Tuesday, November 2, 2010

Yang gembira sangat berada di Paris adalah isteri saya. Kami berangkat pulang pada hari Jumaat petang setelah berada di kota Paris selama 6 hari. Sampai di airport De Gaule sekitar jam 1 petang kami langsung check in. Kena jugalah tunggu setengah jam. Kaunter Emirate cukup banyak. Selesai check ini kami lepak kat lobi airport .Makanan yang ada cuma roti kebab yang sempat dibeli sehari sebelum berlaukkan serunding yang masih ada. Nak makan di airport memang tak berani kerana tak pasti halal atau tidak walaupun roti. Takutnya dalam roti ada alkohol . Soal makan ni sengsara sikitlah kalau berada di negara yang kita menjadi minoriti. Waktu nak berangkat masuk ke dalam ruang berlepas terpaksa berbaris panjang hampir satu jam. Punyalah naya kaunter imigresen cuma satu sedangkan ratusan orang yang menunggu. Pegawai imigresen ni cukup begis orangnya. Kebetulan adalah seorang tua yang mengambil gambar anaknya yang melalui kaunter imigresen maka langsung saja pegawai ni jerit-jerit mengentak meja dan meluru kearah orang tua tadi.Dia suruh padamkan gambar tersebut. Walaupun saya tak faham apa yang dia kata tapi saya mengertilah yang dia minta gambar dia dipadamkan. Wow bila dia keluar saya nampak dia memakai pistol. Pelik juga pegawai imigresen bersenjata. Kalau kat tempat kita polis atu askar sahaja yang bersenjata. Saya lihat petugas di Paris ni tak mesra langsung. Dulu sebelum berangkat saya terpaksa ke kedutaan dia di KL untuk buat visa isteri. Punyalah sulit nak masuk ke dalam kedutaan macam nak masuk kem tentera. Kalau tak kuat semangat memang nak give up.

Kalau saja-saja nak pergi ke Paris ni memang susah kecuali ada urusan resmi kerana kedutaan mereka di KL bukan mesra pelanggan. Kita ni dibuatnya macam pendatang haram.

Kami terbang ke Dubai tepat jam tiga petang menaiki Airbus A 380. Wah cukup besar dan selesa pesawat ni macam business class pesawat biasa. Patutlah syarikat penerbangan berebut-rebut menempah nak membeli pesawat jenis ini. Memang bebaloilah .Kalau syarikat penerbangan kita ada pesawat ini memang toplah . Penerbangan cuma mengambil masa 6 jam kerana pesawat ini cukup laju. Saya lihat kelajuannya hampir mencecah 1000 km per jam sedangkan pesawat lain kurang dari 900 km per jam. Jadi jimat satu jam. Dalam penerbangan memang dihidangkan makanan yang cukup enak. Kami pun makan sepuasnya kerana perut memang sangat lapar. Yang bagusnya Emirate ni ada kenyataan dalam pesawat yang menyatakan bahawa semua makanan dalam mirate adalah halal. Ini yang penting. Saya rasa kalau nak terbang ke mana mana carilah pesawat yang menjanjikan makanan yang halal.
Sampai di Dubai dah pagi dan kami berada di airport selama 2 jam sebelum meneruskan penerbangan dengan Emirate juga ke KL. Penerbangan ke KL menggunakan Boing 777 yang lebih kecil. Tempat duduknya sempit sikit dan kelajuan pesawat cuma 890 km per jam. jadi penerbagan mengambil masa 7 jam. Tempat duduk kurang selesa dibandingkan airbus A380. Nak buat macam mana tanggung ajalah
Kami mendarat di KLIA tepat jam 2 petang. Rasa syukur dan rasa lega memang terasa bila mendarat di negara sendiri.
Wassalam

No comments:

Post a Comment