Monday, November 29, 2010

Hari kedua berada di bandung kami menyewa kereta untuk kegunaan sehari. Caj yang dikenakan adalah Rp 400,000. tempat pertama yang kami tuju adalah tangkuban perahu. Perjalanan mengambil masa dua jam kerana jalan agak jem. Sampai di tangkuban perahu macam biasalah berhenti lihat kawah di atas dulu. lepas ambil gambar beberapa keping kami didatangi oleh seorang hamba Allah yang mengaku pemandu pelancung dan untuk meyakinkan kami dia menunjukkan kad nama. Saya yakinlah yang dia ni memang pemandu pelancong resmi. Kemudian kami di bawa ke dalam pejabat yang mempunyai sedikit maklumat tentang gunung ini. Kami di tawarkan untuk turun ke bawah melihat kawah yang mempunyai air yang masih mendidih. Katanya boleh masak telur ayam. Saya tanya berapa kos untuk membawa kami turun. Dia kata cuma Rp 200,000 dan dia mendakwa lebih murah dari menggunakan khidmat pelancung yang disediakan oleh pejabat. Sayapun bersetuju dan kami bertiga beranakpun mula turun. Bila kami mula saja turut kami diikuti oleh tujuh orang laki-laki yang entah mana datangnya. Mereka mengaku peniaga barang perhiasan. Tanpa memikirkan apa-apa kamipun diam saja dan membiarkan mereka mengikut kami. Saya tak pernah terfikir yang akhirnya kami akan dipaksa secara halus untuk membeli barang dagangan mereka dengan harga yang tak masuk akal. Perjalanan mengambil masa 45 menit dan mereka memang memimpin anak bungsu saya turun ke bawah dan sepanjang perjalanan macam-macam lah mereka bercerita. Kami gembira juga mendengar celotehan mereka. Sampai di bawah mereka memasakkan beberapa biji telur yang sempat saya beli di pertengahan jalan. Mereka juga mengurut kaki saya serta kaki anak kecil saya sambil merendamkan kaki dalam air yang suam-suam panas. Air itu jelas mengandung belerang dari pada baunya. Saya relax saja melayan kerenah mereka. Bila dah selesai maka kesemua mereka meminta kami membeli barang dagangan yang mereka bawa. Harga sekotak pen yang biasanya boleh dibeli dengan harga Rp 10,000 di Jakarta dikenakan caj Rp 300,000 .>Begitu juga harga tasbih kecil Rp 350,000. Wah sahlah kami dah mula diperas secara halus. Saya katakan ini rompakan disiang hari. Saya berkeras juga dan akhirnya dipaksa secara halus membayar sejumlah harga yang saya rasa cukup mahal. Kalau nak dikira dalam ringgit memang tak seberapa tapi cara mereka mengenakan kami tu memang saya tak suka dan saya tak ikhlas. Kalau mereka berterus terang dari awal saya tak keberatan tapi saya menganggap mereka semuanya penipu. Jadi bagi yang belum pernah ke tangkuban perahu berhati-hatilah dan mesti bertegas dari awal dan jangan benarkan mereka mengikut kita turun. nanti pasti akan diperas untuk membeli barang bawakan mereka yang harganya tak masuk akal. Pemandu pelancung juga berbelit cakap. Bila saya bayar Rp 200,000 dia kata ini untuk satu jam saja pak, sekarang dah lebih dari satu jam kena bayar lebih. Wah lagi saya menyirap darah dan memang sah dah mereka ni menipu secara halus.

Selesai tangkuban perahu kami ke Ciater lihat tempat permandian dan kolam ikan. Lepas tu singgah makan tengahari di Kampung daun. Tempat makan ni memang eksklusif dan menyeronokkan. Kebanyakan pengunjungnya adalah orang-orang dari malaysia. Tempat ini terdiri dari beberapa rumah kayu yang dibuat khusus untuk 6 orang makan. memang cantik tempatnya yang dikelilingi oleh pepohon menghijau. Di belakang ada sungai kecil mengalir. Kalau malam hari pasti cantik sekalai. Makanan di sini emang enak dan saya cukup puas hati. Jadi saya rasa berbaloilah makan di sini tak seperti kena tipu di tangkuban perahu.
Sampai jumpa , wassalam

No comments:

Post a Comment