Sunday, November 14, 2010

Nak update blog ni memang satu cabaran yang tersendiri. kadang-kadang tak terkejar kerana waktu berlalu begitu cepat. Dua malam yang lepas saya menonton TV 3 tenatng gunung Merapi yang berapi. Memang sungguh dahsyat fenomena ini. Bayangkan semburan lava apinya sampai menjulang 10 km ke udara sehingga kapalterbang tak berani lalu di tempat tersebut kerana 10 km melebihi 30,000 km yang merupakan paras biasa perjalanan kapalterbang. Memang dalam sejarah banyak kapalterbang yang meletup kerana enjin tersedut lava dari gunung berapai. Sebab itu memang tak hairan penerbagan ke Jakarta banyak yang dibatalkan sedangkan jarak Jakarta dengan Jogjakarta amat jauh. Dalam surat khabar pagi ni dilaporkan letupan Merapi sudah menelan korban lebih dari 240 orang. Memang angka ini tak sebanayak korban Sunami di Aceh tapi cara mereka mati memang mengerikan. Kebanyakan mati melecur oleh bahang lava yang dimuntahkan oleh gunung berapi.
Cerita bah di Kedah dan Perlis dah mula reda tapi di pantai timur baru nak mula. Cerita bahpun amat menyayat hati. habis barang-barang berharga yang dihanyutkan oleh air. Korban memang tak ramai tapi saban tahun pasti ada yang mati lemas. Sekarang dah musim tengkujuh dan dijangka hujan akan berterusan sampai akhir tahun.

Berbalik cerita tentang pesakit dengan pemberi rawatan sama ada doktor atau ahli farmasi. Di negara kita masalah komunikasi ni memang sejak dari dulu .Anehnya tak ada perubahan. Pesakit amat dahaga untuk mendapatkan maklumat yang asas seperti:
-apa penyakit yang dia hadapi
-apakah penyakit tersebut berbahaya
-berapa lama penyakit tersebut akan sembuh
-apa ubat yang perlu dia makan
-apa penyebab penyakit tersebut

Persoalan asas ini sering tak mendapat jawapan. Doktor di negara kita tak ramai yang gemar memberi maklumat kepada pesakit. Bila datang merawat pesakit mereka hanya membuat pemeriksaan fizikal, lepas tu mungkin ambil darah atau spesimen yang lain. Selesai doktor akan membuat catatan dalam rekod pesakit lepas tu beredar dari pesakit. amat jarang pesakit mendapat cerita yang sebenar dari doktor. Pesakit pula pada umumnya takut nak minta penjelasan. Bila dah tak tahan mereka akan masuk bilik GM atau CEO untuk komplain. jadi yang pening kepala pihak manajmen sedangkan mereka takut nak komplain dengan doktor.
Pengalaman saya secara peribadi adalah dalam tahun 90 han sewaktu masih bekerja di Johor Bahru. Anak saya terkena penyakit cellulitis iaitu jangkitan pada kaki akibat terjatuh basikal. Keting anak saya membengkak kerana infection. Doktor yang merawat tak cerita sepatahpun tentang penyakit anak saya sedangkan saya sentiasa berada di sebelah anak saya sewaktu doktor masuk merawat. Bila saya tanya dia nak tak nak saja menjawab. Baagi saya tak ada masalah kerana saya boleh membaca catatan doktor di rekod anak saya. Saya juga bertanya pada jururawat tentang rawatan secara terperinci. Ini terjadi pada saya yang bekerja di hospital tersebut. Bayangkan bagaimana denganorang lain.

Tak adanya komunikasi antara pesakit dan orang yang merawat pesakit banyak menimbulkan ketidakpuasan hati pelanggan. Sayapun tak pasti kenapa para doktor kita tak nak bercakap dengan pesakit secara berterus terang. Kalaui ditanya sepatah, maka sepatahlah yang dijawabnya. Kita tak menafikan ada doktor yang betul-betul mengambil berat tentang perkara ini tetapi secara umum banyak yang keberatan untuk berterus terang dengan pesakit. Minggu lepas saya menerima komplain dari salah seorang pesakit di hospital tempat saya bekerja. komplain nya adalah tentang pesakit yang dia hadapi. Bila ditanya dengan doktor maka doktor kata tak ada apa penyakit tapi bila dia minta nak discharge doktor kata tak boleh. Dia kena tunggu lagi beberapa hari. Jadi yang jadi mangsa kemarahan pesakit adalah pihak manajmen .
Entah bila masalah ini akan selesai hanya Tuhan yang tahu. Wassalam

No comments:

Post a Comment