Saturday, November 27, 2010

Dah dua minggu tak dapat update blog kerana masalah teknikal. Perkara ni dah terjadi dua kali pada saya. Tiba-tiba blog tak boleh dibuka kerana paswword yang biasa digunakan tak valid lagi. akhirnya dengan bantuan staf IT saya dapat mengekses kembali blog.
Dari 18 hingga 25 November saya sekeluarga berada di Indonesia. Saya, isteri dan anak bongsu berada di Jakarta dari 18-22 November.Kemudian hari minggunya sewa kereta dari Jakarta untuk pergi ke Bandung. Perjalanan mengikut highway cuma 2.30 jam tetapi kami sengaja mengambil jalan lama mengikut puncak. Saya sengaja ikut jalan ini untuk mengingat nostalgia 28 tahun yang lalu sewaktu menetap di Bandung. Dulu inilah jalan yang ada dan saya sering menaiki teksi 4848 kerana pada waktu itu teksi yang amat popular adalah 4848. Saya ingat lagi waktu tu warna teksi mereka adalah kuning tetapi kini dah di tukar menjadi warna biru. Rupanya syarikat ini masih bertahan tetapi bukan lagi menjadi yang terbesar kerana dah banyak pesaing. Kalau boleh bertahan untuk jangka waktu yang lama sudah merupakan rekod tersendiri kerana bukan banyak syarikat yang mampu bertahan begitu lama.
Di Puncak kami singgah makan tengahari di sebuah restoran yang sangat popular. Saya masih ingat lagi tempat itulah dulu saya sering mampir untuk makan. menurut pekerja restoran berkenaan tuan punya restotran yang asal dah meninggal tapi kini diuruskan oleh ahli warisnya. Perjalanan mengikut puncak memakan waktu 4 jam. Nampak tak banyak perubahan disepanjang jalan kerana sumber pendapatan penduduk adalah melalui pertanian. Yang jelas kelihatan adalah banyak restoran yang sudah muflis kerana dah tak banyak pengunjung seperti dulu kerana kebanyakan orang lebih suka mengikut highway. Jadi sepilah restoran-restoran berkenaan sehingga banyak yang gulung tikar.

Sampai di Bandung kami langsung ke Cibaduyut untuk mencari kasut kulit. Tempat inilah yang paling popular untuk bahan-bahan dari kulit terutama kasut. Saya antara ingat dan lupa dengan jalan-jalan di Bandung kerana dah 28 tahun ditinggalkan. Nama Cibaduyut ni memang masih saya ingat tetapi saya tak pasti tempatnya di mana. Saya dan isteri sempat membeli beberapa pasang kasut kerana harganya jauh lebih murah jika di bandingkan dengan Malaysia.

Lepas penat berbelanja kami langsung pulang kerumah anak saya yang kebetulan menuntut di sana. keesokan harinya kami shopping di Pasar Baru. Wah apa lagilah, yang paling banyak berbelanja adalah isteri saya. Macam-macam kain baju yang dia beli. harga jauh lebih murah dari Malaysia. sepanjang berada di sana ramai orang Malaysia yang ditemui. Kita boleh kenal kerana kain tudungnya memang lain dengan tudung penduduk tempatan. Cara cakap mereka cuga boleh dikenal. jadi kalau nak menyamar sebagai orang tempatan memang sulit. Penjual memang cukup faham dengan gaya orang Malaysia yang berbeza dengan orang tempatan.
Pasar baru ni pasar baru. Zaman saya menetap di Bandung dulu pasar ni belum ada. Menurut pemandu kereta sewa pasar ni baru ada sekitar 7 tahun. Kalau nak jumpa ramai orang Malaysia pergilah ke situ.
Sampai jumpa, wassalam

No comments:

Post a Comment