbang lagi menuju Paris dan mengambil masa lebih kurang 7 jam lagi. Kedua-dua penerbangan menggunakan pesawat Boeing 777. Kelajuan pesawat 850 km/hr .Perjalanan cukup lancar dan makanan yang dihidangkan cukup lumayan. Yang penting dijamin halal kerana dalam risalah yang disedikan memang dituliskan bahawa semua makanan yang dihidangkan dalam pesawat Emirates dijamin halal.

Sewaktu transit di Dubai airport sempat juga menikmati keindahan airport tersebut. Memang airport Dubai cukup canggih dan serba moden sesuai dengan pembangunan bandaraya Dubai.
Penerbangan dari Dubai ke Paris juga cukup lancar dan makanan yang dihidangkan juga cukup lumayan. Saya lihat kebanyakan pramugari dan pramugara Emirates adalah warga asing. Di Dubai sendiri 40% penduduknya adalah warga asing .Mereka boleh bekerja selama yang mereka mahu tapi jangan harap nak jadi warganegara.

Kami mendarat di lapangan terbang De Gulle Paris ijam 9 malam waktu tempatan. Waktu Paris tertinggal 6 jam dari waktu Malaysia. Saya sungguh terkejut kerana lapangan terbang Paris tak cantik langsung. Silingnyapun dah lusuh warnanya dan kemudahan yang ada sangat minimum.Jauh sekali kalau dibandingkan dengan lapangan terbang KLIA atau Dubai. Hairan juga negara semaju Perancis tak mempedulikan masalah ini.
Sampai saja di airport , setelah mengambil beg kami menuju keluar dari lapangan terbang. Sebaik nak keluar ada seorang negro yang menyebut teksi, teksi. Kami pun langsung setuju menaiki kereta dia. Sangkakan teksi resmi rupanya teksi sapu. Apa lagi terkenalah kami. Saya bersama isteri serta seorang lagi kawan bersama isteri dia. Jadi 4 orang penumpang menaiki teksi ini. Lega jugalah rasanya kerana ada kawan kalau tidak kecut juga perut. Maklum teksi yang dinaiki teksi sapu. Dalam perjalanan driver sebuk menyalakan GPS tapi tak jadi.Akhirnya teman saya yang membantu barulah hidup GPS tersebut. Hanya Tuhan yang tahu perasaan cemas saya. Berkali-kali saya tanya sama ada dia tahu hotel yang kami tuju atau tidak.Dia kata dia tahu tapi tak sampai-sampai juga. Setelah puas berkeliling dan setelah dia menelefon petugas di hotel berkenaan barulah kami sampai di hotel yang dituju. Hotel ni terletak di kawasan Montpanasse. Setelah sampai saya terpaksa membayar Euro 80 bersamaan RM 365 .Wow mahalnya bila di tukar ke ringgit.Terasa betapi kecilnya nilai wang kita. Kalau bawa RM 4400 cuma dapat Euro 1000. Jadi macam mana nak shopping di Paris. Hotel ni cukup kecil bilik dia.Saya rasa cuma dua bintang tapi bilik bersih dan catnya masih baru. Dalam bilik hotel tak ada pula aircond, jadi kena buka tingkap.Wow angin malampun masuk menyelinap dan cukup mendinginkan.Suhu di Paris 15 darjah centigrade. Kerana badan ndah penat maka kami langsung tidur.
Sampai jumpa lagi, wassalam

No comments:

Post a Comment